Thursday, June 14, 2018

5 Komputer Riba Termahal Di Dunia

5 Komputer Riba Termahal Di Dunia

Dengan kemajuan teknologi yang sangat canggih dan pesat membangun, kini kita boleh memilih pelbagai jenis jenama komputer riba dengan spesifikasi yang sangat mengagumkan pada harga yang berpatutan namun, terdapat beberapa model komputer riba yang jauh daripada jangkauan kemampuan orang kebanyakan.

Kami kongsikan 5 komputer riba paling mahal di dunia.

1. Luvaglio

5 Komputer Riba Termahal Di Dunia

Berada di tangga pertama senarai ini adalah laptop yang lebih mahal daripada sebuah kereta sport, iaitu Luvaglio.

Luvaglio adalah komputer riba dari United Kingdom dan merupakan komputer riba yang dihasilkan menggunakan tangan pertama di dunia.

Walaupun tersangat mahal, namun ibu pejabatnya adalah di kawasan teres di London Barat.

Spesifikasi komputer riba ini boleh dipesan mengikut cita rasa anda malah, pelanggan boleh memilih sendiri bahan yang digunakan untuk menghasilkan luaran komputer ini termasuklah kayu, logam atau lain-lain.

5 Komputer Riba Termahal Di Dunia

Namun kosnya tetap juga sama kerana butang kuasa komputer ini mempunyai berlian yang sangat jarang ditemui.

Luvaglio juga hanya boleh diakses dengan cap jari pemilik sahaja dan hanya boleh dibeli melalui pesanan.

Versi standard komputer ini datang dengan skrin LED 17 inci dengan pemacu Blue-Ray, 128GB ruang simpanan dan salutan silau anti-reflektif yang direka khas untuk imej yang lebih jelas dan cerah.

Harganya? USD$1 juta!

2. Tulip E-Go Diamond

5 Komputer Riba Termahal Di Dunia

Dengan harga setinggi USD$355,000 RM1.4 juta, komputer riba Tulip ego Diamond merupakan yang kedua termahal di dunia.

Jika dilihatkan pada luarannya ia tak ubah seperti seutas bag. Tulip dikeluarkan pada hujung tahun 2006 dan mempunyai dua versi iaitu berlian dan platinum.

Apa yang membuatkan harganya mencecah jutaan ringgit adalah kerana ia bertatahkan plat emas putih 80 karat dan berlian. Ia juga dipasangkan dengan dua potongan batu delima pada logo Tulip.

Dan jika ia tidak dipasangkan batu-batu permata ini, ia masih berada di kelas tersendiri kerana penghasilannya menggunakan teknik overmolding yang membolehkan pelbagai jenis bahan digunakan pada badannya termasuklah fabrik, kulit, kayu dan juga logam.

Idea asal adalah untuk menghasilkan produk daripada perspektif wanita yang pada pandangan pertama laptop ini boleh kelihatan seperti satu aksesori fesyen. Ia telah menghasilkan komputer riba berbentuk seutas beg tangan yang elegan.

Dari segi spesifikasinya pula, ia dilengkapi dengan cakera keras berkapasiti 160GB dengan 2GB RAM, sistem audio refleks Bass, pemproses AMD Turion 64-bit, paparan 12 inci dan kad grafik ATI Radeon Xpress 200.

3. Macbook Pro Emas 24 karat

Macbook Pro Emas 24 karat

Di senarai ketiga adalah Macbook Pro emas 24 karat yang dikeluarkan pada awal tahun 2013. Pasti peminat tegar jenama Apple bergetar tulang rusuk melihat laptop ini kan?

Seperti yang dijelaskan oleh namanya, komputer riba ini disalut dengan emas 24 karat di keseluruhan bahagian luar dan sebahagian dalamannya yang menjadikan harganya setinggi USD$30,000 RM119,685.

Bahagian bukan logam seperti papan kekunci dan trackpad dicat dengan warna emas untuk sepadan dengan emas 24 karat ini.

Bagi bahagian logo Apple pula dihasilkan dengan beberapa warna seperti hijau, putih dan lain-lain.

Dari segi spesifikasinya pula, komputer ini sama seperti MacBook Pro yang lain. Ia dikuasakan dengan pemproses 2.4GHz Interl Core Duo dan dilengkapi dengan memori DDR2 4GB 667MHZ, pemacu dalaman 160GB, grafik NVIDIA GeForce 8600M GT dan paparan TFT 15.4 inci.

4. Ego Bentley

5 Komputer Riba Termahal Di Dunia

Jika terdapat kereta jenama Bentley, jangan terkejut jika ada komputer riba Bentley.

Pengeluar komputer ini iaitu Ego telah berkolaborasi dengan syarikat kereta mewah Inggeris, Bentley Motors untuk menghasilkan komputer riba mewah berharga USD$19,943 (RM79,560) ini.

Ia kelihatan serupa seperti iBook Clamshell 199 dan buatan tangan. Di bahagian luar, Ego dipasangkan dengan kulit asli bertatahkan berlian dengan logo Bentley di tengah-tengah.

Bingkai Ego disalut dengan emas putih luar dan dalam serta pemegangnya diperbuat daripada krom.

Komputer ke-4 termahal di dunia dikuasakan oleh pemproses AMD 64 dengan paparan 12.1 inci dan RAM 2GB.

Jika dilihatkan pada rupa bentuknya, ia lebih sesuai dengan wanita.

5. Acer predator 21X

5 Komputer Riba Termahal Di Dunia

Acer Predator 21x adalah komputer yang paling hebat dari segi spesifikasi, namun berada di tangga terakhir dari segi harga iaitu USD$8,999 (RM35,900) dan mempunyai skrin lengkung dengan saiz paparan yang sangat besar iaitu 21 inci.

Disebabkan saiznya yang lebih besar daripada komputer riba biasa, ia menjadikan komputer ini seberat 8.8 kilogram.

Ia juga diiktiraf sebagai komputer riba paling hebat untuk peminat permainan video, disebabkan oleh spesifikasinya.

Ia dikuasakan oleh pemproses Intel Core i7-7820HK 2.90 GHz dengan RAM 64GB DDR4 dan paparan 21 inci.

Apa yang lebih dahsyat mengenai komputer ini adalah ia dilengkapi dengan 2 kad grafik Nvidia GTX 1080 yang pasti menjadi idaman semua penggemar permainan video.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Tuesday, June 12, 2018

5 Hidangan Makanan Paling Mahal Di Dunia Yang Hanya Mampu Di Nikmati Golongan Kaya

5 Hidangan Makanan Paling Mahal Di Dunia Yang Hanya Mampu Di Nikmati Golongan Kaya

Tahukah anda ada sesetengah makanan yang harganya lebih mahal daripada sebuah kereta dan kadang-kala mencecah nilai sebuah rumah? Ya! Macam tidak percaya, kan?

Namun, ada segelintir masyarakat yang sanggup menghabiskan banyak wang hanya untuk menikmati makanan yang mewah itu.

Perkara ini menimbulkan persoalan, apa sebenarnya terkandung dalam makanan tesebut sehingga dijual begitu mahal kepada pembeli?

Berikut adalah lima makanan termahal di dunia:

1. Daging Wagyu - AS$2,800

5 Hidangan Makanan Paling Mahal Di Dunia

Menurut sumber, daging ini merupakan sajian golongan atasan di Jepun dan kelompok elit di seluruh dunia.

Malah, rasa daging ini juga jauh lebih enak serta lembut berbanding daging lembu biasa.

2. Pizza Royale 007’ - AS$4,200

5 Hidangan Makanan Paling Mahal Di Dunia

Piza termahal ini dihasilkan daripada ramuan yang mahal seperti ikan salmon Scotland, kaviar, udang, champagne dan daging rusa.

Bukan itu sahaja, lapisan atas piza bersaiz 12 inci ini dibuat daripada kepingan emas 24 karat yang boleh dimakan.

3. Tembikai Yubari – AS$22,872

5 Hidangan Makanan Paling Mahal Di Dunia

Tembikai yang digelar sebagai 'raja buah' ini dijual pada harga yang tinggi kerana rasanya yang manis dan sempurna.

Buah ini merupakan hasil kacukan dua jenis tembikai eksotik dari daerah Yubari, Jepun.

4. Almas beluga caviar - AS$28,000

5 Hidangan Makanan Paling Mahal Di Dunia

Kaviar dihasilkan daripada telur sturgeon albino yang hanya boleh ditemui di Laut Kaspia.

Bungkusan hidangan mewah yang diimport dari Iran ini diperbuat daripada emas 24 karat.

5. Trufel Putih (trifola d’Alba) – AS$160,406

5 Hidangan Makanan Paling Mahal Di Dunia

Trufel, sejenis cendawan mewah yang berasal dari Itali ini merupakan trufel terbesar dan termahal di pasaran.

Menurut sumber, cendawan ini dijual pada harga yang tinggi kerana masa yang diambil untuk tumbuh agak lama, menyebabkan harga sekilo trufel mencecah ribuan dolar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Wednesday, April 25, 2018

5 Negara Remaja Hilang Teruna dan Dara Pada Usia Muda

5 Negara Remaja Hilang Teruna dan Dara Pada Usia Muda

Bagi masyarakat yang tetap berpegang teguh kepada agama, hubungan seks sebelum perkahwinan merupakan sesuatu perbuatan yang tetap dielakkan tetapi bagi beberapa kelompok masyarakat dunia lain pula, mereka memandang perkara itu sebagai salah satu tuntutan manusia yang perlu dipenuhi, asalkan pihak yang terlibat memberikan persetujuan bersama.

5 Negara Remaja Hilang Teruna dan Dara Pada Usia Muda

Tahukah anda di negara mana masyarakatnya paling pantas melakukan hubungan seks ketika usia muda?

Berikut adalah 5 negara di dunia yang masyarakatnya tidak sabar-sabar menghadiahkan teruna dan dara mereka pada usia muda.

1. Iceland

Masyarakat Iceland adalah masyarakat paling cepat melakukan hubungan seks di dunia, dengan purata usia 15.6 tahun ketika melakukan seks kali pertama.

2. Denmark

Dinobatkan beberapa kali sebagai negara paling gembira di dunia, masyarakat Denmark secara majoritinya mengamalkan ajaran Kristian cabang Protestan sama seperti negara-negara Scandinavia lain.

Antara negara terbaik dalam mengawal selia jurang antara jantina dalam masyarakat mereka, masyarakat Denmark dilaporkan mengadakan hubungan seks kali pertama pada purata usia 16.1 tahun.

3. Sweden

Negara yang memberikan kita perabot IKEA ini majoritinya mengikut pegangan Lutheranism serupa dengan Finland dan Norway.

Bagaimanapun, jumlah pengikut Lutheranism di Sweden semakin lama semakin menurun sejak tahun 1970.

Sweden adalah antara negara di dunia yang membenarkan pelacuran tetapi menjadikan melanggan pelacuran sebagai satu jenayah dan sukar untuk mengerti apa tujuan sebenar undang-undang itu.

Mempunyai purata usia 16.2 tahun ketika pertama kali melakukan seks.

4. Finland dan Norway

Dua buah negara yang kerap dikagumi rakyat Malaysia berikutan kejayaan mereka membangunkan negara dari segi struktur masyarakat, dua negara ini secara majoritinya mengikut pegangan Lutheranism dalam agama Kristian.

Bagaimanapun, itu tetap tidak menghalang masyarakat dua negara ini mengamalkan hubungan seks pada usia muda dengan purata usia 16.5 tahun ketika melakukan hubungan seks kali pertama.

5. Israel

Rakyat negara Israel yang secara majoritinya menganut agama Judaism merupakan antara masyarakat dunia paling cepat melakukan hubungan seks, dengan purata usia 16.7 tahun ketika seks kali pertama.

Apa yang memelikkan, kesalahan zina dalam Judaism ada disebutkan dalam ajaran agama mereka dan hukumannya pula, agak mirip dengan hukuman penzina dalam ajaran Islam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Saturday, March 31, 2018

5 Beg Tangan Wanita Paling Mahal Di Dunia

5 Beg Tangan Wanita Paling Mahal Di Dunia

Beg tangan adalah antara barangan yang paling banyak dikumpulkan oleh wanita walaupun ada yang tidak digunakan dan hanya dikumpulkan kerana minat.

Antara faktor yang menyebabkan sesuatu beg tangan itu menarik adalah rekabentuk, warna, jenama dan juga harga.

Sesetengah wanita sanggup menghabiskan sejumlah wang yang sangat banyak demi mendapatkan beg tangan yang diingini, sehingga mencecah puluhan malah ratusan ribu ringgit.

Kami ingin berkongsi 5 beg tangan paling mahal pernah terjual.

1. The 1001 Nights Diamond Purse

5 Beg Tangan Wanita Paling Mahal Di Dunia

Beg tangan wanita termahal dunia ini merupakan keluaran House of Mouawad, sebuah syarikat barang kemas terkemuka dunia.

Beg tangan ini mendapat pengiktirafan daripada Guinness Book of World Records sebagai beg paling mahal di dunia dengan harga RM16.26 juta.

Beg The 1001 Nights Diamond ini memerlukan masa selama 8,800 jam untuk disiapkan, iaitu melebihi setahun oleh 10 orang professional.

Beg tangan ini dihiasi dengan 4,356 bentuk berlian lutsinar, 105 bentuk berlian kuning dan 56 bentuk berlian merah jambu dan disempurnakan dengan emas 18k.

2. Hermes Birkin

5 Beg Tangan Wanita Paling Mahal Di Dunia

Siapa tak kenal jenama Hermes, antara jenama beg tangan termahal di dunia. Beg yang badannya dihasilkan daripada 100% platinum adalah rekaan pereka dari Jepun iaitu Ginza Tanaka.

Tidak cukup dengan itu, beg ini diperhalusi dengan 2,000 bentuk berlian dan berlian 8 karat berbentuk pir.

Tali beg tangan ini dan berlian 8 karat itu boleh dijadikan sebagai gelang tangan atau rantai leher.

Harganya? RM8.13 juta!

3. Chanel Diamond Forever Classic

5 Beg Tangan Wanita Paling Mahal Di Dunia

Chanel juga berada di dalam senarai beg tangan termahal dunia mempertaruhkan keluaran Chanel Diamond Forever Classic, dengan harga yang tidak mampu milik iaitu RM1.12 juta.

Beg serba putih yang sangat mempesonakan ini mempunyai 334 bentuk berlian yang mana 3.56 karat setiap satunya dipasang pada emas putih 18 karat.

Tali bahu beg tangan ini juga diperbuat daripada emas putih dan jika anda ingin memilikinya, mungkin sudah terlambat kerana di atas muka bumi ini hanya terdapat 13 unit sahaja. Sayonara!

4. Lana Marks Cleopatra

5 Beg Tangan Wanita Paling Mahal Di Dunia

Mungkin ada di antara anda yang tidak pernah mendengar jenama ini, namun Lana Marks mengeluarkan beg tangan ke-4 termahal di dunia iaitu Cleopatra dengan harga RM1.07 juta.

Beg Cleopatra ini hanya dikeluarkan oleh Lana Marks setahun sekali sahaja dan bagi beg ini, ia diperbuat daripada kulit buaya berwarna perak metalik dan dihiasi 1,500 bentuk berlian hitam dan putih di atas emas putih 18 karat.

5. The Louis Vuitton Urban Satchel Bag

5 Beg Tangan Wanita Paling Mahal Di Dunia

Pasti anda sudah menjangkakan jenama Louis Vuitton akan berada dalam senarai ini namun, jika dilihat kepada beg ini, anda pasti berkata ia kelihatan seperti sampah yang dilekatkan pada beg dan dijual pada harga RM642,000.

Beg yang sangat eksklusif ini dihasilkan daripada kulit terbaik dihiasi dengan "urban charms".

Louis Vuitton menggunakan Ashley Olsen dalam pengiklanan ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Menurut Kajian, Beg Tangan Wanita Lebih Kotor Dari Tandas!

sumber: iluminasi

Sunday, March 25, 2018

5 Aplikasi Android Paling Mahal Di Dunia

5 Aplikasi Android Paling Mahal Di Dunia

Dalam ratusan ribu aplikasi Android yang disenaraikan dalam Google Play, pernahkah anda tertanya-tanya apakah aplikasi termahal yang dijual di Google Play?

Kali ini, kami ingin berkongsi senarai 5 aplikasi paling mahal yang dijual di Google Play.

1. Abu Moo Collection
Harga: $400 ($2400)


5 Aplikasi Android Paling Mahal Di Dunia

Aplikasi termahal yang dijual di Google Play adalah aplikasi Abu Moon Collection. Penciptanya telah mencipta 6 siri aplikasi ini dimana setiap satunya berharga $400, menjadikan jumlah keseluruhannya $2400.

Setiap satu aplikasi dalam siri ini hanya memaparkan sebuah ikon batu pertama di telefon pintar anda.

Apakah kegunaan aplikasi ini? Tiada. Hanya untuk menunjuk-nunjuk anda seorang yang kaya dan mampu membeli aplikasi ini.

2. The Most Expensive App
Harga: $400

5 Aplikasi Android Paling Mahal Di Dunia

Kegunaan dan fungsinya? Tiada. Ia hanya sebuah app semata-mata di mana apabila anda membukanya, ia akan memaparkan sebuah skrin hitam yang memaparkan tulisan “You’ll see a shiny diamond here" yang bermaksud, "Anda akan melihat sebuah berlian yang berkilat disini".

Rasanya, ia hanyalah prank bagi pengguna yang menggunakan kata kunci "The most expensive app" di Google Play.

3. Im Rich$
Harga: $384.99

5 Aplikasi Android Paling Mahal Di Dunia

Aplikasi yang tiada fungsi, sebaliknya hanya memaparkan gambar berlian yang memenuhi skrin telefon pintar anda.

Walau bagaimanapun, aplikasi ini tetap dimasukkan dalam senarai ini memandangkan ianya sebuah aplikasi yang sah dan dijual di platform Google Play.

4. Zollinger’s Atlas of Surgery
Harga: $249

5 Aplikasi Android Paling Mahal Di Dunia

Aplikasi yang berharga $249 ini mungkin aplikasi paling bermanfaat dalam banyak-banyak aplikasi yang ada dalam senarai ini.

Ianya adalah sebuah panduan perubatan yang menyenaraikan lebih 230 prosedur pembedahan sebenar.

Isi kandungannya diambil daripada buku Zolliger’s Atlas of Surgical Operations edisi ke-9 keluaran McGraw-Hill.

Aplikasi ini adalah untuk kegunaan para doktor membuat rujukan dan bukanlah untuk kegunaan orang awam.

5. Super Color Runner
Harga: $200

5 Aplikasi Android Paling Mahal Di Dunia

Aplikasi ini berharga $200 dan merupakan aplikasi permainan termahal. Ianya adalah sebuah permainan mudah dimana karakter dalam permainan tersebut akan berlari tanpa henti sambil mengelak halangan dan mengutip barangan yang ada.

Walau bagaimanapun, membelanjakan $200 untuk permainan sebegini sememangnya satu pembaziran.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Aplikasi Wajib Peranti Android Anda

sumber: iluminasi

Sunday, February 18, 2018

5 Binatang Paling Pemalas Di Dunia

5 Binatang Paling Pemalas Di Dunia

Kebanyakan bintang sememangnya sangat comel kerana itulah ramai dikalangan kita suka memeliharanya dirumah walaupun ada diantaranya memiliki harga yang sangat mahal.

Namun, tahukah pembaca sekalian bintang yang dianggap sebagai sangat pemalas di dunia?

Berikut kami senaraikan 5 haiwan paling pemalas yang akan tidur hampir sepanjang hari.

1. Koala (22 jam)

5 Binatang Paling Pemalas Di Dunia

Memang sekali tengok muka comel, tetapi tahukah anda Koala habiskan hampir 22 jam sehari semata-mata untuk tidur!

2. Sloth (20 jam)

5 Binatang Paling Pemalas Di Dunia

Sloth adalah binatang mamalia paling lambat. Sloth mengisi hidupnya dengan tidur selama 15-18 jam sehari.

Selain tidur, aktiviti lain sloth adalah makan.

3. Armadillo (19 jam)

5 Binatang Paling Pemalas Di Dunia

Armadillo hampir sama macam Tenggiling dan anak cengkerang akan menjadi pelindung bahagian dalam. Walaupun berkaki pendek, Armadillo boleh berlari dengan laju.

4. Opposum (19 jam)

5 Binatang Paling Pemalas Di Dunia

Opposum hampir serupa dengan hamster, akan tidur hampir sepanjang hari dan hanya bangun untuk mencari makanan.

5. Lemur (16 jam)

5 Binatang Paling Pemalas Di Dunia

Lemur ni kalau nak tahu berasal dari Madagaskar, binatang dalam kartun Madagascar tu la.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sajakongsi

Sunday, February 11, 2018

5 Pantang Larang Perlu Dielakkan Jika Melancong Ke Jepun

5 Pantang Larang Perlu Dielakkan Jika Melancong Ke Jepun

Jepun merupakan antara lokasi pilihan ramai rakyat Malaysia dan antara tempat yang menjadi pilihan termasuklah Tokyo dan Kyoto, namun tidak kiralah ke mana sekalipun anda pergi melancong, seeloknya kita perlu tahu budaya dan pantang larang setempat agar kita tidak dipandang rendah.

5 Pantang Larang Orang Jepun

Negara Jepun sememangnya terkenal dengan budaya lemah lembut dan sopan santun dan sekiranya anda merancang untuk ke Jepun dalam masa terdekat, pastikan anda tidak membuat pantang larang berikut.

1. Tidak Bercakap Atau Menggunakan Telefon Bimbit Dengan Suara Yang Kuat

Di mana-mana tempat awam sekalipun, menggunakan telefon bimbit atau bercakap melalui telefon bimbit secara kuat sehingga mengganggu ketenteraman awam adalah sesuatu yang perlu dielakkan sama sekali.

Begitu juga di Jepun, sekiranya di tempat awam seperti kereta api, anda akan mendengar pengumuman meminta agar pengguna telefon mematikan telefon atau menetapkan telefon dalam mod senyap.

Selain itu, jika anda perhatikan sekiranya terdapat telefon yang berbunyi di dalam kereta api, pemiliknya akan segera mematikannya dan menghantar mesej kepada pemanggil untuk menelefonnya semula kelak.

Perkara ini sepatutnya diamalkan di Malaysia. Kadang-kadang orang berbual di telefon sehingga boleh didengari satu gerabak kereta api.

2. Membuang Sampah Merata-rata

5 Pantang Larang Orang Jepun

Di negara mana sekalipun, buang sampah merata-rata adalah satu kesalahan. Di Malaysia pun membuang sampah merata-rata adalah satu kesalahan tapi malangnya tiada penguatkuasaan untuk mendenda mereka yang membuang sampah merata-rata.

Negara Jepun terkenal sebagai negara yang bersih dan mereka akan mengasingkan sampah mengikut kategori sampah seperti plastik, kertas dan sebagainya.

Oleh itu, sila buang sampah anda mengikut kategori yang sepatutnya.

3. Berdiri di Bahagian Tengah Elevator

5 Pantang Larang Orang Jepun

Di negara-negara maju seperti Jepun, mereka amat menghormati mereka yang perlu bergerak dan berjalan laju menuju ke sesuatu tempat oleh itu, jika diperhatikan mereka akan berdiri di sebelah kiri elevator.

Bahagian kanan biasanya dibiarkan kosong untuk membolehkan mereka yang perlu bergegas naik atau turun untuk menggunakannya.

Malangnya di Malaysia kita jarang sekali dapat melihat perkara ini kerana kebanyakan orang kita lebih suka berbual di eskelator tanpa menghiraukan orang lain yang perlu bergegas naik atau turun daripada eskalator tersebut.

4. Membawa Makanan Dari Luar Ke Dalam Kedai Makan

Apabila anda ke sesuatu gerai makan, elakkan membawa makanan daripada luar untuk dimakan bersama, melainkan jika pemilik restoran tersebut mmembenarkannya.

Rakyat Jepun sangat mementingkan kebersihan makanan dan kualiti makanan yang dihidangkan di premis mereka.

Selain itu, sekiranya terdapat kejadian tidak diingini seperti keracunan makanan, anda hanya akan mendatangkan fitnah terhadap pemilik restoran tersebut sekiranya anda membawa makanan daripada luar.

5. Meletakkan Chopstick di Atas Mangkuk Nasi

5 Pantang Larang Orang Jepun

Sekiranya anda sudah selesai makan, elakkan daripada meletakkan kedua-dua chopstick di atas mangkuk nasi anda.

Mengikut amalan orang Buddhist Jepun, ia adalah amalan pengkebumian mereka iaitu menawarkan nasi kepada orang yang sudah mati.

Sekiranya anda sudah selesai makan dan perlu meletakkan chopstick, letak sahaja di atas meja beralaskan tisu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Friday, October 27, 2017

5 Negara Populasi Muslim Paling Ramai Di Dunia

5 Negara Populasi Muslim Paling Ramai Di Dunia

Apabila disebut tentang Islam, pasti secara automatik ramai yang akan membayangkan masyarakat Arab yang tinggal di Timur Tengah. Imeh berjubah putih, berjanggut panjang, padang pasir dan wanita berniqab terus muncul sehinggakan ramai yang percaya Islam itu Arab dan Arab itu Islam.

Tetapi tahukah kita negara manakah yang paling ramai orang Islam? Mari kami beritahu dulu - tidak ada satupun negara Arab yang yang berada pada kedudukan teratas.

Jadi, negara mana sebenarnya yang mempunyai populasi Muslim paling ramai di dunia?

1. Indonesia

Indonesia

Dengan seramai 202 juta orang Muslim, Indonesia adalah negara dengan populasi Muslim terbesar dunia. Hampir 87.2% penduduk Indonesia beragama Islam.

Majoritinya tinggal di daerah Jawa, Sumatera, Nusa, Tenggara, Sulawesi, Kalimantan dan Maluku.

Indonesia juga adalah tempat di mana badan Islam terbesar dunia wujud iaitu gerakan Nadhlatul Ulama yang mempunyai 40 juta pengikut.

Majoriti penganut Islam di Indonesia mengamalkan ajaran Sunni bermazhab Shafi'i yang sama dengan Malaysia.

Dianggarkan seramai 1 juta mengamalkan ajaran Syiah dan 400 ribu mengamalkan ajaran Ahmadi.

2. Pakistan

Pakistan

Populasi Muslim di Pakistan seramai 176 juta orang menjadikan Islam sebagai agama terbesar dan agama rasmi negara Pakistan. Hampir 97% penduduk Pakistan adalah Muslim.

Pada zaman pemerintahan Jeneral Muhammad Zia ul-Haq dari 1977 hingga 1988, Pakistan memperkenalkan hukum hudud terhadap beberapa jenayah yang dipersetujui.

Dianggarkan lebih 90% penganut Islam di Pakistan mengamalkan ajaran Sunni sementara selebihnya mengamalkan Syiah, Ahmadiyya dan Qurani.

3. India

India

Walaupun mempunyai 168 juta penganut Islam di India, Islam bukanlah agama terbesar di sana.

Muslim hanya sekitar 15% daripada jumlah populasi India sementara majoritinya pula adalah penganut agama Hindu.

Majoriti pengikut Islam di India mengamalkan ajaran Sunni berpandukan kepada mazhab Hanafi sementara beberapa kelompok lain mengamalkan ajaran Syiah, Sufi dan satu kelompok yang dinamakan Quranis.

4. Bangladesh

Bangladesh

Bangladesh mempunyai 145 juta penganut Islam merangkumi 90.4% jumlah penduduk Bangladesh.

Penduduk Islam Bangladesh pula lebih gemar membahasakan diri mereka sebagai Muslim berbanding Bangladeshi walaupun Bangladesh sendiri adalah sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan sekular.

Penduduk Bangladesh rata-ratanya mengamalkan ajaran Sunni bermazhab Hanafi selain daripada golongan minoriti Syiah yang diamalkan BIhari dan gerakan Ahmadiyya yang hanya merangkumi 100 ribu orang pengikut.

5. Nigeria

Nigeria

Nigeria, negara yang mendapat persepsi negatif hasil daripada usaha-usaha scammer Nigeria satu masa dulu memperdayakan pengguna internet, menduduki tempat ke 5 dalam jumlah populasi Muslim di dunia.

Dianggarkan serama 77.3 juta orang Islam tinggal di Nigeria mewakili 65.5% penduduk sana.

Majoriti penduduk Islam di sana mengamalkan ajaran Sunni yang berpandukan mazhab Maliki, sementara terdapat sekelompok kecil pengikut Syiah dan Ahmaddiyya di Nigeria.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Ireland No 1 Negara Paling Islamik Di Dunia, Malaysia Ke 33

sumber: iluminasi

Thursday, October 19, 2017

5 Negara Paling Banyak Cuti Di Dunia

5 Negara Paling Banyak Cuti Di Dunia

Orang Malaysia selalu ingatkan kita ni dah banyak rehat akibat daripada banyaknya cuti umum di negara kita, tetapi sangkaan kita sebenarnya jauh meleset. Ada banyak lagi negara lain yang mengamalkan dasar pelaksanaan cuti umum yang jauh lebih banyak dari kita.

Tak percaya? Memang benar.

Berikut adalah senarai 5 negara di dunia yang paling menganjurkan cuti umum pada rakyatnya untuk berehat.

1. Sri Lanka (25 Hari Setahun)

Sri Lanka

Seronok betul jadi orang Sri Lanka. Dengan masyarakat majmuk yang mengamalkan kepelbagaian bangsa dan agama seiras dengan Malaysia, terdapat banyak keperluan untuk mewujudkan cuti-cuti khas sempena menghormati perayaan atau sambutan golongan tertentu di Sri Lanka.

Selain itu, untuk setiap satu hari di mana bulan mengambang penuh, masyarakat Sri Lanka akan meraikan hari bulan mengambang penuh yang dipanggil Hari Poya mengikut kepercayaan masyarakat Buddha.

Jika bernasib baik dalam bulan tersebut ada dua hari bulan mengambang penuh, hari itu juga akan diberikan cuti umum yang digelarkan hari Adhi.

2. India (21 Hari Setahun)

India

Kita dah boleh nampak faedah hidup dalam masyarakat majmuk dan trend ini diteruskan lagi dengan India di mana dalam setahun mereka mempunyai 21 hari cuti.

Terdapat 4 hari cuti umum negara mereka iaitu hari republik, hari pekerja, hari kemerdekaan dan hari meraikan Mahatma Gandhi yang jatuh pada 2 Oktober.

Selain itu, perayaan bercorak agama juga diraikan dengan cuti yang diberikan apabila tiba tarikh-tarikh yang ditetapkan.

3. Filipina (18 Hari Setahun)

Filipina

Filipina juga tidak kurang hebatnya dalam memberikan cuti kepada rakyat mereka yang bekerja.

Seperti juga Sri Lanka dan India, Filipina juga memerlukan pemberian cuti kepada rakyat mereka atas sebab kewujudan masyarakat pelbagai etnik di negara mereka.

Filipina banyak meraikan sejarah mereka seperti cuti pada 9 April yang dikenali sebagai Day of Valor sempena kejatuhan wilayah Bataan, hari bermulanya Revolusi Filipina yang dipanggil The Cry of Pugad Lawin pada 28 Ogos, hari kelahiran Andres Bonifacio bapa Revolusi Filipina pada 30 November dan hari memperingati kematian Jose Rizal pada 30 Disember.

4. China (17 Hari Setahun)

China

China banyak menganjurkan cuti menurut budaya masyarakat mereka. Dengan 7 hari cuti awam seluruh negara, masyarakat China mengadakan dua sambutan tahun baru dan tahun baru Cina.

Selain itu mereka menyambut hari Ching Ming di mana pada setiap 4 atau 5 April, masyarakat China akan memperingati orang tua mereka mereka menerusi upacara membawa barang-barang ke kubur nenek moyang bagi memperingati mereka dan membersihkan kawasan kubur.

Selain itu, masyarakat China juga mengadakan perlumbaan Bot Naga bagi memperingati upacara Festival Duanwu atau Dragon Boat Festival yang tarikhnya bergantung kepada kalendar orang Cina.

5. Thailand (16 Hari Setahun)

Thailand

Thailand menitik beratkan sambutan untuk masyarakat Buddha dalam kalendar cuti mereka.

Masyarakat Thailand memulakan tahun baru mereka dengan menyambut tahun baru, kemudian menghormati sambutan Magha Puja yang diraikan penganut Buddha apabila bulan penuh yang menitik beratkan seseorang itu mengelakkan diri daripada perkara buruk.

Setiap 6 April, Thailand akan menyambut hari Chakri yang sejarahnya berpunca daripada pembentukan Dinasti Chakri dan penubuhan kota Bangkok.

Selain itu sambutan paling besar di Thailand adalah hari festival Songkran di mana kebanyakan keluarga akan berkumpul, hari Wesak, hari Dhamma yang meraikan permulaan agama Buddha dan dua hari memperingati kematian Raja Thailand Bhumibol Adulyadej yang baru meninggal pada 2016 dan Raja Chulalongkorn pada tahun 1910.

Di mana Malaysia?

Mengikut rekod rasmi setakat ini Malaysia mempunyai 15 hari cuti umum setiap tahun, tidak termasuk dengan cuti-cuti peristiwa yang boleh muncul tiba-tiba contohnya seperti meraikan kemenangan Sukan SEA.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 20 Negara Dengan Pekerja Paling Gembira Di Dunia

sumber: iluminasi

Friday, October 13, 2017

5 Negara Paling Aman Dan Selamat Di Dunia

5 Negara Paling Aman Dan Selamat Di Dunia

Kejadian pembunuhan etnik Rohingya yang sangat dahsyat oleh kumpulan Buddha Myanmar di wilayah Rakhine membuatkan kita meragui tahap keselamatan sesebuah negara yang boleh menjadi huru-hara dalam sekelip mata.

Menurut indeks keamanan global (GPI), Myanmar merupakan antara negara yang tidak selamat di kedudukan 104 dengan skor 2.179.

Berikut kami ingin kongsikan 5 negara yang paling selamat di atas muka bumi berdasarkan indeks keamanan global.

Nota: GPI merupakan pengukur tahap keselamatan sesebuah negara dan dihasilkan melalui perundingan dengan panel pakar perdamaian antarabangsa dari institut keamanan dengan data yang dikumpul dan disusun oleh Unit Perisikan Ekonomi.

1. Iceland

Iceland

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Iceland merupakan negara paling selamat di dunia, dengan reputasi yang sangat mengagumkan, dengan berada di tangga pertama senarai ini untuk 10 tahun berturut-turut.

Dengan skor indeks keamanan global yang tersangat rendah iaitu 1.111, Iceland mempunyai kadar kes bunuh yang sangat rendah dan jumlah banduan yang sangat kecil.

Selain itu, sebagai negara kepulauan, ia membuatkan Iceland tidak mempunyai masalah dengan mana-mana negara kerana ia tidak mempunyai sempadan.

2. New Zealand

New Zealand

Merupakan destinasi percutian yang sangat menarik dan mempesonakan, New Zealand juga adalah negara ke-2 paling selamat di dunia pada tahun 2017.

Anda pasti akan lebih terkejut melihatkan keindahan pantai-pantai di New Zealand daripada melihatkan konflik dalaman dan keganasan di New Zealand, membuatkan skor indeks keamanan global oleh New Zealand sangat rendah iaitu 1.241 pada tahun 2017.

Negara pulau ini berada di tangga ke-4 untuk 3 tahun berturut-turut dari tahun 2014 hingga 2016, namun menjadi semakin selamat menjelang tahun 2017 menurut kiraan indeks keamanan global, iaitu 1.241.

3. Portugal

Portugal

Portugal, antara negara yang mempunyai istana tercantik di Eropah, juga merupakan negara ke-3 paling selamat di dunia.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa Portugal merupakan sebuah negara yang aman dan tenteram dengan indeks keamanan global Portugal amat rendah iaitu 1.258.

Jadi apa tunggu lagi, tempah tiket dan bercuti di Portugal sekarang!

4. Austria

Austria

Austria berada di tangga ke-4 negara paling selamat di dunia dengan markah indeks keamanan global 1.265.

Pengimportan senjata api yang rendah dan pilihanraya yang aman menyumbang kepada indeks yang rendah tersebut.

Ia juga merupakan tempias daripada berjiran dengan negara yang juga mempunyai indeks keamanan global yang rendah iaitu Jerman dan Republik Czech.

Namun, kedudukan ini merupakan penurunan 1 anak tangga daripada tahun 2016 yang mana Austria di tangga ke-3.

5. Denmark

Denmark

Selain dikatakan sebagai negara paling gembira dan bahagia di dunia, Denmark juga merupakan antara negara paling selamat di dunia berada di tangga ke-5 dunia dengan GPI 1.337.

Kes jenayah di Denmark tersangatlah rendah dan menduduki tangga ke-2 negara paling selamat selamat 5 tahun berturut-turut dari tahun 2012 hingga 2016.

Namun, terdapat kes yang membuatkan Denmark jatuh ke tangga ke-5 tahun 2017 akibat konflik kecil dengan Kanada berkenaan pulau yang tidak berpenghuni iaitu Pulau Hans.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Bandar Paling Bahaya Diseluruh Dunia 2016

sumber: iluminasi

Thursday, October 12, 2017

5 Negara Polis Paling Rasuah Di Dunia

5 Negara Polis Paling Rasuah Di Dunia

Seperti badan-badan lain, pihak polis tidak dapat lari daripada gejala kotor seperti rasuah yang membuatkan integriti mereka terjejas.

Polis

Dan jika budaya rasuah ini tidak dibanteras, ia bukan sahaja menjejaskan organisasi polis itu sendiri, malah meletakkan negara tersebut dalam keadaaan bahaya.

Kali ini kami ingin berkongsi 5 negara yang mempunyai polis yang paling rasuah, korup di atas muka bumi.

5. Iraq

Iraq

Berada di tempat ke-5 senarai polis paling korup di dunia ialah Iraq. Polis Iraq sememangnya sudah mempunyai sejarah lama mengenai korupsi.

Walaupun sudah banyak dana dikeluarkan dan usaha melatih semula anggota polis bagi mengurangkan korupsi, namun ia tidak membuahkan hasil.

Polis Iraq meneruskan korupsi mereka dan terlibat dalam penculikan, pembayaran wang tebusan serta rasuah.

Polis Iraq sememangnya terbukti tidak berkesan dalam mengawal keganasan di negara mereka dan tidak efisyen dalam menjaga keselamatan orang awam yang sepatutnya mereka lakukan.

4. Myanmar

Myanmar

Di Myanmar (Burma), korupsi dan rasuah adalah satu perkara yang sangat biasa. Bagi mangsa yang melaporkan sesuatu jenayah, polis Myanmar akan membuatkan mangsa sendiri yang membayar kos penyiasatan jenayah.

Mereka juga sangat terkenal dengan peras ugut terhadap orang awam dan disebabkan Myanmar diperintah oleh rejim tentera tertinggi, ia membuatkan polis Myanmar dan hak orang awam berada di bawah kuasa tentera.

3. Kenya

Kenya

Kenya berada di tangga ke-3 polis paling korup di dunia. 92% daripada rakyat Kenya mengundi bahawa polis Kenya adalah antara yang paling korup, menurut satu survey oleh Transparency International.

Rasuah diberikan kepada pihak polis untuk mendapatkan beberapa perkhidmatan termasuklah kastam, pendidikan, pendaftaran, permit dan kesihatan.

2. Mexico

Mexico

Polis Mexico merupakan antara polis yang paling bermasalah dalam dunia dan semakin menjadi-jadi.

Mexico City yang merupakan bandar yang diselubungi jenayah namun anggota polis Mexico hanya membuatkan keadaan menjadi semakin buruk.

Disebabkan gaji anggota yang rendah, polis Mexico menggunakan korupsi sebagai sumber pendapatan, termasuklah merasuah penjenayah dan memeras ugut pelancong.

Mereka menggunakan pendekatan "plata o plomo" yang bermaksud terima rasuah ataupun dibunuh, seperti yang digunakan oleh Pablo Escobar.

Polis Mexico juga bekerjasama dengan pengedar dadah bagi melindungi mereka serta membenarkan pengedaran dadah.

Jenayah yang dilaporkan diabaikan dan tidak disiasat, serta memenjarakan rakyat yang tak bersalah bagi menutup kerja kotor mereka.

1. Haiti

Haiti

Pasukan polis yang paling korup di dunia adalah polis Haiti. Sebagai pasukan polis, amalan tidak beretika oleh polis Haiti telah memberikan pengaruh yang sangat negatif terhadap budaya dan masyarakat Haiti.

Polis Negara Haiti telah melanggar banyak hak asasi manusia serta termasuk melanggar undang-undang dengan menculik, mengedar dadah serta menggunakan keganasan.

Mereka juga enggan membanteras atau memberikan respon terhadap keganasan yang dilakukan oleh gangster.

Selepas gempa bumi pada tahun 2010, kerosakan kepada Polis Negara Haiti menjadi semakin berkurangan namun tidak pasti sama ada ia akan bertahan atau tidak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 15 Negara Asia Paling Tinggi Rasuah, Nombor 3 Sudah Dijangka

sumber: iluminasi