Friday, October 27, 2017

5 Negara Populasi Muslim Paling Ramai Di Dunia

Loading...

Apabila disebut tentang Islam, pasti secara automatik ramai yang akan membayangkan masyarakat Arab yang tinggal di Timur Tengah. Imeh berjubah putih, berjanggut panjang, padang pasir dan wanita berniqab terus muncul sehinggakan ramai yang percaya Islam itu Arab dan Arab itu Islam.

Tetapi tahukah kita negara manakah yang paling ramai orang Islam? Mari kami beritahu dulu - tidak ada satupun negara Arab yang yang berada pada kedudukan teratas.

Jadi, negara mana sebenarnya yang mempunyai populasi Muslim paling ramai di dunia?

1. Indonesia

Indonesia

Dengan seramai 202 juta orang Muslim, Indonesia adalah negara dengan populasi Muslim terbesar dunia. Hampir 87.2% penduduk Indonesia beragama Islam.

Majoritinya tinggal di daerah Jawa, Sumatera, Nusa, Tenggara, Sulawesi, Kalimantan dan Maluku.

Indonesia juga adalah tempat di mana badan Islam terbesar dunia wujud iaitu gerakan Nadhlatul Ulama yang mempunyai 40 juta pengikut.

Majoriti penganut Islam di Indonesia mengamalkan ajaran Sunni bermazhab Shafi'i yang sama dengan Malaysia.

Dianggarkan seramai 1 juta mengamalkan ajaran Syiah dan 400 ribu mengamalkan ajaran Ahmadi.

2. Pakistan

Pakistan

Populasi Muslim di Pakistan seramai 176 juta orang menjadikan Islam sebagai agama terbesar dan agama rasmi negara Pakistan. Hampir 97% penduduk Pakistan adalah Muslim.

Pada zaman pemerintahan Jeneral Muhammad Zia ul-Haq dari 1977 hingga 1988, Pakistan memperkenalkan hukum hudud terhadap beberapa jenayah yang dipersetujui.

Dianggarkan lebih 90% penganut Islam di Pakistan mengamalkan ajaran Sunni sementara selebihnya mengamalkan Syiah, Ahmadiyya dan Qurani.

3. India

India

Walaupun mempunyai 168 juta penganut Islam di India, Islam bukanlah agama terbesar di sana.

Muslim hanya sekitar 15% daripada jumlah populasi India sementara majoritinya pula adalah penganut agama Hindu.

Majoriti pengikut Islam di India mengamalkan ajaran Sunni berpandukan kepada mazhab Hanafi sementara beberapa kelompok lain mengamalkan ajaran Syiah, Sufi dan satu kelompok yang dinamakan Quranis.

4. Bangladesh

Bangladesh

Bangladesh mempunyai 145 juta penganut Islam merangkumi 90.4% jumlah penduduk Bangladesh.

Penduduk Islam Bangladesh pula lebih gemar membahasakan diri mereka sebagai Muslim berbanding Bangladeshi walaupun Bangladesh sendiri adalah sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan sekular.

Penduduk Bangladesh rata-ratanya mengamalkan ajaran Sunni bermazhab Hanafi selain daripada golongan minoriti Syiah yang diamalkan BIhari dan gerakan Ahmadiyya yang hanya merangkumi 100 ribu orang pengikut.

5. Nigeria

Nigeria

Nigeria, negara yang mendapat persepsi negatif hasil daripada usaha-usaha scammer Nigeria satu masa dulu memperdayakan pengguna internet, menduduki tempat ke 5 dalam jumlah populasi Muslim di dunia.

Dianggarkan serama 77.3 juta orang Islam tinggal di Nigeria mewakili 65.5% penduduk sana.

Majoriti penduduk Islam di sana mengamalkan ajaran Sunni yang berpandukan mazhab Maliki, sementara terdapat sekelompok kecil pengikut Syiah dan Ahmaddiyya di Nigeria.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Ireland No 1 Negara Paling Islamik Di Dunia, Malaysia Ke 33

sumber: iluminasi

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon