Saturday, August 01, 2015

Mahu BN Tapi Tidak Mahu Najib, Apa Pilihan Yang Ada Buat Rakyat?


“Adalah penting bahawa media tidak dihukum kerana melaporkan apa yang tidak disenangi sesetengah pihak. Sesungguhnya kami tidak akan mengikuti beberapa negara lain dimana media diarah untuk apa yang boleh dicetak dan tidak,” kata Rafidah.- astroawani.

Tolak Najib

Rafidah juga kata tindakan itu hanya untuk alih isu dan tumpuan rakyat dari masalah sedia ada dan ia tidak menghalang dari rakyat terus memperkatakannya. Lebih ramai rakyat akan kecewa dengan kerajaan.

Membaca komen Rafidah dalam isu 'menghukum' media membuatkan kita terfikir akan satu senario tidak berapa lama yang akan datang, iaitu tatkala rakyat membuat pilihan kerajaan pada PRU14.

Bayangkan keadaan sekarang tidak berubah di mana -

1. 1MDB masih mengelak untuk menjawab persoalan-persoalan masa lalu mereka. Mungkin 1MDB sudah berubah bentuk berbanding sekarang. Mungkin sudah bungkus, mungkin sudah bertukar jadi raksasa, hutang mungkin sudah langsai, aset dan tanah mungkin sudah habis dijual. TAPI persoalan mengenai transaksi-transaksi meragukan masa lampau masih tidak berjawab.

2. Najib masih tidak mahu membuat pengakuan kepada rakyat apakah benar RM2.7 bilion didepositkan ke akaun peribadinya.

3. Keluarga Najib masih tidak mahu menjelaskan berapakah jumlah dan punca harta kekayaannya yang semua orang boleh nampak ianya jauh melebihi dari pendapatan beliau sebagai PM.

Mungkin Najib berjaya tutup mulut pengkritik dari terus menyoal perkara-perkara di atas sehingga PRU14 tanpa memperdulikan perasaan kecewa rakyat.

Sekarang pro Najib begitu teruja menyamakan usaha mahu menyingkirkan PM Najib sebagai ancaman kepada kerajaan dan negara.

Rakyat berjaya ditakutkan dengan ancaman-ancaman yang bakal dikenakan jika terus menyoal isu-isu di atas dan hasilnya, Najib berjaya kekal sebagai PM dan mengetuai jentera BN menghadapi PRU14.

Rakyat ramai yang tidak puashati dengan Najib sebagai PM dan terus memendam rasa.

PERSOALANnya, apakah isu-isu di atas akan menjadi perkiraan kepada pengundi dalam membuat pilihan di atas kertas undi kelak?

Bagaimana kalau perkiraan PRU14 nanti adalah Undi BN = Undi PM Najib? Atau Najib yang menjadi topik kempen utama PRU nanti, jika mahu Najib terus sebagai PM maka undilah BN?

Agaknya, bagaimanakah keputusan PRU14 nanti?

Bagaimana pendirian rakyat yang memendam perasaan tidak puashati terhadap Najib, ketika memangkah kertas undi kelak?

Mereka yang sebelum ini undi BN mungkin tidak akan alih kepada pembangkang tapi adalah menjadi hak mereka untuk protes, sama ada tidak keluar mengundi atau rosakkan kertas undi sebagai satu-satunya cara mengekspresi ketidakpuasan hati terhadap Najib.

Sistem yang kita amalkan menafikan hak rakyat untuk memilih siapa menjadi PM. Kita hanya boleh pilih parti yang jadi kerajaan dan terserah kepada parti itu untuk pilih siapa yang jadi PM kita.

Jadi, di mana hak rakyat untuk memilih PM? Kita timbulkan ini sebagai menjawab 'nasihat' beberapa pemimpin yang mahukan kita akur kepada sistem demokrasi yang diamalkan, maknanya terima sajalah Najib sebagai PM dan buat pilihan pada pilihanraya kelak!

Adakah mereka itu maksudkan supaya rakyat jadikan isu siapa PM sebagai asas pilihan semasa PRU14? Adakah Umno BN mahu mengambil risiko itu?

Sila Jawab Ini - Mereka tidak punya masalah dengan BN dan masih mahu BN terus jadi kerajaan tapi mereka tidak mahu Najib!

Bagi rakyat yang tidak mahu Najib terus sebagai PM tapi masih mahu BN terus jadi kerajaan, apakah pilihan yang ada pada mereka?

Jika proses untuk memilih PM itu ada, mungkin tidak akan timbul sebarang usaha mahu menukar PM Najib. Kita rela sabar menanti saat dan waktunya, tapi apakah proses itu wujud?

BACA INI JUGA: Koleksi Lawak Isu #derma RM2.6 Bilion Najib

Sumber: Dinturtle

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon