Tuesday, April 03, 2018

Misteri Dan Asal-usul Orang Minyak

Misteri Dan Asal-usul Orang Minyak

Apa itu Orang Minyak dan dari mana asal-usulnya adalah merujuk kepada seseorang yang menuntut ilmu batin, ilmu sesat atau ilmu hitam dengan cara menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa untuk merompak sebelum memperkosa gadis yang masih perawan.

Misteri Dan Asal-usul Orang Minyak
Gambar hiasan.

Salah satu cerita mengatakan bahawa, Orang Minyak ini telah tersalah menuntut ilmu, menyebabkan dia menjadi hitam dan hanya akan pulih selepas merogol 40 orang gadis. Mangsa akan terpukau dan ditanda dengan pangkahan pada mukanya selepas dinodai.

Versi lain juga menyatakan, Orang Minyak adalah manusia biasa yang sedang mempelajari ilmu batin dan ilmunya akan sempurna setelah berjaya memperkosa 41 wanita dengan kemampuan memasuki sebuah rumah tanpa dapat dilihat oleh sesiapa.

Apabila ilmunya telah lengkap, kulit hitamnya akan berubah menjadi putih dan akhirnya memiliki kuasa sakti.

Ilmu hitam walaupun dianggap amalan salah dan khurafat tetapi kemunculan orang minyak memang tidak dapat dinafikan apabila terdapat segelintir masyarakat yang berniat serong untuk kepentingan diri sendiri sehingga mengancam keselamatan dan ketenteraman masyarakat dalam sesebuah kampung tersebut.

Kewujudan Orang Minyak sebenarnya amat popular sehingga ia dijadikan sebuah filem pada tahun 1958 bertajuk Orang Minyak, yang diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd (MPF) dan diarahkan oleh seniman tersohor P. Ramlee.

Kelebihan dan Kelemahan Orang Minyak

Orang minyak dikatakan mampu memasuki rumah yang berkunci dengan mudah dan selain itu, ia dikatakan mampu menghilangkan diri dengan mudah sekiranya dikejar.

Orang minyak juga mampu melekat pada siling seperti cicak, mampu naik ke atas dengan sehelai benang dan mampu menggunakan jin sebagai pelindung.

Sekiranya tidak mahu diganggu oleh Orang Minyak pada waktu malam terutamanya gadis, sekeliling tempat tidur hendaklah ditabur dengan kelopak jantung pisang dan daun keladi bira.

Jika sebuah rumah ditabur kelopak jantung pisang atau daun keladi bira ini, maka selamatlah semua perempuan di dalamnya.

Untuk mengalahkan Orang Minyak, apabila ia telah ditangkap, selubung dengan kain batik untuk melemahkannya, kemudian gigit ibu jari kaki Orang Minyak itu untuk menghapuskannya.

Dikatakan juga bahawa Orang Minyak takut melihat cermin.

Selain itu, kelemahan ketara orang minyak ialah tidak boleh terkena hujan. Apabila terkena hujan, dengan mudah orang akan dapat melihat pengamal ilmu tersebut.

Hal seumpama ini telah pun berlaku, semasa orang minyak ingin merogol mangsa di sebuah rumah ketika hujan turun, perbuatan makhluk berkenaan telah dilihat oleh beberapa orang penduduk dari kampung itu dengan jelas.

Ilmu Siam

Misteri Dan Asal-usul Orang Minyak
Orang minyak didakwa berjaya ditangkap [azmirelatif].

Menurut cerita orang tua-tua, Orang Minyak adalah amalan ilmu hitam dari Siam yang tuannya menuntut ilmu ghaib untuk tujuan jahat dan gadis-gadis sunti dijadikan sebagai cagaran untuk menjadikan ilmu itu lebih sempurna.

Modus operandi yang dilakukan oleh pengamal ilmu hitam Orang Minyak ialah rompak dan rogol. Setiap kali pengamal ilmu hitam itu melakukan rompakan dan rogol, dia akan diekori oleh ilmu yang dipelajarinya, sebab itulah digelar orang minyak.

Tujuan ilmu tersebut mengekorinya ialah apabila pengamal ilmu hitam itu dalam keadaan bahaya dan terdesak atau dilihat orang semasa menjalankan aktivitinya, ilmu hitam tersebut akan memasuki tubuhnya dan menyebabkannya hilang secara tiba-tiba.

Dengan demikian dia pastinya terselamat daripada dibelasah orang yang melihatnya.

Orang yang ingin menangkap dan memasung Orang Minyak mestilah ilmunya dapat menandingi kelebihan ilmu yang diamalkan oleh pengamal ilmu hitam itu.

Jika tidak, Orang Minyak sukar ditangkap kerana pengamalnya memang licik dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

BERIKUT ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KEJADIAN SERANGAN ORANG MINYAK YANG PERNAH BERLAKU DI MALAYSIA.

Serangan Orang Minyak 2001

Penduduk beberapa kampung di sekitar daerah Kuala Kedah gempar apabila empat makhluk kononnya jelmaan `orang minyak' berjaya ditangkap bersama seorang lelaki.

Berita penangkapan orang minyak itu telah mengakibatkan lebih 3,000 penduduk sekitar membanjiri Masjid Putra Seberang Nyonya dan Balai Polis Kuala Kedah.

Bagaimanapun difahamkan makhluk-makhluk itu yang masing-masing dibungkus dengan kain batik dan disimpan di dalam balang (botol) akan dihapuskan mengikut cara tradisional.

Menurut saksi-saksi, lelaki itu diberkas ketika dia cuba memaksa seorang wanita melepaskan makhluk-makhluk berkenaan sejurus setelah dua daripada makhluk itu ditangkap.

Apa yang sangat menarik adalah, salah seorang penduduk kampung yang berjaya menangkap makhluk tersebut, Che Wan Che Othman, ketika ditemui berkata, dia berusaha menjejaki orang minyak kerana bimbang dengan keselamatan anak gadisnya yang berusia 17 tahun.

Menceritakan detik-detik ketika berusaha menangkap makhluk itu, katanya, walaupun takut, dia terpaksa mengetepikan perasaannya demi memastikan orang minyak tidak lagi berleluasa di kampung tersebut.

"Mak cik tangkap orang minyak ini semasa dia bertukar menjadi kecil dan cuba melarikan diri melalui celah-celah papan lantai rumah," katanya.

Serangan Orang Minyak 2006

Pada 24 November 2006, seorang pencuri yang melumurkan dirinya dengan minyak telah ditahan di kampung Tawas, Malaysia.

Serangan Orang Minyak 2008

Pada tahun 2008 yang lalu, beberapa akhbar berbahasa Cina mendakwa kononnya berlaku kejadian rogol oleh Orang Minyak melibatkan pelajar yang berlaku dalam kampus Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

Walau bagaimanapun, pihak universiti menafikan kejadian itu.

Serangan Orang Minyak 2009

Pada tahun 2009 yang lalu, dilaporkan lebih 300 keluarga hidup dalam ketakutan ekoran empat kejadian di cabul Orang Minyak membabitkan dua keluarga berlaku di Taman Keladi dan Taman Angsana, Kedah.

Serangan Orang Minyak 2011

Gombak

Gara-gara trauma akibat diganggu orang minyak, sebuah keluarga di Kampung Laksamana, Gombak, terpaksa meninggalkan rumah mereka selepas diganggu orang minyak selama lima hari berturut-turut.

Anehnya, kemunculan orang minyak itu hanya boleh dilihat oleh ahli keluarga perempuan sahaja.

Orang minyak tersebut turut bertindak mengunci pintu rumah dari dalam sewaktu ahli keluarga itu berada di dalam rumah.

Lembaga itu bersembunyi di bawah meja makan dicucuk dengan buluh runcing oleh orang kampung dan terdapat kesan darah pada buluh tersebut.

Makhluk itu kemudiannya masuk ke rumah sebelah dan kelibatnya disaksikan oleh isteri jiran mangsa.

Turut ditemui kesan tapak tangan berminyak di tembok dan tapak kaki sewaktu kelibat itu muncul di luar rumah dan kesan ini ditemui oleh anggota polis sewaktu melakukan pemeriksaan.

Adik ipar mangsa yang dicalit minyak hitam oleh makhluk itu juga terpaksa dibawa menjalani rawatan alternatif selepas terdengar bunyi bisikan memanggilnya keluar dari rumah selepas itu, namun sudah sembuh sepenuhnya daripada gangguan tersebut.

Bentong

Pada tahun 2011 lalu, lebih 10,000 penduduk di 20 kampung dan taman perumahan di kawasan Ketari, Bentong, mendakwa diganggu satu lembaga hitam seakan-akan orang minyak.

Lembaga itu dikatakan mengganggu gadis bawah umur selain membuat kacau di kampung itu.

Imejnya menyerupai lelaki bertubuh kecil yang dipercayai mengamalkan ajaran ilmu hitam turut didakwa memecah masuk beberapa lagi rumah sekitar Ketari.

Serangan Orang Minyak 2012

Polis berjaya menyelesaikan misteri orang minyak yang digembar-gemburkan berlaku pertengahan tahun 2011 lalu menerusi pengakuan daripada suspek yang ditahan pada 14 November 2012.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, hasil siasatan ke atas suspek berusia 42 tahun dan berasal dari Tambunan, Sabah itu berjaya menemui bukti lelaki terbabit melakukan 13 kes melibatkan jenayah rogol, bunuh dan samun.

Menurutnya, suspek dipercayai melakukan enam kes rogol dan empat kes bunuh melibatkan lima kematian yang berlaku sejak Mac 2009 hingga 14 November 2012.

Serangan Orang Minyak 2013

Kelibat misteri seorang lelaki separuh bogel didakwa orang minyak muncul kembali di daerah Marang, apabila mangsa, Sh Nor Akmaliza Tuan Ibrahim, mendakwa melihat manusia separuh bogel berada berdekatan katil dalam bilik tidurnya kira-kira jam 5 pagi.

Serangan Orang Minyak 2014

Mengikut laporan akhbar China Press orang ramai di sekitar Dataran Pahlawan Melaka di gemparkan dengan ”Orang Minyak” yang berjaya di tangkap oleh orang ramai.

Orang minyak ini cuba untuk mengusik orang ramai, khasnya perempuan di sekitar tempat kejadian tetapi berjaya ditangkap oleh beberapa pengawal keselamatan.

Orang minyak tersebut dikatakan agak kuat dan cuba melarikan diri, Pengawal Keselamatan turut mendapati satu botol berwarna hitam disimpan bersama lelaki terbabit.

Orang Minyak itu di tangkap dan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut, sememangnya kejadian ini mengejutkan orang ramai.

Serangan Orang Minyak 2018

Seorang remaja perempuan mendakwa menjadi mangsa serangan orang minyak di Kampung Pengkalan Demit, Kubang Kerian, Kota Bharu.

Serangan kira-kira pukul 9 pagi itu berlaku ketika mangsa, Nik Anis Ashira Kamarulzaman, 17, sedang menjemur pakaian di belakang rumah.

Dia mendakwa ditarik kelibat seorang lelaki dari arah belakang dan dibawa ke ruang tamu rumah.

“Saya tidak dapat berfikir seperti kena pukau dan hanya tersedar selepas kelibat lelaki itu mencekik leher saya. Tangan, kaki dan bahagian perut saya diikat dengan tali.

“Jerutan yang kuat di bahagian perut membuatkan saya sesak nafas. Saya menjerit meminta tolong sebelum keli-bat itu lari melalui tingkap dapur rumah,” katanya ketika ditemui pemberita.

Kesan minyak di leher dan kaki mangsa didapati masih ada ketika ditemui.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: azmirelatif | wikipedia

Video 3 Pelajar Teguk Air Ketum

Video 3 Pelajar Teguk Air Ketum

Video aksi tiga pelajar perempuan sanggup berkongsi wang semata-mata mahu membeli sebotol air ketum berharga RM10 berdurasi 20 saat dan meneguknya beramai-ramai di tempat awam tular di media sosial Facebook.

3 Pelajar Teguk Air Ketum

Siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 2 petang dan kumpulan remaja terbabit merupakan pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di negeri Kelantan.

Soal siasat ke atas pelajar mendapati mereka berkongsi duit bagi membeli sebotol air ketum yang berharga RM10.

Perbuatan ini kali pertama dan mereka minum air itu kerana perasaan ingin tahu dan mahu mencuba.

Pihak JSJN Kelantan sudah mengenal pasti lelaki yang menjual air ketum ini untuk tindakan lanjut.

Menurut sumber lagj, hasil semakan dengan pihak sekolah mendapati kesemua pelajar perempuan terbabit tidak mempunyai rekod kesalahan disiplin.

Adalah diingatkan kepada semua pelaja bahawa pihak polis dan sekolah memandang serius penglibatan dan salah laku pelajar terutama melibatkan kegiatan meminum air ketum.

Jika ditangkap mereka boleh didakwa di bawah seksyen 30(5) Akta Racun 1952 yang mana hukuman bagi seksyen ini adalah denda tidak lebih RM 10,000 atau penjara 4 tahun atau kedua-duanya sekali.

Sejujurnya, tiada salah pun minum air ketum jika tidak dicampur bahan-bahan terlarang kan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kajian Pakar Sahkan Ketum Tidak Berbahaya


sumber: utusan

Rusia Cipta Sarmat, Peluru Berpandu Yang Digelar 'Syaitan'

Rusia Cipta Sarmat, Peluru Berpandu Yang Digelar 'Syaitan'

Rusia mendakwa telah berjaya menguji peluru berpandu balistik rentas benua terbaharunya (ICBM), pada Jumaat (30/3/2018) yang dianggap sebagai senjata paling 'dahsyat' dari senjata 'syaitan' miliknya sebelum ini!

Rusia Cipta Sarmat, Peluru Berpandu Yang Digelar 'Syaitan'

Kementerian Pertahanan Rusia berkata, pelancaran yang dilakukan dari Plesetsk di barat laut Rusia itu bagi menguji prestasi peluru berpandu yang dinamakan Sarmat.

Sarmat bertujuan untuk menggantikan Voyevoda yang direka di zaman era Soviet dahulu,iaitu ICBM paling berat di dunia yang turut menerima jolokan peluru "syaitan".

Presiden Rusia, Vladimir Putin mendakwa tiada mana-mana negara mampu menandingi teknologi peluru berpandu terkini Rusia ketika ini.

Putin berkata Sarmat yang seberat 200 tan metrik itu mempunyai keupayaan lebih tinggi daripada Voyevoda, yang membolehkannya menyerang sasaran di mana saja di dunia.

Beliau menambah bahawa Sarmat juga membawa sejumlah besar kepala peledak nuklear, yang lebih berkuasa daripada yang ada pada Voyedova.

Beliau juga berkata ICBM baharu itu lebih pantas daripada pendahulunya, menjadikannya lebih sukar bagi musuh untuk memintasnya.

Rusia Cipta Sarmat, Peluru Berpandu Yang Digelar 'Syaitan'

Sarmat boleh membawa pelbagai kepala peledak yang mampu mengelakkan pertahanan anti peluru berpandu.

Bagaimanapun, pihak tentera Amerika Syarikat turut mengeluarkan kenyataan bahawa mereka juga mempunyai kapal terbang yang digelar "Doomsday" yang bersedia bila-bila masa untuk mengatasi dan memusnahkan peluru berpandu Rusia itu.

Sementara itu, penulis dan ahli akademik Amerika Syarikat (AS), James Petras berkata Rusia mampu memusnahkan sekurang-kurangnya 50 bandar besar di AS sekiranya Moscow melancarkan peledak nuklearnya ke negara itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Penemuan Epik Kuno Yang Menceritakan Perang Nuklear Pernah Terjadi!

sumber: astroawani

Sambutan Hari Tanah Palestin, The Land Day

Sambutan Hari Tanah Palestin, The Land Day

Sambutan Hari Tanah Palestin atau The Land Day disambut pada 30 Mac setiap tahun untuk memperingati pembunuhan enam penunjuk perasaan berketurunan Arab Israel oleh tentera Zionis sewaktu demonstrasi besar-besaran pada tahun 1976 bagi membantah rancangan Israel merampas tanah Arab di wilayah Galilee.

Sambutan Hari Tanah Palestin, The Land Day

Bekas ahli politik Belanda yang juga aktivis hak asasi manusia, Arjan El Fassed pernah menulis artikel khas mengenai insiden ini yang bertajuk, What is it that Palestinians commemorate on Land Day?

Artikel yang disiarkan di laman web The Electronic Intifada pada 30 Mac 2001 itu menjelaskan secara terperinci insiden yang berlaku sekali gus menunjukkan kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.

Menurut El Fassed, tindakan Israel yang mahu merampas 60,000 dunam tanah milik Arab di wilayah Galilee mengundang tunjuk perasaan oleh beribu-ribu penduduk minoriti Palestin di negara tersebut.

Dunam ialah unit pengiraan kawasan tanah yang digunakan pada zaman Empayar Uthmaniyyah. Satu dunam merujuk kepada kawasan seluas 1,000 meter persegi.

Konfrontasi yang berlaku antara penduduk dan polis Israel itu menyebabkan enam rakyat Palestin terbunuh, ratusan tercedera dan beratus-ratus lagi dipenjarakan.

Dalam tahun-tahun berselang, peristiwa tersebut telah dikenang dalam memori rakyat Palestin sebagai Hari Tanah.

Selepas bertahun-tahun dalam pemerintahan tentera dan politik kepatuhan, Hari Tanah 1976 merupakan tindakan pertama penentangan besar-besaran oleh rakyat Palestin di Israel terhadap polisi dalaman penjajah Zionis.

Polisi itu sebenarnya satu proses rampasan sistematik yang mengurangkan pemilikan tanah Palestin daripada kira-kira 94 peratus bagi kesemua wilayah pra-Palestin 1948 kepada kurang daripada tiga peratus dalam apa yang kini dianggap sebagai Israel.

Selepas beberapa tahun dipulaukan oleh Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan negara-negara Arab, Hari Tanah mengesahkan minoriti rakyat Palestin di Israel sebagai satu bahagian yang tidak dapat dipisahkan daripada negara Palestin dan Arab.

Penghormatan

Ketika sambutan Hari Tanah, ribuan penduduk akan berarak membawa bendera gergasi dari pusat bandar Sakhnin di utara Israel sambil melaungkan slogan mengenang mereka yang terkorban serta tahanan Palestin yang dipenjarakan.

Penghormatan turut diberikan kepada mangsa yang disifatkan sebagai syahid  malah, penduduk Palestin digesa untuk terus berjuang dalam menuntut tanah dan hak mereka kembali.

Perarakan utama Hari Tanah diadakan di pekan Deir Hanna, Galilee, diikuti dengan beberapa lagi demonstrasi jalanan di padang pasir dan persimpangan Shoket di wilayah Negev, selatan Israel.

Kumpulan tunjuk perasaan tersebut juga bertindak membantah rancangan rejim Zionis untuk menempatkan puluhan ribu kaum Arab Badwi yang menghuni padang pasir ke satu kawasan perbandaran tetap dengan mengambil ribuan hektar tanah penduduk Palestin.

Demonstrasi serupa turut berlangsung di kawasan Tebing Barat, tempat pemeriksaan utama di Baitulaham dan beberapa buah kampung.

Di Gaza, penduduk turut menyertai perarakan dari pekan Jabaliya ke Beit Lahiya.

Sambutan Hari Tanah yang berlangsung sejak tahun 1976 itu sering mendapat perhatian para penyokong Palestin termasuk pelarian di Lebanon, Jordan, Syria dan Tunisia.

Mereka turut berarak menuju ke sempadan sebagai sebahagian daripada perarakan global ke Baitulmuqaddis.

Israel secara berterusan terus merampas tanah rakyat Palestin dalam usaha untuk mengembangkan penempatan haram.
Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Nakba Day 14 Mei, Hari Malapetaka Rakyat Palestin

sumber: kosmo

Monday, April 02, 2018

Jangan Berbohong Kerana Itu Sifat Munafik

Jangan Berbohong Kerana Itu Sifat Munafik

Mengapa berbohong? Jawapan yang paling tepat, kerana mahu menyelamatkan diri sendiri daripada sesuatu keadaan yang biasa berlaku, tersepit dalam sesuatu situasi yang berlaku kerana kelalaian atau kesalahan sendiri.

Jangan Berbohong Kerana Itu Sifat Munafik

Sekiranya kesulitan itu berlaku kerana kesilapan orang lain, tentulah kita tidak berbohong kerana kita dapat mencari pihak lain untuk diletakkan kesalahan itu.

Tetapi sebaliknya apabila kesalahan itu berpunca daripada kita sendiri, maka kita terpaksa mereka-reka alasan supaya kita tidak dipersalahkan. Apabila ‘terlalu bijak’, mereka-reka alasan, maka terjadilah pembohongan. Nampak mudah, bukan?

Bohong bermaksud memberitahu sesuatu yang tidak benar dan kita tahu bahawa hal itu tidak benar. Atau dengan kata lain, berdusta.

Dari sudut pandangan Islam, sudah tentu hukumnya haram. Jika kita memberitahu orang sesuatu perkara yang kita sendiri tidak tahu bahawa hal itu tidak benar, perbuatan itu bukanlah bohong namanya.

JANGAN BERBOHONG

Dari Ibnu Umar r.a. katanya, Saya dengar Rasulullah SAW bersabda: “Bagi tiap-tiap orang yang khianat (penipu) ada bendera yang dipancangkan tanda khianatnya di hari kiamat kelak.” (Hadis riwayat Bukhari)

Dalam sebuah riwayat diceritakan, telah datang kepada Rasulullah SAW, seorang lelaki meminta nasihat.

Lelaki itu mengaku bahawa dia tidak dapat meninggalkan satu maksiat yang biasa dilakukannya, iaitu berzina.

Mendengar pengakuan jujur lelaki ini Rasulullah SAW berwasiat kepadanya, “Hanya dengan satu perkara: ‘Laa Takzib! (Jangan berbohong!).’

Ternyata dengan menjaga untuk tetap melaksanakan nasihat Rasulullah SAW itu, lelaki ini dapat menghindari perbuatan maksiat yang susah ditinggalkannya kerana setiap kali dia ingin melakukan zina, dia akan ingat kepada nasihat baginda itu.

“Bagaimana kalau saya ditanya oleh Rasulullah SAW? Jika saya menjawab: Tidak, bererti saya telah berbohong. Jika saya mengaku bererti saya wajib dihukum,” fikir lelaki tersebut sehingga telah berhenti dari berzina.”

KALANGAN ORANG MUNAFIK

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya, “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran (menegakkan benang basah).” (Hadis riwayat Ahmad)

Daripada hadis yang disebutkan di atas, dapat kita fahami bahawa pembohong dikategorikan sebagai seorang munafik dan tempat mereka dalam neraka paling bawah.

Maka wajar jika Rasulullah SAW menyatakan bahawa berdusta atau berbohong itu termasuk dalam dosa besar.

Dalam hadis riwayat Abdullah Umar, Rasulullah SAW pernah menegaskan mengenai empat sifat orang munafik iaitu:
  1. Apabila diamanahkan, dia mengkhianati amanah itu.
  2. Apabila bercakap, dia berbohong.
  3. Apabila berjanji, dia mungkiri.
  4. Apabila berkelahi, dia berlaku zalim atau melampau-lampau.

Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Benar itu membawa kebaikan dan kebaikan tiu membawa ke syurga. Yang bercakap benar, akan ditulis benar, yang bohong akan mendorong seseorang itu kepada kejahatan. Kejahatan itu akan membawa seseorang ke neraka dan apabila orang itu bercakap bohong, maka dia akan ditulis sebagai seorang yang pembohong.”

Selain itu, hayati juga firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat 36 yang bermaksud, “Jangan kamu mengikuti sesuatu yang kamu tidak tahu mengenainya. Pendengaran dan penglihatan serta hati – semua anggota itu akan tetap ditanya mengenai segala yang dilakukannya.”

Oleh itu, secara moralnya, jika kita tidak tahu sesuatu perkara dengan jelas atau tidak sahih akan kebenarannya, jangan pandai-pandai bercakap apa-apa, kerana kita berkemungkinan boleh ditudih berbohong.

BOHONG YANG DIHARUSKAN

Walaupun pada prinsipnya, berbohong hukumnya haram, tetapi dalam keadaan tertentu, Islam memberikan kelonggaran namun, ia bukan dalam konteks yang terlalu ketat.

Rasulullah SAW ada menyatakan, seseorang yang berbohong dengan niat ingin mendamaikan orang lain atau untuk tujuan kebaikan dalam masyarakat, dia tidak dikira berbohong.

Dalam suatu riwayat, Ibnu Kalsum berkata, beliau tidak pernah mendengar Rasulullah SAW memberi kelonggaran untuk bercakap dalam hal yang tidak betul, kecuali dalam tiga perkara:
  1. Ketika peperangan.
  2. Untuk mendamaikan anggota masyarakat atau organisasi yang bertelagah.
  3. Dalam perhubungan suami isteri.

Dari Ummu Kalsum binti ‘Uqbah r.a., sesungguhnya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bukanlah termasuk pendusta orang yang mendamaikan manusia. Ditambahnya yang baik atau dikatakannya yang baik.” (Hadis riwayat Bukhari)

Umat Islam pada hari ini masih lagi terumbang-ambing, lemah, miskin dan berpecah belah meskipun Islam sesungguhnya amat menggalakkan perpaduan, kesatuan, persefahaman dan keharmonian dalam kehidupan sejagat.

Dalam erti kata lain, Islam melarang umatnya bergaduh, berperang apalagi bertengkar sesama sendiri sehingga melibatkan perbuatan mencederakan, membunuh dan sebagainya.

Inilah sebabnya mengapa Islam memuliakan seorang manusia yang berusaha untuk mendamaikan orang yang bertelagah meskipun terpaksa dilaksanakan dengan cara menipu (perkara yang harus) demi menjalinkan semula ikatan persaudaraan tersebut agar keadaan kembali menjadi aman dan damai.

Begitu juga untuk menjaga akidah, sekiranya seseorang dipaksa untuk mengucapkan sesuatu yang berlawanan dengan akidah, maka dia boleh berbohong namun, pembohongan itu dengan syarat, hatinya tetap dalam Islam.

Hal ini mengingatkan kita kepada kisah yang menimpa Ammar Yassir yang terpaksa mengaku kembali menyembah berhala apabila dia diseksa teruk dan selspas melihat ibunya Sumayyah dan bapanya, mati ditikam Abu Jahal kerana mempertahankan akidah.

Rasulullah SAW ketika ditanya mengenai kedudukan Ammar selepas itu, menyatakan bahawa Ammar tetap terpelihara akidahnya kerana dia dipaksa berbuat begitu dan hal itu di luar kerelaannya.

Berkata Imam an-Nawawi yang mengulas hadis ini;

Hadis ini dengan jelas telah mengharuskan beberapa bentuk pendustaan jika ada maslahah atau kepentingan. Para ulama telah membuat batasan bagi pembohongan yang diharuskan.

Batasan yang terbaik ialah yang dikemukakan oleh Imam al-Ghazali yang menjelaskan; percakapan ialah jalan untuk mencapai maksud-maksud tertentu.

Jika suatu maksud yang baik dapat dicapai dengan berkata benar, tidak harus lagi berdusta kerana pendustaan tidak diperlukan ketika itu.

Namun, jika maksud yang baik itu tidak ada cara untuk mencapainya melainkan dengan berbohong, maka ketika itu berbohong adalah harus jika maksud yang ingin dicapai itu hukumnya adalah harus.

Jika maksud itu wajib, maka berdusta ketika itu juga wajib (kerana tidak ada cara lain lagi untuk mencapainya).

Contohnya ada seorang muslim bersembunyi dari seorang lelaki zalim dan kita mengetahui tempat persembunyiannya.

Kemudian si zalim itu bertanya kita tempat lelaki muslim itu bersembunyi. Ketika itu wajib kita berbohong (yakni tidak harus kita bercakap benar dengan memberitahunya).

Contoh lain kita ada menyimpan barang milik seseorang muslim, lalu ditanya tentangnya oleh seorang zalim yang ingin merampasnya, maka wajib kita berdusta untuk menyembunyikannya (bagi mengelak ia dirampas).

Malah kata Imam al-Ghazali, jika kita memberitahu si zalim itu dan barang itu dirampasnya, wajib kita menggantikannya.

Namun, langkah yang lebih berhati-hati ialah dengan kita melakukan at-Tauriyah iaitu berselindung, yakni tidak secara langsung berdusta, berbohong.

Maksud at-Tauriyah ialah kita bercakap dengan bahasa yang zahirnya nampak macam berdusta, tetapi secara terselindung (yakni biat di hati) kita tidak berdusta. (Lihat; al-Azkar, Imam an-Nawawi, kitab Hifzul-Lisan. *Terjemahan dilakukan secara bebas).

BOHONG SUAMI ISTERI

Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya, “Jika kamu bercakap dengan saudaramu percakapan yang ia mempercayainya, sedangkan kamu membohonginya, sesungguhnya perbuatan ini merupakan pengkhianatan besar.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Berbohong ialah menyampaikan sesuatu yang tidak sesuai dengan keadaan sebenarnya.

Gejala pembohongan adalah amat keji dan sangat dibenci apalagi yang dibohongi itu adalah orang ramai, maka sudah tentu bahaya dan dosanya lebih berat.

Oleh itu Islam menganggap perbuatan berbohong atau berdusta adalah satu perbuatan munafik.

Selaku ibu bapa adalah tidak wajar untuk membohongi anak-anak dengan alasan untuk memujuk mereka atau menahan mereka daripada sesuatu kemarahan.

Hal ini kerana ia akan menghilangkan kepercayaan anak-anak terhadap ibu bapa menjadikan segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan tidak berkesan.

JAUHI BOHONG

Dalam konteks hubungan majikan atau ketua denga para pekerja, bohong boleh berlaku jika majikan tidak menjelaskan hal sebenarnya mengenai pentadbiran syarikat yang merosot.

Tetapi jika majikan berbuat demikian kerana tidak mahu para pekerja bimbang dan pada masa yang sama ingin mencari jalan untuk membaiki keadaan, hal itu dianggap satu kelonggaran.

Namun sekiranya keadaan gagal dikendalikan, tidak wajar majikan atau ketua terus berbohong dan menyembunyikan hal sebenar keran itu seperti menganiaya pekerja.

Tidak kurang juga yang sering berlaku dalam organisasi, perbalahan sesama pekerja yang mungkin akan membawa mudarat jika tidak ditangani dengan segera.

Justeru, jika pembohongan tertentu dapat menyelamatkan keadaan dan mewujudkan keharmonian sesama pekerja, ia dibolehkan.

Namun, bohong jangan dibudayakan kerana ia lambat-laun akan merosakkan keharmonian dan boleh meruntuhkan masyarakat.

Walaupun ada kelonggaran berbohong, jika boleh dielakkan, adalah lebih baik dielakkan!

والله اعلم

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Pemimpin Yang Ditakuti Oleh Rasulullah SAW Di Akhir Zaman

sumber: saifunnizam

Akta Antiberita Tidak Benar 2018 Dan Definisi Berita Palsu Yang Anda Wajib Tahu

Akta Antiberita Tidak Benar 2018 Dan Definisi Berita Palsu Yang Anda Wajib Tahu

Umum mengetahui bahawa media sosial terutamanya Facebook dan Whatsapp kerap kali menjadi platform untuk menyebarkan berita palsu secara berleluasa dan telah memberikan impak yang buruk bukan sahaja kepada individu dan syarikat yang terlibat, malah kepada negara kita sendiri.

Akta Antiberita Tidak Benar 2018 Dan Definisi Berita Palsu Yang Anda Wajib Tahu

Namun, platform yang sama juga menjadi tempat untuk menyebarkan pembohongan dan propoganda jijik bagi menutup kejahatan dan salahguna kuasa bagi pihak tertentu.

Sehubungan dengan itu, sebuah akta baru iaitu Akta Anti-Berita Palsu sedang dalam kajian.

Kenapa perlu undang-undang baru ini?

Kerajaan menegaskan bahawa undang-undang Malaysia sedia ada tidak mampu mengawal masalah "berita palsu" dengan berkesan dan undang-undang baru diperlukan.

Selain itu, menurut FAQ yang dikeluarkan oleh pejabat menteri Datuk Seri Azalina Othman, undang-undang yang sering disebut dalam perkara ini seperti Kanun Keseksaan, Akta Pencetakan dan Penerbitan 1984 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang dirangka pada atau sebelum tahun 1990-an tidak boleh menangani jenis kesalahan kompleks yang selaras dengan perkembangan terkini teknologi.

Undang-undang yang dicadangkan itu akan menampilkan unsur-unsur baru seperti "aplikasi tambahan wilayah", yang memperlakukan sesiapa dari mana-mana kewarganegaraan yang telah melakukan kesalahan berkaitan dengan berita palsu di luar negara sebagai melakukan di Malaysia.

Ia juga menekankan peruntukan undang-undang yang dicadangkan untuk kesalahan menyediakan bantuan kewangan untuk penyebaran berita palsu atau kegagalan untuk memadamkan berita palsu yang diterbitkan, serta pengenalan langkah sementara yang akan menghalang penyebaran berita palsu semasa penyiasatan dan pendakwaan untuk kes.

Apakah definisi berita palsu?

Menurut FAQ tersebut, kerajaan telah "mengambil inisiatif untuk memberikan definisi yang jelas dan khusus" mengenai "berita palsu" dalam undang-undang yang dicadangkan bersama dengan beberapa ilustrasi situasi penyebaran berita palsu.

"Berita palsu" ditakrifkan dalam undang-undang yang dicadangkan itu termasuk sebarang berita palsu, maklumat, data dan laporan yang sepenuhnya atau sebahagiannya, sama ada dalam visual atau rakaman audio atau dalam bentuk lain yang boleh mencadangkan perkataan atau idea.

Siapa yang akan menentukan jika sesuatu berita itu palsu atau tidak?

Menurut FAQ, kerajaan memutuskan bahawa pihak yang neutral dan adil akan memutuskan sama ada sesuatu maklumat atau berita itu palsu atau tidak melalui proses undang-undang yang sewajarnya, dengan mahkamah juga diberdayakan untuk membuat arahan untuk menghapuskan penerbitan apa-apa berita palsu.

Adakah ia menyekat kebebasan bersuara?

Menerut FAQ tersebut, tiada undang-undang yang digubal dan diluluskan oleh Parlimen bertujuan untuk menyekat hak kebebasan bersuara dan ekspresi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Rang undang-undang yang dicadangkan itu bertujuan melindungi orang ramai dari gelombang berita palsu dan pada masa yang sama memastikan hak kebebasan bersuara dan ungkapan di bawah Perlembagaan Persekutuan dihormati.

Hukuman jika didapati bersalah?

Menghasilkan, menerbitkan dan menyebarkan berita yang diketahui palsu
  • Denda maksimum RM500,000 dan 10 tahun penjara atau kedua-duanya
  • Denda maksimum RM3,000 sehari jika kesalahan berterusan selepas disabitkan kesalahan

Bantuan kewangan dengan berniat atau mengetahui dana tersebut akan digunakan untuk berita palsu
  • Denda maksimum RM500,000 dan 10 tahun penjara atau kedua-duanya

Kegagalan memadamkan berita setelah mengetahu ianya palsu
  • Denda maksimum RM100,000
  • Denda maksimum RM3,000 sehari jika kesalahan berterusan selepas disabitkan kesalahan

Kegagalan mematuhi arahan mahkamah untuk memadamkan berita palsu
  • Denda maksimum RM100,000
  • Mahmakah boleh mengarahkan pihak berkuasa atau polis memadamkan berita palsu

Membantu mana-mana tindakan di atas
  • Hukuman yang sama seperti melakukan kesalahan itu sendiri

Adakah ia hanya untuk media sosial?

Undang-undang yang dicadangkan ini adalah untuk mengawal dan memantau penyebaran berita palsu dalam mana-mana medium dan tidak terhad kepada media sosial sahaja.

Adakah undang-undang ini berurusan dengan berita palsu sepenuhnya?

FAQ tersebut memberitahu bahawa undang-undang baru yang dicadangkan menyedari komitmen kerajaan untuk menangani tindakan membuat berita palsu tular berikutan revolusi dalam teknologi komunikasi yang pantas berkembang, dan akan melengkapkan undang-undang yang sedia ada.

Contoh-contoh situasi:

1. Apabila B menerbitkan 'berita palsu' dari A tanpa sedar: A bersalah

Di bawah senario pertama, jika B menerbitkan di blognya berita yang diterima dari orang A tanpa mengetahui jika maklumat itu palsu, dia tidak didapati bersalah. Sebaliknya, A yang didapati bersalah.

2. Apabila A menerbitkan 'berita palsu' terhadap Z: A adalah bersalah

Ilustrasi kedua menunjukkan bahawa A bersalah jika dia telah membuat maklumat dalam artikel yang diterbitkan di blognya yang mendakwa orang itu Z, seorang ahli perniagaan terkenal telah memperoleh kontrak perniagaan dengan menawarkan rasuah.

3. Apabila B berkongsi 'berita palsu' yang dibuat oleh A terhadap Z dan mengetahui ia adalah palsu: A dan B adalah bersalah

Begitu juga, pihak ketiga untuk senario kedua, B juga didapati bersalah jika dia tahu bahawa maklumat di atas mengenai Z telah dibuat dan kemudian menerbitkannya di akaun media sosialnya.

4. Apabila A menerbitkan iklan 'berita palsu" mengenai kejayaaan Z : A bersalah

Dalam ilustrasi keempat, A bersalah jika dia mengiklankan karikatur Z yang menggambarkan Z sebagai pelabur yang berjaya dalam skim pelaburan, padahal Z tidak pernah terlibat dalam kegiatan tersebut.

5. Apabila A kongsikan 'berita palsu' mengenai produk Z yang tak lagi wujud : A bersalah

Begitu juga, A didapati bersalah jika dia menerbitkan di akaun sosial sosialnya bahawa syarikat Z mengandungi bahan-bahan berbahaya dan dijual kepada orang ramai yang mengetahui bahawa pengeluaran produk makanan telah dihentikan tahun lalu, dan tidak lagi wujud untuk kegunaan awam.

6. Apabila A menyamar sebagai agensi kerajaan dan mengeluarkan 'berita palsu': A bersalah

Dalam senario keenam, A boleh dihukum jika dia menyamar sebagai agensi kerajaan dengan membuat laman web dan menerbitkan satu garis panduan yang dikatakan dikeluarkan oleh ketua agensi, yang tidak pernah wujud.

7. Apabila A memberitahu 'berita palsu' mengenai Z dalam forum awam: A bersalah

Dalam senario ketujuh, Rang Undang-Undang itu mengaku bahawa seseorang itu bersalah jika dia memberitahu orang ramai melalui forum umum bahawa Z telah menyalahgunakan dana yang dikumpulkan untuk tujuan kebajikan yang mengetahui bahawa maklumat itu palsu.

8. Apabila A mengumumkan 'berita palsu' mengenai Z dalam sidang akhbar: A bersalah

Hampir sama dengan itu, senario terakhir mengatakan bahawa A bersalah jika dia mendakwa dalam sidang akhbar bahawa Z, pemilik sebuah pasar raya, akan memberi hadiah percuma kepada seratus pelanggan pertama pasar rayanya pada setiap Sabtu pertama bulan itu apabila Z tak pernah berniat begitu.

Kesimpulan

Jika seseorang berkongsi berita palsu tanpa mengetahui bahawa ia palsu, maka mereka tidak bersalah.

Jika seseorang berkongsi artikel berita palsu di media sosial yang mengetahui bahawa ia palsu-walaupun mereka tidak menghasilkan artikel-maka mereka boleh didapati bersalah.

Karikatur yang menggambarkan berita palsu juga boleh tertakluk kepada Akta baru.

Berkongsi maklumat yang ketinggalan zaman seolah-olah ia merupakan isu yang sedang berlaku, anda juga boleh disabitkan kesalahan.

Membuat laman web yang menyamar sebagai agensi kerajaan juga boleh memberi anda keputusan bersalah di bawah akta tersebut.

Pidato semasa forum umum yang mengandungi maklumat palsu berada di bawah Akta Anti Berita-Palsu.

Jika anda bercakap bagi pihak-pihak lain yang mendakwa sesuatu yang tidak benar, maka ia juga dianggap berita palsu.

Juga, tidak mengira kewarganegaraan anda, anda masih boleh dikenakan di bawah Akta Anti Berita Palsu selagi berita itu memberi kesan kepada Malaysia, atau warganegara Malaysia.

Anda juga boleh dikenakan bayaran jika anda memberikan bantuan kewangan untuk membantu membuat atau menyebarkan berita palsu (tetapi hanya jika anda berbuat demikian dengan sengaja, atau akta ini mempunyai sebab yang baik untuk mengesyaki bahawa dana anda akan digunakan untuk berita palsu.

Siapa sebenarnya yang akan mendapat kelebihan dari akta baru ini nanti? Nantikan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 1MDB, Akta RICO Dan Rahsia Kod SWIFT, Kerisauan Tun Mahathir Kini Terbukti Benar!

sumber: iluminasi

4 Bola Rasmi Piala Dunia FIFA Paling Kontroversi

4 Bola Rasmi Piala Dunia FIFA Paling Kontroversi

Setiap kali tiba kejohanan berprestij Piala Dunia FIFA, bola rasmi yang akan digunakan pasti mencuri perhatian dan ada bola mendapat kritikan terutamanya oleh penjaga gol.

Bermula pada edisi 1970 di Mexico, Adidas merupakan pembuat bola rasmi bermula dengan bola hitam putih 32 panel heksagon dan pentagon yang diperbuat daripada kulit.

Sejak itu, bola-bola rasmi bagi edisi seterusnya melalui pelbagai revolusi teknologi yang mengubah teknik pembuatan bola sepak dan permainan itu sendiri.

Pada edisi Piala Dunia 2014 di Brazil, tidak ramai pemain yang mengadu mengenai bola rasmi yang digunakan pada ketika itu, iaitu Brazuca.

Isu penggunaan Brazuca hanya dibangkitkan di peringkat liga termasuk Bundesliga Jerman dan MLS Amerika Syarikat.

Berikut adalah 4 bola yang mencetuskan kontroversi sebelum Piala Dunia bermula.

1. Fevernova

4 Bola Rasmi Piala Dunia FIFA Paling Kontroversi

Isu bola rasmi yang digunakan pada Piala Dunia bermula apabila pembuat rasmi bola bagi kejohanan itu Adidas, memperkenalkan Fevernova pada Piala Dunia 2002 di Korea/Jepun.

Pada ketika itu, David Beckham yang merupakan duta bagi jenama Adidas menyifatkan bola tersebut adalah yang terbaik pernah dibuat selepas terlibat secara langsung dalam menguji bola tersebut.

Bagaimanapun, penjaga gol Itali, Gianluigi Buffon tidak menyukai bola tersebut dengan menyamakannya dengan bola yang digunakan kanak-kanak kerana ia lebih ringan daripada bola yang digunakan dalam edisi sebelum ini.

2. Teamgeist

4 Bola Rasmi Piala Dunia FIFA Paling Kontroversi

Pada tahun 2006, Adidas memperkenalkan Teamgeist untuk Piala Dunia di Jerman yang hanya menggunakan 14 panel berbanding 32 panel yang digunakan sebelum ini.

Seperti Fevernova, kebanyakan penjaga gol menyifatkan pergerakan Teamgeist amat sukar dibaca dan memberi kelebihan kepada penyerang untuk menjaringkan gol dari jarak jauh.

3. Jabulani

4 Bola Rasmi Piala Dunia FIFA Paling Kontroversi

Namun, bola yang paling tidak digemari penjaga gol dalam Piala Dunia adalah Jabulani, yang digunakan pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Daripada 14 panel, Adidas berjaya mencipta Jabulani dengan hanya menggunakan lapan panel, menjadikannya lebih sukar untuk dibaca apabila bola tersebut dirembat dari jarak jauh.

Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Negara (NASA) turut mengambil bahagian dalam menguji bola tersebut dan mendapati bahawa Jabulani memulakan teknik rembatan ‘knuckle ball’ yang lebih pantas.

Teknik tendangan yang menyaksikan bola mengubah arah semasa berada di udara dengan lebih pantas itu boleh berlaku kerana permukaan Jabulani lebih rata berbanding bola sebelum ini, apabila tidak menggunakan sebarang jahitan untuk mencantum bola tersebut.

4. Telstar

4 Bola Rasmi Piala Dunia FIFA Paling Kontroversi

Bagi edisi Piala Dunia Rusia 2018, Adidas kembali kepada rekaan tradisi dengan nama dan rekaan grafik yang diinspirasikan daripada negara tuan rumah itu sendiri.

Bola rasmi Piala Dunia FIFA Rusia 2018, Telstar 18, mempunyai asas berwarna putih, hitam dan kelabu, interpretasi moden daripada rekaan asal Telstar yang digunakan pada edisi 1970 dan 1974.

Setiap logo dan nama Telstar 18 berwarna emas, sepertimana Telstar yang asal pada 1970.

Buat pertama kalinya, bola rasmi yang bakal digunakan di Rusia bakal memperkenalkan bentuk panel terbaharu.

Masih dibentuk dengan enam panel seperti bola rasmi edisi sebelumnya iaitu Brazuca yang digunakan di Brazil, ia disatukan dengan teknologi tanpa jahitan selain menampilkan tekstur permukaan 3D untuk kawalan lebih baik.

Selain itu, Telstar 18 juga menjadi bola rasmi pertama yang mengandungi teknologi cip NFC, menjadikannya bola Piala Dunia paling inovatif setakat ini.

Dengan bola ini, pengguna boleh berinteraksi dengan aplikasi yang disediakan Adidas menggunakan telefon pintar, dengan menyentuh peranti itu pada bahagian cip bola tersebut.

Pengguna akan dibawa terus ke laman kandungan eksklusif dan mendapatkan akses kepada cabaran yang boleh disertai pengguna dengan menggunakan bola itu.

Bagaimanapun ia tidak seperti bola Adidas miCoach yang membolehkan pengguna mengetahui maklumat permainan mereka seperti kekuatan, kelajuan, lencongan dan trajektori bola yang disepak.

Bola Telstar 18 dipamerkan untuk pertama kalinya oleh Lionel Messi dan beberapa pemenang Piala Dunia termasuk Zinedine Zidane, Kaka, Alessandro Del Piero, Xabi Alonso, dan Lukas Podolski di Moscow pada 10 November 2017.

Sukar ditangkap

“Ia sangat pelik. Ia sepatutnya dibuat dengan lebih baik,” rungut David De Gea selepas Jerman menyamakan kedudukan pada minit ke-35, mengikat Sepanyol dengan Jerman untuk seri 1-1 dalam aksi persahabatan Sepanyol vs Jerman sebelum perlawanan FIFA 2018.

David De Gea mengatakan pergerakan bola rasmi yang bakal digunakan di Rusia dalam edisi terbaharu temasya itu bakal memberi mimpi ngeri kepada penjaga gawang.

Kenyataan itu turut disokong rakan sepasukan di posisi sama, Pepe Reina di mana katanya bola baharu itu sukar dibaca terutamanya daripada sepakan jarak jauh.

“Ia diselaputi lapisan filem plastik yang membuatkannya sukar untuk dipegang dengan kemas.

“Saya beri jaminan bahawa kita bakal menyaksikan sekurang-kurangnya 35 gol dari jarak jauh di Rusia nanti, kerana ia memang sukar dikendalikan,” jelas pemain jersi No.1 Napoli itu.

Namun, bagi penjaga gol Barcelona dan Jerman, Marc-Andre ter Stegen melihat ia sebagai satu cabaran yang perlu diatasi sebelum bermulanya Piala Dunia Jun 2018.

“Bola itu mungkin akan menjadi lebih baik, kerana ia bergerak dengan mudah.

“Kita tidak ada pilihan lain,” katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: aa1 | aa2

Apa Itu Paradoks Yang Maksudnya Membingungkan?

Apa Itu Paradoks Yang Maksudnya Membingungkan?

Paradoks adalah gaya bahasa yang mempunyai pertentangan yang nyata dengan fakta-fakta yang ada tetapi kenyataannya mengandungi kebenaran dengan pendapat umum atau realiti, sesuatu yang bertentangan dengan pendapat yang diterima umum.

Apa Maksud Paradoks Yang Membingungkan Itu?

Paradoks juga adalah gaya bahasa yang hampir sama dengan ironi, bahasa yang digunakan bertentangan atau begitu asing dengan kenyataan sebenar meskipun maknanya betul.

Contoh paradoks yang mudah

Air mata kegembiraan.
Air mata biasanya dikaitkan dengan kesedihan tapi ironinya sedih dalam gembira.

Benci tapi rindu.
Kemajuan teknologi membuatkan kemunduran nilai sosial.

Contoh di atas merupakan paradoks dari segi bahasa dan sastera.

Bagaimana pula dengan paradoks yang lain?

Grandfather Paradox

Datuk Paradoks (Grandfather Paradox) adalah paradoks perjalanan merentasi masa yang wujud melalui ketidak-konsistensi yang muncul bila ada perubahan pada masa lalu.

Nama paradoks ini berdasarkan situasi sekiranya Ali melawat masa lalu dan membunuh datuknya.

Sekiranya datuknya dibunuh, sudah pasti bapa atau ibu Ali tidak dilahirkan dan seterusnya menghalang kewujudan Ali sendiri.

Sekiranya Ali tidak wujud, bagaimana Ali dapat membunuh datuknya?

Antara versi lain paradoks ini:

Jika perjalanan merentasi masa itu wujud, maka mesin masa yang dibina oleh Ali sudah pasti dimusnahkan oleh Ali (masa depan) untuk menghalang dari Ali (masa lalu) daripada membunuh datuknya.
Jika mesin masa dimusnahkan, maka bagaimana Ali (masa depan) pergi ke masa lalu untuk musnahkan mesin tersebut?

Dengan paradoks ini, ramai yang percaya perjalanan waktu dan masa itu adalah mustahil.

Dan kenapa Ali hendak membunuh datuknya?

Barber Paradox

Tukang Gunting Paradoks (Barber Paradox) merupakan hasil dari teka-teki diambil dari Russell Paradox.

Bertrand Russell mengunakan paradoks ini sebagai ilustrasi dan penjelasan terhadap set matemetik yang dijumpai, dicipta beliau pada 1901.

Walaupun begitu, paradoks ini bukanlah dari beliau tapi dicadangkan oleh seseorang (nama tidak diketahui).

Paradoks ini menujukkan sesuatu situasi yang munasabah tetapi secara logiknya mustahil.

Ianya menceritakan tentang pengunting rambut yang mencukur janggutnya dan tidak mencukur janggut.

Teka teki paradoks itu lebih kurang seperti ini:

Dalam sebuah bandar, cuma ada seorang tukang gunting. Dan bandar tersebut mempunyai undang-undang yang ketat. Hanya tukang gunting mencukur orang yang tidak mencukur janggut sendiri.

Soalannya, adakah tukang gunting mencukur janggutnya sendiri?

The barber is the "one who shaves all those, and those only, who do not shave themselves." The question is, does the barber shave himself?

Untuk menjawab soalan ini, tukang tidak boleh mencukur janggutnya kerana dia hanya mencukur mereka yang tidak mencukur diri mereka sendiri.

Oleh itu, jika dia mencukur janggutnya, dia bukanlah dikira tukang gunting.

Sebaliknya, jika tukang gunting tidak mencukur dirinya, maka dia termasuk dalam kumpulan orang-orang yang akan dicukur oleh tukang gunting dan dengan itu, kerana dia adalah tukang gunting rambut, dia mesti mencukur sendiri.

Sangat membingungkan kan?

Tapi paradoks ini tidak mungkin wujud dalam realiti kehidupan kita kerana tukang gunting boleh mencukur jangutnya sendiri tanpa dihalang mana-mana undang-undang.

Barber Paradox hanyalah sebagai ilustrasi untuk Teori Paradox Russell.

Epimenides paradox

Epimenides paradox dinamakan menurut Epimenides Knossos yang hidup sekitar tahun 600 SM. Epimenides Knossos merupakah ahli falsafah Cretan.

Beliau sebagai warga Cretan membuat tulisan atau kenyataan berbunyi;

Semua Cretans adalah berdusta

Paradoks timbul apabila beliau sebagai Cretan menyatakan semua Cretan adalah berdusta yang menurut itu, Epidemides juga adalah berdusta (sebab dia Cretan) dan jika dia menipu, kenyataan dia tidaklah betul.

Oleh itu, apa yang dikatakannya betul kerana menunjukkan dia semua Cretan berdusta, Epidemis berdusta dan apa yang dia kata olehnya adalah tidak betul.

Antara contoh lain untuk Epimenides Paradox ialah:

Kenyatan ini salah. (This statement is false)
Kenyataan di bawah betul.
Kenyataan di atas salah.

Parenting Paradox

Berkata tentang Parenting Paradox, sudah tentu ia berkait rapat dengan ibu bapa. Berbanding paradox yang sebelum ini, ianya lebih mudah difahami.

Parenting Paradox ini adalah sesuatu yang mudah untuk kita bayangkan dan mungkin pernah berlaku dalam kehidupan kita.

Adakalanya ibu bapa memberi arahan dan nasihat kepada anak-anak yang tidak selari dengan perbuatan mereka.

Sebagai contoh dalam kehidupan:

"Jangan merokok, merokok itu tidak bagus untuk kesihatan." Padahal mereka sendiri menghabiskan sekotak rokok sehari.
"Tidurlah awal. Awak tu sekolah pagi." Walhal ibu bapa bermain Whatsapp sampai ke subuh.
"Sudah la asyik bermain dengan handphone. Buat kerja sekolah." Padahal mereka menonton drama Melayu dan Korea dari pagi ke malam.
"Kenapa tak pergi sekolah? Ponteng ye?" Kata si Ayah sambil merotan punggung anaknya ketika beliau berada di rumah pada waktu pejabat.

Teringat pepatah, "Anak itu ibarat kain putih, Ibu bapalah yang akan mencoraknya."

Anak-anak akan mengikut kelakuan dan perkara yang dinampak pada persekitaraannya. Perkataan saja tidak cukup untuk mengajar anak tapi kelakuan dan perbuatan itu sangat kuat pengaruhnya.

Walaupun tidak boleh salahkan 100% kepada ibu bapa, tapi ibu bapa bertanggungjawab untuk mendidik dan memupuk nilai murni pada anak mereka sejak kecil lagi.

Raven Paradox

Paradoks raven juga dikenali sebagai paradoks Hempel, adalah salah satu paradoks dan mungkin merupakan paradoks yang paling kompleks.

Paradok ini ditulis oleh Ahli Logik, Hamplel sekitar 1940. Ianya adalah ilustrasi untuk eksperimen yang dijalankan.

Bermula dengan soalan, "Bagaimana kita hendak tahu sesuatu itu betul dari sesuatu kenyataan?"

Anda sudah tentu ingat ekperimen Sains semasa sekolah rendah dan menengah tentang hipotesis kan?

Contoh:

Semakin berat pendulum, semakin laju masa tali untuk membuat pusingan.
Semakin luas dahi, semakin sikit rambut menutupi kepala.

Hipotesis

Semua burung gagak berwarna hitam
Setiap yang bukan berwarna hitam itu bukan burung gagak.

Kedua-dua kenyataan ini betul.

Dan apa yang menjadikan ia paradoks?

Sekiranya kenyataan kedua betul, kenyataan pertama juga betul.

Hipotesis yang tercipta daripada pemerhatian ini ialah;

Dengan memerhati epal hijau meningkatkan kemungkinan bahawa semua gagak berwarna hitam.

Tapi masalah dengan hipotesis ini ialah generalisasi "Semua" kerana ada kemungkinan gagak yang akan berwarna putih berdasarkan pemerhatian pengkaji dari lokasi yang lain.

Maka hipotesis itu berubah (berdasarkan pemerhatian):

Semua burung gagak berwarna putih.
Setiap yang bukan berwarna putih itu bukan burung gagak.

Raven Paradoks mungkin bertujuan untuk menguji cara ekperimen sains yang dijalankan melalui pemerhatian dan hipotesis.

Memang membingungkan tapi, ianya bukanlah Paradoks kalau tidak membingungkan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Rahsia Peraturan 10,000 Jam Manusia Paling Berjaya!

sumber: dedauncomel

Ayam Tanpa Kepala Masih Hidup Selepas Kepalanya Dipenggal Di Thailand

Ayam Tanpa Kepala Masih Hidup Selepas Kepalanya Dipenggal Di Thailand

Seekor ayam tanpa kepala telah diangkat sebagai 'wira' kerana masih mampu hidup lebih dari seminggu selepas kepalanya dipenggal, di wilayah Ratchaburi, Thailand, yang kini dijaga oleh seorang sami yang memberinya makan dengan cara mengepam makanan dengan jarum suntikan melalui lehernya.

Ayam Tanpa Kepala Masih Hidup Selepas Kepalanya Dipenggal Di Thailand

Ayam tanpa kepala itu menjadi tajuk utama berita awal April 2018 ini, selepas gambar dan videonya tular di media sosial Thailand, tetapi ramai menganggap ia tidak akan hidup lama tanpa kepala.

Pengguna Facebook Noppong Thitthammo adalah orang pertama berkongsi kisah ayam malang itu, bersama dengan gambar-gambar yang menunjukkan bahagian leher yang sudah buruk.

Dia menulis, seorang doktor haiwan di Mueang Ratchaburi, wilayah Ratchaburi telah menjaga ayam tersebut dengan memasukkan makanan melalui lehernya dan memberikan antibiotik untuk mencegah jangkitan luka.

"Haiwan ini mempunyai kehidupannya. Jika ia mahu hidup, kita berikannya makanan," doktor haiwan yang menjaga haiwan ini, Supakadee Arun Thong memberitahu wartawan Thai.

Tiada siapa tahu apa yang menyebabkan ayam itu hilang kepala, walaupun ramai yang mengesyaki ia diserang haiwan pemangsa.

Selepas kehilangan kepalanya, ramai bersetuju ayam itu sepatutnya mati, tetapi ia berlaku sebaliknya. Bukan sahaja masih hidup, ia juga boleh berdiri dan berjalan tanpa tujuan.

Ayam Tanpa Kepala Masih Hidup Selepas Kepalanya Dipenggal Di Thailand

Pada mulanya, ramai menganggap gambar-gambar itu adalah satu penipuan, tetapi ramai yang percaya selepas video kejadian tular dan agensi berita barat mula menyiarkan kisah ini.

Percaya atau tidak, ini bukan kali pertama seekor ayam dapat bertahan tanpa kepala.

Mike, ayam tanpa kepala juga menjadi sensasi media antara tahun 1945 dan 1947, yang mampu hidup selama 18 bulan.

Kisah ini juga dikatakan satu penipuan, sehinggalah pemiliknya membawanya ke University of Utah di Salt Lake City untuk pengesahan.

Kes yang jarang berlaku ini dikaitkan dengan anatomi unik haiwan ini.

Otak ayam terletak di satu sudut di bahagian tengkorak, jadi jika kepala dipenggal dan tidak terkena bahagian belakang otak yang mengawal fungsi automatik seperti pernafasan, ia tidak terjejas.

Selepas melihat ayam tanpa kepala dalam jagaannya tidak menunjukkan tanda-tanda untuk mati dalam masa terdekat, Supakadee mula tertanya-tanya apa yang akan terjadi seterusnya.

"Siapa yang akan menjaganya? Dia memerlukan penjagaan seumur hidup. Saya perlu akui ayam ini adalah pahlawan sejati dan berhati kental," katanya kepada pemberita.

Nasib baik, sami di sebuah kuil di wilayah Ratchaburi sudi mengambil dan menjaga ayam tanpa kepala itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 5 Spesis Ayam Paling Unik Dan Jarang Ditemui

sumber: mstar

Sunday, April 01, 2018

Keunikan Orang Amisah Yang Menolak Kemajuan

Keunikan Orang Amisah Yang Menolak Kemajuan

Disebalik pelbagai kelebihan Amerika Syarikat sebagai salah satu kuasa besar di dunia, wujud beberapa lokasi di negara itu yang seolah-olah masih lagi ketinggalan zaman.

Keunikan Orang Amisah Yang Menolak Kemajuan

Lokasi tersebut seolah-olah masih lagi ketinggalan zaman seperti suasana ketika era American Old west yang wujud pada abad ke 18 lalu.

Apa yang pasti, wujud satu lokasi yang diduduki satu populasi masyarakat yang terkenal dengan panggilan nama 'Amish People' atau orang Amisah.

Siapa Amish People ini? Dari mana asal mereka? Mengapa mereka ketinggalan zaman dan menolak cara hidup moden?

Gelaran Amisah People wujud selepas tercetusnya konflik keagamaan di Eropah sekitar tahun 1525, berikutan munculnya satu gerakan radikal digelar Anabaptist.

Kumpulan Anabaptist ini dipercayai mengamalkan upacara penyucian untuk orang dewasa.

Fahaman tersebut dikatakan bertentangan dengan ajaran asal sebuah agama yang melakukan upacara penyucian semasa bayi.

Upacara yang dijalankan telah menimbulkan kebimbangan ekoran dakwaan mengatakan bahawa gerakan radikal ini turut menjalankan beberapa upacara ekstrem sehingga menyebabkan kejadian yang meragut nyawa.

Selepas ajaran itu ditentang sekeras-kerasnya oleh masyarakat, gerakan ini dipercayai telah melarikan diri ke utara Amerika Syarikat dan memulakan kehidupan baru di negeri Pennsylvania.

Ditempat baru itu, gerakan radikal ini telah diketuai oleh seorang individu bernama Jakob Ammann dari Switzerland.

Pada penghujung tahun 1600an, sebuah rumah ibadat telah dibina untuk kegunaan kumpulan Amish ini dan dinamakan sempena nama pemimpin tersebut.

Sejak bertapak di Amerika Syarikat, orang Amish terkenal dengan cara hidup mereka sendiri.

Ketika masyarakat lain mengikut arus kemodenan hari ini, mereka tetap mengamalkan gaya hidup secara sederhana.

Teknologi Moden Bukan Keperluan

Keunikan Orang Amisah Yang Menolak Kemajuan

Masyarakat Amish menganggap kemajuan teknologi hari ini bukan keperluan penting dalam kehidupan seharian mereka, jadi tidak hairanlah mereka menolak sebarang kemasukan elemen teknologi seperti telefon bimbit, kemudahan elektrik, kenderaan, internet dan macam-macam lagi.

Amalan orang Amisah berkait rapat dengan ajaran agama yang dianuti oleh masyarakat ini.

Oleh itu, kemodenan dianggap punca kelalaian yang boleh menyebabkan mereka jauh daripada Tuhan.

Walau bagaimanapun, orang Amisah tidaklah menolak sepenuhnya teknologi. Ada masanya mereka menggunakannya, namun cuma untuk tujuan yang memberi manfaat sahaja.

Selain itu, orang Amisah sangat berpegang teguh kepada peraturan sendiri berbanding undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan.

Pemulauan Sebagai Hukuman

Sebarang kes salah-laku akan dirujuk kepada sebuah komuniti khas yang terdiri dari kalangan ahli agama, yang menjadi penentu sama ada individu tertuduh bersalah atau tidak.

Sesiapa yang didapati tidak bersalah akan dilepaskan tanpa menerima sebarang hukuman.

Dan jika didapati bersalah, mereka akan dikenakan hukuman paling popular dikalangan masyarakat Amisah, iaitu pemulauan.

Pemulauan bukan bermaksud hanya pesalah sahaja yang akan dipulaukan, tetapi akan melibatkan seluruh keluarga!

Apa yang menarik tentang masyarakat Amisah ialah, mereka merupakan sebuah kumpulan masyarakat yang saling bantu-membantu dan dilarang sama sekali bersikap individualistik, sebaliknya mengekalkan keakraban sesama sendiri.

Apa saja keperluan akan dikongsi bersama meliputi semua perkara dalam kehidupan termasuklah perbelanjaan harian, pekerjaan, pembinaan rumah, kos rawatan hospital dan sebagainya.

Perkahwinan

Dalam perkahwinan, orang Amisah hanya dibenarkan berkahwin sekali sahaja seumur hidup.

Jadi, tidak hairanlah setiap pasangan Amisah yang berkahwin memiliki jumlah anak yang ramai. Secara purata setiap pasangan akan memiliki tujuh hingga lapan anak.

Pendidikan

Keunikan Orang Amisah Yang Menolak Kemajuan

Orang Amisah hanya dibenarkan menduduki persekolahan sehingga berusia 14 tahun sahaja.

Kebanyakan proses pembelajaran bukannya disekolah biasa tetapi berkonsep 'homeschool' atau pembelajaran dirumah.

Kebiasaannya, ibu-ibu bertanggungjawab mengajar anak-anak mereka.

Pada usia yang telah ditetapkan, anak-anak lelaki Amisah diwajibkan menjalani latihan berbentuk vokasional seperti bertani, bertukang dan sebagainya.

Dengan sistem latihan begini, orang Amisah mampu melahirkan komuniti yang terkenal dengan hasil kerja kayu yang bermutu tinggi.

Berdasarkan rekod kerajaan Amerika Syarikat, populasi orang Amisah semakin bertambah setiap tahun.

Bermula pada tahun 1998, bilangan orang Amisah ialah sebanyak 128,150 orang dan rekod bancian terbaharu pada tahun 2017 berjumlah 318,400 orang meliputi 31 buah negeri di Amerika Syarikat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Satu-satunya Suku Kaum Yang Tinggal Di Pulau Buatan Terapung

-SENTIASAPANAS.COM