Saturday, April 07, 2018

Cola-cola Guna Stevia Pengganti Gula


Stevia adalah sejenis pemanis tanpa kalori yang berasal daripada daun pokok stevia, mempunyai kemanisan semula jadi yang tinggi dan merupakan sejenis herba yang berasal dari Paraguay dan digunakan oleh kaum Red Indian sejak zaman dahulu lagi.

Cola-cola Guna Stevia Pengganti Gula

Penggunaan stevia kemudian tersebar di luar Amerika Selatan berikutan penemuannya oleh ahli botani, Antonio Bertoni pada tahun 1887.

Stevia seterusnya digunakan sebagai pengganti gula kerana ia tanpa kalori dan mengurangkan risiko penyakit terutamanya bagi individu yang sukar mengawal pengambilan gula.

Komponen pemanis utama dalam daun stevia juga dikatakan mempunyai kesan antioksidan, antimikrob dan antikulat.

Ia menjadi pilihan pengguna terutamanya bagi mereka yang mengamalkan diet dan gaya pemakanan sihat.

Jika dahulu, tidak banyak pilihan minuman berkarbonat yang dijual di pasar raya, namun kini minuman berasaskan stevia telah diperkenalkan.

Syarikat pengeluar minuman berkarbonat kegemaran Malaysia, Coca-Cola melancarkan Coca-Cola Stevia dengan kemanisan ekstrak semula jadi daripada pokok stevia.

Pelancaran produk terbaharu itu mempelbagaikan lagi segmen minuman Coca-Cola sedia ada termasuk Classic, Light, Zero Sugar dan Vanilla.

Menurut Pengurus Coca-Cola Malaysia, Singapura dan Brunei, Ahmed Yehia, produk terbaharu itu tetap mengekalkan rasa Coca-Cola klasik tetapi mengurangkan kandungan gula sebanyak 35 peratus.

“Kami sedar, pengguna semakin prihatin tentang pengambilan gula dalam minuman dan mereka mahukan pilihan.

“Justeru, kami memperkenalkan Coca-Cola Stevia yang mempunyai rasa luar biasa yang dihasilkan dengan kombinasi gula semula jadi,” katanya.

Ahmed menambah, sehingga kini tiga daripada lima produk Coca-Cola diiktiraf sebagai pilihan produk sihat menerusi Healthier Choice Logo.

Selain itu Coca-Cola Stevia turut diiktiraf sebagai minuman pilihan kurang gula untuk pengguna di bawah kategori minuman berkarbonat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, sekali gus meyakinkan pengguna untuk beralih kepada produk berasaskan stevia.

Dengan penggunaan stevia dalam minuman berkarbonat itu, anda boleh menjadikan Coca-Cola Stevia sebagai pilihan utama.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon