Oct 20, 2014

Kempen Sentuh Anjing Agenda Musuh Islam - Azhar Idrus

I want to touch a dog adalah sebuah program yang dilaksanakan oleh mereka yang jahil agama. Jahil ilmu fiqh mazhab Syafie. Jahil ilmu ‘uruf. Jahil ilmu fitnah khilafatul ‘uruf. Jahil ilmu fiqh Aulawiyat. Dan segala kejahilan yang terkandung di dalamnya.

I want to touch a dog

Program yang mampu mencipta fitnah (kekacauan dan kekeliruan) di kalangan orang awam yang kurang ilmu fiqh. Contoh fitnahnya, akan wujud mereka yang ingin sesuka hati menyentuh dan membelai anjing tanpa sebab, akan wujud mereka yang berniat untuk membela anjing sebagai haiwan dalam rumah untuk bermanja (asalkan boleh samak lepas pegang, kononnya), dan bermacam fitnah lagi.

Kita menghormati pendapat mazhab lain yang menyatakan tubuh anjing bukan najis jika tiada didapati najis mughallazah (air liur dan tahi) pada tubuhnya.

Namun kita juga harus menghormati pegangan ‘uruf masyarakat setempat di mana Malaysia berpegang pada pendapat mazhab Syafie.

Bila anda ada di rumah orang, anda tak boleh buat rumah dia macam rumah sendiri, tak gitu? Walaupun tuan rumah tu hormati perilaku dan perbuatan anda, namun tak bermakna dia redha anda melakukannya di dalam rumahnya.

Di sini saya menjelaskan kembali hukum mengenai anjing. Program bodoh itu telah melanggar dua point yang saya berikan di bawah, iaitu point pertama dan kedua:

Hukum menyentuh anjing

1. Memang wujud khilaf di kalangan ulama mazhab-mazhab dalam bab tubuh anjing itu najis mughallazah atau tidak. Secara ringkasnya, dalam mazhab syafie menyatakan seluruh tubuh anjing adalah najis mughallazah (Imam nawawi, Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini), selain mazhab syafie (yakni mazhab hanbali, maliki, hanafi) menyatakan hanya air liurnya sahaja najis. Ini berdasarkan hadis:

“Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah.” [Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad]

Jadi, hukum menyentuh anjing memang ada khilaf. Yang pasti, haram SENGAJA menyentuh sesuatu yang akan menyebabkan perpindahan najis keatas tubuh kita. Jadi, menyentuh anjing dalam keadaan anjing itu atau tubuh kita basah/lembap/berair, maka haramlah menurut mazhab syafie kerana najis boleh berpindah.

Kenapa seluruh tubuhnya dianggap najis berat menurut mazhab syafie? Kerana pastinya anjing membersihkan dirinya dengan menjilat. Maka kemungkinan besar air liurnya ada di tubuhnya.

**Dalam program tersebut, adakah peserta dan trainer yakin sepenuh jiwa anjing tersebut tidak menjilat tubuhnya? Dan adakah semua mereka yakin benar anjing atau tangan mereka dalam keadaan kering? Jika tak yakin, bodoh namanya. Jika pegang pada “alaaa.. lepas pegang boleh sertu (samak ikut sesetengah pemahaman orang)”, ikut hukum fiqh, sengaja meletakkan diri dalam keadaan menyusahkan juga dibenci agama.

Hukum membela anjing

2. Namun tiada khilaf dan telah ijmak (sepakat) antara semua ulama-ulama muktabar muttaqaddimin dan mutaakhirin bahawa, tidak dibenarkan seorang Islam untuk membela anjing menjadi haiwan belaan, sebagaimana kita bela kucing, yang kita peluk, cium, belai dan sebagainya, KECUALI membela atas 5 sebab yang dibenarkan, iaitu:
  1. Untuk menjaga harta
  2. Untuk menjaga tanaman
  3. Untuk menjaga ternakan
  4. Sebagai anjing untuk memburu
  5. Menjaga keselamatan keluarga

“Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath." [Hadis Muttafaq 'Alaih]

Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: “Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya.” [Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940]

Juga daripada Ibnu Umar berkata: “Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak.” [riwayat Muslim no. 1571]

“Barangsiapa memelihara anjing tidak untuk keperluan berburu atau penjagaan (harta/keluarga/diri/ternakan/ternakan), maka pahalanya akan berkurang sebanyak satu qirath bagi setiap hari” [Hadis Muttafaq 'Alaih]

Daripada Aisyah r.a beliau berkata: “Telah berjanji Jibril dengan Rasulullah akan datang dalam suatu waktu, pada ketika janji itu telah tiba waktunya, Jibril tidak datang. Di tangan Nabi ada sebatang tongkat, maka baginda buang tongkat itu sambil berkata: “Tuhan dan RasulNya tidak akan menyalahi janji”. Kemudian Nabi melihat ke sebelahnya, maka baginda melihat ada anak anjing di bawah tempat tidurnya. Maka baginda bertanya: “Bila masuknya anjing ini?” Siti Aisyah menjawab: “Saya tidak tahu”. Lalu disuruh usir keluar anjing itu. Setelah anjing itu keluar datanglah Jibril dan Nabi terus bertanya: “Engkau berjanji denganku akan datang dan aku menunggu tetapi engkau tidak datang”. Jawab Jibril: “anjing yang berada di rumahmu yg menghalangi aku, kerana Kami (Malaikat) tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar” [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Syaratnya:
  1. HARAM bela anjing di dalam rumah
  2. WAJIB beri makan minumnya
  3. HARAM mendera atau mencederakannya
  4. HANYA atas 5 sebab di atas sahaja

**Peserta-peserta program tu dah peluk, sentuh, belai anjing. Adakah ia dibenarkan? Tidak sama sekali.

3. Walaubagaimanapun, anjing tetap bukanlah haiwan yang wajar dicaci, dihina, dibelasah, dibunuh sewenangnya, dipukul, diseksa atau apa sahaja salah laku. Anjing tetap haiwan yang wajar diberi kasih sayang dan belas ihsan, kerana ia tetap makhluk Allah. Telah ada hadis panjang mengisahkan tentang seorang yang banyak dosa, yang memberi anjing minum, dimasukkan ke syurga kerana pahalanya memberi minum kepada anjing itu. Namun dalam hadis tu takde pun kata si pemberi minum tu peluk cium belai anjing tu. Cukup sekadar memberi keperluan kepada anjing kita dah dapat pahala.

Rujukan:
Halal wa Haram fi al-Islam (Prof Dr Yusof al-Qaradhawi)
Mughni Al-Muhtaj (Imam Nawawi)
Haza Halal wa Haza Haram (Abdul Qadir Ahmad ‘Ata)

Apakah niat penganjur ‘Saya Mahu Sentuh Anjing’?

Apakah penganjuran kempen yang dikatakan membantu orang ramai terutamanya umat Islam untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing itu adalah dengan mewujudkan amalan menjadikan haiwan tersebut sebagai haiwan peliharaan seperti kucing?

Persoalan inilah yang dikemukan oleh Mufti Selangor,Datuk Tamyes Abdul Wahid yang nyata kecewa dengan penganjuran program tersebut.

Katanya lagi penganjuran seperti itu membawa mesej menjurus kepada fahaman liberalisme atau sengaja ingin mencetuskan polemik dalam kalangan rakyat di negara ini dan ianya perlu ditolak.

Umat Islam harus memahami walaupun anjing juga adalah makhluk Allah tetapi bezanya anjing dan babi adalah mereka terdiri dari kumpulan haiwan yang boleh menyebabkan najis berat (mughalazah).

Apakah tujuan penganjuran ini untuk membawa satu budaya baru yang mahu umat Islam memegang anjing dan seterusnya timbul minat untuk memeliharanya pula seperti haiwan peliharaan lain seperti kucing ?

Aidit Ghazali seorang ilmuan fiqh berkata penganjuran kempen ini merupakan strategi halus gerakan untuk mempromosikan fahaman liberal dalam pemikiran kalangan umat Islam di negara ini. Katanya lagi hasrat untuk membuang stigma memegang anjing adalah kempen yang bodoh dan ada banyak lagi kempen yang bagus seperti kempen mendekati masjid dan hukum Islam.

Sementara itu exco pemuda Umno Malaysia, Ustaz Fathul Bari berkata di dalam twitternya umat “Islam sokong kempen ‘ihsan’ ke atas haiwan, termasuk anjing. Cuma kempen ‘touch (a) dog’ (sentuh anjing) adalah sangat janggal”.

Ustaz Kazim Persoal Niat Penganjur

Ustaz Kazim Elias juga di dalam entri facebooknya turut mempersoalkan niat penganjur mengadakan kempen tersebut. Berikut adalah apa yang dikatakannya:

Salam sejahtera..Kempen Saya Mahu Sentuh Anjing.. Hurmm satu kempen utk mmbuang stigma bg Org Muslim n khususnya org Melayu kononnya.. Siap bwk dalil kisah org masuk syurga krn bg minum kpd anjing lg.Membela anjing utk jg kebun utk jg keselamatan rumah utk mengesan barang jenayah tidaklah dilarang malah harus didlm Islam.Tetapi nak dijadikan sbg binatang peliharaan spt kucing ayam dll tidaklah boleh dipndg ringan krn ianya melibatkan urusan ibadat seharian.Mana boleh saja2 bela, saja2 nak pegang. Sebab apa nak pegang? Isu apa?Nak jdkan anjing sbg apa? Mula2 pegang pastu bela ,pastu masuk dlm rumah pastu? Pastu?Binatang mughalazah ini mcm babi jugalah mugahalazahnya, lepas ni buat la kempen pulak pegang babi dgn melawat ke pasar babi lepas tu melarat ke makan babi pulak.Ini semua ada agenda halus utk meliberal n mempluralkan agama. Tidaklah salah pegang anjing, tp apa sebabnya sampai buat kempen?Nape x buat kempen ke masjid ke? Kempen menerima hudud ke kempen menerima konsep Kalimah Allah yg sebenarnya ke.. Inilah jarum halus yg dicucuk kpd umat Islam agar menjadi fahaman liberal n plural.. Nnt akan ada yg kata knp ustaz bising isu anjing knp x bising isu memegang bukan mahram x bertudung dll, yg itu pun berkali2 dah saya tegur n nasihat tp dlm bab kempen anjing ni, ianya satu gerakan yg cukup halus utk menghalalkan sesuatu yg sudah diharamkan dan dimulakan dgn satu kempen secara kecil2an yg akhirnya akan merubah n menidakkan hukum dan itulah tujuan asalnya.Berhati2lah dgn kempen sebegini, lepas kempen arak mai anjing pulak lepas ni apa pulak?Jgn lepas ni buat kempen babi pulak dgn alasan bahawa babi skrg dah bersih dah diternak dlm aircond dah mengamalkan tahap kebersihan mematuhi piawaian antarabngsa.Halusnya kempen anjing ini namun sayang ada segelintir umat Islam yg tidak cukup halus matahatinya utk meneliti….

Kita berharap agar umat Islam di Malaysia jangan membiarkan diri mereka terus diperbodohkan dengan agenda-agenda jahat tersembunyi ini.

Tujuan mereka adalah untuk memecah belahkan perpaduan di kalangan umat Islam di dalam negara ini. Ternyata kempen”touch a dog” itu telah berjaya membuat segelintir umat Islam bukan sahaja memegang anjing bahkan siap bergambar sambil memeluk anjing.

Apakah selepas ini bila kita sudah liberal sangat kita akan mula menganjurkan kempen “Jom pegang babi” atau “Jom melawat pasar babi” dan lain-lain lagi?

Kempen Peluk Anjing Agenda Musuh Islam – Azhar Idrus



Sumber:
http://siraplimau.com/program-i-want-to-touch-a-dog-orang-islam-pegang-anjing
Utusan/Mykmu.net

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

8 comments

:) husky lebih kepada serigala (hanya merujuk gambar)

Acara ni dilakukan secara dekat sebagai motivasi dan pembelajaran... supaya bila kita berhadapan dengan anjing, kita tahu nak buat macam mana, belajar cara samak/sertu dengan betul dan sebagainya...

Kalau kita anggap sesuatu itu positif, positif jadinya..... maaf ye, pandangan sha semata...

Takpe setiap orang ada pandangan masing-masing kan, cuma kena fikir seperti yang kita telah diajar, yang tersurat dan tersirat..:)

bikin kecoh betul yang menganjurkan dan yang menyokong program ni...apa faedah pun tak tahu...

Program mcm ni tak perlu dibuat secara terbuka & besar2an sebenarnya. Adalah lebih baik klu tak buat langsung. Klu terkena anjing, samak je lah.. klu tak, tak perlulah smpai keluar rumah nak cari anjing saja2 nak pegang huhu..

Dalam kitab al fiqh memg mengatakan sentuh anjing tidak haram... Tetapi mengenakan najis kpd kita secara sengaja adlah hram... Kita sedia mklum anjing atau babi.. Najis berat.. Xslah nk sntuh tp tjuan??? Nk knal anjing??? Nk blajar samak??? Kita dh diterapkn pelajaran tu dimasa sekolah lag... Igtlah.... Islam itu agama yg mudah.. Jgn menyusahkan.. Bleh sentuh.. Itu tidak slah sekiranya bersebb.. Bkn dipeluk... Nabi xpnah menyatakan haram sentuh... Tp xpernah berkata adakah sunah untuk disentuh... Jadi, berpikirlh seblom bertindak.. Tidak boleh salahkan sapa2 kerana iman adalh dr dri masing2 wallahuam.

Akhir zaman: Penganut Islam pecah kpd 73 panji.hanya 1 panji yg menepati kehendak Allah dan Rosul dan akan mendapat Syafaat Nabi di Akhirat kelak.Dalam panji yg 1 ini pun amat sedikit bilangannya.Kita dah tegur dgn baik,terpulanglah kpd mereka yg terlibat sama ada bijak menggunakan akal pemberian Allah untuk nak masuk ke panji yg 1 atau nak masuk ke 72 lagi panji yg lain ..

maaf ye cuma nk komen sikit je bg pandangan saya jugak kalau nk bt walau sesi pembelajaran sekali pon di dalam alquran sama sekali memang x boleh kita sepatutnya PERLU kalau nk bt pembelajaran sekalipun gunakanlah kaedah yg lain seperti menggunakan patung binatang anjing sebagai sesi belajar jazakallah sama2 lah kita sedar kerana sekarang ni dunia di akhir zaman..... peace no war :)

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon