Tuesday, October 11, 2016

Tips Dan Cara Membezakan Ais Bersih Atau Kotor

Tips Dan Cara Membezakan Ais Bersih Atau Kotor

Sebenarnya mudah untuk kita mengetahui dan membezakan yang mana satu ais yang menggunakan air masak dan yang mana satu pula ais yang menggunakan air mentah.

Ais

Namun kebanyakan daripada kita mengambil mudah tentang kebersihan ais itu sendiri.

Ketika enak menikmati minuman sejuk pada waktu cuaca panas terik atau masa lepak minum di kedai, pastinya setiap daripada kita terfikir, ais yang diletakkan dalam gelas itu guna air masak atau air paip kan.

Dipetik daripada Sinar Online, ada tips bagaimana membezakan ais air paip dengan ais air masak:
  • Ais daripada air mentah (air paip) berwarna putih kerana banyak gas yang masih terperangkap di dalamnya.
  • Kebiasaannya ais yang dibuat daripada air mentah adalah ais blok yang digunakan untuk menyejukkan ikan atau daging di pasar.
  • Ais daripada air masak pula akan kelihatan jernih kerana gas di dalamnya telah dilepaskan ketika merebus air tersebut. Ais ini dipanggil ais kristal.
  • Ais kristal sudah banyak digunakan, ia berbentuk kiub dan berlubang, berlubang di tengah-tengah.

Semua Kilang Ais Menjijikkan?

Biarpun tidak semua kilang memproses ais mengabaikan aspek kebersihan, tetapi sebagai pengguna, tahukah anda di mana datangnya atau ais itu milik syarikat mana?

Jika syarikat A menghasilkan ais yang berkualiti, tahukah anda restoran atau kedai itu menggunakan ais syarikat A?

Jawapannya hampir pasti anda tidak tahu. Apa yang anda tahu segelas ais sejuk sudah terhidang di atas meja selepas menu dipesan.

Isu halal ais itu sendiri memainkan peranan yang sungguh besar. Halal itu bukan sahaja pada ais itu sendiri tetapi merangkumi segenap aspek sama ada kebersihan kawasan kilang, bekalan sumber air, mesin dan prosedur pemakaian pekerja.

Anda harus ingat, ais yang kotor jika masuk ke dalam badan boleh mengundang pelbagai penyakit. Ais yang tidak bersih dan tidak mengikut prosedur akan mengakibatkan penyakit bawaan air seperti typoid, e-coli, kolera dan gastroenterisis serta Hepatitis A.

Terpanggil untuk memberi kesedaran kepada semua pengguna, Sorot melakukan siasatan terhadap berapa buah kilang ais bersama sumber yang sebelum itu menyalurkan maklumat betapa tahap ais yang diproses hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata, mengetepikan aspek kebersihan dan kesihatan.

Beberapa buah kilang disiasat dan hasilnya hanya satu perkataan yang mampu menggambarkan semuanya iaitu jijik.

Anda bayangkan, air yang sepatutnya dibuang digunakan semula untuk dijadikan ais kiub. Lebih teruk, saluran air buangan itu berlumut. Loya tekak menggambarkan apa yang dilihat dengan mata sendiri.

Ada juga binatang peliharaan seperti anjing, mudah keluar masuk ke lokasi memproses ais kiub. Bayangkan apa yang anjing itu buat di situ.

Tidak dapat juga dibayangkan bagaimana pekerja membersihkan diri selepas menggunakan tandas. Ini kerana tandas terdapat di dalam premis itu terlampau kotor dan berbau.

Itu hanya sebahagian yang mampu diperkatakan. Di sini, Sorot menyenaraikan apa yang kami peroleh sepanjang siasatan kami.

Apa yang menjadi harapan kami selepas ini, pihak berwajib perlu memandang serius dan melakukan siasatan segera bagi memastikan semua ini tidak berpanjangan.

Buat pengguna pula, kita seharusnya peka terhadap aspek pengambilan makanan atau minuman yang bersih.

Jangan ambil mudah dengan situasi ini. Jangan biarkan makanan tercemar menjadi sebahagian daripada darah daging kita. -SH

Mana satu ais yang lebih bersih?

Ais

Sangat mudah juga sebenarnya untuk kita membezakan yang mana satu ais yang bersih dan yang mana satu pula ais yang kotor.

Perhatikan foto ketulan ais di kiri dan kanan. Ada tak nampak perbezaan?

Ya, bezanya ialah, ketulan ais di sebelah kiri itu lebih jernih daripada ketulan ais di sebelah kanan. Apakah maknanya?

Ertinya, ketulan ais di sebelah kiri lebih bersih dan lebih baik untuk kesihatan.

Namun, ketika anda menghirup minuman berais, ada tidak perasan samada ais yang anda minum itu jernih seperti ketulan ais di sebelah kiri atau keruh seperti ketulan ais di sebelah kanan.

Anda tak tahu ais itu bersih atau sebaliknya.

Bersihkah ais yang anda minum? -SH

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Thursday, September 29, 2016

Cara Mudah Membezakan Madu Asli Dan Madu Tiruan

Cara Mudah Membezakan Madu Asli Dan Madu Tiruan

Selain dapat mengubati pelbagai penyakit ringan, madu juga dapat melindungi tubuh agar tidak mudah diserang penyakit. Madu sememangnya bagus untuk kesihatan.

Madu+asli

Kerana khasiatnya yang tersendiri, madu digunakan dalam rawatan kecantikan luaran dan dalaman. Namun untuk memastikan madu yang kita ambil itu betul-betul berkhasiat, haruslah mengambil madu yang asli. Kalau ambil madu campuran nanti makin sakit pula.

Namun, ramai juga yang keliru bagaimana untuk membezakan yang mana satu madu asli dan yang mana satu madu tiruan.

Mungkin dengan perkongsian kali ini, kita akan lebih mudah untuk membezakan antara madu asli dan madu tiruan.

1. Bakar Sehingga Berbuih

Cara pertama untuk membezakan antara madu yang asli dan madu campuran (tiruan) adalah dengan membakar.

Letakkan sedikit madu di atas sudu kemudian bakar di atas lilin. Tunggu sehingga mendidih. Jika itu madu campuran, buihnya akan lebih sedikit dari madu asli.

2. Menggunakan Kertas

Tuang sedikit madu atas kertas. Jika madu asli, madu tidak akan mudah meresap ke kertas. Sebaliknya jika madu campuran, madu itu akan mudah meresap dan menembus kertas tersebut.

3. Menggunakan Mancis

Letakkan sedikit madu ke atas mancis kemudian cuba nyalakan mancis tersebut. Jika mancis berjaya dinyalakan biarpun basah dengan madu, bermaksud itu adalah madu asli.

Sebaliknya jika mancis tersebut tidak berjaya dinyalakan, maknanya itu adalah madu tiruan.

4. Masukan Madu Kedalam Air

Letakkan sedikit madu ke dalam air kosong, jika madu itu tidak mudah bercampur dan terus ke bawah, itu adalah madu asli.

Begitulah sebaliknya, jika madu tersebut dengan mudahnya bercampur dengan air kosong, itu adalah madu tiruan.

5. Masukan Madu Ke dalam Peti Sejuk

Letakkan madu ke dalam peti sejuk, jika madu itu tidak membeku, maka itu adalah madu asli. Tetapi jika madu itu menjadi keras bila dikeluarkan, bermaksud madu itu telah pun dicampur.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Madu Pernah Di Jadikan Sebagai Mata Wang!

Sumber: Notainfo

Tuesday, September 13, 2016

7 Tips Dan Petua Berkesan Menghalau Tikus Dari Rumah

7 Tips Dan Petua Berkesan Menghalau Tikus Dari Rumah

Rasanya hampir semua orang fobia dan 'takut' dengan tikus kan? Lebih-lebih lagi dengan kehadirannya di dalam rumah, cukup mengazabkan!

Tikus

Bayangkan anda sentiasa dalam keadaan tidak selesa, cemas dan tertekan kerana mungkin pada bila-bila masa tikus muncul di depan, sungguh mengharukan bukan?

Jadi, disebabkan itu kami ingin berkongsi 7 tips dan cara berkesan untuk menghalau tikus dari rumah.

1. Lumurkan Tikus Dengan Cat

Cara yang ini agak sukar untuk dilakukan tetapi hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.

Tangkap seekor tikus, kemudian lumurkan badannya dengan cat berwarna terang seperti warna merah, kemudian lepaskan.

Tikus tersebut tidak akan datang lagi, malah turut membuatkan 'kawan-kawannya' yang lain berasa takut untuk mengganggu kediaman anda.

2. Kapur Barus

Kapur barus

Kapur barus juga membantu, bagaimana? Hancurkan beberapa kapur barus (kasar-kasar), kemudian taburkan di kawasan yang menjadi ‘lubuk’ tikus.

Cara ini cukup efektif kerana tikus sememangnya tidak suka dengan bau kapur barus yang cukup menyengat!

3. Haruman Daun Mint

Daun mint

Anda juga boleh sapukan minyak yang diperbuat daripada daun mint (MenthaCodifolia) pada sehelai kain dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan tikus.

Yang pasti tikus tidak akan datang lagi kerana tikus tidak menggemari bau mint.

4. Buah Mengkudu

Buah mengkudu

Siapa sangka buah mengkudu boleh membantu menghalau tikus. Caranya dengan mengambil dua atau tiga biji buah mengkudu.

Potong buah mengkudu tersebut menjadi beberapa bahagian dan letakkan di dalam sebuah mangkuk di kawasan yang sering dilalui tikus.

Bau buah mengkudu yang menyengat membuatkan tikus menjauhi rumah.

5. Pelihara Kucing

Kucing

Peliharalah kucing di rumah terutamanya kucing jenis tertentu yang cekap membunuh tikus. Kucing merupakan musuh utama tikus!

6. Daun Pandan

Pandan

Untuk pengetahuan anda, daun pandan memiiki aroma wangi yang bukan sahaja boleh menyedapkan ruang kediamanan, harumannya juga tidak disukai oleh tikus.

7. Buah Durian

Buah durian

Sediakan dua atau tiga biji buah durian. Mana-mana bahagian isinya yang sedap tu anda makanlah.

Kemudian, letakkan potongan kulit durian tersebut di tempat-tempat yang selalu dilalui oleh tikus.

Tentunya bau durian yang menusuk hidung dan kulitnya yang berduri membuatkan tikus berasa gerun untuk singgah di kediamanan anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

Sumber: Wom

Sunday, July 10, 2016

Cara Mudah Hindari Semut Masuk Ke Dalam Rumah

Cara Mudah Hindari Semut Masuk Ke Dalam Rumah

Nampak macam tak beberapa yakin, tapi tak salah mencuba tips kali ini yang dipetik daripada akaun Facebook Aini Yusof Lee

Semut kerana gula.jpg

Mari kita ikuti perkongsian ini.

Sejak 2 bulan lepas baby indah ni suka campak botol susu, habis melekit-lekit lantai dengan susu dia.

Semut pun mula la datang entah dari mana, satu kerja pulak nak sapu keluar semut semut ni dan nak mop lantai banyak kali. Nak racun semut-semut ni memang tak smpai hati..

Akhirnya saya pergi beli sekilo gula. Setengah kilo letak dalam pinggan, letak kat koridor.

Saya pesan kat semut, "Setengah kilo aku bagi korang, setengah kilo lagi aku punya, dalam rumah tu tempat aku, luar rumah ni tempat korang, nanti dah habis aku beli lagi, kita kongsi."

Tak payah tunggu lama. Lepas seminggu semut habis berjemaah keluar. Dah dekat sebulan gula dalam pinggan ni tak habis habis lagi dan semut pun tak ada dah dalam rumah.

Korang boleh cuba juga, berkesan..

BACA INI JUGA: Doa Memanggil Ikan Untuk Kaki Pancing

Sumber: Lamankongsi

Saturday, June 18, 2016

Petua Mudah Elak Sinki Tersumbat Guna Garam

Petua Mudah Elak Sinki Tersumbat Guna Garam

Sinki tersumbat sering mendatangkan masalah buat suri rumah yang tidak tahu bagaimana untuk mengatasinya.

Elak Sinki Tersumbat.jpg

Tanpa perlu menggunakan khidmat tukang paip dan berhabis wang ringgit yang banyak, kami kongsikan di bawah cara untuk mengatasi masalah tersebut.

Bahan utama yang diperlukan mudah sahaja iaitu garam.

Ya, garam bukan sahaja digunakan dalam masakan malah banyak lagi kegunaan lain yang pasti ramai tidak mengetahuinya.

Caranya, campurkan garam dengan soda bikarbonat kemudian tuang ke dalam saluran yang tersumbat.

Elak Sinki Tersumbat  [2].jpg

Biarkan seketika sebelum dituang air panas secara perlahan-lahan, sehingga sisa kotoran yang melekat pada saluran larut dan aliran air menjadi lancar.

Di samping menjadi agen pelarut, garam juga boleh digunakan untuk menanggalkan kesan kerak yang terdapat pada kuali atau periuk.

Ianya juga boleh digunakan untuk menghilangkan kesan-kesan tompok pada pakaian serta kesan hangit yang terdapat pada seterika.

Elak Sinki Tersumbat  [3].JPG

Semoga tips yang dikongsikan dapat meringankan kerja-kerja suri rumah di luar sana.

Selamat mencuba.

BACA INI JUGA: Saintis Temui Cara Baru Masak Nasi Yang Kurangkan 50% Kalori!


Sumber: Mynewshub.cc

Thursday, June 16, 2016

8 Kegunaan 'Baking Powder' Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!

8 Kegunaan 'Baking Powder' Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!

'Baking powder' atau serbuk penaik selain di gunakan dalam masakkan ia juga sangat berguna untuk keperluan membersihkan kediaman. Antaranya boleh di gunakan untuk cuci lantai, cuci singki dan sebagainya.

Baking powder.jpg

Namun sebenarnya masih banyak lagi kegunaan 'baking powder' ini yang mungkin anda tidak tahu. Semak 8 perkara ini.

1.Bersihkan Permaidani

Taburkan 'baking soda' ke atas permukaannya dan biarkan selama 15 minit. Kemudian barulah anda bersihkan menggunakan vacuum cleaner. Cara ini bertujuan untuk menghilangkan bau-bau yang tidak sedap pada permaidani.

2.Hilangkan Bau Dalam Almari

Letakkan satu mangkuk terbuka yang berisi baking soda baking soda dalam almari tersebut. Biarkan sahaja beberapa hari dan anda pasti akan puas hati dengan hasilnya.

3.Bersihkan Permainan Anak-Anak

Campurkan baking soda dengan air panas kemudian campuran tersebut gunakan untuk mencuci mainan anak-anak yang diperbuat daripada plastik.

4. Bersihkan Permukaan Dapur

Baking soda di campur dengan air panas kemudian menggunakan span bersihkan permukaan dapur.

5.Hilangkan Bau Di Tong Sampah

Taburkan 'baking soda' ke dalam tong sampah. Seminggu sekali anda boleh basuh tong sampah dengan merendam isinya dengan menggunakan baking soda dan air.

6. Hilangkan Kotoran Degil Di Permukaan Plastik

Rendam barang plastik tersebut selama 15 minit pada di dalam bekas yang disi campur baking soda dan air panas. Setelah 15 minit gosok kemudian keringkan.

7. Hilangkan Sisa Kotoran Di Bekas Loyang Kuih

Anda hanya perlu menaburkan baking soda ke permukaan loyang kemudian rendam dengan air panas selama 15 minit, kemudian cuci bersih.

8.Hilangkan Kesan karat

Campurkan cuka dan baking soda. Gosok dan bersihkan.

Selamat Mencuba!

BACA INI JUGA: 5 Rahsia Kegunaan Kulit Pisang Tiada Siapa Tahu!

Sumber: Impiana

Wednesday, June 15, 2016

5 Petua Tradisional Ibu Hamil Mampu Cegah Jaundis Bayi

5 Petua Tradisional Ibu Hamil Mampu Cegah Jaundis Bayi

Bayi baharu lahir memang tidak pernah terlepas daripada dihidapi jaundis atau demam kuning. Apa yang membezakannya adalah tahap bacaan darah bayi tersebut.

Cegah+Jaundis+Bayi.jpg

Jika terlalu tinggi maka perlu mendapatkan rawatan fototerapi di hospital.

Walaupun jaundis adalah masalah normal dalam kalangan bayi baharu lahir namun jika terlalu tinggi ia boleh mengundang bahaya.

Harapnya tahap jaundis bayi kita hanya peringkat normal dan boleh hilang selepas tempoh dua minggu.

Kata orang ada petua yang boleh diamalkan oleh ibu ketika hamil bagi mencegah bayi dihidapi jaundis teruk.
  • Amalkan minum susu kambing dua cawan sehari semasa sarapan dan sebelum tidur.
  • Makan buah delima atau minum pati delima sekurang-kurangnya 500 ml sehari.
  • Amalkan makan tiga sudu madu tanpa air atau minum air dicampur lima sudu madu setiap hari.
  • Amalkan makan buah kurma sebagai sarapan.
  • Amalkan minum air kelapa muda setiap hari ketika hampir bersalin. Air kelapa dikatakan baik untuk bayi selain dapat mengelakkan penyakit jaundis.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Bayi Kerap Diurut Lebih Bijak!

Sumber: Majalahpama

Thursday, May 26, 2016

Baca Al-Fatihah 40 Kali Petua Elak Bisa Ular

Baca Al-Fatihah 40 Kali Petua Elak Bisa Ular

PASIR MAS - Susuk tubuhnya kurus, tinggi dan peramah orangnya. Itulah Pokku yang dianggap ‘hero’ dalam kalangan penduduk di Tendong dan sekitarnya.

Tengku Razlan Tengku Ismail @ POKKU

Pokku atau nama sebenarnya Tengku Razlan Tengku Ismail, 47, bekerja sendiri merupakan penyelamat kepada penduduk yang berdepan dengan ancaman ular.

Kebiasaannya apabila ular masuk ke dalam rumah, penduduk akan memanggil bomba atau Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk menangkap haiwan berbisa itu.

Namun, bagi penduduk di sekitar jajahan ini terutamanya di Tendong, Pokku yang digelar Raja Ular akan menjadi pilihan utama mereka bagi menangkap ular yang muncul di kediaman mahupun kawasan kampung.

Keberaniannya yang sanggup mengorbankan nyawa menangkap ular demi menyelamatkan nyawa seseorang sangat dikagumi penduduk setempat.

Pokku berkata, minatnya terhadap ular bermula ketika dia masih kecil lagi kerana sudah biasa melihat habitat tersebut di sekitar kawasan rumahnya yang terletak di Kampung Tepi Sungai Tendong.

“Pada waktu itu orang-orang tua ada memberi petua untuk diamalkan bagi mengelakkan terkena bisa ular. Dari situlah saya cuba mengamalkan petua tersebut dan

mendapat keberanian menangkap ular dengan izin ALLAH.

“Antara amalan saya ialah membaca surah Al-Fil sebanyak tujuh kali selepas Maghrib selama 40 hari berturut-turut,” katanya.

Menurutnya, bermula dari situ jika ada penduduk yang meminta tolong untuk menangkap ular dia tidak akan menolak.

Katanya, ia dilakukan percuma namun ada kalanya penduduk memberi sedekah di atas bantuan tersebut.

Pokku berkata, sepanjang 20 tahun dia melibatkan diri dalam menangkap ular, hanya beberapa kali dia dipatuk haiwan berbisa itu.

Dia berkata, kebiasaannya gigitan itu hanya dirasai seperti sakit luka kecil sahaja dan tidak memerlukan dia mendapatkan rawatan di klinik mahupun hospital.

“Saya juga mengamalkan petua, apabila dipatuk, ular tersebut tidak dibunuh tetapi dibuang ke dalam sungai berhampiran.

“Sepanjang fenomena El Nino yang melanda negeri ini, boleh dikatakan setiap hari saya akan menerima dua hingga tiga panggilan daripada orang ramai untuk menangkap ular.

"Kebiasaannya pada waktu Maghrib kerana ketika inilah ular memasuki rumah,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, perlu diingatkan kadang-kadang tidak semua ular yang memasuki rumah adalah betul-betul haiwan itu, kerana banyak juga kes melibatkan jelmaan jin.

Menurutnya, disebabkan itulah sebagai seorang penangkap ular dia mengamalkan ayat al-Quran sebagai pemudah urusan.

PEMBETULAN RALAT: 'Amalan yang beliau lakukan ialah membaca surah Al-Fil sebanyak tujuh kali selepas Maghrib selama 40 hari berturut-turut.'

Admin mohon maaf diatas kesilapan pada tajuk diatas.

BACA INI JUGA: Panduan Dan Perkara Perlu Dilakukan Jika Dipatuk Ular

Sumber: SH

Saturday, May 21, 2016

Tips Menyimpan Madu Yang Ramai Tak Tahu

Tips Menyimpan Madu Yang Ramai Tak Tahu

Supaya madu dapat disimpan lama, haruslah disimpan dalam keadaan tertentu kerana madu mempunyai sifat-sifat yang istimewa.

Cara+Menyimpan+Madu

Simpan madu dalam suhu bilik

Madu memiliki sifat higroskopis, dengan kata lain, madu mudah menyerap zat-zat yang ada di lingkungan sekitarnya.

Oleh itu bekas madu harus tertutup rapat dan jauh dari bahan-bahan yang berbau tajam.

Bekas yang baik untuk menyimpan madu ialah bahan daripada gelas/botol kaca.

Agar terhindar dari proses fermentasi dan kristalisasi, simpanlah pada ruangan dengan suhu sekitar 20 darjah celcius dan kelembaban udara kurang dari 65% (FAO 2007).

Tidak digalakkan untuk menyimpan madu di dalam peti sejuk (refrigerator) kerana mempercepatkan terjadinya kristalisasi dan fermentasi.

Selain itu, jauhkan dari sinar matahari secara langsung kerana dapat merosakkan kualiti madu, glucose oxidase dan menghentikan aktiviti anti-bakteria.

Madu tidak boleh disimpan dalam bekas logam

Ini adalah untuk mencegah pengkaratan dan penyerapan logam berbahaya.

Madu yang disimpan dalam suhu normal, hilang 3.6% khasiatnya pada tahun pertama dan 25.5% pada tahun kedua kerana terjadinya proses fermentasi.

Proses ini menghasilkan alkohol yang selanjutnya berubah menjadi asid asetat. Madu yang rosak rasanya menjadi masam.

BACA INI JUGA: Adakah Cinta Kamu Madu Atau Racun?

Sumber: Remi Thuok

Sunday, March 27, 2016

14 Petua Merawat Senggugut

14 Petua Merawat Senggugut

Ramai di kalangan para wanita yang pernah mengalami senggugut. Ada yang mengalami senggugut tahap kronik sehingga tidak boleh bangun. Ini tentunya sangat menyusahkan.

SENGGUGUT

Walaupun terdapat ubat untuk menghilangkan sakit ketika haid ini, tetapi ia hanya berkesan setiap kali kita menelan ubat sahaja.

Bukankah lebih elok jika kita dapat menghilangkan senggugut itu tanpa perlu bergantung kepada ubat?

Berikut adalah petua bagaimana menghilangkan senggugut yang dapat saya kongsikan buat tatapan anda semua.

1. Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar hingga menjadi arang lalu ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

2. Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat.

3. Ubati senggugut dengan minuman air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

4. Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula. Jangan tambah gula kerana ini akan mengurangkan keberkesanannya.

5. Berlari atau berjalan dengan laju juga dipercayai boleh mengurangkan kesakitan sakit sengugut. Kebanyakan kesakitan sengugut adalah bermula dengan kurangnya bersenam. Berjalan laju atau beriadah dapat membebaskan hormon endorfin yang membantu mengurangkan kesakitan.

6. Bantal panas atau "heat pad" boleh membantu dengan peradangan dan mengurangkan penumpukan cairan di dalam rangkaian. Ia juga memudahkan kejang otot. Para pakar mendorong wanita untuk berbaring pada perut sambil menekap "heat pad" atau di kedudukan yang paling selesa.

7. Tidur. Perlu alasan untuk tidur? Tidak ada waktu seperti sekarang yang menyakitkan. Ini akan membawa fikiran anda dari rasa sakit dan biarkan anda mendapat rehat yang diperlukan.

8. Mandi air panas. Ini akan membantu anda merehatkan otot-otot perut anda dan yang lebih penting, menenangkan fikiran. Sebagai usaha tambahan, membawa lilin aromaterapi dan minyak wangi mandi sebagai penyegar udara.

9. Pertimbangkan vitamin dan suplemen. Pertimbangkan untuk mengambil Evening Primrose Oil dalam dos 500-1000mg sekali sehari dalam bentuk kapsul (terdapat di kedai-kedai vitamin dan kedai makanan kesihatan) bersama-sama dengan 200-400mg 100-200mg magnesium dan vitamin B6 untuk empat sehingga tujuh hari sebelum bermulanya tempoh haid anda.

10. Minum secawan teh. Pertimbangkan secawan TEH HIJAU. Menurut pakar kesihatan, teh hijau tinggi kandungan fenolat, yang boleh menghalang senggugut. Tidak mahu kafein? Fikirkan tentang secawan teh chamomile. Lebih baik lagi, meminumnya apabila anda sedang di tab mandi.

11. Ambil segelas air teh yang telah sejuk dan campurkan dengan sedikit kapur (kapur makan/sirih). Minumlah air campuran tersebut.

12. Campurkan sedikit air limau nipis bersama air kunyit yang telah ditumbuk. Jadikan ia segelas penuh. Amalkan meminumnya setiap malam tiga hari sebelum datang haid.

13. Ambil kulit kayu manis kira-kira 40gram, lima keping kulit limau nipis atau limau purut dan rebus. Amalkan meminumnya segelas setiap malam tiga hari sebelum haid.

14. Buah petola yang biasa ditanam di kampung dikatakan juga baik untuk mengurangkan kesakitan senggugut. Ia boleh diamalkan dengan mudah sekali kerana kita cuma perlu memakan sebarang masakan yang berasaskan petola. Amalkan memakan petola seminggu sebelum kedatangan haid.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Ketahui Bahaya Ajinomoto Jika Dimakan Berlebihan

Sumber: Keindahanpengalaman

Thursday, February 25, 2016

Petua Hilangkan Bubuk Beras

Petua Hilangkan Bubuk Beras

Beras yang disimpan terlalu lama mungkin akan dimakan bubuk, sejenis kumbang kecil yang memakan beras.

Bubuk Beras

Untuk mengatasinya, anda boleh cuba cara petua lama ini.

Masukkan beberapa tangkai cili kering ke dalam tempat simpan beras tersebut dan tutup seperti biasa.

Biasanya bubuk tidak lagi akan memasuki bekas tersebut selepas itu.

Sekain itu, ada satu lagi cara yang boleh anda lakukan agar binatang tersebut tidak memakan beras disimpan.

Caranya iaitu dengan menyapu minyak kelapa di sekeliling mulut bekas simpanan beras. Tujuannya supaya beras yang disimpan tidak dimasuki semut atau bubuk.

Dengan kedua-dua cara ii, beras akan tahan lebih lama.

Selamat mencuba..

BACA INI JUGA: 16 Jenis Nasi Di Malaysia, Semua Sedap!

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, December 21, 2015

Petua Dari Dapur Yang Sangat Berguna

Petua Dari Dapur Yang Sangat Berguna

Terima kasih buat Abam Kie menerusi perkongsiannya di blog Zukidin.com, saya ingin kongsikan semula sedikit petua di dapur khas buat kaum ibu sekalian.

Petua dapur

Semoga dapat diamalkan demi kesejahteraan seisi keluarga. In Shaa Allah.

1. Semut benci timun, letakkan kulit timun berdekatan dengan lubang atau sarang semut atau di mana terdapat banyak semut.

2. Untuk mengilatkan cermin, cucilah dengan minuman Sprite.

3. Untuk menanggalkan chewing gum yang melekat pada baju, masukkan baju tersebut ke dalam freezer dan simpan selama 1 jam.

4. Untuk memutihkan baju putih, rendam dengan hirisan lemon selama 10 minit.

5. Untuk rambut nampak berseri, bubuh 1 sudu teh cuka makan dan sapu rata di bahagian atas rambut, kemudian terus dibilas.

6. Untuk membanyakkan jus lemon, rendamkan lemon di dalam air panas selama 1 jam.

7. Untuk menghindarkan bau busuk pada sampah di dapur, letakan sekeping roti ketika kita memasak.

8. Kalau baju terkena dawat, untuk menghilangkannya, sapu ubat gigi pada tempat yang terkena dawat itu dan biarkan ubat gigi tersebut hingga kering kemudian baru cuci.

9. Untuk menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada hitam di mana tikus selalu ada. Tikus akan lari dan bermain jauh dari situ.

10. Meminum air suam 1 atau 2 gelas sebelum tidur boleh mengurangkan 90% dari serangan jantung. Begitu juga bila bangun pagi. Seperti yang kita maklum, air sangat penting pada sistem badan kita tapi kadang-kadang kita tidak ambil tau kenapa kita harus meminum air suam.

Meminum air pada masa yang sesuai dengan kadar maksimum yang diperlukan oleh tubuh manusia akan membawa kesan yang baik:
  • Meminum 1 gelas air selepas bangun boleh mengaktifkan organ-organ dalaman
  • Meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman
  • Meminum 1 gelas air sebelum mandi boleh membantu mengurangkan tekanan darah
  • Meminum 1 gelas air sebelum tidur boleh menghindarkan stroke dan serangan jantung

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 16 Jenis Nasi Di Malaysia, Semua Sedap!

Wednesday, October 14, 2015

Petua Hati Dan Pedal Ayam Tidak Meletup Ketika Digoreng

Petua Hati Dan Pedal Ayam Tidak Meletup Ketika Digoreng

Ramai para suri rumah tangga amat risau apabila mahu menggoreng hati atau pedal ayam.

Petua Menggoreng Hati Dan Pedal Ayam

Ini disebabkan kedua-duanya sering sahaja meletup-letup hingga boleh menyebabkan minyak terpercik jauh dan terkena badan.

Tidak kurang juga yang merasa serik dan takut apabila sudah tiba masa untuk memasak.

Bagaimanapun, jangan khuatir kerana diruangan petua ini ada cara untuk mengatasinya.

Mula-mula rebus hati atau pedal ayam bersama air yang sama parasnya dahulu.

Setelah separuh masak, tapis supaya tiada air rebusan tadi yang melekat pada hati atau pedal ayam tersebut.

Kemudian, barulah digaulkan kunyit dan garam serta bolehlah digoreng.

Insyaa-Allah ia tidak lagi meletup ketika digoreng.

Selamat mencuba..

BACA INI JUGA: 5 Spesis Ayam Paling Unik Dan Jarang Ditemui

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, October 03, 2015

Petua Harumkan Bilik, Dapur Dan Ruang Tamu

Petua Harumkan Bilik, Dapur Dan Ruang Tamu

Semua orang mahukan udara yang segar dan nyaman ketika berada di rumah. Tambahan pula apabila sedang bersantai bersama ahli keluarga.

Petua Harumkan Rumah

Ruangan petua ada cara yang paling mudah.

Ambil 10 hingga 15 helai daun pandan. Kemudian potong daun pandan tersebut halus-halus.

Setelah selesai, balutkan ia dengan kain nipis dan letakkannya disetiap penjuru tuang tamu anda.

Hasilnya rumah anda akan berbau wangi dan sentiasa harum.

Ini akan membuatkan anda dan ahli keluarga merasa lebih segar serta nyaman.

Cubalah..

BACA INI JUGA: Gula-gula Yang Membuatkan Badan Pemakan Menjadi Wangi

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, August 02, 2015

Petua Mencari Barang Yang Hilang

Petua Mencari Barang Yang Hilang

Pernahkah anda terlupa di mana letaknya barang yang anda simpan di dalam rumah kerana terlalu lama disimpan ataupun barang itu hilang di kawasan halaman rumah ataupun di mana juga?

Petua Mencari Barang Yang Hilang

Untuk mencarinya bukanlah perkara yang mudah dan mungkin sehingga berpeluh dibuatnya pun masih belum berhasil untuk menemuinya.

Untuk membantu anda mudah untuk mencari sesuatu yang anda cari, amalkanlah petua ini.

Petua 1

Baca SELAWAT (berulang-ulang kali) ketika anda sedang mencari barang itu sambil fikiran anda ingatkan kembali bilakah waktu akhir anda Nampak atau pegang barang itu.

Sekiranya barang itu masih ada di dalam rumah anda, anda akan menemuinya semula.

Petua 2

Baca:
  • Al-Fatihah 7 kali
  • Al Fath 1-3 7 kali
  • Al Khafi Ayat 19 7 kali
  • Surah Al-Ikhlas 7 kali
  • Selawat 7 kali
  • Ya Allah 3 kali.
  • Kemudian wirid ‘Ya Hafiz’ 119 kali

Sesudah selesai semuanya, tadahkan tangan lalu berdoa, mohon dari ALLAH pertolongan supaya dipulang/digantikan barang yang hilang tersebut.

Petua 3

Doa yang menjadi amalan para awliya’ dan solihin yang terdapat di dalam kitab Bustanul Arifin (Taman Orang-orang yang A’rifin/Ahlillah/Awliya’ Allah) tulisan Imam an Nawawi.

Imam Nawawi meriwayatkan doa ini daripada kitab Risalah al Qusyairiah tulisan Imam Abul Qasim al Qusyairi radiyAllahu anhu di dalam bab ‘Karamah Awliya’.

Doa itu adalah:

Petua Mencari Barang Yang Hilang [2]

“Ya Jami’an Naasi li yaumil la raiba fihi, ijma’ alayya dhollati”

Maksudnya, “Wahai Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya, himpunkanlah aku dengan barang aku yang hilang itu.”

Berkata Imam Nawawi, “Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mencari barang yang hilang itu dengan tidak bersusah payah mencarinya. Barang itu juga tidak jauh dari tempat yang kita sangka. Saya juga telah mendengar perkara yang sama daripada Sheikh al Hafiz Abu Baqa’ ketika beliau mengajarkan doa ini dahulu kepada saya.”

BACA INI JUGA: Luarbiasa! Lelaki Yang Mampu Mengingati Segala-galanya!

Sumber:Karl Hairie Ghany

Saturday, June 27, 2015

Petua Menghilangkan Batuk Bayi Dan Kanak-kanak

Petua Menghilangkan Batuk Bayi Dan Kanak-kanak

Apabila anak batuk kerana tidak sihat, biasanya ramai ibu bapa akan merasa risau dan kasihan melihat keadaan mereka. Kali ini kami ingin berkongsikan petua, bagaimana untuk melegakan batuk anak-anak kita.

Anak batuk

Madu asli

Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil. Kalau rasa madu tu macam pekat, boleh tambah sedikit air.

Kunyit hidup atau bawang putih

Gosok kunyit hidup dimana-mana permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk, lepas tu serbuk kunyit dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan ke dada bayi.

Kalau nak guna bawang putih, bakar sikit bawang putih. Caranya sama seperti guna kunyit, gosok, ambil serbuk, kemudian campurkan dengan minyak masak baru sapu ke dada bayi.

Daun Kaduk

Jika bayi anda batuk berkahak dan selsema, boleh gunakan daun kaduk. Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti.

Kismis

Kalau bayi anda dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari. InsyaAllah batuk akan hilang.

Daun Bunga Tahi Ayam

Ambil daun bunga tahi ayam. Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir kemudian sapu kat tengkuk dan dada bayi.

BACA INI JUGA: Resepi Ubat Batuk Paling Mudah Dan Mujarab

Sumber: Saripetua