Monday, April 09, 2018

Panduan Menternak Lembu Daging, Siapa Tahu Anda Mungkin Menjadi Jutawan

Panduan Menternak Lembu Daging, Siapa Tahu Anda Mungkin Menjadi Jutawan

Menternak atau membela lembu terutamanya untuk lembu daging boleh menjana pendapatan lumayan terutamanya lembu daging ini kerana pengurusan lebih mudah jika dibandingkan dengan ternakan lembu tenusu.

Panduan Menternak Lembu Daging, Siapa Tahu Anda Mungkin Menjadi Jutawan

Ada 4 cara pengurusan yang boleh dilakukan untuk pembiakan lembu daging:

a. Cara meragut lepas bebas

Lembu-lembu dibiarkan bebas meragut di kawasan rumput, sama ada di kawasan sendiri atau bukan. Ini termasuklah meragut di tepi-tepi jalan.

Cara ini kurang baik kerana;
  • Selalu merosakkan tanaman orang lain.
  • Kemungkinan dilanggar kereta atau luka oleh kemalangan.
  • Makanan hanya bergantung kepada rumput di kawasan ragutan yang kemungkinan tidak memadai.
  • Perhatian sukar diberikan kepada setiap ekor lembu yang dipelihara.

Namun begitu, cara ini amat sesuai bagi penternak dan pengusaha yang mempunyai keluasan padang ragut sendiri yang mencukupi.

Ini memudahkan lembu-lembu membiak kerana ia bebas bergaul dengan lembu-lembu jantan.

b. Cara Berkurung atau Fidlot

Dengan cara ini lembu-lembu pembiak sentiasa berada di dalam kandang, dengan mendapat makanan bermutu secukupnya, air yang bersih pada setiap masa dan garam secukupnya.

Makanan yang diberikan sama ada rumput atau dedak atau campuran kedua-duanya diberikan pada kadar berat kering 3-5% dari berat badan lembu setiap hari.

Biasanya, rumput potong diberikan pada sebelah pagi dan dedak diberikan pada sebelah petang.

Ruangan lantai yang diperlukan ialah kira-kira 30 kaki persegi bagi setiap ekor ternakan.

Usaha yang lebih adalah diperlukan bagi mencuci kandang dan menjaga kebersihan persekitaran.

c. Cara Separa Intensif

Cara ini lebih sempurna dan praktikal di Malaysia dengan lembu dipelihara dibenarkan bebas meragut sama ada di kawasan rumput yang berpagar atau di kawasan ragutan awam dalam tempoh masa yang dihadkan.

Lembu-lembu dihalau balik ke kandang untuk makanan tambahan dan berteduh di sebelah malam.

Ini bermakna penternak perlu menyediakan kandang malam dan kawasan meragut yang mencukupi.

d. Cara Integrasi Dengan Tanaman Utama

Di negara kita kawasan yang bertanam dengan tanaman utama seperti kelapa sawit, getah, kelapa dan dusun adalah sangat luas.

Di bawah tanaman ini biasanya terdapat banyak rumput-rumpai yang subur dan pada kebiasaannya, racun rumpai digunakan bagi mengawal tanaman itu.

Integrasi dengan ternakan akan menjimatkan wang untuk merumpai di samping mengurangkan kos pembajaan ladang.

Dengan ragutan berkawal, satu hektar ladang kelapa sawit dapat menampung seekor ternakan dewasa.

Pemilihan Kawasan

Menternak lembu secara integrasi dengan kelapa sawit adalah satu cara penternakan lembu pedaging yang paling sesuai.

Biasanya ternakan ini tidak akan merosakkan tanaman kelapa sawit atau buahnya.

Kawasan mestilah mempunyai cukup rumput untuk menampung bilangan ternakan yang akan dipelihara.

Pagar keliling ladang mestilah baik bagi mengelakkan kecurian atau ternakan terlepas dan memasuki kawasan lain.

Sistem yang sangat digalakkan ini, hanya memerlukan sebuah kandang yang terbuka bagi menyimpan ternakan di waktu malam.

Walaupun anda ada kawasan yang boleh ditanam rumput sesuai, ia memerlukan kos pembangunan yang tinggi, kecuali keluasan tanah tersebut cukup besar bagi menampung unit komersial, penternakan lembu pedaging secara ini tidak akan menguntungkan.

Keluasan kawasan tersebut bergantung kepada cara pengurusan dan banyaknya lembu pedaging yang akan dipelihara.

Kawasan Ragutan

Tanah perlu dibajak dan digemburkan sebelum menanam rum-put bagi menentukan pertumbuhan rumput yang baik.

Selepas membajak, tanah dibiarkan selama dua minggu sebelum disisir atau disikat sambil mencampur kapur pada kadar 1 tan seekar.

Dua minggu kemudian, kerja menggembur tanah pula dijalankan dan setelah selesai, baja TSP pada kadar 100 kg/ekar dan benih rumput kira-kira 5 kilogram seekar bolehlah ditabur.

Baja, kapur dan benih dicampurkan semasa proses penyediaan itu bagi menjimatkan masa kerana tempoh rehat 2 minggu selepas tiap-tiap proses adalah penting.

Benih rumput secara keratan boleh juga ditanam secara barisan atau taburan, akan tetapi cara-cara proses penyediaan tanah adalah serupa.

Bagi penternak secara integrasi dengan tanaman utama, penyediaan kawasan ragutan adalah tidak perlu kerana rumpai asli telah sedia ada.

Pembinaan Kandang

Kandang yang baik cuma perlu mempunyai atap, bumbung yang tidak ditembusi air dan lantai yang mudah dibersihkan serta perparitan yang memuaskan.

Saiz kandang 3 kaki persegi cukup untok seekor lembu, bermakna bagi 10 ekor lembu, kandang 20 kaki x 15 kaki dan tinggi 8-10 kaki adalah memadai.

Bahan-bahan tempatan seperti buluh, kayu hutan, atap nipah boleh digunakan untuk menjimatkan belanja pembinaan.

Palung Makanan dan Minuman

Setiap kandang harus mempunyai palung makanan dan minuman yang mencukupi.

Ruangan makan lembu ialah 1.5 kaki seekor dan ruangan minuman pula ialah 1 kaki tiap-tiap seekor.

Beberapa jenis palung makanan dan minuman boleh digunakan.

Pasung/Trevis

Pasung atau trevis digunakan untuk membuat pemeriksaan, rawatan atau permanian beradas setiap ekor lembu di masa-masa perlu.

Ini berupa pagar yang kukuh sebesar salz seekor lembu, yang apabila seekor lembu dimasukkan ke dalamnya, lembu itu tidak akan meronta.

Makanan dan Air Minuman

Seekor lembu memerlukan kira-kira 20-30 kilogram rumput sehari. Lembu boleh bergantung hanya kepada rumput jika ia daripada kualiti yang baik. Jika tidak, makanan tambahan dan garam galian perlu diberikan.

Makanan tambahan boleh mengurangkan kuantiti rumput yang dimakan, tetapi harganya mahal.

Hasil buangan pertanian yang lebih murah boleh juga dijadikan makanan tambahan, contohnya; kulit koko, hampas kelapa sawit, kulit dan hempulur nanas, pucuk tebu, jerami padi, batang sagu dan sebagainya.

Batu garam atau garam biasa dan air minuman yang bersih perlu diberikan setiap masa.

Kawalan Kesihatan

Mengawal adalah lebih baik dari merawat penyakit. Lembu yang sihat akan memudahkan pengurusan dan menambah hasil pengeluaran.

Cara yang betul mengawal penyakit ialah dengan sistem pengurusan yang baik termasuk menjaga kebersihan kandang dan memberi makanan yang bermutu secukupnya.

Penyakit yang biasa terjadi kepada lembu-lembu di negara ini ialah luka, serangan cacing dan parasit-parasit luar badan dan di dalam darah.

Bagi mengatasinya, jauhkan lembu dari benda-benda tajam, berikan ubat cacing 2-3 kali setahun dan semburkan ubat kutu 2 bulan sekali.

Anak-anak lembu pula mudah dijangkit kuman di pusat. Ini dapat dielakkan dengan merawat pusatnya dan tali pusat sebaik sahaja anak-anak lembu dilahirkan.

Tanda-tanda am lembu mula berpenyakit adalah:
  • Tidak ada selera makan.
  • Pucat.
  • Keluar lendir, air dari mulut atau hidung.
  • Berak cair.
  • Berlaku sebarang kecacatan atau tidak normal ketika berjalan.

Andainya salah satu dari tanda-tanda di atas terjadi, Pejabat Perkbidmatan Haiwan yang berdekatan perlu dihubungi segera untuk mendapat nasihat pemeriksaan dan rawatan selanjutnya.

Kaedah Pembiakan

Lembu betina dara yang telah matang atau bibit yang di dalam keadaan berahi sahaja yang boleh dikahwinkan.

Tempoh berahi selama 24 jam perlulah diperhatikan dengan betul supaya tidak berlaku kesiiapan.

Sekiranya tempoh itu terlepas, tempoh berahi berikutnya akan datang semula dalam masa 18-24 hari (purata 21 hari).

Di antara tanda-tanda berahi ialah:
  • Sentiasa berbunyi bising.
  • Kemaluan merah dan membengkak.
  • Keluar lendir dari kemaluan.
  • Panjat memanjat sesama sendiri.
  • Mengasingkan diri, gelisah dan kurang makan.

Lembu-lembu yang berjaya dikahwinkan tidak akan menunjukkan tanda-tanda berahi selepas itu.

Selepas dua bulan, pegawai dari Pejabat Haiwan boleh dipanggil membuat pemeriksaan bagi mempastikan kebuntingan.

Selepas melahirkan anak, seekor lembu betina boleh dikahwinkan semula apabila datang berahi pada 40-60 hari kemudian.

Seekor lembu betina tidak sesuai untuk dibiakkan lagi selepas 5-6 kali beranak, atau pada umur 8-10 tahun.

Penjagaan Lembu Bunting

Tempoh bunting seekor lembu adalah kira-kira 283 hari. Perhatian penuh perlu diberikan semasa lembu bunting sarat.

Makanan bermutu dan air yang bersih dan cukup mesti diberikan kepada bakal ibu yang telah diasingkan di dalam kandang.

Di antara tanda-tanda lembu hampir akan melahirkan anak ialah:
  • Labu tetek membesar.
  • Susu dapat diperah dan berwarna kekuningan.
  • Pangkal ekor kendur ke arah tulang punggung yang menjadi renggang.
  • Bibir kemaluan membengkak.
  • Sentiasa gelisah.
  • Mengasingkan diri dari kumpulan lembu-lembu lain.

Ketika ini, lembu perlu diasingkan ke dalam kandang khas yang lantainya beralaskan rumput-rumput kering.

Tuan punya lembu perlulah sentiasa memerhatikan tetapi tidak perlu menghampirinya.

Sekiranya lembu berkeadaan sukar beranak, pegawai dari Pejabat Haiwan perlu diberitahu untuk memberikan pertolongan di mana perlu.

Begitu juga selepas 24 jam melahirkan anak, jika uri (placenta) tidak keluar dengan sendirinya, keadaan ini perlu dirawat oleh pegawai yang berpengalaman dari Pejabat Haiwan.

Anak-anak lembu yang lahir dalam keadaan yang bersih, peluang jangkitan kuman melalui tali pusat adalah tipis, tetapi seelok-eloknya talipusat hendaklah dirawat dengan iodin bagi mempastikan sebarang keburukan tidak berlaku.

Penjagaan Selepas Kelahiran

Anak yang baru lahir mesti mendapat susu ibu ulung (colostrum) sekurang-kurangnya bagi 4 hari yang pertama.

Penyusuan seterusnya boleh diberikan sehingga 3 bulan di mana anak perlu diceraikan dari ibunya.

Secara perlahanlahan anak itu harus diajar supaya memakan rumput dan dedak sehingga dicerai terus dari ibunya.

Ceraian susu yang awal dapat menjamin kesubUran sistem peranakan ibu untuk kebuntingan semula dengan cepat.

Anak-anak pula perlu mendapat penjagaan rapi bagi mempastikan pembesaran yang sempurna.

Penjagaan Anak Lembu

Anak jantan yang tidak diperlukan untuk dijadikan baka, mestilah dikasi (dikembiri) supaya tidak mengganggu pembiakan ibu-ibu lembu.

Gangguan ini boleh menyebabkan ibu-ibu melahirkan anak-anak yang tidak bermutu.

Selepas dikasi, biasanya anak jantan akan lebih cepat membesar dan boleh segera digemukkan untuk disembelih.

Tanduk juga perlu dibuang supaya tidak menimbulkan masalah pengendalian apabila lembu itu besar kelak.

Anak betina yang sedang membesar pula harus diperhatikan supaya mendapat pemakanan yang baik dan tidak dikahwini sebelum mencapai umur kira-kira 2 tahun.

Menjual Lembu

Hasil dari penternakan secara pembiakan ini adalah berupa jualan lembu singkiran untuk disembelih, lembu dewasa untuk pembiakan selanjutnya atau anak muda jantan untuk dijadikan lembu pengganti.

Ciri-ciri pemilihan untuk baka pejantan.

Memilih baka boleh dibuat melalui rekod iaitu:
  • Terbukti hasil daripada bibit (induk) den baka (pejantan) yang balk.
  • Tidak terlalu garang.
  • Lembu tidak pernah terjangkit penyakit berbahaya.
  • Baka pejantan mempunyai nilai kebakaan yang baik, seperti air mani yang baik dan bertenaga.
  • Terbukti menghasilkan anak-anak yang bermutu.

Bergantung kepada jenis lembu, umur pembiakan baka biasanya melebihi 2 tahun.

Keadaan tubuh badan lembu baka yang akan dipilih, iaitu:
  • Sihat dan padat tubuh badan.
  • Kaki terutamanya kaki belakang yang kuat dan tegap.
  • Kedua-dua buah zakar (testis) yang sama besar, padat den tidak labuh.
  • Mempunyai nafsu berahi (libido) yang baik.
  • Kuku yang baik.

Baka Lembu Terbaik

Baka lembu kelas A termasuk Charolais, Sapi Limousin dan Brahman sangat sesuai dipelihara kerana mampu mencecah berat lebih 600 kilogram seekor.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar juga telah melancarkan Program Penternakan Lembu Hidrid Sado yang mempunyai ciri kadar tumbesaran dan penghasilan daging lebih baik.

Pembiakan lembu itu adalah membabitkan benih ternakan dari baka tulen Belgian Blue yang dikacuk dengan baka Charolais, Limousin dan Bahaman.

Menurut jabatan itu, menerusi aplikasi teknologi permanian beradas ia mampu menghasilkan baka lembu terbaik.

Hasil daripada kacukan itu akan melahirkan anak kacukan Malaysia yang mempunyai ciri-ciri dari segi kadar tumbesaran dan penghasilan daging lebih baik.

Malah, anak lembu baka kacukan jantan mampu mencapai berat hingga 800 kilogram dalam tempoh dua tahun kerana kadar tumbesaran harian mencapai 1.2 hingga 2 kilogram sehari.

Harga Lembu Di Malaysia

Harga seekor lembu semua baka jenis ini boleh dijual dengan harga RM8,000 hingga RM10,000 seekor bergantung kepada saiz di Malaysia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Benarkah Lembu Adalah Tuhan Bagi Kaum India?

sumber: JAAF

Sunday, April 08, 2018

Rahsia Kenapa Albert Einstein Menjelirkan Lidah

Rahsia Kenapa Albert Einstein Menjelirkan Lidah

Mungkin anda selalu melihat gambar Albert Einstein menjelirkan lidah seperti di bawah ini dan menyangka ia adalah hasil photosop yang diubah seseorang untuk dijadikan hiburan.

Rahsia Kenapa Albert Einstein Menjelirkan Lidah

Sebenarnya, gambar itu diambil oleh jurugambar, Arthur Sasse, pada 14 Mac 1951 di Princeton semasa menyambut hari lahirnya yang ke-72.

Gambar yang dipotong dari gambar asal iaitu gambar Albert Einstein duduk di kerusi belakang kereta bersama Dr Fank Aydelotte dan isterinya.

Kenapa Albert Einstein menjelirkan lidahnya?

Inilah persoalan yang mungkin kita akan tertanya-tanya setelah melihat gambar tersebut.

Sebenarnya, pada ketika itu Albert Einstein dan Aydelotte baru pulang dari majlis penganugerahan Albert Einstein.

Walaupun Albert Einstein sudah duduk di dalam kereta namun, wartawan dan jurugambar masih lagi mengejar mereka, berusaha untuk menemuramah Albert Einstein.

Einstein kemudiannya berteriak, “Cukup. Ini dah cukup!” namun sudah menjadi sifat wartawan, mereka terus bertanya pelbagai soalan dan jurugambar-jurugambar terus mengambil gambar.

Apabila wartawan meminta Albert Einstein untuk mengabadikan gambar hari lahirnya, Albert Einstein yang terlalu penat, kemudian menjelirkan lidahnya sebagai isyarat mengejek.

Rahsia Kenapa Albert Einstein Menjelirkan Lidah

Pada masa itu, Arthur Sasse satu-satunya wartawan yang sempat merakam gambar Albert Einstein tersebut.

Walau bagaimanapun, Albert Einstein dikatakan sangat menyukai gambar tersebut.

Dia kemudiannya memotong gambar itu, mengambil gambarnya sahaja (tanpa menunjukkan Aydelotte dan isterinya).

Albert Einstein kemudian membuat salinan gambar-gambar tersebut dan mengirimkannya kepada rakan-rakannya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Manusia Paling Pintar Yang Pernah Hidup Di Dunia Selain Albert Einstein

sumber: ajae7

Wanita Berusia 36 Tahun Keatas Lebih Menikmati Seks

Wanita Berusia 36 Tahun Keatas Lebih Menikmati Seks

Jika anda berfikir bahawa usia muda adalah saat terbaik untuk merasakan pengalaman seks yang terbaik, maka anggapan anda itu nampaknya salah besar.

Wanita Berusia 36 Keatas Lebih Menikmati Seks

Menurut satu kajian oleh Natural Cycles yang melakukan kajian keatas 2,600 wanita menggunakan standard metodelogi McCoy Female Sexuality Questionnaire (MFSQ), hasil yang diperolehi sangat mengejutkan.

Dari ribuan wanita yang dibahagi kepada tiga kumpulan, berusia 23 tahum ke bawah, antara 23-36 tahun dan usia di atas 36 tahun, pengkaji mendapati bahawa, usia di atas 36 tahun adalah masa terbaik wanita lebih berkeyakinan dan lebih menikmati seks yang berkualiti.

Mereka yang berusia di atas 36 tahun, memiliki kepercayaan diri yang lebih tinggi terhadap kecantikan kulit mereka.

10 peratus lebih tinggi dari dua kumpulan lain dan mereka mengakui lebih bahagia tentang seks.

Dan dari 58 peratus mereka yang berusia di atas 36 tahun, mengaku orgasme yang lebih nikmat saat seks dengan peratus kemungkinan orgasme yang lebih tinggi.

Jadi, jika anda menyangka memasuki usia 30an sebagai perkara yang menakutkan, tunggu saat itu dan nikmati kehidupan yang lebih menggembirakan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Makanan Yang Membantu Tingkatkan Nafsu Seksual Wanita

sumber: okezone

10 Kartunis 90an Yang Pernah Menggegarkan Dunia Komik Malaysia

10 Kartunis 90an Yang Pernah Menggegarkan Dunia Komik Malaysia

Kebanyakkan daripada mereka masih lagi berkarya sehingga ke hari ini. Ada di antaranya memperlahankan rentak dek kerana kesibukkan menguruskan keluarga dan kerjaya yang lain.

Di sini, saya kongsikan buat anda 10 kartunis yang pernah popular di Malaysia di kalangan pemabaca dan pencinta komik tempatan.

1. Rejabhab

10 Kartunis 90an Yang Pernah Menggegarkan Dunia Komik Negara

‘Raja Kartun Malaysia’, Rejabhab merupakan insan yang hebat dan banyak memberikan inspirasi buat para kartunis negara dan masyarakat.

Selain Raja Kartun Malaysia, Rejabhab atau nama sebenarnya Rejab Hab turut mendapat jolokan ‘Penghulu’ bagi para kartunis tanah air.

Dilahirkan pada 23 Ogos 1939 di Permatang Pauh, Pulau Pinang, kartunis lagenda berkenaan mula melukis ketika berusia 19 tahun semasa bertugas dalam pasukan Askar Diraja Melayu.

Kartun sulungnya disiarkan dalam majalah Gelanggang Filem (terbitan Allahyarham Tan Sri P Ramlee) pada Julai 1958.

Antara karyanya yang terkenal dan masih melekat di minda peminatnya seperti ‘Periwira Mat Gila’, ‘Tan Tin Tun’, ‘Mawar Oh Mawar’, ‘Selendang Siti Rugayah’, ‘Prebet Dabus’ dan banyak lagi.

Selain melukis, Rejabhab yang mesra disapa Pak Jab suka membaca, mendengar muzik, menonton televisyen dan filem, mengumpul setem sebagai aktiviti waktu senggangnya.

Beliau turut mempunyai bakat dalam bermain biola dan mengarang lagu.

Sepanjang hidupnya, beliau telah menjadi mentor kepada kebanyakan kartunis hebat tanah seperti Datuk Lat, Juragan, Imuda, Cabai, Ujang, Ubi dan ramai lagi.

Koleksi majalah dan artikelnya tersimpan di galeri beliau di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Pak Jab mendedikasikan kecintaanya terhadap dunia kartun sehingga akhir hayatnya, dengan karya akhirnya, ‘Siri Amal’ (anak Periwira Mat Gila).

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 14 November 2002 ketika berusia 63 tahun kerana penyakit jantung.

2. Jaafar Taib

10 Kartunis 90an Yang Pernah Menggegarkan Dunia Komik Negara

Namanya bukan asing di kalangan kartunis lama mahupun baru bahkan mekar mengharum dalam industri majalah komik dan kartun negara.

Bagi pencinta Majalah Gila-Gila, pastinya mengenali nama kartunis Jaafar Taib menerusi siri kartun ‘Kalau…’.

Sebelum berjinak-jinak menghasilkan karya kartun secara serius, anak jati Alor Gajar, Melaka itu merupakan seorang pelukis ilustrasi dan komik.

Dilahirkan pada 28 Julai 1952, Jaafar memulakan karier seni lukisnya di beberapa syarikat penerbitan seperti Utusan Melayu dan Kumpulan Varia Pop.

Selain sibuk dengan kerja-kerja ilustrasi, beliau juga turut menghasilkan beberapa buah komik.

Jaafar terus melebarkan sayapnya dengan menubuhkan syarikat Creative Enterprise pada tahun 1976 bersama-sama kartunis hebat seperti Mishar, Raja Hamzah dan Azman Yusof dengan menerbitkan majalah komik seperti Murni dan Bambino.

Pada 1 April 1978, Majalah Gila-Gila diterbitkan dimana bermulalah penglibatan Jaafar dalam bidang kartun.

Kemunculan majalah humor berkenaan menjadi fenomena serta membawa dimensi baru dalam dunia kartun dan pasaran majalah tempatan.

Selain komik dan kartun, Jaafar adalah pelukis hebat dengan menghasilkan catan. Antara catannya yang sangat dikagumi ialah siri burung-burung di Malaysia.

Hasil karya seninya mendapat perhatian daripada pelbagai pihak serta mendapat penghargaan di merata tempat, dari pameran yang diadakan di tengah-tengah hutan sehingga ke galeri di dalam istana.

Selain Pameran Terbuka Galeri Seni Negara Kuala Lumpur pada tahun 1983 dan 1986, Jaafar turut menyertai:
  • Art Exbibition Bank Negara Malaysia (1989)
  • July Fest Exhibition, Taman Negara Resort, Pahang (1993)
  • International Birds Race (Solo Exbihition) Fraser Hill (2003)
  • Pameran Seni Rupa Inspirasi Perak (2005)
  • Pameran Anugerah Merdekadan Sketsa Sains (2013)

Paling menarik, sebahagian besar dari hasil kerjanya turut dibeli dan dikumpul oleh pihak-pihak swasta serta korporat tempatan dan antarabangsa termasuklah Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir.

Pelbagai kejayaan manis diraih oleh Jaafar seperti karyanya tersiar di majalah tahunan Japanese Creator’s Association (JCA), ilustrasinya pernah menghiasi kulit luar salah satu edisi Reader’s Digest.

Malah, hasil-hasil kerja turut dipilih menjadi hiasan muka depan kalendar yang diterbitkan oleh syarikat-syarikat korporat seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Edaran Otomobil Nasional berhad (EON), TOSHIBA, ESSO dan banyak lagi.

Sepanjang bergelar kartunis, Jaafar pernah dianugerahi Kartun Satu Muka Terbaik di Anugerah Pekomik 2010 menerusi karyanya bertajuk Jungle Jokes (Majalah Gila-Gila), Kartunis Dedikasi, Anugerah Khas Penggiat Kartun di Program Pameran Kartun dan Animasi 1Malaysia (2012), dan Anugerah Perdana Kampung Boy menerusi Anugerah Kampung Boy 2015 di Putrajaya.

3. Mishar

10 Kartunis 90an Yang Pernah Menggegarkan Dunia Komik Negara

Meor Shariman Meor Hassan atau lebih dikenali dengan nama Mishar dilahirkan di Bruas, Perak. Mula berkarya sejak tahun 1960-an lagi menerusi Majalah Filem, Akhbar Utusan Malaysia dan Akhbar Utusan Pelajar.

Kartun Malaysia Meriah adalah hasil tangan beliau ketika bersama Utusan Malaysia. Sekitar tahun 1970-an, Mishar boleh dianggap sebagai pelopor dunia kartun dan komik negara.

Beliau bersama-sama Jaafar Taib, Azman Yusof, Zainal Buang Hussein telah menubuhkan Creative Enterprise Sdn Bhd dengan menerbitkan majalah humor Gila-Gila.

Pada peringkat awal penerbitan, majalah Gila-Gila dianggap sebagai medan untuk kartunis Malaysia bagi tujuan menyampaikan mesej kepada pembaca melalui kartun.

Kartun-kartun yang disiarkan Gila-Gila berlatar belakang cerita rakyat Malaysia secara humor dan simbolik.

Pada tahun 1984, Mishar meninggalkan syarikat penerbitan itu dan menubuhkan Creative Holding Sdn Bhd dan menerbitkan majalah Batu Api.

Dengan tema, format yang agak berbeza, Batu Api merupakan majalah humor yang agak lantang menyampaikan mesej mengkritik di atas tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat.

Maskot Batu Api ialah seorang lelaki bercermin mata hitam bertopi dan jaket persis seorang penyiasat sedang menghisap paip.

Pada 1989 pula, beliau menerbitkan satu lagi wadah kartun berbentuk tabloid iaitu Warta Jenaka. Selain Malaysia Meriah, Kapten Mera dan Asmaradana merupakan antara hasil karyanya yang popular.

Mishar bukan sahaja kartunis malahan terkenal sebagai seorang penulis yang tersohor dengan menggunakan beberapa nama pena seperti Mansasar dan Renlotol.

4. Zainal Buang Huseein

10 Kartunis 90an Yang Pernah Menggegarkan Dunia Komik Negara

Dilahirkan 1954 di Keluang Johor, Zainal Buang Hussein merupakan antara penggerak awal dalam dunia penerbitan majalah humor negara kita.

Walaupun tidak pernah menerima pendidikan secara formal di dalam bidang seni lukis, beliau membuktikan bakat semulajadi yang dianugerahkan kepadanya bukan sesuatu yang tidak harus disia-siakan.

Antara buku kartunnya yang terkenal ialah Koleksi (1997), Nostalgia (1998) dan Seleksi (1999).

Selain bergelar pelukis ilustrasi dan kartunis hebat, beliau sempat menghasilkan beberapa buah novel dengan melibatkan diri dalam penulisan sejak 1988.

Debu-Debu Di Kaca (1993), Di Ulit Mimpi, Serakah (1994), Gelombang (1995), Sugar Dady (1995), Kasanova (1996), Cinta Di Perumputan (1997), Kumal (1997), Kekasih Abadi (1997) dan Meniti Gelombang (2006) adalah hasil karya penulisannya.

Karyanya pernah memenangi Anugerah Lukisan Terbaik Asean di Brunei pada tahun 1985, Tokoh Penggiat Kartun Malaysia 2012 dan diiktiraf oleh Kelab Kartunis Malaysia menerusi Anugerah Kartunis Legenda di Anugerah Kampung Boy 2015.

Paling menarik, karya diangkat sebagai penghias setem Malaysia oleh Pos Malaysia Bhd sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015.

5. Datuk Lat

10 Kartunis 90an Yang Pernah Menggegarkan Dunia Komik Negara

Tentu anda masih ingat bukan siri kartun yang bertajuk ‘Kampung Boy’ yang memaparkan kisah kehidupan anak-anak di kampung. Pastinya anda mengetahui siapakan gerangan kartunisnya di sebalik siri kartun popular berkenaan.

Datuk Lat atau mana nama sebenarnya Mohammad Nor Khalid telah dilahirkan pada 5 Mac 1951 di Kota Baru, Perak.

Mulai mencerna bakat sejak di bangku sekolah lagi dimana ketika berumur 13 tahun, beliau telah menghasilkan buku yang bertajuk ‘Tiga Sekawan’ yang memaparkan kisah tentang tiga sahabat menangkap penjahat.

Seterusnya, beliau mula berhijrah ke Kuala Lumpur dan bertugas di News Straits Times sebagai pemberita atau wartawan.

Walaupun sibuk dengan tugasnya sebagai wartawan, namun minatnya terhadap kartun tetap diteruskan.

Pada tahun 1974, Lat menjadi kartunis editorial sepenuh masa dengan melukis di ruangan ‘Scene of Malaysia Life’. Sekitar 1979, sebuah buku bercorak autobiografi ‘Kampung Boy’ diterbitkan.

Selepas itu, menyusul beberapa buah lagi, antaranya ‘Town Boy’, ‘With A Little Bit Of Lat’, ‘Lots More Lat’ dan banyak lagi.

Menariknya, buku Kampung Boy turut diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Perancis dan Jepun. Kampung Boy juga telah dianimasikan sebanyak 12 episod dan mula ditayangkan pada Februari 1997.

Datuk Lat turut diberikan Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Antropologi dan Sosialogi) pada tahun 2007 sebagai penghargaan kepada kejayaan beliau dalam menghasilkan kartun yang mempunyai nilai komedi intelek.

Beliau turut dinobat Anugerah Kewartawan Petronas (Anugerah Khas Juri) pada tahun 2005 dan Anugerah Merdeka 2014 bagi kategori pendidikan dan komuniti berdasarkan sumbangannya dalam mempromosikan identiti Malaysia menerusi penggunaan kartun bagi tujuan promosi pemahaman kalangan komuniti pelbagai etnik di negara ini.

Paling manis, Kelab Kartunis Malaysia (KKM) telah mengadakan majlis penganugerahan buat kartunis tempatan dalam menghasilkan karya-karya yang hebat menerusi Anugerah Kampung Boy 2015.

Anugerah itu diambil sempena karya popular Datuk Lat yang telah berkecimpung dalam industri seni lukis tanah air sejak setengah abad yang lalu.

6. Reggie Lee

10 Kartunis 90an Yang Pernah Menggegarkan Dunia Komik Negara

Reggie Lee merupakan satu-satunya kartunis berbangsa Cina yang berkarya di Majalah Gila-Gila. Dilahirkan pada tahun 1958 di Pulau Pinang, karya pertamanya tersiar dalam Gila-Gila pada bilangan 25 (1 September 1979).

Karya anak keempat daripada lima adik beradik itu banyak menyentuh aspek kebudayaan dan kehidupan masyarakat Cina. Beliau pernah bertugas sebagai pengarah seni di sebuah agensi pengiklanan terkemuka.

Antara karya kartunnya yang popular ialah ‘Made in Malaysia’ (koleksi kartun berbahasa Inggeris terbitan Berita Publishing-1984) dan ‘Can or Not’.

Paling menarik, kartunnya pernah menjadi penghias papan tanda iklan, iklan agensi kerajaan dan swasta. Salah satunya, beliau berkolaborasi bersama Microsoft Malaysia untuk membuat Windows Theme sempena hari kemerdekaan.

Beliau turut dinobat Anugerah Kartunis Editorial di Anugerah Kampung Boy 2015 yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Najib Razak di Putrajaya.

Selain itu, beliau turut menerima Anugerah Kartunis Masyarakat Malaysia sempena Pameran Kartun dan Animasi 1Malaysia 2012 yang telah berlangsung di pekarangan Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Selain melukis, Reggie turut suka fotografi dan melancong dimana pernah menulis artikel kembaranya bagi majalah tempatan.

7. Rasyid Asmawi

10 Kartunis 90an Yang Pernah Menggegarkan Dunia Komik Negara

Bagi penggemar kartun ‘From Taiping With Love’ dalam majalah Gila-Gila, pastinya mengenali nama kartunis Rasyid Aswawi.

Kartunis yang dilahirkan di Bagan Datoh, Perak pada 14 November 1957 dan dibesarkan di Taiping, Perak ini merupakan antara penyumbang terawal yang berkarya di majalah Gila-Gila.

Karyanya disiarkan buat pertama kali dalam majalah Gila-Gila bilangan ke 6 pada September 1978.

Sebelum melukis di majalah Gila-Gila, Rasyid giat melukis komik kartun seperti ‘Combat’, ‘Spy Kulup’ dan banyak lagi.

Selain From Taiping With Love, antara karyanya yang cukup popular di majalah Gila-Gila seperti Terkenang Semasa Dulu, 4 Bujang Lapuk, Hikayat Jutawan Belacan dan Keluarga Cikgu Mat Pencen.

Karya kartun pernah dipamerkan di Pameran Lagi Lagi Gila-Gila di Galeri Petronas, Suria KLCC iaitu sebuah pameran terbesar berdasarkan kartun dan humor di Malaysia buat peminat setia yang sekian lama meminati bahan bacaan komik tersebut.

Cita-cita asal beliau untuk menjadi penulis novel tetapi beliau tetap berbangga kerana dapat berkarya dalam bentuk kartun. Beliau kembali ke Rahmatullah pada September 1997.

8. Cabai

10 Kartunis 90an Yang Pernah Menggegarkan Dunia Komik Negara

‘Tiga Dara Pinggitan’, antara karya yang mengangkat nama kartunis Cabai atau nama sebenarnya Sabariah Jais. Wanita hebat itu telah melakarkan sejarah menjadi kartunis humor wanita pertama di negara ini yang aktif berkarya.

Beliau mula menyertai Majalah Gila-Gila pada tahun 1987. Karya-karyanya banyak berkisahkan tentang kisah-kisah wanita.

Selain Tiga Dara pinggitan, antara karya kartunnya yang terkenal seperti ‘Joyah Sport’, ‘Usop 2012’ dan banyak lagi.

Paling menarik, karyanya iaitu Tiga Dara Pinggitan diangkat menjadi telemovie komedi yang sensasi yang dibintangi oleh Siti Nordiana, Anne Ngasriah dan Haiza.

Setelah berhenti dari Creative Enterprise, Cabai telah menerbitkan majalahnya sendiri iaitu CABAI.

Menerusi Anugerah Kampung Boy 2015, Cabai telah dinobatkan Anugerah Kartun terbaik yang telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Najib Razak di Putrajaya.

Di Anugerah Pekomik 2010, Cabai memenangi kategori Siri Komik Kartun Terbaik menerusi siri Tiga Dara Pinggitan.

9. Imuda

10 Kartunis 90an Yang Pernah Menggegarkan Dunia Komik Negara

Siapa yang tidak kenal kartunis yang serba boleh seperti Imuda. Imuda atau nama sebenarnya Abdul Rahim Muda buka sahaja hebat dalam bidang melukis kartun, potret dan karikatur malahan berbakat besar sebagai seorang pelakon, pengacara, pelawak dan penyanyi.

Anak jati Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu mula melukis sejak dibangku sekolah lagi. Setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1978, beliau mula bekerja sebagai pelukis di sebuah syarikat penebitan buku, United Book Company untuk Majalah Dunia Kanak-kanak.

Seterusnya, beliau diterima bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan menjawat jawatan sebagai Penolong Pelukis. Sewaktu bertugas di DBP, beliau sering menghantar karyanya ke majalah Gila-Gila.

Antara karyanya kartunnya yang menjadi sebutan seperti Yushimura dan Maharajalela VS Birch. Kartun bertajuk Mat Gelap pernah dianimasikan dalam filem dimana beliau turut berlakon dalam filem itu.

Karyanya pernah dipamerkan di Pameran Solo Imuda di Lobi Bangunan Pentadbiran LPSVN, Kuala Lumpur pada tahun 2015, Pameran Solo ‘Wajah-wajah Kesayangan Hamba’ di Balai Berita, New Strait Times, Bangsar.

Pada 12 Januari 2008, Imuda turut menghadiah lima potretnya kepada Galeri Perfileman Finas sempena program Tiada Gambar Seindah Lukisan Bersama Imuda.

Komik pertama Imuda ialah ‘Hang Sebat’, setebal 20 halaman. Imuda juga pernah menghasilkan album bersama Susan Lankester berjudul Terang Gelap pada tahun 1992.

Tahun 1992 juga, menyaksikan Imuda mendapat anugerah sebagai Pelakon Pembantu Terbaik dan kemudiannya Pelakon Komedi Popular pada tahun 1993.

10. Ujang

10 Kartunis 90an Yang Pernah Menggegarkan Dunia Komik Negara

Ibrahim Anon atau lebih dikenali sebagai Ujang merupakan salah seorang kartunis yang terkenal dan mempunyai ramai peminat.

Ujang dilahirkan pada 18 Oktober 1965 di Kampung Juaseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Selepas tamat Sijil pelajaran Malaysia (SPM), beliau memberanikan diri untuk mencuba nasib sebagai kartunis di Kuala Lumpur.

Karya pertama iaitu kartun coretan disiarkan di majalah Gila-Gila pada Februari 1984. Setelah diperbaiki semula, Hikayat Ujang Senang iaitu karyanya ketika dibangku sekolah disiarkan pada 1985.

Seterusnya, Ujang berhijrah ke Kharisma Groups dengan menyandang jawatan sebagai pengurus Kharisma Publication dengan menghasilkan majalah yang dinamakan Ujang dengan bermottokan Majalah lawak Antaranbangsa.

Di Kharisma, karakter Usop Sontorian ciptaannya telah dijadikan siri animasi serta diiktirafkan sebagai filem animasi tempatan pertama.

Pada 1997, Ujang meninggalkan Kharisma dengan menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu Multi Triple Sdn Bhd dimana menerbitkan majalah Varia Lawak dengan mengumpul sebahagian besar kartunis-kartunis dari majalah Ujang bersama karya-karya mereka.

Ujang juga pernah menjadi kartunis tamu di majalah G3 terbitan Kumpulan Karangkraf. Pertemuan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada tahun 2004 dengan Jaafar Taib membuka jalan kembali buat Ujang ke Majalah Gila-Gila.

Di sana, beliau bukan sahaja diminta berkarya malahan dapat mengendalikan unit promosi dan acara.

Antara karya-karya yang popular seperti Ujang, Din Beramboi, Aku Budak Minang, Atuk, Intellingent Blues Club (I.B.C), Jibam dan banyak lagi.

Persatuan Penggiat Komik Malaysia (PeKOMIK) menganugerahkan Anugerah Kartun Satu Muka Terbaik kepada beliau bagi karyanya yang berjudul Atuk semasa Pekomikon dan Anugerah PeKOMIK 2009 pada 25 April 2009 di Dewan Kedah/Johor, PWTC.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 7 Fakta Menarik Kartunis Zunar Yang Ramai Tidak Tahu

sumber: thevocket

Bahaya Bahan Kanser Acrylamide Dalam Kopi

Bahaya Bahan Kanser Acrylamide Dalam Kopi

Dalam trend dan gaya hidup semasa, banyak syarikat kini memperkenalkan jenama dan produk masing-masing untuk menyertai kerancakan pasaran konsumer namun, terdapat banyak laporan tentang penggunaan bahan-bahan tertentu dalam makanan dan minuman yang boleh memberi kesan kepada kesihatan untuk suatu jangka masa tertentu.

Bahaya Bahan Kanser Acrylamide Dalam Kopi

Oleh itu, golongan pengguna yang peduli tentang kandungan, asal-usul dan cara pemprosesan bahan pasti mahu ambil tahu tentang sesuatu sumber makanan atau minuman sebelum ia diambil dan memasuki sistem tubuh.

Berikut fakta yang dikeluarkan Pertubuhan Kanser Amerika (ACS) berkongsi tentang bahaya acrylamide dalam makanan dan minuman yang boleh mengundang kanser.

Apa itu acrylamide dan risiko kanser?

Acrylamide adalah bahan kimia yang digunakan terutamanya dalam proses perindustrian tertentu, seperti membuat kertas, pewarna, dan plastik, dan merawat air minuman dan air sisa.

Terdapat sejumlah kecil produk pengguna, seperti kapur papan hitam, pembungkusan makanan dan beberapa pelekat.

Acrylamide juga terdapat dalam asap rokok.

Acrylamide juga boleh membentuk beberapa makanan berkanji semasa dimasak dalam suhu tinggi, seperti menggoreng, memanggang dan membakar.

Acrylamide terbentuk dari gula dan asid amino yang secara semula jadi dalam makanan dan tidak berasal daripada bahan kitar semula.

Bagaimanakah orang ramai boleh terdedah kepada acrylamide?

1. Dalam makanan tertentu.

2. Acrylamide mungkin selalu ada dalam beberapa makanan, tetapi ini tidak diketahui sehinggalah saintis Sweden menemuinya dalam makanan tertentu pada tahun 2002.

3. Acrylamide tidak kelihatan dalam makanan mentah. Ia terbentuk apabila makanan kanji tertentu dimasak pada suhu tinggi (di atas kira-kira 121 darjah Celsius). Memasak pada suhu tinggi menyebabkan tindak balas kimia antara gula tertentu dan asid amino (asparagine) dalam makanan, yang membentuk acrylamide.

4. Kaedah memasak seperti menggoreng, membakar, memasak, atau memanggang lebih cenderung untuk menghasilkan acrylamide, sementara mendidih, mengukus, dan memanggang.

5. Tempoh memasak yang lama pada suhu yang lebih tinggi dapat meningkatkan jumlah acrylamide dalam makanan.

6. Acrylamide juga ditemui dalam makanan tumbuhan, seperti produk kentang, produk bijirin, atau kopi.

6. Makanan seperti kentang goreng dan kerepek kentang mempunyai paras tertinggi acrylamide, tetapi terdapat juga dalam roti dan produk bijirin yang lain.

7. Acrylamide tidak membentuk (atau membentuk pada peringkat yang lebih rendah) dalam produk tenusu, daging, dan ikan.

Acrylamide dalam asap rokok?

Acrylamide juga terdapat dalam asap rokok. Ini mungkin salah satu cara utama perokok terdedah kepada bahan kimia terbabit.

Acrylamide di tempat kerja?

Orang yang bekerja di industri tertentu (terutamanya dalam kertas, pembinaan, faundri, penggerudian minyak, tekstil, kosmetik, pemprosesan makanan, plastik, perlombongan, dan industri pertanian) mungkin terdedah kepada akrilamida di tempat kerja, terutama melalui sentuhan kulit atau dengan menghidupkannya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Secawan Kopi Luwak Berharga RM50

sumber: astroawani

Kenapa Tulang Patah Perlu Diletakkan Besi?

Kenapa Tulang Patah Perlu Diletakkan Besi?

Adakah tulang yang patah boleh sembuh dengan sendiri? Ya. Tapi kenyataan ini adalah separuh betul sebab, sebenarnya jika anda patah dan tidak mahu ke hospital, selepas 3 bulan, tulang yang patah itu boleh bercantum semula.

Kenapa Tulang Patah Perlu Diletakkan Besi?

Misalnya, seekor beruk di hutan, terlepas dari dahan pokok, jatuh ke tanah dan patah kakinya.

Tidak ada pakar tulang tulang mahupun bomoh tulang yang akan merawat namun begitu, selepas 3 bulan patahnya sembuh dan beruk itu melompat semula.

Persoalannya, bagaimana rupa penyembuhan tulang itu nanti?

Gambar di bawah menunjukkan gambar dua tulang peha. Tulang di sebelah kanan menunjukkan tulang peha manusia yang normal dan yang di sebelah kiri pula menunjukkan di tengah-tengahnya penyembuhan tulang yang patah.

Kenapa Tulang Patah Perlu Diletakkan Besi?

Apakah perbezaan yang sangat ketara pada kedua-dua tulang peha tersebut?

Tulang di sebelah kiri adalah lebih pendek daripada tulang di sebelah kanan. Ini berlaku kerana apabila tulang itu patah, ia tidak diluruskan dan disejajarkan (aligned) dengan sempurna.

Apabila tidak diluruskan dan tidak disejajarkan samada menggunakan instrument ataupun plaster of paris (simen), maka tulang itu akan selamanya bengkok dan pendek.

Bolehkah tulang disejajarkan tanpa menggunakan besi?

Apabila tulang besar seperti tulang peha atau tulang tangan patah, ia akan menjadi bengkok dan tidak sejajar.

Ini adalah kerana tulang besar ini dipegang oleh otot peha yang besar dan kuat.

Apabila patah, otot ini akan menarik tulang ini kepada arah yang berlainan. Hujung tulang yang patah ini pula akan lari daripada paksinya. Ini dipanggil patah yang tidak stabil.

Untuk menjadikan ia sejajar, ia bukanlah mudah terutama tulang peha.

Hanya dengan memasang besi dan dikemaskan dengan skru khas sahaja maka tulang itu dapat diluruskandan distabilkan. Itu sebabnya, kenapa kita perlu meletakkan besi sekiranya tulang kita patah.

Sekiranya patah tersebut stabil, yang bermakna hujug patah tersebut tidak jauh dari kedudukan asal dan tidak perlu disejajarkan, maka ia hanya perlu disimenkan (plaster of paris).

Ada juga patah yang stabil tidak perlu dibuat apa-apa pun.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Hadis Membuktikan Manusia Memiliki 360 Sendi

sumber: drazwan

Saturday, April 07, 2018

5 Kategori Dalam Sistem Kasta Masyarakat Hindu India

5 Kategori Dalam Sistem Kasta Masyarakat Hindu India

Sistem kasta dalam masyarakat Hindu boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan peringkat yang pada umumnya, kelas tertinggi ialah para Brahmin atau Brahmana, manakala kelas terendah ialah kaum pariah atau dikenali sebagai "mereka yang tidak boleh disentuh" atau dalam bahasa Inggeris "untouchables".

5 Kategori Dalam Sistem Kasta Masyarakat Hindu India

5 Kelas Dalam Sistem Kasta
  1. Brahmin: Berkulit Putih, bekerja sebagai Paderi dan Guru.
  2. Ksatriya: Berkulit Merah, bekerja sebagai Askar dan Ketua dalam kerajaan.
  3. Vaisya: Berkulit Coklat, bekerja sebagai Petani, Pedagang dan Pelukis.
  4. Sudra: Berkulit Hitam dan bekerja sebagai Buruh.
  5. Dalit (Pariah): Berkulit Hitam dan bekerja sebagai Buruh Kasar.

Sejarah Sistem Kasta

Asal-usul Sistem Kasta adalah berpunca dari Bhagavad Gita yang menyatakan:

1. Pekerjaan-pekerjaan kaum Brahmin, Ksatriya, Vaishya, dan Sudras adalah berbeza, harmoni dengan tiga kuasa yang berkaitan dengan kelahiran mereka.

2. Peranan kaum Brahmin adalah keamanan; harmoni, austerity dan kesucian; kecintaan-kemaafan dan peribadi yang murni; berwawasan, berhikmah dan berkepercayaan.

3. Peranan kaum Ksatriya: minda seorang perwira, berdarah panas, constancy, resourcefulness, berani dalam perang, pemurah dan seorang pemimpin yang baik.

4. Perdagangan, pertanian dan membela kerbau ialah pekerjaan kaum Vaishya.

5. Dan kerja kaum Shudra pula ialah untuk memberi perkhidmatan.

Manusia Hina

5 Kategori Dalam Sistem Kasta Masyarakat Hindu India

Perkataan KASTA sebenarnya dibawa masuk oleh penjajah British yang cuba menerangkan sistem pemecahan dalam suku bangsa India yang diamalkan pada era penjajahan mereka suatu ketika dahulu.

Penegasan terjemahan sistem kasta dilakukan oleh penjajah British adalah semata-mata mahu mengukuhkan pengaruh mereka di India.

Dalam Hindu sendiri, perkataan kasta atau caste tidak wujud. Satu-satunya manuskrip purba yang pernah mencatatkan sistem pola dalam masyarakat secara terperinci adalah datang dari kitab-kitab agama Hindu.

Sistem amalan berkasta ini dikatakan dipelopori oleh agama Hindu mengikut Veda.

Sistem kasta di India

Secara kasarnya, sistem kasta yang diamalkan di India adalah satu sistem pengelasan atau dasar pecahan suku susur galur sesebuah institusi kekeluargaan mengikut pengkhususan kerjaya dan darjat keluarga.

Dalam bahasa mudah, hierarki bangsalah atau dalam Veda di sebut JATI.

Maksud JATI adalah "kelahiran" tetapi, dalam konteks Veda, JATI merupakan warisan identiti sesebuah suku kaum itu setelah seseorang itu dilahirkan.

Pariah

Perkataan PARIAH sebenarnya hanya salah satu suku keluarga dalam bangsa India dalam kategori Dalit. Sebenarnya ada beratus (malahan mungkin beribu) lagi nama-nama suku yang terdapat dalam kelas Dalit.

Ada orang India sangat marah kalau dipanggil dengan panggilan "Pariah" kerana iu sebenarnya satu penghinaan sama juga seperti kita jika digelar Bodoh, Sakai, Orang Kampung dan sebagainya.

Tanpa sempadan agama

Dalam amalan kasta India ini, amalan sistem berkasta diamalkan hampir seluruh komuniti di India tanpa sempadan agama.

Seandainya seseorang itu dilahirkan dalam kelas DALIT, individu tersebut telah atau akan diisytiharkan sebagai insan yang tidak boleh sama sekali disentuh.

Tidak boleh disentuh atau mereka tidak dibenarkan menyentuh orang lain sebab telah ditakdirkan Tuhan (mengikut yang berkasta tinggi) sebagai golongan yang terlalu hina.

Bukan setakat tidak boleh disentuh dan menyentuh, golongan Dalit juga TIDAK BOLEH memiliki harta, dihalang, disekat, tidak layak menjalankan kerja-kerja yang membolehkan mereka mengumpul harta (lebih hina dari hamba dalam hal ini), tidak mempunyai hak untuk memiliki apa pun, apatah lagi untuk berkahwin dengan suku JATI yang lain.

Paling teruk, mana-mana ahli kalangan JATI kelas tinggi jika ada mana-mana ahli keluarga mereka didapati mempunyai hubungan persahabatan, cuba berlaku baik, bercinta atau berkahwin dengan Dalit, status kelas JATI mereka akan terus jatuh dalam kelompok Dalit!

Ini masih berlaku dalam era moden di India hari ini.

Sistem Kasta dalam budaya bangsa lain

5 Kategori Dalam Sistem Kasta Masyarakat Hindu India

Selain India, sistem ini wujud di negara-negara lain juga. Di Afrika Selatan misalnya, sewaktu era aparteid penduduk berkulit putih dianggap lebih baik berbanding masyarakat bukan kulit putih.

Di Jepun, masyarakatnya yang menetap di Amerika Selatan dipandang rendah dan sukar mendapat kerakyatan di negara sendiri.

Manakala, sewaktu pemerintahan Adolf Hitler, rakyat Jerman berbangsa Yahudi disisih dan dianggap sebagai kelas kedua.

Kebanyakan sistem kasta pada abad ke 20 ini adalah rekaan manusia semata-mata untuk menunjukkan kebencian terhadap sesuatu bangsa, agama atau keturunan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kekayaan Berdasarkan Kasta Di Malaysia

sumber: wikipedia | loloqxrules

Video Lelaki Tergamak 'Perkosa' Lubang Golf!

Video Lelaki Tergamak 'Perkosa' Lubang Golf!

Seorang lelaki dirakam 'mengadakan hubungan seks' dengan lubang kesembilan di Lapangan Golf Brackenwood, Ahad lalu di Merseyside, England (1/4/2018), yang  dirakam Steven Gayton dan video yang tular di media sosial.

Video Lelaki Tergamak 'Perkosa' Lubang Golf!

Menurut Gayton, sebelum terserampak dengan lelaki gila seks tersebut, dia dan tiga rakan lain baru sahaja menghabiskan permainan di lubang kelapan.

"Masa tu hujan renyai. Dari jauh saya nampak seorang lelaki tanpa baju berbaring di atas rumput di lubang kesembilan.

"Bila diamati, seluarnya sedikit terlondeh dan lebih mengejutkan dia cuba melakukan aksi seks dengan lubang tersebut," kata Gayton.

Tambah Gayton lagi, beberapa minit kemudian pemuda itu bangun tanpa rasa bersalah dan menghilangkan diri di kawasan semak berhampiran.

"Saya tak rasa dia dalam keadaan mabuk. Saya nampak dia keluarkan telefon pintar dan merakam dirinya 'merogol' lubang golf tersebut.

"Lagi pun tiada CCTV di kawasan ini, mungkin itu salah satu sebab dia berani bertindak sedemikian," ujarnya.

Gayton memuat naik video insiden pelik itu di Facebook dan ia menarik hampir 400,000 tontonan serta ratusan komen daripada netizen.

Seorang pelayar Facebook, Stephen Riley berkata, "Itu mungkin hadiah yang dia dapat selepas berjaya membuat pukulan hole-in-one."

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Nasihat Seorang Perogol Untuk Wanita

sumber: sinarharian

Kenapa Kapal Terbang Kebiasaannya Berwarna Putih?

Kenapa Kapal Terbang Kebiasaannya Berwarna Putih?

Warna asas kapal terbang adalah warna putih dan tahukah anda kenapa jarang ada kapal terbang diwarnakan selain daripada warna tersebut, misalnya berwarna pelangi, bercorak dan sebagainya?

Ini penjelasan saintifik di sebalik kenapa majoriti kapal terbang diwarnakan dengan warna putih sahaja.

1. Pemantul haba

Kenapa Kapal Terbang Berwarna Putih?

Warna putih merupakan pemantul cahaya terbaik dan warna ini memantulkan hampir kesemua cahaya.

Ia juga mampu mengelakkan pembinaan haba dalam kapal terbang kerana warna-warna lain berkemungkinan akan menyerap cahaya, menghasilkan haba dan memanaskan badan kapal terbang.

Selain bagus di awan biru, warna putih juga membantu kapal terbang semasa berada di landasan apabila cuaca sedang panas terik.

Ia akan mengambil masa yang pantas untuk menyejukkan enjin berbanding kapal terbang berwarna lain.

2. Pemeriksaan mudah keretakan dan kemek pada fiuslaj

Kapal terbang sering melalui proses pemeriksaan berkala untuk mengenalpasti keretakan, kemek atau apa sahaja kerosakan pada bahagian permukaan.

Pemeriksaan ini sudah semestinya untuk tujuan keselamatan oleh itu, putih merupakan warna terbaik kerana kebiasaannya keretakan mempunyai warna yang gelap.

Selain itu, warna putih juga menyerlahkan tanda karat atau tompok kebocoran minyak kerana ia akan meninggalkan kesan berwarna gelap.

3. Kemalangan

Kenapa Kapal Terbang Berwarna Putih?

Menurut satu kajian yang dibuat oleh penyelidik dari Purdue University, fiuslaj yang berwarna putih mampu mengelakkan pertembungan dengan kawanan burung.

Ini kerana dalam situasi panas atau mendung, burung dengan pigmen penglihatan sensitif violet (VS) dan ultraviolet (UVS) akan dapat mengesan warna putih yang kontras secara kromatik berbanding warna lain seperti biru.

Selain itu, sekiranya berlaku kemalangan di tengah laut atau di landasan pada waktu malam atau dalam keadaan gelap, warna kapal terbang dapat dilihat dengan jelas.

Ada juga penjelasan lain mengenai pemilihan warna putih

1. Mengecat warna melibatkan kos yang tinggi

Dari segi kewangan, mengecat warna baru memerlukan pelaburan yang tinggi kerana ia melibatkan wang ringgit, masa dan tenaga manusia.

Menurut Boeing, proses mengecat sebuah kapal terbang Boeing Airbus mengambil masa antara dua hingga ke tujuh hari, bergantung kepada bajet.

Selain itu, menurut Boeing, lapisan-lapisan cat baru ini akan menambahkan berat kapal terbang yang akan mengakibatkan lebih banyak kos operasi. Syarikat penerbangan seboleh-bolehnya ingin mengelakkan isu seperti ini.

2. Harga kapal terbang akan jatuh sekiranya dicat dengan warna lain

Katakanlah anda seorang multi billionnaire yang mempunyai kapal terbang peribadi yang disimpan di hangar anda sendiri.

Sebelum ini, anda sudahpun mengecat kapal terbang itu dengan warna kesukaan anda. Sekiranya anda berniat mahu menjualnya untuk digantikan dengan yang baru, anda perlu bersedia untuk menerima tawaran harga yang lebih rendah.

Ini disebabkan syarikat atau individu yang mahu membeli semula kapal terbang anda itu perlu mengecat kembali dan ini akan melibatkan kos yang tinggi seperti disebut dalam poin di atas.

3. Warna putih tak luntur

Kenapa Kapal Terbang Berwarna Putih?

Apabila terbang di altitud yang tinggi sehingga terdedah kepada pelbagai keadaan atmosfera, kapal terbang berwarna kebiasaannya akan luntur.

Ini melibatkan banyak kerja penyenggaraan untuk memastikan tarikan estetik kapal terbang sentiasa dijaga.

Berlainan dengan warna putih yang tidak terlalu jelas berbeza walaupun telah menghabiskan masa yang panjang di udara.

Walaupun majoriti kapal terbang berwarna putih, ada juga kapal terbang yang diwarnakan berwarna-warni.

Sekarang anda dah tahu. Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kenapa Pesawat Perlu Habiskan Bahan Bakar Sebelum Mendarat?

sumber: iluminasi

Cola-cola Guna Stevia Pengganti Gula

Cola-cola Guna Stevia Pengganti Gula

Stevia adalah sejenis pemanis tanpa kalori yang berasal daripada daun pokok stevia, mempunyai kemanisan semula jadi yang tinggi dan merupakan sejenis herba yang berasal dari Paraguay dan digunakan oleh kaum Red Indian sejak zaman dahulu lagi.

Cola-cola Guna Stevia Pengganti Gula

Penggunaan stevia kemudian tersebar di luar Amerika Selatan berikutan penemuannya oleh ahli botani, Antonio Bertoni pada tahun 1887.

Stevia seterusnya digunakan sebagai pengganti gula kerana ia tanpa kalori dan mengurangkan risiko penyakit terutamanya bagi individu yang sukar mengawal pengambilan gula.

Komponen pemanis utama dalam daun stevia juga dikatakan mempunyai kesan antioksidan, antimikrob dan antikulat.

Ia menjadi pilihan pengguna terutamanya bagi mereka yang mengamalkan diet dan gaya pemakanan sihat.

Jika dahulu, tidak banyak pilihan minuman berkarbonat yang dijual di pasar raya, namun kini minuman berasaskan stevia telah diperkenalkan.

Syarikat pengeluar minuman berkarbonat kegemaran Malaysia, Coca-Cola melancarkan Coca-Cola Stevia dengan kemanisan ekstrak semula jadi daripada pokok stevia.

Pelancaran produk terbaharu itu mempelbagaikan lagi segmen minuman Coca-Cola sedia ada termasuk Classic, Light, Zero Sugar dan Vanilla.

Menurut Pengurus Coca-Cola Malaysia, Singapura dan Brunei, Ahmed Yehia, produk terbaharu itu tetap mengekalkan rasa Coca-Cola klasik tetapi mengurangkan kandungan gula sebanyak 35 peratus.

“Kami sedar, pengguna semakin prihatin tentang pengambilan gula dalam minuman dan mereka mahukan pilihan.

“Justeru, kami memperkenalkan Coca-Cola Stevia yang mempunyai rasa luar biasa yang dihasilkan dengan kombinasi gula semula jadi,” katanya.

Ahmed menambah, sehingga kini tiga daripada lima produk Coca-Cola diiktiraf sebagai pilihan produk sihat menerusi Healthier Choice Logo.

Selain itu Coca-Cola Stevia turut diiktiraf sebagai minuman pilihan kurang gula untuk pengguna di bawah kategori minuman berkarbonat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, sekali gus meyakinkan pengguna untuk beralih kepada produk berasaskan stevia.

Dengan penggunaan stevia dalam minuman berkarbonat itu, anda boleh menjadikan Coca-Cola Stevia sebagai pilihan utama.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo