Thursday, July 21, 2016

17 Senarai Aset Didakwa Dari 1MDB Akan Dirampas Jabatan Kehakiman AS?!

17 Senarai Aset Didakwa Dari 1MDB Akan Dirampas Jabatan Kehakiman AS?!

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memohon untuk merampas sejumlah 17 aset termasuk hartanah mewah dan sebuah pesawat jet, demikian menurut saman sivil yang menamakan pembikin filem blockbuster 'The Wolf of Wall Street'.

1mdb MALAYSIAN OFFICIAL 1

Dokumen mahkamah yang difailkan di Los Angeles itu menyatakan bagaimana harta itu didakwa dibeli di Amerika Syarikat, Switzerland dan United Kingdom dari dana yang dilencong dari 1MDB.

Dokumen mahkamah itu mendakwa dana itu dilencongkan dari 1MDB "untuk faedah peribadi konspirator bersama (dan) sekutu mereka".

Mereka didakwa menggunakan dana itu untuk membeli estet mewah di Amerika Syarikat, membayar perbelanjaan perjudian di kasino Las Vegas, memperoleh lebih AS$200 juta dalam hasil seni, melabur dalam projek utama pembangunan hartanah di New York, dan membiayai producksi filem-filem Hollywood.

1MDB bertegas ia tiada kepentingan dalam aset itu dan tidak mendapat pulangan atas pelaburan berkenaan, demikian dinyatakan dalam saman tersebut.

Ia menamakan anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, ahli perniagaan Low Taek Jho dan dua bekas pegawai Abu Dhabi sebagai antara pemain utama dalam dakwaan "penyelewengan" dana tersebut.

Dokumen itu juga menamakan "MALAYSIAN OFFICIAL 1" sebagai seorang pegawai peringkat tinggi dalam kerajaan Malaysia yang juga memegang jawatan yang berkuasa dengan 1MDB.

"Dalam semua masa yang relevan dengan aduan itu, MALAYSIAN OFFICIAL 1 adalah 'pegawai awam' sebagai istilah yang digunakan dalam 18 U.S.C. § 1956 (c)(7) (B)(iv) dan 'penjawat awam' sebagai istilah yang digunakan dalam Seksyen 21 Kanun Keseksaan Malaysia," demikian menurut dokumen mahkamah itu.

Najib, yang juga menteri kewangan, adalah pengerusi lembaga penasihat 1MDB yang telah dibubarkan. 1MDB dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan.

Dokumen itu menyatakan bahawa ini adalah satu tindakan pelucuthakan terhadap aset yang dipegang oleh Red Granite Pictures Inc, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Riza.

Ini merujuk kepada pelucuthakan aset yang terlibat dan boleh dikesan kepada "satu konspirasi antarabangsa untuk mencuci wang yang disalahgunakan dari 1MDB", kata dokumen itu.

Tujuh belas harta yang mahu dirampas itu yang dinyatakan dalam dokumen 136 muka surat itu yang difailkan pada Rabu termasuk:
  1. Hartanah L'emritage termasuk Hotel L'Ermitage di 9291 Burton Way, Beverly Hills, California 90210;
  2. Aset perniagaan L'ermitage yang merangkumi semua harta dan aset tidak ketara, inventori dan peralatan yang diselenggara oleh LBH Real Estate;
  3. Hillcrest Property 1: harta tanah yang terletak di Beverly Hills, California;
  4. Kondominium Park Laurel yang terletak di New York yang dimiliki oleh Park Laurel Acquisition LLC.
  5. Sebuah jet Bombardier Global 5000 jet dengan nombor siri pembuatan 9625 dan nombor pendaftaran N689WM, dengan dua enjin Rolls Royce;
  6. Time Warner Penthouse terletak di New York yang dimiliki oleh 80 Columbus Circle (NYC) LLC.
  7. Mansion Oriole yang terletak di Los Angeles, California;
  8. Kondominium The Greene yang terletak di New York yang dimiliki oleh 118 Greene Street (NYC) LLC;
  9. Aset EMI termasuk hak cipta dan hak harta intelek, dan juga hak untuk mengutip dan menerima apa-apa keuntungan yang dimiliki oleh JW Nil (BVI) Ltd;
  10. Aset Symphony CP (Park Lane) LLC yang merupakan sebuah syarikat liabiliti terhad Delaware dimiliki secara langsung atau tidak langsung oleh Symphony CP Investments LLC and Symphony CP Investments Holdings LLC, yang berpangkalan di New York, yang memiliki apa yang dikenali sebagai Hotel Park Lane;
  11. Walker Tower Penthouse yang terletak di New York, dan dimiliki oleh 212 West 18th Street LLC;
  12. Mansion Laurel Beverly Hills, yang terletak di Beverly Hills, California, dan dimiliki oleh Laurel Beverly Hills Holdings;
  13. Hillcrest Property 2: yang seperti Hillcrest Prroperty 1 terletak di Beverly Hills, California;
  14. Vincent Van Gogh Artwork bertajuk 'La maison de Vincent yang Arlest';
  15. Sebuah lukisan Claude Monet bertajuk 'Saint-Georges Majeur';
  16. Satu lagi lukisan Claude Monet bertajuk 'Nympheas avec Reflets de Hautes Herbes'; dan
  17. Qentas townhouse yang terletak di London, UK.

Muat turun dokumen saman Jabatan Kehakiman AS terhadap 1MDB: KLIK SINI

BACA INI JUGA: IPIC Saman 1MDB, Kerajaan Malaysia Di London!

Sumber: Malaysiakini

Wednesday, June 15, 2016

Rakyat Bayar Hutang RM26.7 Bilion Jika Tuntutan IPIC-Aabar Berjaya!?

Rakyat Bayar Hutang RM26.7 Bilion Jika Tuntutan IPIC-Aabar Berjaya!?

Jika tuntutan oleh International Petroleum Investment Company (IPIC) milik Abu Dhabi melalui Mahkamah Arbitrasi Antarabangsa London berjaya, Malaysia akan dihempap oleh beban kewangan sebesar RM26.7 bilion atau AS$6.5 bilion!

Najib+Lanun.jpeg

Seawal 2014, Gabenor Bank Negara Malaysia melalui dua memorandum telah memberikan amaran kepada kerajaan pimpinan Najib risiko gegaran kewangan besar yang akan ditanggung oleh negara dari 'aktiviti' 1MDB.

Kini, pra gegaran itu sahaja sudah menggegarkan!

Antara isu dalam hubungan 1MDB dan rakan niaganya IPIC ialah salah pembayaran oleh 1MDB.

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) seperti dalam laporannya, mengesahkan - sejumlah AS$1.3 bilion atau RM4.51 bilion telah dibayar kepada Aabar BVI yang didaftarkan di British Virgin Island tanpa kelulusan lembaga pengarah 1MDB.

Selain itu, dokumen 1MDB menunjukkan satu lagi pembayaran kepada 1MDB berjumlah AS$2.1 bilion turut dibuat.

PAC mendapati, pembayaran dibuat kepada Aabar BVI tanpa kelulusan tembaga pengarah 1MDB!

Bukan jumlah wang yang kecil. Bahkan, sudah tersangat besar.

Bagaimana 1MDB telah tersalah bayar wang sebesar itu?

Wang itu sepatutnya dibayar oleh 1MDB kepada anak syarikat IPIC bernama Aabar Investments PJS tetapi telah dibayar kepada Aabar yang lain - iaitu Aabar BVI!

Beza Muhyidin dan Mahyidin

Namanya seakan sama, ejaan sahaja berbeza. Tetapi, si bodoh dari kutub pun tahu, ia dua entiti yang berbeza.

Seperti kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin, 1MDB gagal membezakan antara Muhyidin dan Mahyidin.

Inilah yang menyebabkan IPIC dan Aabar meneruskan tuntutannya selepas beberapa kali mengeluarkan kenyataan 1MDB telah memungkiri komitmen seperti perjanjian. Aabar yang sebenar tidak dibayar.

Hasilnya, wang sejumlah AS$3.47 bilion atau bersamaan RM14.2 bilion dikebas orang!

Soalnya, siapakah 'orang' itu?

Mengikut kenyataan Presiden dan CEO 1MDB, Arul Kanda Kandasamy pada akhir April tahun ini, ada kemungkinan 1MDB telah 'ditipu secara besar-besaran (massive fraud)' atau 'kerjasama tali barut dari dalam' 1MDB sendiri (collaboration from our side).

Bukankah kenyataan Arul itu berat? 1MDB ditipu!

Bersekali dengan perdana menteri ditipu kerana beliau mempunyai kedudukan tertinggi dalam 1MDB.

Tidak begitu bagi Najib yang cukup tenang.

Dalam jawapannya di Parlimen pada April tahun ini - hanya berbeza hari dengan kenyatan Arul Kanda - 'terlalu awal untuk menyimpulkan adanya unsur penipuan'.

Kenapa terdapat kesimpulan yang begitu ketara perbezaan antara dua kenyataan ini?

Satu, 1MDB ada kemungkinan ditipu kerana membuat pembayaran yang salah.

Satu lagi, cuba menolak adanya unsur penipuan.

Jika bukan kerana ditipu dan niat buruk melarikan wang itu, kenapa pembayaran itu dibuat?

Bukan sekali, tetapi empat pembayaran.

Tanpa kelulusan lembaga pengarah.

Seperti kura-kura

Jika sedikit sahaja semakan dibuat oleh 1MDB sebelum pembayaran dibuat, tidak ada nama Aabar BVI dalam senarai anak syarikat IPIC seperti laporan tahunannya bagi tahun 2011 sampai 2014 dan dalam laporan interim bagi tahun 2015.

Jika Arul Kanda mengatakan ada kemungkinan unsur jenayah dalam salah pembayaran sebesar ini, apa tindakan yang telah Arul Kanda lakukan?

Laporan polis?

Laporan kepada PM?

Apa pula tindak balas PM?

Mengarahkan polis menyiasat?

Adakah PDRM akan bergerak seperti kura-kura jika PM telah mengarahkan mereka memberkas siapa jua yang terlibat?

Adakah polis Malaysia begitu tidak cekap sehingga tiada apa dilakukan ke atas jenayah sebesar ini?

Apa langkah menteri kewangan atau PM untuk menuntut semula wang itu?

Kenapa perdana menteri tidak mengguna pakai Laporan PAC dan bertindak ke atas pengurusan yang telah melanggar arahan Lembaga Pengarah?

Apa pun, mengikut Artikel 117, MNA 1MDB, kuasa pemutus dalam 1MDB tidak lain dan tidak bukan adalah perdana menteri sendiri.

Kenapa beliau tidak bertindak?

Kerana dari awal lagi salah pembayaran itu telah dirancang?

Perlindungan kuasa tertinggi

Tanpa perlindungan kuasa tertinggi, tidak mungkin bekas CEO 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi berani melakukan jenayah sebesar itu.

Jika ia memang dirancang, adakah wang sebesar RM14 bilion tidak pulang semula ke pangkuan perancangnya?

Sudah tentu dua figur dalam IPIC dan Aabar PJS yang telah dipecat, iaitu Khadem al Qubaisi dan Mohamed al Husseiny mempunyai jawapannya ke mana wang itu telah diagih-agihkan.

Tetapi kerana perdana menteri kita tidak berminat untuk tahu ke mana wang yang telah dibayar oleh rakyat Malaysia dan negara ini dilarikan oleh Aabar BVI atas sebab yang ia sendiri tahu, pihak berkuasa kita tidak diarahkan untuk menyoal siasat kedua-dua mereka.

Najib tidak kelihatan agresif mempertahankan kepentingan negara.

Kita telah kehilangan tempat pergantungan untuk negara kita dibela oleh kita sendiri.

Kita hanya bernasib kerana dunia di luar kita meneruskan dinamika dan perputaran. IPIC dengan tuntutannya, telah banyak membantu kita rakyat Malaysia dalam memahami isu 1MDB.

Bagi yang berdosa ke atas rakyat dan negara ini, akhirnya mereka akan membilang hari hanya dengan jari.

Dosa anda akan tetap terserlah jua.

Nota: Datuk Husam Musa adalah bekas naib presiden PAS yang kini dipecat parti itu tetapi kekal sebagai ADUN Salor.

BACA INI JUGA: Kisah Jam Antik Dari Malaysia

Sumber: MK

IPIC Saman 1MDB, Kerajaan Malaysia Di London!

IPIC Saman 1MDB, Kerajaan Malaysia Di London!

Kita bagaikan katak yang direbus perlahan-lahan tanpa sedar. Disebabkan salah tadbir urus 1MDB, rakyatnya nampaknya sekali lagi tertekan dari segi ekonomi sebab kali ini, berita dari London, Pak Arab dah mengamuk!

IPIC sue 1mdb.jpeg

International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS (Aabar) telah mengemukakan permintaan timbang tara (RFA) kepada Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London berhubung tuntutannya melibatkan lebih AS$6.5 bilion daripada 1MDB dan kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF).

"RFA prihatin terhadap kegagalan 1MDB dan MOF untuk menjalankan obligasi kontrak di bawah Lembaran Terma Terikat (BTS) seperti yang dinyatakan dalam pengumuman IPIC GMTN Limited pada 10 Jun 015 (RNS Nombor 7064P)," kata IPIC dalam kenyataan yang dihantar kepada Bursa Saham London.

IPIC menyatakan bahawa kegagalan 1MDB dan MOF dalam menjalankan tanggungjawab mereka, melangsaikan tunggakan atau mengemukakan cadangan yang boleh diterima telah menyebabkan IPIC tiada pilihan alternatif selain meneruskan tuntutan berjumlah AS$6.5 bilion menerusi timbang tara.

"Tuntutan itu akan ditentukan oleh tribunal timbang tara yang akan terdiri daripada tiga orang penimbangtara menurut Lembaran Terma Terikat dan peraturan-peraturan LCIA ," kata IPIC dalam kenyataan itu.

BACA INI JUGA: 5 Jawapan 'Padu' Kartunis Zunar Selepas Dituduh Cuba Jatuhkan PM!

Sumber: Malaysiakini

Wednesday, May 25, 2016

Siasatan Skandal 1MDB, Singapura Tutup Cawangan Bank BSI

Siasatan Skandal 1MDB, Singapura Tutup Cawangan Bank BSI

Januari lalu, Peguam Negara Switzerland mendedahkan bahawa satu siasatan mengenai 1MDB telah mendapati kira-kira AS$4 bilion atau RM16,000 juta telah diseleweng daripada dana syarikat itu.

BALA+1MDB.PNG

Sehubungan itu, mereka secara rasmi meminta bantuan Peguam Negara Malaysia membantu siasatan terhadap kemungkinan berlaku perlanggaran undang-undang negara itu yang berkaitan dengan sogokan wang kepada pegawai asing, salah laku di pejabat awam, penggubahan wang haram dan dakwaan wujud jenayah salah urus dalam firma tersebut.

Itu berita kira-kira lima bulan yang lalu.

Minggu ini, pejabat Peguam Negara Switzerland mengumumkan telah memulakan prosiding jenayah terhadap Bank BSI SA kerana gagal mencegah kesalahan berkaitan 1MDB.

Mengikut Kanan Jenayah Switzerland, sesebuah syarikat boleh didakwa jika disyaki tidak mengambil semua langkah yang munasabah yang dikehendaki untuk mengelakkan pihak ketiga daripada melakukan kesalahan-kesalahan, terutama berkaitan penggubahan wang haram atau kesalahan rasuah tertentu.

BALA+1MDB [2].PNG

"Maklumat-maklumat yang diperolehi menunjukkan kesalahan penggubahan wang haram dan rasuah oleh pegawai-pegawai awam asing kini disiasat mengikut konteks kes 1MDB boleh dielakkan BSI SA diuruskan sewajarnya," kata pejabat Peguam Negara Switzerland lagi.

Di Singapura pula, susulan tindakan kerajaan Switzerland tersebut, pihak berkuasa kewangan negara itu iaitu MAS atau The Monetary Authority of Singapore telah mengarahkan cawangan Bank BSI di republik itu ditutup.

Penarikan balik status kepada sesebuah bank saudagar oleh kerajaan Singapura ini adalah yang pertama sejak 32 tahun yang lalu.

Alasan penutupan bank itu ialah berkaitan pelanggaran serius atas keperluan anti penggubahan wang haram, pengawasan operasi dan pengurusan yang lemah serta salah laku keterlaluan oleh beberapa kakitangannya.

CEO Bank BSI Switzerland Letak Jawatan Serta-merta

Stefano Coduri.jpg

Ketua pegawai eksekutif (CEO) bank Switzerland BSI Group Stefano Coduri meletakkan jawatan serta-merta, susulan arahan penutupan cawangannya di Singapura oleh pihak berkuasa kewangan republik itu.

Bank itu berkata ia akan bekerjasama penuh dengan siasatan Singapura dan Switzerland, menurut portal kewangan Bloomberg.

Bagaimanapun, OAG menegaskan bahawa tanggapan tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah terpakai.

1MDB Bala Besar

BALA+1MDB [3].PNG

Nah, lihatlah.. besar tak besar bahana 1MDB sekarang sehingga sebuah bank terpaksa ditutup kerananya!!

Masihkah ada yang mahu berbangga dengan 1MDB?

Kiranya apa yang berlaku melibatkan 1MDB itu tidak begitu serius dan tidak juga terlalu memudaratkan, melakukan prosiding jenayah mungkin boleh dianggap perkara biasa, tetapi tentunya luar biasa jika sampai bank juga ditutup berpunca daripadanya.

Daripada sekurang-kurangnya tujuh negara yang sudah melakukan penyiasatan berkaitan 1MDB, negara mana lagi yang akan membawa berita buruk buat Malaysia selepas ini?

Sudahlah dibebankan dengan hutang mencecah RM50,000 juta, 1MDB juga tanpa kesudahan turut mendatangkan aib kepada negara di seluruh pelusuk dunia dengan satu demi satu negara asing menunjukkan kebenaran yang tidak ditemui di negara kita sendiri.

Tentunya juga, selepas tindakan tegas yang diambil oleh Switzerland dan Singapura ini, bala 1MDB pasti akan berterusan lagi yang mungkin melibatkan personaliti yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan syarikat pelaburan itu.

Di negara kita, siapa agaknya yang sudah mula kepanasan ketika ini? (SH 25/05/2016).

BACA INI JUGA: Penipuan Dalam 1MDB, Tun Mahathir

Sumber: Shahbudindotcom

Monday, May 16, 2016

'Pengkhianatan Akan Dibalas Dengan Cara Setimpal', Tun Mahathir

'Pengkhianatan Akan Dibalas Dengan Cara Setimpal', Tun Mahathir

Melalui tulisan terbaru Tun Mahathir di blog beliau chedet, Tun memberi peringatan kepada pemimpin-pemimpin UMNO, bahawa pengkhianatan mereka akan dibalas dengan cara yang setimpal di dunia dan di akhirat.

Najib Pengkhianat Bangsa
Gambar hiasan.

Mari kita hayati dan fikirkan bersama.

1. Sesungguhnya apa yang sedang berlaku di negara bertuah ini tidak pernah diduga, dimimpi atau diramal oleh sesiapa, samada rakyat negara ini atau orang asing.

2. Semasa kita berjuang untuk kemerdekaan semua pemimpin dan rakyat percaya bahawa pemimpin yang dipilih oleh mereka tetap akan bersikap dan bertindak sebagai nasionalis yang berkhidmat, bahkan berkorban untuk negara, untuk rakyat dan kesejahteraan mereka. Inilah sebabnya yang mereka terima tanpa soal sistem demokrasi, sistem yang memberi hak kepada rakyat untuk memilih Kerajaan mereka.

3. Dan seperti yang mereka jangka, pemimpin demi pemimpin pilihan mereka tidak mengecewakan mereka. Negara dibangun dengan baiknya dan rakyat menikmati kehidupan yang lebih baik dan lebih makmur dari dahulu.

4. Perdana Menteri-Perdana Menteri tidak menimbul banyak masalah. Apabila masa datang untuk mereka undur mereka pun pergi. Rusuhan untuk menjatuhkan Perdana Menteri tidak pernah berlaku.

5. Tun Abdullah juga berundur apabila prestasinya dalam PRU 12 tidak begitu baik. Dia undur kerana sudah jelas rakyat tidak lagi sokongnya. Najib juga mendesak supaya dia undur dan Najib menggantinya.

6. Rakyat lega. Inilah Malaysia. Peralihan kuasa diperingkat tertinggi berlaku dengan licin dan tertib. Rakyat menunggu akan nikmat yang mereka akan dapat daripada pemimpin baru. Mereka percaya yang baru tetap lebih baik dari yang lama. Jika tidak lebih baik pun tentu sekurang-kurangnya sama dengan ayahnya, Tun Razak.

7. Tetapi impian rakyat tidak menjadi kenyataan. Awal-awal lagi diperhatikan cara hidup yang luar biasa mewahnya berbanding dengan PM yang terdahulu. Ini dilihat terutamanya semasa perkahwinan anaknya. Tumpuan tidak diberi kepada pembangunan negara, kepada pengwujudan peluang pekerjaan dan perniagaan. Sebaliknya dicipta BRIM, pemberian RM500/- kepada rakyat yang dikatakan miskin.

8. Rakyat kecewa. Jauh dari menyokong. Prestasi Najib dalam PRU 13 menurun berbanding dengan PM yang dia ganti. Namun pemimpin diperingkat bahagian dan wakil rakyat UMNO khususnya ternampak tidak faham tentang kekurangan sokongan rakyat kepada Najib.

9. Kemudian datang 1MDB. Dengan modal satu million Ringgit, syarikat yang ditubuh dan dipimpin oleh Najib meminjam empat-puluh-dua ribu kali ganda lebih daripada modal. Maka bermulalah cerita-cerita tentang berbagai-bagai salah laku oleh 1MDB ini. Berbillion Ringgit dilabur tanpa kajiselidik yang mendalam, dipindah kesana kesini, meresap dan hilang. Soalan tidak dijawab. Faedah hutang tidak dibayar. Auditor di buang, diganti dan dibuang lagi.

10. Terdengar cerita Jho Low yang tidak memegang apa-apa jawatan tetapi berkuasa. Jika Ahli Lembaga Pengarah menyoal, Jho Low menalipon Dato Sri Najib dan menyuruh Pengarah bertanya sendiri. Pengarah tidak bertanya. Terima sahaja arahan Jho Low. Yang tak senang hati menarik diri dari Lembaga.

11. Cerita berkenaan Rosmah juga menimbulkan kemarahan Rakyat. Tersebarnya cerita berkenaan pembelian beg tangan sahaja menelan berjuta Ringgit dan juga kononnya banyak perniagaan memberi saham percuma kepada Rosmah melalui proksi beliau.

12. Segala urusan 1MDB tertutup, tidak dilapor oleh akhbar kerana tidak dibenar, atau takut atau diberi amaran. Mesyuarat Agung UMNO tidak dibenar bercakap berkenaan 1MDB.

13. Kemudian di dalam akhbar luar negera, Wall Street Journal, terdapat laporan bahawa akaun persendirian Dato Sri Najib memiliki Dolar Amerika sebanyak 681 juta, bersamaan 2.6 billion Ringgit Malaysia. Seluruh rakyat terkejut. Mereka bertanya apakah benar PM Malaysia memiliki wang sebanyak itu. Ini tidak mungkin. Ini akhbar asing yang suka memburukkan Malaysia.

14. Najib nafi. Katanya tak akan dia begitu bodoh memasukkan wang sebanyak itu dalam akaun peribadinya. Katanya cerita ini tidak berasas. Dia tidak memiliki wang sebegitu banyak.

15. Tetapi akhirnya Dato Sri Najib mengaku wang sebanyak 2.6 billion Ringgit itu ada dalam akaun peribadinya. Kononnya derma dari Putera Arab Saudi. Kemudian didakwa dari Raja Arab Saudi yang sudah mangkat.

16. Tetapi pengesahan dengan dokumen yang boleh dipercayai tidak ada. Hanya pengakuan Najib. Peguam Negara disingkir dan yang baru dilantik yang mendakwa Najib tidak menyalahguna wang dalam akaunnya. Kononnya wang ini telah diberi balik kepada penderma. Sekali lagi tidak ada dokumen yang mengesah kenyataan ini. Hanya pengakuan oleh Peguam Negara.

17. Kalau tidak bersalah kenapa tidak dibuat saman malu terhadap Wall Street Journal dan Sarawak Report yang membuat laporan berkenaan 2.6 billion Ringgit yang berada dalam akaun Najib. Saman malu boleh dibuat di Britain atau Amerika jika yang didakwa enggan dibicara di Malaysia. Tetapi Najib tidak membuat saman malu, selain daripada bertanya kenapa laporan itu dibuat. Ini bermakna laporan Wall Street Journal dan Sarawak Report adalah benar dan berasas.

18. Sekarang dunia tahu dan percaya Najib sudah selewengkan banyak daripada modal 1MDB. Dan dunia ketawa sinis terhadap Malaysia yang sudah jadi negara rasuah yang terbesar di dunia. Dan Najib didakwa adalah Menteri Kewangan yang terburuk di Asia.

19. Ketua-Ketua Bahagian UMNO dan Ahli Dewan Rakyat UMNO takkanlah pekak dan buta sehingga tidak sedar berkenaan salah laku Najib. Tetapi mereka terus sokong Najib dan mempertahankannya. Tidak berasa malukah mereka mengetahui PM mereka sebegini buruk, dihina secara terbuka oleh dunia tanpa disangkal oleh Najib.

20. Tetapi nampaknya mereka tidak tahu malu dan lebih utamakan kepentingan diri daripada kepentingan dan maruah negara.

21. Rata-rata rakyat berhimpun dan mendesak untuk Najib disingkir daripada jawatan Perdana Menteri. Ahli-ahli dan pemimpin UMNO tahu parti mereka akan kalah jika Najib terus memimpin BN dan UMNO dalam PRU 14. Hanya yang bisu dan pekak sahaja yang tidak ambil kesah akan kehancuran UMNO yang tetap berlaku.

22. UMNO adalah parti yang mengalahkan Malayan Union dan memerdekakan negara. UMNO juga berjaya membangunkan negara.

23. UMNO juga yang memberi kepada negara Perdana Menteri, Perdana Menteri yang memajukan negara sehingga ketahap yang tinggi.

24. Tetapi hari ini kerana UMNO mempertahankan Najib sebagai Perdana Menteri walaupun jelas dia terlibat dengan skandal yang amat buruk, dan menjadikan UMNO parti yang terburuk di Malaysia, pemimpin-pemimpin bahagian dan Ahli Dewan Rakyat UMNO masih bersekongkol dengan Najib untuk musnahkan UMNO. Anak cucu mereka akan kutuk mereka kerana ini.

25. Wahai pemimpin UMNO, ingatlah akan masa depan kamu. Pengkhianatan kamu akan dibalas dengan cara yang setimpal di dunia dan di akhirat.

BACA INI JUGA: Melayu Tidak Di Hormati Golongan Cina Kerana Suka Terima Rasuah

Tuesday, May 03, 2016

Ayat DiPotong Hasan PAC Adalah Master Key Penipuan 1MDB!?

Ayat DiPotong Hasan PAC Adalah Master Key Penipuan 1MDB!?

“Memasukkan pernyataan yang tidak jelas atau dalam risikan adalah sesuatu yang prejudis dan semua anggota PAC seharusnya memberi keyakinan kepada pihak berkuasa membuat siasatan lebih lanjut sebelum membuat kenyataan."

Skandal 1MDB

Penyuntingan beberapa ayat dalam laporan akhir Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak menjejaskan keseluruhan laporan itu.

Jika anda masih ingat lagi, itu adalah respon Hasan PAC terhadap dakwaan beliau telah menyunting atau memotong ayat dari deraf laporan yang sebelumnya telah dipersetujui oleh semua ahli PAC iaitu; "Bank Negara Malaysia dimaklumkan secara sukarela oleh pihak berkuasa negara itu bahawa Good Star Limited adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh individu yang tidak mempunyai kaitan dengan PetroSaudi Group."

Bukan kita sengaja memainkan isu 'lama' (walaupun isu itu masih belum selesai) tapi ramai yang masih tidak dapat mengesan akan peri pentingnya ayat yang dibuang oleh Hasan itu.

Ramai yang hanya mengaitkan ayat kena buang itu dengan Jho Low saja dan didakwanya Najib sebagai telah berbohong kerana pernah menyatakan yang Jho Low tidak ada kaitan dengan 1MDB.

Ya, itu kita setuju, TAPI sekadar menunjukkan ada kaitan dengan Jho Low saja tidak cukup kuat untuk menyatakan bahawa wujud penipuan atau scam.

USD700 juta hilang lesap! Jho Low sudah songlap! Adakah itu saja sebabnya (mungkin) Hasan potong ayat itu? Atau ada perkara lain yang lebih besar yang cuba disembunyikan dari perhatian kita?

Ataupun, ayat yang dipotong oleh Hasan itu merupakan MASTER KEY kepada kedurjanaan 1MDB!?

Pertama sekali kita harus terima sebagai FAKTA bahawa Gold Star Limited bukan milik PetroSaudi Group sebagaimana dimaklumkan oleh Bank Negara.

Ini bermakna kita juga harus terima sebagai FAKTA bahawa USD700 juta yang dibayar kepada Gold Star Limited tidak diterima oleh Petrosaudi Group dan ini juga bermakna bahagian 1MDB dalam kerjasama 1MDB-Petrosaudi hanyalah USD300 juta!

Faham tak?

Ok, diingatkan kembali, kerjasama 1MDB-Petrosaudi adalah berdasarkan bahagian 1MDB sebanyak USD1 bilion!

7.3.4. Lembaga Pengarah 1MDB tidak dimaklumkan adanya klausa dalam perjanjian usaha sama yang menyatakan syarikat usaha sama (1MDB PetroSaudi Ltd.) perlu membayar pinjaman USD700 juta yang diambil daripada syarikat induknya, PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd. pada atau sebelum 30 Spetember 2009, iaitu dua hari selepas perjanjian ditandatangani. Temu bual pihak JAN dengan bekas Lembaga Pengarah 1MDB pada bulan Jun 2015 mendapati pinjaman dalam bentuk pendahuluan ini tidak pernah dibentang atau dibincangkan oleh pihak pengurusan 1MDB sebelum usaha sama tersebut dimuktamadkan. (Ms 90)

Duit itu bukan dibayar dari akaun kerjasama 1MDB-Petrosaudi tapi dibayar secara terus oleh 1MDB ke dalam akaun Good Star.

Jadi bila Good Star itu bukan milik Petrosaudi, maknanya Petrosaudi TIDAK menerima pembayaran itu dan PINJAMAN USD700 juta itu masih tertunggak!

Maknanya 1MDB masih belum menunaikan bahagiannya sebanyak USD700 juta. 1MDB hanya bayar USD300 juta secara terus ke akaun 1MDB-Petrosaudi.

Kenapa persoalan itu tidak dibincangkan oleh PAC?

Jadi, bagaimana mungkin 1MDB dikatakan telah menukar modalnya sebanyak USD1 bilion kepada satu bentuk pinjaman (Nota Murabahah) kepada Petrosaudi, kemudian menambah lagi pinjaman itu sebanyak USD830 juta dan seterusnya mendapat kembali keseluruhan dana campur untung iaitu USD2.3 bilion untuk dilabur ke dalam Brazen Sky di Cayman?

e) Bagi pelaburan dalam Segregated Portfolio Company (SPC), 1MDB mengambil risiko yang tinggi dalam memutuskan pelaburan berjumlah USD2.318 bilion. Pelaburan ini telah dibuat melalui Bridge Global Absolute Return Fund SPC (Bridge Global SPC), iaitu syarikat yang baru sebulan ditubuhkan, tiada lesen sebagai pengurus dana dan tiada pengalaman untuk menguruskan dana yang besar. (Ms 87)

Diulang semula - USD700 juta dari modal asal 1MDB telah dibayar kepada syarikat BUKAN MILIK Petrosaudi.

Ia telah dicuri, lesap. Jadi kenapa Petrosaudi masih iktiraf modal yang dibayar oleh 1MDB adalah sebanyak USD1 bilion padahal yang diterima hanya USD300 juta?

Nampak? Melainkan kerjasama 1MDB-Petrosaudi adalah satu penipuan/scam!

USD2.318 juta yang kononya hasil dari kerjasama itu sebenarnya TIDAK WUJUD, ia hanya satu angka kosong atas kertas tanpa disokong sebarang nilai.

Tetuan EY tidak menemui dokumen berkaitan status pemilikan sebenar, nilai dan risiko yang berkaitan dengan aset yang dilaburkan oleh rakan usaha sama. (Ms 67)

Sebab juruaudit Ernst and Young terlalu banyak soal dan tidak berpuashati, khidmatnya dibatalkan dan digantikan dengan juruaudit KPMG.

Dana USD2.318 bilion yang tidak wujud itu kemudiannya dilaburkan di Cayman dan sekali lagi 1MDB berdepan masalah pengesahannya dengan juruaudit dan KPMG pula ditamatkan khidmat;-

Situasi yang hampir sama juga dihadapi Tetuan KPMG selepas dua tahun menjadi juruaudit 1MDB apabila penilaian berhubung pelaburan Nota Murabahah kepada Segregated Portfolio Company hendak dilakukan. Situasi sebegini merupakan kali kedua dalam tempoh empat tahun, perkhidmatan juruaudit ditamatkan selepas tahun kewangan berakhir disebabkan perbezaan pendapat berhubung isu penilaian sesuatu pelaburan. (Ms 70 dan 71)

Kenapa banyak sangat masalah mahu mengesahkan dana USD2.318 bilion itu kalau benar ia wujud?

Juruodit Deloitte pula;-

Berdasarkan komen dari tetuan Deloitte kepada PAC yang merujuk kepada rekod syarikat, pihak Deloitte tidak pernah membuat apaapa komen terhadap akaun syarikat 1MDB bertarikh 31 Mac 2014. Akaun tersebut telah diaudit secara unqualified, iaitu “bersih” dan tanpa sebarang komen, tanpa sebarang qualification dan tanpa sebarang emphasis of matter. (Ms 65)

Tidak dapat pastikan, apakah Deloitte mengesahkan USD2.318 bilion itu. Dikatakan aset itu dijamin nilainya oleh Aabar BVI (!). Aset itu kemudiannya dicagarkan untuk pinjaman dengan Deustch Bank

7.3.16 Keputusan mencagarkan keseluruhan pelaburan portfolio SPC berjumlah USD2.318 bilion kepada Deutsche Bank sebagai jaminan terhadap pinjaman berjumlah USD975 juta hanya dimaklumkan oleh Encik Azmi Tahir, Ketua Pegawai Kewangan 1MDB semasa mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 20 Disember 2014, menunjukkan keputusan dibuat tanpa kelulusan khusus dari Lembaga Pengarah. Lembaga Pengarah 1MDB juga berpendapat tindakan mencagarkan keseluruhan pelaburan portfolio SPC adalah tindakan tidak munasabah memandangkan jumlah pinjaman hanya USD975 juta berbanding cagaran USD2.318 bilion. (Ms 93)

Kita semua sedia maklum Deustch Bank kemudiannya mengamuk dan menuntut pinjaman itu dilangsaikan segera kerana isu berkaitan dana USD2.318 bilion yang menjadi cagaran itu. Benarkah dana itu wujud?

Bila rakyat bising dan tuntut dana itu di bawa pulang, 1MDB kata bahagian pertama sudah ditebus dan telah habis digunakan buat tebus Option IPIC yang dibayar kepada Aabar BVI.

Aabar BVI ini kemudian dinafikan oleh IPIC sebagai miliknya. Pengesahan pembayaran itu juga tidak dapat disahkan oleh Jabatan Audit Negara.

7.3.13 Pihak JAN tidak dapat mengesahkan bayaran USD855 juta, USD993 juta dan USD295 juta adalah sebagai bayaran penamatan opsyen dan/atau top up security deposit kepada Aabar Ltd. Oleh kerana dokumen sokongan yang tidak lengkap dikemukakan oleh 1MDB kepada pihak JAN. (Ms 92)

7.3.14 Proses pengurusan dan penebusan pelaburan portfolio SPC dirangkumi beberapa keadaan di mana Lembaga Pengarah 1MDB tidak dimaklumkan maklumat yang tepat atau pengurusan tidak telus dalam memberi maklumat kepada Lembaga Pengarah. Antaranya, pihak pengurusan 1MDB tidak dimaklumkan hasil penebusan pelaburan portfolio SPC yang dipegang oleh Brazen Sky Limited telah dicagarkan kepada Deutsche Bank; Lembaga Pengarah 1MDB tidak dimaklumkan bayaran sebenarnya untuk opsyen Aabar dibuat menggunakan hasil penebusan pelaburan portfolio SPC; dan Lembaga Pengarah 1MDB hanya dimaklumkan jumlah sebenar dibayar untuk opsyen Aabar setelah bayaran dibuat. Asset Sale Agreement yang ditandatangani pada 2 Januari 2015 di mana Aabar Investments PJS Limited bersetuju untuk membeli baki pelaburan portfolio SPC berjumlah USD939.87 juta daripada Brazen Sky Ltd. juga tidak dibentangkan untuk kelulusan Lembaga Pengarah dan pemegang saham 1MDB. Ini menunjukkan pihak pengurusan telah bertindak di luar arahan Lembaga Pengarah 1MDB yang mengkehendaki baki pelaburan portfolio SPC ditebus sebelum akhir bulan Disember 2014 dan hasilnya dibawa balik ke Malaysia. (Ms 93)

Bahagian kedua dana itu yang kemudiannya Najib kantoi kononnya ada di BSI Singapura sebagai tunai kemudiannya jadi aset kemudian jadi Just Unit.

Menteri Kewangan sendiri tidak tahu apakebendanya Just Unit itu!!!

Beberapa penyataan yang diberikan oleh pihak pengurusan 1MDB sejak 12 Januari 2015 hingga Mei 2015 memberi gambaran maklumat berubah-ubah mengikut situasi di mana baki portfolio SPC berjumlah USD939.87 juta yang pada awalnya dikatakan telah ditebus secara tunai tetapi kini dilaporkan masih dipegang sebagai unit pula.

Perkembangan terakhir pada 25 Mei 2015 merupakan kali ketiga penebusan baki portfolio SPC bertukar bentuk. (Ms 100)

Pendek kata - Bermula dari awal lagi, modal USD1 bilion dari 1MDB untuk kerjasama 1MDB-Petrosaudi kemudian ditambah USD830juta menjadikannya USD1.83 bilion kemudian kononnya dapat untung menjadikannya USD2.318 bilion mempunyai satu masalah ketara iaitu KESUKARAN UNTUK DI SAHKAN!

Sejak dibawa keluar, kewujudan dana itu sudah dipertikaikan hingga dua syarikat juruaudit besar dunia ditamatkan khidmat, juga kerana isu pengesahan dana tersebut.

Malahan masa hendak dibawa keluar negara pun 1MDB didapati telah menipu Bank Negara. Bila Bank Negara minta dana itu dikembalikan, 1MDB kata sudah habis digunakan setengah dan setengah lagi direzabkan untuk Aset Swap dengan IPIC.

Itu kata 1MDB. Setakat yang kita tahu, ia masih belum dibuktikan wujud. Dari kerjasama 1MDB-Petrosaudi, dana itu dikaitkan dengan pinjaman Deustch Bank, pinjaman IPIC, penebusan Option, Just Unit.

SEMUANYA BERMASALAH terutama dari segi pengesahan.

Makanya, kenyataan yang dipotong oleh Hasan PAC diawal tadi bukan hanya berkaitan dengan pembabitan Jho Low saja tapi ia merupakan Master Key kepada skandal penipuan atau scam 1MDB!

Jika kita terima kenyataan Bank Negara bahawa Good Star tidak ada kaitan dengan Petrosaudi dan pembayaran USD700 juta itu tidak diterima oleh Petrosaudi sebagai penjelasan hutang, bagaimana mungkin USD2.318 bilion itu wujud?

Dana itu juga dikaitkan dengan pelbagai syarikat yang pelik-pelik dan banyak sekali putar belitnya bila kita minta bukti untuk mengesahkan kewujudannya.

Pendek kata lagi, Segalanya tentang USD2.318 bilion itu PELIK!

Hanya satu saja penjelasan yang mampu menjawab segala kepelikan itu, iaitu, Dana itu sebenarnya sudah lesap atau tidak wujud lagi!

BACA INI JUGA: Filem Skandal 1MDB 'The Master and His Wolf' Akan Diterbitkan!

*Artikel ini dipetik daripada blog Dinturtleoriginal.

Friday, April 29, 2016

RM14 Bilion Hilang, Saman Tidak, Lapor Polis Juga Tidak?!

RM14 Bilion Hilang, Saman Tidak, Lapor Polis Juga Tidak?!

Jika ada anugerah, pasti 1MDB layak menerima penghormatan sebagai syarikat paling budiman di dunia ketika ini berikutan sikapnya yang dianggap paling lunak walaupun sudah disahkan wangnya berjumlah RM14,000 juta hilang entah ke mana.

RM14 Bilion Hilang

Kalau orang lain, jangankan RM14,000 juta, malah hilang RM14 pun bisingnya boleh riuh sekeliling kampung.

Dalam laporannya kepada Bursa Saham London sebelum ini, IPIC telah mengesahkan bahawa Aabar Investment PJS Ltd (didaftarkan di British Virgin Island) yang menerima wang RM14,000 juta atau AS$3.51 bilion daripada 1MDB sebagai jaminan bon tidak ada kena mengena dengannya, walaupun namanya hampir sama dengan syarikat milik mereka yang sebenar iaitu Aabar Investmet PJS yang didaftarkan di Abu Dhabi.

Berikutan pengakuan IPIC itu, Arul Kanda, CEO 1MDB tidak menolak kemungkinan penipuan besar-besaran itu mendapat kerjasama daripada orang dalam 1MDB sendiri.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan pula, Arul Kanda berkata, oleh kerana pihaknya berurusan dengan eksekutif kanan IPIC dan Aabar Investment PJS mengenai wang itu, maka ia adalah isu dalaman untuk diselesaikan oleh firma Abu Dhabi itu.

Hairan bin ajaib, jika benar 1MDB berurusan dengan eksekutif kanan firma Abu Dhabi itu dan mereka pula sudah mengesahkan kepada Bursa Saham London tidak pernah menerima wang tersebut, mengapa tindakan undang-undang tidak dimulakan?

Mengapa hanya mengatakan ia masalah dalaman IPIC dan Aabar Investment PJS sedangkan yang hilang RM14,000 juta adalah 1MDB?

Selain itu, jika benar sepertimana yang dinyatakan Arul bahawa ada penglibatan orang dalam dan ia pula disertakan dengan pengesahan firma Abu Dhabi itu bahawa mereka tidak pernah menerima wang RM14,000 juta tersebut, kenapa 1MDB tidak membuat laporan polis mengenainya?

Dalam hal ini, bukan saja CEO 1MDB yang harus diberikan sanjungan, malah Pengerusi Lembaga Penasihat merangkap Perdana Menteri, Najib Razak yang tandatangannya wajib diturunkan bagi sebarang urusan, wajib diberikan segunung puji-pujian.

Lihatlah, sementara Arul Kanda mengatakan ia hanya sebagai masalah dalaman untuk diselesaikan oleh IPIC dan Aabar Invstment PJS, jauh sekali untuk mengambil tindakan saman atau membuat laporan polis, Najib pula relaks saja seolah-olah tiada apa yang harus dibimbangkan dengan hilangnya wang sebanyak RM14,000 juta itu.

Memang hebat kedua-dua mereka ini!

Hanya 'manusia-manusia terpilih' saja yang mampu berkelakuan seperti Najib dan Arul ini.

Atau mereka jadi tak kisah dan relaks kerana wang itu sebenarnya ialah wang kita semua?

BACA INI JUGA: Tun Mahathir Bongkar Rahsia Kegagalan Proton!

Sumber: Shahbudindotcom

Wednesday, April 27, 2016

Penipuan Dalam 1MDB, Tun Mahathir

Penipuan Dalam 1MDB, Tun Mahathir

Melalui tulisan terbaru di dalam blog beliau, Tun Mahathir berkata, IPIC mengakui Aabar Investments PJS adalah syarikat kumpulan itu, tetapi bukan Aabar PJS Ltd (British Virgin Islands) yang menerima wang daripada 1MDB.

1MDB+PENIPUAN

Mari kita baca tulisan Tun;

Akhirnya penipuan yang dilapor oleh media cetak dan elektronik di seluruh dunia diakui benar oleh Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

Arul mengaku akan kegagalan 1MDB membayar US 1 billion (RM 3.9 billion) kepada IPIC (International Petroleum Investment Company – Abu Dhabi), syarikat yang menjamin hutang 1MDB.

Mengikut IPIC syarikat bernama Aabar PJS Ltd (British Virgin Islands) yang menerima bayaran dari 1MDB bukanlah miliknya walaupun IPIC mempunyai sebuah syarikat dengan nama yang hampir sama, iaitu Aabar PJS Ltd.

Jika 1MDB membayar USD 1 billion kepada syarikat palsu, ada kemungkinan syarikat berkenaan ditubuh dengan pengetahuan 1MDB sendiri dan duit itu akhirnya dimasuk dalam akaun persendirian.

Sangkaan seperti ini memang dibuat oleh ramai orang, dan kenyataan Arul bahawa ada penipuan besar berlaku dalam 1MDB hanya mengesahkan sangkaan.

Arul akan cuba membetulkan yang salah tetapi benang basah sukar ditegak selepas pengakuan olehnya. Adalah lebih baik Arul cerita semua, berkenaan juruaudit dibuang, 1 billion US dilabur dalam JV 1MDB/Petro Saudi, tanpa kelulusan pengarahnya, tanpa pemeriksaan due diligence, dan kemudian dibubar tetapi modal tidak dikembali kepada 1MDB, sebaliknya diberi pinjam kepada Petro Saudi, duit yang pergi ke Cayman Islands yang tidak balik ke Malaysia tetapi ke Singapura yang menjelma jadi unit, yang dilihat oleh Arul tetapi tidak dilihat olehnya, peranan bank BIS dan lain-lain milik Jho Low perjalanan wang 1MDB ke Hong Kong, Switzerland, London, Amerika, British Virgin Islands, Seychelles, Abu Dhabi, penyalahgunaan duit KWAP, duit SRC mengalir ke dalam akaun Najib, konsesi minyak di Argentina dan Turkmenistan yang menjadi aset dan kemudian tidak menjadi aset dan beribu lagi cerita yang melibatkan wang 1MDB, dijelas, dinafi, diakui dan hilang tidak disebut lagi.

Sesungguhnya negara Malaysia tidak pernah melihat skandal yang sebegitu besar seperti skandal 1MDB.

Rakyat yang sukar memahami berapa besarkah satu juta, sekarang mencuba menggambarkan banyak manakah satu bilion, dan empat puluh dua billion.

Bagaimanakah wang berbilion boleh kesana kesini sehingga akhirnya berada dalam akaun peribadi Najib. Rakyat menjadi bingung dengan cerita-cerita wang begitu banyak yang merata ke semua pelusuk dunia.

Dicerita pula pembiayaan pengeluaran filem lucah dengan ratusan juta Ringgit yang dibuat oleh anak tiri Najib, Waah! Banyaknya duit.

Dari mana datangnya. Mudah. Duit Keluarga. Rupa-rupanya multi-milionaire Melayu sudah lama ada.

Dan banyak lagi pengakuan yang boleh dibuat oleh Arul, oleh pengerusi jawatankuasa penasihat, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara dan jangan lupa Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi yang begitu berani bertindak sendiri meminjam dan melabur berbillion Ringgit dan USD bagi pihak 1MDB tanpa kebenaran, tanpa kelulusan badan pengarah dan orang atasan.

Waah! Confident sungguh Shahrol. Apakah dianya juga yang terlibat dengan bayaran kepada Aabar PJS Ltd (Virgin Islands).

Satu filem drama boleh dibuat berkenaan 1MDB dan tokoh-tokoh serta lokasi diseluruh dunia yang terlibat. Red Granite boleh labur dan beberapa tokoh terkenal boleh jadi pelakon. Mungkin akan menang Oscar.

Demikianlah cerita 1MDB yang berjaya memperkenalkan Malaysia ke seluruh dunia. Akan lebih ramailah pelancong yang akan datang ke negara 1MDB.

Memang hebat Malaysia dizaman Najib!!

BACA INI JUGA: 6 Kesalahan Besar Terbaharu 1MDB!

Sumber: Chedet.cc

Sunday, April 17, 2016

Filem Skandal 1MDB 'The Master and His Wolf' Akan Diterbitkan!

Filem Skandal 1MDB 'The Master and His Wolf' Akan Diterbitkan!

Seorang pengarah yang pernah dicalon untuk Anugerah Oscar kini menerbitkan sebuah dokumentari yang cuba menghubungkan penerbit karya Hollywood Wolf of Wall Street dengan dakwaan skandal berbilion ringgit 1MDB.

The Master and His Wolf

Penerbit filem British itu, Mike Lerne bercita-cita membongkar dakwaan skandal melibatkan pembiayaan filem lakonan bintang layar perak Leonardo DiCaprio itu, menurut laporan eksklusif The Hollywood Reporter.

Lerner dicalonkan untuk Anugerah Oscar selepas menerbitkan Hell and Back Again, The Square dan Pussy Riot: A Punk Prayer.

Filem terbaru beliau The Master and His Wolf (tajuk sementara) dikatakan akan cuba menghubungkan Datuk Seri Najib Razak, 1MDB dan wang AS$100 juta yang membiayai filem terbitan Red Granite Pictures.

Ia juga mungkin mengheret DiCaprio yang dilapor mendapat bayaran awal $25 juta untuk membintangi filem arahan pemenang lima kali Anugerah Akademi Martin Scorsese itu.

Red Granite, yang dimiliki oleh anak tiri perdana menteri, Riza Aziz sebelum ini menafikan sebarang aktiviti ‘meragukan’.

Pejabat Peguam Negara Switzerland dilapor mendakwa mempunyai "elemen" untuk mengesyaki dana AS$3.5 bilion 1MDB dibayar kepada sebuah syarikat di British Virgin Island untuk manfaat "sebuah syarikat yang berkaitan dengan industri filem.”

1MDB dan Najib dalam kenyataan mereka sering mempertahankan diri daripada dakwaan salah laku.

The Hollywood Reporter melaporkan penggambaran filem telah selesai dibuat di Malaysia dan akan bersambung di Amerika Syarikat, Luxembourg, Hong Kong, Singapura dan Abu Dhabi – yang masih menyiasat dakwaan sekitar 1MDB.

Selain DiCaprio, pengarah filem itu juga berharap dapat bercakap dengan Jho Low, hartawan Malaysia yang dikaitkan dengan 1MDB dan terkenal selepas berparti dengan aktres Hollywood Paris Hilton. -Malaysiakini

BACA INI JUGA: 'Malaysia Menjadi Begitu Hina Oleh Perdana Menterinya Sendiri!'

Saturday, April 16, 2016

6 Kesalahan Besar Terbaharu 1MDB!

6 Kesalahan Besar Terbaharu 1MDB!

Dengan siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), dibantu laporan Ketua Audit Negara, sebahagian syak wasangka dan tuduh-menuduh selama ini sedikit sebanyak terungkai.

1MDB KANTOI LAGI

Walaupun isu ini belum tuntas, banyak dakwaan terus dilontarkan dan siasatan masih dijalankan oleh beberapa negara lain, berikut isi-isi utama laporan PAC yang diumumkan hari ini.

1. Ingkar keputusan dan arahan lembaga pengarah

Menurut laporan PAC, pihak pengurusan 1MDB beberapa kali tidak mematuhi keputusan dan arahan lembaga pengarah ataupun mengambil tindakan sebelum mendapat kelulusan khusus daripada lembaga pengarah.

Terdapat beberapa pelaburan dan pinjaman besar yang dibuat tanpa penilaian terperinci, termasuk penelitian kesannya terhadap aliran tunai syarikat.

Banyak pula keputusan penting hanya dibuat melalui resolusi bertulis tanpa perbincangan dalam mesyuarat.

2. Bayar US$1.4 bilion ke Aabar Ltd, syarikat palsu

1MDB membayar deposit cagaran sekitar US$1.4 bilion (RM5.5 bilion) kepada Aabar Ltd tanpa persetujuan lembaga pengarah.

Malah, bukan itu sahaja, bayaran dibuat tanpa memastikan syarikat tersebut benar-benar dimiliki dana kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC).

Sehingga kini, 1MDB masih belum dapat menentukan mana satu anak syarikat IPIC, Aabar Ltd ataupun Aabar Investments PJS di Abu Dhabi, yang mempunyai nama mirip.

3. Bayar US$700 juta ke firma tidak berkaitan

1MDB tidak mendapat kebenaran lembaga pengarahnya apabila membayar US$700 juta (RM2.72 bilion) kepada Good Star Ltd pada 2009, sebuah syarikat yang tiada kena mengena dengan usaha sama dengan firma minyak Arab Saudi, PetroSaudi International Ltd.

Daripada US$1 bilion peruntukan untuk usaha sama tersebut, 1MDB memindahkan cuma US$300 juta ke akaun bank JP Morgan (Suisse) SA milik syarikat bersama 1MDB PetroSaudi Ltd.

Manakala bakinya masuk ke akaun RBS Coutts Bank Ltd yang dimiliki Good Star.

4. Pecat dua firma audit berturut-turut, tidak tahan disiasat

Dalam tempoh empat tahun, 1MDB menamatkan khidmat dua syarikat audit terkenal Ernst & Young (EY) dan KPMG selepas mereka sering mendesak dokumen-dokumen penting.

Dokumen itu gagal diberikan oleh syarikat tersebut dan ia berbeza pendapat dengan firma-firma audit berwibawa itu.

EY diberhentikan pada 15 September 2010, sebelum 1MDB menghantar laporan kewangan pertamanya untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2010.

KPMG pula diberhentikan pada 31 Disember 2013 sebelum laporan bagi tahun 2013 dikemukakan, lalu digantikan dengan Deloitte.

5. Hutang berbilion-bilion, bahayakan Putrajaya

Kerajaan persekutuan berdepan dengan risiko sebesar RM20.3 bilion pada Oktober tahun lepas jika 1MDB gagal melangsaikan hutangnya.

Jumlah tersebut datang daripada jaminan kerajaan sebanyak RM5.8 bilion, surat sokongan untuk menjamin RM13.56 bilion dan juga kredit tunggu sedia sebanyak RM950 juta.

6. Jadi ‘anak emas’ Putrajaya, dapat banyak kelebihan

1MBD mendapat banyak kelebihan daripada pentadbiran Putrajaya yang tidak diberikan kepada anak-anak syarikat lain di bawah MOF Inc milik penuh Kementerian Kewangan.

Misalnya, 1MDB diberikan pengecualian cukai korporat untuk semua pendapatan selama 10 tahun sejak 23 November 2010.

Lembaga pengarahnya juga tidak mempunyai pegangan saham dan juga diberi pengecualian lain daripada peraturan kerajaan dalam aspek pengurusan bayaran perolehan, penggajian dan bonus kepada lembaga pengarah dan pengurusan.

Laporan lengkap PAC berkenaan 1MDB boleh dibaca di sini, lengkap dengan lima saranan untuk memperbaiki tadbir urus dana tersebut.

BACA INI JUGA: 22 Sebab Tun Mahathir Keluar UMNO Kali Kedua!

Sumber: Themalaymailonline

RM14 Bilion Wang 1MDB 'Ditipu' Syarikat Palsu!

RM14 Bilion Wang 1MDB 'Ditipu' Syarikat Palsu!

Tun Mahathir menyindir Perdana Menteri, Najib Razak berhubung dakwaan sebelum ini di mana beliau menandatangani dokumen 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tanpa mengetahui kandungannya.

RM14 Bilion 1MDB

"Tandatangan (dokumen) tapi tidak tahu apa-apa. Macm mana orang macam ini boleh jadi perdana menteri?" katanya pada Forum Laporan PAC 1MDB: Najib - Bersubahat atau Tidak Bersalah?

Sebelum ini, persoalan dibangkitkan sama ada Najib tetap tidak bersalah walaupun menandatangani dokumen berkaitan 1MDB.

Terdapat laporan menyatakan bahawa Najib selaku penasihat 1MDB menyedari dan turut menandatangani kerjasama antara syarikat tersebut dengan Petro Saudi bernilai RM3.92 bilion (AS$ 1 bilion).

Namun, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Nazri Aziz menyifatkan tindakan Perdana Menteri Najib Razak menandatangani dokumen berkaitan 1MDB sebagai amalan biasa memandangkan beliau adalah penasihat firma pelaburan negara itu.

Dalam pada itu, Tun Mahathir berkata, berasaskan sikap kurang cerdik berkenaan, beliau menasihatkan agar pemimpin nombor satu negara itu meletakkan jawatan.

"Tandatangan dokumen tanpa baca, lebih baik letak jawatan sekarang. Ini perdana menteri tandatangan tapi tak baca. Agaknya cek pun beliau tandatangan tanpa baca. Ini perdana menteri kita.

"Orang begini tidak layak jadi PM, tiada pendirian," katanya.

IPIC Sahkan RM14 Bilion Wang 1MDB Hilang?

RM14 Bilion 1MDB [2]

Sejak pengesahan dari IPIC bahawa 1MDB telah membayar sejumlah USD3.5 bilion kepada sebuah syarikat palsu yang mana IPIC tidak punya kaitan, TIDAK ADA langsung respon dari mana-mana pemimpin kerajaan! Kenapa?

Tidakkah pemimpin-pemimpin kerajaan ini sedar impak kenyataan IPIC itu?

Tolak ke tepi dulu soal sokong atau tidak sokong 1MDB, tolak ke tepi sentimen politik, isu ini juga adalah satu isu rakyat yang mana sebagai wakil kepada rakyat, pemimpin seharusnya menyuarakan suara hati rakyat.

Kenyataan IPIC itu mengundang satu persoalan utama - Ke mana perginya hampir RM14 bilion wang rakyat yang telah diamanahkan kepada 1MDB itu?

Didakwa sebagai bayaran kepada IPIC tapi kini IPIC kata mereka tak terima. Jadi SIAPA yang terima?

SIAPA pemilik akaun bank syarikat palsu yang 1MDB telah bayar duit sebanyak itu?

Jika IPIC tidak terima pembayaran itu, adakah jumlah dana itu masih perlu dibayar kepada IPIC?

Sebab di pihak IPIC, 1MDB BELUM BAYAR lagi sebagaimana sepatutnya. Dalam akaun IPIC, 1MDB masih 'berhutang' sebanyak USD3.5 bilion (RM14 bilion).

RM14 bilion telah HILANG, DICURI dan sebanyak RM14 bilion itu terpaksa digantikan oleh 1MDB bagi memenuhi komitmen asalnya. Soal 1MDB telah ditipu dan dirompak wang, bukan masalah IPIC. Itu adalah masalah 1MDB.

Duit RM14 bilion hilang itu satu hal, adakah sekarang HUTANG 1MDB sudah bertambah sebab dalam akaun 1MDB sebelum ini telah dinyatakan RM14 bilion itu telah dibayar kepada IPIC, tapi kini IPIC kata jumlah itu masih belum diterima?

Dikatakan sebahagian besar adalah sebagai bayaran deposit dan selebihnya bayaran bagi melupuskan option (mencecah bilion-bilion ringgit juga) tapi deposit itu juga dikatakan akan dijadikan sebahagian aset pertukaran dalam Pelan Rasionalisasi 1MDB dengan IPIC.

Nah... sekarang aset deposit itu sudah hilang!

Dimana lagi 1MDB nak cari RM14 bilion bagi menjelaskan hutang dan bagi menggantikan aset buat tukaran dalam Asset Swap dengan IPIC kelak?

Tinggal dua bulan lagi sebelum perjanjian Aset Swap dengan IPIC itu dimuktamadkan.

Bukankah itu melibatkan duit rakyat juga? Jangan lupa, perjanjian Aset Swap dengan IPIC itu adalah antara IPIC dengan 1MDB DAN KEMENTERIAN KEWANGAN.

Jadi kenapa tidak ada respon langsung dari pemimpin-pemimpin kita? Adakah anda menganggap ini satu isu kecil yang hanya melibatkan 1MDB saja?

Kita tidak nampak 'kerisauan' di pihak 1MDB dalam respon mereka kepada kenyataan IPIC itu. Langsung tidak ada keinginan mahu menyiasat perkara ini selain dari mengulangi kenyataan yang 1MDB sudah bayar kepada Aabar BVI.

1MDB+SOMBONG

Nada sombong pun ada kalau di baca kenyataan itu. Sekarang bukan masanya nak menuding jari tapi seharusnya usaha dimulakan untuk menyiasat perkara ini, kalau boleh BERSAMA IPIC!

1MDB juga seharusnya telah buat laporan Polis dan meminta pihak Interpol turut bantu dalam menyiasat dalang di belakang Aabar BVI.

Dan jangan lupa siasatan dalaman 1MDB sendiri. bagaimana perkara ini boleh berlaku. Siapa yang harus bertanggungjawab? Siapa yang SAIN?

IPIC bukan syarikat kecil yang boleh dipermainkan. IPIC syarikat bertaraf global yang berdaftar dalam London Stock Exchange.

Kenyataan di LSE itu tidak akan dibuat begitu saja oleh IPIC tanpa siasatan dalaman yang rapi.

London Stock Exhange dan pelabur-pelabur di sana tidak akan menerima alasan-alasan atau jawapan-jawapan putar belit sebagaimana yang diberikan oleh pihak 1MDB ketika di soal oleh PAC!

Dari segi kredibiliti, jauh sangat bezanya antara kenyataan oleh IPIC dengan kenyataan oleh 1MDB.

Bila menteri-menteri dedak mahu bersuara?

Duit RM14 bilion hilang dan RM14 bilion perlu dicari untuk ganti. Tidakkah ini bermakna isu ini sebenarnya bernilai RM28 Bilion!?

BACA INI JUGA: Sejarah Politik Zahid Hamidi Yang Ramai Tak Tahu!

Sumber: SH/DTO

Friday, April 15, 2016

Arab Saudi Akui 'Derma' RM2.6 Bilion Kepada Najib!

Arab Saudi Akui 'Derma' RM2.6 Bilion Kepada Najib!

Akhirnya, pihak berkuasa Arab Saudi mengesahkan bahawa sumbangan RM2.6 Bilion negara itu yang menjadi kontroversi kepada Perdana Menteri Malaysia merupakan sumbangan ikhlas tanpa mengharapkan pun apa-apa balasan.

RM2.6+BILION+Derma Ikhlas+ARAB SAUDI

Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir mengakui bahawa sumbangan derma mewah itu terus kepada akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, memang bersumberkan daripada negara tersebut sendiri.

“Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

"Kami juga sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu.

“Dan akhirnya Peguam Negara (Tan Sri Mohamed Apandi Ali) mendapati memang tiada salah laku.

"Justeru, setahu kami, isu itu sebenarnya sudah pun ditutup,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini pada Khamis.

Sebelum itu, Adel dilaporkan gembira apabila berpeluang mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Malaysia di luar daripada Persidangan Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-13 di Turki.

Pada 26 Januari lalu, Mohamed Apandi telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan kes terhadap SRC International Sdn. Bhd. dan dana misteri RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri.

Peguam Negara malah berkata siasatan menunjukkan bahawa jumlah sebenar yang dimasukkan ke dalam akaun itu ialah RM2.08 bilion, dan ia adalah sumbangan peribadi daripada keluarga kerabat diraja Saudi pada 2013.

Bagaimanapun RM2.03 bilion kemudian telah dipulangkan semula kepada penderma pada tahun yang sama dan pendedahan Mohamed Apandi itu langsung tidak mendapat sebarang bantahan daripada kerajaan Arab Saudi.

Malangnya pembangkang tidak berpuas hati dengan pencerahan itu namun ‘senyap seribu bahasa’ apabila Najib melakukan lawatan rasmi selama empat hari ke Arab Saudi awal Mac lalu sambil melakukan ibadah umrah lagi.

Secara logik jika benar penjelasan Mohamed Apandi tidak benar, mana mungkin beliau sanggup ‘cakap’ perkara itu kepada seluruh dunia bahkan Najib berani menjejakkan kaki ke bumi Arab Saudi menghadap Raja Salman.

Pada waktu sama, pembangkang cuba menyembunyikan rahsia bagaimana jentera kempen politik mereka selama ini menerima dana mewah daripada pelbagai pihak tertentu dalam usaha ‘menggulingkan’ kerajaan Malaysia.

BACA INI JUGA: 'Bagaimana Wang 'Beku' Boleh Dipulangkan?' - Tun Mahathir

Sumber: Agensi/Mynewshub/HAA

Wednesday, March 02, 2016

PANAS! Najib Terima USD$1 Bilion Bukan US$681 Juta! - WSJ

PANAS! Najib Terima USD$1 Bilion Bukan US$681 Juta! - WSJ

Pendedahan terbaharu oleh WSJ sekali lagi menggegar masyarakat dunia bila mendakwa Najib sebenarnya menerima lebih dari US$1 bilion, bukan US$681 juta sebagaimana yang didakwa sebelum ini.

1MDB Scandal

Dan WSJ mendakwa kesemua wang itu asalnya dari 1MDB. (baca)

Masihkah anda ingat dakwaan WSJ pada pertengahan Disember tahun 2015 lalu di mana dikatakan 1MDB telah membayar US$850 juta kepada syarikat yang namanya mirip syarikat kepunyaan IPIC?

Dan satu lagi dakwaan WSJ pada pertengahan September tahun lalu di mana WSJ mendakwa sebanyak US$993 juta yang dibayar 1MDB kepada IPIC untuk menebus Option ke atas saham Edra sebenarnya tidak diterima oleh IPIC?

Jadi, tambahan dakwaan dari WSJ kali ini cuma - kedua-dua bayaran yang dibuat oleh 1MDB yang tidak diterima oleh IPIC telah dibayar kepada Aabar Investment PJS Limited, yakni syarikat yang namanya mirip syarikat milik IPIC dan dari situ sejumlah wang yang tidak disebut secara spesifik, telah disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Angka US$2.4 bilion itu adalah jumlah deposit yang kononnya dibayar oleh 1MDB kepada IPIC kerana menjadi penjamin kepada pinjaman Goldman Sachs sebanyak US$1.4 bilion dan US$993 juta yang kononnya dibayar oleh 1MDB kepada IPIC bagi menebus Option.

Pendek kata, WSJ mendakwa, dari syarikat yang namanya milik syarikat IPIC itulah datangnya wang yang masuk ke akaun Najib.

1MDB+SCANDAL [2]

Yang didedahkan sebelum ini dan kemudiannya Najib mengaku terima adalah US$681 juta. Tapi wang yang disalurkan ke syarikat palsu itu hampir US$2.4 bilion. Sebab itu WSJ kata, mungkin lebih dari US$1 bilion telah disalurkan ke dalam akaun Najib.

Faham? Mudah kan...

Artikel WSJ itu turut disebarkan akhbar berpengaruh di England The Guardian.

1MDB+SCANDAL [3]

WSJ tidak pun menyebut yang 1MDB membayar wang ke dalam akaun Najib. WSJ sebut wang itu BERASAL (originated) dari 1MDB, adalah entiti atau syarikat di tengah-tengah yang menjadi pengantara.

Secara teknikalnya, memanglah 1MDB tidak membayar terus ke dalam akaun Najib. Tapi ada atau tidak 1MDB bayar kepada Aabar Investments PJS Ltd?

Betul ke 1MDB bayar hampir US$2.4 bilion kepada IPIC dan IPIC terima sebanyak itu?

Kenapa tidak dapatkan bukti bertulis (surat umpamanya) dari IPIC yang mengesahkan IPIC ada menerima wang itu?

Kan senang. Tak perlu nak ikut sama melemparkan pelbagai tuduhan macamlah 1MDB ini entiti politik, dan paling penting, Najib tak perlu menunggu hari Selasa yang tepat untuk menyaman WSJ bagi membuktikan dakwaan WSJ itu palsu!

Jawapan sebenarnya ada di tangan 1MDB! 1MDB mampu menangkis kesemua dakwaan WSJ tanpa mengeluarkan kos pun. 1MDB juga mampu menyelamatkan maruah Najib dalam semua hal ini.

1MDB juga mampu menyelamatkan maruah rakyat dan nama negara dari ditertawakan masyarakat dunia!

Kesemua dakwaan WSJ itu ada kaitannya dengan perjanjian pinjaman Goldman Sachs yang mana IPIC menjadi penjamin.

Sebagai balasan menjadi penjamin (ini yang jadi pertikaian) 1MDB kena bayar deposit US$1.4 bilion kepada IPIC dan 1MDB beri Option untuk memilik 49% saham Edra.

Bila 1MDB nak hapuskan Option Edra itu, 1MDB terpaksa bayar pampasan kepada IPIC.

Deposit dan pampasan itu yang didakwa oleh WSJ sebagai tidak diterima oleh IPIC, sebaliknya disalurkan ke sebuah syarikat palsu yang kemudiannya memasukkan wang ke dalam akaun Najib.

Nah, mudahkan senarionya. Sepatutnya adalah satu perkara mudah bagi 1MDB untuk kantoikan WSJ!

Semua bukti ada pada 1MDB. Dedahkan perjanjian penjamin itu, dan segala pembayaran dan bukti penerimaan. SETTLE!

Kenapa susah sangat 1MDB nak jawap padahal semua bukti ada di tangan? Mudah sangat nak kantoikan WSJ tanpa perlu saman menyaman tapi ternyata, macam ada perkara yang 1MDB nak sorok!

BACA INI JUGA: 'Bagaimana Wang 'Beku' Boleh Dipulangkan?' - Tun Mahathir

Sumber: Dinturtleoriginal

Thursday, November 05, 2015

Terlalu Idealistik! Najib Dedah Rahsia Kegagalan 1MDB!

Terlalu Idealistik! Najib Dedah Rahsia Kegagalan 1MDB!

Najib kata model perniagaan 1MDB terlalu idealistik, sebab itu ia gagal? Kegagalan model idealistik itu disebabkan Edra Energy tidak dapat disenaraikan IPO.

1MDB Terlalu Idealistik

Sebab tak dapat diIPOkan, maka 1MDB takde duit nak bayar hutang. Sebab hutang tak terbayar maka 1MDB terpaksa jual hartanya.

Pendek kata, salahkan mereka yang tidak luluskan IPO 1MDB!

Perkara sama juga disebut oleh Najib semasa di NewYork..

"Semasa jamuan tengah hari dengan ahli perniagaan sehari sebelumnya, Najib menyentuh tentang kelemahan model perniagaan 1MDB yang disifatkan beliau terlalu idealistik.

"Najib jelaskan bahawa hanya RM1 bilion dilabur bagi melaksanakan pembangunan hartanah dan RM18 bilion bagi membeli loji jana kuasa, menyebabkan syarikat menanggung hutang pembiayaan yang besar," -Sinar 5 Okt 2015


Sebelum kita komen, rasanya baik kita baca dulu apa maksud idealistik. Secara mudahnya idealistik ini lebih kepada Teori atau Falsafah yang sempurna. Ia sering dibandingkan dengan Realistik iaitu apa yang berlaku di dunia sebenar.

Orang yang terlalu idealistik sering juga kita katakan sebagai orang yang tidak berpijak di dunia nyata, kerana walaupun falsafahnya tampak sempurna, namun ia tidak semestinya sempurna dilaksanakan didunia nyata. Antara Teori dan Nyata.

Jadi bila 1MDB dikatakan sebagai terlalu idealistik, kita boleh beranggapan bahawa, pada pandangan Najib 1MDB ini tampak sempurna dalam bentuk teorinya tapi ternyata bila teori itu diaplikasikan di dunia nyata, ia gagal.

Dalam kepalanya, adalah sesuatu yang begitu sempurna jika sebuah syarikat bermodalkan RM1 juta boleh meminjam sehingga 42,000 kali amaun itu. WOW! Banyaknya modal untuk dibelanjakan!

Tapi itu mustahil dilakukan oleh mana-mana syarikat pun didunia ini melainkan terdapat satu bentuk jaminan dari pihak ketiga yang mana pihak bank boleh tuntut gantirugi sekiranya syarikat itu gagal membayar hutangnya.

Pihak ketiga itu adalah kerajaan Malaysia. Tanpa jaminan dari kerajaan Malaysia, 1MDB tidak mungkin dapat meraih hutang sebanyak 42,000 kali modalnya. Adakah itu idea yang bernas dan unik?

Hmmmm... kalau modal RM2 tapi masih boleh pinjam sehingga RM42 billion, rasanya lebih gempak!

Dengan cara 1MDB pinjam menggunakan nama kerajaan, rasanya tidak ada masalah bank nak bagi pun walaupun modal 1MDB cuma 2 ringgit.

Yalah, kalau bank pun dah tak percaya, kita boleh saja minta pihak lain pula yang tolong jaminkan.

Contohnya IPIC. Kalau bank ada pihak ketiga sebagai tempat untuk kutip hutang, berapa saja 1MDB nak pinjam pun boleh diberikan!

Tapi harga yang terpaksa dibayar untuk jaminan itu apa pula?

Semuanya tampak terlalu mudah kan? Bila dah dapat duit secara mudah maka belanja pun fikir mudah jugalah.

Beli IPP dengan harga jauh terlalu mahal dari harga pasaran pun tidak apa. Sebab nanti bila disenaraikan melalui IPO boleh dapat duit banyak dari pelabur, bolehlah bayar balik hutang beli IPP itu.

Kenapa IPP? Sebab bisness IPP ni tak payah fikir banyak. Gerenti untung punya kalau guna nama kerajaan.

Pendapatan dijamin, untung gerenti. Sebab sebagai kerajaan, Najib boleh saja arahkan untuk sain penyambungan kontrak IPP.

Kenapa tak tunggu kontrak IPP itu tamat lagi 3 tahun baru beli? Jauh bezanya harga kalau boleh bersabar. Aaaaah... tidak idealistik la kalau kena tunggu 3 tahun!

Susah apa bayar mahal pun, kalau kantoi, kerajaan yang tanggung, barulah idealistik.

Dimana idealistiknya Usahasama dengan Petrosaudi? Hah... yang itu Najib tak sebut, jadi kita tak bolehlah komen dari segi idealismanya. Najib cuma sebut hal IPP je...

Balik pada IPP, kalau benar projek IPP itu merupakan satu pelaburan strategik kerajaan, dan memerlukan komitmen kerajan terhadap hutang sehingga RM18 bilion, kenapa kabinet langsung tidak diberitahu?

Sebab.... errr... sebab projek IPP itu terlalu idealistik la maka kabinet tidak perlu dimaklumkan pun.

Oooo... gitu...

Sebahagian dari perkara utama yang menjadikan projek 1MDB ini begitu idealistik adalah kedudukan Najib sendiri sebagai penggerak dan perancang utamanya.

Najib juga adalah Menteri Kewangan yang boleh meluluskan pelbagai transaksi yang memerlukan komitmen kerajaaan waima sehingga RM42 bilion sekalipun. Sememangnya terlalu Idealistik!

Tapi, kalau IPO Edra itu begitu penting dalam perancangan idealistik 1MDB ini, kenapa pula diberikan kepada IPIC option 49% dalam Edra?

Bagaimana mungkin Edra dibenarkan untuk penyenaraian Awam kalau ada pihak lain punya tuntutan ke atas hakmilik Edra?

Aiseyman... bab itu Najib terlepas pandang la pulak..

Sebab itulah 1MDB sain kontrak pembatalan Option Edra itu, supaya Edra boleh di IPOkan selepas bebas dari sebarang ikatan tuntutan dari IPIC.

OK, tapi kalau dah dari awal merancang untuk di IPO kan Edra, kenapa berikan Option itu kepada IPIC?

Well... kalau tak diberikan Option itu, tak dapatlah 1MDB pinjaman dari Goldman Sachs untuk beli IPP itu. Pulaaaak...

Pendek kata, kita tidak nampak di mana yang dikatakan model perniagaan 1MDB itu sebagai terlalu idealistik.

1MDB bergantung sepenuhnya kepada nama kerajaan dibelakangnya. Tanpa backing dari kerajaan, 1MDB tidak mampu ke mana pun.

Ia adalah satu model syarikat yang tidak boleh diguna pakai oleh mana-mana syarikat pun di dunia kecuali syarikat itu mendapat sokongan sepenuhnya dari kerajaan negaranya dan kepala syarikat itu harus juga merupakan Menteri Kewangan dan juga Perdana Menteri negara itu.

Jika tidak, idealisma syarikat seperti 1MDB akan gagal.

Kerana jika dari awal lagi projek 1MDB ini dibawa kepada pengetahuan kabinet dan setiap komitmen berbilion-bilion ringgit itu perlu mendapat kelulusan kabinet, kemungkinan besar kemelut 1MDB ini tidak akan sampai ke tahap ini.

Jadi ayat Najib yang mengatakan konsep 1MDB itu terlalu idealistik itu BUKAN dari sudut pandangan sebuah syarikat milik kerajaan sepenuhnya. Tapi dari sudut pandangan .. Jho Low mungkin..

Bila dah kantoi tak boleh bayar hutang baru nak libatkan kabinet dan kerajaan, yang ini memang tersangatlah idealistik!

Kerana terlebih idealistiklah juga maka Najib dan ahli lembaga pengarah 1MDB tidak perlu digantung tugas sementara siasatan dijalankan walaupun secara idealistiknya, dalam mana-mana juga syarikat lain jika perkara sama berlaku, orang yang bertanggungjawab akan digantung tugasnya.

Mereka yang menyiasat dan mempersoalkan 1MDB tapi tidak faham maksud TERLALU idealistik itu akan digantung atau ditukarkan tugas, malah ada yang ditahan.

BACA INI JUGA: 5 Perkara Najib Perlu Lakukan Sekarang

Sumber: Dinturtle

Debat Isu 1MDB Dibatal, Macam Kes Najib Mengelak Tun Mahathir!

Debat Isu 1MDB Dibatal, Macam Kes Najib Mengelak Tun Mahathir!

"Tiada lagi (tawaran). Tawaran hanya untuk 2 individu, Pua dan Arul. Apabila salah seorang mereka menarik diri, tawaran siaran langsung tiada lagi."

Debat Pua dan Arul

Macam tak percaya pula bila baca berita ni kan. Mari baca laporan akhbar..

"Ini bukan soal pengganti, ini bukan antara Pakatan Harapan, DAP dan 1MDB... ini adalah di antara Tony dengan Arul Kanda. Jadi tidak berbangkit soal pengganti oleh kerana ini adalah dua individu yang telah mencabar satu sama lain," jelas Salleh. - Astroawani.

"Bukan menarik balik. Oleh kerana tidak ada perbahasan diantara mereka (Tony dan Arul Kanda) lagi, maka dengan sendirinya tidak ada lagi siaran langsung.

"Bagaimanapun, saya katakan ini tidak bererti RTM tidak akan mempunyai slot untuk forum-forum tertentu," kata Salleh, di Parlimen.

Tidak ada siaran langsung kalau debat bukan antara Arul dan Pua. Kalau Arul berdebat dengan orang lain (contohnya Rafizi), maka tidak akan ada siaran langsung oleh RTM.

Atau kalau Pua berdebat dengan orang lain (contohnya Najib), juga tidak ada siaran langsung.

Siaran langsung itu hanya eksklusif buat Arul dan Pua saja.

Ini bukan lagi soal mahu beri penjelasan kepada rakyat tentang isu 1MDB tapi ia sudah menjadi satu isu peribadi Arul dan Pua.

Dan kita hairan apakah niat Salleh selaku Menteri yang berkuasa atas RTM semasa beliau memberi persetujuan siaran langsung itu sebelum ini?

Benarkah persetujuan siaran langsung sebelum ini diberikan atas dasar kepentingan umum atau ada agenda lain?

Rakyat mahu dengar Arul selaku wakil 1MDB bercakap tentang isu-isu 1MDB, rakyat tak kisah pun samada lawannya adalah Arul atau orang lain. Rakyat cuma mahu tahu maklumat tentang 1MDB.

Tapi Menteri pula lebih kisahkan tentang SIAPA yang berdebat bukan isu perdebatan!

Apa sebenarnya yang Salleh mahu rakyat lihat secara langsung kalau Arul berdebat dengan Pua?

Adakah kerajaan tidak lagi mendengar apa kemahuan rakyat dan menganggap rakyat harus terima saja apa yang disogokkan oleh kerajaan?

Ada yang kata semua ini cuma lakonan saja. Sebagai usaha mahu mengeluarkan Pua dari PAC. Entahlah...

Apa yang pasti, dek sebab 1MDB ini, kerajaan dah jadi macam orang bodoh pada mata rakyat!

Tindakan-tindakan dan kenyataan-kenyataan yang tidak rasional dan pelik dari kerajaan merupakan sindrom nyata penyakit 1MDB, macam debat Najib dan Tun Mahathir sebelum ni juga..

BACA INI JUGA: 1MDB, Amalan Rasuah Peringkat Paling Teruk?

Sumber: Dinturtle

Wednesday, November 04, 2015

9 Soalan Terbaik UMNO Semporna Dan Rafidah Aziz!

9 Soalan Terbaik UMNO Semporna Dan Rafidah Aziz!

Ketika berita penyingkiran beberapa pemimpin kanan Umno semakin hangat diperkatakan, salah satu bahagian parti itu yang terlibat secara langsung dalam isu berkenaan hari ini tampil mengemukakan sembilan soalan secara terbuka.

UMNO+SEMPORNA

Kenyataan dikeluarkan Umno bahagian Semporna itu juga mengingatkan pucuk pimpinan parti berkenaan bahawa tokoh yang dilihat kritikal terhadap Datuk Seri Najib Razak itu mempunyai penyokong tegar di seluruh negara.

"Tujuh pemimpin yang disebut-sebut itu - terutama Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal - bukan hanya mempunyai penyokong tegar di kawasan yang mereka wakili malah ada di seluruh negara.

"Perlu diingatkan bahawa setiap undi dan kerusi dalam pilihan raya umum ke-14 nanti adalah penting kepada survival Umno," kata kenyataan berkenaan.

Pertanyaan yang dikemukakan Umno Semporna hari ini adalah:
  • Adakah bersuara demi kepentingan rakyat kini bukan lagi keutamaan kepada parti?
  • Adakah syarikat 1MDB menjadi institusi yang lebih penting, berkuasa dan lebih besar pengaruhnya berbanding Umno?
  • Adakah 1MDB ini milik Umno?
  • Adakah dengan menyokong 1MDB ini dapat menguatkan parti Umno?
  • Adakah melalui penyingkiran, pengantungan dan pemecatan pemimpin dan bekas pemimpin Umno dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti?
  • Adakah pemimpin serta Setiausaha Agong Umno sedar majoriti ahli parti dan rakyat percaya bahawa pemimpin yang kononnya dikhabarkan sedang dipantau itu menyuarakan sesuatu isu yang sememangnya dekat dengan hati rakyat?
  • Kuat sangatkah Umni pada hari ini hinggakan pemimpin atasan seolah-olah lupa bahawa asas perjuangan Umno adalah untuk kepentingan rakyat dan bukan kepentingan pemimpin?
  • Adakah desakan untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang melakukan kesalahan dan penyelewangan itu selarin dengan kenyataan Najib sebagai Presiden Umno?
  • Dalam konteks Sabah pula, apakah mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat negeri itu jika Mohd Shafie disingkirkan kerana menyataan kebimbangan terhadap parti?

Sebelum ini Malaysiakini melaporkan mengenai tujuh pemimpin misteri Umno yang sedang dipantau untuk diambil tindakan disiplin.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata langkah itu akan diambil selepas proses berkaitan selesai dibuat.

Katanya Umno "sudah penat melayan anggota parti yang mengeluarkan kenyataan tidak sesuai kepada orang umum".

Bersuara demi rakyat

Umno Semporna diketuai oleh Mohd Shafie yang juga salah seorang daripada pemimpin kanan yang dipercayai sedang dipantau ibu pejabat parti ketika ini.

Beliau dan Muhyiddin adalah antara tokoh yang pernah membangkitkan persoalan mengenai cara Najib mengendalikan beberapa isu negara, termasuk agensi pelaburan tajaan kerajaan 1MDB.

Menurut kenyataan Umno Semporna, Mohd Shafie adalah salah seorang pemimpin yang bertanggungjawab membawa Umno ke Sabah.

Dengan rekod "cemerlang dalam memikul tanggungjawabnya" sebagai wakil rakyat dan pernah berkhidmat sebagai menteri di tujuh kementerian, mereka mempertikaikan kewajaran Mohd Shafie disingkirkan hanya kerana "bersuara demi kepentingan rakyat".

"Ahli Jawatankuasa Umn Semporna amat kecewa dengan khabar angin yang mengatakan terdapat usaha menyingkirkan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden Umno serta Mohd Shafie selaku naib presiden.

"Ketika ini Umno berdepan masalah kemerosotan keyakinan rakyat terhadap parti dan ia dapat dibuktikan dengan keputusan dua 2 pilihan raya umum lalu apabila buat pertama kali dalam sejarah, parti kalah undi popular kepada pembangkang.

Adakah dengan penyingkiran, pengantungan dan pemecatan pemimpin serta bekas pemimpin Umno yang banyak berjasa dapat mengembalikan keyakinan rakyat?" katanya.

Menurut Umno Semporna lagi, sehingga kini Muhyiddin dan Mohd Shafie tidak pernah mengeluarkan kenyataan menuduh perdana menteri melakukan penyelewengan.

Sebaliknya, kata mereka, kedua-dua pemimpin itu secara konsisten mengeluarkan kenyataan supaya 1MDB serta kementerian kewangan perlu telus dan jujur membuat penjelasan kepada rakyat.

"Jika terdapat salah laku atau penyelewangan, mereka yang telibat perlu dibawa ke muka pengadilan tanpa takut atau pilih kasih. Bukankah ia selaras dengan kenyataan perdana menteri?" kata kenyataan itu.

Ketika ini, kata Umno Semporna, golongan muda dahagakan pemimpin berani menyatakan kebenaran dan bukan tokoh bersuara dengan bongkak, retorik serta mengampu "seperti yang berlaku sekarang".

Malah lebih teruk, katanya, ada pihak mencabar pemimpin tertentu keluar dari Umno atau BN jika tidak menyokong perdana menteri lapor Malaysiakini.

Rafidah Aziz

Rafidah Aziz

Satu lagi komen terbaik adalah dari Tan Sri Rafidah Aziz melalui FB beliau.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz semakin bimbang terhadap apa yang berlaku dalam Umno hari ini.

"Perkara menjadi sangat peribadi... sehingga semuanya kelihatan seperti ada dendam peribadi. Tumpuan difokus kepada individu berhubung pelbagai sebab dan bukan kepada parti serta kepentingan ahli.

"Kata-kata yang menyakitkan hati dilempar, serangan peribadi menjadi norma. Paling teruk, tiada tolak ansur langsung kepada sebarang suara yang ingkar atau berbeza pandangan," katanya dalam Facebook.

Kenyataan bekas ketua wanita Umno itu dibuat ketika spekulasi semakin hangat bahawa Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal digantung dari kedudukannya.

Rafidah memberi amaran bahawa akan menjadi "kesilapan besar atau persendaan" jika pemimpin hanya mendengar suara penyokong mereka sahaja.

Penyokong pula, katanya, dijangka menyuarakan apa yang mereka fikirkan pemimpin mahu mendengar.

"Tidak ramai penyokong yang mahu menghulur tengkuk untuk menyatakan sesuatu yang berbeza. Dan dalam politik, adalah lumrah untuk tidak mempersoalkan atau untuk menunjukkan perbezaan pendapat, "katanya.

Rafidah berkata isu yang dihadapi oleh parti dan negara bukan isu peribadi pemimpin, justeru, elemen peribadi mesti diketepikan. lapor Malaysiakini.

BACA INI JUGA: Mahu BN Tapi Tidak Mahu Najib, Apa Pilihan Yang Ada Buat Rakyat?

Tuesday, November 03, 2015

Pelan Rasionalisasi Hutang 1MDB, Nak Bayar Hutang Tapi Berhutang?!

Pelan Rasionalisasi Hutang 1MDB, Nak Bayar Hutang Tapi Berhutang?!

Pasti ramai yang teruja bila mendengar Arul bercakap tentang Pelan Rasionalisasi Hutang 1MDB, kan? Jual, jual jual lepas tu kasi settle hutang. YES! Hutang settle. Takde masalah dah. Kes 1MDB selesai!

Pelan Rasionalisasi Hutang 1MDB

Sekarang itulah yang menjadi target 1MDB, bukan nak buat untung atau nak bawa pelaburan strategik ke dalam negara tapi bagaimana nak settle hutang! Jauh sekali larinya agenda 1MDB waktu mula ditubuhkan dulu.

Dari kononnya nak bawa masuk duit ke dalam negara, kini mencurah-curah duit keluar negara. Apa yang rakyat dapat hasil dari pelan strategik 1MDB selama 6 tahun ini yang menelan belanja berpuluh billion ringgit? Anda sendiri boleh jawab...

Tanpa ramai sedari, sebenarnya Pelan Rasionalisasi Hutang 1MDB adalah BUKTI bagaimana 1MDB telah rugi berbilion-bilion ringgit duit kerajaan! Kita tidak sedar sebab terpaku dengan ayat-ayat gempak yang digunakan oleh Arul.

Memang kelas ayat-ayat yang digunakan. Berbaloi kerajaan bayar gaji Arul...

TAPI kalau kita buang semua ayat-ayat hiasan itu dan melihat kepada FAKTA ASASnya saja, baru kita akan sedar bahawa tidak ada apapun yang patut dibanggakan dengan 1MDB.

Kita cuma perlu melihat isu dari sudut pandangan lain, yang mudah tanpa dipesongkan pemikiran kita dek penggunaan ayat-ayat yang bombastik.

Jom kita lihat Pelang Rasionalisasi Hutang 1MDB berkaitan dengan IPP.

1 - 1MDB beli kesemua IPPnya dengan harga RM18 bilion. Diletakkan dibawah syarikat bernama Edra.

(Kita tolak ketepi dulu soal beli dengan harga mahal dan hal-hal berkaitan lain. Mudahkan isu supaya jelas pandangan kita)

2 - Hutang dah bertimbun dan 1MDB tak mampu bayar. Jadi sekarang 1MDB nak jual balik IPP itu secara borong. Maknanya nak jual Edra.

(Sebab apa 1MDB tak mampu bayar hutang? Itu kena tanya pro 1MDB yang begitu bangga dengan ketidakupayaan 1MDB nak bayar hutang hingga terpaksa jual aset. Pelik dah sekarang kayu ukur yang mereka gunakan untuk tentukan samada sebuah syarikat itu berjaya atau tidak atau perlu dibanggakan atau tidak)

3 - Kemungkinan besar TNB yang akan beli Edra dengan harga RM15 bilion. Hasil jualan itu 1MDB akan bayar hutang.

Nah, di sini yang ramai tidak nampak akan satu perkara paling penting. 1MDB adalah kerajaan dan TNB juga adalah kerajaan... bermakna kerajaan akan buat dua kali hutang untuk benda yang sama!

Huh? Nampak tak? Cuba baca balik perlahan-perlahan... Berhutang kali kedua untuk bayar hutang pertama.

Kerajaan beli IPP (melalui 1MDB) dengan harga RM18 bilion hutang. Kemudian kerajaan (melalui TNB) akan berhutang sekali lagi untuk bayar hutang RM15 bilion untuk IPP yang sama.

Di mana ruginya?

Saja-saja je bayar Bunga atau interest untuk pinjaman RM18 bilion! Kalau 5% dah jadi RM900 juta setahun. Kalau selama 3 tahun, jumlah interest yang terpaksa kerajaan bayar (melalui 1MDB) adalah hampir RM3 bilion!

Untuk baki pinjaman pokok yang mahu disettlekan itu pun pasti ada caj interest juga. Umpama kita nak settlekan baki pinjaman kereta kita sekali gus, bank takkan terima pokok je, interest tetap dikira. Mungkin diberi sedikit diskaun je sebab bayar awal.

Jadi, berapa bilion kerugian dalam bentuk interest yang terpaksa kerajaan bayar kerana 1MDB gatal nak beli IPP secara hutang?

TNB pula terpaksa berhutang juga kalau nak ambilalih Edra. TERPAKSA sebab kalau tidak IPP akan terlepas ke tangan orang luar.

Yang untung siapa angkara 1MDB ini? Tauke IPP asal yang dapat jual IPP yang nak tamat tempoh dengan harga mahal dan bank-bank yang dapat interest yang jumlahnya berbilion ringgit!

BAYANGKAN kalau 1MDB ini tidak wujud pun... semua bilion-bilion itu tidak perlu pun ditanggung oleh kerajaan. Itu adalah keRUGIan!

Siapa yang kena bertanggungjawab?

Adakah Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat yang buat semua keputusan bodoh itu dikenakan sebarang tindakan atas kerugian berbilion-bilion ringgit itu?

Bagaimana dengan ahli lembaga pengarah 1MDB? Atau CEO atau mana-mana pegawai 1MDB lain?

Taaaaak... semua elok jer.

Yang bertanya dan yang menyiasat pula dikenakan tindakan!

Itu hanya fakta-fakta asas saja. Banyak lagi perkiraannya termasuk opportunity cost. Pendek kata, 1MDB atau kerajaan telah rugi berbilion ringgit dalam projek Edra ini.

Fakta RUGI BERBILLION RINGGIT ini jangan dilupakan setiap kali kita dengar Arul atau Najib bercerita tentang Pelan Rasionalisasi Hutang 1MDB.

Kalau boleh kita minta Arul atau Najib nyatakan berapa sebenarnya jumlah kerugian berbilion itu.

BACA INI JUGA: 'Malaysia Menjadi Begitu Hina Oleh Perdana Menterinya Sendiri!'

Sumber: Dinturtle