Monday, October 20, 2014

MH370: Sinar Baru Melalui Kaedah Mikrofizik

MH370: Sinar Baru Melalui Kaedah Mikrofizik

MH370. Seorang saintis Australia bagai memberi harapan baru kepada ahli keluarga mangsa pesawat Penerbangan Malaysia MH370 apabila memberitahu wujud kemungkinan mengesan pesawat itu melalui kajian terhadap perubahan awan.

Aron Gingis
Gingis jejaki MH370 menggunakan awan.

Pakar dalam bidang mikrofizik dan mengetuai sebuah syarikat perunding, Australian Management Consolidated, Aron Gingis berkata, pesawat yang hilang sejak tujuh bulan lalu itu boleh dikesan melalui jejak pemeluwapan terhasil akibat pembakaran bahan api daripada pesawat itu.

Menurutnya, dia sudah menggunakan teknologi yang sama untuk menjejaki sebuah kapal yang karam di utara Lautan Pasifik.

Katanya, kaedah mikrofizik digunakan untuk mengkaji perubahan awan yang terhasil daripada bahan bakar kapal yang terapung dan kemudiannya dikesan menerusi data satelit.

“Saya dapat mengesan laluan kapal di Lautan Pasifik Utara dengan mengenal pasti pelepasan wap bahan api yang terdapat di dalam awan dan kaedah sama boleh dilakukan dalam kes penyiasatan MH370,” katanya dalam satu wawancara bersama rancangan News 24 Australia.

Bagi memperkuatkan hujahnya, Gingis berkata, wujud kemungkinan yang realistik untuk menjejaki laluan pesawat MH370 menggunakan kaedah yang sama dan seterusnya mengenal pasti lokasi di mana pesawat itu hilang.

Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/3036

Kempen Sentuh Anjing Agenda Musuh Islam - Azhar Idrus

Kempen Sentuh Anjing Agenda Musuh Islam - Azhar Idrus

I want to touch a dog adalah sebuah program yang dilaksanakan oleh mereka yang jahil agama. Jahil ilmu fiqh mazhab Syafie. Jahil ilmu ‘uruf. Jahil ilmu fitnah khilafatul ‘uruf. Jahil ilmu fiqh Aulawiyat. Dan segala kejahilan yang terkandung di dalamnya.

I want to touch a dog

Program yang mampu mencipta fitnah (kekacauan dan kekeliruan) di kalangan orang awam yang kurang ilmu fiqh.

Contoh fitnahnya, akan wujud mereka yang ingin sesuka hati menyentuh dan membelai anjing tanpa sebab, akan wujud mereka yang berniat untuk membela anjing sebagai haiwan dalam rumah untuk bermanja (asalkan boleh samak lepas pegang, kononnya), dan bermacam fitnah lagi.

Kita menghormati pendapat mazhab lain yang menyatakan tubuh anjing bukan najis jika tiada didapati najis mughallazah (air liur dan tahi) pada tubuhnya.

Namun kita juga harus menghormati pegangan ‘uruf masyarakat setempat di mana Malaysia berpegang pada pendapat mazhab Syafie.

Bila anda ada di rumah orang, anda tak boleh buat rumah dia macam rumah sendiri, tak gitu? Walaupun tuan rumah tu hormati perilaku dan perbuatan anda, namun tak bermakna dia redha anda melakukannya di dalam rumahnya.

Di sini saya menjelaskan kembali hukum mengenai anjing. Program bodoh itu telah melanggar dua point yang saya berikan di bawah, iaitu point pertama dan kedua:

Hukum menyentuh anjing

1. Memang wujud khilaf di kalangan ulama mazhab-mazhab dalam bab tubuh anjing itu najis mughallazah atau tidak.

Secara ringkasnya, dalam mazhab syafie menyatakan seluruh tubuh anjing adalah najis mughallazah (Imam nawawi, Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini), selain mazhab syafie (yakni mazhab hanbali, maliki, hanafi) menyatakan hanya air liurnya sahaja najis. Ini berdasarkan hadis:

“Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah.” [Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad]

Jadi, hukum menyentuh anjing memang ada khilaf. Yang pasti, haram SENGAJA menyentuh sesuatu yang akan menyebabkan perpindahan najis keatas tubuh kita.

Jadi, menyentuh anjing dalam keadaan anjing itu atau tubuh kita basah/lembap/berair, maka haramlah menurut mazhab syafie kerana najis boleh berpindah.

Kenapa seluruh tubuhnya dianggap najis berat menurut mazhab syafie? Kerana pastinya anjing membersihkan dirinya dengan menjilat. Maka kemungkinan besar air liurnya ada di tubuhnya.

**Dalam program tersebut, adakah peserta dan trainer yakin sepenuh jiwa anjing tersebut tidak menjilat tubuhnya?

Dan adakah semua mereka yakin benar anjing atau tangan mereka dalam keadaan kering? Jika tak yakin, bodoh namanya.

Jika pegang pada “alaaa.. lepas pegang boleh sertu (samak ikut sesetengah pemahaman orang)”, ikut hukum fiqh, sengaja meletakkan diri dalam keadaan menyusahkan juga dibenci agama.

Hukum membela anjing

2. Namun tiada khilaf dan telah ijmak (sepakat) antara semua ulama-ulama muktabar muttaqaddimin dan mutaakhirin bahawa, tidak dibenarkan seorang Islam untuk membela anjing menjadi haiwan belaan, sebagaimana kita bela kucing, yang kita peluk, cium, belai dan sebagainya, KECUALI membela atas 5 sebab yang dibenarkan, iaitu:
  1. Untuk menjaga harta
  2. Untuk menjaga tanaman
  3. Untuk menjaga ternakan
  4. Sebagai anjing untuk memburu
  5. Menjaga keselamatan keluarga

“Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath." [Hadis Muttafaq 'Alaih]

Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: “Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya.” [Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940]

Juga daripada Ibnu Umar berkata: “Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak.” [riwayat Muslim no. 1571]

“Barangsiapa memelihara anjing tidak untuk keperluan berburu atau penjagaan (harta/keluarga/diri/ternakan/ternakan), maka pahalanya akan berkurang sebanyak satu qirath bagi setiap hari” [Hadis Muttafaq 'Alaih]

Daripada Aisyah r.a beliau berkata, “Telah berjanji Jibril dengan Rasulullah akan datang dalam suatu waktu, pada ketika janji itu telah tiba waktunya, Jibril tidak datang. Di tangan Nabi ada sebatang tongkat, maka baginda buang tongkat itu sambil berkata: “Tuhan dan RasulNya tidak akan menyalahi janji”. Kemudian Nabi melihat ke sebelahnya, maka baginda melihat ada anak anjing di bawah tempat tidurnya. Maka baginda bertanya: “Bila masuknya anjing ini?” Siti Aisyah menjawab: “Saya tidak tahu”. Lalu disuruh usir keluar anjing itu. Setelah anjing itu keluar datanglah Jibril dan Nabi terus bertanya: “Engkau berjanji denganku akan datang dan aku menunggu tetapi engkau tidak datang”. Jawab Jibril: “anjing yang berada di rumahmu yg menghalangi aku, kerana Kami (Malaikat) tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar” [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Syaratnya:
  1. HARAM bela anjing di dalam rumah
  2. WAJIB beri makan minumnya
  3. HARAM mendera atau mencederakannya
  4. HANYA atas 5 sebab di atas sahaja

**Peserta-peserta program tu dah peluk, sentuh, belai anjing. Adakah ia dibenarkan? Tidak sama sekali.

3. Walaubagaimanapun, anjing tetap bukanlah haiwan yang wajar dicaci, dihina, dibelasah, dibunuh sewenangnya, dipukul, diseksa atau apa sahaja salah laku.

Anjing tetap haiwan yang wajar diberi kasih sayang dan belas ihsan, kerana ia tetap makhluk Allah. Telah ada hadis panjang mengisahkan tentang seorang yang banyak dosa, yang memberi anjing minum, dimasukkan ke syurga kerana pahalanya memberi minum kepada anjing itu.

Namun dalam hadis tu takde pun kata si pemberi minum tu peluk cium belai anjing tu. Cukup sekadar memberi keperluan kepada anjing kita dah dapat pahala.

Rujukan:
  • Halal wa Haram fi al-Islam (Prof Dr Yusof al-Qaradhawi)
  • Mughni Al-Muhtaj (Imam Nawawi)
  • Haza Halal wa Haza Haram (Abdul Qadir Ahmad ‘Ata)

Apakah niat penganjur ‘Saya Mahu Sentuh Anjing’?

Apakah penganjuran kempen yang dikatakan membantu orang ramai terutamanya umat Islam untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing itu adalah dengan mewujudkan amalan menjadikan haiwan tersebut sebagai haiwan peliharaan seperti kucing?

Persoalan inilah yang dikemukan oleh Mufti Selangor,Datuk Tamyes Abdul Wahid yang nyata kecewa dengan penganjuran program tersebut.

Katanya lagi penganjuran seperti itu membawa mesej menjurus kepada fahaman liberalisme atau sengaja ingin mencetuskan polemik dalam kalangan rakyat di negara ini dan ianya perlu ditolak.

Umat Islam harus memahami walaupun anjing juga adalah makhluk Allah tetapi bezanya anjing dan babi adalah mereka terdiri dari kumpulan haiwan yang boleh menyebabkan najis berat (mughalazah).

Apakah tujuan penganjuran ini untuk membawa satu budaya baru yang mahu umat Islam memegang anjing dan seterusnya timbul minat untuk memeliharanya pula seperti haiwan peliharaan lain seperti kucing ?

Aidit Ghazali seorang ilmuan fiqh berkata penganjuran kempen ini merupakan strategi halus gerakan untuk mempromosikan fahaman liberal dalam pemikiran kalangan umat Islam di negara ini.

Katanya lagi hasrat untuk membuang stigma memegang anjing adalah kempen yang bodoh dan ada banyak lagi kempen yang bagus seperti kempen mendekati masjid dan hukum Islam.

Sementara itu exco pemuda Umno Malaysia, Ustaz Fathul Bari berkata di dalam twitternya umat “Islam sokong kempen ‘ihsan’ ke atas haiwan, termasuk anjing. Cuma kempen ‘touch (a) dog’ (sentuh anjing) adalah sangat janggal”.

Ustaz Kazim Persoal Niat Penganjur

Ustaz Kazim Elias juga di dalam entri facebooknya turut mempersoalkan niat penganjur mengadakan kempen tersebut. Berikut adalah apa yang dikatakannya:

Salam sejahtera.. Kempen Saya Mahu Sentuh Anjing.. Hurmm satu kempen utk mmbuang stigma bg Org Muslim n khususnya org Melayu kononnya..

Siap bwk dalil kisah org masuk syurga krn bg minum kpd anjing lg.Membela anjing utk jg kebun utk jg keselamatan rumah utk mengesan barang jenayah tidaklah dilarang malah harus didlm Islam.

Tetapi nak dijadikan sbg binatang peliharaan spt kucing ayam dll tidaklah boleh dipndg ringan krn ianya melibatkan urusan ibadat seharian.

Mana boleh saja2 bela, saja2 nak pegang. Sebab apa nak pegang? Isu apa?Nak jdkan anjing sbg apa?

Mula2 pegang pastu bela ,pastu masuk dlm rumah pastu? Pastu?Binatang mughalazah ini mcm babi jugalah mugahalazahnya, lepas ni buat la kempen pulak pegang babi dgn melawat ke pasar babi lepas tu melarat ke makan babi pulak.Ini semua ada agenda halus utk meliberal n mempluralkan agama.

Tidaklah salah pegang anjing, tp apa sebabnya sampai buat kempen?Nape x buat kempen ke masjid ke?

Kempen menerima hudud ke kempen menerima konsep Kalimah Allah yg sebenarnya ke.. Inilah jarum halus yg dicucuk kpd umat Islam agar menjadi fahaman liberal n plural..

Nnt akan ada yg kata knp ustaz bising isu anjing knp x bising isu memegang bukan mahram x bertudung dll, yg itu pun berkali2 dah saya tegur n nasihat tp dlm bab kempen anjing ni, ianya satu gerakan yg cukup halus utk menghalalkan sesuatu yg sudah diharamkan dan dimulakan dgn satu kempen secara kecil2an yg akhirnya akan merubah n menidakkan hukum dan itulah tujuan asalnya.

Berhati2lah dgn kempen sebegini, lepas kempen arak mai anjing pulak lepas ni apa pulak?Jgn lepas ni buat kempen babi pulak dgn alasan bahawa babi skrg dah bersih dah diternak dlm aircond dah mengamalkan tahap kebersihan mematuhi piawaian antarabngsa.

Halusnya kempen anjing ini namun sayang ada segelintir umat Islam yg tidak cukup halus matahatinya utk meneliti….

Kita berharap agar umat Islam di Malaysia jangan membiarkan diri mereka terus diperbodohkan dengan agenda-agenda jahat tersembunyi ini.

Tujuan mereka adalah untuk memecah belahkan perpaduan di kalangan umat Islam di dalam negara ini. Ternyata kempen”touch a dog” itu telah berjaya membuat segelintir umat Islam bukan sahaja memegang anjing bahkan siap bergambar sambil memeluk anjing.

Apakah selepas ini bila kita sudah liberal sangat kita akan mula menganjurkan kempen “Jom pegang babi” atau “Jom melawat pasar babi” dan lain-lain lagi?

Kempen Peluk Anjing Agenda Musuh Islam – Azhar Idrus



BACA INI JUGA: "Makan Coklat Babi Cadbury Tak Perlu Tukar Darah"

sumber: siraplimau

Kenapa Islam Menyamak Najis Berat Dengan Tanah?

Kenapa Islam Menyamak Najis Berat Dengan Tanah?

Pernah suatu ketika dahulu, bekas Presiden Indonesia, Soekarno, mengatakan bahawa pada zaman sekarang tidak perlu lagi menyamak apabila terkena najis berat.

Najis Berat

Menurutnya, cukuplah hanya dengan membasuh menggunakan sabun. Pendapat beliau ditentang oleh para ulama disana pada waktu itu.

Bagi membuktikan yang mana lebih relevan, penggunaan sabun atau tanah, satu eksperimen mengenainya telah dijalankan.

Dua sampel yang telah dijilat anjing kemudian dibersihkan. Satu dicuci menggunakan sabun dan satu lagi dibersihkan dengan tanah.

Hasil pemeriksaan dibawah mikroskop menunjukkan, sampel yang dibersihkan dengan tanah terbukti sangat bersih dan bebas daripada kuman, berbanding sampel cucian sabun.

Apa sebenarnya keistimewaan tanah? Satu kajian saintifik mendapati bahawa tanah, terutamanya daripada sumber gunung berapi, mengandungi agen antibiotik yang mampu melemahkan bakteria berbahaya daripada merebak.

Ahli perubatan Perancis, Line Brunet de Course menemui perkara itu selepas melakukan uji kaji spesifik terhadap tanah liat hijau dari gunung berapi Perancis.

Mengejutkan, bahan semulajadi terbabit boleh menghapuskan 99 peratus jajahan pepijat dalam masa sehari.

Pada masa sama, ia juga mampu membunuh bakteria berbahaya lain, termasuklah virus Salmonela dan penyakit pemakan daging dipanggil Buruli, yang telah mencacatkan hampir keseluruhan kanak-kanak diseluruh Pantai Gading dan Kenya di Afrika.

Dengan ciri-ciri penyembuhan pada tanah liat, Dr. Course kemudian menggunakannya sebagai antibiotik, menggantikan penisilin dalam mengubati kanak-kanak malang di selatan dan barat Afrika.

Terbukti, tanah merupakan steril terbaik di dunia apabila berjaya menyembuhkan 50 kes pada tahun 2002. Manakala Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menganggap ia sebagai penemuan yang sangat 'mengagumkan'.

Satu lagi kajian berjudul Antibacterial Activity of Soil-Bound Antibiotics, terbitan tahun 2005, turut mengesahkan bahawa material dalam tanah merupakan unsur efektif untuk proses sterilisasi beberapa kuman.

Kajian oleh sekumpulan penyelidik, Yogesh Chander, Kuldip Kumar, Sagar M. Goyal dan Satish C. Gupta menunjukkan bahawa dua unsur anti-mikrob dalam tanah, iaitu Tetracycline dan Tylosin, telah dikesan berupaya menghentikan pertumbuhan dan pembiakan virus.

Dengan kata lain, tanah merupakan zat yang sangat bersih, dimana zat-zat tersebut mampu menghapuskan mikrob berbahaya.

Inilah rahsia disebalik kenapa Rasulullah SAW menyarankan kita menyamak najis berat seperti air liur anjing menggunakan air sebanyak tujuh kali, salah satunya dengan tanah sejak lebih 1,400 tahun dahulu.

Sesungguhnya, penemuan-penemuan saintifik ini turut membenarkan tutur kata baginda yang sama sekali tidak diketahui oleh mana-mana manusia sebelumnya.

BACA INI JUGA: Festival Paling Kejam Di China, Makan Anjing!

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, October 19, 2014

Panduan Deactive Voicemail, Jimatkan Kredit Anda!

Panduan Deactive Voicemail, Jimatkan Kredit Anda!

Seringkali kita membuat panggilan kepada seseorang dan taliannya disambut oleh gadis jelita ~opss operator, pastinya akan keluar satu mailbox dan ianya akan menelan kredit anda, betul tak?

Kempen Deactive Voicemail

Kalau 1 kali mailbox 0.35sen, 6 kali dah berapa kali kena tipu kan? Ini sangat mengganggu dan jika anda ingin membuang mailbox atau khidmat voice mail ni, boleh ikut langkah-langkah dibawah.

Maxis
Deactivate - ##109#

Digi
Deactivate - *128#, pilih mobile service, voice mail dan deactivate.
atau call Digi hepline - 0162211800 dan silalah berhubung dengan customer service.

Celcom
Deactivate - ##002#
Atau dail 1111 or 03-3630 8888 dan sampaikan permintaan anda kepada customer service untuk deactivate voicemail anda, SAHAJA.

Kenapa perlu deactivate?

Kalau kita buat panggilan, orang tu tak angkat akan keluar suara. Ini khidmat pesanan suara. Sila tinggalkan pesanan anda selepas ini. Beepp~~..

Kena cas 35sen untuk maxis, 20sen untuk celcom, Digi pula entah berapa sen ye..

Kalau digi, hubungi 0162211800 dan cakap dengan operator nak off voicemail, panggilan free!

Kalau celcom telefon 1111 dan cakap jugak nak off voicemail, panggilan free!

Kalau maxis, postpaid telefon 123. Kalau prepaid 1300820120.

P/s: Ada yang berjaya, ada yang tak... Selamat mencuba dan selamat berjimat..

Sumber:
http://therylisanurulain.blogspot.com/2014/09/deactive-voicemail-anda.html

Saturday, October 18, 2014

Logbar Ring, Cincin Ajaib Teknologi Moden!

Logbar Ring, Cincin Ajaib Teknologi Moden!

Jika Harry Potter memiliki tongkat sakti untuk menghasilkan kuasa ajaib, jangan terkejut kerana ada teknologi terkini yang mampu menghasilkan cincin magis.

Logbar Ring

Fungsinya seakan-akan sama iaitu melakukan sesuatu kerja tanpa menyentuh objek. Menarik kan?

Dikenali sebagai 'Logbar Ring', cincin ini dikatakan mempunyai kuasa yang luar biasa. Bayangkan rutin harian seperti menghantar mesej boleh dilakukan tanpa menekan sebarang huruf pada telefon bimbit anda.

Tidak cukup dengan itu, alat elektronik lain juga dapat dikawal menggunakan teknologi canggih ini.

Satu perkara yang sangat menarik dan luar biasa selain daripada menjimatkan masa. Tetapi, bagaimana cincin magis ini berfungsi?

Bluetooth merupakan antara teknologi canggih yang diguna pakai dalam ciptaan elektronik ini. Selain itu, sistem yang telah direkodkan ke dalam cincin magis melncarkan lagi komunikasi alat tersebut.

Melalui teknologi bluetooth yang popular pada masa kini, ditambah dengan idea dan kebijaksanaan pengatur cara (programmer) yang luar biasa, apa sahaja produk dapat dihubungkan antara satu sama lain.

Dalam ciptaan baru yang luar biasa ini, terdapat dua cara untuk menghubungkan cincin dan alat elektronik lain. Sama ada berhubung secara terus atau secara berpasangan. Sekiranya alat tersebut sesuai dengan perisian cincin, pengguna dapat berhubung terus dengan kedua-dua alat berkenaan.

Sebaliknya, jika tidak bersesuaian, ia memerlukan alat pengiriman data sebagai pusat untuk menghubungkan alat elektronik tersebut.

Setelah dapat dihubungkan antara satu sama lain, langkah seterusnya ialah menyarungkan cincin ke jari. Bahagian tepi cincin mempunyai sensor sentuhan dan perlu ditekan terlebih dahulu. Tujuannya adalah untuk mengaktifkan cincin sebelum jari digerakkan mengikut isyarat yang telah ditetapkan.

Pergerakan jari dalam arah membulat adalah contoh gerakan isyarat yang telah didaftarkan oleh pereka. Gerakan isyarat bertujuan untuk menganalisis data pada cincin. Apabila cincin bergetar selepas beberapa saat, itu menandakan isyarat telah diterima.

Selepas itu barulah pengguna dapat menggunakan empat kelebihan utama yang ada pada cincin tersebut. Setiap aplikasi memiliki identiti gerakan isyarat yang tersendiri.

Pengguna hanya perlu menggerakkan isyarat yang telah direka mengikut aplikasi tertentu. Bagi memudahkan pengguna, gerakan isyarat setiap aplikasi boleh diubahsuai mengikut cita rasa masing-masing. Rekaan isyarat itu boleh dilakukan pada bila-bila masa menerusi telefon pintar dan tablet.

Logbar Ring [2]

Menariknya, setiap fungsi alat canggih luar biasa ini memberi pengalaman baru kepada setiap individu yang menggunakannya.

Kelebihan pertama yang dimiliki oleh cincin ini ialah mengawal alat elektronik dirumah. Biasanya kita perlu bangun untuk menutup atau membuka suis lampu tapi dengan cincin ajaib ini, pengguna hanya perlu menggerakkan jari mengikut isyarat yang telah ditetapkan sebagai simbol lampu.

Hasilnya, lampu akan tertutup dan terbuka mengikut kemahuan pengguna. Ia juga boleh dilakukan pada alat elektronik lain seperti televisyen.

Kehebatan ciptaan cincin luar biasa ini bukan hanya setakat itu. Keluaran Logbar ini juga memiliki kuasa penghantaran sistem pesanan ringkas yang berbeza dengan mesej biasa. Percaya atau tidak, dalam situsi seperti sedang memandu dan menerima 'teks' daripada rakan, anda tidak perlu berhenti ditepi jalan untuk membalas.

Sebaliknya, hanya perlu menggerakkan jari mengikut bentuk huruf dan menolak ke arah kiri sebagai simbol hantar.

Satu perkara yang anda perlu tahu, anda tidak perlu memegang atau melihat ke arah telefon ketika membalas mesej. Mudah bukan?

Cara ini juga boleh digunakan untuk berhubung dalam laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Tambah menarik, sistem pembayaran bil juga boleh dilakukan melalui cincin ini. Hanya melalui satu gerak isyarat, segala bil telah dijelaskan dalam satu masa. Bagi individu yang subuk bekerja, aplikasi sebegini dapat membantu dalam menjimatkan masa.

Selain itu, kelebihan utama lain ialah sebarang akses maklumat dapat dikesan melalui tiga lampu kecil (light emitting diodes, LED) yang terdapat pada cincin luar biasa tersebut. Alat elektronik ini juga akan bergetar jika mengenal pasti sebarang penghantaran atau penerimaan maklumat.

Untuk pengetahuan anda, hanya gajet yang mempunyai perisian iOS7 dan keatas seperti iPhone, iPad dan iPod Touch sesuai digunakan sebagai penghubung kepada cincin tersebut.

Bagi pengguna Android pula, perisian versi 4.4 dan keatas juga dapat digunakan. Walau bagaimanapun, syarikat Logbar bakal menghasilkan akses dalam Windows Phone dan Ring Hub.

Logbar Ring - How it work

Rekaan kreatif ini dihasilkan oleh sebuah syarikat, Logbar Inc. yang diketuai oleh Takuro Yoshida. Bertemakan slogan 'Shortcut everything', syarikat kreatif ini percaya mereka mampu menghasilkan rekaan yang luar biasa.

Penghasilan cincin magis ini telah dilakukan sejak tahun 2013 dan pelaksanaannya melibatkan pelbagai proses dari segi pemilihan perisian, perkakas dan rekaan produk yang sesuai.

Difahamkan, rekaan unik dan luar biasa ini telah berjaya memperoleh dana khas selepas menyertai projek Kickstarter pada 4 April 2014.

Bagi memenuhi cita rasa pelanggan, cincin luar biasa ini bakal direka dalam enam jenis saiz yang berbeza.

Mengikut jangkaan, cincin Logbar bakal dipasarkan ke Amerika, Eropah, Jepun dan China tahun ini.

BACA INI JUGA: Insan Mulia Dan Sebentuk Cincin

-SENTIASAPANAS.COM

Jus Katak Pulih Kejantanan Lelaki?

Jus Katak Pulih Kejantanan Lelaki?

Informasi Dunia. Carmen Gonzales, seorang pengusaha warung kecil yang terletak di tengah bandar Lima, Peru.

Carmen Gonzales Frog Juice

Warungnya beroperasi setiap hari bersedia menenerima kehadiran pelanggan untuk mencuba dan merasai kehebatan sejenis minuman eksotik yang telah diusahakannya sejak 15 tahun lalu.

Ramuan utamanya, seekor katak! Yak! Namun begitu, jus ini dikatakan mampu memulihkan sakit dalaman dan mengembalikan kejantanan seorang lelaki.

Jika mahu memesan segelas jus ini sangat mudah, hanya sebut 'Jugo de Rana' kepada pelayan, dan segelas jus katak tersedia di depan mata anda!

Minuman pelik ini dikatakan mampu memulihkan penyakit asma, darah tinggi dan mengembalikan tenaga dalaman lelaki.

Carmen Gonzales Frog Juice [2]

Dan kerana itulah rata-rata pelanggan warung ini terdiri daripada golongan lelaki. Memang pantang bagi lelaki kalau mendengar beda-benda kuat ni..hehe

Untuk menyediakan jus katak, Carmen terlebih dahulu akan menangkap seekor katak yang masih hidup di dalam akuarium di warungnya.

Katak akan dibunuh dengan cara mengetuk kepalanya dengan batu, kemudian kulit akan disiang. Katak ini kemudiannya dikisar bersama ramuan rahsia.

Apa yang menariknya, pelanggan boleh melihat sendiri katak-katak yang masih hidup sebelum menikmatinya sebagai minuman.

Carmen Gonzales Frog Juice [3]

Katak yang telah dibersihkan akan direbus selama beberapa minit sebelum dikisar bersama campuran madu, lidah buaya, soya serta ramuan herba seperti buah maca dan akar kayu.

Kemudian, bahan yang telah dikisar akan ditapis dan sedia untuk dihidangkan kepada pelanggan.

Walaupun katak telah dikisar bersama ramuan campuran tadi, bau hanyir tetap menusuk hidung. Bagi pelanggan yang baru pertama kali menikmatinya, bukan mudah untuk menelan jus ini walaupun hanya gelas yang yang kecil.

Dianggarkan, setiap hari sebanyak 80 ekor katak berjaya dijual dan Carmen mengakui dia tidak menang tangan melayan permintaan pelanggan yang mahukan segelas jus katak terutamanya ketika waktu sarapan.

Mereka menjadikan minuman pelik ini sebagai tonik tenaga sebelum memulakan hari, malah mendakwa ia mampu mengekalkan stamina mereka seharian. Harganya pula murah, hanya sekitar USD$1 segelas.

Carmen Gonzales Frog Juice [4]

Masyarakat tempatan menjadikan minuman ini sebagai diet harian mereka kerana percaya jus katak mampu mengembalikan tenaga serta menyembuhkan penyakit!

Ada sesiapa dikalangan pembaca yang nak rasa jus katak? Hehe..

-SENTIASAPANAS.COM

24 Tips Asas Servis Kereta WAJIB Tahu!

24 Tips Asas Servis Kereta WAJIB Tahu!

Jangan mudah tertipu dengan mana-mana bengkel. Jangan tersilap langkah dengan menghantar kenderaan anda ke bengkel yang "cekik darah", pasti anda akan "disembelih" lantaran caj perkhidmatan yang tidak munasabah dengan kerosakkan sebenar.

Panduan-servis-kereta

Berikut adalah perkara-perkara asas tentang servis kereta yang biasanya dilakukan oleh sesetengah pengusaha bengkel baik pulih dan servis kenderaan kepada pelanggan yang kurang arif berkenaan dengan kerja-kerja penyelenggaraan:

Minyak hitam

Minyak hitam yang bukan sintetik – setiap 5,000 km atau 3 bulan whichever is earlier. Kalau yang sintetik – mungkin 7,500km atau 10,000km.

Filter

Sama seperti minyak enjin. Minyak biasa – 5000 km. Minyak Synthetic – 7500 km hingga 10000 km. Dalam erti kata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter).

Spark plug

20,000 km ikut schedule maintenance book! Tapi boleh pakai sampai 30k-40k. Benda ni bukan critical sangat!

Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, electrode pun dah nipis, elok tukar. Harga sekitar RM20-25 untuk 4 biji.

Bateri kereta

18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan. Kalau kita selalu topup air suling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun.

Kalau selalu lupa topup dan selalu kering, 6 bulan pun bateri boleh kong! Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik.

Bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama. Kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yang lagi satu! Kalau kancil, biasanya pakai NS40 atau NS40L.

Timing belt

60,000 km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000 km dan Honda CRV tahan sampai 160,000 km.

Jadi timing belt biasanya ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, sampai 60,000 km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun! Mekanik sengeh!

Clutch plat

Clutch plate ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom “clutch slipping” berlaku sewaktu pemanduan kita.

Ini perkara yang susah nak diterangkan, sebab tu mereka kata bila 100,000 km baru tukar clutch!

Fuel Filter

Tukar sekitar 40,000 km sekali. Murah, sekitar RM15-20.

Air Filter atau Penapis Udara

Yang ini di tukar setiap 20,000 km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak payah ditukar, tapi mampu dibersihkan sudah cukup.

ATF (Automatic Transmission Fluid)

Minyak ini memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual ada disebut setiap 20,000 km kena tukar.

Tapi boleh la extend hingga 30,000 km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar.

Jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yang besar.

Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yang disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 liter.

Ini membazir untuk kita, tapi bukan pada pihak yang bikin servis. Caj hanya sekitar RM200++. Kalau anda selalu tukar ATF, hanya tukar biasa aje, yang budget kurang dari RM100, ikut saiz kereta anda!

Gear Oil

Untuk mereka yang pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Benda ni boleh tukar 60,000 km sekali.

Brake Fluid dan Power Steering Fluid

Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

Radiator Coolant

Sebotol RM8-RM15. Selalunya warna hijau! 60,000 km boleh la tukar sekali! Kalau air radiator warna clear je..

Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

Air-Cond Belt/ Alternator Belt

Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ini.

Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti sama ada perlu ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ini letaknya diluar dan mudah dilihat.

Kalau bahagian “ribs”nya dah ada”crack-crack” yang halus, maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.

Akhir sekali, ingin admin ingatkan maintenance schedule yang ikut “km” atau masa ”3 bulan” “6 bulan” dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelenggaraan atau “preventive maintenance”.

Preventive maintenance

Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang!

Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alat ganti tu perlu ditukar.

Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran. Contohnya- kalau kita buta-buta ikut apa yg di syorkan oleh pembuat alat ganti.

Contohnya “shock absorber” perlu diganti setiap 20,000 km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di atas.

Minyak gear manual

Ditukar setiap 40,000 km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000 km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat.

Paling bagus untuk kereta lama – bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF – ditukar setiap 20,000 km. Sama macam di atas.

Flush

Kalau dalam buku takde kata – maka tidak perlu. Air filter pun sama – 20,000 km. Coolant – tukar tiap-tiap 20,000 km.

Nak tukar tiap-tiap 50,000 km pun boleh dengan syarat guna air suling atau RO water. Timing belt – ditukar setiap 80,000 km.

Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000 km (Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya.  

Gigi masih elok – tak perlu tukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt – tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak crack.

Water pump

Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke-2. Katalah kita tukar timing belt setiap 80,000 km, maka apabila kita menukar timing belt untuk kali kedua pada 160,000 km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba.

Nak tukar water pump kena buka timing belt. Jadi, kalau buat sekali, tiada extra labor charge.

Spark plug

Setiap 20,000 km. Atau selagi plastik kat tengah tu masih putih dan tiada kesan terbakar. Jadi, kena periksa spark plug.

Kalau spark plug berminyak – engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus i.e. minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak.

Head gasket

Tukar apabila minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. oRANG panggil ni top-overhaul.

Top overhaul

Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000 km. Tapi ada juga yang 7-80,000 km/kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine.

Brake pad

Tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake – pun sama.  

Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan, sebab biasanya double.

Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yang lain.

Camshaft

Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yang di letak di dalam blok enjin. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000 km ikut ketetapan pengeluar jepun. tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yang dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass.

Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 60,000 km - 90,000 km.

BACA INI JUGA: Apa Sebenarnya Perbezaan Minyak Petrol RON 95 Dan RON 97?

Sumber: Kitabantai.info

Friday, October 17, 2014

Gagal Solat Jumaat Tiga Kali Akan Dipenjara Di Kelantan

Gagal Solat Jumaat Tiga Kali Akan Dipenjara Di Kelantan

Jika anda seorang lelaki dan tidak menunaikan solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut, dan berada di Kelantan, anda akan dipenjarakan selama setahun.

Solat-Jumaat

Itulah pendekatan yang diambil kerajaan negeri Kelantan yang diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah dan Hubungan Serantau Negeri Datuk Nassuruddin Daud.

Kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa melaksanakan tindakan berkenaan mengikut Seksyen 104, Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang memperuntukkan denda sehingga RM1,000 dan penjara setahun bagi kesalahan itu.

“Jumaat adalah hari yang mulia, tiada sebab golongan lelaki meninggalkan solat Jumaat yang hanya diadakan seminggu sekali.

Setakat ini hanya seorang lelaki didakwa berhubung kesalahan itu,” kata ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Kelantan itu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijang Wan Ubaidah Omar di pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam.

Wan Ubaidah inginkan penjelasan dari kerajaan negeri berhubung hukuman untuk mereka yang sengaja meninggalkan solat Jumaat.

Nassuruddin yang juga ADUN Meranti berkata, sesiapa sahaja termasuk Imam atau Ahli Jawatankuasa Masjid boleh membuat aduan berhubung kegagalan individu bagi membolehkan tindakan tegas diambil terhadap mereka.

“Mereka yang membuat aduan perlu mengisi borang sebelum diserahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan (JAHEAIK).

“Bahagian penguatkuasa jabatan akan berbincang dengan imam. Pada masa sama sebuah buku diberikan kepada imam dengan mengarahkan individu berkenaan menunaikan solat di masjid berkenaan sebanyak tiga kali berturut-turut.

“Imam yang dipertanggungjawab akan mencatatkan kehadiran individu itu.

"Sekiranya mereka gagal hadir dalam tempoh berkenaan, tindakan akan diambil,” katanya memetik laporan akhbar Berita Harian.

Sumber:
http://mynewshub.cc/2014/10/16/kelantan-akan-penjarakan-lelaki-gagal-solat-jumaat-tiga-kali/

Video Kejadian Tetak Di Kedai 7Eleven Keningau

Video Kejadian Tetak Di Kedai 7Eleven Keningau

Polis Keningau telah menahan empat remaja lelaki warga tempatan lingkungan umur 18 hingga 22 tahun pada jam 2.10 petang Selasa lepas dalam satu lagi kejadian tetak.

Kena-tetak

Ia berikutan kejadian kes pukul menggunakan rantai kunci dan sebilah pisau pemotong daging terhadap seorang remaja lelaki tempatan berusia 19 tahun di sebuah kedai serbaneka 24 jam pada jam 12.38 tengah malam pada hari berkenaan.

Keempat-empat suspek ditahan berdekatan Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau dan di sebuah rumah tidak bernombor di pekan Keningau.

Seorang lagi suspek dilaporkan masih bebas, namun sudah dikenali pasti dan kini sedang diburu polis.

Hasil siasatan polis mendapati punca kejadian merupakan kes balas dendam oleh suspek terhadap mangsa, dan pernah bergaduh sekali pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

Pada masa kejadian, mangsa yang ingin membeli barang di kedai itu telah diserang oleh kelima-lima suspek.

Selepas kejadian, mangsa mengalami kecederaan luka di tapak kaki dan lutut serta kening sebelah kanan. Mangsa menerima rawatan di Hospital Keningau dan berada dalam keadaan stabil.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun jika disabit kesalahan. Keempat-empat suspek itu kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 20 Oktober ini.

Hasil ujian air kencing terhadap semua suspek yang ditahan, tiga daripadanya positif dadah jenis Methamphetamine dan Ampethamine.



Sumber:
http://www.theborneopost.com/2014/10/17/empat-remaja-tempatan-ditahan-bantu-siasatan-kes-pukul/

Rahsia Besar Solat Subuh!

Rahsia Besar Solat Subuh!

Solat itu lebih baik daripada tidur! Inilah kalimah yang hanya dilaungkan ketika azan Subuh. Tidak pada waktu yang lain yang menjadikan azan Subuh itu istimewa.

subuh

Sayangnya, kita selalu alpa, leka dan lupa betapa istimewanya panggilan itu kerana asyik diulit lena dan mimpi indah ciptaan Syaitan untuk menghanyutkan manusia.

Ia bukan semata-mata ayat untuk kita mengerjakan solat, tetapi hakikatnya memang benar solat itu lebih baik daripada tidur.

Malah, hakikat itu turut diakui dalam kajian saintifik yang mendapati kebaikan solat dari sudut kesihatan.

Allah membangunkan kita pada waktu Subuh supaya berterima kasih kerana menghidupkan kita semula setelah menidurkan kita semalaman.

Cuba fikirkan, mengapa kalimah itu hanya dilaungkan sewaktu solat Subuh, tidak waktu solat lain?

Satu kajian mendapati, waktu yang mudah memicu serangan jantung sebahagian besarnya bermula antara pukul 6 pagi hingga ke pukul 12 tengah hari. Kenapa?

Sebab, jangka waktu inilah berlaku perubahan pada sistem tubuh, iaitu kenaikan tegangan saraf menurut perubatan Cina dimana perubahan saraf Simpatis (Yang) dan penurunan tegangan saraf Parasimpatis (Yin).

Kajian perubatan Cina ini juga mendapati, bermula antara jam 3 pagi hingga ke siang, tekanan darah beransur-ansur meningkat.

Risikonya, peningkatan adrenalin yang boleh menaikkan tekanan darah dan menyempitkan pembuluh darah.

Oleh itu, kita diwajibkan bangun solat sebelum fajar menjelma. Salah satu hikmahnya adalah untuk mengawal tekanan darah dan menurunkan risiko masalah serangan jantung.

Pada tahun 90an, hasil kajian sekumpulan saintis menemui sejenis zat yang terkandung dalam pembuluh darah. Zat yang diberi nama 'Nitrik Oksida' ini berfungsi untuk mengembang atau melebarkan pembuluh darah.

Zat ini bukan sekadar boleh dihasilkan sewaktu tubuh sedang berehat atau tidur, malah dapat ditingkatkan apabila tubuh melakukan lebih banyak gerakan setelah bangun daripada tidur.

Bermakna, kadar Nitrik Oksida dalam darah akan meningkat apabila anda bangun daripada tidur, lalu berwuduk dan bersolat, sekaligus mengurangkan risiko masalah serangan jantung.

Sesungguhnya, setiap yang telah diwajibkan Allah itu terkandung manfaat dan kebaikannya. Allah Yang Maha Mengetahui, Dialah yang mengejutkan hamba-hamba-Nya dari lena dan menerangkan bahawa 'solat itu lebih baik daripada tidur' melalui kalimah azan itu sendiri.

Sabda Rasulullah SAW, "Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh. Seandainya mereka tahu apa makna di dalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dalam keadaan merangkak."

BACA INI JUGA: Tanda-Tanda Hati Yang Kotor

-SENTIASAPANAS.COM