Friday, January 08, 2016

Marilah Belajar Dari Semua Ini..

Marilah Belajar Dari Semua Ini..

Sahabat pembaca sekalian, Allah telah menciptakan manusia dengan sempurna kerana diberi kelebihan akal.

Cloud-Allah
Gambar hiasan.

Walaupun mempunyai kelebihan, terkadang manusia sering mengeluh dan berputus asa.

Namun, mulai dari sekarang, gapailah impian, berjuanglah untuk terus hidup dan belajarlah dari semua ini..

Belajarlah daripada kupu-kupu, awalnya daripada beluncas yang menggelikan, namun ia berusaha berubah sehingga menjadi kupu-kupu yang begitu cantik, berwarna-warni dan disukai.

Belajarlah daripada semut, bertubuh kecil, namun mereka kuat sehingga mampu mengangkat beban melebihi berat badan. Jika tak berdaya, mereka akan bekerjasama memikul bebanan itu hingga ia menjadi ringan.

Belajarlah daripada pokok kelapa, dari buah, batang, sabut, semuanya berguna untuk manusia.

Belajarlah daripada ubi kayu, walaupun hidup di dalam tanah, isinya tetap putih bersih.

Belajarlah daripada sungai, tabah mengalir menuju destinasi dengan meredah apa sahaja halangan. Kadang kala airnya lembut dan tenang, tapi tiada seorang pun mampu menghalang kemaraannya.

Belajarlah daripada nyamuk, ia selalu berani mengambil risiko meskipun nyawa menjadi taruhannya. Walaupun sentiasa diancam kematian, ia tidak berputus asa bagi memenuhi keinginannya.

Belajarlah daripada matahari, ia adil menyebar cahaya dan memberikan kehangatan kepada semua, baik yang terawang-awang diangkasa, mahupun yang bertebaran diatas bumi, kepada yang miskin mahupun yang kaya, yang mulia hatinya juga kepada mereka yang kejam dan tamak haloba.

Belajarlah daripada pokok yang berbuah, bersusah payah ia berbuah, namun manusia dan haiwan yang mendapat nikmatnya. Namun, ia tidak pernah mengeluh dan akan berbuah lagi pada musim seterusnya tanpa menetapkan sebarang syarat.

Semoga bermanfaat..

BACA INI JUGA: Harapan Tidak Pernah Mati, Ia Cuma Cahaya Yang Telah Hilang

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, January 04, 2016

9 Azam Baru Setiap Tahun Yang Selalu Dibuat Oleh Orang Berjaya

9 Azam Baru Setiap Tahun Yang Selalu Dibuat Oleh Orang Berjaya

Ramai orang akan menetapkan azam apabila tiba tahun baru. Pernahkah kita terfikir apa agaknya azam tahun baru yang dibuat oleh orang-orang berjaya.

New year quotes

Adakah azam mereka sama seperti kita, atau ada keunikan yang membantu mereka terus berjaya?

Go Banking Rates telah menyenaraikan 9 azam tahun baru yang biasa ditetapkan oleh majoriti orang-orang yang telah berjaya.

Jom baca dan bandingkan dengan azam anda..

1. Nyatakan matlamat, bukan resolusi

Orang berjaya tak panggil pun azam tahun baru sebagai azam kerana mereka lebih menyukai ianya jadi satu matlamat yang perlu dicapai pada tahun tersebut.

Matlamat yang ditetapkan akan dihuraikan dengan lebih spesifik dan memenuhi format SMART iaitu:
S = Specific
M = Measurable
A = Attainable
R = Realistic
T = Timely

2. Berhenti fikir tentang apa yang difikirkan oleh orang lain

Sebab utama orang berjaya ialah dia tak ambil berat pasal apa yang orang lain fikirkan kerana mereka tak mahu benda-benda seperti itu (terutama hal negatif) akan menghalang tindakan mereka untuk jadi lebih maju.

Kalau tak maju, tak berjaya. Jadi, mereka akan fokus kepada matlamat berbanding hal sebegitu.

3. Urus masa dengan baik

Masa adalah emas bagi orang berjaya. Setiap detik itu berharga dan ada menyamakan ia dengan nilai wang. Maka, penting bagi mereka menguruskan masa 24 jam sehari agar hebat dalam kerjaya dan kehidupan.

Disebabkan itu juga, perkataan ‘produktif’ sangat sinonim dengan orang berjaya di mana setiap waktu diletakkan had-had tertentu untuk aktiviti-aktiviti tertentu agar masa tidak terbazir begitu sahaja.

4. Luangkan lebih masa untuk keluarga

Memang benar orang berjaya sepanjang masa sibuk. Tetapi mereka juga manusia yang memiliki keluarga. Jadi, keseimbangan kerjaya dan keluarga adalah penting dan ia simbol berjaya yang sebenar.

Keluarga adalah penyokong dan punca seseorang mahu menjadi orang berjaya. Jangan diabaikan mereka.

5. Ada ruang masa untuk relaks

Ia adalah masa peribadi bagi orang berjaya. Kebiasaannya waktu sebegini memberi peluang kepada orang berjaya untuk mengecas semula tenaga agar produktiviti dan kreativiti mereka tidak terbatas.

Ruang masa rehat ini dipenuhi dengan aktiviti tidur sebentar, meditasi dan membaca kitab untuk kerohanian.

6. Sihat sebelum sakit

Orang berjaya tahu kesihatan itu penting dijaga dengan baik. Tanpa kesihatan yang baik dan stabil, segala perancangan dan matlamat akan terganggu kerana ia boleh mengganggu-gugat apa yang telah dan sedang dibangunkan oleh orang berjaya.

Maka, mereka akan fokus menjaga kesihatan secara keseluruhan termasuk kesihatan fizikal, kesihatan mental, dan kesihatan tubuh badan.

7. Hidup terancang dan teratur

Ini lebih kepada penyediaan persekitaran yang tersusun agar membantu menghindari orang berjaya rasa serabut selepas keletihan bekerja seharian.

Persekitaran hidup yang terancang dan teratur ini penting bagi memastikan produktiviti di tahap positif dan memberikan ketenangan dan kejelasan pada pemikiran orang berjaya.

8. Kuasai ilmu atau kemahiran baru

Orang berjaya adalah orang yang hebat kerana pakar di dalam sesuatu perkara hingga membolehkan mereka mencapai kejayaan.

Di samping kepakaran, orang berjaya mempunyai semangat untuk belajar dan kuasai ilmu atau kemahiran baru yang akan memberi nilai tambah di dalam kehiduan mereka.

9. Mencari mentor atau rakan kongsi yang bertanggungjawab

Sebelum seseorang menjadi orang yang berjaya, dia adalah orang biasa yang mahu mencapai keluarbiasaan.

Bagi memenuhi matlamat tersebut, orang sebegini akan mencari dan berkawan dengan orang yang telah berjaya.

Bagi mereka yang telah berjaya pula, pembentukan perhubungan dengan mentor atau rakan kongsi yang bertanggungjawab akan membantu mereka bukan sekadar menjadi orang berjaya tetapi orang yang hebat.

Kebiasaannya, mentor atau rakan kongsi boleh diperolehi dengan persetujuan meluangkan masa bersama untuk mengerjakan usahasama dan ada juga yang perlu dibayar untuk mendapatkan sokongan dan tunjuk ajar mereka di dalam bisnes atau bidang profesional.

Ramai orang berjaya sanggup melakukan perkara di atas ini, saban tahun supaya mereka sentiasa berada di jalan yang betul dan menuju ke arah matlamat yang lebih besar.

Anda bagaimana?

BACA INI JUGA: Manusia Yang Membuang Masa Orang Lain Adalah Pencuri!

Sumber: Mynewshub.cc

Tuesday, December 15, 2015

Manusia Yang Membuang Masa Orang Lain Adalah Pencuri!

Manusia Yang Membuang Masa Orang Lain Adalah Pencuri!

Suatu hari seorang pelanggan lelaki masuk ke dalam sebuah kedai buku di Philadelphia, Amerika Syarikat. Dia tertarik dengan sebuah buku dan bercadang untuk membelinya.

Membuang masa

Buku itu berharga satu dolar. Pelanggan tersebut tidak berpuas hati dengan harga buku itu. Lalu dia meminta petugas kaunter untuk memanggil pemilik kedai.

"Maaf, tuan saya sedang sibuk di ruang belakang", beritahu petugas.

Tetapi, pelanggan itu tidak puas hati. Dia tetap berkeras mahu bertemu empunya kedai. Niatnya satu, mahu meminta kurang harga buku itu daripada pemiliknya sendiri.

Dengan rasa bersalah, petugas itu terpaksa memanggil majikannya. Keluarlah seorang lelaki separuh botak, berwajah serius.

"Berapa harga terendah yang boleh anda berikan untuk saya?" tanya pelanggan itu sambil menunjukkan buku di tangannya kepada lelaki itu.

"Satu dolar suku!", jawab lelaki tersebut.

"Ha! Satu dolar suku? Sedangkan tadi petugas anda memberi harga hanya satu dolar", tanya pelanggan itu terkejut.

"Benar. Tadi sepatutnya saya mendapat satu dolar sebelum meninggalkan kerja saya", jawab lelaki itu.

Merasakan pemilik kedai itu sekadar bergurau, pelanggan itu bertanya lagi: "Okey. Beritahu yang sebenarnya, berapa harga terendah boleh anda berikan untuk buku ini?".

Dengan wajah serius, lelaki itu menjawab: "Satu dolar setengah!"

"Apa? Bukankah tadi anda tawarkan satu dolar suku?" tanya pelanggan itu yang semakin terkejut dengan jawapan yang diterimanya. Semakin ditanya semakin mahal jadinya harga buku tersebut.

"Benar. Tadi saya boleh mendapat satu dolar suku. Dan sekarang ini, saya mahukan satu dolar setengah!" tegas lelaki itu memberi jawapan. MASA ITU WANG!

Pelanggan itu tidak berani lagi bertanya. Lantas dia mengeluarkan wang dan membayar harga buku seperti dipinta lelaki itu dengan wajah mencuka.

Dalam masa yang sama, barulah dia belajar bahawa orang yang membuang waktunya sendiri untuk perkara yang tidak berfaedah adalah seorang yang bodoh. Dan orang yang membuang masa orang lain adalah pencuri!

Time-is-Money

Dia belajar perkara itu daripada lelaki berkepala separuh botak, pemilik kedai tersebut. Lelaki itu memang sangat dikenali menghargai waktunya.

Baginya, setiap waktu yang berjalan sangat berharga dan tidak patut dibazirkan untuk perkara yang sia-sia.

Kerana itulah lelaki tersebut menjadi antara tokoh yang sangat berpengaruh dalam sejarah sebagai penulis, ilmuwan dan pemimpin revolusi di Amerika Syarikat, pemilik kedai itu bernama, Benjamin Franklin!

Sikap terpujinya menghargai waktu itu menyebabkan kehidupan pemimpin dan pengasas Revolusi Amerika Syarikat ini cemerlang dan berjaya dalam pelbagai bidang yang diceburinya bermula sebagai seorang wartawan, penerbit, penulis, ahli falsafah dan politik sehinggalah menjadi seorang diplomat dan negarawan terkemuka!

BACA INI JUGA: Amaran Benjamin Franklin Tentang Bahaya Bangsa Yahudi

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, November 17, 2015

Kenapa Orang Berteriak Ketika Marah?

Kenapa Orang Berteriak Ketika Marah?

Seorang guru berjalan dengan murid-muridnya. Mereka melihat ada dua orang sedang bertengkar dan saling berteriak.

Bertengkar

Guru tersebut berpaling kepada murid-muridnya dan bertanya, "Kenapa orang saling berteriak jika mereka sedang marah?"

Salah seorang murid menjawab, "Kerana mereka hilang sabar, lalu mereka saling berteriakan."

"Tapi, kenapa harus berteriak kepada orang yang ada di hadapan mereka?"

"Bukankah pesanan yang mahu disampaikan boleh diucapkan dengan cara yang lembut dan perlahan?" tanya guru menguji murid-muridnya.

Murid-muridnya pun saling mengadu jawapan, namun tiada satu pun yang mereka sepakati.

Akhirnya, guru itu pun berkata, "Bila dua orang sedang marah, maka hati mereka pun saling menjauh.

"Untuk dapat menempuh jarak yang jauh itu, mereka harus berteriak supaya perkataan mereka dapat di dengar.

"Semakin marah, maka akan semakin keras dan kuat teriakannya, kerana jarak antara dua hati semakin jauh.

"Begitu juga sebaliknya, ketika dua orang insan saling jatuh cinta.

"Mereka tidak saling berteriak antara satu dengan yang lain.

"Mereka berbicara lembut kerana hati mereka berdekatan. Jarak antara hati mereka sangat dekat.

"Bila mereka semakin mencintai, mereka tidak lagi berbicara. Mereka hanya berbisik dan saling mendekat dalam kasih-sayang.

"Pada akhirnya, mereka bahkan tidak perlu lagi berbisik. Cukup hanya dengan saling memandang. Itu saja.

"Sedekat itulah dua insan yang saling mengasihi."

Guru itupun memandang murid-muridnya dan mengingatkan dengan lembut.

"Jika terjadi pertengkaran diantara kamu, jangan ucapkan perkataan yang menyebabkan hati kalian menjauh.

"Kerana jika kita biarkan, suatu masa nanti jaraknya tidak akan mampu ditempuhi lagi."

BACA INI JUGA: Rahsia 6 Jenis Perasaan Yang Mempengaruhi Manusia

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, September 08, 2015

Kisah Mr Vios Dan Pakcik Kaya

Kisah Mr Vios Dan Pakcik Kaya

Tersebut kisah daripada memori tentang seorang engineer muda, Mr Vios yang baru masuk kerja di sebuah syarikat minyak dan gas terkenal di dalam negara. Dengan sijil yang dimiliki oleh Mr Vios, tambahan dengan gred yang hebat, mana mungkin syarikat berkenaan menolak permohonan beliau.

Jangan-menyerah

Jadi bekerjalah Mr Vios sebagai seorang engineer muda setahun jagung dengan gaji yang beliau rasa lumayan, iaitu RM3,000 sebulan.

Dengan gaji sebegitu, Mr Vios sudah merasakan kenikmatan hidup. Memanglah, dulu dapat duit pinjaman sponsor pun baru RM700 sebulan. Sekarang sudah dapat hampir 4 kali ganda. Jadi Mr Vios merasakan dirinya berada dalam status kehidupan yang sudah agak mewah. Sudahlah seorang engineer, berduit pula.

Sesudah mendapat gaji pertama, Mr Vios merasakan kekosongan yang amat sangat. Duitnya hanya terusik sedikit sahaja. Difikirkan bagaimana mahu menggunakan pengetahuan engineering optimisation terhadap gajinya yang terbiar tidak digunakan.

Balik kampung berhari raya, beliau disindir sanak saudara. Tidak kurang juga yang memaksa. Bila mahu pakai kereta (besar)?

Tekad menggunung. Balik daripada kampung terus mencari kereta yang sesuai.

Gajinya RM3,000. Kereta apa yang beliau layak? Lantas ditanya kepada pegawai bank. Beliau layak meminjam maksimum 2/3 daripada gaji bersih sebulan untuk installment. Lebih kurang RM2,000.

Dengan berbekal pengetahuan kewangan sedia ada, Mr Vios agak-agak selamat untuk menurunkan bayaran bulan sebanyak RM1,500. Barulah berjimat cermat.

Jadi proses shopping kereta pun bermula...

Dengan RM1,500 sebulan, kadar HP 3% dan tenure 9 tahun, beliau dapat memiliki sebuah Honda Civic yang cun melecun. Sesuailah dengan status beliau sebagai orang berkarier, engineer pula tu.

Jadi dengan bangganya Mr Vios membawa dan memperkenalkan Honda Civic yang cun melecun kepada sanak saudara dan rakan sekerjanya. Bangga sungguh dia. Kawan-kawan pun memuji. Barulah setaraf.

Rupanya rakan-rakan sekerja Mr Vios pun tidak kurang juga. Masing-masing berkereta hebat-hebat.

Dalam banyak-banyak rakan sekerja, Mr Estima merupakan technician yang report direct kepada Mr Vios. Mr Estima telah bekerja lama dengan syarikat tersebut, namun disebabkan hanya mempunyai sijil dan diploma, beliau kekal sebagai technician. Gaji pokok beliau sudah tentu tidak dapat menyaingi bos mudanya, Mr Vios.

Mr Vios berkata dalam hati, Mr Estima pasti tidak mampu memakai kereta hebat seperti beliau. Berapa saja gajinya, bisik hati kecil Mr Vios.

Sangkaan Mr Vios meleset apabila suatu hari beliau melihat Mr Estima menaiki Toyota Vellfire ke tempat kerja. Terkejut beruk beliau.

Mr Vios menyapa Mr Estima selepas beliau selesai meletakkan keretanya.

Mr Vios: Pakcik Estima, besar kereta pakcik. Pakcik punya ke?

Mr Estima: Aah, dah pakcik bawak, memanglah pakcik punya.

Mr Vios: Wow, mampu ke pakcik bayar kereta macam ni? Mahal ni. Paling kurang RM2,000 sebulan ni. Gaji pakcik mana cukup.

Mr Estima: Kau bayar kereta kau berapa sebulan nak?

Mr Vios: RM1,500.

Mr Estima: Gaji kau berapa nak?

Mr Vios: RM3,000.

Mr Estima: Kesian. Hamba kereta. Kerja macam nak mati separuh bulan cuma untuk kereta.

Mr Vios: Errr….

Mr Estima: Aku pakai Vellfire tu free je. Orang tolong bayarkan

Mr Vios: Iyaa, macam mana boleh pakai free? Orang bayarkan pulak tu. Biar betul pakcik pakai Vellfire free?

Mr Estima : Bukan aku yang bayar, jadi kira freelah.

Mr Vios : Ok pakcik, ceritalah macam mana pakcik buat.

Mr Estima: Banyak cara boleh buat. Kawan-kawan pakcik buat banyak cara. Tapi yang ni kira paling simple la.

Mr Vios: Simple pun jadilah.

Mr Estima: Kau kena ubah mindset. Bezakan aset dan liabiliti. Kemudian belajar hidup jangan sebab nak impress orang. Sebenarnya tiada orang kisah pun kau pakai kereta apa. Last sekali kau juga yang bayar, bukan member atau sedara mara kau.

ASET – Aset adalah sesuatu yang meletakkan wang di dalam poket anda, sama ada anda bekerja atau tidak.

LIABILITI – Liabiliti adalah sesuatu yang mengambil wang dari poket anda, sama ada anda bekerja atau tidak.

Mr Vios : Makan dalam ni. Tapi takpa saya terima teguran tu pakcik. Ceritalah lagi.

Mr Estima: Sebagai orang muda yang miskin, kau kena fokus tambah aset. Orang miskin ni takda aset, tapi banyak liabiliti. Kalau kau mula kerja dah kumpul liabiliti, alamat ko jadi hamba duit sampai bila-bila.

Aku muda-muda dulu bukan senang bank nak bagi pinjaman, jadi aku pakai kereta buruk je. Asal boleh jalan. Kau pula bukan kawan lagi, pakailah kereta biasa-biasa. Kumpul beli kereta second hand.

Kalau gaji kau RM3,000, Kau bayar maximum RM300 cukup la..

Mr Vios: Ok-ok. Nasihat diterima. Lagi pakcik?

Mr Estima: Duit lebih tu kau simpan dan labur la. Kalau kau boleh bayar RM1,500 untuk kereta, maknanya kau ada lebih RM1,200. Disinilah kuncinya.

Laburkan duit tu. Macam pakcik dulu, takde la ada RM1,200, tapi lebih dapat la beli satu rumah flat. Bayar RM300 je sebulan. Bila gaji tambah, pakcik tambah satu lagi rumah flat.

Pakcik sewakan rumah tu, dapat la duit lebihan. Duit lebihan ni pakcik kumpul untuk downpayment rumah seterusnya.

Lepas pakcik ada beberapa aset rumah flat, pakcik pun fikir nak tukar kereta.

Jadi bila boring beli rumah flat, pakcik stop kejap, pakcik guna duit lebihan untuk bayaran kereta bulanan. Jadi pakcik bayar guna duit lebihan tu jelah.

Bila tukar-tukar kereta acap kali, pakcik rasa rugi pulak jual kereta second hand. Baik pakcik sewakan. Kancil bayar RM300 sebulan, harga sewa sehari pun dah RM80, cukup 5 hari orang sewa dah balik modal.

Kau pakai Honda kau tiap-tiap hari ke?

Mr Vios: Time nak pergi kerja je. Weekend kalau keluar jalan-jalan. Kalau tak parking dekat rumah je. Kawan saya dekat KLCC tu naik komuter dan LRT. So hari kerja tak pakai kereta pun.

Mr Estima: Haa, bijak pun. Setiap bulan ada 8 hari minggu boleh sewakan. Dah untung dah. Kalau orang nak sewa hari kerja pun ok, kita naik motor atau public transportlah.

Itu cerita kereta kancil nak. Itulah yang pakcik buat sampai ada Vellfire ni.

Mr Vios: Betul la pakcik. Selama ni saya tak pernah terfikir untuk buat camni.

Mr Estima: Benda ni untuk orang yang nak buat je. Yang boleh dahulukan masa depan dan tolak kepuasan diri sendiri. Yang nak senang cepat, tak dapat nak tolong.

Ada banyak lagi cerita kawan-kawan pakcik. Ada yang main saham, ada yang buat projek pecah tanah, ada yang main emas, ada yang main rumah lelong, ada yang buat sublet, ada yang buat bisnes macam-macam, ada yang pakai syarikat. Yang penting kita mesti mahu belajar.

Mr Vios: Terima kasih pakcik. Terbuka minda saya.

Mr Vios telah berazam hanya mahu fokus kepada menambah aset. Honda Civicnya mahu dijual walaupun mungkin rugi. Namun kerugian itu katanya berbaloi.

Begini rasional Mr Vios.

Kereta yang dijual itu susut nilainya hampir 15% setelah 6 bulan dipakai. 15% daripada RM130k ialah RM 19,500. Hutang beliau masih banyak kerana bank mengenakan kadar keuntungan. Jadi hutang beliau tetap 130k (andaian untuk mudah kira). Memandangkan beliau telah bayar 10% downpayment, bermakna dengan susut nilai 15%, beliau rugi 5% iaitu RM6,500.

Tetapi RM6,500 boleh dikira kerugian yang kecil kerana jika beliau meneruskan komitmen RM1,500 sebulan itu, beliau akan rugi lebih banyak.

Mr Vios pun pergi melawat Mr Estima yang sedang berehat dirumahnya, dengan niat mendapat nasihat.

Mr Vios: Pakcik, saya mahu jual kereta saya. Tak mahulah sewa-sewa ni, leceh. Saya jual terus dan perbaiki cash flow saya. Rugi sedikit sekarang.

Mr Estima: Berapa kau rugi nak?

Mr Vios: Lebih kurang RM6,500.

Mr Estima: Oklah tu. Itulah harga sebuah kebodohan. Kira sebagai bayaran pembelajaranlah. Tapi Honda kau tu kalau tunggu beberapa tahun sikit mungkin tak rugi dengan susut nilai sebab resale value Honda tinggi. Tapi yang kau cari pasal buat loan 9 tahun tu sapa suruh. Dengar lagi orang bank dengan penjual kereta punya nasihat.

Tapi juga, kalau kau tunggu lama sampai nak loan dan value kereta kau match, kau dah rugi banyak masa dan peluang.

Bertahun-tahun jugak tu. Kalau kau rasa RM6,500 tu berbaloi untuk beli masa bertahun-tahun, you are on the right track.

Mr Vios: (Kembang bangga dengan pujian sifunya). Jadi saya on lah jual kereta saya ni. Saya juga dah rancang nak beli aset. Rumah.

Mr Estima: Bagus dah tu. Kau nak beli rumah untuk apa?

Mr Vios: Rumah ni untuk duduk, pastu untuk investment sekalilah. Kira sambil menyelam minum air la ni. Hehehe bijak tak saya?

Mr Estima: Hehe. Aku dah jumpa ramai dah orang macam ni. Nak pakej 3 in 1, 10 in 1. Nak beli rumah untuk duduk, pastu nak sewalah, pastu nak investlah, pastu nak cashflowlah, pastu nak capital gainlah. Orang macam ni memang takkan jumpa rumah sampai bila-bila. Kalau dia beli pun, dia takkan jadi investor yang berjaya.

Mr Vios: Uikss, makan dalam lagi ni. Takpe-takpe, sifu punya pasal sebab ajar pun free ni, saya terima. Jadi, macam mana ni?

Mr Estima: Untuk melabur kena ada target. Macam pakcik beli flat untuk sewa dan dapat cash flow positif, duit lebihan. Kira pakcik ni slow mo punya orang. Alon-alon bak kata orang Kanada. Ada orang main flipping. Beli, hold 2-3 tahun dan jual. Untung dekat capital gain. Sekali untung bila market cantik memang bestlah. 5-6 angka tu biasa. Pastu rolling la lagi.

Mr Vios: Wah, terliur nih. Saya patut main macam mana ni?

Mr Estima: Cerminlah diri sendiri. You must know your own game.

Mr Vios: Ok saya set saya mahu main game simple. Saya nak beli satu rumah yang ada potensi yang sangat baik. Mungkin boleh naik double dalam masa 5 tahun. Saya kena cari area hot dan lokasi kegemaran flipper dan spekulator. Kemudian saya jual, dan dapat duit untung. Duit untung tu saya beli tanah dan buat rumah sendiri. So saya tak perlu berhutang beli rumah sendiri kan? Bijak tak saya? Hehehehe.

Mr Estima: Hahahaha. Ini yang nak gelak lagi dengan orang muda ni. Belum apa-apa dah fikir macam orang pencen. Nak rumah sendiri, tanah luas la apa la. Ini kira mazhab Settle Down Early.

Mr Vios: Adeh, kena lagi. Tak best ke idea saya tu? Ok apa invest sekali pastu dapat rumah sendiri free?

Mr Estima: Oklah juga tapi tak berapa bijak. Itu kesilapan ramai orang muda. Kau kira ok lah ada jugak invest dan target rumah sendiri “free’. Ada ramai kawan-kawan sebaya kau tu tak sabar nak rumah sendiri. Nak settle down katanya. Baru kerja 2-3 tahun, settle down apa kejadahnya? Ada 30 tahun lagi masa bekerja (kalau hidup normal, namun ajal dan maut di tangan Allah).

Dah beli rumah sendiri, pakai joint loan max suami isteri. Downpayment guna personal loan. Renovate pun pakai personal loan (kalau ada lagi entitlement). Buat kabinet dapur pakai bayar pakai kad kredit. Beli perabot pakai ansuran mudah.

Kerja korporat, gaji beribu-ribu nak pakai smartphone konon, pun pakai ansuran mudah or pakai kontrak.

Itu sikit je kes-kes depan mata. Belum lagi aku nak membebel kenduri kahwin dan wang hantaran pun berhutang..

Mr Vios: Huhu. Rileks pakcik. Nanti kena strok kang. Betul la cakap pakcik. Insaf saya.

Kebanyakan orang berfikir hanya untuk buat duit. Mereka tidak sedar bahawa terdapat pelbagai jenis wang yang boleh dijana.

Selama bertahun-tahun, seseorang diajar bahawa terdapat tiga jenis pendapatan:

1. Pendapatan yang biasa diperolehi/Pendapatan Aktif: Secara umumnya diperoleh daripada pekerjaan melalui gaji. Ia adalah pendapatan tertinggi dikenakan cukai, dan dengan itu, yang paling sukar untuk membina kekayaan.

2. Pendapatan Portfolio: Secara umumnya berasal dari aset kertas seperti saham, bon, dan dana bersama.

3. Pendapatan pasif: Secara umumnya berasal dari hartanah, royalti, dan pengagihan. Ia adalah pendapatan yang paling rendah dikenakan cukai, dengan banyak faedah cukai, dan ianya adalah pendapatan yang paling mudah untuk membina kekayaan.

Rich Dad berkata, “Jika anda mahu menjadi kaya, fokus untuk menjana pendapatan pasif. ” –Robert T Kiyosaki

Mr Estima hampir diserang strok gara-gara terlalu kecewa dengan sikap golongan muda (dan tua) yang menguruskan kewangan dengan sambil lewa. Nasibnya baik kerana ditenangkan oleh Mr Vios, seorang pemuda yang sopan santun tetapi masih mentah dan naif dalam kehidupan.

Mr Estima: Pakcik pun tak tahu kenapa kemahiran urus wang ini tak diajar di sekolah. Ada banyak teori konspirasi yang pakcik dengar, tapi entahlah.

Mr Vios: Habis pakcik ni belajar dari mana? Takkan ilmu ni dapat dari bertapa? Tapi memang betul, menda ni memang tak diajar dekat sekolah. Tapi dekat sekolah pun siapa nak ajar. Cikgu pun perangai sama. Bukan kata kat semua, tapi banyak kes lah. Harap kalau saudara mara pakcik ada yang kerja cikgu, saya minta maaf.

Mr Estima: Pakcik belajar dari kawan-kawan. Sebenarnya dulu dalam hati pakcik, memang teringin nak jadi orang senang. Pakcik asal kampung, orang miskin. Kerja keras tapi duit cukup makan. Pakcik terpikir macam manalah nak jadi senang. Disebabkan itu, pakcik berjumpa orang-orang yang senang dan pakcik belajar dari mereka.

Mr Vios: Bestlah pakcik, jumpa kawan orang senang. Saya jumpa pakcik jer itupun dah nasib jer kot.

Mr Estima: Hek eleh kau ni. Sebenarnya banyak jer cara kalau betul-betul nak. Contoh sekarang kan ada tv la, internet la. Banyak jer boleh belajar. Buku pun banyak. Cuba ko pergi kedai buku, banyak jer buku pasal merancang kewangan, cara nak buat duit, cara nak bisnes. Tapi orang kita suka baca buku seram, baca novel cinta, sebenarnya aku isteri dia dan lain-lain. So tak bolehlah nak salahkan sistem pendidikan jer. Bahan sebenarnya dah ada banyak.

Mr Vios: Betul la. Saya asyik beli majalah Maskulin jer. Lepas ni tukar selera pulak. Beli Gila Gila. Hehe..Lawak jer ni pakcik..heheh..

Mr Estima: Anak saudara aku pun sebaya kau. Tapi dia pun dah on the right track. Banyak juga aset dia. Emas ada, rumah sewa ada. Masih pakai motor pergi kerja. Ada kereta bini dia bawak. Viva jer. Dia kata dia banyak belajar dari fesbuk. Dekat internet.

Mr Vios: Ohh facebook. Rupanya dekat facebook pun boleh belajar ehh. Saya jarang bukak sebab malas nak layan orang-orang asyik upload gambar anak dia, kucing dia, dan segala yang dia makan semua masuk dalam facebook. Takpe lepas ni nak cari geng-geng fikir masa depan ni jer la. Sure banyak.

Mr Estima: Betul nak. Kadang-kadang ilmu banyak jer free, tapi kena mencari. Wah rhyme la pulak. Free, tapi kena mencari.

Mr Vios: Aah. Tapi saya nak tanya lagi la pakcik. Sampai bila kita kena kerja ni? Saya tengok aset-aset ni semua tambah hutang lagi. Makin tambah hutang, makin tak lena tidur.

Mr Estima: Kau jangan fikir separuh je. Matlamat tambah aset adalah untuk buat duit kerja untuk kita. Omputih kata, “Money is the great slave but a terrible master”. Sebelum ni kita hidup untuk dapat duit, jadi hamba duit, kita ubah strategi untuk menghambakan duit.

Hutang yang baik adalah salah satunya. Tapi kita kena ada matlamat untuk bebas kewangan. Contoh macam pakcik, pakcik dah tak perlu kerja sebenarnya kerana pendapatan pasif pakcik dah cukup untuk tampung hidup pakcik. Tapi sebab malas nak duduk rumah, pakcik kerja seperti biasa. Kawan-kawan pakcik mulakan bisnes mereka sendiri.

Jadi untuk kau, pakcik rasa kau kena kira sendiri berapa income pasif yang kau perlukan. Rasanya dekat KL kau perlukan at least RM3,000 untuk hidup secara asas. Cukup untuk bayar sewa, makan pakai, transport. Yang ni takde la joli-joli. Kalau kau sabar, kau akan jadi kaya.

Mr Vios: Pengorbanan betul ni kan. Takde ker pendapatan pasif lain?

Mr Estima: Ada banyak. Kalau kau rasa dengan property ni lambat, kau boleh cepatkan. Kena faham strategi Multiple Sources of Income. Ada tiga jenis income iaitu Active Income (Pendapatan Tetap), Side Income (Pendapatan Tambahan) dan (Passive Income) Pendapatan Pasif.

FINANCIAL FREEDOM FORMULA
Passive Income > Active Income > Expenses

Antara strategi yang simple adalah buat Active Income dan Side Income, dan hasilnya terus dilaburkan kepada Passive Income. Macam ko sekarang, kau ada Active Income dan Passive Income. Tapi passive income ko belum cukup untuk ko financially free.

So kau ada options untuk cepatkan dengan tambahkan side income. Kau boleh pilih macam-macam options. Samaada buat parttime business, jual produk orang, atau jadi ejen. Ramai yang jadi ejen unit trust, saham, takaful, MLM (ehh?) dan lain lain.

Duit side income ni kau jangan mengada-ngada joli. Kau simpan dan tambah aset untuk pasive income. Kalau kau dah ngada-ngada menunjuk konon ada BMW, Audi, MErcedes, sendiri fikir la. Memang boleh nak celebrate, tapi berpada-pada. Takut kau pun takkan boleh keluar dari kitaran hidup mengejar duit.

Dan kau perlu ingat, Active Income dan Side income ini memerlukan tenaga. Jadi kau kena kerja keras. Disinilah kuncinya. Bila side income kau dah melebihi gaji tetap, dan telah konsisten selama sekurangnya setahun, kau berhentilah kerja. Fokus kepada side income kau tu.

Disini kau dah ada KEBEBASAN yang pertama. Iaitu kau tak perlu kerja dengan orang. Bebas Pekerjaan. Kau boleh kerja sendiri. Ada harganya bebas ni.

Mr Vios: Wow wow wow. Tak pernah terfikir pula plan macam ni. Sebelum ni saya tak pernah terfikir boleh tak makan gaji.

Mr Estima: Lepas kau boleh kerja sendiri dan kau dah ada pasif income yang mencukupi, kau boleh buat apa yang kau nak buat. Kejarlah cita-cita kau. Buatlah bisnes yang menguntungkan dan bermanfaat untuk orang.

Kawan-kawan pakcik ramai yang sudah multimillionaire dengan bisnes. Berniaga kan 9/10 daripada rezeki. Kau jangan takut berniaga nak.

Kereta-kereta sewa pakcik bukan pakcik urus sendiri. Ada syarikat, ada pengurus dan ada pekerja. Pakcik beri kepada anak saudara pakcik untuk urus rumah-rumah pakcik. Pakcik bayar gaji dia. Leverage orang kata. Kalau kita nak buat semua sendiri, memanglah tak larat.

Mr Vios: Mantaplah pakcik, saya dah jelas sikit roadmap hidup saya. Insya Allah saya akan merancang untuk buka bisnes sendiri juga nanti.

ALWI ADAM
Perunding Kewangan
Jurulatih Motivasi & Keusahawanan

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Sunday, August 09, 2015

'Membeli' Pengalaman Akan Membuat Kita Rasa Lebih Bahagia!

'Membeli' Pengalaman Akan Membuat Kita Rasa Lebih Bahagia!

Kebanyakan kita terburu-buru mengejar kebahagiaan. Ada yang berpendapat kebahagiaan merupakan petunjuk terbaik terhadap kesihatan kita. Lebih bahagia bermakna lebih sihat. Semua orang pun nak gembira!

Happy

Tapi apa cara yang boleh kita guna untuk capai kebahagiaan yang selama ini kita cari?

Salah satu andaian paling popular orang ramai tentang macam mana nak buat diri sendiri bahagia adalah dengan membeli objek atau barangan fizikal yang kita idamkan.

Ramai yang memberi alasan barangan yang dibeli itu akan membuat kita rasa bahagia kerana ia akan bertahan lama.

Sebab itulah ramai orang lebih suka beli kereta yang hebat, fancy gadgets seperti iPhone 6, dan barang-barang material lain, semata-mata untuk bagi hati puas. Kita juga tak boleh duduk senang kalau tengok orang lain lebih up-to-date daripada kita.

Jadi, untuk buat diri sendiri happy, kita pun akan beli barang yang kita suka.

Memang kita akan happy selepas kita beli barang yang kita nak. Tapi sebenarnya, kegembiraan itu tak akan bertahan lama.

"Salah satu musuh kebahagiaan adalah penyesuaian atau adaptation," kata Dr Thomas Gilovich, seorang profesor psikologi di Universiti Cornell yang telah mengkaji soal wang dan kebahagiaan selama lebih dua dekad.

"Kita membeli barangan material untuk membuat kita bahagia, dan kita berjaya. Malangnya, kegembiraan itu hanya bertahan untuk seketika.

"Biasalah, benda baru memang akan nampak menarik pada mulanya. Tetapi bila kita dah menyesuaikan diri dengannya, kegembiraan yang kita peroleh itu akan pudar perlahan-lahan."

Jadi, daripada membeli iPhone terkini atau BMW baru, Gilovich menggalakkan kita untuk lebih membelanjakan wang pada pengalaman seperti melakukan aktiviti luar, belajar kemahiran baru, atau pergi melancong.

Penemuan Gilovich adalah sintesis kajian psikologi yang dijalankan oleh beliau dan pengkaji lain ke dalam paradoks Easterlin, yang mendapati bahawa wang memang mampu membeli kebahagiaan, tetapi hanya sehingga ke satu tahap

Bagaimana penyesuaian menjejaskan kebahagiaan, misalnya, diukur dalam satu kajian yang meminta orang ramai untuk memberitahu tentang tahap kebahagiaan mereka selepas membeli barangan material, dan selepas membelanjakan wang pada pengalaman.

Pada mulanya, kebahagiaan mereka pada kedua-dua "pembelian" ini berada di kedudukan yang lebih kurang sama. Tetapi lama-kelamaan, kepuasan terhadap barangan material yang dibeli menurun, manakala kepuasan mereka membelanjakan wang pada pengalaman meningkat.

Objek fizikal, walaupun kita boleh simpan untuk jangka masa yang lama, ia tak semestinya akan membuat kita bahagia selamanya. Kepuasan yang kita kecapi biasanya hanya untuk jangka masa yang singkat sahaja.

Realitinya, pengalaman once-and-done yang kita peroleh dari pergi ke konsert, melakukan aktiviti lasak, atau masuk kelas diving sebenarnya lebih berharga dan membahagiakan.

Konsepnya terbalik. Barang yang kekal lama tak memberi kegembiraan berpanjangan. Manakala pengalaman yang singkat memberi kebahagiaan yang bertahan lebih lama dalam diri seseorang.

Inilah yang Gilovich tekankan tentang penyesuaian atau adaptation. Setelah kita menyesuaikan diri dengan barangan yang kita beli, kegembiraan kita akan pudar dan menjadi sebahagian perkara yang normal semula.

Kemudian, kita akan cari barangan yang lebih baru untuk ditukar ganti. Proses ini akan berulang sampai bila-bila.

Berlainan pula jika dipandang dari sudut pengalaman. Semakin banyak wang yang kita belanjakan pada pengalaman, semakin banyak kemahiran yang akan kita dapat, menjadikan kita seorang yang lebih baik daripada semalam.

"Segala pengalaman yang dikutip adalah sebahagian yang lebih besar dalam diri kita sendiri berbanding barangan material yang kita beli," kata Gilovich.

"Tak salah kalau kita benar-benar suka pada sesuatu material. Tak salah juga kalau kita fikir bahawa barang tersebut adalah sebahagian daripada identiti kita."

"Tetapi hakikatnya, pengalaman itulah yang benar-benar menjadi sebahagian daripada diri kita. Diri kita yang sekarang ini merupakan jumlah dari pengalaman dan ilmu yang kita kutip selama ini," katanya lagi.

Satu kajian yang dijalankan oleh Gilovich juga menunjukkan, jika kita mempunyai pengalaman masa lalu yang memberi kesan negatif, penilaian kita terhadap pengalaman itu akan bertukar kepada positif pada masa depan

Contohnya, mungkin kita ada pengalaman buruk yang memalukan atau yang menakutkan kita pada masa lalu. Tapi bila kita ceritakan pengalaman kita itu kepada orang lain, ia boleh bertukar menjadi bahan lucu yang membuat kita ketawa. Kenangan yang kita simpan itu juga boleh kita jadikan sebagai bahan character building yang tidak ternilai buat diri sendiri.

Lucu

Pengalaman yang dikongsi juga lebih mengeratkan hubungan kita dengan orang lain jika dibandingkan dengan perkongsian material.

Contohnya, kita akan lebih rasa connected dengan seseorang yang pernah pergi menyelam di Pulau Sipadan daripada seseorang yang memiliki barangan elektronik canggih yang sama seperti kita.

"Kita peroleh pengalaman secara langsung dalam perjalanan hidup. Selepas detik itu berlalu, ia menjadi sebahagian daripada cerita-cerita bahagia yang kita kongsikan antara satu sama lain," ujar Gilovich.

Kajian juga mendapati kita lebih cenderung atau lebih suka membandingkan material daripada pengalaman.

Soalan seperti "Awak pakai BMW series yang keberapa?" atau "Beraga harga phone awak?" atau "Awak duduk rumah banglo ke teres?" adalah antara soalan-soalan popular yang sering kita tanya orang lain untuk tujuan perbandingan.

"Kecenderungan untuk menyesuaikan diri dengan golongan atasan biasanya lebih ketara dari segi material yang kita beli daripada pengalaman yang kita ada. Maklumlah, orang lebih suka nampak kaya harta berbanding kaya pengalaman," kata Gilovich.

Kadang-kadang, kita akan rasa cemburu melihat orang yang tinggal di hotel lima bintang atau yang terbang kelas pertama.

Tetapi, sifat cemburu itu akan hilang sekelip mata kerana perkara itu juga tidak sama sekali menjamin percutian mereka lebih bagus daripada kita.

BACA INI JUGA: 10 Filem Terbaik Untuk Meningkatkan Motivasi Dan Berjaya

Sumber: Says

Wednesday, July 01, 2015

Jangan Sesekali Mahu Anak-anak Cepat Membesar! Kenapa?

Jangan Sesekali Mahu Anak-anak Cepat Membesar! Kenapa?

Penulisan ini disumbangkan oleh Puan Wan Noor Azura, dalam sebuah kumpulan fb keibubapaan. Semoga nasihat ini menjadi motivasi untuk kita terus kuat dalam mendidik anak-anak menjadi seorang penjaya untuk kehidupan dunia dan akhirat.

ANak nakal

Nak kongsi pesanan daripada ibu mertua saya. Semalam keluarga suami saya datang berbuka puasa dan bermalam di rumah saya.

Anak saya yang bongsu umur setahun 2 bulan langsung tak boleh letak.. nak berdukung je. Saya sibuk bantu ibu mertua di dapur, suami terpaksa dukung anak saya tu sampaikan nak pergi tandas pun dia meraung-raung.

Dengan orang lain dia tak nak. Mungkin secara tak sengaja dan tanpa sedar suami saya seakan mengeluh sebab anak saya tu nak berkepit je.

Ibu mertua saya tegur, katanya, “Takpa.. la ni ja anak-anak nak merap (berkepit). Sementara depa kecil ni ja.. mai dah besaq semua macam hampa semua ni.. tinggai mama sorang-sorang kat rumah. Memang rindu serindu-rindunya tak tau nak kata. Layan la depa sementara depa nak manja dengan kita ni. Nanti dah besaq masing-masing manja dengan isteri atau suami dah. Tak heran dah kita ni..”

Terkesan di hati apabila dengar kata-kata ibu mertua saya tu. Kita sekarang kalau boleh nak anak-anak cepat besar kan.

Sebab penat sangat jaga anak kecil-kecil ni sampai tiada masa untuk diri sendiri. Tapi kita tidak tahu bagaimana keadaannya bila anak-anak dah besar.

Macam ibu mertua saya, sentiasa ternanti-nanti anak-anak balik kampung. Katanya bila teringat balik masa anak kecil-kecil rasa nak ulang semula saat-saat tu.. rindu sangat. Tu pengalaman daripada orang yang dah pernah melalui.

Kadang-kadang kita ni perlu teguran sebegini untuk buat kita sedar. Hargai masa “hingar-bingar” bersama anak-anak hari ini kerana kita pasti akan merinduinya satu hari nanti.

BACA INI JUGA: Doa Supaya Anak Menjadi Soleh

Sumber: Thevocket

'Abang dan Anak-anak Syurga Saya..'

'Abang dan Anak-anak Syurga Saya..'

“Abang, kita pergi kedai hiasan dalaman rumah, boleh?” Isteri memandangku penuh pengharapan. Aku senyum kelat. Mengangguk tidak. Menggeleng tidak.

Keluarga Bahagia

Tapi, dia dah pergi bersiap. Tak sempat aku berikan jawapan.

Dia tak tahu, dah 3 bulan gajiku tak berbayar. Entah apa masalahnya dengan syarikat tempat kerjaku. Masalah kemelesetan ekonomi agaknya. Aku bukannya kerja tetap pun situ. Ambil upah kontrak saja.

Kerja aku, pikul simen, bawa paip besar-besar tu ke rumah-rumah. Kadang-kadang, aku jadi buruh binaan sandaran. Semua kerja berat, aku buat.

Bukan demi perut aku. Tapi, demi keluarga kecil aku ini. Anak baru dua orang. Dekat 10 tahun dah aku nikah. Isteri tak kerja. Suri rumah sepenuh masa.

Rumah ni pun rumah pusaka arwah nenek isteri. Duduk menumpang di tanah keluarga. Aku harta apa pun tiada. Harapkan kereta Proton Saga first model tu saja. Tu pun dah nak roboh kalau bawa lebih 100 km/j.

“Jom.”

Anak-anak pun dah siap. Isteriku senyum manja.

Kami ke kedai pameran perabot dan hiasan dalaman yang besar dekat area sini. Ada ekspo rupanya.

Aku tengok isteriku dan anak-anak happy sangat. Pergi dari satu pameran ke satu pameran. Dari satu galeri ke satu galeri. Display ke display. Dari pameran ruang tamu ke ruangan dapur.

Aku tengok dan tanya harga.

“Ribu. Belas ribu. Puluh ribu.”

Isteriku pimpin tanganku dan anak-anak. Sepanjang pameran, dia senyum saja. Hairannya, tak pula dia suruh aku beli.

Sampai di ruangan galeri dapur, dia berhenti lama. Aku tahu, dia mengimpikan dapur luas seperti itu. Ada kabinet, lengkap dengan ketuhar, dapur masak dan hood. Barangan dapur serba lengkap. Wanita mana yang tidak suka?

Dia memegang erat sedikit genggaman tanganku. Aku tahu, dia mahu.

“Abang, jom. Kita balik. Dah puas tengok.”

Aku terkebil-kebil. Menuruti saja langkahnya ke kereta uzurku.

Dalam kereta, isteriku tak lepaskan tanganku. Aku sengaja bertanya,

“Awak nak dapur macam tadi, ya?”

Dia jawab,

“Nak sangat. Tapi…”

Aku mencelah.

“Tapi?”

Dia meletakkan kepalanya di bahuku.

“Tapi, biarlah. Syukur dengan dapur rumah kita. Syukur dapat makan dan minum apa adanya. Bukan dapur yang saya ingini, tapi abang dan anak-anak ada di sisi.

"Masa makan, ceria dan gelak sekali. Gurau senda dengan famili. Meja kecil, senang nak capai dan hulur lauk. Senang nak suap suami dan anak-anak makan. Dapur yang bahagia.”

Aku terdiam. Senyum paksa.

“Abang tahu impian awak..”

Isteriku cepat-cepat genggam erat lagi. Kali ini lenganku jadi mangsa.

“Abang jangan fikir macam-macam. Saya ajak abang datang sini, supaya keinginan mata saya untuk lihat semua tadi, pudar setelah dah lihat. Tak terbayang-bayang dah. Tengok dan lupakan.

Menyintai kan tidak bermakna memiliki. Suka, tak bermakna nak beli.

Semua barangan mewah tadi, dari ruang tamu sampai ke dapur, dari pagar rumah sampailah rumah mewah, saya impikan abang dan anak-anak ada bersama dalam rumah tu dengan kelengkapan tu semua.

Indah sangat ada segalanya. Bahagia sangat.

Tapi saya bayangkan bukan indah di dunia, bang. Saya bayangkan mahligai di Syurga ada lebih dari semua tadi. Segalanya ada belaka.

Apa guna jika ada semuanya, tapi abang dan anak-anak tidak turut serta? Itu bukan bahagia maknanya pada saya.

Abang, susah kita sekarang, semua yang kita lalui sekarang ini adalah harga yang sedang kita bayar untuk mahligai di akhirat kelak. Makin kita sabar dan tenang lalui pahit-maung, suka duka masih bersama, insya-Allah.

Syurga jadi milik kita jua.

Bang, ‘syurga’ bagi setiap orang tidak sama. Ada orang makan kek yang harga mahal barulah dia terasa bahagia.

Tapi, saya dan anak-anak, makan biskut tawar pun sudah terasa nikmat bahagianya.

Abang, anak-anak. Syurga saya.”

Aku terkesima dengan kata-kata isteriku. Berhenti seketika di bahu jalan. Aku cakap dengan dia nak check tayar. Macam tak sedap saja drive. Padahal, aku tunduk tengok tayar, nangis sendirian.

Masuk balik kereta. Senyum.

“Depan sana ada air jambu asam boi. Semua nak tak?”

Isteri dan anak-anak serentak jawab, “Nak!~~”

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Wednesday, June 24, 2015

7 Tanda Anak Berbakat Luarbiasa Yang Ramai Ibu Bapa Tak Tahu

7 Tanda Anak Berbakat Luarbiasa Yang Ramai Ibu Bapa Tak Tahu

Anak adalah anugerah Allah yang tak ternilai kepada kita. Mereka merupakan penceria kehidupan rumah tangga.

Smart kids
Gambar hiasan.

Kami nak kongsikan 7 tanda anak anda berbakat dan berkebolehan luar biasa. Tanda-tanda tersebut dimiliki oleh anak pada usia antara 2-4 tahun ialah:

1. Mempunyai bakat tertentu, seperti kebolehan melukis atau kebolehan luar biasa dengan nombor.

2. Mencapai tahap perkembangan fizikal dan berfikir lebih awal dari rakan-rakan.

3. Mempunyai perkembangan menguasai bahasa yang lebih baik berbanding dengan rakan-rakan, seperti perbendaharaan kata yang luas atau keupayaan untuk bercakap dalam ayat yang lebih awal daripada kanak-kanak lain yang sebaya.

4. Mempunyai keinginan untuk tahu dan tidak pernah berhenti bertanya.

5. Sangat aktif (tetapi tidak hiperaktif). Walaupun kanak-kanak hiperaktif sering mempunyai tahap tumpuan (fokus) yang singkat, kanak-kanak aktif dan berbakat pula boleh menumpukan perhatian kepada satu tugas yang diberikan untuk jangka masa yang lama, bersemangat untuk menghabiskan tugas itu, dan suka melakukan aktiviti yang sukar.

6. Mempunyai daya imaginasi yang jelas. Kanak-kanak berbakat boleh bercerita dan berimaginasi tentang suatu pengembaraan dengan baik.

7. Mampu menghafal fakta dengan mudah dan ingat maklumat yang sukar dipelajari dari rancangan televisyen, filem, atau buku. Sesetengah kanak-kanak pintar cerdas menyedari bahawa mereka adalah “berbeza” dari rakan-rakan mereka. Ini boleh membuat mereka merasa terpencil dari rakan-rakan yang lain. Ini menyebabkan mereka menjadi mangsa buli.

Kenali anak kita dan berilah sokongan kepada perkembangan fizikal dan mental mereka. Wallahu a’lam.

BACA INI JUGA: Kenapa Perlu Mencemburui Orang Yang Berbakat?

Saturday, June 13, 2015

10 Filem Terbaik Untuk Meningkatkan Motivasi Dan Berjaya

10 Filem Terbaik Untuk Meningkatkan Motivasi Dan Berjaya

Menonton filem sama ada di panggung wayang atau melalui televisyen bukan sekadar hiburan semata-mata kerana sebahagian filem mampu memberikan inspirasi dan meningkatkan motivasi untuk usahawan.

The Pursuit Of Happyness

Tidak seperti luar negara, pengarahan filem-filem sebegini masih kurang di Malaysia. Berikut antara 10 filem pilihan terbaik untuk ditonton.

1 – The Billionaire

Filem ini berdasarkan kisah benar daripada zero menjadi hero mengenai seorang bilionair muda Thailand, Top Ittipat. Top yang pada awalnya seorang yang gila bermain game akhirnya berjaya menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang makanan berasaskan rumpai laut.

2 – The Social Network

Pelajar Harvard, Mark Zuckerberg (Jesse Eisenberg), mencipta Facebook di dalam bilik asrama beliau. Beliau kemudian didakwa oleh rakan-rakan beliau kerana mencuri idea untuk membina laman sosial paling berjaya dan pantas berkembang itu.

3 – Wall Street

Filem ini mengisahkan mengenai kisah hidup seorang broker saham yang muda dan laparkan kejayaan, Bud Fox. Filem ini terbaik untuk usahawan kerana ia menunjukkan apa hasilnya apabila keinginan untuk berjaya menguasai hidup anda.

4 – Jerry Maguire

Filem ini berdasarkan kisah benar dan menunjukkan langkah demi langkah kepada penonton untuk berjaya. Setelah membuat keputusan drastik untuk berhenti kerja, beliau melalui penolakan daripada insan-insan di sekelilingnya.

Perlahan-lahan, akhirnya beliau dapat mengenal pasti jalan yang terbaik untuk ditempuhi, dan ia berakhir dengan baik sekali di dalam perniagaan dan juga kehidupan beliau.

5 – The Pursuit Of Happyness

Christopher Gardner (Will Smith) cuba untuk menyara keluarganya dengan menjual alat-alat perubatan yang tidak mempunyai permintaan. Beliau mendapat peluang untuk berjuang dengan menjual saham, tetapi beliau tidak akan menerima gaji untuk 6 bulan.

Untuk memenuhi keperluan, beliau terus cuba menjual alat-alat perubatan sehingga satu tahap beliau tidak mampu mempunyai tempat tinggal. Tetapi beliau tetap cekal berusaha sehingga mencapai kerjaya yang diimpikan.

6 – Pirates Of Silicon Valley

Sebuah biografi mengenai pengasas serta pencipta Microsoft dan Apple. Biografi ini memberikan pendedahan bagaimana mereka memulakan dan menguruskan bisnes mereka serta menunjukkan apakah perbezaan besar dalam operasi mereka.

7 – Moneyball

Pengurus besar Oakland A, Billy Beane (Brad Pitt) hanya mempunyai bajet yang rendah untuk mengambil pemain pasukan baseballnya. Semua pemain bintang beliau telah meninggalkan pasukan setelah mendapat tawaran yang lebih baik.

Beliau meninggalkan pasukan untuk mencari cara bagi membina sebuah pasukan hebat tanpa memerlukan wang yang banyak. Akhirnya beliau menjumpai satu penyelesaian dengan melihat dan memilih pemain berdasarkan data statistik untuk membentuk pasukan.

8 – Up In The Air

Filem ini mengisahkan mengenai Ryan Bingham (George Clooney) yang pergi ke seluruh negara untuk membuang para pekerja dari syarikat-syarikat lain. Seorang pekerja baru, Natalie Keener (Anna Kendrick) menyertai syarikat itu untuk mengubah model perniagaan semasa dan bergantung sepenuhnya kepada teknologi.

9 – The Aviator

Filem ini berdasarkan kisah sebenar seorang perintis penerbangan, Howard Hughes sehingga tahun 1947. Ia menceritakan mengenai kehidupan Hughes yang menjadi hartawan penerbangan dan pada masa yang sama mengalami masalah tidak stabil akibat gangguan obsessive-compulsive yang teruk.

10 – Risky Business

Filem ini merupakan antara filem yang menyeronokkan. Ia menceritakan bagaimana mengambil peluang berisiko tinggi di depan mata. Filem yang dilakonkan oleh Tom Cruise ini mengisahkan mengenai seorang lelaki yang terpaksa berhadapan realiti untuk mencari duit sebelum kepulangan ibu bapanya.

Apa pula filem kegemaran anda yang telah memberikan inspirasi kepada anda selama ini?

BACA INI JUGA: 8 Filem Yang Diharamkan Di Malaysia

Sumber: Majalahniaga

Tuesday, June 09, 2015

Kenapa Anak Suka Berdiri Depan TV Ketika Sedang Menonton?

Kenapa Anak Suka Berdiri Depan TV Ketika Sedang Menonton?

Anak mana yang tak pernah berdiri betul-betul depan tv waktu kita menonton? Mari lihat apa kata ilmu psikologi.

Anak-tonton-tv

“Ha, masuklah dalam tv tu!” ayat wajib mak ayah. Ibubapa yang mana pula tak pernah naik angin sebab anaknya ‘block’ view mereka.

Mungkin ramai yang terkejut kalau saya katakan bahawa perilaku tersebut sebenarnya menunjukkan anak anda ‘normal’ secara psikologi. Anda patut bersyukur dan bukannya mengamuk.

Apa yang ramai tidak tahu ialah, sebenarnya perilaku tersebut ialah sebahagian daripada fenomena dipanggil ‘EGOCENTRISM’ menurut Piaget Cognitive Model.

Menurut Piaget (1896-1980), kanak-kanak memahami dunia sekeliling mengikut fasa-fasa yang bertahap. Pada usia kanak-kanak 2 hingga 7 tahun, fasa ini dipanggil PREOPERATIONAL.

Egocentrism merupakan salah satu komponen pada fasa ini, dimana kanak-kanak merasakan mereka adalah ‘centre of the universe’.

Pandangan mereka terhad kepada pandangan peribadi dan tidak boleh modify pandangan tersebut berdasarkan pandangan orang lain. Hitam kata dia, hitamlah. Tak kira kita explain macam mana yang itu sebenarnya kelabu.

Pada pandangan kanak-kanak, ‘kalau saya nampak, orang lain mesti nampak juga!’ (Sebab tu saya duduk depan tv, saya mana tau saya block view mak ngan ayah!)

Egocentrism tidak sama dengan sifat ‘selfish’, ia hanya antara fasa pembentukan ‘personal view’. Ada banyak lagi fasa yang mereka lalui sebelum kognitif mereka matang sebelum dewasa.

‘Kalau biar, rabun mata nanti doktor..’

Posting ini bukan bermakna kita tidak boleh menegur. Cuma saya ambil specifically contoh anak berdiri di hadapan tv ini untuk membawa ibubapa memahami bahawa ada perilaku anak-anak ialah petanda perkembangan emosi dan kognitif mereka.

Beza melihat anak berbuat sesuatu kerana ‘nakal’ dan berbuat sesuatu kerana sifat ‘semulajadi kanak-kanak’yang menjadi sebahagian dari perkembangan usia mereka.

Oleh itu, jangan sebarangan mengkritik, menghentam dan memarahi anak-anak. Tindakan kita dalam mendisiplinkan anak-anak MESTI sejajar dengan tahap perkembangan mereka.

Ini yang kita selalu silap. Terutama kalau ada anak lebih dari 2,3 orang. Kita hentam samarata yang umur 3 tahun kena marah sebab yang sama dengan apa yang umur 7 tahun buat. Padahal tahap kematangan emosi, kognitif dan sosial mereka tidak sama.

SEBAB ITULAH, Rasulullah menggariskan tarbiyyah anak-anak berdasarkan tahap umur. Umur 7 tahun suruh solat, 10 tahun baru rotan (Hadis Hasan, Riwayat Abu Daud). Begitu juga dalam hal mengasingkan tidur dan sebagainya.

Ada fasanya yang perlu difahami oleh ibubapa.

Banyak lagi perilaku anak-anak yang sebenarnya hanya mencerminkan tahap perkembangan mereka dan bukannya petanda ‘nakal’.

BACA INI JUGA: 10 Panduan Membentuk Anak Soleh Dan Solehah

Sumber: Facebook Page Dr Rozanizam Zakaria

Thursday, April 30, 2015

Bukankah Pak Cik Buta?

Bukankah Pak Cik Buta?

Seorang lelaki jatuh cinta dengan seorang wanita cantik. Bukan saja mempunyai raut wajah menawan, bahkan sifat wanita itu yang rajin beribadah amat memikat hatinya. Maka, berkahwinlah mereka berdua.

Cinta-sejati

Lelaki itu merupakan seorang pedagang. Apabila keluar berniaga, isterinya akan setia menanti kepulangannya dirumah.

Suatu hari, lelaki itu keluar berdagang ke kota yang agak jauh selama beberapa purnama. Sepeninggalannya, berlaku serangan wabak penyakit menular dikawasan mereka. Isterinya turut terkena penyakit itu.

Akibatnya, wajah si isteri yang dahulunya cantik bertukar menjadi buruk. Keadaan itu masih belum diketahui oleh suaminya. Dia amat risau apabila suaminya pulang nanti dan mendapati wajahnya yang dahulu bak bidadari kini sudah bertukar rupa menjadi hodoh.

Setelah beberapa purnama, si suami pulang ke rumah. Dalam perjalanan, dia mendapat khabar berita tentang wabak penyakit yang melanda kampung halamannya.

Namun, sebelum sampai ke rumah, berlaku kemalangan. Lelaki itu terjatuh dan kepalanya terhentak ke batu. Akibat terjatuh, matanya tidak dapat melihat lagi.

Hari berganti hari dan masa terus berlalu. Mereka suami isteri hidup bahagia dan kasih sayang mereka bertambah erat dari hari ke hari.

Si isteri tidak lagi gusar tentang rupanya yang hodoh kerana mata si suami tidak lagi dapat melihat. Cinta mereka terus utuh.

Setelah tua, si isteri pergi dulu menyambut seruan Ilahi. Lelaki itu amat sedih. Sewaktu di tanah perkuburan, melihat satu-satunya wanita yang dicintainya dikebumikan. Lama dia menyendiri di situ, mengenang memori manis saat mereka hidup berdua.

Old man from behind

Setelah itu, dia bangun dan berjalan hendak pulang ke rumah. Dipertengahan jalan, seorang pemuda menghampiri lelaki itu, "Pak cik hendak ke mana?"

"Aku hendak pulang ke rumah", jawabnya.

"Kalau begitu, biarlah saya tolong hantarkan", pelawa si pemuda.

"Tak mengapa. Aku boleh pulang sendiri", kata lelaki itu tersenyum.

Pemuda itu kehairanan dan bertanya, "Kan pak cik buta, tak nampak jalan. Bagaimana pak cik hendak pulang? Sebelum ini, saya lihat setiap hari arwah mak cik akan memimpin pak cik ke mana saja. Bukankah begitu?"

Dalam senyum pahit bersisa, lelaki tua itu menjawab, "Sebenarnya, aku bukan buta. Tapi, aku sengaja pura-pura buta.

"Semuanya aku lakukan kerana tidak mahu hati isteriku tersentuh dan berasa sedih apabila tahu aku boleh melihat wajahnya. Aku tidak mahu dia menangis.

"Walaupun aku tahu rupanya buruk, namun aku amat mencintainya. Kerana itu sepanjang lebih 40 tahun ini, aku biarkan dia terus memimpin tanganku, agar dia gembira dan kami sama-sama menikmati kehidupan ini bersama."

BACA INI JUGA: Video Sedih Kisah Cinta Sejati

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, February 05, 2015

Anda Tidak Pernah Puas?

Anda Tidak Pernah Puas?

Apa yang kita cari didalam hidup ini? Adakah kita tidak pernah merasa puas dengan apa yang kita miliki? Sebagai renungan buat kita semua, kami kongsikan buat anda..

Jiwa-kosong

Kita hidup digunung, merindukan pantai. Kita hidup dipantai, merindukan gunung.

Kalau kemarau kita tanya bila hujan? Di musim hujan kita tanya bila kemarau?

Diam di rumah, keinginan untuk keluar. Setelah keluar berkeinginan untuk pulang.

Waktu sunyi mencari keramaian. Waktu ramai cari ketenangan.

Ketika bujang mengeluh keinginan untuk menikah. Sudah berkeluarga mengeluh belum punya anak. Setelah ada anak, mengeluh perbelanjaan hidup.

Ternyata, sesuatu tampak indah kerana belum kita miliki..

Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki..

Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..

Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini? Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar..

Tapi, kalau daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi dengan daun..

Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan dimana-mana, bumi ini sekalipun akan tampak buruk..

Jadi, janganlah menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.

Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma seujung kuku.

Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakan-Nya.

Kerana hidup adalah, waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan..

Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki..

Bersyukur atas keluarga yang kita miliki..

Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki..

Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki..

Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki..

Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara..

Semoga kita mendapat manfaat dan sentiasa bersyukur..Amiin

BACA INI JUGA: Jangan Cuba Menggapai Perkara Yang Tidak Pasti

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, February 04, 2015

Kisah Benar Di Sebalik Kejayaan Pengasas D’Herbs

Kisah Benar Di Sebalik Kejayaan Pengasas D’Herbs

Mungkin kerana ramai yang mencari-cari motivasi atau contoh yang boleh diteladani untuk mencapai kejayaan hidup, semestinya kisah Dato’ Aliff Syukri ini adalah terbaik untuk kita sama-sama mengambil pengajaran. Semoga bermanfaat untuk semua.

Dato’ Aliff Syukri

Ketika pertama kali Dato’ Aliff Syukri muncul di kaca TV dalam program Wanita Hari Ini. Dengan kepetahan mulutnya, penulis tergelak kerana tidak menyangka sehingga ke tahap ‘begitu’ beliau sanggup mempromosikan produk D’Herbs.

Namun, tahukah kita kisah kejayaan anak melayu yang kini bergelar sebagai jutawan ini dengan tagline ‘Terlajak Laris’?

Al-kisahnya:

Saya berasal dari Pahang datang dari keluarga yang susah. Saya gemar berdikari untuk menjayakan dirinya dan enggan duduk di kepompong yang sama.

Pengalaman yang paling bermakna buat saya, saya ingin berniaga tetapi tiada duit. Angan-angan itu besar tetapi tiada duit. Duit dalam simpanan tak usah nampak seribu, ratus-ratus je yang ada. Macam mana nak berniaga? Macam mana nak buka kedai?

Dengan berbekalkan azam yang kuat, saya berniaga dengan cara apa sekali pun. Bermula dari menjual pada kawan-kawan di pejabat. Kemudian membuka gerai di pasar tani setiap minggu. Kadang-kadang, hari sabtu dan ahad saya berniaga di Pasar Tani Seksyen 13, Kelana Jaya & Sri Andalas sebab saya pantang duduk diam.

Saya terkejut dengan sambutan yang bagus bila saya menjual kosmetik. Mula-mula berniaga, dapat RM500, RM600. Alhamdulillah, syukur kepada Allah dengan mulut saya yang macam makcik-makcik ini, saya dapat menarik ramai pelanggan. Daripada sehari RM400, selepas 2 bulan, saya mampu meraih RM2,000 – RM3,000!

Nilai 2-3 ribu memang nilai yang mengejut bagi saya. Sebelum kita berjaya, kita jangan minta tolong orang. Kita usaha dulu!

Walaupun pinjaman saya di bank ditendang, dimaki, diherdik. Malah mereka tak pandang pun saya dan saya amat kecewa ketika itu. Saya dah buat paperwork susah-susah, dah berbulan-bulan saya buat paperwork. Tetapi pegawai bank itu hanya baling paperwork saya dan mengatakan loan saya tak lulus.

Kenapa saya punya loan tak lulus?

Jawab mereka, “awak masih mentah. awak perlukan gurantor, awak perlukan tanah, awak perlukan aset untuk buat loan dan sebagainya.”.

Saya menangis teresak-esak dan saya sedar diri saya begitu kerdil di mata mereka. Ada juga saudara terdekat yang mengatakan:

“alaa Syukri, kau tu takkan boleh berjaya. Kau tu lepasan SPM, masuk universiti pun tak lepas. Kau takkan berjaya Syukri.”

Alhamdulillah, syukur kepada Allah bila ada kawan-kawan terdekat, pelanggan-pelanggan yang memanggil saya ketika membuat bengkel kecantikan di seluruh Malaysia itu, saya hubungi mereka dan saya beritahu hajat saya ingin membuat satu jenama dan ingin berkongsi bersama beliau membantu saya.

Saya panggil mereka dan saya terangkan kertas kerja yang pegawai bank tersebut tak nak layan saya. Dan respon yang diberikan amatlah mengejutkan. Rata-rata yang menyertai mesyuarat yang saya anjurkan, semua berminat dan yakin dengan kewibawaan saya untuk membuat satu jenama.

Duit yang mereka bagi, saya jadikan pelaburan. Saya jadikan modal awal saya dan digabungkan dengan peniagaan pasar tani saya dua tahun itu, dapatlah lebih kurang RM100,000!

Sebab itu hari ini, saya amat menghargai beliau. Saya tak lupa pada Encik Putra, Puan Rohani, abah saya sendiri, Puan Linda, Puan Rina dan semua yang ada pada hari ini. Saya rasa tanpa anda semua pastinya syarikat D’Herbs tidak akan sampai ke tahap ini.

Makin kita tinggi, makin kita tunduk. Jadi saya menyeru kepada semua orang yang ada dekat sini, marilah kita berniaga. Tak kisahlah orang pandang kita apa pun, dan kita perlu bermula daripada bawah. Insha Allah, hasil yang kita berdiri di tapak kaki sendiri lebih bermakna daripada kita menumpang dari hasil orang lain.

Saya mempunyai matlamat saya sendiri untuk berjaya, tidak meniru orang lain. Nama D’Herbs akan sentiasa gah dan kuat di Malaysia ini. Itulah matlamat saya sampai bila-bila. Dan generasi saya akan membesarkan lagi legasi D’Herbs Healthy Sdn Bhd ini. Amin amin ya rabbal alamin.


Beliau juga ada mengeluarkan satu video pengalaman beliau ini yang dilakonkan sendiri oleh beliau. Semoga video ini menjadi pemangkin semangat untuk kita lebih berjaya:

BACA INI JUGA: Kisah Benar Menjadi Jutawan Kerana Amalan Sedekah

Sumber: Fitrihadi.com

Wednesday, January 28, 2015

6 Rahsia Orang Berjaya

6 Rahsia Orang Berjaya

Apakah sifat-sifat istimewa yang dimiliki oleh orang-orang yang berjaya dan berhemah tinggi? Mengapakah mereka terus menempa kejayaan demi kejayaan sedangkan dalam masa yang sama orang lain terus dilanda masalah?

Success Secret

Jawapannya ialah bagaimana mereka melihat setiap masalah yang dihadapi. Mereka mengendali setiap masalah secara betul dan praktikal. Mereka juga memahami enam prinsip yang berhubungkait dengan jenis masalah.

Penulis yang menemui jawapan ini dalam buku “Tough Times Never Last, But Tough People Do” oleh Dr. Robert H. Schuller ingin berkongsi dengan semua pembaca tentang bagaimana untuk menuju kejayaan. 6 petua ini dipetik daripada buku tersebut.

1. Setiap Insan Yang Hidup Mempunyai Masalah

Apakah masalah anda? Anda tidak mempunyai pekerjaan? Mungkin anda berfikir bahawa setelah mendapat pekerjaan semua masalah akan lenyap.

Mereka yang mempunyai pekerjaan juga bermasalah. Mereka mengeluh kerana terpaksa bangun pagi untuk ke tempat kerja setiap hari kerja.

Dan ratusan, mungkin ribuan pekerja mendapat kerja yang tidak mereka sukai.

Sesetengah orang pula beranggapan bahawa masalah mereka timbul kerana terpaksa melapor diri kepada seorang ketua.

Tetapi ramai ketua yang menghadapai masalah, sama ada dari segi perhubungan atau pun pengurusan kakitangan.

Jadi bagaimanakah keadaan dengan mereka yang berjaya? Adakah mereka terkecuali daripada menghadapi masalah?

Sebenarnya setiap kejayaan tidak menghapuskan masalah, ia melahirkan masalah yang baru. Terimalah ini sebagai satu hakikat hidup seharian.

2. Setiap Masalah Mempunyai Jangka Masa Yang Terhad

Setiap masalah akan berakhir. Lambat laun ia akan pergi jua.

Ketepatan kenyataan ini adalah jelas kalau kita menoleh kebelakang melihat sejarah manusia. Tamadun manusia menghadapi detik-detik kegemilangan dan juga kejatuhannya. Institusi kamanusiaan yang menghadapi suasana kemelesetan akan satu ketika nanti menuju kemercu kejayaan secara perlahan-lahan.

3. Setiap Masalah Harus Mempunyai Pengaruh Positif

Setiap masalah mengandungi bahan atau ramuan rahsia potensi yang kreatif, sama ada untuk diri anda atau pun orang lain.

Masalah yang dihadapi oleh seseorang boleh dijadikan modal perniagaan yang menguntungkan untuk orang lain.

Contohnya, seseorang yang pernah diisytiharkan muflis oleh mahkamah boleh bertindak sebagai seorang panasihat kepada mereka yang akan diumumkan sebagai muflis.

Masalah yang dihadapi oleh seseorang boleh memberi kesempatan atau peluang baik kepada orang lain.

4. Setiap Masalah Boleh Mengubah Sikap Anda

Sebagai contoh, kita kadang kala tersua dengan seorang jurujual yang berjaya. Tetapi bila diselidiki, ia berkelulusan dalam bidang sejarah dan pendidikan yang tidak ada kaitan dengan kerjayanya.

Sebenar ia dahulunya bekerja sebagai guru. Tetapi sebagai seorang guru yang menjemukan, ia telah menimbulkan banyak masalah kepada majikannya hingga ia diberhentikan kerja.

Kerana marah disebabkan pemberhentian kerjanya, ia berazam untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa dia juga boleh berjaya dalam hidup.

Kini dia bersyukur kerana dibuang kerja kerana peristiwa itu membuat dia sangat marah hingga tekad untuk terus berusaha hingga berjaya.

5. Anda Boleh Buat Pilihan Untuk Mengawal Masalah

Anda mungkin tidak dapat mengawal masalah. Tetapi anda boleh merancang tindakan balas terhadapnya. Sekiranya anda mengawal rancangan tindakan balas terhadap masalah hidup, bermakna anda telah dapat mengawal masalah yang melanda diri sendiri.

Masalah boleh membuat anda lemah atau sebaliknya. Ia juga boleh membuat anda hidup dengan lebih baik ataupun menderita. Semuanya bergantung kepada diri anda.

6. Setiap Masalah Mempunyai Tindak Balas Yang Negatif dan Positif

Akhir sekali, orang-orang yang cekal hati boleh terus hidup walaupun dalam keadaan yang sukar. Kerana mereka memilih untuk bertindak balas secara positif dalam keadaan sulit atau bahaya walaupun ia bukan satu perkara yang mudah.

Misalnya, apakah tindak balas positif jika seseorang itu menghadapi masalah kewangan yang rumit? Dalam situasi ini apakah tindakan positif yang harus diambil? Larikan diri daripada penagih hutang? Mencari jalan keluar seperti minum hingga mabuk atau sebagainya?

Tidak! Tindakan balas negatif itu hanyalah penyelesaian sementara yang boleh membuahkan lain-lain masalah baru.

Tindakan positif terhadap masalah itu memerlukan semangat yang kuat untuk membuat langkah pertama. Ia memerlukan keberanian untuk bersemuka dengan penagih hutang dan berunding secara jujur dan terus terang.

Jika mereka berkeras, maka jalan paling baik yang harus diambil secara undang-undang dan terhormat ialah menerima diisytiharkan sebagai muflis oleh mahkamah.

Pendek kata “Sekiranya anda tidak dapat selesaikan masalah, maka anda harus mengendalikannya”.

Baca ini juga: Jika Tidak Mengambil Risiko Anda Akan Menyesal Seumur Hidup

Sumber: iluvislam.com

Thursday, December 18, 2014

10 Sebab Mengapa Seronok Kahwin Muda!

10 Sebab Mengapa Seronok Kahwin Muda!

Berkahwin muda adalah satu topik yang sudah menjadi klise kepada mana-mana teruna dan dara, kerana dahulunya hal ini adalah perkara biasa kepada datuk atau nenek kita, tetapi zaman sekarang, berapa ramai yang berani menyahut seruan ini?

Kahwin muda
Gambar hiasan.

Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak manfaat dan kebaikannya.

1. Tuntutan agama

Agama Islam menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan andai sudah cukup syarat-syarat zahir dan batinnya. Berkahwin juga termasuk amalan sunnah kerana boleh meningkatkan bilangan umat Islam di atas muka bumi.

Paling penting, saham akhirat kita juga akan terjamin apabila ada anak soleh yang mendoakan untuk kita apabila di alam kubur nanti. Jika agama menggalakkan, mengapa kita harus melengah-lengahkannya?

Kelebihan Nikah Muda
  • Saat akad nikah~dapat PAHALA!
  • Suami peluk isteri~dapat PAHALA!
  • Cium isteri~dapat PAHALA!
  • Renung isteri~dapat PAHALA!
  • Suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri~PAHALA!
  • Suami bernafsu tengok isteri~PAHALA!
  • Suami pegang isteri ~PAHALA!
  • Suami marah isteri(untuk menegur)~PAHALA!
  • Suami imamkan isteri~BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!
  • Suami ajar isteri fardhu ain~PAHALA!
  • Suami setubuh isteri~PAHALA!
  • Main kenyit2 mata dengan isteri~PAHALA!
  • Allhhurabbi..SERONOKNYA.

2. Mengelak daripada zina

Hati manusia mana yang boleh tahan dengan godaan duniawi di zaman sekarang? Iman kita bukanlah setebal mana mahu memikul gelora nafsu yang melonjak-lonjak seawal usia 18 tahun lagi.

Jika harapkan ideologi kolot di mana seseorang itu hanya boleh berkahwin setelah mempunyai kerja, sebuah kereta dan rumah, sudah pasti usia sudah menjengah 29 tahun. Bayangkan derita yang perlu ditanggung selama 10 tahun sebelum sampai waktu itu?

Anak muda sekarang, SMS dan bergayut tak henti, berpegangan tangan, menonton wayang midnight, bukankah itu boleh membangkitkan nafsu dan membawa kepada zina?

Solusinya ialah menyegerakan akad nikah agar tidak terus terlanjur. Ia bukan sahaja dapat mengelak hubungan luar nikah, malah kes kahwin lari dan pembuangan bayi juga boleh diatasi.

3. Menjadi lebih bertanggungjawab

Jika selama ini hanya ada seorang ibu bapa, kini sudah menjadi anak kepada dua ibu dan dua bapa. Jika selama ini bekerja @ belajar sambil lewa, sekarang lebih bermotivasi dan dedikasi demi menyara keluarga tercinta.

4. Menimbulkan ketenangan jiwa

Jiba bertanya kepada mereka yang sudah beristeri/ bersuami, mereka pasti menyatakan betapa asyik dan seronoknya alam perkahwinan. Ketenangan yang dirasa sukar difahami dan diterjemah dalam kata.

Ya, memang ada ketikanya pening kepala memikirkan tentang kerenah pasangan, assignment, ansuran kereta, sewa rumah; tetapi semua ini diubati dengan seorang peneman yang sedia menjadi bahu tempat bersandar, dan menjadi rakan di kala suka dan duka. Kehadiran seorang cahaya mata yang comel akan menyerikan lagi mahligai yang dibina :)

5. Fikiran menjadi lebih matang

Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan.

Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca komik atau ber-facebook, dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.

6. Dapat Membaiki diri

Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik.

Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah andai ada kelapangan masa.

7. Plan jangka panjang

Jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang.

Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh, dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan :P

8. Seks yang lebih berkualiti

Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat?

Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.

9. Rezeki bertambah

Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana kebutuhan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu memukul kotak fikiran.

Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang bisa ditanggung oleh mereka.

Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya.

10. Jangan tunggu lama-lama

Pasti ada di kalangan anda yang sudah mempunyai kekasih, bukan? Jika benar anda menyayanginya dan berkongsi hidup dengannya, mengapa harus ditunggu lagi?

Ingat, sekarang ini ramai lelaki hidung belang. Bila-bila masa sahaja bunga anda boleh dirayu sang kumbang sial. Andai itu berlaku, gigit jari sajalah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, December 10, 2014

3 Rahsia Kejayaan Hebat Henry Ford

3 Rahsia Kejayaan Hebat Henry Ford

Henry Ford adalah seorang usahawan Amerika, salah seorang individu paling berjaya di sunia, pengasas Ford Motor Company dan penaja pembangunan teknik barisan pemasangan pengeluaran besar-besaran.

Henry Ford Quotes

Dia juga memperkenalkan buat pertama kalinya kereta kos murah, kerana impiannya adalah setiap pekerjanya mampu membeli kereta-kereta yang mereka keluarkan.

Tiga Rahsia Kejayaan Hebat Henry Ford:

1. Tidak Pernah Makan Berlebihan

Makan memang penting untuk kehidupan, tetapi kalau makan berlebihan itu tidak baik. Henry Ford sendiri sudah memberi teladan, bahawa kita tidak boleh makan berlebihan. Kalau makan berlebihan maka kesannya kesihatan boleh terganggu.

Inilah yang dikatakan oleh Henry Ford semasa hari jadi beliau yang ke-75.

2. Tidak Pernah Cemas Secara Berlebihan

Rasa cemas memang semulajadi wujud dalam diri manusia. Setiap daripada kita, biasa merasa cemas. Apalagi ketika menjalankan perniagaan.

Cemas adalah perkara yang biasa berlaku, tetapi yang menariknya, kita tidak boleh terlalu cemas.

Henry Ford sendiri sudah membuktikannya, beliau mengatakan bahawa beliau tidak pernah cemas berlebihan.

Cemas yang berlebihan tidak baik untuk kesihatan minda, akan tetapi ada baiknya kita jadikan rasa cemas itu sebagai motivasi untuk melakukan persiapan dan tindakan yang terbaik.

3. Lakukan sebaik mungkin

Inilah salah satu falsafah yang menjadikan Henry Ford sebagai salah seorang individu paling berjaya di dunia.

Kegigihan dan usaha beliau untuk sentiasa memberikan yang terbaik menjadikan pelbagai hasil kerja dan karya Ford sangat bermanfaat bagi orang lain.

Berikut kata-kata dari Henry Ford, "Apa pun yang saya lakukan, akan saya lakukan sebaik mungkin dan saya tahu apa pun yang berlaku dalam hidup, perkara itu terjadi demi kebaikan saya sendiri. Saya percaya kepada Tuhan."

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: calrasepatrick

Tuesday, December 02, 2014

Betapa Bernilainya 4A 1B Buat Anak Miskin

Betapa Bernilainya 4A 1B Buat Anak Miskin

Bagi mereka yang ditakdirkan lahir dalam sebuah keluarga miskin, bukan senang mahu keluar dari kepayahan hidup.

Ayub bin Mohadjar

Anak-anak ini perlu melalui jalan berliku yang memerlukan usaha keras termasuk menempah ‘tiket’ mendapat pekerjaan bagus satu hari kelak iaitu melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.

Sesungguhnya, ini bukan sesuatu yang mudah terutama apabila ibu bapa tak mampu memberi nilai tambah pada pendidikan anak-anak sejak peringkat awal seperti tuisyen dan buku rujukan terkini seperti sering dilakukan ibu bapa berada.

Justeru, apabila ada anak orang susah yang sebelumnya mencatat keputusan sederhana sahaja dalam pelajaran namun akhirnya berjaya mendapat keputusan baik dalam peperiksaan hasil iltizam untuk mengubah nasib keluarga, insan paling gembira dan tersentuh pastilah guru yang mendidiknya.

Kisah di bawah tentang seorang murid bernama Ayub bin Mohadjar, yang mencatat keputusan 4A1B dalam UPSR baru-baru ini.

Cerita perihal Ayub amat menyentuh perasaan apabila ia dikongsikan guru kelasnya sendiri di laman Facebook beliau, As Syahid lengkap bersama gambar.

Berikut kisahnya:

*Saya perlu menceritakan kisah ini.

Ayub bin Mohadjar, anak orang kampung sahaja. Adik beradiknya sangat ramai. Pernah dahulu saya mengajar abangnya Syuaib dan tahun lalu kakaknya Siti Khadijah.

Ayub mempunyai dua lagi adiknya di Tahun 5, 3 dan 2. Masih ada kakak yang bersekolah di sekolah menengah harian. Bermakna tujuh kesemuanya.

Ayahnya bekerja kampung sahaja – sesekali saya melihat abangnya Syuaib atau Ayub membantu ayahnya di kampungnya. Rumah yang didirikan tanpa cat yang indah dan berhias. Tahun lalu, rumah mereka antara yang dipukul ribut.

Allah mentakdirkan waktu itu saya masuk ke rumah bersama suri saya, anak lelaki saya dan sahabat saya pensyarah di IPG Puan Umaimah Mohd Idris. Kami memberikan bantuan sedaya yang mampu.

Ayub bin Mohadjar [2]

Hati saya pilu dan sebak melihat pingat kebanggaan yang dicapai di sekolah digantung tepi almari rak yang usang, begitu juga itulah sahaja rak yang menempatkan semua buku dan alatan tulis.

Masih ingat lagi, senarai barangan Hari Raya yang belum dibeli yang saya nampak di atas meja untuk setiap adik -beradiknya. (Yes, i cried)

Lawatan sekolah ke Seremban menaiki komuter dan ETS baru-baru ini sebetulnya dibayar sepenuhnya oleh seorang guru (diminta untuk dirahsiakan) kerana pada awalnya dia sudah berkata dia tidak mampu untuk pergi berhibur walau sekali dalam hidupnya. Bukan keperluan mengikut kata keluarganya.

Ayub bin Mohadjar [3]

Ayub; saya sifatkan seorang anak yang pemalu, sekadar ‘pengikut – follower’, tidak tahu apa yang dimahukannya. Periang dan potensi diri belum diluahkan lagi.

Sepanjang tahun sekadar paling kuat 2A atau 1A. Saya sentiasa menitipkan nasihat di telinganya. Malah, leteran itu sentiasa dan acap kali tanpa jemu. Tanggungjawab saya.

” Ayub, ingatlah, emak ayah bukan orang senang“
“Ayub, kurangkan main”
“Ayub, kalahkan kakak Siti yang dapat 3A2B tu”
“Ayub, tengok ayah, kesiankan kerja susah”
”Ayub, dirikan solat“

Ayub hanya sekadar senyum tersengih. Tapi, saya tahu ayat-ayat saya sampai masuk ke dalam hatinya. Saya selalu teringatkan emaknya menghantar mereka adik-beradik satu motor beramai-ramai.

Atau, kadangkala, Ayub atau kakaknya berjalan kaki dahulu sebelum diambil ibunya. Ia seperti adegan drama yang amat melekat dalam hati saya. Begitu jugalah gambaran dalaman rumah Ayub. Sentiasa di kepala.

Kelmarin, selaku guru kelas saya memanggil nama Ayub untuk keputusan UPSRnya, saya tahu saya akan ‘banjir’ dengan air mata saya. Saya melihat ayah Ayub sendiri sedang berdiri berdebar.

“Bahasa Melayu Pemahaman A, Bahasa Melayu Penulisan A”

Saya lihat riak mukanya lagi.

”Matematik A dan, Sains A”

Saya lihat air mata Ayub sudah mengalir. Ya, dia tidak percaya. Kejutan buat dirinya. Kejutan buat warga guru. Kejutan buat keluarganya juga.

Ketika mahu menyebut keputusan Bahasa Inggerisnya ialah B, saya sudah menangis hiba. Saya lihat ayahnya menangis kegembiraan. Anaknya tidak mendapat 5A tetapi dia gembira anaknya memperoleh 4A 1B. Suatu yang tidak disangka selama ini.

Ayub bin Mohadjar [4]

Saya menangis kerana terkenangkan keluarganya yang susah. Betapa sukarnya saya selaku cikgu mahu menyuruh anak murid lelaki untuk berubah dan konsisten belajar.

Saya membayangkan juga rumahnya yang dipukul ribut. Saya terkenangkan ‘senarai’ itu. Saya terkenangkan rak almari itu. Saya terkenangkan atap rumah yang terbang hampir hilang semuanya.

Saya terkenangkan Ayub yang membantu bapanya di kebun atau kerja-kerja kampung. Saya terkenangkan Ayub yang sentiasa pemalu dan tersenyum, tidak pernah menangis selama ini, tiba-tiba menangis dengan hiba dan sebak atas kejayaan yang tidak disangkanya sendiri.

Masyaallah. Kisah keluarga ini benar-benar satu inpirasi buat saya. Tentang percaya kepada misi mendidik anak bangsa hingga ke semangat yang terakhir.

Akhirnya, hampir semua warga guru dan ibu bapa turut menangis mengikut air mata saya, apalagi selepas itu ayahnya datang memeluk erat anaknya. Ayahnya yang garang dan tegas – sentiasa ditakuti anak-anaknya. Ayahnya yang selalu berharap dari jauh. Namun, kasihnya hari itu telah ditunjukkan.

Allah. Allah. Allah. Allahuakbar. Saya tidak akan lupakan kemanisan ini sepanjang hidup. Ia lebih bererti menjadi seorang ‘cikgu kampung’ daripada menjadi orang yang berbaju kemas, bertali leher di pejabat berhawa dingin.

Hidup saya lebih bermakna di sini. Ia menambah nilai kepada diri keseluruhannya. Demi Allah. Untuk tuhanku.

Tahniah Ayub, cikgu belajar sesuatu daripada kamu tentang hidup.

Syahdu kisah ini kan?

Bagaimana apabila keikhlasan seorang guru untuk membantu disahut oleh muridnya yang insaf untuk mengubah nasib keluarga, kejayaan dikecapi pasti lebih manis untuk dikenang sepanjang hayat.

Buat Ayub, teruslah gigih dalam perjuangan hidup kerana perjalanan masih jauh.. manakala buat Cikgu As Syahid, tahniah diucapkan dan ganjaran Allah pasti menanti segala budi baik yang dicurahkan kepada anak bangsa selama bergelar pendidik di dunia ini.

BACA INI JUGA: 7 Tanda Anak Berbakat Luarbiasa Yang Ramai Ibu Bapa Tak Tahu

Sumber: Facebook.com/shahidan.shuib