Thursday, April 04, 2019

Kontroversi Nur Fazura Dan Hans Isaac Di Malam Festival Filem Malaysia Ke 30


Pelakon, Nur Fazura Sharifudin tetap dengan pendiriannya yang mahukan aktor Datuk Hans Isaac memohon maaf atas penghantaran mesej WhatsApp terhadapnya berkenaan isu penyampaian anugerah pada malam Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30).

Kontroversi Fazura Dan Hans

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Universal Music Malaysia yang mewakili Fazura dan suaminya, Fattah Amin, pelakon Manisnya Cinta di Cappadocia itu mendakwa pihak Astro perlu menjernihkan keadaan berkenaan kejutan membawa Fattah selaku penyampai bersama bagi Anugerah Khas Juri FFM30.

“Selaku anak seni yang sudah berkecimpung lebih 10 tahun dalam industri, saya tahu protokol majlis rasmi.

“Apa yang berlaku sekarang mencalarkan nama baik saya dan suami. Selain itu, kiriman mesej dari Hans Isaac memburukkan lagi situasi dan saya memohon agar beliau meminta maaf atas tindakannya,” katanya menerusi kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Bahagian Kandungan Astro, Namanzee Harris pula enggan memberi sebarang komen berkenaan isu ini memandangkan ia sedang dalam perbincangan bersama pihak Finas.

“Pihak kami sedang berbincang dengan Finas untuk meneliti semula perkara ini, jadi tidak manis untuk mengulas lanjut berkenaan apa yang terjadi,” ujarnya lagi.

Fazura meluahkan rasa kecewa dengan tuduhan dia meletakkan syarat tertentu bagi menyampaikan anugerah pada malam FFFM30 lalu.

Fazura juga menyatakan bahawa mesej yang dikirim oleh Hans selepas tamat FFM30 telah memburukkan nama baiknya dan mahu pelakon Baik Punya Cilok itu membuat permohonan maaf kepadanya.

Hans Isaac Enggan Minta Maaf

Sementara itu, Hans Isaac tidak akan memohon maaf seperti yang diminta oleh Nur Fazura di atas dakwaan bahawa aktor tersebut telah mencemarkan nama baiknya berkenaan isu meletakkan syarat untuk menyampaikan anugerah sewaktu Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30).

Menurut Hans, apa sahaja yang dikatakan kepada Fazura telah dikirim menerusi mesej secara peribadi sebaik sahaja FFM30 tamat dan tidak mengaibkan dia di mana-mana platform terbuka.

“Saya tidak pernah membuat kenyataan secara terbuka tentang situasi yang berlaku pada malam FFM30 dan hanya menghantar mesej peribadi kepada Fazura selepas majlis tamat.

“Apa yang dilaporkan oleh media bukan dari pihak saya, terima kasih,” kata Hans.

'Fazura tampil bersama suami atas arahan produksi'

Pihak pengurusan Universal Music Malaysia tampil menjelaskan kemunculan Fazura bersama suaminya, Fattah Amin sebagai penyampai anugerah pada Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30), Sabtu lalu (30 Mac 2019) dibuat atas arahan pihak produksi, Astro.

Dalam kenyataan medianya, Universal Music Malaysia menjelaskan, keputusan untuk menggandingkan Fazura dengan suaminya itu adalah satu komitmen yang telah dipersetujui dan bukan atas kehendak peribadi seperti didakwa sesetengah pihak.

“Fazura dikatakan sengaja membawa bersama suaminya, Fattah ke pentas untuk mengumumkan Anugerah Khas Juri pada FFM30 sebagai satu tuduhan tidak berasas.

“Sebagai seorang penggiat seni yang telah lebih 10 tahun berada dalam dunia hiburan dan meneroka banyak pasaran di luar negara, Fazura begitu sedar tentang garis profesional dan peribadi.

“Maka adalah tidak wajar untuknya mencampur adukkan urusan karier dan peribadi yang boleh menjejaskan reputasinya sebagai anak seni berkaliber,” menurut kenyataan tersebut.

Sebelum ini, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin didakwa meletakkan syarat-syarat tertentu antaranya mendesak pihak produksi agar membenarkan suaminya itu naik sekali ke pentas.

Penyanyi lagu Hancur Aku itu juga didakwa mengugut tidak mahu naik ke pentas sekiranya Fattah tidak bersama untuk menemaninya pada waktu itu.

“Fazura tidak pernah bertegas apa lagi memberi kata dua kepada pihak produksi, Astro atau FFM sendiri untuk membawa bersama Fattah ke pentas dan menyampaikan anugerah tersebut sehingga membelakangkan dua rakan penyampai lain iaitu Hans Isaac dan Maya Karin,” menurut kenyataan itu lagi.

Pertikaian berhubung perkara itu timbul kerana hanya pemenang anugerah tahun lalu dibenarkan menjadi penyampai anugerah pada majlis tahun ini.

Bagaimanapun, Astro mendedahkan, kehadiran Fazura, 35, dan Fattah, 28, di pentas adalah sebuah elemen kejutan dalam majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya itu.

“Jika mengikut perancangan yang telah diatur oleh pihak Astro, Fattah sepatutnya menjadi penyampai untuk anugerah lain, tetapi ia ditukar pada saat akhir.

"Sebagai tetamu, Fazura dan Fattah hanya menjalankan tanggungjawab dan memberi kerjasama sebaiknya buat seluruh produksi demi kelancaran majlis,” menurut kenyataan itu lagi.

Mengulas perkara itu, Fazura berasa kecewa dengan tuduhan dilemparkan Hans ke atas dirinya.

Fazura juga menggesa penerbit terbabit memohon maaf selepas memberi teks kiriman WhatsApp kepadanya.

“Fazura berasa terkilan dengan sikap Hans yang tanpa usul periksa telah menghantar kiriman WhatsApp menyatakan kekesalan terhadap tindakan kurang bijak dan tidak menghormati format majlis kepada Fazura.

“Ini kerana dia membawa Fattah, yang menurut hemat Hans, ia tidak termasuk dalam senarai penyampai pada malam itu.

“Dengan rendah hati, Fazura meminta agar pihak Hans melakukan permohonan maaf kepadanya kerana apa yang dilemparkan sama sekali tidak berasas dan bukan di bawah kawalan Fazura,” kata kenyataan itu.

Justeru, Universal Music Malaysia menyeru semua pihak yang terlibat termasuk Astro, Hans atau Perbadanan Kemajuan Filem Nasional sendiri agar memberi kerjasama untuk memberi pencerahan kepada masyarakat tentang isu berkenaan.

“Sesungguhnya insiden yang berlaku sedikit sebanyak mencalarkan imej Fazura dan Fattah.

“Semoga pencerahan yang diberikan oleh semua pihak akan membuang salah sangka dan ketidak percayaan pihak luar terhadap pasangan tersebut.

“Sekali lagi, dengan rendah hati, pihak kami berharap agar polemik ini dapat berakhir dengan baik demi kesejahteraan industri hiburan kita,” kata pihak pengurusan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2 | 3

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon