Tuesday, May 15, 2018

Gerakan NGO Malaysia Mahu Salah Guna Kuasa Dan Kekayaan Musa Aman Disiasat


Gerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia menggesa agar siasatan dijalankan terhadap bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman dan satu laporan polis dibuat oleh sekumpulan ahli Gerakan NGO Malaysia berhubung perkara itu.

Musa Aman rasuah

Wakil Gerakan NGO Malaysia Datu Mohd Fadli Fathullah berkata, pihaknya juga mahu siasatan polis dibuat terhadap bekas menteri-menteri Kabinet Barisan Nasional (BN) Sabah yang lepas.

"Kami mahu siasatan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibuat membabitkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa sepanjang pentadbiran BN di Sabah.

"Gerakan NGO Malaysia juga menggesa siasatan yang sama dilakukan terhadap Datuk Dr. Jeffrey Kitingan," katanya selepas membuat laporan polis di Kota Kinabalu.

MUSA AMAN ROMPAK TANAH ORANG SABAH!

Musa aman Geran Tanah

Siapa tak kenal Musa Aman. Tanyakan kepada siapa saja di Sabah, nama ini sinonim dengan satu baris ayat, "Perompak Tanah di Sabah!"

Dimana-mana pun ada geran tanah atas nama Musa Aman dan keluarganya!

Sebab itulah ketika PRU14, majoriti rakyat Sabah mahu Musa Aman tersingkir supaya tiada lagi rompakan harta rakyat Sabah.

Dan kini terbukalah peluang untuk seluruh rakyat Sabah yang sakit hati selama ini agar pihak berkuasa menyiasat semua salah guna yang dilakukan oleh kepimpinan BN-UMNO ini.

KEKAYAAN MUSA AMAN

Jufazli Shi Ahmad ialah aktivis anak muda dari Sabah, berusia 26 tahun merupakan pengasas Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah.

Pada 9 November 2016 lepas, Jufazli mengemaskini FBnya dengan menyatakan bahawanya dia telah ditahan oleh polis.

Peguam yang mewakilinya kemudiannya menjelaskan bahawa Jufazli telah ditahan reman selama 2 hari dan akan di bawa ke Sabah.

Punca Jufazli ditahan dipercayai disebabkan beberapa siri pendedahan yang dilakukan olehnya menerusi laman Facebook.

Pada 2 November 2016 lepas, Jufazli menyatakan ini;

Gerakan NGO Malaysia Mahu Salah Guna Kuasa Dan Kekayaan Musa Aman Disiasat

Bertindak lebih 'agresif', Jufazli kemudiannya menyebarkan perkara ini pula ;

Musa Aman kaya raya

EKONOMI POLITIK SABAH: BAGAIMANA MUSA AMAN & KELUARGANYA MENJADI KAYA RAYA DI NEGERI SABAH?

1. KAYU BALAK

Musa Aman mempunyai "bayangan" pegangan saham atas nama Michael Chia atau dikenali sebagai Chia Tien Foh di CTF Intenational Ltd dan dua syarikat asing lain untuk menyembunyikan kekayaannya di luar negara.

Skandal merompak wang kayu balak jutaan ringgit yang disimpan di akaun peribadi Musa Aman di Hong Kong seperti yang pernah didedahkan oleh pemerhati antarabangsa sejak tahun 2012 lagi adalah melibatkan modus operandi aktiviti kewangan luar pesisir (offshore).

Apabila ada kuasa sebagai Ketua Menteri dan Menteri Kewangan, ini adalah kelebihan untuk "menghilangkan" duit rakyat Sabah demi kekayaan diri sendiri.

2. ANAK KAYA RAYA

Jika seorang bapa mempunyai kepakaran "menyembunyikan" wang rakyat Sabah demi kekayaannya agar mampu mengukuhkan kuasa dalam politik Sabah, maka anaknya juga Yamani Hafez Musa mempunyai kepakaran yang sama.

Yamani Hafez yang dikenali oleh orang Sabah sebagai Ketua Pemuda UMNO Sabah juga terlibat dengan aktiviti perniagaan antarabangsa yang dikatakan oleh perisik maklumat antarabangsa sebagai satu skandal korupsi antarabangsa yang dilindungi undang-undang.

3. WANG LUAR NEGARA

Menurut laporan antarabangsa ICIJ, Yamani Hafez Musa adalah pemegang saham di dalam Syarikat Olivine Finance Ltd sejak 2 Januari 2004.

Syarikat ini didaftarkan di British Virgin Islands bagi bertujuan untuk menyembunyikan kekayaan dan mengelak daripada membayar cukai.

Persoalannya, daripada manakah duit Yamani Hafez dapat untuk membeli saham ini sehingga perlu menyembunyikan kekayaannya di luar negara?

Adakah menggunakan duit rakyat Sabah atas nama agensi kerajaan negeri Sabah sehingga sanggup menjalankan aktiviti perniagaan di negara luar secara haram?

4. SEDCO

Paling mengejutkan, berdasarkan laporan yang sama, Yamani Hafez Musa menggunakan alamat agensi kerajaan negeri Sabah iaitu Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) di dalam pegangan saham syarikat asing tersebut.

Persoalan kita sebagai rakyat, adakah modal kewangan SEDCO dibawa masuk ke Syarikat Olivine Finance Ltd sedangkan Yamani hafez Musa tiada jawatan di dalam agensi kerajaan ini?

Mengapa mesti menggandingkan nama Yamani Hafez dan alamat agensi kerajaan yang sering mendapat peruntukan bajet projek tahunan daripada kerajaan Pusat?

5. KRONI

Untuk makluman semua rakyat Sabah, adalah perkara biasa Musa Aman menggunakan nama anak dan ahli keluarganya serta kroni beliau untuk memonopoli kekayaan di negeri Sabah.

Bermula daripada konsesi projek Air, Jalan Raya dan Lebuh Raya, Projek Perkapalan dalam industri minyak petroleum dan gas asli serta industri pembalakan di negeri Sabah.

Menurut risikan maklumat di dalam Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah, Musa Aman menggunakan "secret server" bagi menyembunyikan dokumen dan maklumat perniagaannya di dalam Sabah dan luar negara.

Jika dokumen ini terlepas di tangan orang lain, nyawa pemberi maklumat ini ibarat nyawa-nyawa ikan seperti mana pemberi maklumat skandal merompak wang rakyat Sarawak yang mati "dibunuh" di negara luar.

6. SABAH MISKIN?

Jika anda semua tertanya-tanya mengapa negeri Sabah masih ketinggalan jauh dari segi kemajuan infrastrutkur, rakyatnya masih ramai miskin sehingga merempat di tempat orang, tiada tanah dan tempat tinggal dan ekonomi Sabah antara yang termiskin di Malaysia, ia adalah kerana monopoli sumber kekayaan hari ini adalah milik ekslusif "Musa Aman dan keluarganya serta kroni".

Industri perhotelan begitu sinonim dengan Anifah Aman di Sabah dan namakan apa saja hotel yang ada pegangan sahamnya.

Pulau-pulau di negeri Sabah juga turut dimiliki oleh pegangan saham keluarga ini.

Paling mengejutkan, anak Anifah Aman iaitu Ahmad Zachry Anifah, antara yang dilaporkan oleh perisik maklumat antarabangsa ICIJ sebagai ahli perniagaan yang menyembunyikan kekayaan di luar negara seperti yang dibuat oleh anak Musa Aman sendiri.

7. UMNO-BN PEROMPAK

Apakah pengajaran daripada masalah yang dianggap fitnah oleh ahli-ahli UMNO-BN dan penyokong Musa Aman sebelum ini?

Apakah rakyat Sabah perlu lakukan selepas ini? Kita perlu wujudkan "mind setting" jangan melindungi pemimpin sebegini dan jangan berikan kuasa kepada mereka.

Ini adalah perompak wang rakyat Sabah yang telah memiskinkan negeri Sabah.

Paling sadis, proses perniagaan antarabangsa dan monopoli ekonomi tempatan sebegini adalah sama dengan cara Suharto dan keluarganya "merompak" wang rakyat Indonesia sehingga memiskinkan Indonesia dan rakyatnya merempat di negara orang.

Jufazli Shi Ahmad
Pengasas Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah
Penganalisis Politik & Aktivis
Kelulusan Master Bidang Sains Politik & Sarjana Muda Bidang Sejarah

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: amenoworld | UB

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon