Tuesday, October 28, 2014

Video Skandal UAI Disahkan Palsu?

Video Skandal UAI Disahkan Palsu?

Populariti yang dikecapi UAI sebagai pendakwah memungkinkan dirinya tidak terhindar daripada sifat busuk hati sesama manusia.

Video Skandal UAI Disahkan Palsu

Dugaan demi dugaan yang datang memberikan impak, antaranya wajah UAI kini tidak kelihatan lagi di kaca TV.

Jika dilihat sekali imbas, raut wajah lelaki yang berada di dalam video tersebut tidak ubah seperti UAI dengan janggut yang lebat tetapi tona kulit kelihatan agak ‘lari’.

Sehingga kini, kami sendiri tidak dapat memutuskan kesahihan video tersebut sama ada ia tulen atau sengaja dihasilkan untuk menganiaya UAI oleh pihak tertentu.

Bagaimanapun sebagai idea untuk dipertimbangkan, berikut disertakan sebuah video untuk memperjelaskan apa yang mungkin dilakukan oleh mereka yang berniat jahat.

Caranya, dengan menyunting wajah sesiapa sahaja menggunakan rakaman sedia ada atau sengaja dicipta agar ia kelihatan lebih ‘sebenar’.

Menggunakan teknologi pemetaan wajah masa nyata atau “real-time facial mapping”, wajah seorang subjek dapat ditransformasi menjadi pelbagai wajah yang berlainan sama sekali.

Moga dengan penyebaran maklumat ini, dapat membantu memperjelaskan kepada masyarakat agar jangan percaya seratus peratus dahulu apabila sesebuah video dikemukakan kepada anda.

Bayangkan jika video dengan durasi tidak sampai satu minit itu benar-benar meyakinkan yang ia adalah ‘real’, fikirkan bagaimana pula sesebuah filem seperti Transformers boleh dibuat hingga tampak begitu terperinci sekali?

Jawapannya, teknologi!

Saksikan videonya dibawah:



Sumber:
http://sehinggit.blogspot.com/2014/10/mesti-tahu-video-skandal-uai-palsu.html

Monday, October 27, 2014

Pakar Forensik Siasat Keaslian Video Mirip UAI

Pakar Forensik Siasat Keaslian Video Mirip UAI

Pihak polis dilaporkan sudah pun menghantar klip video seks yang didakwa mirip dengan seorang penceramah popular Ustaz Azhar Idrus, 50, ke Jabatan Forensik bagi menyiasat kesahihan dan keaslian video tersebut.

video seks Ustaz Azhar Idrus

Memetik laporan sebuah akhbar harian, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md. Isa berkata, pakar forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu menganalisa kandungan video itu untuk mengenal pasti keasliannya dan juga menyiasat sama ada adakah ia menggunakan teknik pertindihan (superimpose).

(Baca: Tahukah Anda Asal-usul Kasnova, Gelaran Buat Lelaki Buaya Darat?)

“Kita juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi mengesan dalang yang menyebarkan video ini,” katanya.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan di atas kesalahan penyebaran dan memiliki bahan lucah dan pihak polis juga masih dalam proses siasatan mengenal pasti individu yang mula-mula sekali menyebarkan video tersebut di laman Internet.

Sumber: Mynewshub.cc

Friday, October 24, 2014

Video Skandal 'Ustaz Azhar Idrus'?

Video Skandal 'Ustaz Azhar Idrus'?

Cerita Panas. Sejak dari semalam, kita digemparkan dengan penyebaran video skandal yang kononnya mengaitkan seorang pendakwah tempatan yang terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus atau UAI.

Video Skandal 'Ustaz Azhar Idrus'

Keratan gambar dan video terlibat melihatkan seorang lelaki yang mirip Ustaz Azhar bersama seorang wanita.

Bagaimanapun, pembantu UAI, Zulkifli Wahab sudah tampil untuk memberi keterangan mengenai perkara terbabit.

Menurut Zulkifli, video terbabit adalah usaha terancang dari pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama selain cuba untuk menggagalkan usaha penyebaran dakwah di dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Menerusi Harian Metro, berikut adalah kenyataan dari Zulkifli mengenai perkara ini:

"Bukan... jangan percaya.. itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bukan saja UAI tetapi juga golongan ulama di negara ini.

“Kebelakangan ini seperti sudah wujud trend untuk menjatuhkan golongan ustaz dan ulama ini.

"Ini kerana pihak yang berkenaan seperti tidak senang duduk apabila melihat masyarakat Islam di Malaysia sekarang semakin suka dan rajin ke majlis ilmu hingga program ceramah agama dan dakwah sudah menjadi fenomena sekarang.

"Justeru, pihak tertentu sengaja merancang usaha kotor ini untuk menjatuhkan ulama dan memesongkan akidah umat Islam di negara ini.

"Ia termasuklah program 'I Want To Touch A Dog' di ibu kota baru-baru ini.

“Mereka akan buat apa saja untuk merosakkan umat Islam," katanya ketika dihubungi.

Menurut Zulkifli juga, UAI tidak terjejas dengan penyebaran video itu dan masih lagi akan meneruskan program ceramahnya seperti biasa.

Sumber:
http://www.kitabantai.info/2014/10/isu-video-skandal-ustaz-azhar-idrus.html

Monday, October 20, 2014

Kempen Sentuh Anjing Agenda Musuh Islam - Azhar Idrus

Kempen Sentuh Anjing Agenda Musuh Islam - Azhar Idrus

I want to touch a dog adalah sebuah program yang dilaksanakan oleh mereka yang jahil agama. Jahil ilmu fiqh mazhab Syafie. Jahil ilmu ‘uruf. Jahil ilmu fitnah khilafatul ‘uruf. Jahil ilmu fiqh Aulawiyat. Dan segala kejahilan yang terkandung di dalamnya.

I want to touch a dog

Program yang mampu mencipta fitnah (kekacauan dan kekeliruan) di kalangan orang awam yang kurang ilmu fiqh.

Contoh fitnahnya, akan wujud mereka yang ingin sesuka hati menyentuh dan membelai anjing tanpa sebab, akan wujud mereka yang berniat untuk membela anjing sebagai haiwan dalam rumah untuk bermanja (asalkan boleh samak lepas pegang, kononnya), dan bermacam fitnah lagi.

Kita menghormati pendapat mazhab lain yang menyatakan tubuh anjing bukan najis jika tiada didapati najis mughallazah (air liur dan tahi) pada tubuhnya.

Namun kita juga harus menghormati pegangan ‘uruf masyarakat setempat di mana Malaysia berpegang pada pendapat mazhab Syafie.

Bila anda ada di rumah orang, anda tak boleh buat rumah dia macam rumah sendiri, tak gitu? Walaupun tuan rumah tu hormati perilaku dan perbuatan anda, namun tak bermakna dia redha anda melakukannya di dalam rumahnya.

Di sini saya menjelaskan kembali hukum mengenai anjing. Program bodoh itu telah melanggar dua point yang saya berikan di bawah, iaitu point pertama dan kedua:

Hukum menyentuh anjing

1. Memang wujud khilaf di kalangan ulama mazhab-mazhab dalam bab tubuh anjing itu najis mughallazah atau tidak.

Secara ringkasnya, dalam mazhab syafie menyatakan seluruh tubuh anjing adalah najis mughallazah (Imam nawawi, Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini), selain mazhab syafie (yakni mazhab hanbali, maliki, hanafi) menyatakan hanya air liurnya sahaja najis. Ini berdasarkan hadis:

“Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah.” [Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad]

Jadi, hukum menyentuh anjing memang ada khilaf. Yang pasti, haram SENGAJA menyentuh sesuatu yang akan menyebabkan perpindahan najis keatas tubuh kita.

Jadi, menyentuh anjing dalam keadaan anjing itu atau tubuh kita basah/lembap/berair, maka haramlah menurut mazhab syafie kerana najis boleh berpindah.

Kenapa seluruh tubuhnya dianggap najis berat menurut mazhab syafie? Kerana pastinya anjing membersihkan dirinya dengan menjilat. Maka kemungkinan besar air liurnya ada di tubuhnya.

**Dalam program tersebut, adakah peserta dan trainer yakin sepenuh jiwa anjing tersebut tidak menjilat tubuhnya?

Dan adakah semua mereka yakin benar anjing atau tangan mereka dalam keadaan kering? Jika tak yakin, bodoh namanya.

Jika pegang pada “alaaa.. lepas pegang boleh sertu (samak ikut sesetengah pemahaman orang)”, ikut hukum fiqh, sengaja meletakkan diri dalam keadaan menyusahkan juga dibenci agama.

Hukum membela anjing

2. Namun tiada khilaf dan telah ijmak (sepakat) antara semua ulama-ulama muktabar muttaqaddimin dan mutaakhirin bahawa, tidak dibenarkan seorang Islam untuk membela anjing menjadi haiwan belaan, sebagaimana kita bela kucing, yang kita peluk, cium, belai dan sebagainya, KECUALI membela atas 5 sebab yang dibenarkan, iaitu:
  1. Untuk menjaga harta
  2. Untuk menjaga tanaman
  3. Untuk menjaga ternakan
  4. Sebagai anjing untuk memburu
  5. Menjaga keselamatan keluarga

“Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath." [Hadis Muttafaq 'Alaih]

Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: “Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya.” [Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940]

Juga daripada Ibnu Umar berkata: “Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak.” [riwayat Muslim no. 1571]

“Barangsiapa memelihara anjing tidak untuk keperluan berburu atau penjagaan (harta/keluarga/diri/ternakan/ternakan), maka pahalanya akan berkurang sebanyak satu qirath bagi setiap hari” [Hadis Muttafaq 'Alaih]

Daripada Aisyah r.a beliau berkata, “Telah berjanji Jibril dengan Rasulullah akan datang dalam suatu waktu, pada ketika janji itu telah tiba waktunya, Jibril tidak datang. Di tangan Nabi ada sebatang tongkat, maka baginda buang tongkat itu sambil berkata: “Tuhan dan RasulNya tidak akan menyalahi janji”. Kemudian Nabi melihat ke sebelahnya, maka baginda melihat ada anak anjing di bawah tempat tidurnya. Maka baginda bertanya: “Bila masuknya anjing ini?” Siti Aisyah menjawab: “Saya tidak tahu”. Lalu disuruh usir keluar anjing itu. Setelah anjing itu keluar datanglah Jibril dan Nabi terus bertanya: “Engkau berjanji denganku akan datang dan aku menunggu tetapi engkau tidak datang”. Jawab Jibril: “anjing yang berada di rumahmu yg menghalangi aku, kerana Kami (Malaikat) tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar” [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Syaratnya:
  1. HARAM bela anjing di dalam rumah
  2. WAJIB beri makan minumnya
  3. HARAM mendera atau mencederakannya
  4. HANYA atas 5 sebab di atas sahaja

**Peserta-peserta program tu dah peluk, sentuh, belai anjing. Adakah ia dibenarkan? Tidak sama sekali.

3. Walaubagaimanapun, anjing tetap bukanlah haiwan yang wajar dicaci, dihina, dibelasah, dibunuh sewenangnya, dipukul, diseksa atau apa sahaja salah laku.

Anjing tetap haiwan yang wajar diberi kasih sayang dan belas ihsan, kerana ia tetap makhluk Allah. Telah ada hadis panjang mengisahkan tentang seorang yang banyak dosa, yang memberi anjing minum, dimasukkan ke syurga kerana pahalanya memberi minum kepada anjing itu.

Namun dalam hadis tu takde pun kata si pemberi minum tu peluk cium belai anjing tu. Cukup sekadar memberi keperluan kepada anjing kita dah dapat pahala.

Rujukan:
  • Halal wa Haram fi al-Islam (Prof Dr Yusof al-Qaradhawi)
  • Mughni Al-Muhtaj (Imam Nawawi)
  • Haza Halal wa Haza Haram (Abdul Qadir Ahmad ‘Ata)

Apakah niat penganjur ‘Saya Mahu Sentuh Anjing’?

Apakah penganjuran kempen yang dikatakan membantu orang ramai terutamanya umat Islam untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing itu adalah dengan mewujudkan amalan menjadikan haiwan tersebut sebagai haiwan peliharaan seperti kucing?

Persoalan inilah yang dikemukan oleh Mufti Selangor,Datuk Tamyes Abdul Wahid yang nyata kecewa dengan penganjuran program tersebut.

Katanya lagi penganjuran seperti itu membawa mesej menjurus kepada fahaman liberalisme atau sengaja ingin mencetuskan polemik dalam kalangan rakyat di negara ini dan ianya perlu ditolak.

Umat Islam harus memahami walaupun anjing juga adalah makhluk Allah tetapi bezanya anjing dan babi adalah mereka terdiri dari kumpulan haiwan yang boleh menyebabkan najis berat (mughalazah).

Apakah tujuan penganjuran ini untuk membawa satu budaya baru yang mahu umat Islam memegang anjing dan seterusnya timbul minat untuk memeliharanya pula seperti haiwan peliharaan lain seperti kucing ?

Aidit Ghazali seorang ilmuan fiqh berkata penganjuran kempen ini merupakan strategi halus gerakan untuk mempromosikan fahaman liberal dalam pemikiran kalangan umat Islam di negara ini.

Katanya lagi hasrat untuk membuang stigma memegang anjing adalah kempen yang bodoh dan ada banyak lagi kempen yang bagus seperti kempen mendekati masjid dan hukum Islam.

Sementara itu exco pemuda Umno Malaysia, Ustaz Fathul Bari berkata di dalam twitternya umat “Islam sokong kempen ‘ihsan’ ke atas haiwan, termasuk anjing. Cuma kempen ‘touch (a) dog’ (sentuh anjing) adalah sangat janggal”.

Ustaz Kazim Persoal Niat Penganjur

Ustaz Kazim Elias juga di dalam entri facebooknya turut mempersoalkan niat penganjur mengadakan kempen tersebut. Berikut adalah apa yang dikatakannya:

Salam sejahtera.. Kempen Saya Mahu Sentuh Anjing.. Hurmm satu kempen utk mmbuang stigma bg Org Muslim n khususnya org Melayu kononnya..

Siap bwk dalil kisah org masuk syurga krn bg minum kpd anjing lg.Membela anjing utk jg kebun utk jg keselamatan rumah utk mengesan barang jenayah tidaklah dilarang malah harus didlm Islam.

Tetapi nak dijadikan sbg binatang peliharaan spt kucing ayam dll tidaklah boleh dipndg ringan krn ianya melibatkan urusan ibadat seharian.

Mana boleh saja2 bela, saja2 nak pegang. Sebab apa nak pegang? Isu apa?Nak jdkan anjing sbg apa?

Mula2 pegang pastu bela ,pastu masuk dlm rumah pastu? Pastu?Binatang mughalazah ini mcm babi jugalah mugahalazahnya, lepas ni buat la kempen pulak pegang babi dgn melawat ke pasar babi lepas tu melarat ke makan babi pulak.Ini semua ada agenda halus utk meliberal n mempluralkan agama.

Tidaklah salah pegang anjing, tp apa sebabnya sampai buat kempen?Nape x buat kempen ke masjid ke?

Kempen menerima hudud ke kempen menerima konsep Kalimah Allah yg sebenarnya ke.. Inilah jarum halus yg dicucuk kpd umat Islam agar menjadi fahaman liberal n plural..

Nnt akan ada yg kata knp ustaz bising isu anjing knp x bising isu memegang bukan mahram x bertudung dll, yg itu pun berkali2 dah saya tegur n nasihat tp dlm bab kempen anjing ni, ianya satu gerakan yg cukup halus utk menghalalkan sesuatu yg sudah diharamkan dan dimulakan dgn satu kempen secara kecil2an yg akhirnya akan merubah n menidakkan hukum dan itulah tujuan asalnya.

Berhati2lah dgn kempen sebegini, lepas kempen arak mai anjing pulak lepas ni apa pulak?Jgn lepas ni buat kempen babi pulak dgn alasan bahawa babi skrg dah bersih dah diternak dlm aircond dah mengamalkan tahap kebersihan mematuhi piawaian antarabngsa.

Halusnya kempen anjing ini namun sayang ada segelintir umat Islam yg tidak cukup halus matahatinya utk meneliti….

Kita berharap agar umat Islam di Malaysia jangan membiarkan diri mereka terus diperbodohkan dengan agenda-agenda jahat tersembunyi ini.

Tujuan mereka adalah untuk memecah belahkan perpaduan di kalangan umat Islam di dalam negara ini. Ternyata kempen”touch a dog” itu telah berjaya membuat segelintir umat Islam bukan sahaja memegang anjing bahkan siap bergambar sambil memeluk anjing.

Apakah selepas ini bila kita sudah liberal sangat kita akan mula menganjurkan kempen “Jom pegang babi” atau “Jom melawat pasar babi” dan lain-lain lagi?

Kempen Peluk Anjing Agenda Musuh Islam – Azhar Idrus



BACA INI JUGA: "Makan Coklat Babi Cadbury Tak Perlu Tukar Darah"

sumber: siraplimau

Tuesday, May 20, 2014

Ustaz Azhar Idrus Buat Laporan Polis Kes Raba?

Ustaz Azhar Idrus Buat Laporan Polis Kes Raba?

Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) semalam membuat laporan polis terhadap satu kenyataan pengguna laman Facebook, Maryam Mazlieynna Mazlee yang mendakwa dirinya telah diraba dan diajak melakukan persetubuhan haram oleh pendakwah bebas popular, Ustaz Azhar Idrus.

Ustaz Azhar Idrus dituduh Meraba

Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, dakwaan yang dibuat gadis tersebut dilihat mampu menjatuhkan reputasi serta pengaruh Ustaz Azhar sebagai seorang penceramah agama yang disegani ramai.

Oleh itu, pihaknya menggesa agar Ustaz Azhar tampil membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan salah laku moral membabitkan dirinya.

Abdul Rani Kulup Abdullah

“Saya menyeru dan menggesa Ustaz Azhar atau menghantar wakil untuk membuat laporan polis dan dihebahkan untuk menafikan perkara ini,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Menurutnya lagi, gadis tersebut tidak seharusnya menulis tuduhan itu di dalam blog mahupun Facebook untuk memburuk-burukkan Ustaz Azhar iaitu seorang ulama yang hebat, yang mungkin difitnah dengan pertuduhan itu.

“Tidak mungkin seorang ustaz yang warak dan ramai pengikut malah saya juga salah seorang daripada peminat beliau, dituduh sebegini rupa,” katanya.

Sehubungan itu, Abdul Rani menyarankan agar pihak bertanggungjawab seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat perkara ini dan tindakan tegas diambil terhadap pihak yang terbabit.

Maryam Mazlieynna Mazlee

“Jika tidak dipadam (kenyataan Maryam), ia akan dibaca oleh generasi akan datang dan penyebaran ini sekali gus akan merosakkan nama Ustaz Azhar,” katanya lagi.

Sebelum ini laporan perihal status Maryam di Facebook yang menulis, “ini bukan fitnah benar-benar berlaku! Tanya UAI untuk kebenarannya. Percayakah kalau aku kata UAI pernah nak ‘tackle’ aku siap ‘booking’ bilik hotel. Dia ingat dia siapa? Pergi jahanam dengan UAI”. -Mynewshub.my



Friday, January 03, 2014

Khalid Ismath Kutuk Ustaz Azhar Idrus!

Khalid Ismath Kutuk Ustaz Azhar Idrus!

Sebenarnya, saya kurang berminat dengan ceramah Ustaz Azhar Idrus. Bukanlah kerana dia selalu berpolitik menghentam kerajaan dan agak rapat dengan pembangkang. Tapi saya cuma kurang berkenan dengan sikapnya yang suka berpolitik di dalam majlis-majlis ilmu Islam, khususnya di dalam masjid.


Kadangkala, tindakan Ustaz Azhar Idrus itu menyinggung perasaan jemaah di masjid dan kadangkala justifikasi kefahaman Islam yang disampaikan UAI itu agak kurang tepat serta bersandarkan pada “cakap-cakap mulut” saja, tanpa fakta atau bukti yang sahih. Saya lebih gemar dengan cara Ustaz Kazim berdakwah, yang benar tetap benar dan yang batil tetap batil…

Meskipun begitu, saya tidaklah sampai tergamak menghina UAI. Saya tidaklah tergamak menuduhnya dengan hinaan-hinaan atau menuduhnya sebagai “penjual agama”….

Namun, ada seorang aktivis muda PAS bernama Khalid Ismath yang begitu lancang mulutnya menghentam Ustaz Azhar Idrus dengan kata-kata kesat. Malah UAI seolah-olah diberi kata dua sama ada dia mahu berceramah agama atau “berjuang bersama Pemuda PAS, NGO, budak-budak punk dan skinhead”?

Khalid Ismath Kutuk Ustaz Azhar Idrus!

Kata Khalid Ismath, sambutan malam tahun baru dengan cara menyampaikan ceramah agama adalah satu cara sambutan yang PALING HINA.

Malah dia tanpa rasa segan atau bersalah, menganggap menyambut ambang tahun baru dengan berhimpun di Dataran Merdeka untuk menukar kerajaan adalah LEBIH BAIK berbanding majlis ceramah agama!

Khalid Ismath Kutuk Ustaz Azhar Idrus!

Pertamanya, Khalid Ismath ini merupakan aktivis muda PAS. PAS sebelum ini memberitahu bahawa parti itu sering mengadakan program “tarbiyah” terhadap ahli-ahli PAS, khususnya anak-anak muda parti itu. Sudah tentu, PAS mendakwa mereka mentarbiyah anak-anak muda PAS dengan cara Islam…

Apakah ini hasil tarbiyah PAS? Khalid Ismath ini antara produk tarbiyah PAS? Tarbiyah jenis apa yang PAS ajar pada anak-anak muda sebenarnya? Inikah akhlak Islam yang ditinggalkan Rasulullah SAW?

Setahu saya, akhlak Rasulullah SAW adalah Al-Quran dan apakah akhlak Khalid Ismath itu menggambarkan akhlak yang dipetik dari Al-Quran? Ayat mana satu? Surah yang mana?

Kedua, siapa ajar Khalid Ismath tentang fahaman Islam? Mat Sabu? Khomeini? Hasan Nasrallah? Syiah?

Sejak bila berdemonstrasi itu lebih mulia berbanding majlis ilmu? Kalau Khalid Ismath itu benar Syiah dan benar-benar menyanjung Sayyidina Ali RA, apakah dia lupa bahawa Ali Karramallahuwajhah meletakkan kedudukan majlis ilmu itu lebih tinggi berbanding perkara lain? Syiah jenis apa yang Khalid Ismath anuti? Zaiddiyyah atau Imamiyyah?

Wajarkah mengatakan sambutan malam tahun baru dengan ceramah agama itu paling hina dan sambutan dengan cara menggulingkan kerajaan secara berdemo itu lebih mulia? Apa agama Khalid Ismath? Sudah sesat sampai ke tahap itu? Itukah pemuda yang dianggap “hero” oleh PAS?

(Baca: 15 Ciri-ciri Munafik Penganut Syiah)

UAI diberi kata dua, nak terus berceramah atau berdemo bersama Pemuda PAS, NGO, Punk dan Skinhead? Tak payah tanya UAI, kalau saya sokong Pakatan Haram sekalipun, saya lebih memilih untuk berceramah agama berbanding aktiviti sia-sia yang langsung tidak memberi faedah.

Sekurang-kurangnya, saya peroleh ilmu akhirat jika saya ke majlis ceramah agama. Tapi apa yang saya dapat kalau saya turun semalam berdemo di tengah jalan?

Selain mengganggu ketenteraman awam, orang menyampah pada saya, orang pandang serong pada saya dan paling utama, Islam tidak ajar saya untuk berakhlak begitu jijik seperti Khalid dan rakan-rakannya!

Lagipun, kerajaan BN tidak tumbang pun pada 1 Januari 2014. Malah selepas kekacauan yang sengaja ditimbulkan demonstrasi itu, ia seolah-olah tiada apa pun yang berlaku.

Rakyat cuti rehat seperti biasa dan rakyat di Kedah yang tidak bercuti tetap perrgi kerja seperti biasa. Tidak ada sebarang kesan pun, sia-sia belaka…

Lebih teruk lagi, ramai yang dapat merakam aksi tak senonoh dan tidak berakhlak puak-puak Pakatan Haram.

Ada yang berguling atas jalan, ada yang bawa anak bawah umur yang tak tahu apa-apa berdemo, rempus polis, rempuh pentas, sabotaj majlis keraian rakyat, burukkan imej negara dan macam-macam hal negatif yang sempat dirakam. Itu yang Khalid Ismath banggakan?

Astaghfirullahil’azim. PAS perlu panggil Khalid Ismath untuk ditarbiyah semula dengan cara Islam. Tapi sebelum PAS panggil Khalid Ismath, PAS perlu “panggil dulu dirinya” dan betulkan dulu cara tarbiyahnya supaya menepati akhlak yang diwariskan Rasulullah SAW. Selepas itu barulah panggil Khalid Ismath. Kalau boleh, panggil Mat Sabu sekali…kan?

Ingatlah pesan Rasulullah SAW, “Innama bu’ithtu li utammima makaarimal akhlak” dan jangan burukkan nama Rasulullah!

[Sumber]

Wednesday, October 02, 2013

Ustaz Azhar Idrus Berlakon Filem 'Mu Tunggu Aku Datang'

Ustaz Azhar Idrus Berlakon Filem 'Mu Tunggu Aku Datang'

Seperti yang diuar-uarkan filem terbaru terbitan MIG Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang bakal menampilkan Penceramah Bebas, Ustaz Azhar Idrus.


Pastinya ramai peminat tegar beliau ternanti-nantikan filem ini adalah lakonan Ustaz Azhar yang pertama walaupun dikhabarkan hanya muncul sebagai cameo.

Kelibat penceramah bebas berstatus ‘selebriti’ dalam filem tersebut sudah pasti bakal menenggelamkan teraju utama filem ini iaitu Ajak dan Sharol dari kumpulan Shiro Raja Lawak.

Khabarnya Ustaz Azhar bersedia untuk turut berlakon di dalam filem arahan Pierre Andre ini selepas beliau ditawarkan dengan sebanyak RM30 ribu.

Benarkah dek kerana populariti hebat yang ada pada Ustaz Azhar Idrus selaku penceramah bebas sebelum ini membuatkan pihak penerbit sanggup menawarkan bayaran sejumlah itu hanya untuk kemunculan beberapa minit beliau?

Sejak tertirisnya trailer filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang dilaman Youtube baru baru ini pelbagai reaksi diberikan peminat, baik yang positif mahupun negatif.

Tidak kurang juga yang menganggap kemunculan Ustaz Azhar tidak lebih kepada mahu mengeksploitasi populariti yang sedia ada pada dirinya untuk mengaut keuntungan yang maksima disaat sambutan filem melayu semakin layu.



Sumber: Mynewshub

Wednesday, May 29, 2013

Isu Kawin Anak Dara Akhirnya Ustaz Azhar Idrus Bersuara

Isu Kawin Anak Dara Akhirnya Ustaz Azhar Idrus Bersuara

Setelah gempar seketika bumi Malaysia dengan peristiwa Ustaz Azhar Idrus berkahwin buat kali ketiga dengan seorang anak dara, hari ini UAI akhirnya 'buka mulut'.


Inilah jawapan ringkas daripada UAI laman fb;


(Baca: Panas! Peminat Pertikai Majlis Perkahwinan Ustaz Azhar Idrus)

Semoga peminat-peminat UAI yang sebelum ini tertanya-tanya perkara sebenar jelas dengan jawapan yang diberikan.

-SP

Monday, May 27, 2013

Panas! Peminat Pertikai Majlis Perkahwinan Ustaz Azhar Idrus

Panas! Peminat Pertikai Majlis Perkahwinan Ustaz Azhar Idrus

Dibawah ini adalah soalan dari peminat Ustaz Azhar Idrus yang di printscreen di wall facebook beliau. Jika dilihat dari soalan yang dikemukakan, menunjukkan si tukang tanya soalan adalah peminat tegar ceramah Ustaz Azhar Idrus.


Harap Ustaz Azhar Idrus dapat menjawab soalan dari peminat beliau agar beliau tidak digelar "Ustaz Cakap Tak Serupa Bikin".


Ustaz Azhar Idrus pernah sebut dalam suatu ceramah, perkahwinan tak perlu membazir, jamuan-jamuan tak perlu. Islam itu sederhana dan membazir itu amalan syaitan. Tapi dia kahwin bini nombor tiga siap ada istiadat makan pengantin yang lebih dari membazir.

“Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab ALLAH, tidakkah kamu berakal?”(Surah al-Baqarah, 2:44)

ALLAH Ta`ala berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi ALLAH – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.”(Surah as-Saf, 61:2-3)

Serta hadis nabi Dari Abu Zaid Usamah bin Zaid bin Harithah radhiAllahu `anhuma berkata, saya mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:”

يُؤتى بالرجل يومَ القيامةِ . فيُلقى في النارِ . فتندلِقَ أقتابُ بطنِه . فيدورُ بها كما يدورُ الحمارُ بالرَّحى . فيجتمع إليه أهلُ النارِ . فيقولون : يا فلانُ ! مالَكَ ؟ ألم تكن تأمرُ بالمعروفِ وتنهى عن المنكرِ ؟ فيقول : بلى . قد كنتُ آمُرُ بالمعروفِ ولا آتِيه ، وأنهى عن المنكرِ وآتِيه ““

Didatangkan seorang lelaki pada Hari Kiamat, lalu dicampakkan dia ke dalam Api Neraka. Maka terkeluarlah usus dari perutnya. Lalu dia berputar-putar dengannya sebagaimana berputarnya seekor keldai di dalam penggiling. Lantas penghuni neraka berkumpul dan bertanya:

“Wahai fulan, kenapa kamu begini? Bukankah kamu dulu menyuruh kepada kebaikan dan menegah kemungkaran?”

Maka lelaki itu menjawab: “Ya, bahkan benar. Saya dulu menyuruh kepada kebaikan tetapi saya sendiri tidak melakukannya. Dan saya menegah kemungkaran tetapi saya sendiri melakukannya.” (HR al-Bukhari & Muslim)

Sama-samalah kita insafi dan berwaspada akan diri kita sendiri. Marilah kita muhasabah banyak manakah seruan-seruan dan nasihat-nasihat yang telah keluar dari mulut kita dan ditulis dek tangan kita yang kita tujukan kepada orang lain sedangkan diri kita belum lagi melaksanakannya? 

Inilah masanya untuk kita renungi diri sebelum Malakul Maut datang menyebabkan mati, dan nasib di Akhirat memasrah diri.

BACA INI JUGA: 5 Bidaah Paling Popular Ketika Majlis Perkahwinan!

Sumber: Ingatkedok