Saturday, August 25, 2018

Panduan Cara Menanam Pokok Herba Rerama Hijau

Panduan Cara Menanam Pokok Herba Rerama Hijau

Daun rerama atau nama santifiknya Mariposa christia vespertilionis semakin dikenali kerana dikatakan berupaya menjadi penawar penyakit berbahaya seperti barah.

Panduan Cara Menanam Pokok Herba Rerama Hijau

Selain itu, daun rerama turut didakwa mampu mengubati penyakit denggi, angin ahmar, darah tinggi, kencing manis, lelah, migrain, resdung, demam campak serta masalah usus seperti gastrik.

Kini, pokok Rerama lebih mudah didapati selepas ia menjadi fenomena dan boleh dijumpai di hampir setiap nurseri dan kediaman.

Panduan Menanam Rerama Hijau

Penanaman pokok rerama boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu sama ada melalui biji benih atau keratan batang.

Kedua-dua kaedah penanaman ini mampu dilakukan sendiri di rumah namun, tempoh penumbuhan menerusi keratan batang lebih cepat berbanding penanaman melalui anak benih.

Anak benih boleh didapati pada pokok itu sendiri dan keratan batang juga boleh dibuat sekiranya pokok itu mencapai tahap kematangan dan sesuai dikerat.

Langkah pertama, sediakan campuran tanah yang terdiri daripada sabut, tanah merah (top soil), pasir, tanah dan baja kemudian, sediakan pasu plastik kecil yang berlubang di bahagian bawah pasu.

Keratan batang yang dikerat sebaiknya dicelup dalam air terlebih dahulu sebelum diletakkan ubat penggalak akar pada pangkal pokok untuk menggalakkan pertumbuhan akar.

Selepas lubang dibuat, pacakkan keratan batang dan kemudian tutup dengan cermat tanpa merosakkan batang berkenaan.

Ia hendaklah terus disiram bagi memastikan pokok itu serasi dengan suasana baru.

Pokok yang sudah disiram itu hendaklah diletakkan di tempat teduh seperti di celahan pokok besar bagi mengelakkan ia terkena cahaya matahari terus.

Selain mudah ditanam, pokok daun rerama juga dikatakan tahan lasak dan tidak memerlukan perhatian yang lebih.

Bagi memastikan pokok berkenaan naik lebih tinggi, pastikan ia dicantas ketika mencapai ketinggian sekitar 0.30 hingga 0.45 meter.

Dalam tempoh sekitar dua bulan, hasil keratan batang itu boleh mencapai sehingga 0.6 meter dan akan berbunga serta menghasilkan biji benih jadi, kita boleh biakkan semula pokok itu melalui biji benih atau keratan batang.

Hasil pokok boleh dituai selepas ia berusia sekitar empat bulan sama ada dikeringkan untuk dijadikan teh atau direbus lama dan dan air hasil rebusan itu diminum.

Pokok Rerama ini sebaiknya disiram dua kali sehari atau sekurang-kurangnya sekali sehari mengikut kesesuaian.

Lebih baik sekiranya periksa keadaan tanah terlebih dahulu sama ada kering atau lembap. Jika ia masih lembap, tidak perlu membuat penyiram lagi dan tunggu sehingga hari esok.

Pokok daun rerama juga tidak cerewet kerana sesuai dengan pelbagai jenis baja.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro

Sunday, August 19, 2018

10 Khasiat Dan Manfaat Serai

10 Khasiat Dan Manfaat Serai

Serai ialah rumput tropika yang tumbuh tinggi dengan batang dan daun segarnya mempunyai bauan seperti lemon segar kerana ia mengandungi minyak pati, yang turut hadir sama seperti semasa mengupas lemon.

Khasiat Dan Manfaat Serai

Daun serai panjang seperti lembing di bahagian atas dan berpejal beberapa inci panjang pada bahagian akhir sebelum akar.

Sebagai rempah, serai segar dipilih kerana rasa keharumannya. Bahagian berpejal ini dihiris atau ditumbuk dan digunakan dalam masakan. Serai (Cymbopogon sp.) boleh di golongkan sebagai sejenis rumput berumpun dan berakar besar.

Keistimewaan serai adalah kerana semua bahagian seperti daun, batang, akar dan bunganya berpotensi untuk dijadikan sebagai ubatan.

Serai, umumnya dikenali sebagai tumbuhan yang akar dan batangnya sering digunakan sebagai rempah penyedap masakan.

Serai atau dalam bahasa latinnya disebut Cymbopogon ciatrus adalah genus yang mengandungi kira-kira 55 spesis rumpun.

Tumbuhan ini boleh tumbuh subur di cuaca panas dan mencapai ketinggian sekitar 2 hingga 4 meter.

KHASIAT SERAI

Berikut ini merupakan beberapa khasiat serai yang belum banyak diketahui:

1. Mencegah kanser

Satu kajian mendedahkan bahawa setiap 100 gram serai mengandungi antioksidan yang boleh mencegah kanser.

Pada tahun 2006, satu pasukan penyelidik dari University Gurion di Israel mencari sebatian dalam batang serai yang boleh mematikan sel kanser tanpa merosakkan sel sihat.

2. Ubat gangguan pencernaan

Teh serai membantu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, masuk angin, kejang usus dan cirit-birit.

Serai juga membantu mengurangkan angin dalam usus sekali gus mencegah pembentukan gas berlebihan.

3. Detoksifikasi

Serai mempunyai sifat detoksifikasi tubuh dengan meningkatkan jumlah dan kekerapan buang air kecil.

Hal ini boleh membuat organ pencernaan, hati, pankreas, buah pinggang dan kandung kemih bersih dan sihat kerana zat beracun dan asid urat telah disingkirkan.

4. Manfaat pada sistem saraf

Minyak asiri (minyak esensial) serai boleh digunakan untuk menguatkan dan meningkatkan fungsi sistem saraf.

Kerana minyak serai yang disapukan ke permukaan tubuh memberikan kesan menghangatkan, melemaskan otot dan meredakan kejang.

5. Menurunkan tekanan darah

Serai berkesan dalam mengurangkan tekanan darah, merangsang peredaran darah dan menghilangkan masalah tekanan darah.

Pengambilan segelas jus serai dapat menurunkan tekanan hipertensi.

6. Sebagai analgesik

Serai meringankan semua jenis peradangan dan iritabiliti yang berkaitan dengan kebanyakan jenis sakit.

Jadi, jika seseorang mengalami sakit gigi, sakit otot, sakit sendi, atau sakit-sakit, teh limau berserai pasti dapat membantu.

7. Kulit cantik

Serai merupakan asas dalam industri kosmetik. Di antara manafaatnya ialah; mengurangkan jerawat dan berfungsi sebagai penyegar.

Minyak serai juga boleh disapu ke seluruh tubuh untuk memberi kesan menghangatkan.

8. Kesihatan wanita

Pengambilan teh serai dapat mengurangkan sakit haid dan rasa mual.

9. Menyegarkan dan Menyejukan

Meminum segelas serbat (rebusan) daun serai dalam cuaca panas dapat menyegar dan menyejukan badan.

10. Khasiat Serai Dalam Perubatan

Daun
  • Mencuci hanyir pada daging itik dan kambing.
  • Daun serai yang dibalut dengan besi atau batu panas digunakan untuk tuaman dan bertungku pada kawasan urat saraf yang lemah, penyakit bisa otot-otot, sendi, mengecutkan rahim yang bengkak, memecahkan lendir, darah dan angin.
  • Daun serai dan jintan hitam digiling untuk di jadikan ‘paste’ bagi ditampal di dahi untuk
  • melegakan sakit kepala seperti angin meriam dalam pantang bersalin.
  • Campuran pada rempah ratus untuk di jadikan ‘paste’ bagi merawat bengkak-bengkak sendi dan otot.
  • Air rebusan daun serai digunakan bagi mandian ibu dalam pantang selepas bersalin dan untuk penyakit lemah otot dan sendi.

Batang dan akar pokok serai digunakan untuk:-
  • Membantu mengubati masalah sakit perut dan memecah gumpalan angin serta melepaskan angin melalui dubur (kentut) dan mulut (sendawa).
  • Dapat membantu mengimbangkan kestabilan hormon.
  • Sebagai makan harian berlauk, menambahkan aroma hidangan serta membantu meringankan keadaan keracunan pemakanan.
  • Campuran dengan rempah ratus mempunyai khasiat bagi merawat kesihatan sistem dalaman badan.
  • Membantu melawaskan dan melancarkan
  • pembuangan air kecil .
  • Pencegah nyamuk dan gigitan bisa.
  • Di jadikan bahan wangian, syampu dan losyen.

Bunga Serai sering di gunakan bagi:-
  • Pencegahan kehamilan manusia dan binatang.
  • Penyegar dan pelembab kulit (awet muda).
  • Kesihatan dan kesegaran.

PENYEDIAAN TANAMAN

Tanaman serai makan C. citrates dibiak menggunakan anak berakar. Anak-anak serai perlu diambil daripada rumpun yang telah tua, berumur 8 hingga 9 bulan.

Di dalam sesuatu rumpun, hanya anak-anak yang cergas iaitu sihat dan besar digunakan sebagai tanaman.

Daun-daun dipotong meninggalkan batang setinggi 15-20 cm bersama dengan akar.

PENYEDIAAN TANAH

Tanah hendaklah disediakan lebih awal supaya kerja menanam boleh dilakukan semasa permulaan musim hujan.

Satu pusingan bajak piring diikuti oleh satu pusingan bajak putar biasanya mencukupi untuk mendapatkan tanah yang gembur.

Sekiranya kawasan terlalu banyak rumpai, racun rumpai perlu disembur 2-3 minggu sebelum pembajakan.

PENANAMAN

Dua hingga tiga ‘batang’ serai ditanam bagi setiap lubang tanaman. Jarak tanaman dan kepadatan tanaman bergantung kepada kesuburan tanah.

Untuk tanah yang kurang subur, jarak tanaman yang rapat digunakan dan sebaliknya bagi tanah yang subur.

Julat jarak antara baris ialah antara 0.6 m hingga 1.0 m manakala antara lubang dalam sesuatu baris ialah antara 0.3 m hingga 1.0 m.

Pemerhatian di MARDI menunjukkan jarak tanaman 1.0 m antar baris x 0.5 m dalam baris iaitu memberi kepadatan 20,000 rumpun sehektar sesuai untuk diamalkan dikebanyakan jenis tanah.

PEMBAJAAN

Serai makan dikenali sebagai tanaman yang ‘menghauskan’ tanah.

Oleh itu pembajaan yang sesuai adalah mustahak untuk menjamin kesuburan tanah dalam jangka panjang.

Keperluan pembajaan daripada segi kuantiti dan kekerapan bergantung kepada status kesuburan tanah.

Biasanya baja ditabur 3 kali, sekali sebagai baja asas dan 2 kali sebagai baja tambahan. Baja asas di tabur dan digaul kedalam tanah semasa atau sebaik sahaja penanaman dilakukan. Baja tambahan pula dibubuh setiap 2 bulan selepas tanam.

Jumlah baja yang diperlukan bagi sehektar tanaman ditanah mineral ialah 80-100 kg N, 40-60 kg P2O5 dan 40-80 kg K2o.

Bagi tanah gambut, kapur atau zeolite sebanyak 2.5 tan/ha perlu juga di tabur.

JENIS BAJA
  • Baja asas: Sebatian NPK 12:12:17:2.
  • Baja Tambahan: Urea 65 kg setiap kali pembajaan dibubuh pada 2 dan 4 bulan selepas menanam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: herbadantumbuhan

Friday, August 10, 2018

Herba Muira Puama Merawat Masalah Tenaga Batin

Herba Muira Puama Merawat Masalah Tenaga Batin

Muira puama juga dikenali sebagai "Pokok Mandul" merupakan pokok kecil yang boleh mencapai ketinggian 15 kaki di hutan Amazon Brazil. Bunganya yang berwarna putih dan bersaiz kecil mempunyai aroma wangi menyengat dan kuat seakan-akan bunga melur.

Herba Muira Puama Merawat Masalah Tenaga Batin

Mengikut sejarahnya, kesemua bahagian tumbuhan ini boleh digunakan, namun bahan utama yang digunakan dalam perubatan tradisional adalah akar dan kulitnya.

Muira puama telah lama diamalkan oleh orang Asli Brazil sebagai terapi untuk masalah seksual, keletihan melampau, bengkak urat saraf, sakit sendi dan kegunaan-kegunaan lain.

Muira puama ditemui oleh Amerika Selatan dan Eropah sebagai perubatan herba pada tahun 1920an.

Pada tahun 1925, penyelidikan oleh ahli-ahli farmakologi telah membuktikan tumbuhan ini berkesan merawat urat saraf yang bermasalah dan lemah tenaga batin serta menekankan bahawa kesan mujarab bagi orang yang tidak boleh bergerak/berjalan, mengalami masalah neuralgia (berkenaan saraf) bila berdiri lama, reumatisme yang kronik dan lumpuh yang ringan.

Di Amerika Syarikat, pakar-pakar herba dan pengamal-pengamal kesihatan kini menggunakan ‘herba mandul’ (Muira puama) ini bagi lelaki yang menghadapi masalah penyakit mati pucuk, wanita yang mengalami senggugut dan masalah putus haid (PMS), neurasthenia dan masalah sistem saraf.

Kelebihan dalam merawat penyakit mati pucuk dengan pengambilan herba Muira puama telah terbukti keberkesanannya apabila satu ujikaji telah dijalankan ke atas dua orang lelaki dan hasilnya menakjubkan bila mereka telah pulih dari penyakit lemah tenaga batin dan mati pucuk (ED).

Penyelidikan juga telah dijalankan di Paris terhadap 262 pesakit lelaki yang telah mengalami penurunan nafsu seksual dan tidak mampu bertahan lama atau gagal mengekalkan ketegangan zakar.

62 peratus daripad pesakit lemah tenaga batin melaporkan bahawa kesan daripada pengambilan ekstrak Muira puama adalah menakjubkan, manakala 51 peratus pesakit penyakit mati pucuk pula (ED) merasakan bahawa dengan pengambilan muira puama menjadikan prestasi seks mereka menjadi lebih baik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wannura

Sunday, July 29, 2018

Yarsagumba Herba Paling Mahal Di Dunia!

Yarsagumba Herba Paling Mahal Di Dunia!

Dolpa, sebuah daerah terpencil di barat Nepal dengan lembah-lembah yang curam tinggi dan beriklim kering merupakan salah satu daerah terkemuka bagi herba terkenal, Yarsagumba.

Yarsagumba Herba Yang Lebih Mahal Daripada Emas!

Setiap tahun pada bulan Mei dan Jun, ribuan penduduk akan datang ke Dolpa untuk menuai Yarsagumba.

Bagi keadaan yang lebih ekstrem, banyak sekolah di pedalaman Nepal lengang dan sesi persekolahan terpaksa dihentikan selepas para penduduknya keluar untuk menuai Yarsagumba.

Apa sebenarnya Yarsagumba?

Yarsagumba merupakan herba luar biasa yang tumbuh di padang rumput pada ketinggian melebihi 3,500 meter dari aras laut di kawasan pergunungan Himalaya iaitu di negara Nepal, Tibet, Bhutan dan India.

Sebelum musim hujan bermula, spora dari cendawan cordyceps menjangkiti kepala ulat beluncas yang tinggal di bawah tanah.

Kemudian secara beransur-ansur spora kulat itu akan tumbuh dalam badan ulat beluncas tersebut lalu membunuhnya dan ianya tumbuh sebagai herba yang dinamakan Yarsagumba.

Penduduk tempatan percaya Yarsagumba adalah ubat ajaib yang didakwa mampu menyembuhkan pelbagai penyakit bermula asma sehinggalah kanser.

Namun, salah satu khasiat Yarsagumba yang paling menonjol ialah ia dijadikan sebagai ubat kuat lelaki. Maka tidak hairanlah mengapa herba ini digelar viagra Himalaya.

Difahamkan, Yarsagumba mendapat permintaan tinggi di China dan negara Asia lain. Harganya boleh mencecah puluhan ribu ringgit untuk berat hanya beberapa gram.

Malah, tidak keterlaluan harga Yarsagumba lebih mahal daripada emas.

Menurut Karma Lama, penjual Yarsagumba, harga bagi satu kilogram Yarsagumba boleh mencecah sehingga AS$100,000 (RM406,014) di pasaran antarabangsa seperti di China, Korea Selatan, Thailand, Jepun, England dan Amerika Syarikat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Monday, July 02, 2018

Khasiat Serai Dan Halia Untuk Kesihatan Usus

Khasiat Serai Dan Halia Untuk Kesihatan Usus

Air rebusan serai dan halia sangat bermanfaat untuk kesihatan, lebih-lebih lagi untuk tujuan pencernaan kerana zat anti mikroba yang terdapat pada serai dapat membasmi parasit dan bakteria jahat serta mengembalikan fungsi bakteri baik di dalam usus.

Khasiat Serai Dan Halia Untuk Kesihatan Usus

Serai juga membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan, manakala halia pula mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, Vitamin A, B dan C sert lemak dan asid organik.

Ia dikatakan dapat membantu merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit birit, asma, sakit perut, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan,sakit pinggang urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir dan darah haid berbau hamis.

Fungsi lain air rebusan serai dan halia ini adalah seperti berikut:

Melegakan Senggugut

Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut.

Cuba amalkan meminum air serai dan halia setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senggugut, malah rasa mual juga akan turut hilang.

Agen Pencegah Kanser

Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser.

Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.

Menurunkan Tekanan Darah

Serai dan halia juga banyak dimanfaatkan untuk mengurangkan tekanan darah serta merangsang peredaran darah.

Dengan mengambil minuman yang mengandung serai setiap hari, ia sangat membantu dalam menurunkan hipertensi.

Sebagai Diuretik

Serai juga diketahui berkhasit sebagai diuretik, meredakan kejang-kejang otot dan anti-rematik. Salah satu cara memanfaatkan serai adalah dengan cara merebusnya untuk mengatasi gejala batuk.

Sebanyak 5 gram akar serai dicuci, direbus dengan 1 gelas air selama 15 minit.

Lalu air rebusan serai tersebut diminum. Amalkan dua kali sehari.

Detoksifikasi

Jika anda ingin tahu, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi.

Serai dapat membantu anda melancarkan pembuangan air kecil sekali gus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.

Meningkatkan Kadar Metabolisme

Halia juga dapat meningkatkan metabolisme dan membakar kalori kerana sel tubuh harus mengeluarkan tenaga ekstra hingga 20 peratus untuk mengolahnya.

Khasiat lain halia ialah meningkatkan suhu tubuh hingga merangsang pembakaran lemak dalam tubuh.

Resepi air rebusan serai & halia

Bahan:
  • Air 1 liter
  • 4 batang serai (Ketuk)
  • 3 inci halia (Ketuk)

Cara membuat:
  • Masukkan kesemuanya dalam periuk, masak atas dapur api sederhana.
  • Perlahankan api, masak sehingga air bertukar warna macam air teh o.
  • Sejukkan dan sedia diminum, kemudian simpan dalam fridge, esok sebelum sarapan minum secawan dulu.

Kalau suka boleh tambah sesudu madu atau perahan limau nipis. Minum setiap pagi (kalau badan tak tahan panas boleh selang-seli minum).

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: keluarga

Sunday, March 18, 2018

Sejarah Perubatan Homeopati Dan Keajaiban Herba Melawan Penyakit Berbahaya

Sejarah Perubatan Homeopati Dan Keajaiban Herba Melawan Penyakit Berbahaya

Asal-usul Homeopati berasal daripada dua perkataan iaitu 'homoios' yang bermaksud serupa dan 'pathos' (penderitaan) yang merujuk kepada tanda-tanda atau simptom yang mana rawatan homeopati lebih menekankan kepada membantu menguatkan keupayaan tubuh melawan penyakit yang menyerang bukannya menyediakan bahan untuk membunuh kuman penyakit tersebut.

Sejarah Perubatan Homeopati Dan Keajaiban Herba Melawan Penyakit Berbahaya

Kaedah itu telah lama digunakan di dalam dunia perubatan Barat dan kini semakin berkembang dan mendapat tempat di Malaysia.

Dua ratus tahun telah berlalu sejak Homeopati diperkenalkan kepada manusia dengan pelbagai idea, teori dan kejayaan telah terpahat di dalam sejarah berkaitan sumbangan homeopati di dalam memperbaiki dan merubah kesengsaraan dan penderitaan pesakit.

Dalam masa yang sama, penawar-penawar Homeopati telah membuktikan kehebatan mereka di dalam menyembuh dan menghalang penyakit serta mempertingkatkan tahap kesihatan pada tingkat yang fundamental.

Kejayaan demi kejayaan yang dicapai ini bukanlah melalui satu jalan yang mudah. Liku-liku pancaroba yang amat mencabar terpaksa diharungi dan akan terus didepani dari masa ke semasa.

Tetapi satu yang pasti ialah Homeopati akan terus tegak di persada kehidupan sebagai satu rawatan perubatan alternatif yang mujarab dan efektif.

Keyakinan ini berasaskan kepada beberapa aspek penting kaedah rawatannya yang tidak didapati pada mana-mana rawatan perubatan lain dewasa ini.

Sejarah Ringkas Homeopati

Pengasas Homeopati, Samuel Hahnemann, telah dilahirkan di Meissen berhampiran Dresden, Jerman pada 10 April 1755.

Beliau mendapat ijazah perubatannya pada tahun 1779 dan ketika berkhidmat sebagai doktor di beberapa buah bandar, Hahnemann tidak lupa memahirkan diri dengan mempelajari pelbagai jenis bahasa baru dan lama dan juga ilmu kedoktoran silam.

Selain daripada menjadi seorang doktor, beliau juga terkenal sebagai pakar kimia, ahli mineralogy dan botani, malah beliau boleh dianggap sebagai seorang ahli sains yang serba berkebolehan.

Berdasarkan kepada pembacaan dan pemerhatian Hahnemann ke atas sistem rawatan pada masa itu dan yang terdahulu, beliau begitu tertarik kepada tindakbalas ubat-ubatan di dalam menyembuh penyakit.

Kajiannya tertumpu kepada kesan kulit pokok Cinchona (kulit kayu Quinine atau Peruvian) ke atas penyakit malaria kerana penyakit berkenaan merebak luas ketika itu dan antara yang paling berbahaya.

Walaupun ada penulisan di masa itu berhubung kuasa penyembuhan kulit pokok Chinchona, tetapi Hahnemann tidak begitu berpuas hati dan mengambil keputusan untuk membuat ujian sendiri ke atas manusia yang sihat iaitu dirinya sendiri.

Hasilnya, selepas mengambil dos kulit pokok berkenaan secara berterusan, beliau mendapati simptom (gejala) malaria pada dirinya seperti kesejukan, panas dan berpeluh serta gejala-gejala sampingan lain.

Dengan kata lain, kulit pokok Cinchona yang digunakan sebagai penawar (ubat) untuk menyembuhkan malaria juga memberikan kesan (gejala) yang sama jika diberikan secara berterusan kepada manusia yang sihat.

Penemuan prinsip rawatan ini yang dipanggil “Similia Similibus Curentur” di dalam bahasa Latin atau “sesuatu yang serupa menyembuhkan yang serupa” menandakan permulaan satu falsafah perubatan baru yang akan membawa kesan besar kepada dunia perubatan.

Kajian demi kajian telah dilakukan oleh Hahnemann bersama teman seperjuangannya dan akhirnya beliau berjaya membukukan falsafah perubatan Homeopati di dalam bukunya yang terkenal bertajuk “Organon” dan diikuti kemudian dengan terbitnya buku panduan perubatan Homeopati pertama “Materia Medica Pura”.

Kemajuan Homeopati berjalan dengan pesat dengan banyak lagi penemuan baru dan penerbitan buku-buku panduan dan telah berkembang ke serata dunia dan terus dipopularkan sebagai rawatan alternatif penting hari ini.

Hahnemann meninggal dunia di Paris pada tahun 1843 dengan meninggalkan mutiara yang amat berharga, satu falsafah dan kaedah rawatan yang begitu banyak bermanfaat kepada kesihatan manusia sejagat sepanjang zaman.

Kaedah Rawatan Homeopati

Berdasarkan kepada keterangan di atas, jelas menunjukkan bahawa prinsip rawatan Homeopati ialah memadankan simptom (gejala) penawar dengan simptom pesakit (simptom pesakit dan BUKAN simptom penyakit!)

Prinsip ini di panggil “Prinsip Seraksi” (Principle of Similars atau Similia Similibus Curentur).

Seorang Pengamal Homeopati akan mendapatkan gambaran terperinci pesakit melalui perbualan dan penganalisaan simptom.

Apa yang dimaksudkan dengan “gambaran terperinci” ini ialah butir-butir mengenai diri pesakit, sejarah penyakit di dalam keluarga, penyakit atau kemalangan masa lalu, minat dan hobi, bentuk dan jenis pemakanan, ubat-ubatan lain yang diambil dan sebagainya.

Butir-butir ini tidak terhad kepada apa yang diucapkan oleh pesakit sahaja tetapi juga apa yang diamati oleh Pengamal Homeopati seperti bentuk susuk badan, keadaan kulit dan anggota badan lain, cara dan nada percakapan, kecendurangan minda, tabiat, dan sebagainya.

Semua ini membentuk “gambaran terperinci” pesakit.

Tugas kita seterusnya ialah mencari “gambaran terperinci” penawar Homeopati (daripada Materia Medica) yang menepati atau hampir menepati “gambaran terperinci” pesakit berkenaan.

Tugas ini sangatlah rumit dan memerlukan kemahiran yang tinggi dan banyak kesabaran terutamanya kerana kurangnya kerjasama daripada para pesakit.

Ini berkait rapat dengan salahfaham mereka mengenai Homeopati atau menganggap sistem perubatan ini sama seperti rawatan di klinik atau hospital (dikenali sebagai sistem rawatan Allopati) iaitu dengan memberi nama penyakit sudah memadai untuk mendapatkan preskripsi ubat.

Jika kita lihat betul-betul, kita akan dapati bahawa rawatan Homeopati memerlukan gambaran keseluruhan pesakit di saat membuat diagnosa dan ini dipanggil pendekatan secara holistik.

Bukan sahaja aspek fizikal pesakit yang diberi perhatian tetapi juga keadaan mental dan spiritualnya diambil kira supaya penawar kelak akan lebih berkesan dan berkekalan.

Keistimewaan Homeopati

Sejak sekian lama Homeopati telah terbukti hebat dan berkesan di dalam memperbaiki tahap kesihatan bukan saja manusia tetapi juga binatang dan tumbuh-tumbuhan.

Secara ringkas, antara kelebihan Homeopati ialah:
  • Efektif – mampu merawat dengan mujarab hampir kesemua jenis penyakit.
  • Natural – tidak menggunakan sebarang bahan sintetik, tetapi sebaliknya menggunakan bahan-bahan asli daripada tumbuhan, galian dan bahagian binatang.
  • Selamat – penawarnya tidak toksid dan tanpa kesan sampingan.
  • Individu – penawar diberikan berdasarkan gambaran pesakit secara individu dan tidak disamaratakan antara semua pesakit walaupun penyakitnya kelihatan serupa.
  • Satu Penawar – hanya satu penawar sahaja diberikan pada setiap ketika.
  • Tidak Melarat – penawar homeopati membantu sistem pertahanan badan untuk melawan penyakit dan BUKAN mengambilalih tugasnya.
  • Dos Minima – dos penawar hanyalah setakat diperlukan dan selebihnya adalah tindakan semulajadi sistem pertahanan badan.
  • Holistik – seluruh gambaran pesakit diambil kira waktu memberi penawar.
  • Saintifik – walaupun banyak salah faham tentang Homeopati, ia tetap diterima berasaskan kajian yang saintifik.
  • Harga Berpatutan – harganya berpatutan dan mampu dilanggani oleh semua.

nota: Dipetik drp. artikel Dr. (H) Ir. Izham Hashim, PHom, BHMS (MAhM/USU)

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 14 Herba Terpilih Dalam Perubatan Islam

sumber: pphbm

Sunday, March 11, 2018

4 Khasiat Saderi Untuk Kesihatan

4 Khasiat Saderi Untuk Kesihatan

Daun Saderi atau daun sup merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium.

4 Khasiat Saderi Untuk Kesihatan

Daun Saderi dikenali sebagai Apium graveolens dan berasal dari keluarga Dulce umbelliferae.

1. Khasiat Daun Saderi menjadi penawar menurunkan tekanan darah tinggi

Daun saderi merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi. Terdapat belbagai cara untuk menggunakan seleri sebagai ubat untuk mengubati tekanan darah tinggi.

Cara yang paling berkesan adalah dengan memasukan sedikit daun seleri yang dipotong kecil-kecil dan ditumbuk halus bersama-sama dengan sedikit air dan gula.

Untuk keberkesanan yang lebih baik ia hendaklah diminum 3 kali sekali.

2. Khasiat Daun Saderi mengubati keracunan

Selain itu, seleri juga dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria.

Antaranya adalah seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman di bahagian luka atau dalam saluran kencing dan kes melecur teruk menyebabkan keracuanan darah dikenali sebagai sepsis atau septicemia.

Kandungan garam galian dalam seleri memulihkan sifat alkalin dalam darah dan membantu menghentikan pembiakan kuman.

3. Khasiat Daun Saderi Membantu pencernaan

Daun saderi amat bermanfaat untuk membuka sumbatan yang terjadi pada hati dan limpa. Membantu pencernaan, melancarkan kencing dan melancarkan keluarnya darah haid.

4. Daun Saderi Tingkatkan Keinginan Seks

Daun SADERI dikatakan boleh membantu meningkatkan keinginan seks. Menurut seorang penulis buku masakan Sweden, C.E. Hagdahl, daun saderi ini dipercayai boleh meningkatkan keinginan seks atau boleh terangsang dengan cepat.

Saderi lebih elok jika di makan mentah. Saderi dikatakan mengandungi hormon androsterone.

Menurut pakar kajian, hormon ini dikeluarkan melalui peluh dan dikatakan boleh memikat perempuan.

Antioksidan

Saderi adalah sumber yang sangat kaya dengan antioksidan. Sayur-sayuran mengandungi fitonutrien berikut:
  • Asid fenolik
  • Flavonols
  • Dihydrostilbenoids
  • Flavones
  • Furanocoumarins
  • Phytosterols

Vitamin dan mineral

Saderi sangat kaya dengan vitamin K dan juga mengandungi folat, vitamin A, kalium dan juga vitamin C.

Serat

Walaupun kebanyakan kandungannya air, saderi juga menyediakan jumlah serat pemakanan yang ideal.

Saderi mengandungi 1.6 gram serat dalam setiap 100 gram.

Cara Tanam Daun Saderi

Beli Daun Sup dari pasar yang mempunyai akar. Rendamkan pokok daun sup itu di dalam bekas yang berisi air paip selama lebih kurang 1 hari.

Semasa hendak tanam, potong daunnya (untuk dibuat masakan) dan tinggalkan akar dan pangkal pokok lebih kurang 1-2 inci.

Tanam dalam pasu dan pastikan tanahnya sentiasa dijirus air dan sentiasa lembab. Letak ditempat teduh. Jangan jirus air terlalu banyak kerana ia akan reput.

Untuk menggunakan daun sup untuk masakan, jangan cabut keseluruhan pokok tersebut.

Setakat ambil sahaja daunnya sahaja sebanyak mana yang diperlukan dan yang selebihnya boleh diambil apabila diperlukan supaya anda sentiasa mendapati daun yang segar.

Lebih elok ambil daun yang lama dan biarkan pokoknya tumbuhkan daun baru.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 5 Makanan Pembangkit Selera Seks

sumber: oldtraffords

Thursday, March 01, 2018

13 Khasiat Ajaib Kelor Untuk Kesihatan

13 Khasiat Ajaib Kelor Untuk Kesihatan

Kelor, juga dikenali sebagai merunggai, rambungai, rembungai, lemunggai atau moringa adalah sejenis pokok daripada keluarga Moringaceae, adalah "superfood" yang sangat berkhasiat, anti-radang, antioksidan dan sifat-sifat tisu-pelindung.

13 Khasiat Ajaib Kelor Untuk Kesihatan

Pokok kelor yang berasal dari India mempunyai pelbagai kegunaan dari akar hingga buahnya, mudah ditanam dan mudah sesuai dengan apa-apa cuaca.

Kelor boleh mencapai ketinggian 10-12 meter dan batang diameter boleh mencapai 45 cm, manakala kulit batang pokok Kelor mempunyai warna putih-kelabu dan dikelilingi oleh gabus tebal.

Pucuk muda Kelor mempunyai kulit keunguan, kehijauan-putih dan berbulu.

Kandungan Khasiat Daun Kelor

Berikut adalah kandungan khasiat di dalam daun Kelor menurut kajian (Food Weight) bagi setiap 100 gram daunnya.
  • Lemak: 1.7 gram.
  • Karbohidrat: 14.3 gram.
  • Protein: 6.7 gram.
  • Fosfor: 70 mg.
  • Zat Besi: 7 mg.
  • Kalsium: 440 mg.
  • Magnesium: membekalkan 8% gizi seimbang harian tubuh.
  • Tenaga: 82 kkal.
  • Vitamin B1: 0.21 mg.
  • Vitamin B2: membekalkan 11% dari keperluan vitamin harian tubuh.
  • Vitamin B6: membekalkan 19% dari keperluan vitamin harian tubuh.
  • Vitamin C: 220 mg.
  • Vitamin A: 11300 IU.

Bahagian daun, buah dan batang Kelor boleh digunakan sebagai bahan merawat penyakit yang diyakini berkesan menyembuhkan masalah penyakit pencernaan, luka dalam perut dan usus.

Kandungan anti-oksidan dalam daun Kelor sangat tinggi sehingga mampu digunakan untuk membaiki sel-sel tubuh yang rosak.

Antara 10 khasiat Kelor secara saintifik adalah seperti berikut:

1. Kaya Nutrien

Pokok kelor kaya dengan sumber vitamin, mineral dan asid amino dan sebahagian besar kandungannya ialah vitamin A, C dan E.

Kandungan lain Kelor adalah Kasium, Kalium dan protein.

2. Anti-oksidan

Pokok Kelor mengandungi antioksidan yang dipanggil flavonoid, polifenol dan asid askorbik dalam daun, bunga dan biji.

Satu kajian mendapati bahawa ekstrak daun Kelor mengandungi tinggi antioksidan, tinggi lipid, protein dan pengoksidaan DNA daripada bunga dan bijinya.

3. Anti-Radang

Keradangan boleh membawa kepada penyakit kronik seperti kencing manis, masalah pernafasan, penyakit kardiovaskular, arthritis dan obesiti.

Kelor mampu mengurangkan keradangan dengan menyekat enzim radang dan protein dalam badan dan sel tubuh.

4. Merawat kencing manis

Serbuk daun pokok Kelor berkesan mengurangkan tahap lipid dan glukosa dalam pesakit kencing manis, bermakna Kelor mampu menurunkan paras gula dalam darah dan mengurangkan kolesterol serta meningkatkan perlindungan terhadap kerosakan sel.

5. Jantung sihat

Serbuk daun Kelor mempunyai manfaat kesihatan jantung, terutamanya dalam kawalan lipid darah, mencegah pembentukan plak dalam arteri, dan tahap kolesterol dikurangkan.

6. Untuk kesihatan otak

Kelor mempunyai fungsi kognitif kerana kandungan anti-oksidan. Kelor juga telah diuji sebagai rawatan untuk penyakit Alzheimer.

Kandungan yang tinggi vitamin E dan C mampu meningkatkan fungsi otak yang memainkan peranan penting untuk ingatan, mood, fungsi organ, tindak balas kepada rangsangan seperti tekanan dan keseronokan serta kesihatan mental.

7. Melindungi organ hati

Kelor mengandungi kepekatan tinggi polyphenols dalam daun dan bunga yang melindungi hati daripada pengoksidaan, keracunan dan kerosakan.

Kelor boleh mengurangkan kerosakan hati serta fibrosis dengan membalikkan pengoksidaan di dalam hati.

Minyak Kelor juga boleh memulihkan enzim hati ke tahap normal, mengurangkan tekanan oksidatif dan meningkatkan kandungan protein di dalam hati.

Hati berfungsi mengeluarkan racun dari dalam darah dan hempedu, metabolisme fruktosa, metabolisme lemak dan memroses nutrien dan ia hanya dapat menjalankan fungsi-fungsi ini dengan bantuan enzim yang sihat.

8. Mengandungi anti-bakteria dan anti-kulat

Kelor mempunyai sifat anti-bakteria dan anti-kulat yang melawan jangkitan.

Khasiat Kelor sangat berkesan terhadap kulat yang menyebabkan jangkitan pada kulit dan jangkitan bakteria dalam darah dan saluran kencing dan merawat masalah penghadaman.

9. Menyembuhkan luka

Kelor mempunyai ciri-ciri pembekuan darah yang terkandung dalam daun, akar dan biji yang memberi manfaat penyembuhan luka dan mampu mempercepatkan pembekuan darah.

10. Rambut yang lebih sihat

Kesan baik daripada minyak biji Kelor untuk rambut yang sihat telah diketahui sejak zaman purba kala lagi.

Kelor amat berkesan dalam membersihkan rambut dan melindunginya daripada kerosakan, termasuk sinaran ultra violet.

Kelor juga berfungsi sebagai perapi berharga untuk kulit kepala, menguatkan akar dan merangsang pertumbuhan rambut.

11. Menguruskan Badan

Akar pokok Kelor boleh direbus dan dijadikan minuman herba untuk menguruskan badan.

Kelor dianggap sangat mujarab untuk menguruskan badan tetapi risikonya ialah jika mengambilnya, dikatakan sukar untuk menambah semula berat badan.

Sejauhmana kebenarannya tidaklah dapat dipastikan.

12. Khasiat untuk mata

Caranya ialah menggunakan perahan daun Kelor dan dititiskan ke dalam mata.

Mata mungkin sedikit pedih tetapi ia dikatakan sangat baik untuk kesihatan penglihatan.

13. Mencantikkan kulit

Caranya ialah menambahkan akar pokok Kelor dalam pembuatan bedak muka (bedak sejuk) dan herba mandian.

Boleh juga dimasukkan ke dalam campuran beras, kunyit hidup, akar kelor, untuk mandi dan dianggap mampu melicinkan kulit sehingga 3 hari.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Khasiat Dan Manfaat Saderi

sumber: pokokherba2u | fazlisyam | daunkelor

Monday, February 19, 2018

14 Herba Terpilih Dalam Perubatan Islam

14 Herba Terpilih Dalam Perubatan Islam

Ringkasan sebahagian herba-herba dari ilmu Khazanah Perubatan Islam yang terpilih antaranya terkandung dalam cairan dan campuran herba Khal Tamar Plus dan digunakan untuk ingatan, minda dan akal, dan kesihatan tubuh badan bersumberkan al-Quran, hadis Nabi SAW dan kitab-kitab ulama perubatan Islam.

1. 'Asal (Madu Lebah, Forest Honey)

14 Herba Terpilih Dalam Perubatan Islam

Madu lebah merupakan salah satu perubatan menurut wahyu disebut dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW. Dalam kitab perubatan Islam dinyatakan bahawa madu hendaklah dicampurkan dengan beberapa bahan lain untuk kecerdasan minda.

Seperti mana yang diterangkan dalam al-Quran, Surah al-Nahl : 68-69, maksudnya: "Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibuat manusia kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dan dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit bagi manusia. Sesungguhnya pada demikian itu, benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkannya."

Dalam kitab Al-Has Ali Al-Hafizul Ilmi oleh Abdul Rahman Al-Juzi (meninggal dunia 598H) menyatakan yang bermaksud: "Hendaklah kamu mengambil madu kerana ianya baik untuk ingatan."

Kami memilih madu dari negara-negara Islam kerana khasiatnya yang banyak disebabkan lebah di sana menghisap madu di pokok-pokok kurma, tin, zaitun, delima dan sebagainya yang mana kesemua buah-buahan ini disebut dalam al-Quran dan kitab-kitab perubatan Islam tentang khasiatnya yang banyak.

2. Za'faran (Saffron, Crocus Sativus)

Bunga Za'faran atau Saffron merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai "King of Spices". Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za'faran sangat baik untuk kecerdasan minda.

Dalam kitab Tib Al-Imam Ali m.s. 381 Saiyidina Ali (k.w) menyatakan yang bermaksud, "Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."

3. Karaps (Saderi, Celery, Apium Graveolens)

14 Herba Terpilih Dalam Perubatan Islam

Dalam kitab Tib Al-Nabi m.s. 47 Nabi SAW sendiri menyatakan kebaikan karaps untuk kecerdasan minda dengan sabda Baginda SAW yang bermaksud, "Makanlah oleh kamu karaps, kerana ianya menguatkan ingatan, karaps dari makanan Khidir (Nabi Allah Khidir a.s.)."

Sabda Baginda SAW lagi tentang kebaikan karaps yang bermaksud, "Hendaklah kamu mengambil karaps, jika sekiranya sesuatu dapat menambahkan akal maka ianya adalah karaps."

4. Qaranful (Cengkih, Cloves, Eugenia Caryophyllus)

Dalam kitab Tib Al-Imam Al-Sodiq m.s. 381 Imam Ja'afar Al Sodiq (r.h.) (lahir pada 80H, guru kepada Imam Abu Hanifah r.h.) pernah menerangkan masalah kecerdasan minda kepada muridnya Abi Basir yang bermaksud, "Berkata Abi Basir, aku bertanya kepada Al-Sodiq (Imam Ja'afar Al-Sodiq), "Bagaimanakah kami berupaya mengingati ilmu yang engkau sebarkan kepada kami?"

Lalu Imam Ja'afar Al-Sodiq berkata, "Ambillah seberat 10 dirham (lebih kurang 10 sudu) qaranful, begitu juga kundur zikri (lubban) serta ditumbuk halus keduanya, lalu diletakkan di atas lidah (dihisap) pada setiap hari."

5. Adas (Dal, Lentils)

14 Herba Terpilih Dalam Perubatan Islam

Adas adalah makanan yang disebut dalam al-Quran (Surah al-Baqarah: 61).

Adas dapat menguatkan ingatan seperti mana dalam kitab Tibbul Aimmah m.s. 389 menyebutkan yang bermaksud, "Terdapat berita menyatakan bahawa perkara yang menguatkan ingatan ialah memakan daging di kawasan tengkok binatang (halal), makan makanan manis-manis (seperti madu), makan adas, makan roti dan membaca ayat-ayat Al-Kursi."

Kajian menunjukkan bahawa adas yang mempunyai kandungan tinggi seratnya berkeupayaan merendahkan tahap kolesterol dan dapat mengawal paras gula daripada meningkat tinggi selepas sarapan.

Disamping itu juga adas amat baik untuk jantung kerana ia mengandungi folate dan magnesium yang boleh menghalang berlakunya penyempitan pada saluran arteri dan ini memudahkan pergerakan darah, oksigen dan nutrien ke seluruh tubuh.

Majalah Health telah memilih adas sebagai salah satu daripada lima makanan paling sihat.

6. Khardal (Brassica Juncea)

14 Herba Terpilih Dalam Perubatan Islam

Secara ringkas, kebaikan khardal dan kecerdasan minda mengikut kenyataan Imam Ali Al-Ridho r.h. (121-203H) menyuruh kita memakan khardal dan zanjabil bersama madu setiap hari.

7. Na'na (Mentha Longifolia)

14 Herba Terpilih Dalam Perubatan Islam

Dr. Riyad Muhammad salah seorang ulama perubatan Islam moden dari Mesir dalam kitabnya m.s. 298 menyuruh kita memasukkan daun na'na dan habbatus sauda' ke dalam madu untuk kecemerlangan minda, beliau menyatakan yang bermaksud, "Digoreng (dikeringkan) na'na serta dihaluskan kemudian dicampur dengan madu, selepas itu di masukkan tujuh titik minyak habbatus sauda' diminum suam-suam serta dibaca ayat Al-Ruqayyah sebanyak 7 kali, ayat Syifa serta surah Yaasin."

8. Zabib (Kismis, Raisin)

Dalam kitab Tib Al-Nabawi oleh Ibnu Qayyim Al-Juzi, m.s. 241 menyebutkan yang bermaksud, "Imam Al-Zuhri berkata, 'Sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka dia hendaklah makan zabib (kismis)'."

9. Lubban (Getah Pokok Frankincense)

14 Herba Terpilih Dalam Perubatan Islam

Lubban (kemenyan arab) disebut sebagai kundur zikri mengikut kitab Tib Al-Imam Al-Sodiq m.s. 381 oleh Imam Ja'afar Al Sodiq (r.h.) pada kenyataan sebelumnya. Lubban dikenali umum oleh orang Arab sejak dahulu kala sebagai makanan kecerdasan minda.

Banyak riwayat di antaranya dalam kitab Tib Al-Nabawi m.s. 355 menyebutkan riwayat dari Ibnu Abbas (r.d.), Anas (r.a) dan Saiyidina Ali (k.w.) maksudnya, "Diriwayatkan dari Saiyidina Ali (k.w.) bahawa dia menyatakan kepada seorang lelaki yang mengadu kepadanya tentang masalah penyakit lupa. Lalu Sayyidina Ali (k.w.) menyuruh ia menggunakan lubban, kerana lubban dapat menguatkan hati serta menghilangkan masalah kelupaan."

10. Habbatus Sauda' (Nigella Sativa)

Habbatus Sauda' adalah sejenis bijirin yang sangat terkenal khasiatnya dalam perubatan Islam, mempunyai dalil atau nas yang terlalu banyak dari Nabi SAW sendiri dan ulama perubatan Islam.

Di antara sabda Rasulullah SAW dalam hadis sahih diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Baginda SAW bersabda yang bermaksud: Daripada hadis Abi Salamah (r.d.) bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, "Hendaklah kamu mengambil habbatus sauda' ini, kerana ianya penyembuh bagi setiap penyakit, melainkan mati."

Ibnu Sina dalam kitabnya Al-Qanun Fi Al-Tib m.s. 856, menyatakan bahawa, "Habbatus sauda' dapat melegakan angin dalam badan, masalah paru-paru, sakit kerongkongan, sakit kepala, buah pinggang, kencing, gastrik, menguatkan jantung, menghilangkan keletihan dan membuang keracunan badan (toksin)."

Begitu juga dengan pendapat ulama perubatan Islam lain seperti Ibnu Al-Baithor dalam kitabnya Jamiah, Daud Al-Intoqi dalam kitab Tazkirah dan lain-lain.

11. Hindiba' (Cichorium Intybus)

14 Herba Terpilih Dalam Perubatan Islam

Pokok Hindiba' sangat terkenal sebagai herba yang baik untuk kesihatan sejak zaman Yunani, Pliny (A.D 23-79), Napoleon, Greek, Rom dan Mesir Purba (kerajaan Firaun).

Setelah Kedatangan Nabi Muhammad SAW, hindiba' menjadi semakin terkenal kerana Baginda sendiri banyak meriwayatkan tentang hindiba'.

Ulama perubatan Islam menyebut bahawa hindiba' dapat menyembuhkan berbagai-bagai penyakit manusia dan ianya sesuai dimakan bersama madu lebah.

Dalil-dalil kebaikan hindiba' - Bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Makanlah oleh kamu hindiba' dengan cara kesemuanya bahagian pokok tersebut. Sesungguhnya tidaklah sehelai daripada daun hindiba' itu melainkan mengandungi air dari syurga."

Kenyataan kebaikan hindiba' oleh ulama perubatan Islam terkenal zaman silam iaitu Imam Ja'afar As-Sodiq (83-148H), "Hendaklah kamu memakan hindiba' kerana ianya dapat menyuburkan air mani dan mencantikkan muka."

Mencantikkan muka dapat dimaksudkan sebagai awet muda.

Khasiat hindiba' menurut Ibnu Sina (370-428H) yang terjemahannya, berkata Ibnu Sina, "Hindiba' dapat membuka segala yang tersumbat di saluran makan (di usus) dan di dalam urat saraf. Mengubati penyakit mata, menghapuskan penyakit mata, menghapuskan penyakit keputihan di mata (selaput mata) dan menstabilkan denyutan jantung. Bermanfaat untuk penyakit kerongkong (kemerahan kerongkong), dapat melegakan kahak, gelema serta memperbaiki usus-usus di perut. Hindiba' merupakan penawar terpilih untuk mengatasi masalah kelemahan di perut."

Khasiat hindiba' menurut ulama perubatan Islam Ibnu Qayyim Al-Juziyah (691-751H), dalam kitabnya Tib Al-Nabawi m.s. 368, beliau mengatakan, maksudnya, "Apabila dimakan maka hindiba' boleh melegakan luka-luka dalam perut, bermanfaat untuk segala yang tersekat di perut, penyakit kepanasan mata (masalah penyakit mata), menguatkan perut, membuka segala yang tersumbat di hati, bermanfaat untuk penyakit kepanasan dan kesejukan badan, membuka segala yang tersumbat di limpa, di urat-urat saraf, di saluran makanan (perut), membersihkan buah pinggang, membersihkan segala penyakit di dada, membersih (menghilangkan) kepanasan darah, penyakit kencing serta hindiba' mempunyai kekuatan menghapuskan segala masalah keracunan badan (toksin)."

12. Babunaj (Matricaria Chamomilla)

14 Herba Terpilih Dalam Perubatan Islam

Sejak zaman dahulu hingga kini masyarakat Arab dan Farsi menganggap pokok babunaj sebagai pokok herba yang sangat istimewa untuk mereka.

Bunga babunaj yang berwarna putih kekuningan sangat berkhasiat untuk mengubati berbagai-bagai penyakit.

Di antara khasiat bunga babunaj seperti mana yang disebut dalam kitab-kitab perubatan Islam ialah dapat melawaskan kencing, mengubati kesakitan ketika haid, mengubati usus kecil dan besar, sistem penghadaman, gastrik, buang angin di badan, menghilangkan kepanasan di badan, sakit kepala, sakit-sakit sendi serta dapat memberi semangat dan tenaga kepada seseorang.

Lihat kitab Al-Qanun Fi Al-Tib Ibnu Sina, Jilid 1, m.s. 473-474, kitab Sidlit Al-Athor Ibnu Al-Baithor m.s. 89-90, kitab Sidlit Al-A'sab Daud Al-Intoqi, m.s. 60 dan lain-lain kitab perubatan Islam.

13. Zanjabil (Halia, Zingiber Officinale)

Sudah menjadi amalan kebiasaan orang Arab sejak zaman dahulu sehingga sekarang, mereka memasukkan zanjabil dalam minuman harian, teh, kopi susu dan madu kerana khasiatnya yang sangat banyak menurut perubatan Islam.

Zanjabil adalah salah satu herba yang disebut dalam al-Quran (Surah al-Insan : 17) yang bermaksud, "Mereka dalam syurga itu diberi sejenis minuman yang dicampurnya dari zanjabil."

Khasiat zanjabil menurut kitab-kitab perubatan Islam, zanjabil dapat mengatasi masalah kelemahan kesihatan seperti sakit dada, jantung, lelah, lemah paru-paru, angin dalam badan, mengubati darah, penghadaman, usus serta membuang keracunan badan.

Lihat kitab Al-Qanun Fi Al-Tib Ibnu Sina m.s. 558-559, kitab Tib Al-Nabawi m.s. 293, kitab Sidlit Al-Athor m.s. 293-294, kitab Sidlit Al-A'sab m.s. 253.

14. Hulbah (Halba, Fenugreek, Trigonella Foenum-Graecum)


Hulbah adalah sejenis bijirin herba yang digunakan secara meluas dalam perubatan Islam sejak zaman dahulu kala lagi.

Terdapat banyak riwayat tentang kebaikan hulbah sama ada dari Nabi SAW sendiri dan ulama perubatan Islam, di antaranya bermaksud, Disebut daripada Al-Qasim bin Abdul Rahman, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Berubatlah kamu dengan hulbah."

Kebaikan hulbah menurut kenyataan Ulama Perubatan Islam, "Seandainya manusia mengetahui manfaatnya Hulbah, tentulah mereka akan membelinya dengan emas yang sama timbangannya."

Khasiat hulbah dalam kitab-kitab perubatan dinyatakan bahawa hulbah mengubati masalah sakit kerongkong, kahak, sakit dada, lelah, melegakan pernafasan, menambahkan air mani, masalah usus, angin (gastrik), jantung, buah pinggang dan keracunan badan (toksin).

Lihat kitab Al-Qanun Fi Al-Tib Ibnu Sina, m.s. 597-598. Kitab Tib Al-Nabawi m.s. 276, kitab Sidlit Al-A'sab Daud Al-Intoqi oleh Muhsin Aqil m.s. 162-163, kitab Sidlit Al-Athor Ibnu Al-Baithor oleh Muhsin Aqil m.s. 191-912.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Air Cap Badak Buang Panas Badan, Kesan Dan Pantang Larang Anda Wajib Tahu

sumber: khaltamarplus

Monday, February 12, 2018

Khasiat Dan Manfaat Saderi

Khasiat Dan Manfaat Saderi

Apium graveolens adalah spesies tumbuhan dari keluarga Apiaceae, biasanya dikenali sebagai saderi [celery (var. Dulce)] atau celeriac (var. rapaceum), bergantung kepada sama ada batangnya (petioles) atau akarnya dimakan.

Khasiat Dan Manfaat Herba Saderi Untuk Kesihatan

Tumbuhan saderi hari ini berkembang kepada purata dua hingga tiga kaki tinggi. Batang langsing menghasilkan sehingga 5 daunan berwarna hijau gelap dengan cabang-cabang seperti sepasang sayap (pinat to bipinnate) berbentuk ketupat terbelah (rhombic leaflets) 3-6 cm panjang dan 2-4 cm lebar.

Bunganya yang halus seperti berkrim putih, 2-3 mm, dihasilkan dalam jambangan berata-di atas (umbels) yang padat. Biji benihnya berbentuk bujur luas kepada bundar (broad ovoid to globose), 1, 5-2 mm panjang dan luas.

Biji benih tumbuhan saderi datang dari bunganya, dan mempunyai aroma yang kuat, tapi menyenangkan. Biji benihnya bersaiz sangat kecil dan warnanya boleh dari terang hingga ke coklat gelap.

Biji benih saderi-mempunyai rasa yang agak pahit, tetapi digunakan untuk menambah rasa yang berbeza kepada persediaan hidangan makanan tertentu, seperti sup, casseroles, campuran rempah dan sos salad.

Saderi (Celery) ialah herba pencernaan (alimentary herb) serta tumbuhan ubatan khas. Daun saderi digunakan sebagai hiasan (spicing-up) makanan dan minuman seperti koktel.

Minyak (volatile oil) yang diekstrak dari sayur-sayuran ini boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan juga sebagai ramuan untuk minyak wangi pelbagai.

Perihal herba Saderi

Biasanya, daun saderi (Apium graveolens) digunakan dalam membuat salad, menghias (spicing) makanan yang mengandungi daging dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, akar, daun dan biji benih saderi digunakan bagi maksud terapeutik dalam merawat dan mencegah penyakit.

Dalam bidang perubatan, daun sadri telah digunakan seawal Greek Purba apabila ia mempunyai nilai yang sangat tinggi sebagai perangsang libido (aphrodisiac) serta ciri-ciri perubatan lain.

Dalam masa yang sama saderi juga telah digunakan sebagai herba perhiasan oleh orang Rom, yang menggunakan daunnya untuk dijadikan sebagai "Mahkota Pemenang" mereka.

Dalam perubatan tradisional saderi telah digunakan untuk menghapuskan parasit usus. Perubatan Cina pula mengesyorkan saderi sebagai ubat merawat tekanan darah tinggi disebabkan kestabilan komponennya.

Apium graveolens pada mulanya berkembang biak diatas tanah lembap di Eropah dan Asia. Permulaan abad ke-19, saderi mula berkembang di Amerika Syarikat.

Pada masa kini sayuran ini lebih digunakan dalam makanan dan lauk pauk, kerana kekayaan rasanya.

Ia juga berguna dalam merawat penyakit perut, penyakit sendi, kegemukan dan penyakit pundi kencing, saderi menyimpan penawarnya dalam keadaan terbaik apabila ia dimakan secara ulaman mentah.

Sama ada ia dimakan sebagai snek` atau sebagai ubatan, saderi menyah-toksin dari badan dan merangsang sistem saraf dan mengujudkan mineral (mineralizes) didalam badan.

Sejarah Herba Saderi

Daniel Zohary dan Hopf Maria mencatatkan bahawa daun saderi dan mayangnya (inflorescences) adalah sebahagian daripada kalungan yang dijumpai dalam makam firaun Tutankhamun (meninggal dunia pada 1323 SM) dan kuntuman saderi yang dibelah dua (mericarps) yang bertarikh abad ketujuh SM ditemui dalam kubur Heraion of Samos. M. Fragiska menyatakan arkeologi mendapati saderi yang bertarikh abad ke-9 SM, di Kastanas; bagaimanapun, bukti sastera Yunani kuno adalah jauh lebih banyak.

Dalam Homer's Iliad, kuda Myrmidons meragut saderi liar yang tumbuh di paya di Troy dan di Odyssey, terdapat sebutan padang rumput saderi ungu dan saderi liar di sekeliling gua Calypso.

Simbol

Dalam simbol chthonian di kalangan orang Greek purba, saderi dikatakan telah tumbuh dari darah Kadmilos, bapa kepada Cabeiri, dewa chthonian diraikan di Samothrace, Lemnos dan Thebes.

Bau pedas dan warna daun yang gelap menjadi kegemaran pengikut persatuan kematian (cult of death).

Dalam klasik Greece, daun saderi telah digunakan sebagai kalungan untuk orang yang mati dan bunga saderi sebagi penabur bagi pemenang Sukan di Isthmian (Isthmian Games) pada pertama kalinya sebelum digantikan dengan mahkota yang diperbuat daripada pokok Ru pine.

Menurut Pliny the Elder dalam Achaea, kalungan yang dipakai oleh pemenang pada Sukan Nemean (Nemean Games) berbentuk keagamaan juga diperbuat daripada daun Saderi.

Koloni Purba Yunani Selinous (Greek: Σελινοῦς, Selinoūs), di Sicily, telah dinamakan sempena pasli liar (wild parsley) yang tumbuh merata; duit syiling Selinountian digambarkan dengan daun parsli sebagai simbol bandar.

Nama "saderi" [“celery”] di jejaki jalur jalannya yang diterima pakai kedalam masakan bangsa Eropah, seperti"saderi" [“celery”] Bahasa Inggeris (1664) yang ambil dari céleri dalam bahasa Perancis yang berasal dari istilah Lombard (Lombard term), seleri, datang dari bahasa Latin selinon, yang dipinjam daripada bahasa Greek. Saderi [“celery] Mediterranean masih diperingati dalam ungkapan bahasa Perancis céleri d'Italie.

Taksonomi

Saderi seperti yang diterangkan oleh Carl von Linné dalam Jilid satu buku beliau Spesis Tumbuhan (Species Plantarum) dalam tahun 1753.

Apium bermejoi yang berkait rapat dari kepulauan Minorca adalah salah satu tumbuhan yang jarang ditemui di Eropah, dengan kurang daripada 100 tumbuhan yang tinggal.

Penanaman dan Penuaian

Di Amerika Utara, pengeluaran komersial saderi dikuasai oleh pelbagai (variety) yang dikenali sebagai Pascal saderi.

Pekebun boleh menanam pelbagai kultivar, kebanyakannya berbeza sedikit daripada spesies liar, terutamanya yang mempunyai batang - daun kasar.

Ia digolongkan di bawah dua kelompok, putih dan merah; kultivar putih umumnya berperisa terbaik, yang paling ranggup dan lembut. Tangkainya ketat lurus menegak dan bertandan selar, dan biasanya dipasarkan secara segar, tanpa akar dan daun hijau sedikit baki.

Bentuk saderi liar dikenali sebagai "smallage". Ia mempunyai tangkai yang berkerut dengan daun berbentuk baji (wedge-shaped). Keseluruhan saderi ini mempunyai rasa yang kasar dan bersahaja (earthy taste) serta memiliki bau tersendiri.

Kebiasaan tangkainya tidak dimakan (kecuali dalam sup atau masakan tumis bersama daging dan ikan (stews) dalam masakan Perancis), tetapi daunnya digunakan dalam salad dan biji benihnya dijual sebagai rempah.

Nilai dan Khasiat

Saderi berkhasiat sebagai antirematik, penenang (sedatif), bersifat meluruhkan air kencing (duiretik) dan antiseptic. Khasiat lain membantu pengeluaran asam urat dari tubuh, pembersih darah, menghentikan pendarahan dan menurunkan tekanan darah.

Seratus gram saderi mempunyai nilai tenaga hingga 18 kalori.

Ia mengandungi vitamin A, B1, B2, B6, C, E, K, PP dan mineral seperti besi, kalsium, fosforus, magnesium dan zink.

Vitamin C yang terkandung dalam saderi menguatkan sistem immunologic dan pada masa yang sama menjadikan badan lebih tahan terhadap penyakit baru.

Kalsium, kalium dan magnesium bertindak ke satu matlamat yang sama, menguatkan tubuh badan. Bersama-sama dengan magnesium dan besi ia berkesan mengurangkan kesan anemia.

Saderi mempunyai kuantiti yang ideal untuk besi dan magnesium bagi menghentikan penyakit Onkologi dari terus aktif.

Saderi memiliki sifat diuretik dan kesan dichloride yang berguna dalam permasalahan buah pinggang (seperti renal colic dan renal lithiasis) dan masalah jantung.

Dalam keadaan ini akar saderi digunakan disebabkan sifat menyahtoksik (depurative), penggunaan saderi disyorkan untuk individu yang mempunyai gaya hidup yang serba cepat dan tidak mampu mengekalkan diet yang sihat.

Kerana sifat-sifat ini, diuretik dan depurative, maka saderi merupakan ramuan yang ideal untuk diet yang berdasarkan berat badan.

Diet yang berdasarkan pada saderi mempunyai tenaga dan kesan menguatkan ke atas badan disebabkan rangsangan pada kelenjar buah pinggang, pengurangan hormon tekanan (stress hormone) dan mengurangkan kadar degupan jantung.

Tetapi saderi juga mempunyai sfat mengurangkan gula dalam darah (hypoglycemic), bermakna ia juga boleh digunakan dalam merawat kencing manis.

Sifat lain seperti pengering kahak (expectorant), pelembut kulit (emollient)(berkesan terhadap bronkitis), ia menyesuaikan fungsi hormone (hormonal dysfunctions) (senggugut, ketidaksuburan, gangguan disebabkan monopos, pelbagai bentuk jerawat, alahan kulit (allergic dermatosis)); menghilangkan parut (cicatrizing)(baik untuk luka, calar, pembentuk ulser (ulcerations)).

Khasiat Biji Benih Saderi

Sejak zaman purba lagi, biji saderi telah digunakan dalam banyak bahagian dunia sebagai herba terapeutik, walaupun ia masih belum diterima sepenuhnya sebagai ubat herba di bahagian Barat dunia.

Selama beribu-ribu tahun, saderi telah digunakan untuk merawat Artritis, gejala-gejala yang disebabkan oleh virus selsema dan sejuk, penyakit pencernaan, dan juga masalah dengan limpa dan hati.

Kini, biji saderi digunakan terutamanya sebagai ubat diuretik, maknanya ia meningkatkan pengeluaran air kencing dan membantu badan menyingkirkan air yang berlebihan.

Biji saderi juga kadang-kadang digunakan merawat artritis dan gout serta membantu mengurangkan kekejangan otot, menenangkan saraf, dan mengurangkan keradangan.

Walau bagaimanapun, tidak ada kajian saintifik secara menyeluruh keatas manusia menunjukkan sama ada biji saderi benar-benar membantu merawat keadaan atau mana-mana penyakit.

Kajian ada menunjukkan bahawa biji saderi bertindak sebagai penghalau nyamuk.

Beberapa kajian terhadap haiwan menunjukkan bahawa ekstrak biji saderi boleh membantu merendahkan tekanan darah dan kolesterol, serta melindungi hati daripada bahan-bahan yang merosakkan seperti acetaminophen pelega kesakitan (Tylenol). Tetapi sekali lagi, para penyelidik tidak ada kepastian sepenuhnya.

Saderi dimakan sebagai bahan diuretik dan merangsang membuang air besar (laxative) bagi mereka yang mempunyai masalah tertahan kencing (urinary retentions) atau mengalami masalah buah pinggang.

Saderi juga berkesan dalam kes-kes kehilangan tenaga tanpa sebab(asthenia), masalah hidung, masalah suara garau, reumatisme, kulit menjadi pucat atau kuning (icterus ), gout, artritis, radang, masalah kulit (dermatosis), diabetes dan obesiti.

Individu yang mempunyai kolesterol tinggi perlu menambah saderi kepada diet mereka. Selain itu, saderi juga berkesan bagi mereka yang mempunyai kekurangan selera makan.

Jenis-jenis biji Saderi

Biji saderi (Celery Seed) boleh didapati dalam bentuk tablet, kapsul, yang dipenuhi dengan minyak dari biji saderi dan seluruh biji kering atau segar.

Terdapat juga ekstrak Biji saderi, yang dihasilkan dengan mengekstrak bahan aktif dengan penggunaan gliserin atau alkohol.

Penggunaan Biasa

Biji saderi dikaitkan dengan sifat perangsangan (stimulant), sifat pelepasan gas (carminative) dan yang ditetapkan (prescribed) sebagai sedatif sejenis ubat penenang saraf dan tonik.

Bijinya merangsang, sebagai tonik yang menghangatkan (cordial tonic), (carminative diuretic), sebagai agen melancarkan haid (emmenogauge) dan digunakan dalam merawat masalah paru-paru (bronchitis).

Rebusan saderi merupakan ubat isi rumah yang popular untuk reumatisme dan dikatakan berguna juga pada masalah hati dan limpa.

Bijinya menunjukkan kesan ketenangan keatas haiwan kajian yang mencadangkan kepelbagaian kegunaan rawatan psikiatri, penyakit-penyakit seperti epilepsi; ia ditetapkan sebagai rebusan atau sebagai ekstrak cecair.

Minyak lemak daripada biji digunakan dalam persediaan ubat-ubatan sebagai perangsang antispasmodic dan saraf.

Akar pokok saderi dikaitkan dengan sifat diuretik; digunakan dalam rawatan membengkak berair (anasarca) dan kesakitan perut (colic).

Kesan Farmakologi

Minyak pati yang diperolehi dari bijinya menunjukkan kandungan aktiviti ketenangan (tranquilizing) dan anti-menggeletar (anti-convulsant).

Ia juga menunjukkan aktiviti tekanan (depressant) sederhana terhadap tikus. Minyaknya menunjukkan aktiviti anti-kulat yang ketara terhadap beberapa jenis kulat.

Minyak biji saderi adalah salah satu agen perisa yang paling berharga dan digunakan dengan meluas untuk memberi rasa panas, aroma dan cita rasa untuk sos masakan dan produk pemakanan yang pelbagai jenis seperti sup dan daging dalam tin.

Minyak pati dan minyak campuran (oleoresin) yang digunakan sebagai pelapis gambar (fixative) dan sebagai ramuan minyak wangi dan arak (liqueurs).

Saderi digunakan pada perkara-perkara berikut;
  • Detoksifikasi badan.
  • Penglihatan (eyesight).
  • Membersihkan darah.
  • Arthritis.
  • Membersihkan buah pinggang.
  • Jangkitan pundi kencing.
  • Diuretic.
  • Sakit reumatik.
  • Melangsingkan dan menurunkan berat badan.
  • Merendahkan tekanan darah.
  • Daunnya diramas dijadikan shampoo untuk melebatkan rambut.
  • Daunnya dibuat jus sebagai minuman kesihatan.
  • Sebagai rawatan kecantikan seperti mengurangkan muka berminyak, meyuburkan rambut dan membersihkan kotoran enamel gigi.

CARA PENGAMBILAN

Untuk kanak-kanak

Doktor dan pakar herba tidak mencadangkan penggunaan biji saderi untuk mana-mana penyakit kanak-kanak, tidak ada kajian keberkesanan atau kesan-kesan sampingan jika digunakan pada kanak-kanak.

Untuk Orang Dewasa

Untuk ekstrak Habbatus saderi, sukatan biasa bagi orang dewasa adalah ¼ ke ½ sudu teh tiga kali setiap hari atau mengikut arahan doktor anda. Ekstrak Habbatus Saderi perlu diambil pada waktu makan, bersama banyak cecair, seperti jus atau air.

Sukatan (Dos) normal yang disyorkan untuk kapsul minyak Habbatus saderi atau Biji tablet saderi mana-mana dari satu hingga dua tablet atau kapsul, diambil tiga kali setiap hari. Walaupun ini adalah dos yang biasa, anda perlu mengikut arahan doktor.

Biji saderi keseluruhan boleh dibancuh (be brewed) ke dalam teh. Air mendidih atau yang sangat panas, dicurahkan kedalam 1-3 gram serbuk biji dan dibiarkan selama 10-20 minit. Bagi tujuan perubatan, pengguna boleh meminum tiga cawan teh sehari atau seperti yang diarahkan oleh pakar kesihatan atau pakar herba.

Anda boleh memaniskan minuman kesihatan anda dengan madu, jika anda menghendaki yang sedemikian dan sedikit jus lemon segar juga boleh meningkatkan rasa..

Langkah Berjaga-Jaga

Walaupun herba merupakan bahan semulajadi dan kebiasaannya memiliki kesan sampingan yang amat rendah daripada ubat-ubatan farmaseutikal, langkah berjaga-jaga masih perlu diambil apabila menggunakannya.

Herba mempunyai bahan yang berpotensi mendatangkan kesan sampingan yang boleh berinteraksi dengan bahan-bahan yang terdapat dalam herba-herba yang lain atau ubat-ubatan tertentu.

Biji saderi boleh menyebabkan reaksi alahan kepada setengah-tengah orang, walaupun ini amat jarang berlaku. Reaksi alahan boleh termasuk ruam, kegatalan hidung dan mata, dan pada kes yang teruk, kejutan anaphylactic.

Selain reaksi alahan, biji saderi juga mempunyai sifat pemekaan emosi semulajadi (photo sensitizing nature), maka orang yang mengambilnya dalam apa jua bentuk perlu mengguna pelindung matahari (sunblock) sebelum melakukan aktiviti dibawah matahari.

Kemungkinan biji saderi menipiskan darah, maka ia tidak baik diambil oleh mereka yang sedang menggunakan penipis darah yang lebih kuat iaitu Warfarin.

Mereka yang mengamal pengambilan ubatan diuretik farmaseutikal tidak seharusnya memakan Biji saderi. Selain ini tidak ada sebarang laporan lain melaporkan tindak balas negativf biji saderi dengan mana-mana jenis ubat-ubatan lain.

Disebabkan nilai diuretik dan sifat sifat lain, tidak semua orang digalakkan menggunakan biji saderi, harus mendapat nasihat pakar terlebih dahulu.

Ini termasuk wanita hamil dan mereka yang berpenyakit buah pinggang yang aktif, seperti keradangan ginjal.

Rendaman (Infusion) Serbuk Saderi

Untuk menyediakan rendaman (infusion);
  • Empat sudu serbuk saderi dimasukkan ke dalam 1 liter air didihan, kemudian di tapis dan diminum 1 cawan sehari untuk merawat suara serak, gas usus atau untuk mendapat sifat julap / diuretiknya.
  • Rendaman yang disediakan dari didihan dua sudu serbuk saderi dapat merangsang sistem saraf pusat. Infusi ini diambil setiap hari dalam jumlah yang kecil.
  • Jika satu sudu serbuk di masukkan kedalam satu gelas air dan dibiarkan sehingga ia kembang dan diambil sebelum setiap waktu makan dapat merawat gangguan selera (anorexia). Infusi ini perlu diperbaharui setiap hari.

Amaran umum apabila menggunakan herba rendaman (infusions);
  • Hanya menggunakan bahan herba jika anda yakin 100% bahawa ia benar-benar adalah herba yang dimaksudkan.
  • Jika anda sakit atau mempunyai sebarang masalah kesihatan, berunding dengan pengamal kesihatan anda.
  • Jangan minum rendaman yang sama berterusan. Penggunaan maksimum adalah selama 10 hari, kemudian hentikan untuk 5 hari berikutnya sebelum disambung semula.
  • Hanya minum satu cawan rendaman herba setiap hari, kecuali semasa tempoh amat memerlukan (akut) - seperti apabila anda mempunyai demam atau selsema, kemudian anda boleh mempunyai tiga kali sehari, tetapi untuk maksimum 4 hari.
  • Apabila anda menggunakan ubat rawatan herba, ketahui bahawa ia boleh menjadi sangat berkesan, dan jika anda mempunyai sebarang kesan sampingan apabila mengambilnya, hentikan dengan serta-merta dan runding dengan pengamal kesihatan anda dengan segera.

REBUSAN (Decoct) SADERI

Dua puluh lima (25)gram saderi direbus dalam 1 liter air, cukup bagi menyediakan satu campuran. Rebusan ini di ambil dalam kuantiti yang kecil amat berguna untuk penyakit sendi, batuk dan suara serak. Rebusan yang lebih pekat (yang mengandungi antara 30 dan 40 gram akar saderi dalam 1 liter air) mempunyai kesan meningkat kekerapan buang air kecik(diuretic) dan kesan membuang kekotoran (depurative), merawat penghadaman perlahan, obesiti, gout, reumatisme.

Jus saderi

Jus saderi cemerlang dalam merawat reumatisme, alahan (allergies), masalah perut, menyingkirkan toksik, merangsang penghadaman dan selera makanan, melaraskan fungsi seksual (merawat kedinginan seks dan mati pucuk). Sukatan (Dos) yang ideal untuk diambil ialah 3 gelas sehari.

Amaran

Untuk wanita hamil pengambilan saderi perlu dibuat dalam kuantiti yang sangat kecil. Saderi boleh menyebabkan reaksi pada kes yang sangat jarang berlaku, alahan terhadap sesetengah individu (kes yang berlaku di Eropah Tengah.

Kimia, Chemistry

Polyacetylenes boleh dijumpai dalam sayur-sayuran Apiaceae seperti saderi di mana ia menunjukkan aktiviti sitotoksik (cytotoxic).

Kandungan Pembentukan Kimia dalan Saderi Segar, terdapat 20 persenyawaan yang didapat dan dikenal pasti seperti;
  1. falcariondiol
  2. (9Z) 1,9-heptadecadiene-4,6-diyne-3,8,11-triol
  3. oplopandiol
  4. bergapten
  5. 5,8-dimethoxy psoralen
  6. isofraxidin
  7. eugenic acid
  8. trans-ferulic acid
  9. trans-cinnamic acid
  10. p-hydroxyphenylethanol ferulate
  11. caffeoylquinic acid
  12. 5-p-trans-coumaroylquinic acid
  13. sedanolide
  14. lunularin
  15. lunularic acid
  16. 2-(3-methoxy-4-hydroxyphenol)-propane-1,3-diol
  17. D-allitol
  18. beta-sitosterol
  19. benzolic acid
  20. succinic acid

Senyawa aktif
  • Flavonoid (Apigenin, apiin, isoquercitrin).
  • Kaumarin (apigravin, apiumetin, bergapten, celerin, celereoside, isoimperatorin, isopimpinellin, osthenol, rutaretin, seselin, umbelliferon, 8-hydroxy-5-methoxypsoralen).
  • Minyak asiri (limonene, selenine, santalol, α-eudesmol, 3-α-butyl phthalide, sedanenolide).

BUKTI ILMIAH

Saderi digunakan dalam diet untuk mengurangkan berat badan, di mana ia menyediakan serat sebahagian besar diet rendah kalori.

Saderi sering dikatakan menjadi "makanan kalori negatif" yang berdasarkan andaian bahawa ia mengandungi kurang kalori daripada yang diperlukan untuk mencerna; walau bagaimanapun, kenyataan ini tidak mempunyai merit saintifik.

Antihipertensi

Saderi terbukti berhasil menurunkan tekanan darah tinggi kerana aktivitinya sebagai calcium antagonis yang berpengaruh pada tekanan darah.

Ini bermakna senyawa aktif dalam saderi berkerja pada reseptor pembuluh darah yang hasil akhirnya memberi kesan ketenangan dan santai.

Pada pesakit hipertensi saat tekanan darah naik maka pembuluh darah akan menegang. Padahal normalnya hanya berdenyut sahaja. Kerana ia memberi kesan ketenangan, pengambilan saderi mengurangi ketegangan pada pembuluh darah.

Antibakteri

Minyak biji saderi mampu mengatasi serangkaian bakteria seperti Streptococcus faecalis, Bacillus pumilus, salmonella typhi, pseudomonas solanacearum, Staphyllococcus typhi, Staphyllococcus albus.

Senyawa yang dianggap berperanan aktif dalam aktiviti ini ialah phthalide.

Anti-radang

Ekstrak daun saderi menunjukkan kesan anti-inflamasi pada tikus yang dijadikan edema.

RESEPI

Hipertensi

Sediakan 20 batang saderi, apium graveolens cuci bersih. Masukkan dalam panic bersama 2 gelas air. Rebus hingga tersisa ¾ nya. Angkat dinginkan lalu minum 2 kali sehari bersama hampasnya.

Penyubur Rambut

Sebanyak 10-15 tangkai saderi Apium graveolens dicuci, lalu hiris halus. Setelah diramas, calitkan tumbuhan saderi kekulit kepala dan rambut.

Lakukan urutan ringan. Kemudian balut kepala dengan serkup kepala. Biarkan selama kurang lebih ½ jam. Setelah itu bilas hingga bersih. Lakukan secara teratur beberapa kali seminggu.

Reumatik

Batang dan daun saderi, apium graveolens dicuci sebanyak 1-2 genggam. Cuci bersih, potong kecil kecil lalu direbus dalam 2 gelas air sehingga tersisa 1 gelas.

Angkat dinginkan lalu tapis. Minum sekaligus hingga habis. Selain itu gunakan saderi sebagai ulaman.

Wajah berminyak

Sediakan 3 batang saderi apium graceolens. Cuci bersih kemudian iris kecil kecil, masukkan kedalam peti ais.

Menjelang waktu tidur malam sapukan pati sari saderi kewajah yang sudah bersih. Setelah kering baru bilas muka hingga bersih. Lakukan dengan teratur.

NUTRISI PEMAKANAN

Saderi mentah, nilai pemakanan bagi setiap 100 g (3.5 oz);

Khasiat Dan Manfaat Herba Saderi Untuk Kesihatan

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: herbadantumbuhan

Sunday, February 11, 2018

Khasiat Jadam Arab Untuk Kesihatan

Khasiat Jadam Arab Untuk Kesihatan

Pernah dengar tentang Jadam Arab? Jadam merupakan sejenis tanaman yang tergolong dalam kumpulan lidah buaya dan habitatnya banyak ditemui di daerah gurun pasir.

Khasiat Jadam Arab Untuk Kesihatan Ramai Tidak Tahu

Jadam diproses dengan cara dicampur dengan jenis getah pohon tertentu, sehingga diperolehi ramuan yang dinamakan “Jadam Arab hitam”.

Selain diyakini memiliki kebaikan untuk kecantikan, jadam dipercayai memiliki banyak khasiat dan manfaat khususnya untuk kesihatan.

Antara khasiat dan manfaat jadam untuk kesihatan adalah;

1. Pembersih darah secara semulajadi yang berkaitan dengan penyembuhan pelbagai jenis penyakit kulit.

2. Membantu mengeluarkan racun dan toksin dalam badan dan digunakan sebagai rawatan untuk orang yang keracunan.

3. Herba untuk menyembuhkan tumor dalam dinding rahim wanita secara semulajadi.

4. Bersifat anti kanser kerana boleh menghalang pertumbuhan sel kanser dalam tubuh.

5. Menurunkan tekanan darah dan sangat baik dimakan oleh pesakit tekanan darah tinggi.

6. Meringankan gejala stroke dan menormalkan gangguan yang berlaku pada organ jantung.

7. Menyembuhkan asma atau sesak nafas serta melancarkan sistem pernafasan.

8. Mengurangkan bau badan dan bau mulut.

9. Meringankan gejala reumatik dan ngilu pada sendi.

10. Menghilangkan rasa sengal pada badan selepas kerja berat.

11. Meningkatkan stamina untuk lelaki.

12. Mengawal kadar kolesterol dan gula di dalam darah.

13. Mengatasi penyakit berkaitan dengan ginjal.

14. Mengurangkan sakit gigi dan meringankan gejala asam urat.

15. Memperlahankan penuaan dan awet muda.

16. Mengatasi keputihan dan bau tidak menyenangkan pada wanita.

17. Meningkatkan kecerdasan otak anak.

Manfaat yang banyak tersebut membuatkan ramai orang mengamalkan jadam untuk kesihatan dan untuk merawat penyakit.

Bagi yang keliru dengan warna hitam pekat jadam, ia terjadi kerana proses penyimpanan jadam di dalam tanah atau pasir dan dibungkus dengan kulit unta. Unik bukan?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Khasiat Kacip Fatimah Bukan Mitos

sumber: planethajiumrah

Tuesday, January 30, 2018

4 Rempah Yang Mampu Meningkatkan Ghairah Seksual

4 Rempah Yang Mampu Meningkatkan Ghairah Seksual

Ketika libido atau ghairah seksual mengalami penurunan, seringkali orang disarankan untuk memakan makanan yang mengandung afrodisiak atau zat yang merangsang nafsu seks.

4 Rempah Yang Mampu Meningkatkan Ghairah Seksual

Ada banyak makanan yang disebut bersifat afrodisiak, di antaranya coklat, tiram, ginseng, malah buah nangka.

Sayangnya, masih banyak keraguan mengenai kebenaran dari pelbagai bahan makanan ini. Benarkah makanan tersebut benar-benar memiliki manfaat untuk meningkatkan libido?

Afrodisiak 

Afrodisiak adalah kandungan bahan yang dianggap mampu merangsang ghairah seksual untuk melakukan hubungan seksual.

Afrodisiak dipercayai mampu merawat gejala-gejala yang timbul akibat turunnya nafsu seks tapi bukan mengenai kekuatan seks.

Adakah kemampuannya bersifat sugestif atau pengaruhnya benar-benar berkesan?

Ada empat jenis rempah yang merupakan 'makanan super' untuk merangsang nafsu seks. Empat rempah yang mampu meningkatkan ghairah seksual itu adalah saderi, cengkih, kayumanis dan buah pala.

Saderi, cengkih, kayumanis dan pala paling signifikan untuk meningkatkan ghairah seks menurut seksologi di Amerika mahupun di dunia.

1. Saderi

Daun SADERI yang mengandungi hormon androsterone dikatakan boleh membantu meningkatkan keinginan seks yang menurut seorang penulis buku masakan Sweden, C.E. Hagdahl, daun saderi dipercayai boleh meningkatkan keinginan seks atau boleh terangsang dengan cepat. Ia lebih elok jika di makan mentah.

Saderi (Celery) ialah herba pencernaan (alimentary herb) serta tumbuhan ubatan khas. Minyak (volatile oil) yang diekstrak dari Saderi boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan sebagai ramuan untuk minyak wangi.

Saderi mengandungi beberapa zat penting seperti vitamin A, B1, B2, B3, C dan E, kalsium, zink dan banyak lagi.

Ðaunnya mengandungi asid folik, karotena dan vitamin C. Manakala bijinya mempunyai flavonid, sedanolid dan minyak esen yang terdiri daripada asid elinoleik, asid oleik, asid palmitik, asid petroselinik dan asid resinik.

Saderi berkhasiat sebagai antirematik, penenang (sedatif), bersifat meluruhkan air kencing (duiretik) dan antiseptic.

Khasiat lain membantu pengeluaran asam urat dari tubuh, pembersih darah, menghentikan pendarahan dan menurunkan tekanan darah.

2. Cengkih

Di India, cengkih sudah digunakan selama berabad-abad untuk merawat masalah disfungsi ereksi. Dalam rencana yang disiarkan di jurnal BMC Complementary and Alternative Medicine diungkapkan, ekstrak cengkih mampu menghasilkan peningkatan dalam aktiviti seksual.

Cengkih juga digunakan untuk mengatasi nafas berbau, yang boleh mengurangkan nikmat ketika bercium.

Cengkih mempunyai kesan stimulan terhadap ejakulasi lelaki. Jenis rempah ini boleh membantu mempertahankan ereksi atau ejakulasi pramatang.

Baunya boleh membantu pasangan lebih ghairah jadi, tidak hairanlah cengkih sering digunakan sebagai bahan asas dalam pembuatan perfum dan aromatik.

Cengkih digunakan dalam makanan secara berkala, kerana ia bukanlah bahan penyembuh.

3. Buah Pala

Buah pala merupakan stimulan untuk sistem saraf pusat. Pala dalam jumlah tertentu mampu membuatkan libido lebih tinggi.

Pala sangat baik diamalkan untuk meningkatkan sexual feeling secara signifikan tetapi anda diingatkan supaya berhati-hati, kerana terlalu banyak pengambilan pala dalam bentuk serbuk boleh menyebabkan keracunan.

4. Kayu Manis

Begitu juga  dengan kayu manis yang telah terbukti mampu memberikan rasa hangat yang boleh meningkatkan selera seksual atau dorongan seks.

Selama berabad-abad kayu manis digunakan untuk meningkatkan dorongan seksual pada lelaki mahupun wanita.

Kayu manis juga digunakan untuk merawat masalah seksual seperti disfungsi ereksi, menurunnya libido, jumlah sperma yang rendah dan lain sebagainya.

Kayu manis memiliki kemampuan untuk menurunkan kadar gula dalam darah.

Selain dicampurkan dalam masakan, anda boleh  menambahkan kayu manis ke dalam teh atau kopi namun, jangan mengambil terlalu banyak kayumanis dalam satu hari, kerana ia boleh dapat menimbulkan bahaya.

Kesimpulan

Apa yang anda perlu fahami adalah, rempah-rempah ini tidak akan berkesan dalam waktu singkat dan hanya akan menjadi efektif apabila anda memasukkannya ke dalam pola makan secara rutin.

Rempah akan bertindak secara perlahan-lahan, namun efektif jika diamalkan secara teratur.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kekurangan Testosteron Punca Lelaki Sukar Ereksi

sumber: nova