Apr 20, 2016

Adakah Cinta Kamu Madu Atau Racun?

Alangkah mudahnya jika semua kisah perhubungan bak kisah dongeng Cinderella atau Snow White.

BUTAKAH+CINTA

Seorang gadis mencari cinta, berkenalan dan jatuh hati dengan seorang jejaka, dilamar dan dimaktubkan dengan perkahwinan.

And they live happily ever after. Oh yes, start rolling those eyes..

Malangnya, kita semua pun tahu ini tidak mungkin berlaku dalam dunia realiti yang kita semua lalui.

Kisah cinta begini amat mendatar tanpa sebarang cabaran. Setiap perhubungan perlukan 'kejutan elektrik' yang menghidupkan perasaan.

Surprises menggembirakan malah bergaduh sekali-sekala boleh mewaraskan lagi percintaan.

Namun, sejauh manakah pula ia mampu diterima dan mungkinkah ia bukan sekadar 'vitamin' tapi sebenarnya toksik yang bukan sekadar merosakkan perhubungan malah membunuh emosi dirimu?

Segala-galanya memang indah pada usia perhubungan masih muda. Perangai sebenar hanya akan diketahui apabila sudah berkahwin.

Butakah Cinta?

Fasa 'nampak segalanya indah belaka' pada awal perhubungan adalah perkara biasa yang dilalui setiap pasangan.

Kebiasaannya, ketika sedang dilamun cinta pada awal perkenalan, banyak perkara yang dibiar swept under the rug.

Tak pun, pasangan tidak kisah untuk menjadi lebih bertolak ansur daripada biasa. Dan selepas beberapa ketika, keadaan itu boleh menjadi satu tabiat.

Namun, ia bukanlah sesuatu yang boleh dikatakan punca perhubungan menjadi toksik.

Perkahwinan boleh berubah menjadi toksik dengan peredaran masa dan ia boleh memberi kesan kepada kesihatan mental dan fizikal kedua-dua pasangan tersebut.

Jejak awal perkahwinan bermula dengan penuh harapan dan hampir semua pasangan membayangkan hubungan berkekalan hingga ke hujung hayat.

Itulah tujuan mereka berkahwin, untuk menghabiskan kehidupan bersama.

Malangnya, pasangan sentiasa merancang majlis perkahwinan, tapi tidak merancang kehidupan selepas itu.

Mereka tidak sedar akan kehendak dan keinginan masing-masing, malah ada yang tidak tahu apakah sebenarnya yang dimahukan oleh pasangan.

Apa yang menjadikannya toksik adalah rasa takut disakiti atau takut mengulangi kesilapan sama seperti zaman lampaunya.

Mungkin ada sesuatu yang pernah berlaku sebelum itu sehingga tercetusnya mekanisme pertahanan tertentu.

Ini yang akan mencetus perbuatan mensabotaj perhubungan secara tidak sedar untuk mengelakkan dirinya daripada dilukai dan mengurangkan rasa sakit.

Apa yang sukar ialah, tidak kiralah apa jua paras toksin dalam perhubungan kamu, sudah tiba masa untuk perbaikinya atau get out!

BACA INI JUGA: Ketahui Ciri-ciri Wanita Pujaan Lelaki

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon