Sunday, March 17, 2013

Gula-gula Yang Membuatkan Badan Pemakan Menjadi Wangi


Gula-gula memang sinonim dengan rasa yang manis dan mempunyai pelbagai perisa. Kanak-kanak mahupun orang dewasa sangat mengemari gula-gula.


Lazimnya, gula-gula yang selalu di makan hanya akan membawa kesan manis dan bau wangi hanya di dalam mulut sahaja.

Namun, sejenis produk gula-gula yang di namakan Deo Perfurm Candy mampu membuatkan tubuh badan si pemakan turut menjadi wangi.

Deo Perfume Candy mampu membuatkan semua orang yang memakannya mempunyai aroma seperti bunga mawar segar dari Bulgaria.

Kesan wangian ini disebabkan oleh geraniol, iaitu sejenis antioksidan yang mengeluarkan aroma harum dan jika gula-gula itu dimakan, ia mampu meninggalkan bau wangi selama yang mungkin di dalam tubuh anda. Wangian Deo Perfume Candy pada tubuh anda akan bertahan selama 6 jam.

“Geraniol adalah sejenis antioksidan yang beraroma harum, jika di makan aromanya akan keluar dari pori-pori tubuh,” ujar jurucakap pengilang produk ini.

“Secara ilmiahnya, itu akan membuat aroma wangi dan manis dapat bertahan selama beberapa jam.”


Perusahaan Beneo mengatakan cara gula-gula ini berfungsi diibaratkan seperti mengunyah bawang. Gula-gula bebas-gula ini turut mempunyai rasa lemon dan dijual USD10 untuk satu bungkus.

Hari ini, Deo Perfume Candy sudah pun dijual di Sepanyol, Jerman, China dan Korea.

BACA INI JUGA: 10 Minyak Wangi Paling Mahal 2014

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon