Friday, May 10, 2019

Linda Rafar Tampil Mohon Maaf Selepas Di Dakwa Fitnah Jururawat

Linda Rafar Tampil Mohon Maaf Selepas Di Dakwa Fitnah Jururawat

Pelakon Linda Rafar akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka dalam isu pertelingkahannya dengan seorang jururawat tidak lama dulu sempena bulan Ramadhan, kerana tidak mahu menyimpan dendam terhadap mana-mana pihak yang didakwa pernah memfitnahnya.

LINDA RAFAR mohon maaf

“Ketika sidang akhbar terakhir, saya berasa marah, dikhianati, dihina dan sedih kerana pemergian ibu tidak menghentikan buli siber terhadap saya. Hati saya penuh kemarahan.

“Peguam saya menghantar notis kepada ratusan orang yang memfitnah tetapi hati saya tidak tenang.

“Sempena bulan Ramadhan ini, saya mengambil kesempatan untuk memohon maaf jika saya ada menyakitkan hati sesiapa. Saya juga memaafkan mereka yang memohon maaf," katanya di Instagram.

Menurut Linda, tiada siapa yang hebat di atas muka bumi ini dan tidak salah jika ada pihak terlebih dahulu memohon maaf atas sesuatu isu.

Selain kepada pihak yang didakwa memfitnahnya, Linda juga dipercayai membuat permohonan maaf kepada jururawat tersebut.

Sementara itu, NGO Delegation of Nurses (DON) dalam kenyataan di Facebook rasmi mereka memaklumkan perbicaraan antara seorang selebriti dengan seorang jururawat dianggap selesai.

DON yang menjadi pemudah cara kepada jururawat itu berkata kedua-dua pihak setuju menyelesaikannya di luar mahkamah.

Antara persetujuan yang dicapai ialah selebriti tersebut akan membuat permohonan maaf melalui Instagram miliknya atas tindakan menularkan gambar jururawat tersebut dahulu, kata DON.

Tidak Ikhlas Minta Maaf

Bagaimanapun, seorang doktor tampil mempertikai permohonan maaf tersebut kerana menurutnya tidak merujuk secara langsung kepada jururawat yang terlibat.

“Malangnya bila saya baca permohonan maaf di Instagram milik selebriti tu, dia masih punya ego melangit.

“Langsung tak sebut spesifik pada jururawat yang difitnahnya. Perkataan jururawat pun tak ada. Itu macam minta maaf nak sambut hari raya," katanya menerusi Facebook.

Dia yakin itu bukan permohonan maaf terbuka seperti yang dipersetujui pihak jururawat tersebut dan meminta DON memandang serius perkara itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Saturday, April 13, 2019

Bella Astillah Tempat Mengadu Wanita Suami Buaya Darat

Bella Astillah Tempat Mengadu Wanita Suami Buaya Darat

Isteri kasanova terkenal Singapura, Aliff Aziz, Bella Astillah, mendedahkan dia sering menerima mesej peribadi daripada wanita yang meminta nasihat ketika berdepan masalah rumah tangga seperti yang dialaminya melalui Instagram.

Bella astillah tempat mengadu wanita

Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, berkata mesej perkongsian masalah keluarga yang dihadapi pengikutnya itu benar-benarnya membuatkan dia terharu.

"Saya selalu sangat terima DM (direct message) macam ni. Masyallah saya tersentuh sangat dengan cerita-cerita mereka.

"Saya faham sangat macam mana mereka rasa," katanya.

Bella berkongsi mengenai perkara itu di Instastory miliknya pada Rabu (10/4/2019).

Bella memuat naik paparan skrin mesej peribadi daripada beberapa wanita yang berkongsi nasib dengannya.

Kebanyakan mesej yang diterima Bella menyatakan rasa kagum dengan ketabahannya selama ini berdepan kemelut rumah tangga.

"Minta maaf memang saya tak mampu untuk reply semua tapi saya baca mesej anda.

"Jadi saya nak bagi cadangan untuk join seminar, sebab saya pun sertai.

"InsyAllah boleh bagi kekuatan pada kita semua," ujarnya.

Gambar Seksi Oktavia Manrose
Oktavia Manrose.

Bella sebelum ini berdepan kemelut rumah tangga apabila suaminya, Aliff Aziz kantoi bermain cinta dengan aktres Afifah Nasir.

Penyanyi lagu Sayang Sayang itu kemudiannya sekali lagi didakwa berlaku curang dengan pelakon baharu, yang juga seorang janda muda, Oktavia Manrose.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Thursday, April 04, 2019

Kontroversi Nur Fazura Dan Hans Isaac Di Malam Festival Filem Malaysia Ke 30

Kontroversi Nur Fazura Dan Hans Isaac Di Malam Festival Filem Malaysia Ke 30

Pelakon, Nur Fazura Sharifudin tetap dengan pendiriannya yang mahukan aktor Datuk Hans Isaac memohon maaf atas penghantaran mesej WhatsApp terhadapnya berkenaan isu penyampaian anugerah pada malam Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30).

Kontroversi Fazura Dan Hans

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Universal Music Malaysia yang mewakili Fazura dan suaminya, Fattah Amin, pelakon Manisnya Cinta di Cappadocia itu mendakwa pihak Astro perlu menjernihkan keadaan berkenaan kejutan membawa Fattah selaku penyampai bersama bagi Anugerah Khas Juri FFM30.

“Selaku anak seni yang sudah berkecimpung lebih 10 tahun dalam industri, saya tahu protokol majlis rasmi.

“Apa yang berlaku sekarang mencalarkan nama baik saya dan suami. Selain itu, kiriman mesej dari Hans Isaac memburukkan lagi situasi dan saya memohon agar beliau meminta maaf atas tindakannya,” katanya menerusi kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Bahagian Kandungan Astro, Namanzee Harris pula enggan memberi sebarang komen berkenaan isu ini memandangkan ia sedang dalam perbincangan bersama pihak Finas.

“Pihak kami sedang berbincang dengan Finas untuk meneliti semula perkara ini, jadi tidak manis untuk mengulas lanjut berkenaan apa yang terjadi,” ujarnya lagi.

Fazura meluahkan rasa kecewa dengan tuduhan dia meletakkan syarat tertentu bagi menyampaikan anugerah pada malam FFFM30 lalu.

Fazura juga menyatakan bahawa mesej yang dikirim oleh Hans selepas tamat FFM30 telah memburukkan nama baiknya dan mahu pelakon Baik Punya Cilok itu membuat permohonan maaf kepadanya.

Hans Isaac Enggan Minta Maaf

Sementara itu, Hans Isaac tidak akan memohon maaf seperti yang diminta oleh Nur Fazura di atas dakwaan bahawa aktor tersebut telah mencemarkan nama baiknya berkenaan isu meletakkan syarat untuk menyampaikan anugerah sewaktu Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30).

Menurut Hans, apa sahaja yang dikatakan kepada Fazura telah dikirim menerusi mesej secara peribadi sebaik sahaja FFM30 tamat dan tidak mengaibkan dia di mana-mana platform terbuka.

“Saya tidak pernah membuat kenyataan secara terbuka tentang situasi yang berlaku pada malam FFM30 dan hanya menghantar mesej peribadi kepada Fazura selepas majlis tamat.

“Apa yang dilaporkan oleh media bukan dari pihak saya, terima kasih,” kata Hans.

'Fazura tampil bersama suami atas arahan produksi'

Pihak pengurusan Universal Music Malaysia tampil menjelaskan kemunculan Fazura bersama suaminya, Fattah Amin sebagai penyampai anugerah pada Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30), Sabtu lalu (30 Mac 2019) dibuat atas arahan pihak produksi, Astro.

Dalam kenyataan medianya, Universal Music Malaysia menjelaskan, keputusan untuk menggandingkan Fazura dengan suaminya itu adalah satu komitmen yang telah dipersetujui dan bukan atas kehendak peribadi seperti didakwa sesetengah pihak.

“Fazura dikatakan sengaja membawa bersama suaminya, Fattah ke pentas untuk mengumumkan Anugerah Khas Juri pada FFM30 sebagai satu tuduhan tidak berasas.

“Sebagai seorang penggiat seni yang telah lebih 10 tahun berada dalam dunia hiburan dan meneroka banyak pasaran di luar negara, Fazura begitu sedar tentang garis profesional dan peribadi.

“Maka adalah tidak wajar untuknya mencampur adukkan urusan karier dan peribadi yang boleh menjejaskan reputasinya sebagai anak seni berkaliber,” menurut kenyataan tersebut.

Sebelum ini, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin didakwa meletakkan syarat-syarat tertentu antaranya mendesak pihak produksi agar membenarkan suaminya itu naik sekali ke pentas.

Penyanyi lagu Hancur Aku itu juga didakwa mengugut tidak mahu naik ke pentas sekiranya Fattah tidak bersama untuk menemaninya pada waktu itu.

“Fazura tidak pernah bertegas apa lagi memberi kata dua kepada pihak produksi, Astro atau FFM sendiri untuk membawa bersama Fattah ke pentas dan menyampaikan anugerah tersebut sehingga membelakangkan dua rakan penyampai lain iaitu Hans Isaac dan Maya Karin,” menurut kenyataan itu lagi.

Pertikaian berhubung perkara itu timbul kerana hanya pemenang anugerah tahun lalu dibenarkan menjadi penyampai anugerah pada majlis tahun ini.

Bagaimanapun, Astro mendedahkan, kehadiran Fazura, 35, dan Fattah, 28, di pentas adalah sebuah elemen kejutan dalam majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya itu.

“Jika mengikut perancangan yang telah diatur oleh pihak Astro, Fattah sepatutnya menjadi penyampai untuk anugerah lain, tetapi ia ditukar pada saat akhir.

"Sebagai tetamu, Fazura dan Fattah hanya menjalankan tanggungjawab dan memberi kerjasama sebaiknya buat seluruh produksi demi kelancaran majlis,” menurut kenyataan itu lagi.

Mengulas perkara itu, Fazura berasa kecewa dengan tuduhan dilemparkan Hans ke atas dirinya.

Fazura juga menggesa penerbit terbabit memohon maaf selepas memberi teks kiriman WhatsApp kepadanya.

“Fazura berasa terkilan dengan sikap Hans yang tanpa usul periksa telah menghantar kiriman WhatsApp menyatakan kekesalan terhadap tindakan kurang bijak dan tidak menghormati format majlis kepada Fazura.

“Ini kerana dia membawa Fattah, yang menurut hemat Hans, ia tidak termasuk dalam senarai penyampai pada malam itu.

“Dengan rendah hati, Fazura meminta agar pihak Hans melakukan permohonan maaf kepadanya kerana apa yang dilemparkan sama sekali tidak berasas dan bukan di bawah kawalan Fazura,” kata kenyataan itu.

Justeru, Universal Music Malaysia menyeru semua pihak yang terlibat termasuk Astro, Hans atau Perbadanan Kemajuan Filem Nasional sendiri agar memberi kerjasama untuk memberi pencerahan kepada masyarakat tentang isu berkenaan.

“Sesungguhnya insiden yang berlaku sedikit sebanyak mencalarkan imej Fazura dan Fattah.

“Semoga pencerahan yang diberikan oleh semua pihak akan membuang salah sangka dan ketidak percayaan pihak luar terhadap pasangan tersebut.

“Sekali lagi, dengan rendah hati, pihak kami berharap agar polemik ini dapat berakhir dengan baik demi kesejahteraan industri hiburan kita,” kata pihak pengurusan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2 | 3

Monday, April 01, 2019

Nipsey Hussle, Penyanyi Rap Terkenal Mati Ditembak

Nipsey Hussle, Penyanyi Rap Terkenal Mati Ditembak

Penyanyi rap terkenal, Nipsey Hussle dilaporkan ditembak mati di Los Angeles, dalam satu kejadian yang menyebabkan seorang maut dan mencederakan dua yang lain, manakala pembunuh terbabit masih bebas.

Nipsey Hussle Killed
Nipsey Hussle.

Nipsey Hussle mula dikenali dalam industri muzik selepas dia dicalonkan dalam Anugerah Grammy bagi kategori Album Rap Terbaik menerusi album berjudul ‘Victory Lap’.

Nipsey Hussle, yang dilahirkan dengan nama sebenar Ermias Davidson Asghedom, merupakan peminat NBA terutama yang berkaitan dengan pemain Nuggets Isaiah Thomas.

Sebelum itu, penyanyi tersebut mula mencipta nama dengan menjual rakaman lagu sendiri dan Jay-Z pernah membeli sebanyak 100 unit pita rakamannya dengan harga AS$100 (RM407) setiap satu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, March 26, 2019

'Saya Tak Terlibat Skim Pelaburan Haram' - Shuib Sepahtu

'Saya Tak Terlibat Skim Pelaburan Haram' - Shuib Sepahtu

Pelawak Shuib Sepathu telah berkongsi sekeping gambar paparan skrin mengenai sebuah skim menipu yang menggunakan gambarnya dengan menjanjikan pulangan lumayan dan mengingatkan peminat serta orang ramai agar tidak terpedaya.

Shuib Sepahtu Scam

Peringatan itu dibuat menerusi akaun Instagram miliknya di mana Shuib berkongsi sekeping gambar paparan skrin mengenai sebuah skim yang menjanjikan pulangan lumayan.

Ujarnya, dia tidak pernah terlibat dengan mana-mana skim pelaburan.

"SCAM! Tolong jangan terpedaya! Jangan kerja nak membohong je boleh?

"Tolong take note ye semua. Saya tak terlibat dengan mana-mana skim pelaburan," jelasnya beserta dua tanda pagar, #scammer #DahLaNiKeretaPinjam.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Wednesday, March 13, 2019

David Beckham Dan Victoria Kini Bergelar Bilionaire!

David Beckham Dan Victoria Kini Bergelar Bilionaire!

David dan isteri, Victoria Beckham baru sahaja bergelar billionaire apabila pasangan itu menepati ramalan bahawa 'Brand Beckham' bakal membuatkan mereka memperoleh berbilion dolar dengan akaun menunjukkan perkembangan perniagaan bersamaan £700 juta (RM3.72 bilion).

David Victoria Beckham

Footwork Productions yang merupakan pendapatan David berkaitan dengan bola sepak mencatatkan perolehan £208.3 juta (RM1.1 bilion).

Beckham Brand Holdings, yang turut melibatkan perjanjian penajaan menyaksikan perolehan £260.8 juta (RM1.39 bilion).

Sementara itu, DB Ventures Ltd memperoleh keuntungan £90 juta (RM478.76 juta).

Victoria Beckham Ltd, akaun bagi perniagaan fesyennya pula mencatatkan nilai bersih £100 juta (RM532 juta).

Malah, sebanyak £10 juta (RM53 juta) daripada Moody Productions, yang diperoleh daripada waktu Victoria bergelar Posh semasa menyertai kumpulan Spice Girls.

Beckham turut memperoleh jutaan pound dan Victoria yang membuat kemunculan semula dan jualan katalog terus mencatatkan hasil.

Pasangan itu yang menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-20 pada Julai 2019 ini turut mempunyai hartanah termasuk £35.1 juta (RM187 juta) di West London.

David mempunyai beberapa tawaran yang menguntungkan bersama Samsung, Adidas, Pepsi, H & M dan banyak lagi. Dia juga mempunyai jenama wiski sendiri.

Kumpulan Terkenal Spice Girls

Individu di sebalik penubuhan Spice Girls, Simon Fuller pernah meramalkan kejayaan pasangan itu apabila David dan Victoria menandatangani perjanjian bersamanya pada 1995.

Dia memberitahu, "Glamor Victoria dan daya tarikan David dan kehebatan mereka dalam jangka panjang mampu meraih jenama $1 billion."

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Thursday, January 31, 2019

Cinta Laura Kecewakan Rakyat Indonesia

Cinta Laura Kecewakan Rakyat Indonesia

Kebelakangan ini, dia menjadi bualan hangat dalam dunia maya selepas warganet Indonesia mula mencanangkan namanya sebagai calon Ratu Cantik Dunia tahun 2020. Semuanya kerana aktres dan model berdarah kacukan Jerman-Indonesia ini pada awalnya didesak oleh peminat untuk menyertai pertandingan Puteri Indonesia 2019.

Cinta Laura

Pemenang pertandingan itu nanti secara automatik akan mewakili negara ke pertandingan Ratu Cantik Dunia tahun tersebut.

Tidak mahu terus dihujani dengan pertanyaan apatah lagi membiarkan peminat meletak harapan terhadapnya, Cinta memberi respons menerusi video secara langsung dalam satu aplikasi.

“Malangnya, saya tidak akan menyertai pertandingan Puteri Indonesia untuk mewakili kamu semua pada pertandingan ratu cantik tahun ini. Bukan saya tidak mahu malah saya sangat menghargai sokongan dan keyakinan kamu semua terhadap saya.

“Tetapi perkara ini sangat tiba-tiba dan saya tidak boleh membatalkan beberapa kontrak saya. Bulan Februari saya akan ke Sweden untuk menjalani proses rakaman lagu.

“Puteri Indonesia bakal mengubah peraturan mulai tahun depan iaitu peserta berumur 28 tahun ke bawah layak menyertai pertandingan. Jangan sedih kerana ada harapan, mungkin tahun depan saya masih mendapat sokongan kamu semua untuk menyertai pertandingan,” jawabnya.

Justeru ramai peminat kembali berharap agar Cinta menyahut cabaran pertandingan itu nanti seterusnya bakal menjadi kebanggaan dan mara ke pentas ratu cantik dunia, tahun hadapan.

Bintang genius

Cinta sememangnya menjadi kebanggaan ramai peminat. Bukan saja memiliki paras rupa yang cantik malah bintang berusia 25 tahun ini bijak dalam pelajaran.

Dia menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda jurusan Psikologi dan Sastera Jerman di Columbia University, New York dengan kepujian.

Dia juga pernah ditawarkan biasiswa melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana di Universiti Oxford dan Universiti Cambridge. Namun buat masa ini dia memilih menangguhkan pengajiannya kerana mahu fokus pada kerjaya.

Pun begitu, anak kepada pasangan Michael Kiehl, seorang Pengurus Hotel Hyatt dan peguam terkenal Herdiana Soekarseno ini sering dianggap tidak pandai bertutur bahasa Indonesia dengan baik kerana pelat bahasa Inggeris terlalu pekat.

Ramai netizen mengejek gaya pertuturan Cinta dengan cara meniru berulang kali percakapan gadis kelahiran Quakenbrück, Jerman ini.

Namun Cinta tidak lupa tentang budaya dan keunikan negaranya. Walaupun dia berpenampilan seksi, dia kerap memilih memakai busana batik atau kebaya ketat ketika hadir di acara hiburan luar negara dan di Hollywood.

Secara tidak langsung dia tidak malu untuk memperkenalkan Indonesia di mata dunia.

‘Mangsa’ persepsi

Bekerja di Hollywood, Cinta bermastautin di Los Angeles Amerika Syarikat sejak 2011. Setahun selepas itu dia mendapat peluang bekerjasama dengan pemuzik di sana dan merakamkan dua lagu berjudul Boomerang dan Playlist.

Cinta pernah membintangi filem The Philosopers ‘After The Dark’ arahan sutradara bernama John Huddles. Pelakon yang juga popular menerusi sinetron Upik Abu dan Laura ini pernah menghadiri uji bakat filem pecah panggung Star Wars dan Tron, namun gagal.

Terdahulu dia juga pernah mendapat peluang keemasan menemubual pelakon utama filem francais terhangat, The Avengers seperti Chris Hemwsworth, Chris Evans, Scarlett Johansson dan Robert Downey Jr.

Namun keterujaan bertemu dengan pelakon kelas A antarabangsa ketika itu nyaris terbantut dek satu hal yang tidak disangka-sangka.

Rupa-rupanya Robert Downey Jr. enggan ditemu bual oleh Cinta kerana Iron Man itu kurang percaya kemampuan Cinta bertutur dalam bahasa Inggeris disebabkan dia orang Indonesia.

Tidak berputus asa dengan persepsi yang dilemparkan terhadap dirinya, Cinta mengajak aktor berprofil tinggi itu berbual. Hasilnya Robert Downey Jr. kagum dengan Cinta dan akhirnya mahu meneruskan sesi temu bual.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan