Tuesday, September 12, 2017

7 Fakta Menarik Kartunis Zunar Yang Ramai Tidak Tahu


Ramai orang mungkin mengetahui mengenai corak kerja kartunis Zunar yang sering memaparkan lukisan-lukisan berkaitan dengan pemimpin di Malaysia.

Kartunis Zunar

Karya-karya kreatif beliau sering kali mendapat pelbagai respons, baik positif mahupun negatif daripada seluruh rakyat Malaysia.

Namun begitu, apa yang anda tahu mengenai pemilik nama Zulkiflee SM Anwar Ulhaque, yang berasal dari Kedah ini?

Berbanding dengan pencapaiannya sebagai kartunis, banyak sebenarnya yang tidak tahu mengenai kartunis kontroversi ini.

Justeru, terdapat 7 fakta menarik yang nyata orang tidak tahu mengenai Zunar:

1. Tak pernah ada pendidikan seni

Kalau dilihat daripada hasil karya beliau, tentu sukar untuk menjangka bahawa dirinya tidak pernah mendapat pendidikan rasmi dalam bidang seni lukisan.

"Saya dahulu di sekolah ambil bidang sains, tak pernah pun belajar melukis ini, kerja pun sebagai juruteknik makmal di sebuah hospital.

"Selain itu, kartun pertama saya diterbitkan ketika saya berusia 12 tahun di Majalah Bambino, manakala kali pertama kartun saya diharamkan ketika saya berusia 17 tahun di majalah sekolah," katanya.

2. 'Satu tangan oren untuk awak'

Mengakui dirinya tidak pernah menggunakan emoji di telefon pintar kerana merasakan itu adalah hasil karya orang lain.

"Ya, memang tidak menggunakan emoji di media sosial ataupun telefon pintar, selalunya jika saya lebih menggunakan tulisan untuk menggambarkan ekspresi.

"Contohnya, 'satu ibu jari oren untuk awak' (isyarat bagus)," katanya.

3. Lari daripada menduduki peperiksaan di universiti

Beliau tidak menghabiskan pengajiannya di universiti kerana lari daripada mengambil peperiksaan.

"Bagi saya ketika itu, sistem pendidikan tidak logik dan tidak boleh diterima akal, bayangkan, mengapa kita kena belajar mengenai X bahagi Y?

"Sebab itulah saya lari dan tidak mengambil peperiksaan," tambahnya lagi.

4. Lemah Matematik

Sementara itu, beliau juga mengakui agak lemah dalam subjek Matematik dan perkara yang berkaitan dengan nombor.

"Saya dan nombor memang agak lemah, tarikh semua memang susah nak ingat, sebab itu juga saya berhenti kerja sebagai juruteknik makmal.

"Kerja itu membuatkan saya banyak menulis laporan dan banyak menggunakan nombor, sering kali juga laporan saya itu salah, oleh itu, saya mengambil keputusan untuk berhenti dan meneruskan kerjaya sebagai seorang pelukis," katanya.

5. Pernah mencuri?

Jangan tak tahu ya, kartunis Zunar juga pernah mencuri sebuah majalah ketika berusia awal 20an untuk tujuan pembelajarannya.

"Itu semua untuk tujuan pembelajaran, zaman 80an mana ada Internet atau banyak bahan rujukan lain, dan majalah Times ketika itu banyak memaparkan kartun berunsurkan politik.

"Ketika itu juga, saya tidak mampu membeli majalah tersebut dan tidak mempunyai bahan rujukan lain, sebab itulah saya mengambil keputusan demikian," tambahnya.

6. Ambil masa 15 jam untuk hasilkan 1 karya

"Saya seorang yang serius dan banyak berfikir, apabila ingin menghasilkan satu karya itu saya akan membuat banyak 'homework', bukan sekadar lukis sahaja.

"Pernah satu karya yang dihasilkan mengambil masa 15 jam hingga satu hari (berfikir dan menulis) kerana ingin mendapat hasil yang terbaik dan makna yang mendalam," katanya.

7. Pernah melakukan pelbagai pekerjaan

"Saya juga pernah bekerja sebagai buruh binaan, pencuci longkang, kelendan lori dan di tempat pengasingan sampah," tambahnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 5 Jawapan 'Padu' Kartunis Zunar Selepas Dituduh Cuba Jatuhkan PM!

sumber: sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon