Saturday, July 12, 2014

Kekejaman 'Holocaust Moden' Pengganas Yahudi Direstui Dunia!

Kekejaman 'Holocaust Moden' Pengganas Yahudi Direstui Dunia!

Awal bulan ini dunia dikejutkan dengan tindakan pelampau Yahudi Israel membunuh dan membakar dengan kejam seorang kanak-kanak Palestin, Mohamed Abu Khudair.

Mohamed Abu Khudair burn in Palestin

Kekejaman Zionis ini mungkin kurang disedari oleh umat Islam, tidak terkecuali di negara ini yang kini terlalu sibuk memperkatakan tentang ketangkasan pemain dan pasukan bola sepak pujaan mereka beraksi dalam Piala Dunia FIFA 2014.

Bagi Zionis atau lebih tepat lagi rejim haram Israel, perbuatan lebih dahsyat daripada perlakuan binatang itu langsung tidak menyalahi norma kehidupan.

Malah bagi mereka, perbuatan seperti membelah perut ibu sarat mengandung, menyembelih hidup-hidup bayi dan kanak-kanak serta menyeksa sehingga mati warga emas uzur, langsung tidak menjadi dosa bagi mereka, sebaliknya dinobatkan sebagai kejayaan.

Sebagai bangsa yang ‘kononnya’ menjadi pilihan dan disayangi tuhan, adalah halal bagi mereka untuk membunuh manusia lain yang tidak sebangsa, lebih-lebih lagi dalam kalangan umat Islam.

Perbuatan kejam yang mendapat restu negara kuasa besar itu, hanya secebis daripada jutaan kezaliman Israel sejak ‘nakbah’ 66 tahun lalu yang bermaksud malapetaka atau bencana besar apabila Zionis pada 15 Mei 1948 secara rasminya mengisytiharkan penubuhan negara haram Israel.

Mengimbas kembali tragedi hitam yang berlaku di perkampungan Deir Yassin kira-kira sebulan sebelum permulaan nakbah itu, iaitu pada 9 April 1948, penduduknya dibunuh beramai-ramai secara kejam oleh kumpulan pengganas Zionis.

Rumah penduduk dibakar. Mereka yang cuba menyelamatkan diri daripada api marak ditembak bertalu-talu. Wanita hamil hidup-hidup dirodok perut dengan senjata tajam.

Kanak-kanak diseksa sebelum dipenggal leher di hadapan ibu bapa sendiri. Penduduk dibunuh dengan anggota badan ditakik-takik, dipotong-potong.

Saki-baki wanita dan remaja pe­rempuan yang masih hidup ditelanjangkan serta diarak ke kawasan penempatan haram pengganas sebelum dihadiahkan dengan muntahan peluru.

Kira-kira 34 tahun selepas itu, menggunakan alasan kononnya terdapat saki-baki ‘pengganas’ di Kem Pelarian Palestin di Sabra dan Shatila, rejim haram Tel Aviv itu selama dua hari, 16 dan 18 September 1982 mengepung kedua-dua kem ini dengan ketat dari luar.

Kekejaman Yahudi di Sabra dan Shatila

Tujuannya bagi membolehkan geng militan Parti Phalangist, Lebanon, kononnya untuk mencari saki-baki itu yang dikatakan beberapa hari sebelumnya terlibat dalam serangan membunuh ketua parti yang juga Presiden Lebanon, Bashir Gemayel, sekutu kuat rejim Zionis Israel.

Mereka dibenarkan masuk untuk membunuh, menyembelih tanpa belas kasihan orang awam terutamanya wanita dan kanak-kanak. Lebih dahsyat lagi mangsa-mangsa terlebih dahulu dirogol sebelum dibunuh dengan kejam.

Sumber Israel mendakwa hanya 700 orang awam terbunuh. Sumber Lebanon pula mengatakan kira-kira 1,900 orang manakala sumber Palestin menyebut antara 3,000 dan 3,500 pelarian menjadi korban. Seramai 1,000 hingga 1,500 orang lagi hilang dan hanya 1,000 berjaya melarikan diri.

Kenapakah rejim Israel akhir-akhir ini semakin mengganas?

Memetik kenyataan Timbalan Ketua Biro Politik Hamas, Dr. Mousa Abu Marzook, ia berpunca daripada rasa terancam dengan persefahaman dan pembentukan kerajaan perpaduan Palestin yang menyatukan Hamas dan Fatah, bekas sekutu lama Israel hingga menyebabkan negara haram itu kehilangan ‘teman rapat’.

Maka diuar-uarkan mengenai kehilangan dan penculikan tiga remaja Yahudi yang ditemukan mati dibunuh di sebuah ladang di Hebron dan seperti biasa Palestin dituding jari.

Seolah-olah dirancang, dalam operasi mencari dan menyelamat ini, maka ramai rakyat Palestin menjadi mangsa kekejaman dan kezaliman Israel sama ada ditangkap, dibelasah atau dibunuh tanpa petanda jelas penglibatan mereka dengan ‘penculikan’ tiga remaja berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad, Awang Suffian Awang Piut berkata, kematian penuh tragis Mohamed telah membangkitkan kemarahan bukan sahaja penduduk Palestin tetapi seluruh dunia termasuk bukan Islam.

Jelasnya, kebangkitan rakyat Palestin yang dikenali sebagai Intifada (Kebangkitan) Ketiga ini berlaku di seluruh pelosok Tebing Barat, Kota Al-Quds, kawasan Palestin 1948 dan kem-kem pelarian di Lebanon.

"Rentetan peristiwa itu, rejim Israel mengisytiharkan tindakan ketenteraan terhadap gerakan rakyat Palestin dengan misi ‘menghancurlumatkan Gaza’, iaitu sebuah penjara terbuka terbesar di dunia yang mempunyai kira-kira 1.7 juta penghuni dalam kawasan seluas kira-kira 313 kilometer persegi yang dikepung dari segenap penjuru daratan, udara dan lautan," katanya.

Beliau ditemui selepas melancarkan Tabung Kecemasan Gaza di Bandar Baru Bangi, Selangor, baru-baru ini.

Sehingga rencana ini ditulis, rejim haram itu telah melakukan ratusan serangan udara dan darat terhadap penduduk Palestin.

Seperti biasa, secara dayusnya kebanyakan serangan itu ditujukan kepada kawasan awam, rumah-rumah kediaman dan ladang pertanian hingga mengorbankan wanita, warga tua dan kanak-kanak.

Tambah Awang Suffian, keadaan penduduk Palestin pada masa ini amat sukar. Segala-galanya dikekang oleh Israel, sempadan udara, darat dan laut ditutup, jika ada pun bantuan yang diberikan hanya daripada rejim itu sahaja.

Namun, tegas beliau, semuanya berbayar dengan kadar berlipat kali ganda tetapi kualitinya langsung tidak terjamin.

Bekalan petroleum, elektrik, air bersih, makanan dan segalanya dihadkan sepertiga daripada keperluan sebenar para penduduk.

"Tujuannya hanya satu iaitu untuk melemahkan mental dan fizikal penduduk Palestin tetapi pada masa sama mengambil kesempatan meraih keuntungan melampau daripada para penduduk.

Hamas dan Fatah bergabung

"Sebelum ini, sejak kemenangan Hamas pada 2006 di Gaza, para penduduknya menggunakan lebih 1,000 terowong yang menyambungkan sempadan Rafah, Mesir, untuk mendapatkan pelbagai keperluan, namun sejak bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi digulingkan pada 2013, semua terowong berkenaan dimusnahkan oleh pihak berkuasa," katanya.

Justeru Tabung Kecemasan Gaza yang dilancarkan baru-baru ini menyasarkan untuk mengutip sejumlah RM5 juta untuk digunakan bagi menyalurkan bekalan makanan dan ubat-ubatan kepada rakyat Palestin yang semakin menderita akibat kezaliman tentera rejim Zionis itu.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan masing-masing melalui mana-mana akaun Aman Palestin yang boleh didapati di laman web www.amanpalestine.net atau laman Facebook rasmi, www.facebook.com/AmanPalestinOfficial.

Fakta mengenai penderitaan rakyat Pales­tin dan ditindas dan dizalimi rejim Zionis sudah dimaklumi oleh semua orang di serata dunia.

Namun tidak salah jika kisah malang mereka kembali dihangatkan untuk membuka mata semua khususnya badan antarabangsa dan kuasa besar dunia memandangkan sehingga kini tidak ada usaha bersungguh-sungguh daripada masyarakat dunia untuk menyelamatkan mereka.

[Sumber]

Misteri Sumpahan Kerusi Antik Pembawa Maut!

Misteri Sumpahan Kerusi Antik Pembawa Maut!

Di sebuah perkampungan kecil di Thirsk, dalam daerah North Yorkshire, England, ada sebuah muzium yang menempatkan pelbagai barangan lama yang mempunyai sejarah tersendiri. Antara barangan yang menjadikan muzium itu terkenal ke serata dunia ialah sebuah kerusi antik.

Thomas Busby cursed chair

Kerusi tersebut digantung tinggi diatas dinding. Tujuannya untuk menghalang pengunjung daripada duduk di atas kerusi tersebut.

Jika dilihat sekali imbas, tiada apa yang istimewa mengenai kerusi kayu itu. Namun, tidak ramai yang tahu sejarah silam kerusi itu yang dikatakan telah 'membunuh' ramai dikalangan sesiapa yang berani mencecahkan punggung diatasnya.

Kisah kerusi yang dikatakan telah disumpah ini bermula pada tahun 1702. Seorang lelaki bernama Thomas Busby, dijatuhkan hukuman mati kerana telah membunuh bapa mentuanya, Daniel Auty dalam satu pertengkaran.

Sewaktu dalam perjalanan ke tempat hukuman, Thomas diberikan satu permintaan terakhir. Dia meminta untuk berhenti di sebuah pub yang menjadi tempat kegemarannya.

Thomas duduk di atas kerusi kesukaannya di situ sambil menikmati minuman terakhir.

Sewaktu bangun, Thomas menyumpah barang siapa yang berani duduk di atas 'kerusinya' itu, kematian akan memburu mereka. Dia dikenakan hukuman gantung sejurus selepas itu.

Selepas kematiannya, pub tersebut dikenali dengan nama Busby Stoop Inn yang diambil sempena nama Thomas Busby.

Ketika itu, tiada siapa pun yang mengambil serius tentang sumpahan yang telah diucapkan oleh Thomas. Namun, sebagai tanda menghormati si mati, mereka mengambil keputusan untuk tidak duduk di kerusi tersebut.

Sewaktu Perang Dunia Kedua, terdapat sebuah kem tentera udara yang terletak berhadapan dengan pub tersebut.

Kebanyakan tentera yang datang dan minum di pub itu tidak berani duduk di atas kerusi 'berhantu' itu. Ini kerana beberapa orang daripada tentera yang pernah duduk di situ akhirnya terkorban di medan perang.

Pada tahun 1967, dua orang juruterbang tentera udara diraja yang duduk di kerusi itu juga menemui ajal apabila kereta mereka terlibat dalam kemalangan sewaktu dalam perjalanan pulang dari pub tersebut.

Antara mangsa lain termasuklah seorang pembersih corong asap yang ditemui mati tergantung keesokkan harinya selepas duduk di atas kerusi tersebut.

Seorang wanita yang bekerja di pub itu pula jatuh tersadung mengenai kaki kerusi itu. Dia turut terkena tempias sumpahan apabila mati akibat barah otak tidak lama kemudian.

Pada tahun 1968, Tony Earnshow mengambil alih pub tersebut. Dia yang langsung tidak percaya kepada lagenda karut ini tidak mengendahkan cerita yang didengarinya daripada penduduk setempat berkaitan kerusi sumpahan itu.

Dia pada mulanya mendengar dua orang jejaka yang saling mencabar sesama sendiri untuk duduk di atas kerusi malang itu.

Akhirnya, kedua-dua mereka terlibat dalam kemalangan apabila kereta yang dinaiki melanggar sebatang pokok. Kedua-duanya meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Tony juga menyaksikan bagaimana sekumpulan buruh binaan yang datang ke pub itu mencabar seorang buruh muda untuk duduk di atas kerusi itu.

Tidak lama kemudian, pemuda tersebut jatuh dari atap yang sedang dibaikinya lantas menemui ajal.

Melihat keadaan itu, Tony menjadi takut lalu segera mengalihkan kerusi itu ke bilik bawah tanah. Dia tidak mahu ada orang lain terus menjadi korban kerusi malang itu lagi.

Tahun 1978, seorang penghantar bir yang kebetulan sedang mengalihkan stok ke bilik bawah tanah secara tidak sengaja duduk diatas kerusi itu untuk melepaskan penat.

Dia memberitahu Tony betapa selesanya kerusi itu. Malangnya, dia terbunuh dalam kemalangan hanya beberapa jam setelah meninggalkan pub tersebut.

Tidak tahan melihat orang yang tidak bersalah mati angkara kerusi berhantu itu, Tony bertindak menyerahkan kerusi tersebut kepada muzium Thirsk dengan syarat, sesiapa pun tidak dibenarkan duduk diatasnya.

Kerana itu, sejak 30 tahun yang lalu, pihak muzium telah menggantung kerusi tersebut di dinding supaya tiada sesiapa yang akan mendudukinya lagi.

Memandangkan banyak kematian misteri menimpa orang yang duduk di atas kerusi tersebut, sebuah syarikat perfileman dari Jepun telah meminta kebenaran untuk cuba duduk di kerusi itu pada tahun 2004.

Tujuannya mungkin untuk mengetahui sejauh mana kebenaran tentang kerusi sumpahan Thomas. Namun, ia tidak mendapat kebenaran dari pihak berkuasa.

Yang menjadi persoalan sehingga kini, benarkah kerusi itu membawa malang akibat sumpahan Thomas Busby?

Atau segala yang terjadi hanyalah sekadar kebetulan?

BACA INI JUGA: Rahsia Simbol Singa Yahudi

-Sentiasapanas.com

Selebriti Wanita Malaysia Berhijab Fashionista!

Selebriti Wanita Malaysia Berhijab Fashionista!

Bergelar selebriti sudah tentu mereka inginkan variasi gaya yang berbeza setiap kali tampil di pentas mahupun kaca televisyen agar penonton tidak jemu melihat mereka.

Jom kita terokai antara selebriti wanita berhijab yang boleh dikategorikan sebagai seorang yang fashionista!

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Mula berhijab sepenuhnya pada awal tahun lalu, Siti dilihat semakin ayu dan menawan berbanding hanya mengenakan tudung pada sebahagian kepalanya.

Bijak bergaya dengan fesyen-fesyen terkini, penggayaan hijabnya penuh variasi mengikut kesesuaian majlis dan situasi dan baru-baru ini melancarkan koleksi tudungnya hasil kerjasama bersama Ariani.

Natasha Hudson

Natasha Hudson

Isteri kepada Carleed Khaza ini juga telah dilantik sebagai duta terbaru produk kecantikan Aura White bersama Amyra Rosli yang menggantikan duta sebelum ini iaitu Hanez Suraya.

Pelakon kacukan berusia 31 tahun ini semakin selesa dengan kerjaya barunya sebagai seorang pereka fesyen busana muslimah di bawah jenama Dream Cloud by NH.

Natasha yang merupakan seorang model semestinya lebih tahu bagaimana untuk bergaya semenjak mengenakan hijab.

Ayu Raudhah

Ayu Raudhah

Isteri kepada pemain bola sepak ATM iaitu Zaquan Adha ini memang sudah dikenali dengan imej wanita ayu bertudung sejak popular dengan drama hebat "Nur Kasih" lakonan bersama Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan Fizz Fairuz.

Pemilik nama sebenar Raudhah Che Wan ini tidak kurang hebatnya dalam bergaya walaupun sudah bertudung.

Ayu juga turut menjadi model dalam memperagakan koleksi hijab milik butik kakaknya aktres Rozita Che Wan iaitu Padusi Couture.

Diana Amir

Diana Amir

Isteri kepada bekas pensyarah UiTM Merbok Kedah, Mohd Habibullah A Rahman ini sememangnya cantik dan anggun ketika di awal penghijrahannya untuk memakai tudung.

Kerjayanya sebagai seorang pelakon dilihat telah pun berkurangan semenjak mendirikan rumah tangga dan mula berjinak-jinak menjadi pengacara untuk rancangan "SIS" yang bersiaran di TV9.

Selain itu, Diana juga sudah mula mengeluarkan jenama busananya sendiri yang menggunakan namannya iaitu Diana Amir Exclusive (DA'e).

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Peka dengan perkembangan bisnes muslimah yang semakin mendapat tempat di negara, Heliza turut melibatkan diri di dalam arena fesyen dengan menubuhkan jenama Falah Abiyana yang menampilkan rekaan terkini khas buat wanita Muslim di luar sana.

Bekas finalis rancangan realiti Akademi Fantasia musim kelima ini semakin sepi dalam karier nyanyiannya dan lebih menumpukan kepada syarikat miliknya Heliza Helmi Entertainment.

Irma Hasmie

Irma Hasmie

Mengikuti jejak langkah selebriti bertudung lain, Irma juga turut membuka perniagaan berasaskan fesyen muslimah berjenama Debumas yang menampilkan koleksi jubah ringkas namun tetap menawan.

Walaupun sudah bergelar seorang ibu kepada anak lelakinya Irfan, namun dirinya masih kekal jelita dan pakar dalam menjaga kecantikan.

Jadi tidak hairanlah mengapa Irma dilantik sebagai jurucakap bagi produk kecantikan jenama Radiglow.

Irma kini sedang sarat mengandung anak keduanya dan dikhabarkan bakal mendapat bayi perempuan yang dijangka bersalin pada 18 Julai depan.

Shila Amzah

Shila Amzah

Penyanyi yang sedang memuncak kerjayanya di persada muzik China masih kekal dengan imej berhijabnya walaupun hidup di negara orang.

Sejak mengenakan hijab, Shila dilihat semakin bergaya dan hebat dalam mensuai padankan pakaiannya agar lebih kelihatan ranggi dan moden.

Walaupun pernah dihimpit kontroversi akibat seluar leggingnya yang menyerupai warna kulit, namun anak sulung kepada penyanyi N.D Lala ini semakin peka dengan pemilihan hijab dan pakaiannya kini.

Yatt Hamzah

Yatt Hamzah

Lebih dikenali sebagai Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah ini bijak dalam menggayakan hijab dan busana rekaannya yang dijual dengan label Suci by Yatt Hamzah.

Selain sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang pengacara, Yatt juga kerap dijemput sebagai panel undangan di forum dan majlis agama.

Walaupun, sudah bertudung litup dan berhijrah, Yatt masih pandai bergaya dan kelihatan manis dan cantik.

BACA INI JUGA: Noor Tagouri, Wanita Berhijab Pertama Tampil Dalam Majalah Playboy!

3 Negara Islam Penyokong Keganasan Israel!

3 Negara Islam Penyokong Keganasan Israel!

Amerika Syarikat (AS), Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir bertanggungjawab ke atas kekejaman tentera Israel ke atas umat Islam Palestin.

israel serang palestin

Pengerusi Badan bukan kerajaan (NGO) Citizens International, S.M. Mohamed Idris berkata, negara terbabit telah mendorong kepada pembersihan etnik rakyat Palestin oleh zionis untuk memadam sejarah negara itu.

“Sokongan tentera, ekonomi dan diplomatik oleh AS untuk Israel telah menggalakkan rejim zionis melakukan jenayah antarabangsa terhadap rakyat Palestin. Sebarang percubaan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghalang Israel akan ditentang oleh kuasa veto AS.

“Sokongan Arab Saudi dan UAE ke atas rampasan kuasa oleh diktator Abdul Fattah el-Sisi telah melemahkan Palestin. Sisi memusnahkan beratus-ratus terowong yang digunakan untuk mengangkut makanan, perubatan dan barangan keperluan ke Gaza yang berada di bawah kepungan Israel-Mesir dari tahun 2007.

“Perbuatan Mesir itu mengakibatkan bencana kemanusiaan ke atas penduduk Gaza kerana ramai jatuh sakit dan kekurangan bekalan keperluan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

S.M. Mohamed Idris

S.M. Mohamed dalam pada itu menyelar negara-negara liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kerana sentiasa bersikap penakut untuk mengambil tindakan segera untuk membantu rakyat Palestin disebabkan semakin kekurangan nilai moral dan akhlak dalam diri mereka.

Sehubungan itu, beliau menggesa pertubuhan dan gerakan masyarakat di seluruh dunia mengadakan demonstrasi di hadapan kedutaan AS, Israel, Arab Saudi dan Mesir untuk menyatakan sokongan ke atas Palestin.

Katanya, masyarakat dunia juga diseru mengerakkan kempen memboikot dan mengenakan sekatan ke atas Israel.

Beliau turut mendesak Majlis Keselamatan PBB supaya mengutuk kekejaman tentera Israel ke atas umat Islam Palestin dan mengarahkan supaya serangan dihentikan serta-merta.

Jakim Minta Umat Islam Baca Doa Qunut Nazilah

Doa Qunut Nazilah

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyeru umat Islam menunaikan solat hajat dan membaca doa Qunut Nazilah supaya umat Islam di Palestin diberikan kekuatan, kemenangan, ketabahan dan perlindungan daripada kekejaman tentera Israel.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, tentera Israel sedang menceroboh dan menindas penduduk Palestin semasa umat Islam sedang menyambut bulan Ramadan.

“Jakim turut menyeru semua pentadbir masjid dan surau seluruh Malaysia menyatakan keprihatinan kita atas penindasan umat Islam Palestin dengan bersama-sama mengadakan solat hajat dan berdoa agar bumi Gaza dan umat Islam Palestin dipertahankan.

“Semoga dengan usaha kita ini mampu meredakan konflik dan ketegangan yang berlaku seterusnya membawa kepada penyelesaian yang terbaik. Sehubungan dengan itu, marilah sama-sama kita menunaikan solat hajat serta bacaan doa Qunut Nazilah agar umat Islam di Palestin diberikan kekuatan, kemenangan, ketabahan dan perlindungan,” katanya melalui satu kenyataan media.

Doa Qunut Nazilah [2]

Othman dalam pada itu memaklumkan, Jakim telah mengarahkan semua tiga masjid utama di bawah Jakim serta seluruh masjid di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) melancarkan tabung khas kutipan derma bagi membantu Palestin.

Menurutnya, kutipan derma tersebut akan dilaksanakan secara menyeluruh di masjid-masjid utama di bawah seliaan Jakim dan Jawi bermula hari ini.

“Orang ramai dialu-alukan untuk memberikan sumbangan kepada masjid terlibat dan pentadbir masjid seluruh negara dialu-alukan untuk mengambil inisiatif sama,” katanya.

Sumber: Mynewshub.my

Friday, July 11, 2014

Siapa Penjaga Gol Terbaik Piala Dunia 2014?

Siapa Penjaga Gol Terbaik Piala Dunia 2014?

Dalam Piala Dunia pada kali ini beberapa penjaga gol dikenal pasti sebagai antara yang terbaik dalam mengawasi gawang mereka dengan pelbagai percubaan-percubaan berbahaya daripada pasukan lawan.

Antara penjaga gol yang dianggap terbaik kerana ketangkasan mereka mengawal gawang dari dibolosi dan membuka mata pasukan-pasukan ternama untuk mengambil mereka termasuklah:

Thibaut Courtois

Thibaut Courtois

Penjaga gawang Chelsea yang dipinjamkan ke kelab Sepanyol Atletico Madrid selama dua musim ini begitu matang dalam kawalan pintu golnya meskipun umurnya baru menginjak 22 tahun.

Aksi cemerlangnya itu berjaya mengenepikan seorang lagi penjaga gol Belgium yang beraksi untuk Liverpool iaitu Simon Mignolet yang kini hanya memanaskan bangku simpanan sepanjang kejohanan Piala Dunia ini.

Courtois begitu kental mengawal gawang Belgium ketika perlawanan peringkat kumpulan dan hanya melepaskan satu gol sahaja ketika menentang Algeria dan aksi menyelamat terbaik ketika menidakkan peluang pemain Amerika Syarikat, Clint Dempsey pada minit-minit akhir berjaya membawa Belgium ke peringkat suku akhir bertemu Argentina.

Namun kecemerlangannya itu berakhir apabila penyerang Argentina, Gonzalo Higuain berjaya membolosi gawangnya pada awal perlawanan.

Vincent Enyeama

Vincent Enyeama

Penjaga gol Nigeria, Vincent Enyeama beraksi cemerlang dengan menyelamatkan gawang daripada dibolosi terutamanya ketika perlawanan peringkat kumpulan menentang Iran dan Bosnia-Herzegovina.

Enyeama melepaskan tiga gol ketika peringkat kumpulan dan gol yang bolos itu datangnya ketika menentang Argentina dan meski tewas perlawanan itu dengan keutusan tipis 2-3, Enyeama berjaya membawa Nigeria ke peringkat kalah mati.

Berdepan bekas Juara Piala Dunia 1998, Perancis, Enyeama begitu cemerlang dalam menggagalkan usaha pemain ‘Les Bleus’ seperti Karim Benzema, Paul Pogba dan Mathieu Valbuena dan lain-lain lagi.

Perancis dikerah untuk berhempas pulas sehingga menuju babak-babak akhir perlawanan dan kesilapan Enyeama menampan bola secara tidak kemas menyebabkan bola menuju ke Paul Pogba yang mudah menanduk untuk gol Perancis

Cabaran Nigeria terus berakhir apabila pertahanan Nigeria, Joseph Yobo tertampan gol ke gawang sendiri menewaskan Enyeama.

Manuel Neuer

Manuel Neuer

Tidak dapat dinafikan penjaga gawang Jerman, Manuel Neuer juga merupakan salah satu penjaga gol terbaik sepanjang Piala Dunia 2014 menerusi usaha menyelamat gawang gol yang dilakukan semasa bertemu Perancis.

Selepas aksi cemerlangnya dalam dua musim lalu membantu Bayern Munich merangkul Liga Juara-Juara Eropah menewaskan musuh tradisi, Borussia Dortmund, Neuer sekali lagi muncul sebagai Pemain Jerman Nombor 1 yang akan mengawasi pintu gol negara Bavaria itu.

Tiga aksi tanpa bolos berjaya dicatatkan oleh beliau ketika bertemu Portugal, Amerika Syarikat dan terakhir Perancis berjaya menobatkan beliau sebagai antara penjaga gol terbaik sepanjang Piala Dunia ini.

Dek ketangkasannya itu juga berjaya meloloskan Jerman ke peringkat separuh akhir dan bertemu dengan lawan yang sukar iaitu tuan rumah, Brazil dan Neuer dijangka sekali lagi akan menampilkan aksi menyelamat hebatnya dalam usaha untuk membawa Jerman ke final.

Rais M'Bolhi

Rais M'Bolhi

Penjaga gol Algeria, Rais M'Bolhi tidak pernah diletakkan sebarang harapan untuk menyinar namun prestasi memberangsangkannya berjaya mengheret Jerman untuk bermain dalam masa tambahan sebelum tewas.

Penjaga gawang kelab CSKA Sofia di Bulgaria ini dianugerahkan sebagai ‘Man of The Match’ ketika menentang Jerman kerana penyelamatan gol daripada cubaan berbahaya dari pelbagai sudut oleh pemain Jerman berjaya mengheret perlawanan tersebut hingga ke masa tambahan.

Pemain kelahiran Paris, Perancis yang nama sebenarnya adalah Adi Rais Cobos Adrien M’Bolhi ini tidak menggunakan alasan berpuasa sebagai untuk tidak menyerlah ketika menentang Jerman malah keupayaannya menyelamatkan banyak percubaan agak menakjubkan.

Guillermo Ochoa

Guillermo Ochoa

Penjaga gol ini antara penjaga gol yang mendapat perhatian kelab-kelab terkemuka dunia selepas aksi cemerlangnya ketika bertemu Brazil dengan menyelamatkan pelbagai cubaan berbahaya daripada pemain Neymar, Oscar, Fred dan pemain Brazil yang lain sehingga membuatkan pemain Brazil yang lain ‘pening’ untuk menembusi gawang Mexico.

Penjaga gawang Mexico, Guillermo Ochoa dinobatkan sabagai 'Man of The Match' sebanyak dua kali ketika bertemu Brazil dan Belanda kerana ketangkasan beliau menyelamatkan pintu gol daripada bolos.

Keylor Navas

Keylor Navas

Penjaga gol Costa Rica yang bermain untuk kelab Levante di Liga Sepanyol ini begitu tangkas dalam mengawal gawangnya daripada dibolosi oleh pemain-pemain Belanda yang bertubi-tubi melancarkan serangan berbahaya dalam perlawanan peringkat suku akhir.

Ketangkasannya itu juga memaksa Belanda terpaksa membuat perhitungan dengan Costa Rica melalui penentuan sepakan penalti dan nasib Costa Rica agak tidak baik apabila dua daripada sepakan pemain mereka berjaya disekat oleh penjaga gol gantian Belanda, Tim Krul.

Walaupun tewas, Navas turut dianugerahkan sebagai ‘Man of The Match’ dalam perlawanan itu. Malah, beliau hanya melepaskan dua gol daripada lima perlawanan yang dilalui oleh Costa Rica termasuklah bertemu dengan pasukan gergasi seperti Uruguay, Itali, England dan Greece.

Tim Krul

Tim Krul

Percaturan Louis van Gaal membawa masuk Tim Krul untuk menjaga gawang Belanda ketika sepakan penalti melawan Costa Rica nyata membuahkan hasil apabila beliau berjaya menyelamatkan dua sepakan penalti.

Tim Howard

Tim Howard

Ketika bertemu Belgium, penjaga gol Amerika Syarikat, Tim Howard mencatatkan rekod menyelamat gawang sebanyak 16 kali dan rekod tersebut tidak pernah dicapai oleh sebarang penjaga gol di Piala Dunia.

David Ospina

David Ospina

Penjaga gol Colombia, David Ospina melakukan aksi menyelamat gawang ketika bertemu Brazil dan persembahan luar biasanya berjaya membawa Colombia ke peringkat suku akhir sebelum tewas kepada Brazil.

Ospina hanya melepaskan dua gol pada peringkat kumpulan ketika bertemu Ivory Coast dan Jepun sebelum disusuli dengan bolosnya dua gol ketika bertemu Colombia di peringkat suku akhir yang mengakhiri cabaran beliau.

Namun begitu, aksi yang ditampilkan ketika berhadapan Uruguay pada peringkat kalah mati nyata membuka mata peminat bola sepak dimana Uruguay bermati-matian mencari gol untuk menyekat penguasaan Colombia namun ketangkasan Ospina yang kelihatan berada di setiap penjuru dan ruang pintu gol menyukarkan Uruguay untuk memperoleh gol.

BACA INI JUGA: Calcio Storico, Pertandingan Bola Sepak Paling Ganas Di Dunia

Sumber: AA

GEMPAR! Benarkah Lionel Messi Penyokong Kuat Israel?

GEMPAR! Benarkah Lionel Messi Penyokong Kuat Israel?

Di sebalik kehangatan Piala Dunia yang sedang berlangsung, rata-rata umat Islam tetap tersentuh dengan kezaliman Israel membedil umat Islam di Gaza.

GEMPAR! Benarkah LIONEL MESSI Penyokong Kuat ISRAEL

Justeru selepas German dan Argentina sah menempah tiket ke perlawanan akhir, antara perkara paling hangat diperkatakan adalah sokongan Lionel Messi kepada Israel.

Gambar pemain hebat Argentina tersebut menyatakan sokongan kepada Yahudi dengan memegang t-shirt ‘stand with Israel’ dan melawat Jurusalem’s Western Wall disebarkan dengan meluas di laman sosial dan aplikasi Whatsapp.

Benarkah dakwaan ini? Bacalah artikel yang dikongsikan di Facebook Hasif Bastiar ini untuk mengetahui kisah di sebaliknya..
____________________________________________

Mohon JANGAN baca & sebarkan. Sebab ini cerita yang betul. Cerita salah baru la share (typical Malaysian).

By Hasif Bastiar

Gempar viral di facebook dengan gambar-gambar Messi & rakan-rakan Barcelona mengadakan lawatan ke Israel dengan Messi memegang baju bertulis ‘stand with Israel’ (berdiri bersama Israel).

Viral ini tersebar meluas di laman web serta di facebook sejurus selepas bedilan bom di gaza. Demi menunjukkan betapa diri itu prihatin, maka ramailah yang turut serta untuk menge-share di wall masing-masing. Yang lebih menakjubkan ramai ustaz-ustaz dengan imej mulia turut serta menyebarkan berita ini. Maka lahirlah komen-komen seperti di bawah.

-“Boikot messi. Dia Yahudi n penyokong kuat Israel rupanya “

-“sy peminat dia.tetapi dh tau dia ni puak2 yg menyokong israel yahudi terus sy membencinya.xguna punya messi..”

- “Baru tau. Say NO to Messi.!!”

- “Boikotlah Messi…Boikotlah Argentina…Boikotlah Barcelona…”

- “Kalau ini idola sesetengah umat islam..baik hentikan!!!”

Pelbagai tohmahan dihambur…. Kesian Messi….. Tapi, tahukah kita sejauh mana kebenarannya??

Kebenarannya:-

Ya, memang benar Messi dan Barcelona telah ke Israel pada tahun 2013.

NAMUN,

Hakikatnya pada masa yang sama mereka juga telah mengadakan lawatan ke Palestin! Barcelona telah mengadakan “PEACE TOUR” ke Palestin & Israel dengan harapan bola sepak dijadikan sebagai medium untuk perdamaian. Messi sendiri telah bersalaman dengan presiden Palestin yang turut serta pada sesi temuramah bersama-sama rakan-rakan Barcelona yang lain.

GEMPAR! Benarkah LIONEL MESSI Penyokong Kuat ISRAEL [2]

Kemuncak “PEACE TOUR” itu ialah perlawanan persahabatan di antara FC Barcelona VS team gabungan Palestin+Israel, namun begitu dibatalkan kerana konflik yang sukar untuk menggabungkan kedua2 pasukan kebangsaan itu. Barcelona juga mengadakan ‘klinik bola’ untuk kanak-kanak daripada kedua-dua Negara Palestin & Israel.

Rujukan 1, http://www.fcbarcelona.com/club/detail/article/peace-tour-visit-to-palestine

Rujukan 2, http://www.reuters.com/article/2013/08/03/us-soccer-barcelona-palestinians-idUSBRE9720BI20130803

Rujukan 3, http://www.thenational.ae/sport/football/lionel-messi-and-barcelona-train-with-palestine-and-israeli-children

Ada juga gambar yang menunjukkan Messi & rakan-rakan melawat Jurusalem’s western wall ( tempat para yahudi berkumpul dan berdoa di depan dinding). Ya memang benar, tapi itu adalah salah satu aturcara yang ditetapkan bagi menghormati Israel sebagai tuan rumah. Yang mana saya percaya kalau Messi datang ke Malaysia, dia juga tidak akan menolak perlawaan untuk ke masjid-masjid jika di undang!

Messi juga merupakan penganut agama Kristian dan bukannya Yahudi!

Juga,

Di dalam salah satu gambar yang tersebar ada terlihat Messi memegang T-shirt berwarna hitam yang bertulis “stand with Israel” (berdiri bersama israel). Sebagai seorang designer, dengan sekali imbas mudah untuk mengenal pasti bahawa gambar itu bukanlah gambar yang ASLI. Gambar tersebut telah pun diedit daripada gambar asal yang mana Messi sebenarnya mempromosikan Pan American Games 2019 di Rosario ( kampung halaman Messi ).

GEMPAR! Benarkah LIONEL MESSI Penyokong Kuat ISRAEL [3]

Rujukan, http://www.miguelzamarini.com/wp-content/uploads/2011/12/IMG_0153.jpg

Jadi,

Pengajarannya periksa dahulu sumber asal usul berita yang disampaikan. Messi & Barcelona bukanlah Yahudi, bukan juga agen Zionis seperti yang diperkatakan. Sekurang-kurangnya mereka cuba menyatu-padukan dua negara melalui bola sepak.

Apa sumbangan kita?

Pada siapa yang sebar fitnah tanpa usul periksa, SHAME ON YOU!

*Goodluck la nak minta maaf balik kat Messi raya ni.

Impak Strategi Hebat Jerman Dan Argentina

Impak Strategi Hebat Jerman Dan Argentina

Selepas perlawanan akhir Piala Dunia 2014, dua pasukan membuktikan kejayaan mereka melahirkan pasukan mantap dari projek pembangunan.

Jerman dan Argentina [2]

Pasukan Jerman membariksan beberapa pemain yang menjuarai Kejohanan Euro Bawah 21 pada 2009 manakala Argentina diwakili pemain yang menjuarai pingat emas Sukan Olimpik 2008 Beijing.

Kehadiran Sergio Romero sebagai penjaga gol yang begitu serasi dengan Ezequil Garay serta Pablo Zabaleta di barisan pertahanan, bukan kebetulan.

Pemain tengah bertahan bertaraf dunia Javier Mascherano pernah mengetuai barisan pemain muda di Sukan Olimpik 2008, tetapi menyerahkan lilitan lengan kepada Lionel Messi sebagai tanda hormatnya terhadap kebolehan pemain terbaik dunia itu.

Ezequiel Lavezzi pula dibantu dan menerima sokongan Messi di barisan depan dan dengan itu enam pemain ini saling memahami pergerakan rakan sepasukan.

Ini tidak termasuk pemain seperti Fernando Gago, Angel di Maria serta Sergio Aguero yang tidak beraksi dalam kesebelasan utama.

Argentina Final 2014

Apa jua keputusan di final, lebih penting kemajuan pemain serta pasukan melakukan projek pembangunan masing-masing.

Jerman membariskan pemain yang sudah kenal serta memahami corak serta kekuatan rakan sepasukan.

Bermula dengan Manuel Nueur yang mirip banjaran besar, pasangan Jerome Boateng, Mats Hummels serta Benedikt Howedes pula dengan tenang menerajui barisan pertahanan sejak Jerman menjuarai Kejohanan Euro Bawah 21.

Sami Khedira serta Mesut Ozil pula tonggak barisan tengah pasukan Jerman.

Kehadiran kedua-dua pasukan ini di final memang tepat walaupun perlawanan yang membabitkan Argentina menentang Belanda tiada pesta gol.

Mesut Ozil

Brazil pula lebih kepada satu kumpulan individu yang kebanyakannya menjadi beban kepada pasukan, terutama Fred dan Hulk.

Jelas sekali Brazil kehilangan identiti apabila menurunkan pemain yang disanjung dalam liga asing seperti Liga Perdana Inggeris.

Liga yang kerap memukul gendang sendiri itu seharusnya malu melihat Fernandinho dan Paulinho, gagal menyerlah.

Pembangunan bola sepak terperinci saja boleh menjanjikan kejayaan pada masa akan datang. Dan andai Persatuan Bolasepak Malaysia sewaktu melafazkan impian pada 1999 untuk beraksi di Brazil 2014 melahirkan Projek Misi 2014, sekurang-kurangnya hari ini sudah tentu kita dapat melahirkan bintang bola sepak berkaliber.

FAM Malaysia Bodoh

Tetapi apa nak buat. Hanya pada 2014 kita mengorak langkah pertama dengan Projek Pembangunan Bola Sepak Negara..

Entahlah Labu...

Sumber: Hmetro

Memberi Nasihat Secara Terbuka Sebenarnya Mencela!

Memberi Nasihat Secara Terbuka Sebenarnya Mencela!

Info Agama. Info Motivasi. Memberi nasihat adalah satu konsep Al-Quran yang terdapat sekurang-kurangnya 13 kali di tempat yang berbeza di dalam Al-Quran, terutamanya apabila rujukan dibuat pada tujuan mengutuskan nabi dan fungsi nabi-nabi.

Nasihat

Nabi Nuh, Salih, Hud, Shu'aib dan lain-lain, semuanya memaklumkan kepada kaum mereka bahawa sifat misi mereka adalah untuk memberi amaran sepertimana seorang penasihat yang ikhlas.

Nabi Hud berkata kepada kaumnya, seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran; "(Tugasku) menyampaikan kepada kamu akan perintah-perintah (yang diutuskan oleh) Tuhanku, dan aku adalah pemberi nasihat yang amanah, bagi kamu." [Surah Al-A'raaf : ayat 68]

Selain itu, memberi nasihat boleh menjadi alat penting dalam maklum balas yang tulen dan setia. Kita lakukan tindakan kita tanpa keupayaan untuk melihat amalan kita secara objektif seperti yang kita nasihatkan, dan dengan itu Nabi Muhammad S.a.w mengingatkan kita; "Seorang mukmin adalah cermin saudaranya mukmin yang lain." [HR Abu Daud]

Memberi nasihat yang baik adalah hadiah yang besar. Namun, kita kadang-kadang menghadapi masalah kerana cara kita lakukannya. Tidak semua orang dilahirkan dengan keupayaan untuk memberi nasihat dengan ​​bijaksana atau menawarkan kritikan membina dengan berkesan.

Kebanyakan orang lupa bahawa "point" memberi nasihat adalah untuk membantu orang lain berjaya dan tidak merendahkan atau memperkecilkan nilai atau kebolehan mereka.

Lagipun, memutuskan untuk memberi nasihat secara tidak wajar, terutamanya kepada ahli keluarga yang rapat, boleh menjejaskan hubungan. Keupayaan untuk memberi nasihat dengan cara yang positif dan memberi manfaat adalah satu seni.

Nasihat [2]

Jika anda sedang mempertimbangkan memberikan nasihat, adalah berguna untuk mempertimbangkan tips berikut:

Periksa Motif Anda. Periksa sifat hubungan anda dengan orang yang kepadanya anda sedang mempertimbangkan untuk memberi nasihat. Tanya diri anda sama ada nasihat yang anda cuba untuk berikan benar-benar akan membantu orang lain. Juga, pastikan anda memberi nasihat demi Allah, dan bukannya demi glamor peribadi anda.

Jadilah Sensitif. Bagaimana untuk memulakan pembicaraan tentang suatu subjek. Berhati-hati tentang bila dan di mana anda boleh membawa isu-isu dan pastikan bahawa anda mempunyai masa dan privasi yang mencukupi.

Elakkan Memberi Nasihat dalam Bentuk Celaan. Menurut Imam Al-Ghazali, perbezaan utama antara memberi nasihat dan mencela ialah memberi nasihat adalah secara rahsia dan sopan, sedangkan celaan adalah terbuka dan kurang bijaksana. Dikatakan bahawa Imam Asy-Shafi`i memerhatikan bahawa apabila seorang lelaki membetulkan saudaranya secara rahsia, dia sebenarnya memberikan nasihat, tetapi jika dia membetulkan saudaranya secara terbuka, dia sebenarnya mencemuh dan memperkecilkan beliau.

Al-Fudhayl ibn `Iyad berkata, "Mukmin menutupi dan menasihati [rakan-rakan beriman beliau], sedangkan penjahat mendedahkan dan menghina [yang lain]."

Imam Ibn Rejab al-Hanbali mengulas kata-kata Al-Fudhayl ​​ini berkata, "Adalah dianggap nasihat jika ia dilakukan secara tertutup manakala penghinaan jika ia disiarkan." Beliau menambah, "[Bagi] orang yang menasihati saudaranya secara peribadi, ia adalah nasihat. [Berkenaan] orang yang menyerunya di hadapan orang ramai, ia adalah semata-mata memarahi!"

Pastikan Privasi. Memberi nasihat dalam Islam tidak harus terlibat dengan mendedahkan atau meneroka privasi dan kelemahan peribadi orang. Diriwayatkan bahawa Nabi S.a.w bersabda, "...sesiapa yang mencari kekurangan orang, Allah akan mencari (kekurangan) mereka.." [HR At-Tirmidzi]

Minta Kebenaran. Nasihat yang tidak diminta adalah punca utama kesedihan di kalangan rakan-rakan dan ahli keluarga. Oleh itu, dengan bertanya sama ada nasihat anda dikehendaki atau tidak, menunjukkan anda menghormati orang lain dan mencegah kebencian.

Mendengar Terlebih Dahulu. Sementara peraturan ini terpakai kepada semua komunikasi yang baik, ia menjadi penting apabila kita ingin memberi nasihat. Isu-isu selalunya lebih kompleks daripada apa yang dapat dilihat. Dengan mendengar dahulu, kita membuka ruang bagi jurucakap untuk menerangkan dengan lebih terperinci keadaan dan untuk kita lebih memahami sepenuhnya. Apakah 'point' memberi nasihat jika maklumat hanya dapat separuh?

Di samping itu, apabila kita mendengar terlebih dahulu, ia menjadikan lebih kemungkinan orang lain akan mendengar apa yang akan kita katakan. Seseorang itu perlukan perhubungan dahulu sebelum dibetulkan. Mendengar dengan empati itulah yang mewujudkan perhubungan.

Pertimbangkan Kerangka Fikiran Orang Lain. Ketika pergolakan emosi adalah tidak kondusif untuk memberikan nasihat. Sentiasa biarkan keadaan menjadi positif dahulu. Ini akan membuat orang lain santai dan mengalu-alukan nasihat anda.

Tawarkan Nasihat Tanpa Berkeras. Tawarkan pandangan, pengalaman, dan idea anda seolah-olah ianya salah satu sudut pandangan, dan mempercayai kebijaksanaan dalaman pendengar untuk memutuskan apa yang tepat baginya. Dengan tidak berkeras, anda meningkatkan peluang untuk kata-kata anda dipertimbangkan.

Elakkan Membuat Penghakiman. Elakkan daripada menghakimi; tidak menyerang watak pihak yang lain. Satu nasihat yang dilihat sebagai keras atau menghakimi mungkin menyinggung perasaan orang yang mendengarnya.

Elakkan Mengancam. Jangan membuat ancaman atau menakutkan seseorang dengan mengubah nasihat atau kritikan kepada paksaan tersembunyi. Memperlihatkan apa-apa kuasa (atau kelebihan) tidak mungkin untuk menghasilkan keputusan yang positif.

Jadilah Khusus dan Ringkas. Jika anda telah diminta nasihat anda mengenai masalah tertentu, fokus kepada isu yang anda sedang ditanya dan jangan membuat komen mengenai bidang lain kehidupan orang itu. Juga, cuba untuk membuat nasihat anda pendek dan terus kepada maksud.

Elakkan Dari Memaksa Orang lain untuk Ikut Nasihat Anda. Wajib atas penasihat untuk memberi nasihat ikhlas kepada orang lain, tetapi adalah tidak benar untuk memaksa orang lain untuk mengikut nasihatnya. Ibn Hazm pernah berkata,

"Kita tidak seharusnya memberi nasihat dengan syarat ia mesti diterima. Jika seseorang melampaui ini, dia akan menindas [orang lain], bukannya memberi nasihat, sekali gus mencari ketaatan dan mengawal."

Beri Nasihat sebagaimana Akta Ibadat, Bukan sebagai Tabiat. Bagi sesetengah orang, memberi nasihat bertukar menjadi corak hidup biasa. Kadang-kadang seseorang memberi nasihat kepada orang lain untuk mengelakkan berurusan dengan masalah sendiri. Satu peraturan penting Sufi menyatakan, "Dia yang leka dengan memberitahu orang lain untuk menjadi baik mungkin mendapati tidak ada masa untuk menjadi baik."

Merendah Diri. Salah satu cara untuk melakukan ini adalah untuk menjelaskan bahawa anda juga bersedia untuk meminta dan menerima nasihat untuk diri sendiri. Jika anda mampu untuk membuktikan fakta ini untuk orang yang anda beri nasihat, maka orang itu secara automatik akan merasa bahawa anda berada di tahap yang sama dan akan menerima daripada anda apa yang anda perlu katakan.

Amalkan Apa yang Anda Ajarkan. Khalifah `Umar ibn` Abdul `Aziz berkata," Orang yang memberi nasihat kepada saudaranya dalam hal-hal iman dan prihatin pada dirinya dengan membaiki urusan hidupnya sendiri telah memberikan hadiah yang sangat baik dan memenuhi kewajipan yang dikenakan kepadanya."

Firman Allah S.w.t maksudnya; "Amat besar kebenciannya di sisi Allah sekiranya kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukannya." [Surah As-Shaaff : ayat 3]

Pertimbangkan Kesalah-fahaman. Menyedari hakikat bahawa nasihat tidak selalu diterima dengan baik. Memberi nasihat memerlukan banyak kesabaran dan ketaatan. Sekiranya orang yang anda beri nasihat menyerang anda secara lisan atau fizikal , anda tidak harus membalas balik dengan kemudaratan.

Jadilah Baik dan Lembut. Imam Muslim meriwayatkan daripada Aisyah r.a bahawa Nabi S.a.w bersabda, "Sesungguhnya kasih sayang itu tidak akan berada pada sesuatu melainkan ia akan menghiasinya (dengan kebaikan), sebaliknya, jika kasih sayang itu dicabut dari sesuatu, melainkan ia akan membuatnya menjadi buruk."

Oleh itu, seseorang sepatutnya peramah sambil memberi nasihat. Kaedah tersebut yang dipersetujui antara semua agama dan budaya. Samuel Taylor Coleridge, seorang penyair Inggeris yang terkenal, berkata, "Nasihat adalah seperti salji; lebih lembut ia jatuh, lebih lama ia tinggal di atas, dan lebih mendalam ia tenggelam ke dalam minda."

Akhir sekali, adalah penting untuk menyatakan bahawa memberi nasihat adalah sifat penting dalam watak seorang Muslim.

Imam An-Nawawi meriwayatkan dalam kitabnya yang terkenal Riyadhus Shalihin bahawa Jarir Ibn `Abdullah berkata, "Saya datang kepada Nabi dan berikrar, "Saya berjanji taat setia saya kepada anda di dalam Islam." Nabi bersabda, "Dengan syarat bahawa anda berdoa, bersedekah, dan memberikan nasihat." Jarir berkata, "Saya berikrar dengan sumpah kesetiaan."

[Oleh Sadullah Khan - On Islam] Melalui Bca-blog.blogspot.com

Thursday, July 10, 2014

Pelik! Spesis Baru Cicak Spiderman

Pelik! Spesis Baru Cicak Spiderman

Info Pelik. Awal bulan Julai 2012, sepasang suami isteri dari Sao Paulo, Brazil berjaya menemui satu spesis cicak yang unik mirip seperti watak Superhero kegilaan ramai, Spiderman.

Mwanza Flat-Headed Agama [2]

Menceritakan saat penemuan itu, Cassio Lopes dan isterinya, Alessandra berada di sebuah lokasi berhampiran sebatang anak sungai yang dikenali sebagai Rongai River.

Di situ, pasangan tersebut sedang giat melakukan tugasan dalam bengkel fotografi yang diberikan pada mereka.

Lopes dan isterinya telah menghabiskan masa di lokasi anak sungai sejak awal pagi. Mereka difahamkan oleh pihak penganjur bahawa kawasan tersebut adalah antara lokasi yang menjadi kegemaran ramai jurugambar bagi merakam gambar harimau bintang.

Setelah selesai merakam gambar yang diperlukan, pasangan suami isteri itu mengambil keputusan untuk berada di kawasan tersebut sehingga petang. Mereka terus merakam beberapa lagi gambar sebelum meninggalkan lokasi berkenaan.

Ketika sedang asyik merakam gambar, Lopes dikejutkan dengan suara panggilan isterinya seolah-olah telah terjumpa sesuatu yang pelik. Dia bergegas mendapatkan isterinya yang berada di sebuah batu besar berhampiran anak sungai.

Mwanza Flat-Headed Agama found by Cassio Lopes and Alessandra
Cassio Lopes dan isterinya, Alessandra.

Setibanya disitu, dia hampir tidak percaya selepas melihat sejenis spesis cicak pelik di atas batu tersebut. Ia mempunyai warna merah di bahagian dada, manakala dibahagian lengan dan kaki pula berwarna biru, menyerupai watak Spiderman!

Menurut Lopes, cicak itu kelihatan sungguh menakjubkan. Seumur hidupnya, dia tidak pernah menyaksikan spesis cicak seumpamanya. Dia mengakui, pengalaman menemui cicak pelik itu menjadi satu pengalaman berharga buat mereka berdua.

Terpesona dengan keindaham fenomena itu, seorang lagi jurugambar bernama Dobson tidak melepaskan peluang merakam beberapa keping gambar untuk tatapan umum.

Jurugambar dari Brazil itu merupakan orang yang paling bertuah kerana sewaktu dia merakam gambar, cicak berkenaan sedang berjemur di atas batu.

Mwanza Flat-Headed Agama

Kisah mengenai penemuan spesis cicak itu akhirnya mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa. Ia menjadi tajuk berita hangat yang diperkatakan semua orang yang ingin mengetahui lebih lanjur tentang kehidupan spesis tersebut.

Menurut seorang pakar haiwan di kedai Exotic-pets.co.uk, Karen Baker, nama saintifik bagi reptilia ini adalah Mwanza Flat-Headed Agama.

Spesis ini tergolong dalam kumpulan spesis cicak yang dikenali sebagai Agamidae. Ia boleh ditemui di tiga buah negara iaitu Tanzania, Rwanda dan Kenya.

Reptilia ini merupakan sejenis spesis cicak yang hidup secara berkumpulan. Kebiasaannya, dalam setiap kumpulan haiwan ini akan diketuai oleh seekor cicak jantan yang dominan.

Mwanza Flat-Headed Agama [3]
Cicak jantan mempunyai dua struktur warna iaitu merah dan biru.

Cicak jantan biasanya mempunyai dua ton warna iaitu merah pada bahagian kepala dan belakang badan. Manakala, warna biru pula boleh dilihat pada bahagian kaki depan, kaki belakang, ekor dan bawah perut. Berbeza dengan cicak betina, keseluruhan badannya berwarna coklat kehitaman.

Habitat utama reptilia ini selalunya di celah-celah kawasan berbatu, gua dan pokok kayu. Makanannya pula adalah cengkerik, lipas, buah-buahan dan ulat.

Dan berdasarkan rekod kajian sebelum ini, cicak tersebut mampu hidup sehingga 15 tahun.

-Sentiasapanas.com

Wednesday, July 09, 2014

Ngeri! Video Badan Hancur Angkara Mercun!

Ngeri! Video Badan Hancur Angkara Mercun!

Tragedi ngeri anggota badan putus dan hancur tidak pernah sunyi terutamanya menjelang bulan Ramadhan.

Ngeri!

Malangnya, tiada sebarang pengajaran diambil untuk mengelak tragedi sama daripada berulang.

Setiap kali Ramadhan mejelang pasti ada kisah anak-anak muda yang hilang anggota akibat mercun.

Tapi tunjuklah macam mana kesakitan atau penyesalan mangsa mercun ini, tetap ada yang tak mahu ambil pengajaran dan bermain mercun saban tahun.

Bagaimanapun kalau tunjuk pada budak-budak video di bawah yang dikatakan mangsa mercun di Indonesia, tak tahulah kalau mereka masih tak rasa gerun.

Dalam video di bawah, orang ramai menjadi gempar apabila seorang budak diusung dalam keadaan masih bernyawa namun bahagian kaki dan separuh badan hancur gara-gara mercun.

Memang ngeri.. harap-harap yang menonton insaf untuk tidak lagi menyentuh mercun selepas ini.

BACA INI JUGA: Sungai Paling Ngeri Dan Menjijikkan Di Dunia!


Sumber: Mynewshub

Hannibal, Kisah Sebenar Watak Pembunuh Terkenal

Hannibal, Kisah Sebenar Watak Pembunuh Terkenal

Alfredo Balli Trevino adalah satu nama yang tidak membawa apa-apa makna pada kebanyakan orang sehinggalah pada tahun 2013.

Hannibal

Doktor dari Mexico ini rupa-rupanya adalah inspirasi sebenar di belakang watak fiksyen pembunuh terkenal Hannibal Lecter ciptaan Thomas Harris.

Hannibal Lecter adalah satu watak yang paling tenang dan menakutkan dalam sejarah layar perak.

Selama lebih dua dekad eksploitasi watak Dr. Hannibal Lecter, seorang psikiatri cemerlang, pembunuh bersiri dan seorang kanibal, mempunyai beberapa ansuran filem yang mengujakan serta yang paling baru adalah siri TV hit yang mendapat sanjungan pengkritik.

Kini, Thomas Harris, pencipta raksasa itu mendedahkan identiti lelaki sebenar yang mengilhamkan beliau adalah seorang doktor gay dari Mexico yang membunuh kekasihnya sendiri yang membawa kepada penyesalan ke atasnya sehingga di hari kematiannya.

The Silence of The Lambs Novel

Rahsia itu didedahkan Harris dalam edisi ulang tahun ke 25 novel "The Silence of The Lambs", di mana dalam pengenalan khas, beliau telah mendedahkan siapa lelaki sebenar di belakang doktor jahat yang menyebabkan ramai orang tidak tidur lena dan kemudiannya menjadi terkenal melalui lakonan mantap Sir Anthony Hopkins di layar besar.

Meskipun Harris menggunakan nama samaran "Dr. Salazar" demi melindungi identiti sebenar, maklumat yang diberikan sangat padan dengan kes liputan media Mexico pada awal 1960an mengenai seorang pelatih perubatan yang menjadi pesalah terakhir di Mexico yang dikenakan hukuman mati.

Lelaki itu adalah Balli Trevino yang disabitkan kesalahan membunuh rakan sentimentalnya, Jesus Castillo Rangel.

Dia juga didakwa secara rahsia menanam mayat mangsa dan pencerobohan profesion, namun hukumannya telah dikurangkan kepada 20 tahun di Topo Chico Penitentiary di Nuevo Leon.

Pembunuhan

Hannibal [2]

Pada petang 8 Oktober 1959, Jesus Castillo Rangel dan Alfredo Balli Trevno terlibat dalam pergaduhan sesama mereka. Ada yang memberitahu Castillo Rangel kononnya berkata dia mahu meninggalkan Trevino dan mencetuskan perbalahan itu.

Menurut sumber yang rapat dengan keluarga itu, Jesus dan Alfredo saling mengenali sejak di sekolah tinggi dan Jesus telah bekerja sebagai doktor untuk satu tempoh yang agak lama.

Dia mula menyebabkan beberapa masalah, enggan membayar semula wang yang dipinjamkan Alfredo kepadanya malah sehingga mencederakan Alfredo dengan pemutar skru.

Sesetengah orang pula mendakwa kedua-duanya merupakan pasangan kekasih sebelum Jesus berkahwin dengan seorang perempuan yang mencetuskan kemarahan Alfredo dan itulah motifnya.

Menurut fail laporan polis mengenai kes itu, selepas keduanya bergaduh, Alfredo menggunakan helah lama, "melekapkan kain pada mulut untuk memengsankan Jesus.

Setelah mangsanya tidak sedarkan diri, dia menyuntik mangsa dengan dadah lain untuk memastikan lelaki itu benar-benar pengsan dan membawanya ke bilik rundingan.

Setibanya di sana, dia meletakkan Jesus ke dalam tab mandi, membuka air dan mengeluarkan darah dari tubuh mangsa.

Alfredo kemudian meletakkan tubuh Jesus yang sudah tidak bernyawa ke atas pengusung dan menghiris mangsa sehingga dia boleh dimuatkan ke dalam sebuah kotak.

Doktor itu kemudian meletakkan kotak tadi ke dalam keretanya dan memandu ke rumah Francisco Carrero Villareal, yang bekerja dengannya dari masa ke semasa dan tanpa mengetahui isi kandungan kotak itu.

Tidak lama kemudian, Francisco dan Alfredo pergi ke ladang di mana bapa saudara Francisco, Guadalupe Villareal menunggu mereka berdua untuk memberikan alat untuk menanam kotak itu. Saudara-mara itu hanya diberitahu yang kotak tadi mengandungi sisa ubat yang tidak penting.

Keesokan paginya, Manuel Ovalles, salah seorang daripada pekerja Guadalupe yang merupakan seorang pengembala, mengekori salah seekor daripada lembu-lembunya yang tertinggal dari kumpulannya. Dia menemui sekelompok batu-batu yang dirasakannya pelik lantas menghubungi pihak berkuasa.

Ianya tidak mengambil masa yang lama untuk polis menjumpai mayat dan orang yang bertanggungjawab.

Ketua kes pembunuhan Eusebio Lara dan Komander Alfonso Gonzales berpura-pura menjadi pesakit dan menahan Alfredo di pejabatnya.

Alfredo cuba merasuah polis itu dengan dua buah kereta, pejabatnya dan sebuah farmasi milik bapanya namun gagal dan ditahan untuk di soal siasat.

Alfredo dijatuhi hukuman mati lantas menjadi pesalah terakhir yang dijatuhkan hukuman mati. Walau bagaimanapun, hukumannya dikurangkan kepada penjara selama 20 tahun dan telah dibebaskan selepas menjalani hukuman itu.

Penduduk di Monterrey lokasi di mana doktor itu tinggal memulakan spekulasi jika dia telah membunuh individu lain, namun polis gagal mengaitkannya dengan jenayah-jenayah lain.

Wartawan muda

Harris Hannibal

Harris yang pada ketika itu seorang wartawan muda berusia 23 tahun telah dihantar ke Penjara Nuevo Leon State, Monterrey untuk menemubual pesakit mental bernama Dykes Askew Simmons yang dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh tiga lelaki muda.

Sepanjang di sana, Harris telah bertemu dengan "Dr. Salazar" yang telah menyelamatkan nyawa Simmons selepas dia cedera dalam penjara dan mengambil keputusan untuk turut menemubual lelaki itu bagi menambah kandungan dalam penuulisannya.

Hanya kemudian Harris dimaklumkan mengenai sejarah Dr. Salazar daripada warden penjara. Mengimbas kembali pertemuannya, Harris dipetik menulis, "Dr. Salazar merupakan seorang lelaki bertubuh kecil dengan rambut merah gelap.

"Dia berdiri sangat tegak dan ada tarikan tertentu mengenai lelaki itu. Selepas berbual dengannya seketika, warden menghantar saya keluar.

"Saya ucapkan terima kasih kerana masa yang dia luangkan. Saya bertanya kepadanya sudah berapa lama Dr. Salazar bekerja di sana.

"Encik! Kamu tak tahukah siapa dia itu? Warden itu berpaling kepada saya, "Doktor itu seorang pembunuh.

"Sebagai pakar bedah, dia boleh memasukkan mangsanya ke dalam kotak yang sangat kecil. Dia tidak akan meninggalkan tempat ini. Dia gila!"

Sehingga kini, Alfredo dikenali sebagai "Doktor pembunuh", "Raksasa dari Talleres" dan "Pontianak Balli".

Dia mati pada tahun 2009 selepas meluangkan hari-hari selepas penjaranya dengan menjalankan perubatan di pejabat lamanya tempat yang sama di mana dia membunuh Jesus Castillo Rangel.

BACA INI JUGA: Gilles de Rais, Bangsawan Pembunuh Kejam!

-Sentiasapanas.com

Brazil Terburuk 100 Tahun, Klose Penjaring Terbanyak Piala Dunia

Brazil Terburuk 100 Tahun, Klose Penjaring Terbanyak Piala Dunia

Maruah Brazil dicalar apabila dibelasah Jerman 7-1 untuk layak ke final Piala Dunia pada hari yang menyaksikan Miroslav Klose melakar rekod baru muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam temasya Piala Dunia.

Miroslav Klose 16 Goals [2]

Belum pernah Brazil menanggung kekalahan besar seperti ini dalam mana-mana kejohanan antarabangsa dengan benteng rapuh sebegini ketika membenarkan jentera serangan Jerman menjaringkan empat gol dalam tempoh 18 minit pertama dengan tiga gol hanya dalam tempoh 179 saat sahaja.

Wajah-sedih-Brazil
Wajah-wajah peminat yang sedih.

Thomas Mueller membuka tirai jaringan pada minit ke 11, Klose selepas 23 minit, Toni Kroos menambah derita dengan gol minit ke 24 dan 26, Sami Khedira minit ke 29 dan pemain gantian, Andre Schuerrle menambah dua lagi selepas rehat pada minit ke 69 dan 79.

Oscar menyumbat gol sagu hati Brazil pada minit ke-90.

Rekod Baharu Penjaring Terbanyak

Miroslav Klose 16 Goals

Miroslav Klose mencipta rekod baharu Piala Dunia apabila menjaringkan gol ke 16 ketika menentang Brazil dalam separuh akhir di Stadium Mineirao.

Penyerang Lazio berusia 36 tahun itu sebelum ini menyamakan rekod lama iaitu 15 gol ciptaan Ronaldo ketika meledak satu ketika menentang Ghana dalam saingan peringkat kumpulan pada 22 Jun lalu.

Klose adalah pemain ketiga dalam sejarah Piala Dunia menjaringkan gol pada empat edisi berlainan dan dia juga penjaring terbanyak Jerman dengan 71 gol daripada jumlah 135 penampilan untuk skuad negara.

Seperkara lagi, Jerman tidak pernah kalah dalam perlawanan dia menjaringkan gol.

INFO:

Berikut pecahan gol jaringan Miroslav Klose
  • Piala Dunia 2002 – 5 gol
  • Piala Dunia 2006 – 5 gol
  • Piala Dunia 2010 – 4 gol
  • Piala Dunia 2014 – 2 gol

Lima penjaring terbanyak Piala Dunia
  • 16 – Miroslav Klose (Jerman)
  • 15 – Ronaldo (Brazil)
  • 14 – Gerd Muller (Jerman)
  • 13 – Just Fontaine (Perancis)
  • 12 – Pele (Brazil)

Saksikan video 16 gol Miroslav Klose dibawah;



Tuesday, July 08, 2014

Gajah Menangis Di Bebaskan Selepas 50 Tahun Dirantai

Gajah Menangis Di Bebaskan Selepas 50 Tahun Dirantai

NEW DELHI – Rupa-rupanya bukan hanya manusia yang boleh menangis ketika  merasa gembira, seekor gajah juga boleh menangis dikala berbahagia.

Raju Elephant Uttar Pradesh, India

Seekor gajah bernama Raju dirantai selama 50 tahun, diseksa dan juga dipukul. Kakinya juga luka akibat terlalu lama dirantai.

Yang ajaibnya, Raju menangis ketika dibebaskan oleh satu pasukan penyelamat!

Raju bertahan hidup dari makanan yang diberikan para pelancong yang berkunjung ke tempat dia dirantai di Uttar Pradesh, India.

Namun, makanan itu tidak mencukupi bagi Raju sehingga dia perlu mengalas perutnya dengan memakan plastik dan kertas.

Namun, minggu lalu, sebuah pertubuhan hak asasi haiwan Britain, Wildlife SOS-UK, melakukan operasi menyelamat pada tengah malam. Para pembantu Raju berkata, mereka melihat haiwan besar itu menitiskan air mata ketika rantai yang mengekangnya selama setengah abad dilepaskan.

Raju Elephant Uttar Pradesh, India [2]

“Raju dirantai 24 jam setiap hari, benar-benar perbuatan yang kejam. Pasukan kami sangat terkejut melihat air mata mengalir di wajah Raju ketika penyelamatan dilakukan,” kata Pooja Binepal dari Wildlife SOS-UK.

“Keadaan sangat emosional. Di dalam hati, kami tahu, gajah itu sedar dia sedang dibebaskan,” tambah Pooja.

Menurut Pooja lagi, gajah adalah haiwan luar biasa dengan kecerdasan yang cukup tinggi.

“Sehingga gajah itu dibebaskan, Raju seperti tidak memahami apa rasanya kebebasan. Namun, hari ini dia akan mengetahuinya dan akan mempelajari nikmat sebuah kebebasan,” ujar Pooja.

Seramai 10 doktor haiwan dan pakar hidupan liar bergabung dalam operasi yang dijalankan pada waktu tengah malam itu. Selain itu, pasukan penyelamat juga dibantu 20 anggota Suruhanjaya Perhutanan dan dua polis.

Raju Elephant Uttar Pradesh, India [3]

Penyelamatan Raju dilakukan pada waktu tengah malam untuk menghindarkan haiwan itu dari sengatan panas di kawasan Uttar Pradesh. Operasi ini dilakukan setahun selepas Wildlife SOS-UK mendapat maklumat dari Jabatan Perhutanan Uttar Pradesh.

Sebelum operasi pembebasan ini, mahkamah sudah memutuskan bahawa negara mengambil alih pemilikan Raju.

“Tak banyak yang boleh diketahui berkaitan masa-masa awal kehidupan Raju. Kami yakin dia diambil dari ibunya ketika masih bayi,” kata Pooja.

Para pemburu berkemungkinan membunuh ibu Raju atau menggiring kawanan gajah itu ke dalam perangkap khusus untuk menangkap anak gajah.

“Anak gajah yang ditangkap biasanya dipukul hingga menurut perintah pemilik barunya. Semangat mereka dipatahkan,” papar Pooja.

Bagi Raju pula, kata Pooja, kisahnya jauh lebih tragis. Gajah ini sudah dijual 27 kali. Ketika Wildlife SOS-UK menemui Raju, haiwan itu dalam keadaan yang sangat menyedihkan.

“Dia tak mempunyai tempat berlindung pada waktu malam dan digunakan sebagai alat mengemis dari pagi hingga petang. Dia tidak diberi makanan yang mencukupi dan dalam keadaan kelaparan serta keletihan,” ujar Pooja.

Raju Elephant Uttar Pradesh, India [4]

Selepas mahkamah memutuskan untuk “merampas” Raju, sebuah pasukan yang dipimpin pengasas Wildlife SOS, Kartick Satyanarayan, melakukan pengintipan selama dua hari kerana bimbang pemilik Raju akan melarikan diri.

“Kami perlu bertindak cepat kerana keadaan yang menimpa Raju sangat buruk dan penyeksaannya sangat ekstrem,” kata Kartick.

“Pemiliknya mencabuti bulu ekornya untuk dijual sebagai tangkal. Ekspolitasi ini harus dihentikan,” tambah Kartick.

Ketika operasi menyelamat dilakukan, pemilik Raju masih berusaha untuk menghalang kerja pasukan.

“Dia mula meneriakkan perintah untuk menakutkan Raju dan cuba untuk memprovokasi dia. Keadaan itu mengundang bahaya kerana seekor gajah boleh membunuh manusia dengan begitu mudah apabila merasa terancam,” kata Kartick.

“Dia (pemilik Raju) kemudian memasang rantai di kaki Raju untuk mencegah kami memindahkannya. Rantainya sangat kuat sehingga membuat kaki Raju terluka,” tambah Kartick.

Raju Elephant Uttar Pradesh, India [5]

Namun, pasukan penyelamat bertegas tidak akan berundur. Ketika itulah ahli pasukan penyelamat melihat air mata mengalir di wajah Raju.

“Tidak perlu diragui lagi penderitaan yang dialami Raju. Namun pada masa yang sama, dia merasakan perubahan akan datang. Ini kali pertama dia merasakan sebuah harapan,” kata Kartick.

Pasukan akhirnya berjaya melepas Raju dan mengangkutnya ke dalam sebuah trak. Ia kemudian dibawa ke lokasi pemuliharaan dan pusat pemulihan gajah milik Wildlife SOS di Mathura, kira-kira 560 kilometer dari “rumah” lama Raju.

Raju Elephant Uttar Pradesh, India [8]

“Ini kali pertama Raju melangkah dengan bebas selepas tengah malam, 4 Julai lalu. Dua gajah lain di pusat ini bangun dan melihat kami datang bersama Raju. Detik-detik yang sangat luar biasa,” ujar Kartick.

Raju kemudian diberi makan pisang, daun pisang, mangga, roti dan biskut, serta air yang melimpah. Doktor mengambil masa selama 45 minit untuk melepaskan sisa rantai di kaki Raju.

“Empat pawang memujuk Raju dengan lembut untuk duduk dan akhirnya kami boleh melepaskan semua rantai dari kaki gajah itu,” kata Kartick lagi.

Raju menjalani masa pengasingan selama seminggu sebelum bergabung dengan dua gajah lain, Rajesh dan Bhola, yang juga pernah bernasib sama.

Raju Elephant Uttar Pradesh, India [9]

Wildlife SOS yang bergantung kepada derma untuk aktiviti pemuliharaan kini sedang mengumpul dana sebanyak $10,000 pound untuk membantu Raju memulakan kehidupan baru. –Kompas.com