Sep 13, 2016

7 Tips Dan Petua Berkesan Menghalau Tikus Dari Rumah

Rasanya hampir semua orang fobia dan 'takut' dengan tikus kan? Lebih-lebih lagi dengan kehadirannya di dalam rumah, cukup mengazabkan!

Tikus

Bayangkan anda sentiasa dalam keadaan tidak selesa, cemas dan tertekan kerana mungkin pada bila-bila masa tikus muncul di depan, sungguh mengharukan bukan?

Jadi, disebabkan itu kami ingin berkongsi 7 tips dan cara berkesan untuk menghalau tikus dari rumah.

1. Lumurkan Tikus Dengan Cat

Cara yang ini agak sukar untuk dilakukan tetapi hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.

Tangkap seekor tikus, kemudian lumurkan badannya dengan cat berwarna terang seperti warna merah, kemudian lepaskan.

Tikus tersebut tidak akan datang lagi, malah turut membuatkan 'kawan-kawannya' yang lain berasa takut untuk mengganggu kediaman anda.

2. Kapur Barus

Kapur barus

Kapur barus juga membantu, bagaimana? Hancurkan beberapa kapur barus (kasar-kasar), kemudian taburkan di kawasan yang menjadi ‘lubuk’ tikus.

Cara ini cukup efektif kerana tikus sememangnya tidak suka dengan bau kapur barus yang cukup menyengat!

3. Haruman Daun Mint

Daun mint

Anda juga boleh sapukan minyak yang diperbuat daripada daun mint (MenthaCodifolia) pada sehelai kain dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan tikus.

Yang pasti tikus tidak akan datang lagi kerana tikus tidak menggemari bau mint.

4. Buah Mengkudu

Buah mengkudu

Siapa sangka buah mengkudu boleh membantu menghalau tikus. Caranya dengan mengambil dua atau tiga biji buah mengkudu.

Potong buah mengkudu tersebut menjadi beberapa bahagian dan letakkan di dalam sebuah mangkuk di kawasan yang sering dilalui tikus.

Bau buah mengkudu yang menyengat membuatkan tikus menjauhi rumah.

5. Pelihara Kucing

Kucing

Peliharalah kucing di rumah terutamanya kucing jenis tertentu yang cekap membunuh tikus. Kucing merupakan musuh utama tikus!

6. Daun Pandan

Pandan

Untuk pengetahuan anda, daun pandan memiiki aroma wangi yang bukan sahaja boleh menyedapkan ruang kediamanan, harumannya juga tidak disukai oleh tikus.

7. Buah Durian

Buah durian

Sediakan dua atau tiga biji buah durian. Mana-mana bahagian isinya yang sedap tu anda makanlah.

Kemudian, letakkan potongan kulit durian tersebut di tempat-tempat yang selalu dilalui oleh tikus.

Tentunya bau durian yang menusuk hidung dan kulitnya yang berduri membuatkan tikus berasa gerun untuk singgah di kediamanan anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

Sumber: Wom

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

Tips perkongsian yg bagus ni.. thanks sharing SP

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon