Wednesday, January 27, 2016

'Bagaimana Wang 'Beku' Boleh Dipulangkan?' - Tun Mahathir


Tun Mahathir memohon penjelasan peguam negara bagaimana PM Najib memulangkan kembali sebahagian besar wang sumbangan diterimanya kepada kerabat diraja Saudi.

TUN+MAHATHIR

“Bagaimana dan bila ia dibuat? Kita diberitahu bahawa bakinya dibekukan oleh Singapura.

“Boleh Singapura jelaskan berkaitan unfreezing dan penghantaran balik kepada Saudi?” soalnya dalam tulisan terkini di blognya.

Tun juga membangkitkan persoalan sama ada Singapura yang merupakan sebuah pusat kewangan akan begitu mudah tertipu.

Peguam Negara, Apandi Ali semalam berkata US$620 (RM2.03 bilion) daripada AS$681 yang diterima dipulangkan semula kerana tidak diguna pakai.

Pada 22 Julai tahun lalu, Reuters melaporkan bahawa pihak polis Singapura telah membekukan dua akaun bank susulan siasatan terhadap dakwaan salah urus kewangan dan rasuah berkaitan 1MDB.

Selain itu, Mahathir juga mengakui terkejut dengan keputusan peguam negara yang memutuskan bahawa perdana menteri tidak melakukan apa-apa perbuatan jenayah apabila wang RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

"Mempunyai sejumlah wang seperti itu di dalam akaun perdana menteri pun sudah menjadi kesalahan walaupun ia mungkin bukan jenayah.

"Tetapi peguam negara sekarang mengumumkan wang tersebut merupakan hadiah daripada Arab Saudi.

"Dan peguam negara membuat kesimpulan bahawa tiada kes untuk Najib menjawab. Beliau juga mengarahkan SPRM untuk menutup kes itu dan hentikan siasatan."

Tun juga secara sinis mempersoalkan SPRM yang sepatutnya menjadi sebuah badan bebas tetapi dilihat seolah-olah menerima arahan daripada Apandi.

"Saya fikir SPRM adalah sebuah badan yang bebas. Tetapi kini ia seolah-olah berada di bawah peguam negara dan mengambil arahan daripada dia.

"Tidak hairanlah Malaysia termasuk di kalangan sepuluh negara yang paling korup di dunia.

"Badan pencegahan rasuahnya tidak bebas," kata Mahathir lagi.

Membingungkan Dunia

Yang menyebabkan dunia masih tergaru-garu kepala ialah, kenapa derma tersebut bernilai 2.6 BILION?

Kenapa jumlah tersebut yang dipilih? Soal dunia lagi kenapa pulak hanya berbaki 2.03 bilion?

Tentu ianya tiada kena mengena dengan perpindahan duit keluar ke Singapura yang telah dibekukan akaun disana kan! Tentu takde kena mengena kan?

Jadi dengan kenyataan AG, maka suci murni la penerima derma! Maka negara pun turut sama menerima tempias suci murninya! Suci lagi menyucikan!

Soalnya, bagaimana dengan Mahkamah rakyat? Apakah benar rakyat menerima penyucian ini?

Apakah penyucian ini akan mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO dan BN?

Apakah benar rakyat menutup 'kes' ini?

Pastinya yang benar tetap benar! Yang bathil tetap bathil!

Nak lari mana?

Lu Fikir La Sendiri!

BACA INI JUGA: Najib Kata Derma Tak Salah?! SPRM Kata Rasuah!

Sumber: Malaysiakini/Politikputramerdeka

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon