Saturday, July 12, 2014

Selebriti Wanita Malaysia Berhijab Fashionista!


Bergelar selebriti sudah tentu mereka inginkan variasi gaya yang berbeza setiap kali tampil di pentas mahupun kaca televisyen agar penonton tidak jemu melihat mereka.

Jom kita terokai antara selebriti wanita berhijab yang boleh dikategorikan sebagai seorang yang fashionista!

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Mula berhijab sepenuhnya pada awal tahun lalu, Siti dilihat semakin ayu dan menawan berbanding hanya mengenakan tudung pada sebahagian kepalanya.

Bijak bergaya dengan fesyen-fesyen terkini, penggayaan hijabnya penuh variasi mengikut kesesuaian majlis dan situasi dan baru-baru ini melancarkan koleksi tudungnya hasil kerjasama bersama Ariani.

Natasha Hudson

Natasha Hudson

Isteri kepada Carleed Khaza ini juga telah dilantik sebagai duta terbaru produk kecantikan Aura White bersama Amyra Rosli yang menggantikan duta sebelum ini iaitu Hanez Suraya.

Pelakon kacukan berusia 31 tahun ini semakin selesa dengan kerjaya barunya sebagai seorang pereka fesyen busana muslimah di bawah jenama Dream Cloud by NH.

Natasha yang merupakan seorang model semestinya lebih tahu bagaimana untuk bergaya semenjak mengenakan hijab.

Ayu Raudhah

Ayu Raudhah

Isteri kepada pemain bola sepak ATM iaitu Zaquan Adha ini memang sudah dikenali dengan imej wanita ayu bertudung sejak popular dengan drama hebat "Nur Kasih" lakonan bersama Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan Fizz Fairuz.

Pemilik nama sebenar Raudhah Che Wan ini tidak kurang hebatnya dalam bergaya walaupun sudah bertudung.

Ayu juga turut menjadi model dalam memperagakan koleksi hijab milik butik kakaknya aktres Rozita Che Wan iaitu Padusi Couture.

Diana Amir

Diana Amir

Isteri kepada bekas pensyarah UiTM Merbok Kedah, Mohd Habibullah A Rahman ini sememangnya cantik dan anggun ketika di awal penghijrahannya untuk memakai tudung.

Kerjayanya sebagai seorang pelakon dilihat telah pun berkurangan semenjak mendirikan rumah tangga dan mula berjinak-jinak menjadi pengacara untuk rancangan "SIS" yang bersiaran di TV9.

Selain itu, Diana juga sudah mula mengeluarkan jenama busananya sendiri yang menggunakan namannya iaitu Diana Amir Exclusive (DA'e).

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Peka dengan perkembangan bisnes muslimah yang semakin mendapat tempat di negara, Heliza turut melibatkan diri di dalam arena fesyen dengan menubuhkan jenama Falah Abiyana yang menampilkan rekaan terkini khas buat wanita Muslim di luar sana.

Bekas finalis rancangan realiti Akademi Fantasia musim kelima ini semakin sepi dalam karier nyanyiannya dan lebih menumpukan kepada syarikat miliknya Heliza Helmi Entertainment.

Irma Hasmie

Irma Hasmie

Mengikuti jejak langkah selebriti bertudung lain, Irma juga turut membuka perniagaan berasaskan fesyen muslimah berjenama Debumas yang menampilkan koleksi jubah ringkas namun tetap menawan.

Walaupun sudah bergelar seorang ibu kepada anak lelakinya Irfan, namun dirinya masih kekal jelita dan pakar dalam menjaga kecantikan.

Jadi tidak hairanlah mengapa Irma dilantik sebagai jurucakap bagi produk kecantikan jenama Radiglow.

Irma kini sedang sarat mengandung anak keduanya dan dikhabarkan bakal mendapat bayi perempuan yang dijangka bersalin pada 18 Julai depan.

Shila Amzah

Shila Amzah

Penyanyi yang sedang memuncak kerjayanya di persada muzik China masih kekal dengan imej berhijabnya walaupun hidup di negara orang.

Sejak mengenakan hijab, Shila dilihat semakin bergaya dan hebat dalam mensuai padankan pakaiannya agar lebih kelihatan ranggi dan moden.

Walaupun pernah dihimpit kontroversi akibat seluar leggingnya yang menyerupai warna kulit, namun anak sulung kepada penyanyi N.D Lala ini semakin peka dengan pemilihan hijab dan pakaiannya kini.

Yatt Hamzah

Yatt Hamzah

Lebih dikenali sebagai Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah ini bijak dalam menggayakan hijab dan busana rekaannya yang dijual dengan label Suci by Yatt Hamzah.

Selain sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang pengacara, Yatt juga kerap dijemput sebagai panel undangan di forum dan majlis agama.

Walaupun, sudah bertudung litup dan berhijrah, Yatt masih pandai bergaya dan kelihatan manis dan cantik.

BACA INI JUGA: Noor Tagouri, Wanita Berhijab Pertama Tampil Dalam Majalah Playboy!

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon