Friday, June 20, 2014

Festival Paling Kejam Di China, Makan Anjing!


China – Disifatkan sebagai perayaan paling kejam di dunia, penduduk di Yulin kini mula menyambut perayaan musim panas lebih awal, dengan hidangan utama ialah anjing.

Festival Paling Kejam Di China, Makan Anjing!

Penduduk di kawasan berkenaan telah mula berkumpul hujung minggu lalu untuk makan anjing yang kebanyakannya dipanggang.

Mereka menyambutnya lebih awal kerana ingin mengelakkan festival tersebut menjadi sasaran kemarahan aktivis dan orang ramai melalui media sosial, seperti yang berlaku tahun lepas.

Namun media berjaya merakamkan gambar sekumpulan penduduk Yulin menghidangkan daging anjing serta gambar anjing yang dilapah serta dipamerkan di tepi jalan.

Gambar berkenaan kini tersebar di media sosial.

Festival Paling Kejam Di China, Makan Anjing! [2]

Mengikut tradisi penduduk Yulin, makan anjing dan buah laici bersama arak boleh menjadikan seseorang itu sihat sepanjang musim sejuk.

Tetapi tidak diketahui sama ada dakwaan `khasiat’ berkenaan akan berkesan jika ia dimakan lebih awal sebelum musimnya.

Sebenarnya apa yang menjadi kebimbangan aktivis ialah mengenai aspek kesihatan penduduk jika mereka makan anjing-anjing tersebut memandangkan kebanyakannya adalah anjing liar, maka ia mungkin menghidap penyakit berjangkit.

Selain itu, anjing-anjing berkenaan juga sering diracun dengan bahan kimia bagi membunuhnya, sekali gus boleh menjejaskan kesihatan manusia.

BACA INI JUGA: Festival Laga Kuda Untuk Mengahwini Gadis!

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon