Oct 5, 2016

Cerpen: Apabila Aku Jadi Bini

Aku berlari mengelilingi tasik, peluh mengalir dari dahi. Tangan mengesat peluh, kaki kekal berlari.

Nora-Danish
Gambar hiasan.

Joging waktu pagi macam ini memang seronok, udara segar. Cuma satu sahaja yang tidak memberi keselesaan kepada aku.

“Hai awak! Panas la, tak penat ke berlari dari tadi, nanti cramp kaki. Tak apa, kalau kaki awak cramp, call saya nanti saya tolong urutkan.”

“Hello! Saya ajukan kembali soalan awak tadi kepada awak!

"Awak tak penat ke dari tadi berlari ikut saya? Mengekor aje! Rimas tahu!

"Pergi jauh-jauh tak boleh ke? Oh, ke nak saya yang tolong sepakkan awak masuk ke dalam tasik tu? Panas kan? Tak apa, masuk tasik itu sejuk la.”

Lagi laju aku gerakkan kaki, memang membunuh kesegaran udara la dengan nafas seorang hamba Allah yang satu ini!

Ya Tuhan! Jangan la beri hamba Mu yang satu itu membangkitkan keinginan untuk aku flying kick dia!

“Izara! Jangan la tinggal saya. Penat ini nak kejar awak!”

“Tau penat, stop following me!” jantan tak guna.

“I tak penat untuk pikat you tapi i penat ikut you lari!”

“Saya tak suruh awak ikut saya!”

“Izara, listen to me! I nak cakap benda kat you ini!”

Aku buat muka toya walhal badan aku dah mula rasa penat dek melarikan diri daripada dia! Tak ada rasa penat ke jantan ini? Lenguhnya kaki aku!

“I nak ajak you pergi kelab malam tonight, you nak ikut tak? Kita dating!”

Aku berhenti berlari. Baihaki jauh tersasar ke depan, dia perasan lalu berundur ke belakang, menyamai aku.

Aku beri jelingan tajam kepada Baihaki.

”Kau ini memang tak ada rasa malu eh ajak perempuan pergi kelab malam?

"Macam tak ada maruah, sudah la tu ajak pergi dating. Kau ingat aku kempunan sampai aku nak ikut kau pergi tapak hina macam itu?!”

“Relax la Izara. I ajak ke sana aje kut, bukannya I ajak you pergi tidur hotel,” Baihaki termengah-mengah berbicara.

“Mula-mula memang, kau ingat aku tak tahu taktik kotor jantan gersang macam kau ini?

"Letak ubat tidur dalam jus, konon nak kasi tekak awek basah, kau kasi minum lepas tu mula mabuk.

"Bila dah mabuk tak sedarkan diri, and then bawa pergi masuk hotel bajet tak ada kelas, bayar pun 10 ringgit semalaman, ada hati!

"Jangan harap aku nak ikut kata-kata kau la!”

“You ini marah-marah, cute!”

Aku memalingkan muka, mula melangkah pergi. Tangan aku ditariknya. Terus aku layangkan side kick. Tepat mengena.

“Adoi! Sakit la! Nak bunuh aku ke apa betina?!”

“Rasakan! Kau jangan ingat aku ini macam lembu dicucuk hidung, ikut aje apa orang kata.

"Sedap tak? Nak lagi? Aku boleh beri lagi. Nak?” aku mengejek Baihaki.

Chow! Puas hati aku. Dia ingat aku siapa? Aku ini Izara Ariana la wei!

Pakar side kick, moon kick, flying kick, apa lagi kick yang kau nak?

Star kick, sky kick, pluto kick? Semua kick yang wujud di alam semesta ini aku boleh buat. Tunggu orang minta je.

Aku duduk berehat di bangku bawah pokok. Tenang sedikit rasa hati. Aku tengok jam di pergelangan tangan, mana Nurin ini? Tak habis lagi ke joging?

Aku goyang kaki, bosan la tunggu minah seorang ini, kang aku tinggal dia kata aku tak setia kawan.

Haish, macam-macam ragam manusia zaman sekarang.

Itu pun dia! Aik, Imran pun ada sebelah? Macam mana la boleh tersangkut. Elok aku blah awal-awal.

Aku bangun dari bangku kemudian memandang bosan kepada Nurin, biar dia tahu bahawa aku sedang tak ada mood.

Eh, apa hal aku ini. Hanya kerana aku marahkan Baihaki, rakan baik sendiri sekali dapat tempias.

“Wo, wo, wo! Hebat kau Zara! Berani kau pergi sepak Baihaki. Jarang aku dapat tengok kau keluarkan kau punya jurusan maut.”

“Heh Nurin jom la balik. Aku penat ini,” aku berura-ura menuju ke kereta.

“Izara, nah air. Imran belanja. Rugi kau tak minum. Special for you,” terus aku batalkan niat nak ambil botol air 100Plus dari tangan Nurin.

Apa hal si Imran tu beri? Mimpi solat sunat istikharah ke semalam?

“Ala sombong la kau ini Zara, orang dah beri ambil aje la. Tak baik tau tolak rezeki,” disuanya lagi botol depan muka aku.

“Tak nak? Tak nak sudah, biar aku minum. Sebotol air tadi mana cukup. Aku habiskan ya?”

Nurin, wadever!

***

Sebaik saja aku despatch Nurin ke rumahnya, terus aku balik ke rumah. Wah sesedap rasa seindah bahasa pujangga aku men’dispatch’ kan Nurin macam Nurin itu surat. Eh suka hati aku la.

Naik ke tingkat atas, buka pintu bilik, kemudian terus baring atas katil.
Penat badan tak hilang lagi. Mata terpejam, tangan menggagau Oppo dari laci kecil sebelah katil.

Mana ini? Jumpa pun. Unlock, kemudian, wah banyaknya missed call. Ada message dari mama.

Izara! Mana kamu ini? Lama mama tunggu kamu di Mall ini! Tahu tak, dah berejam mama tunggu?! Haish, budak ini!

Oh mama! Aku lupa! Haiyya… Laju aku bangun dari katil, capai tuala, masuk
bilik air, bersiram sekoboi mungkin, keluar dari bilik air, bersiap-siap, dab-dab bedak sedikit, capai instant shawl kemudian sarung.

Tak ada masa aku nak make up. Terus kaki laju melangkah keluar dari bilik. Eh eh.. Bau ketiak dulu..

Better aku sembur perfume, aku dah la baru habis joging, kang aku sampai tepi mama, mama cakap aku mandi air asam, mama suka ejek aku!

Aku berpatah balik masuk bilik, ambil perfume kemudian sembur. Ambik kau!
Sebanyak mungkin aku sembur, biar mama cakap aku mandi guna perfume. Gitu pula..

Terserempak dengan papa, “Papa, mama keluar pukul berapa tadi?” Kalut aku bertanya.

“Pagi lagi, kawan dia datang pick up. Kenapa?”

“Nothing! Papa, Zara pergi dulu eh? Assalamualaikum, bye..” aku salam papa.

Start enjin peugeot, terus menderum.

***

Tepat pukul 11:30 a.m. Jammed teruk. Inilah akibatnya pagi tak buta baru bertolak. Alamatnya tersangkut dalam celahan asap.

Mata melilau mencari mama. Semalam dah janji dengan mama nak teman dia shopping.

Alih-alih aku pergi jogging pagi tadi. Aku lupa. Sedih betul la kau ini Izara..

Aku putuskan untuk singgah di Tutti Frutti. Pilih aiskrim, bayar kemudian duduk. Oppo aku ambil dari handbag, text mama.

Assalamualaikum mama. Mama kat mana? Mama kat mana? Mama mama kat mana? Hihi.

Mesti reply lambat, asyik cari barang shopping mengalahkan minggu depan nak buat kenduri kahwin anak diraja.

Padahal nak buat kenduri kesyukuran sempena pembukaan IzAr Couture aje pun.

Beep! Mesej masuk, mama.

Mama ada kat dalam mart. Izara ada kat mana?

Aku reply, Izara tengah makan ice cream kat Tutti Frutti. Mama tengok la dulu barang ya, nanti Izara habis makan, Izara cari mama, eh? S.Y.S muah! Send.

Sambil makan, sambil mata melihat gelagat orang ramai. Macam macam gelagat ada.

Bestnya aiskrim. Dah lama aku tak singgah ke sini. Aku asyik uruskan IzAr Couture. Renovate sana, renovate sini.

Aku buat macam ini, mama datang kemudian tak berkenan pula. Tukar lagi. buat macam itu pula.. Ada sahaja yang tak kena pada mata mama.

Ini butik aku, bukan butik mama. Hehe.

Padahal modal aku minta dari mama dan papa. Abang long, abang ngah dan abang cik, bila aku tanya.

“Abang long, warna mana yang cantik? All white ke, nak cambur baby blue?”

“Mana mana pun cantik.”

“Abang ngah, nak letak sekali tak cafe kat dalam butik?”

“Letak pun ok, tak letak pun ok.”

“Acik, patut adik letak nama apa kat butik? IzAr Couture ke, Ariana Fashion ke?”

“Tak letak nama pun tak apa.”

Argh! Tak membantu langsung ok!

Membuih sia-sia aje air liur, buat penat mulut nak bergerak, sudah la aku tengah rushing boleh dia beri jawapan yang memang sangat membantu!

Ada seseorang melihat aku, mendekati aku sambil melambai-lambai. Muka ceria melihat aku, tangan mendukung seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang setahun.

Kecik molek comei lottei. Lelaki ke perempuan itu? Eh, apa yang aku melalut ini!

Aku bagai tersedar, itu Imran dan dia sedang mendukung Izham anak saudara aku!
Mengelamun punya pasal, sampai keadaan sekeliling pun aku tak boleh nak cerna.

“Boleh saya duduk?” Imran menghulurkan Izham kepada aku.

“Mama awak suruh pastkan Izham kepada awak. Sekarang dah beres.”

“Terima kasih,” aku tersenyum.

Alohha.. Tolong la pergi jauh-jauh wahai insan yang bernama Imran Zahiran.

Aku cukup tak suka la mendampingi dengan orang utusan mama ini.

Mama ini pun satu, dia yang berkenan aku yang dikenankan. Kenankanlah kepada diri sendiri. Haiyya..

Aku menyuap sedikit ais krim kedalam mulut Izham. Aku buat macam kapal terbang masuk kedalam mulut.

Terkekeh-kekeh Izham ketawa. Budak tadak gigi.

Habiskan aiskrim kemudian bangun. Jahat gila aku tak layan Imran. Lantak dia.

***

Imran dari tadi tidak berhenti berceloteh, aku layankan saje.

Aku masuk ke dalam kedai kain. Banyaknya kain. Mana kain yang berkenan di mata, aku mendekat kemudian merasa dengan jari, lembut, tapi warna la pula terang sangat.

Rasa kain itu rasa kain ini, Izham aku suruh Imran dukung, senang kerja aku nak merasa kain, belek-belek kain.

Kain warna cantik, lembut, kualiti pun ok, aku pinjam kalkulator dari penjaga kedai kemudian tolak tambah darab bahagi semua, puas hati. Order kain.

Cari manik, lace, balik nanti aku boleh design buat jadi collection di butik aku.

Selesai pembayaran, aku beri alamat butik, suruh mereka delivery.

“Kesian awak, meh sini Izham.”

“Eh, tak apa.”

Lantak kau la Imran, nak bodek aku la itu. Teruskan percubaan wahai Imran Zahiran!

Sengaja aku ke sana ke sini, beli benda itu beli benda ini, kita tengok sama dia!

Sama ada dia penat ke tidak ikut aku, give up tak? Tak give up!

Lupa lagi! Aku masuk ke dalam mart, cari mama.

“Mama saya mana? Mak awak sekali dengan mama saya kan? Tadi mama ada pesan jumpa kat mana-mana tak?”

“Jumpa kat dalam supermart itu la.”

Jenuh mata mencari, jumpa pun. Laju aku melangkah mendekati mama.

“Mama. Hye aunty,” aku salam tangan Puan Delia.

Jenuh lagi la kaki aku mengekor mama. Aku ikut aje mama nak beli apa, tahu sangat kalau sekalipun aku cakap tak nak pasti akan dibelinya juga.

***

Solat hajat diiringi doa selamat oleh sekumpulan jemaah lelaki dalam butik aku.

Lusa, Grand Opening. Ramai orang datang, tak sangka sambutan begini sekali meriahnya sampai ke malam.

Aku berjalan keluar butik. Ambil angin malam, suasana yang gelap tetapi meriah.

Sesak nafas aku berlama-lama dalam butik yang ramai orang. Imran mendekati aku, sama-sama berjalan.

“Assalamualaikum, penat?” aku bo layan.

“Tak penat.”

“Izara, may I ask you something?”

Senyap.

“You’re not tired of living alone?”

“What do you mean by living alone? I’m not living alone, I have mama, papa, my siblings and of cource my nephew Izham.”

“No, what I mean is mate, soul mate.”

Ah, sudah.

“Saya lebih penat hidup berdua-duaan,” aku menghela nafas.

“Penat berdua, hidup bertiga, bereempat.”

“Nak memadukan? Tunggu saya bawa kereta kebal bawa bala tentera, nak?”

“Awak terima saya ke?”

Aku memandang pelik kepada Imran.

“Kenapa pula saya nak terima awak?”

“Jawapan awak macam bermaksud awak tak nak saya memadukan awak bila kita kahwin. So, awak nak kahwin dengan saya la?” teruja suara Imran.

“Boleh tak jangan cakap hal madu? Kalau awak nak madu, nanti saya boleh tolong balik batu kepada sarang lebah, nanti awak mintalah dari lebah itu. Selamat maju jaya,” aku sindir cukup-cukup.

“Izara, I’m sorry. Sebenarnya.. Sebenarnya..”

Rimasnya aku! Duk sebenarnya sebenarnya dari tadi, ingat ini show case Yuna Dan Sebenarnya ke?

“Sebenarnya..”

“Sebenarnya apa?!” Aku tinggikan suara. Ambek kau!

“Sebenarnya saya nak lamar awak!”

Kaki menjadi kaku.

“Awak sudi tak?”

Aku senyap. Jawapan apa yang harus aku beri?

“Tengok la dulu.”

Aku melangkah meninggalkan Imran. Jantung sebenarnya dah kencang, lemah lutut.

“Izara! Ketepi!!” Terasa dorongan yang kuat menolak badan aku ke tepi.

Imran tergolek ketepi, kereta brek mengejut! Nasib baik tidak berlaku perlanggaran!

Mama yang berada dimuka pintu butik meluru ke arah kami. Aku bagai tersedar, laju aku menuju kepada Imran.

“Izara! Imran! Ya Allah! Macam mana boleh terjadi macam ini?!”

***

Aku masih boleh buat bodoh. Mama tak habis-habis kenenkan Imran kepada aku.

“Tak rasa bersalah ke? Nasib baik Imran ada time itu. kalau tak memang Zara dah kena langgar.

"Jasa Imran tahu, Zara selamat ini sebab dia.”

“Mama, yes I admitted dia tolak Zara dari kena langgar and I admitted dia baik hati dia tolong Zara.

"But, please mama. Izara selamat sebab Allah yang izinkan benda ini.

"Memang ini takdir muallaq untuk Izara. From the story that he safe me, he injured and then you want me feel sorry for him and you want me to marry him?”

Sengaja la tu, mama nak suruh aku rasa bersalah.

“Alah, abang long pun tahu la Izara sukakan dia juga kan? Zara itu yang ego lebih.”

“Diam la kau abang long! Sibuk aje la dia ini. Mana tahu? Pernah korek ke isi hati Zara? Siapa ego? Abang long tu!”

Tepat jatuh bantal atas kepala aku. Berani abang long! Aku ambil bantal kemudian tekupkan kemuka abang long, sekuat hati aku tekan.

Abang long berjaya lepaskan diri, “Malu la tu! Suka cakap suka! Hahaha!”

Aku bangun dari sofa kemudian naik kebilik. Kunci pintu, baring atas katil.

Takkan aku nak terima lagi lelaki masuk ke dalam hidup aku? Peristiwa lepas membuatkan aku lebih berhati-hati.

Aku bimbang bila aku terima Imran, aku akan sakitkan hati dia.

Mahu juga aku ikut sunnah nabi, mengembang biakkan umat Islam, tapi tak berdosa ke aku melayan suami tanpa hati, rasa sayang, rasa cinta dan rindu?

Imran mahu mengahwini aku. Mama nak, abang long, abang ngah, abang cik semua setuju, mereka semua nak tengok aku bahagia.

Tapi bahagia ke aku kahwin tanpa cinta? Serious, aku cakap sekelumit pun tak ada rasa cinta terhadap Imran.
Boleh ke dia menerima kenyataan sebegini?

Lantak, dia cakap nak kahwin dengan aku, dan masa aku hantar dia pergi ke klinik tempoh hari selepas dia tergolek atas jalan nak selamatkan aku, dia cakap,

“Insyaallah saya cuba terima awak seadanya.”

Inilah aku yang seadanya. Seadanya tanpa rasa kasih, sayang, cinta dan rindu.
Dia nakkan aku, jadi aku terima. Dia harus terima apa sahaja.

Aku cabar diri aku sendiri, Izara Ariana!

***

Ketawa besar abang-abang aku dengar jawapan aku terutamanya abang long!

Kemain dia gelakkan aku, kang aku hasut Kak Selina bini dia supaya jangan layan dia. Baru kau tahu erti rasa penghinaan! Muahaha.

Mama, papa dan keluarga belah sana setuju nak datang merisik. Sebentuk cincin belah rotan dihadiahkan sebagai tanda persetujuan.

Masuk hari pertunangan, aku tak nampak kelibat Imran. Habis semua saudara mara Imran nak geledah aku. Ingat aku apa?

Demi menjaga air muka mama dan papa, aku layankan saja tanpa banyak bantahan.

“Tak lama lagi dapat family baru la kita mummy!” adik Imran, Ilyana menepuk lembut bahu aku.

Bertambah lagi satu cincin di jari aku.

Selepas majlis pertunangan, kedua-dua belah pihak bersetuju nak langsungkan pernikahan 8 bulan dari sekarang.

Awal-awal aku warned mama, “Mama, buat kecil-kecilan sudah, panggil saudara-mara cukup.

"Tak perlu buat di ballroom hotel, bazir duit.”

“Mama tak kira, mama nak buat besar-besaran juga. Mana boleh mama buat kecik-kecik.

"Ini satu-satunya anak perempuan mama, mestilah mama nak ever big.

"Mama nak tempah ballroom, buat malam berinai, mandi bunga and semua lah!”

“Tak payah buat kat ballroom. Rumah ini dah cukup besar nak buat kenduri anak-anak,” Papa keluarkan arahannya. Kuasa veto!

Mama senyap.

Hahaha, seniority win! Applause..

***

Aku, Imran dan sekeluarga mama bawa pergi jumpa designer Eja Shahril, si designer fashion muslimah.

Nasib baik mama faham aku, kalau tidak harus aku akan pakai skirt, blouse dan instant shawl buruk pada hari persandingan.

Selepas majlis pertunangan lepas, tidak pernah sekalipun Imran berurusan dengan aku.

Bagus, aku pun bukannya suka sangat layan lelaki, ada jugak yang makan segala jurusan maut daripada aku.

Dress sesimple mungkin aku minta, tapi mama bantah, nak tambah lace dan manik manik dihujung kain, buat meleret sedikit. Aku akur.

“zara, kahwin sekali seumur hidup. Nak lawa lawa macam ini pun sekali ini aje. For the first and last time.”

Baiklah puan bonda ku yang tersayang. Akan anakanda menjunjung perintah bonda.

Cari catering, nak yang masak lauk-pauk yang sedap aje mama ini. Last-last, aku serahkan semua urusan perkahwinan ini kepada mama.

“Mana boleh macam ni. Inikah wedding Zara, so Zara kena urus juga, jangan nak buat sambil lewa.”

Pulak..

Selama ini aku beri cadangan bukannya mama ikut pun. Ok fine! Apa yang mama cakap, aku setuju.

“Zara, pelamin ini nanti kita letak bunga kat kiri, kanan dan belakang ya?”

“Ok.”

“Zara, warna peach pun cantik kan? Kita buat tema peach and white ya wedding Zara?”

“Ok.”

“Wedding shoes Zara mama tempah dari Kristino, ada kristal.”

“Ok.”

“Zara, khemah mama nak letak kain sangkut penuh dalam khemah.”

“Zara, meja makan beradab mama letak diluar ya?”

“Zara, catering mama akan ambil yang ini, ya?”

“Zara, flower girls mama nak ada 8 sebab dulang hantara semuanya 8.”

“Zara yang ini bla bla bla bla bla, ok? Bla bla bla bla..”

Naik pusing kepala aku. Aku dah tak hiraukan semua benda ini.

Yang aku tahu, aku akan di akad nikahkan kepada seorang lelaki yang bernama Imran Zahiran Bin Alias Muhammad.

***

Aku dibawa turun dari tangga oleh dayang-dayang sekalian, bimbang kain yang meleret aku terpijak.

Apa-apa la wahai dayang. Semua mata memandang, naik segan aku tapi aku buat muka toya.

Nampak muka mama, isyarat senyum, aku senyum selebar mungkin, sengaja nak kenakan mama.

Aku bersimpuh atas bantal bulat yang besar. Meriah ruang tamu dengan celoteh selautan manusia.

Flash sana sini naik silau mata aku. Imran sedikit pun tak pandang aku.

Sesi berbalas pantun, pak imam buat lawak pula, majlis diserahkan kepada papa, papa yang mengangkat akad.

“Aku nikahkan dikau Imran Zahiran Bin Alias Muhammd dengan anakku Izara Ariana Bt Mansor dengan mas kahwinnya sepuluh ribu ringgit tunai.”

Mak datok! Banyaknya mas kahwin!

“Aku terima nikahnya Izara Ariana Bt Mansor dengan mas kahwinnya sepuluh ribu ringgit tunai.”

“Sah?”

Suasana senyap. Kemudian ramai-ramai jawab, “Sah!!!” Semua ketawa.

Bacaan doa diketuai oleh Pak Imam. Imran bangun mendekati aku. Sehabis bawah aku tundukkan kepala.

Mama siku aku, memberi isyarat angkat kepala, hulur tangan kanan. Akur.

Sebentuk cincin berwarna silver yang bertatahkan satu permata di atasnya disarungkan ke jari aku.

Imran menghulurkan tangannya, teragak-agak untuk aku pegang. Serious ini?

Betul-betul boleh pegang ke? Wah, ini betul la!!! Ini serious!!!

Giliran aku untuk menyarungkan cincin ke jari Imran. Kekok. Alahaii..

Dahi aku hampir diciumnya, aku mengelak. Terkena sisi kepala. Sekali lagi semua gelak.

Segan la aku macam ini! Mama, papa! Malu la!

***

Penatnya kahwin! Aku buka segala perkakas yang ada pada kepala aku. Sudah la panas. Air cond yang ada langsung tidak membantu.

Bersihkan badan, melekit-lekit. Selesai bersiap, eh aku lupa, aku dah ada suami. Aku dah jadi bini la..

Sebelum tidur, sempat aku berkata.

“Wahai suamiku, nak dengar bahasa pujangga dari saya?”

Imran berubah ceria.

“Jangan menyesal kahwin dengan saya.”

Lampu tidur aku padamkan. Berpaling ke arah lain.

***

Sehari suntuk aku berada di butik, memantau staf-staf IzAr Couture, design kain.

Setiap kali tengahari, Imran pasti akan menjemput aku untuk pergi lunch, aku ikut sebab aku lapar.

“Sayang. Malam ini balik pukul berapa?”

“Tengok la dulu, kerja siap awal, balik awal, kalau siap lambat, balik lambat.”

“Balik awal eh? Risau la abang, sayang balik lewat malam. Kalau apa-apa terjadi, macam mana?”

“Macam itu la.”

“Haish. Abang jemput sayang ya?”

“No need.”

Aku melihat jam di pergelangan tangan, “Hantar saya ke butik. Kerja banyak lagi tak siap.”

Sebelum masuk ke dalam butik, Imran cium dahi aku. Kaku.

“Take care yourself.”

Aku melangkah masuk ke dalam butik, buat tak hirau dengan usikan staf IzAr. Aku hanya mampu tersenyum.

Pagi aku keluar awal dari rumah mama. Aku dah beritahu Imran bahawa aku tak nak pindah rumah, aku nak stay along with my family dan Imran hanya setuju.
Tengahari, Imran akan menjemput aku untuk dinner.

Tak penat pula dia ulang alik dari tempat kerja dia semata-mata nak jemput aku dinner dan masa yang aku dapat peruntukkan untuk lunch bukannya sekejap kerana pelanggan menunggu untuk mengukur badan.

Malam, pukul 12 malam baru aku dapat balik sebab nak siapkan tempahan yang melampau.

Badan rasa tak sihat. Bangun daripada tidur, tengok jam pukul 7 pagi. Rupanya aku tidur di butik. Ambil oppo, berderet missed call.

Ada message dari Imran, mama dan papa.

Semua message berbaur kerisauan. Aku yang rasa nak pening baca message mereka. Barang-barang aku kemas, pergi ke toilet basuh muka. Kemudian drive pulang ke rumah. Melangkah aje ke dalam rumah.

“Zara pergi mana semalam? Kamu tak jumpa Imran ke kat butik? Baru aje Imran bertolak. Zara demam ke? Pucat muka,” Mama menyentuh dahi aku.

“Panasnya! Ya Allah, pergi klinik ya? Mama hantar.”

“Mama, tak payah la, sikit aje ini. Izara masuk bilik dulu ya, mengantuk.”

Aku melangkah lemah menuju ke bilik, masuk aje bilik terus hempaskan badan keatas katil. Penat, pening.

***

Dahi dan leher terasa basah. Beratnya mata nak buka, macam ada setan tergantung.

Rasa macam berada di alam yang berputar laju sehingga membuatkan aku rasa nak muntah, tahan Izarra, tahan.

Aku tak nak muntah dan aku tak suka muntah, selepas muntah pasti kudrat badan aku akan hilang lalu aku tak dapat nak buat apa-apa dan hanya dapat baring dengan perut yang seperti ditindih oleh batu-batu yang besar.

Sejuknya leher. Siapa yang memandai-mandai simbah aku dengan air ini?!

Mata aku buka, mak datuk rapatnya muka dia dengan aku! Terus aku bangun.

“Awak buat apa kat saya hah?! Awak nak rogol saya eh?!”

Bulat mata Imran,”Eh tak la, saya baru aje nak angkat awak pergi klinik, dah sedar. Ke nak saya call helicopter, tolong hantar awak?”

Aku masamkan muka, ”Boleh tak awak keluar dari bilik saya? Rimas la.”

“Sayang.. Sayang demam, abang tuamkan kain basah kat muka sayang kasi sejuk.
"Baring eh? Mama ada beri ubat, sayang makan roti ini and then makan ubat, ya?”

Imran suapkan roti, aku tak buka mulut, tetap masamkan muka. Malas layan, siapa suruh dia pandai-pandai nak sentuh aku, nak lapkan muka, leher bagai!

Imran tetap nak suapkan aku dan aku tetap tak nak makan! Aku tak suka ubat tapi aku suka makan!

“Awak keluar boleh tak? Selagi awak tak keluar dari bilik saya, I won’t eat! Full stop.”

“Boleh percaya ke?”

“Of course you are! Now, get out of my room. Pintu ada kat depan sana.

"Ke rabun, tak nampak pintu? Saya ada contact lens, nak saya pinjamkan? Ambil la, ada dalam laci almari make up, ambil sendiri.”

Imran membatu.

“Keluar la.. Saya tak suka.”

“As you wish, but promise me that you’ll eat it, okay?”

“Ya, I promisessssssssssss!” puas hati aku.

Imran bangun berjalan ke pintu kemudian dia keluar.

“Close the door!”

Aku sentuh sedikit sahaja roti kemudian telan ubat.

Ikutkan hati memang aku tak nak makan tetapi bila mengenangkan usaha Imran nak juga aku makan, jadi aku makan.

Kesian pula aku marah dia.

Kan aku dah cakap, aku tak ada sekelumit pun rasa sayang kepada dia.

Seperti sia-sia sahaja usaha dia nak aku sayang dia.

***

Aku tersedar dari tidur apabila tekak terasa loya, perut memulas-mulas.

Laju aku bangun dari katil menuju ke bilik air. Peningnya kepala, berpusing-pusing.

Akhirnya, aku termuntah. Keluar isi perut yang aku makan pagi tadi.

“Sayang, sayang kat mana itu? Sayang, sayang!” Kedengaran suara Imran.

“Muntah? Pergi klinik ya, teruk ini sampai termuntah. Jumpa doktor, jom.”

Geleng.

“No, you should to. Kali ini dengar cakap abang,” kuasa veto.

Aku tak larat nak perang mulut. Nasib baik aku sedang sakit, kalau tidak…!

Aku dipapah Imran turun ke bawah, terserempak dengan mama, “Ya Allah, pucatnya muka anak mama, Imran, bawa pergi cepat-cepat ya ke klinik, ingatkan demam biasa.”

“Ok.”

Sampai ke klinik, jumpa doktor. Ambil ubat, terus balik ke rumah. Tak tuju ke mana, terus masuk ke dalam bilik kemudian terus landing.

Aku diselimut oleh Imran, dia mengusap lembut kepala aku kemudiannya dikucupnya kepala aku. Aku malas nak lawan, penat. Aku nak tidur.

“Tidurlah. Baca doa sebelum tidur kemudian mengucap, selawat banyak-banyak, minta doa dari Allah mohon sembuh.”

***

Bahu aku ditepuk lembut,”Sayang, bangun sayang, solat subuh.”

Aku diam tak bereaksi.

Bahu aku ditepuk lagi, ”Bangun, bangun.”

Aku gerakkan sedikit lengan, ”Cuti la..” Aku merengek panjang. Kacau aku tidur aje dia ini!

***

Sekali lagi bahu aku ditepuk. Aku buat tak layan. Malas nak bergerak, penat.
Ditepuknya lagi!

“Saya dah cakap kan saya cuti! Saya tak solat! Datang bulan, ABC!

"Allah beri cuti! Apa lagi yang awak nak? Jangan ganggu saya tidur boleh tak?Saya mengantuk!” aku tarik selimut tutup muka.

Silau bilik, dia pergi selak langsir buat apa?!

Imran ketawa kecil, pahal dia ini ketawakan aku? Nak penumbuk?!

“Sayang, subuh dah habis pun. Mama suruh kejut sayang bangun, breakfast. Jom.”
Selimut aku ditarik.

Aku tarik balik selimut. Dia tarik balik. Aku tarik lagi. Dia tarik lagi!

“Jangan la!”

“Mama suruh breakfast, jom la makan. Sayang kan tak sihat, kena makan. Jom, bangun-bangun,” bahu aku ditepuk.

“Awak turun la dulu, saya tak lapar.” Aku menjawab dalam keadaan mata terpejam.

“Tak lapar pun kena makan, isi perut dulu.”

Senyap.

“Sayang.. Nak abang cium dulu baru nak bangun?”

Senyap.

“Abang cakap betul ini.”

Senyap.

Terasa kepala aku ditarik. Bibir aku seperti dihinggap sesuatu, basah. Aku buka mata, kemudian..

Kuat aku tolak badan Imran. Kurang asam punya jembalang!

“How dare you did such thing to me?!” aku menjengilkan mata.

Imran ketawa, ”Bangun pun. Jom makan.”

Aku membatu.

“Ke nak lagi?” Imran mendekatkan mukanya kepada muka aku.

Sekali lagi aku tolak badan dia, ”Tak payah la…!”

Aku bingkas bangun dari katil, basuh muka kemudian turun ke bawah.

Imran mendekat kemudian tangan kanannya dilingkar ke pinggang aku. Urgh!

“Lewatnya anak perempuan seorang ini bangun. Zara dah sihat?

"Buat muka anoyying macam tu bermakna dah sihat la itu. Kenal sangat..”

Aku nak tarik kerusi tetapi didahului oleh Imran, laju je tangan dia nak mulakan benda itu, benda ini!

Aku duduk atas kerusi yang dia tarik.

***

“Saya nak keluar,” Aku pinkan selendang.

“Ke mana?”

“Ke mana-mana.”

“Sayang tak perlu keluar, demam tak kebah sepenuhnya lagi. Nanti apa-apa jadi kepada sayang, siapa yang susah?”

“Apa-apa jadi yang awak nak ambil kisah kenapa? Tak payah susah-susah, biar saya tanggung sendiri.”

“Abang tak kisah kalau abang yang perlu susah-susah, tapi diri sayang itu. So now, you don’t have to go out. Ini perintah.”

“Eh, lelaki ini memang suka guna kuasa dia? Kongkong orang itu, kongkong orang ini, naik rimas tahu tak?”

“Masalahnya, ini untuk kebaikan sayang. Bukannya abang sengaja suka-suka. Tak payah eh?” Imran tersenyum manis.

Aku yang melihat menjadi kaget. Jangan layan Izara, jangan layan. Stay calm, keep breathing normally. Breath in… Breath out…

Tak kuasa aku duduk kat rumah ini, baik aku pergi siapkan kerja yang tergendala di butik. Tak perlu untuk aku berhadapan dengan muka tumpah air gula ini 24 jam.

“Tak kira saya nak keluar,” Aku bertegas.

Imran bangun dari duduk kemudian mendekati aku. Dia pusingkan badan aku supaya berhadapan dengannya. Aku terkejut. Matanya memandang tepat mata aku.

“Please.. Abang tak nak apa-apa terjadi kepada sayang.

"Because I love you, I need you… Please…” Mata Imran penuh mengharap, jantung aku bagai nak rebah, kaki terketar-ketar.

Malu untuk aku berhadapan sebegini, terlalu dekat. Izara, jangan kalah, lawan perasaan kau.

“I’m so sorry, saya nak siapkan kerja sikit aje kat butik. Izinkan saya…”

Matanya masih menikam.

“Ok, I promisse yang saya akan balik awal.”

Aku melepaskan tangannya daripada tangan aku. Aku salam tangan Imran. Keluar dari bilik, turun bawah, start enjin kemudian terus chow!

***

Sebelum masuk waktu lunch lagi aku dah berada di restoran. Kali ini, aku rasa lapar dan perut berkeroncong, pening kepala. Tak ada mood nak buat kerja.

“Hai Izara, awalnya keluar lunch, I belanja nak?” Baihaki mengambil tempat yang berhadapan dengan aku. Dia memesan sesuatu daripada waiter.

Sesedap rasa dia duduk sekali dengan aku tanpa diundang. Aku buat tak layan, aku tengah rasa pening sekarang. Makin menjadi-menjadi pening, agaknya sebab cuaca panas.

“Kenapa you ini Zara? Nampak macam tak sihat aje, you sakit ke? Sakit perut? Demam? Pening kepala?”

Aku menopang kepala, rasa macam nak muntah. Aku menahan rasa.

Kebetulan air yang dipesan sampai, ”Izara you minum air ini, and then I bawa you pergi klinik,” Baihaki menyuakan straw kepada aku, aku menyedutnya sedikit. Tak sedap tekak.

Kenapa aku ini, pagi tadi dah kebah sedikit, keluar sahaja dari rumah terus rasa tidak sihat.

Makanan yang dipesan Baihaki aku tidak sentuh, Baihaki habiskan. Aku tak larat nak makan, hanya memejamkan mata. Aku bangun dari kerusi.

“Aku nak balik ke butik, stop following me,” aku berjalan seperti tak pijak darat, seperti terapung.

Keluar sahaja dari restoran, rasa terhuyung-hayang langkah aku. Baihaki membantu aku berjalan, aku tak ada kudrat nak melawan.

“Don’t touch me!”

Baihaki tetap berkeras, dibawanya aku ke sebuah kereta. Aku dimasukkan ke dalamnya,”I hantar you ke klinik, you tak sihat ini.”

Kereta dipandu, aku hanya memejamkan mata, kepala berpusing-pusing, akhirnya aku tertidur.

***

Aku dipapah keluar dari kereta, aku dibawa masuk ke dalam pintu, dah sampai ke klinik.

Tiba-tiba aku ditolak kasar. Terkejut! Aku buka mata, ini bukan klinik! Ini rumah Baihaki!

Ada seorang lelaki yang sedang merakam kejadian ini dengan kamera.

“Izara darling.. Dah ready nak mulakan hidup baru bersama I?” Baihaki mengelus pipiku.

Aku masih kaget, tidak tahu reaksi apa yang harus aku lakukan!

Mata masih kabur, kepala ibarat berpusing. Baihaki menindih aku, Ya Allah beratnya! Ya Allah, berikanku kudrat untuk melawan makhluk ini!

Tangan Baihaki mula mahu merentap kain tudungku. Aku menepis tangannya.

“Hei, melawan!”

Dengan segala kudrat yang aku ada, aku menolak kuat badan Baihaki.

Sekuat mungkin aku mengeluarkan suara, aku geram! Baihaki terjatuh. Lembik kau ini!

Aku mengambil kesempatan ini untuk menendangnya.

“Sakit, betina! Kau nak lawan aku! Nanti kau!” Baihaki mahu menerkam aku, aku mengelak.

Terus aku tendang belakangnya. Baihaki tersungkur ke atas katil, aku menendang sekuat hati kaki, belakang dan pinggulnya. Apa nak jadi, jadilah!

Baihaki tak mahu kalah, dia bangun nak memeluk aku, aku rendahkan badan kemudian hantukkan kepala aku ke hidungnya kemudian aku beri sepakan kepada asetnya.

Sekuat hati aku beri! Ambik kau! Rasakan..

Aku perempuan bukan sebarang perempuan! Aku perempuan bukan perempuan lemah!
Aku perempuan bukan perempuan lembik! Aku perempuan yang terpelajar!

Apa yang aku buat datang pertolongan dari Allah! Kau nak lawan kuasa Allah, memang kau tak boleh!

“Baihaki, kau dengar sini! Sampai bila-bila kau takkan dapat apa yang kau nak daripada aku!

"Kau jangan main-main dengan aku, silap langkah, maut menuggu kau!” sekali lagi aku menendang dia! Puas hati aku!


Aku betulkan pakaian kemudian keluar dari bilik, ada seorang lagi a.k.a videographer aku dengan Baihaki punya scene, sekarang aku dah buat onar!

Dia berundur. Aku tersenyum sinis, ingat aku takut?

Aku keluar dari pintu pagar rumah Baihaki, menahan teksi, hantar ke butik.

***

Minta maaf Imran, aku tak dapat pulang awal. Aku penat, aku nak tenangkan diri.

Aku demam dan perasaan takut aku masih belum menghilang. Aku tak dapat nak tepati janji aku. I am so sorry..

Aku letak kepala atas meja, mula memejamkan mata, berkhayal sendiri. Dunia seakan berpusing.

Oppo berdering, nyaring berbunyi minta disahut. Aku tiada kekuatan, bertalu-talu berdering. Tanpa sahutan, aku penat.

***

Terasa badan di tepuk, aku penat untuk membuka mata.

“Hem…”

***

Aku membuka mata setelah di kejut. Melihat sekeliling, cahaya memenuhi ruang, aku di mana ini? Ini bukan butik.

Namun, rasa mengantuk telah menarik aku ke alam mimpi yang tiada sempadan.

***

Kedengaran alunan ayat-ayat suci Al-Quran. Siapa yang mengaji malam-malam buta di butik ini?

Aku membuka mata, ini bukan butik, ini bilik aku.

Kelihatan Imran sedang mengaji, khusyuk sehingga tidak sedar bahawa aku sedang melihatnya.

Raut wajahnya tenang, tetapi mengapa matanya kelihatan sembap? Dia menangis? Untuk apa dia menangis?

Matanya berair, sah dia menangis! Hati aku tersayat pilu, pedih. Kenapa dia menangis?

Ingin sahaja aku lap air matanya, tetapi ego menguasai diri. Aku malu, segan. Kasihan suamiku…

Pasti dia yang menjaga aku siang dan malam. Pasti dia kepenatan.

Aku beranikan diri untuk memanggilnya, ”Awak…”

Imran terkejut seraya berpaling ke arahku, dia menutup Al-Quran yang di pegangnya, dia berpaling ke arah lain. Mengapa? Dia tak sudi melihat wajah aku?

“Awak…”

Kali ini dia memandang aku, tetapi matanya sudah kering, mungkin tadi dia mengelap air matanya supaya aku tidak tahu dia menangis.

“Zara dah sedar.”

Pelik. Kenapa dia tak panggil aku sayang?

“Zara tidur ya,” Imran bangun menyelimuti aku kemudian beredar.

Imran nak kemana? Sekarang sudah masuk jam 11 malam, tak tidur ke? Pergi ke dapur minum air kot. Tak apa la aku tunggu.

***

Hampir sejam aku menuggu, tak datang-datang lagi, Ke mana dia pergi? Tak tidur sekali ke?

Suka hati dia la, baik aku tidur, melayan kantuk yang semakin menjadi-jadi.

***

Aku tersedar dari tidur. Menggeliat seketika, mata terkelip-kelip memandang sekeliling, baru teringat.

Aku melihat di sebelah. Tak ada. Di mana Imran?

Aku bangun dari katil kemudian ke bilik air, basuh muka kemudian gosok gigi.
Selesai mandi, aku menyikat rambut. Termenung lama di hadapan cermin. Aku angau sendiri ke? Pelik betul, Imran tak kejut aku.

Selesai bersiap, aku turun ke bawah, menyapa mama yang sedang menyiram pokok bunga kesayangannya. Mama diam, tidak melayan aku. Tetap dengan siramannya.

Aku menuju ke arah papa yang sedang mencuci kereta, papa hanya memandang kosong kemudian tersenyum kecil.

Aku mengelilingi rumah, mencari Imran. Tiada. Di dapur tiada, tingkat atas tiada. Aku turun semula kebawah, ke luar rumah, kereta dia pun tiada.

“Papa, Imran mana?”

“Keluar.”

“Keluar? Tak inform Zara pun. Dia ada cakap kat papa tak?”

“Apa yang nak cakapnya? Dah diri sebagai isteri tak reti nak jaga maruah suami!” Mama mencelah dari jauh.

“Apa maksud mama? Zara tak faham,” Aku memandang pelik terhadap mama.

“Kamu tanya mama? Kamu tahu tak, kamu dah menconteng arang ke muka kami semua!
"Muka abang long, abang ngah, abang cik, papa, muka mama, especially your husband!” Mama menghempaskan wayar air yang dipegangnya. Mata mama berair.

Papa tidak membantu aku. Aku masih tidak faham, what have I done? Seriously, aku still tak boleh nak tangkap apa yang dimaksudkan mama.

“Sorry, cuba mama explain apa sebenarnya yang berlaku?”

“Kamu yang buat, takkan tak tahu? Dah kahwin, tak sedar diri!

"Pergi berzina dengan jantan lain! Anak jenis apa kamu ini?! Tak ada maruah!

"Sedar tak diri itu pegang title apa? Isteri! Agama yang kamu pegang?! Tak sedar yang diri itu anut agama Islam?!

"Tahu tak, berzina itu dosa besar!”

Tahu lah aku siapa punya angkara!

Laju aku berlari masuk kebilik, mencari Oppo, call Baihaki. Masuk missed call. Dasar jantan tak guna! Sekali lagi aku call, tidak berjawab.

Aku turun ke bawah, bersua muka dengan mama dan papa.

“Mama, papa, how did you get this news? Tell me,” Aku bertanya kalut. Memohon kepastian.

“Dari video! Pictures! Kamu berzina!”

“Kamu penzina!!” Mama menampar kuat pipi aku. Terkejut!

Kebetulan, kereta Imran masuk ke dalam perkarangan rumah. Tidak pernah seumur hidup aku dikasari sebegini! Sampai hati mama… Dan papa…

Hanya memandang tanpa reaksi! Mereka semua kejam! Mereka tidak tahu kejadian yang sebenar.

Air mata aku mengalir. Pedih pipi ditampar mama.

Baihaki keluar dari kereta Imran.

“Itu, kamu tanya kekasih gelap kamu! Tanya teman sekatil kamu!”

Aku jadi kaget, Imran tahu hal ini? Aku memandang lama kepada Imran, wajahnya tegas tiada reaksi. Kaku, batu, tidak seperti yang aku lihat sebelum ini.

“Kamu nak tengok video tu? Masuk dalam rumah!” semua masuk ke dalam rumah.

Tinggal aku bersendirian. Perlahan aku melangkah masuk ke dalam. Video di tv dipasang.

Jelas video itu memaparkan di mana Baihaki memapah aku di restoran, memimpin aku masuk ke dalam kereta dan kenapa aku bodoh sangat tak melawan masa itu?!

Aku dipimpin masuk oleh Baihaki masuk ke dalam rumahnya, sekali lagi aku tidak melawan.

Aku hanya membiarkan Baihaki memapah aku masuk ke dalam rumahnya, ketika itu aku ingatkan klinik dan aku kepenatan untuk melawannya!

Video yang menunjukkan aku dibaringkan ke atas katil, Baihaki mengelus pipi aku, kemudian tamat.

Cerita itu tidak habis di situ!

“Apa lagi yang kamu nak sangkal?! Video ini sudah membuktikan segala-galanya!

"Buat onar di belakang kami! Dasar tak sedar diri!” sekali lagi mama menampar aku.

“Berapa kali lagi kamu nak mama menampar kamu?! Mama dah tak larat nak tampar kamu,” lagi galak air mata mama mengalir.

Air mata aku, siapa yang hiraukan? Rasa pedih dituduh begini!

“Baihaki, kau terangkan apa yang berlaku sebenarnya! Kenapa kau senyap?!”

“Mama, papa, awak, believe me, saya tak buat benda ini semua! Video itu tak habis! Saya takkan buat benda macam ini! Ini tuduhan semata-mata!”

Mereka semua hanya kaku melihat aku membela diri. Aku memandang Imran, mencari sinar di matanya. Tiada, dia tidak melihat aku!

Aku memandang papa, kaku tidak bereaksi, hanya muka yang muram. Aku pandang mama, meraih tangan mama, ”Mama, I am your daughter, don’t you believe me?”

“Yes, you’re my daughter but the video prove everything! You such a disgusting daughter!” Mama menarik tangannya.

“Baihaki! Aku nak kau terangkan segala-galanya! Aku nak kau cakap ini satu tuduhan! Aku tahu kau yang hantar kan?!”

“Video itu, bukan Baihaki yang hantar.” Mama menangkis.

“Kalau bukan dia yang hantar tetapi pembantu dia yang hantar! I know everything mama, I know everything better than you know.”

“Baihaki, tell them! Prove it! Ini kau yang rancang!”

“Awak… Percayakan saya, saya tak buat,” sedaya upaya aku tahan air mata.

Mereka diam tak terkutik. Tiada siapa yang membela aku. Aku geram, aku menuju ke arah Baihaki, aku menyepaknya kuat! Imran menghalang.

“Let go of me! Aku nak jantan setan ini mampus!” aku cuba melepaskan diri dari pegangan Imran.

“There’s nobody believe me! Mama, papa lebih percayakan orang luar berbanding anak sendiri!”

Aku mahu menyepak Baihaki, Baihaki mengelak, Imran menahan aku. Aku mengeraskan diri.

“Ok then, fine!!”

Aku melepaskan diri dari Imran, aku memandang tepat ke arah matanya.

“Ceraikan saya!” aku berbisik tegas.

Aku meninggalkan mereka. Aku masuk ke dalam bilik, menghempaskan pintu sekuat hati kemudian aku kunci.

Aku tersandar pada pintu, terduduk. Aku keluarkan segala air mata yang aku tahan.

Apa guna Imran bawa datang Baihaki kalau mereka tak mahu percayakan aku?! Dan Imran yang bodoh tidak mempertahankan diri aku!

Dia cakap dia cintakan aku! Dia cakap dia sayangkan aku! Dia cakap dia perlukan aku!

Sayangkah dia kalau begini tindakannya?!

Kenapa kau bodoh Izara?! Kenapa kau boleh jatuh cinta dengan lelaki sebegini?! He said, he won’t leave me! Now? What happenned? Aku ke dia yang tinggal?

Kau yang bodoh Izara! Kau yang bodoh! Aku bangun kemudian aku tarik cadar katil, aku baling bantal sekuat hati!

Kedengaran pintu diketuk bertalu-talu. Aku baling bantal ke arah pintu. Aku menjerit sekuat hati!

Aku geram! Sakit hati! Aku benci kau Imran! Aku benci kau!

Semua tak sayangkan aku!

***

Dua hari berturut-turut aku terperap dalam bilik. Aku sakit hati. Sedih.

Sedih melayan perasaan. Kenapa aku boleh terjebak lagi dalam cinta?!

Pertunangan lepas dengan seorang lelaki yang bernama Farhan membuatkan aku serik untuk melangkah ke alam perkahwinan.

Putus kerana aku lebih pentingkan kerja berbanding dia, tidak sehaluan. Putus pertunangan.

Oppo berdering. Imran. Aku buat tidak hirau.

Oppo berdering minta di sahut sehingga bateri cas.

Apa yang perlu aku buat? Aku buntu. Tuhan, tolong aku.

***

Malam menjelma sekali lagi, pintu diketuk bertalu-talu, aku beranikan diri untuk membukanya.

Terus Imran memeluk aku. Aku menolaknya kemudian terus menuju ke katil.

“Sayang..”

“Stop calling me sayang! Awak dah tak sayang lagi.”

“Who says so?”

“Me! Kalau awak masih sayangkan saya, kenapa tak bela saya hari itu?!” aku menolaknya kasar.

“Answer me!”

Aku tersenyum sinis.

”Jelas, memang awak tak sayangkan saya,” aku menyeka air mata.

“I’m so sorry.”

“There’s no sorry! Sorry awak tak guna!”

“Sayang, listen to me! Let me explain.”

Aku cuba melepaskan rangkulannya, dia memegang erat.

“You know what, the day I received the video, I was like, how dare you? No wonder sayang beria nak keluar rupanya nak pergi jumpa lelaki lain.

"Abang cuba tenangkan diri, mindset that you won’t do that, it’s not you but when your mom, your dad, abang long, abang ngah and abang chik semua dah bising-bising dengan video itu, I bet that’s you.

"Tapi, abang berlawan dengan perasaan sendiri, takkan seorang Izara Ariana lakukan benda terkutuk ini.”

Aku tak buat la!

“Sebelum kami semua terima video itu dari whatsapp, puas abang tunggu sayang kat rumah, you promissed me nak balik awal, and then I decided went to your boutique, I ask your staff, they said that you’re not in good health.

"I went into your room and saw you’re sleeping. I woke you up but you’re not answering me. Jadi, abang bawa balik sayang.”

Imran menarik nafas dalam-dalam kemudian menyambungnya.

“Semasa perjalanan balik kerumah itu la abang terima video itu, abang kenal Baihaki.

"Ingat tak hari sayang sepak dia masa joging dulu? So, I call Nurin, tanya alamat rumah Baihaki.”

“Setiap kali abang kejut sayang bangun, sayang sedar tapi sekejap aje, lepas itu tidur balik.

"Abang dah mula rasa resah, risau. Fikiran abang bercelaru. Antara nak percayakan benda ini atau tidak.

"When I told myself that you did it, abang dapat rasa bahawa memang rupanya abang tak ada langsung dalam hati sayang.

"But when I told myself that you’re not doing it, how can it be? Abang tersepit.”

“The night you woke up, bila abang tengok muka sayang, abang rasa macam nak marah, rasa benci, rasa sayang, cinta, rindu, rindu untuk usik sayang, fikiran yang semakin bercelaru.

"Untuk mengelakkan abang memarahi sayang atau melakukan perkara yang sayang tak suka, so abang keluar dari bilik tersebut, abang tidur dalam bilik bawah. Melayan perasaan yang bercelaru.”

“Bangun pagi abang terus cari Baihaki and got back to home. Till then, you’re listening my explanation.”

“Tapi abang rasa macam orang bodoh, kenapa tak call Nurin dan tanya semua pasal Baihaki and get to know all about Baihaki’s friend, I knew it’s his plane.”

“Jadi, kenapa tak bela saya hari itu?! Sengaja nak tengok saya macam orang gila meroyan?!

"Awak tahu tak, seumur hidup saya, itu adalah pertama kali tamparan hinggap di pipi saya!

"Sakit yang tak akan pernah saya lupa! Kenapa tak ceraikan saya aje?!”

“Semua nak kena saya aje yang jaga perasaan orang lain, habis, perasaan saya, siapa nak jaga?!

"Our marriage did happenned because of you!

"Saya nak jaga perasaan mama, sebab saya tahu sekalipun saya cakap tak nak, mama tetap nak!

"My siblings wanna see me happy, mereka nak tengok kita kahwin, so I kahwin sebab I nak jaga perasaan mereka!

"I pun nak tengok mereka happy, I ingat bila kita kahwin kita happy tetapi tidak! Benda ini yang jadi!”

“Awak faham tak yang selama ini perasaan saya terseksa!

"I bertunang dengan Farhan tetapi putus! Siapa Farhan? Anak kawan mama, mereka bersetuju nak kahwinkaan saya dengan Farhan tetapi saya lebih suka kejar perkara yang tidak melibatkan cinta.

"I lupakan sedikit sahaja tentang persiapan perkahwinan sebab I busy.

"So, Farhan cakap sebab dia tak sehaluan dengan saya, and then putus!”

“Masa dia putuskan pertunangan itu, masa itu saya dah mula cinta kepada dia, tetapi benda ini yang jadi! Siapa yang suka?! Answer me, Imran! Answer!”

“And now, the same thing just happenned! Bila saya mula sayangkan you, you left me, awak buat saya macam tunggul kayu dan kemudian awak nak minta maaf.

"Ya, saya maafkan tetapi untuk melupakan tidak mudah!

"Lepas ini, siapa lagi yang nak sakiti saya? Kenapa tak bunuh aje saya?!

"Nak biarkan saya hidup terseksa macam ni?!

"Mendapat tuduhan sebegini bukan mudah untuk saya hidup!” Aku menggila.

Aku capai semua barang yang ada, aku baling. Air mata lebat keluar, aku dah tak dapat nak menahan perasaan yang selama ini aku tahan.

“Be patient, Izara, bawa mengucap!” aku menolak kasar tubuh Imran.

Setiap pukulan aku dia terima, sesekali aku hampir terjatuh, dia menahan.

Aku tak puas hati lagi, lagi kuat aku pukul dia, lagi lebat air mata aku mengalir.

“Awak memang dah tak sayangkan saya! Awak benci saya!”

Aku ambil sphera kaca dari almari makeup kemudian baling. Pecah berderai. Imran menolak aku jatuh atas katil bagi mengelakkan aku dari terkena serpihan kaca.

Aku tetap melawan, Imran hanya menerima. Semakin lama, semakin lemah badan aku. Hanya terdengar rintihan kecil daripada aku.

Imran memeluk erat aku, mengusap lembut kepala aku. Aku penat.

***

Aku tersedar dari lena semalam, pukul 3 pagi. Terasa aman dalam lena Imran. Argh, aku tak nak terjebak dalam permainan cinta. Perlahan-lahan aku melepaskan diri dari pelukan Imran, bangun dari katil kemudian,

“Argh!” cepat-cepat aku menekup mulut. Aku mengangkat kaki kiri aku, pedihnya Ya Rabbi!

Kaca tertusuk. Aku menangis kecil, menahan pedih.

Imran tersedar dari tidur, turun dari katil kemudian memeriksa kaki aku.

”Ya Allah, kaca?” Imran cuba menarik kaca dari telapak kaki aku, aku menarik kaki.

Nak main tarik-tarik ya? Kang aku bagi sepakan kat muka tu, baru tahu!

“Jangan gerakkan kaki, kena cabut, nanti kaki memburuk. Kena sawan babi, nak?”

“Berani awak cakap saya kena sawan hok hok tu? Sepak kang! Adoi!” Kaca dicabut. Darah mengalir keluar.

Imran melangkah berhati-hati, mengambil first aid kit di dalam almari. Kembali kepada aku, mengelap luka dengan anti-septik.

Aku hanya membiarkan kaki aku dikerjakannya. Aku khusyuk melihat wajah Imran. Tetap tenang walaupun dalam keadaan begini.

Tetapi, aku minta maaf Imran. Aku terpaksa pergi daripada kau. Biarkan aku bersendiri.

Selesai membalut, membersihkan kaca di dalam bilik, Imran membersihkan diri kemudian bermunajat kepada Allah. Roman wajahnya membuatkan jantung aku berdegup laju.

Imran menyambung tidurnya kembali. Inilah masa aku. Aku menukar pakaian dan bersiap-siap.

Aku membawa beg galas yang memuatkan keperluan harian aku. Aku membuka pintu bilik dengan berhati-hati, bimbang mengeluarkan sebarang bunyi.

Melangkah menuruni tangga dengan berhati-hati, aku melihat sekeliling rumah, sebak menjalar.

Mereka hilang kepercayaan terhadap aku jadi biarkan aku pergi membawa diri. Mama, papa, abang long, abang ngah, abang cik, Imran, halalkan segalanya.

I am so sorry..

***

Dua hari berlalu, aku menginap di Tok Aman Bali Resort. Tiada siapa yang tahu aku ke sini. Aku lebih tenang bersendirian.

Bukan lari dari masalah, aku mahu tenangkan diri, aku lebih gemar bersendirian daripada dihimpit oleh jutaan manusia di bandar yang penuh sesak.

Datang ke Terengganu lebih membuatkan hati aku terhibur. Melihat gelagat kanak-kanak bermain layang-layang di pantai, melihat orang menjala. Membina istana pasir.

Aku banyak menghabiskan masa di pantai, petang aku pusing-pusing pasar, melihat orang berniaga.

Aku menghidupkan Oppo yang sudah dua hari aku off. Berderet missed call dari Imran, dari keluarga, Nurin pun ada. Aku lebih senang untuk call Nurin.

“Assalamualaikum Nurin…”

“Waalaikumussalam, Izara! Rindunya aku! Kau ke mana, puas aku call kau tapi masuk mail box, menyampah aku duk dengar suara operator. Aku call orang lain, operator yang jawab! Sakit hati Mak Jemah ini tahu tak?”

Aku ketawa kecil.

“Kau ke mana sebenarnya Izara?”
“Ada ini ha di planet bumi, tak ke pluto lagi.”

“Oh, ya ke? Aku ingatkan ada di matahari, kot-kot la kan.

"Eh hello, not funny la Izara. Wei, kongsi la sikit, story morry dengan aku. Any update?”

Aku menghela nafas kecil.

“Ok, aku beri klu kepada kau. Tempat orang membina.”

“Membina, kat mana…?” Nurin merengek kecil.

“Tak tahu? Tak tahu tak apa la. Nurin aku ada teka-teki, nak main tak?”

“Ok, fine. Apa dia?”

“Macam mana nak masukkan gajah ke dalam peti sejuk?”

“Potong kecil-kecil, lepastu masukkan,” confident Nurin jawab.

“Salah! Buka pintu peti and then masukkan. Senang. Haha.

"Ada lagi, macam mana nak masukkan keldai ke dalam peti sejuk?”

“Senang aje, buka pintu peti, lepas tu masukkan. Done!”

“Salah! Keluarkan gajah dulu baru masukkan keldai. Win.

"Ada lagi ini, singa nak buat birthday party, semua binatang pergi kecuali seekor. Apakah binatang tersebut? Sila jawab. Masa ada 5 saat, 4… 3…”

“Mana la aku tahu! Soalan punya senang kau bagi kat aku, jawab sendiri la!”

“Serious tak tahu? Keldai la, sebab dia kan ada dalam peti tadi. Hehehe…

"Ok, last question. Pak Mat nak seberang sungai yang selalunya penuh dengan buaya, macam mana Pak Mat nak seberang?”

“Yang ini kacang! Panggil semua buaya, cakap la nak kira ada berapa ekor buaya and then Pak Mat pun sampai ke seberang. Selesai… Amacam pandai tak aku? Muahaha.”

“Punya confident kau jawab, jawapan kau tetap salah!

"Jawapannya, Pak Mat seberang macam itu aje la, kan semua binatang pergi birthday party singa. Aku menang! Yay…” aku ketawa.

“Fine! Aku pula, benda apa bila dia hidup kita menyanyi, bila dia mati kita bertepuk tangan?”

“Apa la kau ini, soalan punya senang tahap budak tadika, lilin hari jadi la. Betul tak, betul tak? Hahaha.”

“Merajuk la macam ini…”

“Ok, Nurin sayang… Jangan la merajuk ya baby boo…” aku buat bunyi cicak.

“Tak la, aku tak merajuk pun. Cepat la, cakap kau kat mana. Kau selalu holiday tak inform aku.”

“Aku ada di Terengganu.”

“Wah, pantai…! Stay mana?”

“Tok Aman Bali.”

Perbualan meleret. Terhibur sedikit hati aku. Lama aku tak borak dengan Nurin. Rindu…

Aku rindu akan mereka semua… Tuhan… Sampaikan rindu ini kepada mereka.
Hubban jamma.

***

Hampir seminggu aku menginap disini. Aku tidak berhubung dengan keluarga, Nurin.

IzAr Couture aku serahkan sepenuhnya kepada staf-staf sementara aku masih di sini.

Awal pagi selepas breakfast, aku turun ke kolam. Melihat kanak-kanak seriang ribena turun gelongsor. Comel aje budak itu, ibunya mengajar berenang. Aku tersenyum sendiri.

Beep!

Assalamualaikum Izara. Rindu kau la, jom jumpa.
Nurin, aku pun rindu kau.
Jom! Datang ke Ganu Kite ~

Send!

Aku termenung jauh, teringatkan Imran, mama, papa, Izham… Rindu mereka semua… I am so sorry for leaving you.

“Assalamualaikum, chak!” Nurin kejutkan aku. Nurin?!!

“Nurin…!! Rindunya aku! Aku ingatkan kau tipu aku nak jumpa,” kami berpelukan erat. Keluar air mata aku. Terlalu rindu.

“Aku pun rindu kau la beb! It’s been a long time we’re not have vacation together,” Nurin tersenyum riang.

Aku mengajak Nurin ke pantai, aku berjalan riang bersama Nurin, aku tidak menghiraukan keadaan sekeliling.

“Zara… Aku sebenarnya nak tanya something.”

“Kau still marahkan your family?” Kedengaran suara Nurin serba salah.

“Aku… Entah la, aku pun tak tahu macam mana nak cakap sebab aku sendiri sedang berlawan dengan perasaan aku.”

“Izara… Aku rasa kau patut jenguk mereka la, mereka pasti rindukan kau. You’re the only daughter, of course they are. Kau tak rindu mereka?”

“Nurin, sekalipun aku cakap tak rindu memang menipu la kan.

"Of course aku rindu tetapi mereka pun dah hilang kepercayaan kepada aku. Nak ke mereka terima aku?

"Oh, don’t say that you’re not believe in me!” aku mula serkap jarang.

“Hey, of course la aku percayakan kau. Aku kenal kau dan aku pun kenal si Baihaki.

"Aku tak percaya semua benda mengarut ini.

"Izara, I want to tell you the real fact. Listen to me. Don’t interrupt me.”

“Izara, actually they’re already know the real incident and they’re believing you right now.”

“How they get to..” aku menutup mulut, tersasul. Tak boleh mencelah.

“Hari kau menghilang, kau tahu tak, semua orang kecoh cari kau, especially Imran, dia yang paling kalut, paling risau, semua paling itu milik dia la.

"He called me, kot-kot aku bersekongkol dengan kau, aku cakap aku tak tahu and of course it’s surprising me okay!”

“Hang tahu dak, sampaikan aku kalut! Sampai kami semua ini ingat kau kena culik oleh Baihaki.

"Nasib baik tak buat report polis. We’re trying to call you, tapi asyik-asyik suara perempuan lain yang jawab, sorry retry later.

"Oh my god! Aku rasa macam nak hempas handphone, geram punya pasal.

"But, luckily aku call kau, tiba-tiba kau angkat. Bersyukur sangat aku time itu, Tuhan saja yang tahu.”

“I informed your family that you’re here. Cepat-cepat kami kemas barang, semata-mata nak tangkap kau.

"Buat onar sungguh kau ini,” sesedap rasa seindah bahasa pujangga Nurin mengutuk aku.

Nasib baik dia warned aku awal-awal jangan mencelah, kalau tidak!

“Sebelum aku call kau, kawan Baihaki yang sent the video call aku.

"Dia mengaku bahawa dia yang hantar video itu dan dia yang buat perancangan dengan Baihaki.

"Kau tahu macam mana dia boleh buat pengakuan berani mati itu?

"Sebab, the day you got out, he saw you. Sudah la, keluar pagi-pagi buta tak inform orang lain, dalam keadaan demam kau itu, he saw your cemberut face.

"Dia kasihan jadi dia tak sampai hati nak biarkan tuduhan ini berleluasa.”

“I told him, kau tak boleh mengaku depan aku aje, kau kena jumpa dengan family Izara, kau kena bersihkan nama Izara, kalau tak, aku tak teragak-agak nak bawa kes ini ke mahkamah.

"Sebenarnya aku tipu sebab aku mana ada empat orang saksi.

"Tapi, sekalipun aku bawa kes ini ke mahkamah, mereka kena bawa 4 orang saksi, tak pun dia sendiri yang kena mengangkat 5 kali sumpah.

"4 kali sumpah bersamaan dengan 4 orang saksi dan sumpah ke 5, dia kena bersumpah bahawa kalau dia menipu dia akan ditimpa azab Allah.

"Aku ugut dia, haha. Kejam tak aku?”

“So, now. Your family dah tahu perkara sebenar. Happy ending.

"Eh, tak happy ending lagi la, kau kena jumpa mereka dulu…” Nurin tersenyum riang.

“Boleh aku mencelah?”

“Ya, boleh tuan puteri.”

“Baihaki macam mana? Kau tak baling dia ke dalam laut somalia ke?

"Aku nak aje tengok makhluk Allah yang sorang tu lemas. Hish, astaghfirullah haladzim…”

“Izara, boleh tak kau pandang belakang?”

Tak teragak-agak aku berpaling ke belakang. Terkejut. Imran menghampiri aku. Aku kaku. Antara terharu dan geram.

“Nurin… Kau suka buat aku macam ini,” aku menyiku Nurin. Nurin ketawa kecil.

Nurin bingkas berlari ke arah mama, papa, wah semua abang aku ada la! Izham pun…!

Tetapi aku tetap malu. Aku menjauh dari Imran.

Aku rasa aku tak layak nak mendampingi Imran setelah apa yang aku buat terhadap dia selama ini.

Sebak menjalar tiba-tiba. Aku isteri derhaka.

“Sayang… Go and hug your mother, your father…” aku masih menunduk, menguis-nguis pasir dengan kaki. Malu.

Perlahan aku mengorak langkah menuju ke arah mereka, air mata aku hampir jatuh.

Mama turut mengorak langkah. Akhirnya aku berlari kemudian memeluk mama. Tak semena-mena air mata aku jatuh di hadapan mereka.

Manusia sekeliling memandang pelik. Ada yang bersiul kecil, tersenyum-senyum. Aku sudah tidak menghiraukan sekeliling.

“Mama, Izara minta maaf…” lagi erat pelukan aku.

“Izara, mama minta maaf, mama tuduh kamu sebab mama percayakan video itu.

"Lepas ini, jangan lari lagi. Risau kami dibuatnya, ingatkan Baihaki yang culik kamu,” Mama menyeka air mata aku.

Aku salam tangan papa. Aku peluk kuat tubuh papa. Aku tahu walaupun muka papa kelihatan biasa, aku tahu papa sedih.

Seperti hari pernikahan aku yang lalu, mula-mula memang beriak selamba, bila aku peluk papa, papa keluarkan air mata. Hati seorang lelaki siapa yang tahu?

Wajah tidak menggambarkan segala-galanya. Papa memang hero!

Aku menuju kepada abang long! Aku yakin akan ada sesuatu yang berbaur usikan daripada abang long!

“Nanti malam… Tunggu si Imran ngap ya!” Abang long buat gaya kucing, aku ketawa. Kelakar la abang long buat macam itu.

Seperti biasa, aku akan bertepuk tampar dengan abang ngah dan abang cik. Abang ngah dan abang cik pasti akan sekepala dengan aku.

Aku berbisik, merancang sesuatu. Kami menjeling nakal kepada abang long.

“Along, satu teka-teki, kalau tak dapat jawab, akan didenda. Gajah terbang nampak apa?” Abang cik bertanya.

“Gajah terbang nampak terbang la, nampak terapung.”

“Fail! Gajah terbang nampak pelik!” pantas abang ngah mencelah. Kami ketawa.

“So, abang long kena belanja kitaorang shopping! As always abang long, as always…” aku menyakatnya.

“Whatever wahai adik-adikku yang super annoying sekalian… Ayuh kakanda belanja. Nak beli satu kedai pun tidak mengapa, akan ku layan adikanda sekalian.”

Lagi kuat kami ketawa.

Imran berdeham, ”Yang ini nak tinggal mana?”

Aku termalu sendiri, bukan sendiri tetapi kepada semua orang!

“Ayok adik… Kantoi tak ingat suami sendiri. Sah kena malam ini! Bersiap sedia lah wahai adikku… Hahaha!” sukanya abang ngah usik aku! Dia dah sekepala dengan abang long!

Imran berjalan dengan sangat bergaya ke arah aku! Dia sedang menggoda dan aku tergoda! Oh papa!

Imran memeluk pinggang aku, lagi malu! Nurin sudah tersengih-sengih, lagi lagi malu!

“Sweetnya pengantin basi ini. Kita ini siapa la yang nak kan kita kan angah?” Abang cik mengejek.

“Eh, bukan kita la. Kau aje acik, angah dah ada. Itu orang sebelah kau.”

Nurin?! Wah couple tak diclare?

“Angah? Sejak bila, eh sejak bila ini? Habis itu, acik?”

“Haa tu lah kau angah. Sibuk nak jaga Izara kan? Izara pun dah ada port nak bermanja, hang bila lagi naa?

"Cepat-cepat cari ya? Angah nak kahwin ini. Meh, angah nak isytiharkan.

"Mama, papa, abang long dan adik-adikku, kami tak bercinta cuma sama-sama berkenan dan kami tak nak bertunang, kami bersetuju nak kahwin, balik rumah nanti, mama dengan papa kena hantar rombongan meminang kepada Nurin, kami nak kahwin. Mama dan papa, izinkan tak?”

Nurin tertunduk malu. Tau malu…

Sebelum ini asyik usik aku, baru kau tahu! Muehehe.

“Abang long! Tak payah tunggu mama dan papa jawab, biar adik yang restu dulu!

"Kini, adik mengisytiharkan bahawa kamu berdua tak lama dah nak nikah…!” aku meluru ke arah Nurin kemudian memeluk erat.

Aku mencece bersama, gembira tak terkata rasa nak dapat biras, sahabat sendiri pula itu!

Jadi kakak ipar aku? Oh! No way! Aku akan jadikan kau sebagai bibik aku, muahaha!

***

Selesai keluar jalan-jalan, aku dan Imran berjalan beriringan menuju ke bilik. Seharian Imran tidak melepaskan aku. Naik segan aku asyik disuik mereka!

Aku bersihkan badan, hilangkan rasa melekit. Keluar dari bilik air, aku hanya memakai jubah mandi. Imran memandang tepat ke arah aku. Aku jadi kaget.

“Kenapa awak tengok saya macam itu?”
Imran bangun, menuju ke arah aku. Mencium bau rambut aku,”Wangi.”

Apa ini?

“You know what, you look so delicious tonight,” Imran senyum menggoda! Cair bak ang, cair, cair!

“Sayang… Izinkan abang.”

Angguk tidak, geleng tidak. Antara malu dan geram.

“I want to make you dream of me every time…”

“I love you.”

Ya Tuhan..

***

Hari ini pernikahan Nurin dan abang ngah dilangsungkan di rumah orang tua Nurin. Kahwin dah kawan aku!

Aku naik pelamin jadi pengapit Nurin.

“Pengantin baru, happy new sister in-law! Aku suka kau…” aku berbisik kepada Nurin.

“Psst! Psst! Tunggu malam ya… Hihi..” aku mengusik Nurin.

Aku berjalan ke khemah, bersembang dengan tetamu.

Terserempak dengan mama, “Ya Allah budak bertuah ini, jalan ke sana ke mari, awak itu bawak budak dalam perut, cuba duduk, relax, relax ok relax.”

“Bosan la mama duduk aje..”

“Bosan ya, tak apa nanti malam ada saja la tu, sakit pinggang la, sakit belakang la, lenguh kaki la, tunggu masa aje Imran itu nak kena melayan karenah ibu mengandung. Haish…”

Imran menghulurkan air kepada aku, aku sambut, cari kerusi, duduk kemudian minum…

“Sayang tahu tak, abang ada baca jampi kat air itu.”

“Jampi apa?” Melayan.

“I love you,” aku tersedak.

“I miss you,” aku tersedak lagi!

“Doa last abang baca kepada air ini adalah untuk baby, doanya semoga bila baby kita besar, abang tak nak baby kita suka main sorok-sorok macam ibu dia yang suka menyorok daripada abang bila merajuk.”

Mana aku nak sorok muka? Malu…!

“Sayang.”

“Apa?”

“Sayang…”

“Apa dia?”

“Tak ada apa-apa, sengaja panggil. Sayang…”

Aku malas melayan.

“Abang panggil baby, nak suruh dia kenal siapa ayah dia. Sayang…”

“I like you.”

“I love you.”

“I miss you.”

Ayat win!

“Awak…” Aku memanggilnya.

“Kenapa panggil awak? Tak panggil abang?”

“Sengaja. Guna perkataan awak, rasa macam orang yang baru bercinta, fresh gitu.”

“Apa-apa la.”

“Awak,” aku memanggilnya lagi.

“Ya, sayang?”

“Saya nak beranak!”

“Hah? Nak beranak? Heh, jom ke hospital! Meh, abang angkat, jom cepat!”

“Tipu! Saya menang! Selalu awak kenakan saya, kali ini saya menang. Yay.”

Imran menikam mata aku, dahi aku diciumnya.

“Abang tak kisah, menang atau kalah. Tapi, hakikatnya abang dah menang dari dulu lagi.

"Sayang dah tumpas ke tangan abang. Sekarang, abang dah penjarakan sayang dalam hati abang. Jangan lari lagi ya?” Imran meraih tangan aku.

“I love you and will always love you forever after.”

Baby menendang.

Allah Tuhan..

~Tamat

BACA INI JUGA: Cerpen: Rohnya Tidak Tenteram

Sumber: Penulisan2u

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

3 comments

adeh..letih baca...ingatkn pendek je

Pergh! Sweet giler cerita ni! Tak puas membaca!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon