Selasa, Mac 06, 2018

Nakba Day 14 Mei, Hari Malapetaka Rakyat Palestin


Amerika Syarikat menerusi Presidennya, Donald Trump sebelum ini telah mengumumkan dengan bangganya bahawa tarikh pemindahan kedutaannya dari Tel Aviv ke Jerusalem jatuh pada 14 Mei 2018.

Nakba Day 14 Mei, Hari Malapetaka Rakyat Palestin

Jadi, apakah signifikan pengumuman tarikh itu? Bagi mereka yang mengikut rapat isu Palestin-Israel pasti akan sedar bahawa pemilihan tarikh 14 Mei ada kena mengena dengan sejarah menyayat hati rakyat Palestin.

Sama ada sengaja atau tidak, tarikh itu dipilih bagi meraikan kejayaan pengganas Israel merampas tanah suci Palestin.

Pada 14 Mei, negara haram Yahudi akan menyambut ulang tahun Hari Kebangsaan ke-70.

Mengimbau kembali detik tarikh itu, sejarah mencatatkan tentera rejim Israel melakukan serangan pencerobohan dan memusnahkan lebih 500 bandar dan kampung di Palestin dan menyebabkan lebih 800,000 warga Palestin menjadi pelarian.

Oleh sebab itu, tarikh 14 Mei diingati sebagai Hari Nakba yang bermaksud 'hari malapetaka'.

Memasuki era milenium hari Nakba itu disambut pada 15 Mei setiap tahun, iaitu satu hari selepas perisytiharan penubuhan negara Israel dan hari berakhirnya mandat Britain di Palestin pada 1948.

Tarikh penting tersebut menjadi detik hitam bagi penduduk asal bumi Palestin, orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya.

Rejim Zionis bertindak di luar batas kemanusiaan. Nyawa penduduk Palestin bagaikan tiada nilai di mata mereka.

Pelbagai peristiwa pembunuhan beramai-ramai berlaku sepanjang peristiwa Nakba.

Justeru, sebagai umat yang prihatin dan dekat dengan isu Palestin apa rancangan kita untuk ulang tahun Nakba70 nanti?

Atau kita sebenarnya masih lalai dengan isu lain? Sama-sama kita renungkan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Sejarah Intifada Rakyat Palestin Menentang Kezaliman Zionis Yahudi

sumber: sinarharian

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon