Tuesday, November 05, 2019

Ubahsuai 'Basikal Lajak' Punca Berbahaya Ditunggang

Ubahsuai 'Basikal Lajak' Punca Berbahaya Ditunggang

Basikal lajak yang menjadi kegilaan segelintir kanak-kanak dan remaja amat mudah diperoleh di kedai basikal yang biasanya dilengkapi ciri-ciri keselamatan, tetapi yang membahayakan dan menyalahi undang-undang ialah apabila ia diubah suai atau dihasilkan sendiri.

Kontroversi Basikal Lajak

Pengubahsuaian yang biasa dilakukan ialah menanggalkan brek, merendahkan tempat duduk dan memotong sepit udang sekali gus boleh membahayakan penunggangnya, lebih-lebih lagi ketika menuruni bukit.

Semua basikal termasuk basikal lajak sama ada yang diimport atau dibuat mengikut tempahan sebenarnya dilengkapi ciri keselamatan itu sebelum ia dijual kepada pelanggan, sama seperti basikal biasa, namun golongan remaja mengubahsuainya dan membuang fungsi brek menjadikan ia sangat berbahaya untuk ditunggang.

Antara nikmat yang mereka kecapi dengan basikal lajak adalah aktiviti perlumbaan menuruni bukit dengan mematikan sistem brek untuk mengurangkan beban agar lebih laju sewaktu menuruni bukit.

Ada pelbagai modifikasi lain yang boleh menjadikan sesebuah basikal lajak laju ketika menuruni bukit tadi.

Jiwa Memberontak

Bahaya Basikal Lajak

Aktiviti basikal lajak ini lazimnya dilakukan kanak-kanak dan remaja muda yang teruja untuk menggunakan mod pengangkutan, basikal diubahsuai mengikut kehendak masing-masing.

Pengubahsuaian basikal dilakukan sesuka hati, lazimnya membabitkan ‘handle bar’ dan bingkai basikal.

Ia dilakukan kanak-kanak sendiri dengan pengaruh rakan. Biasanya mereka membawa basikal ke kedai lebur besi dan meminta rekaan mengikut kreativiti sendiri.

Pengubahsuaian ini tentu sekali tidak membabitkan aspek keselamatan, malah ikut suka hati pemilik basikal itu.

Oleh kerana ia melibatkan basikal murah, kos ubah suai pun tidak mahal, maka tidak menjadi isu sehingga sesuatu yang malang berlaku, lebih-lebih lagi apabila aktiviti ini sengaja dilakukan dari atas demi kepuasan ketika menuruni bukit.

Basikal lajak ini dihentikan dengan kaki sahaja, caranya dengan menekan tayar belakang.

Berbahaya

Siapa kata salah untuk berbasikal, cuma janganlah sampai mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan menyusahkan orang lain. Aksi-aksi superman atau mematikan brek basikal tidak patut dilakukan demi keselamatan penunggang dan orang lain.

Janganlah sampai ada undang-undang seperti mengenakan hukuman kepada ibu bapa mereka yang membenarkan anak untuk berbasikal lajak, kerana hakikatnya ramai masih menggemari aktiviti berbasikal tanpa mengabaikan faktor-faktor keselamatan yang telah ditetapkan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:




-Sentiasapanas.com

Monday, November 04, 2019

Apa Sebenarnya Skandal Watergate Yang Memusnahkan Karier Richard Nixon

Apa Sebenarnya Skandal Watergate Yang Memusnahkan Karier Richard Nixon

Dalam sejarah presiden Amerika, tidak sah jika kita tidak menyebut skandal-skandal yang menyelubungi sesetengah presidennya dan bagi yang pernah membesar pada tahun 80-an sudah pasti masak dengan skandal Iran-Contra yang melanda pentadbiran Ronald Reagan.

Skandal Watergate

Geng 90-an sudah pasti menyengih melihat kegelisahan Bill Clinton bila diasak soalan tentang hubungan sulitnya dengan Monica Lewinsky.

Tetapi, ada satu skandal yang hampir-hampir menyebabkan Richard Nixon, Presiden AS pada masa itu dipecat: Watergate.

Pada awal pagi 17 Jun 1972, sekumpulan pencuri memecah masuk ke kompleks bangunan Watergate dengan niat mencuri beberapa dokumen dan memperbetulkan alat pendengar pada talian telefon di pejabat Jawatankuasa Kebangsaan Parti Demokrat.

Tetapi, usaha mereka tidak berjaya dan semua mereka ditahan polis selepas kehadiran mereka disedari seorang pengawal keselamatan.

Mereka yang ditahan ialah tiga bekas anggota pergerakan anti-Castro dari Cuba Virgilio Gonzalez, Bernard Barker dan Eugenio Martinez. Dua lagi yang lain ialah bekas operatif CIA iaitu James McCord dan Frank Strugis.

Penangkapan lima individu ini menjadi permulaan kepada skandal Watergate namun, bagaimana kegilaan yang melanda pentadbiran Richard Nixon ini bermula?

‘Keghairahan untuk dipilih semula’

Semua ini bermula apabila Richard Nixon melancarkan kempen pemilihan semula sebagai presiden untuk penggal kedua pada tahun 1972.

Dengan Perang Vietnam masih berlangsung dan negara masih berpecah, maka bukanlah satu kejutan mengapa Nixon beria-ia mahu kembali ke Oval Office untuk penggal kedua.

Jadi, tidak hairanlah mengapa pasukan kempennya sanggup menggunakan kaedah haram termasuk mencuri dengar aktiviti parti Demokrat di pejabat mereka.

Sebulan sebelumnya, pasukan pencuri yang ditahan sebelum ini pernah memecah masuk ke Watergate untuk mencuri dokumen sulit dan memasang alat pendengar, masalahnya alat tersebut tidak berfungsi dan memaksa mereka kembali pada 17 Jun itu.

Pada awalnya, pihak berkuasa tidak tahu kumpulan pencuri ini ada kaitan dengan kumpulan kempen Nixon.

Tetapi kecurigaan mula timbul selepas mereka menemui salinan nombor telefon jawatankuasa pemilihan semula Rumah Putih kepunyaan salah seorang pencuri.

Pada Ogos tahun sama, dalam satu ucapannya kepada khalayak awam, Nixon bersumpah bahawa beliau dan pasukan kempennya tiada kaitan dengan pencuri-pencuri itu.

Di sebalik lebih banyak pendedahan termasuk dari mana wang yang digunakan pencuri-pencuri ini semasa ditahan, tidak menghalang beliau meraih kemenangan besar mengalahkan calon Demokrat George McGovern.

Konspirasi

Tetapi selepas dipilih, ia turut menandakan permulaan konspirasi untuk menjauhkan pihak berkuasa dari menyiasat Nixon.

Misalnya, wang yang dimiliki para pencuri lebih $2,000 semasa ditahan dan bila disiasat dari mana punca wang tersebut, ia datang dari jawatankuasa pemilihan semula Nixon membabitkan bendahari Hugh Sloan, pengarah kewangan Maurice Stans dan timbalan pengarah Jeb Magrunder.

Semasa disoal siasat pihak berkuasa, Sloan mendedahkan wang tersebut disalurkan kepada G. Gordon Liddy, individu yang bertanggungjawab mengatur pencuri-pencuri ini masuk ke kompleks Watergate.

Apabila pihak Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengesyaki wujud konspirasi lebih besar di sebalik semua ini, Richard Nixon melalui ketua stafnya H.R Haldeman cuba menghalang siasatan ke atas asal-usul dana yang digunakan untuk aktiviti pecah masuk itu.

Beliau juga tidak teragak-agak mempergunakan pemangku pengarah biro L. Patrick Gray untuk memperlahankan siasatan mereka ke atas insiden berkenaan.

Keadaan ini nyata mengecewakan seorang pegawai tinggi biro bernama Mark Felt dan beliau secara senyap-senyap mula membocorkan maklumat kepada dua wartawan The Washington Post, Bob Woodward dan Carl Bernstein.

Selain Woodward dan Bernstein, Felt juga turut meninggalkan beberapa petunjuk untuk media mengikuti skandal berkenaan sehinggalah beliau meletak jawatan pada Jun 1973.

Pada tahun 1973, tekanan ke atas pentadbiran Nixon semakin bertambah apabila beberapa pembantunya bersedia bertemu dengan pihak pendakwaraya dan menyatakan kebenaran demi menyelamatkan kedudukan beliau di Rumah Putih.

Langkah ini dinyatakan peguam Rumah Putih John Dean semasa bertemu dengan Richard Nixon pada April 1973.

Tidak lama selepas itu, Haldeman dan seorang lagi pembantu bernama John Ehrlichman meletak jawatan bersama Peguam Negara Richard Kleiendiest sementara Dean pula dipecat dari Rumah Putih.

Selepas melantik Elliot Richardson sebagai pengganti Kleindiest, Richardson memilih Archibald Cox sebagai ketua pasukan siasatan Watergate.

Tahun tersebut turut menyaksikan Senat membentuk jawatankuasa siasatan mereka diketuai Sam Ervin (Demokrat – Carolina Utara).

Konspirasi Watergate yang berterusan telah menyusahkan keupayaan pihak berkuasa untuk menyiasat skandal berkenaan tetapi semua itu berubah ketika sesi pendengaran Senat pada 16 Julai 1973.

Apabila ditanya jawatankuasa sama ada Nixon mempunyai alat perakam yang dipasang di Oval Office, pembantu Rumah Putih bernama Alexander Butterfield mendedahkan sistem berkenaan benar-benar wujud.

Pengakuan itu sudah cukup untuk Cox dan Senat memfailkan sepina untuk mendapatkan akses kepada rakaman-rakaman itu tetapi ditolak Nixon atas alasan itu merupakan kelebihan eksekutif yang dinikmatinya sebagai presiden.

Apabila Cox enggan menggugurkan sepina yang difailkan, ini membawa kepada peristiwa yang dipanggil ‘Saturday Night Massacre’.

Pada 20 Oktober 1973, Richardson diarah Nixon untuk memecat Cox tetapi memilih meletak jawatan.

Beliau kemudian beralih kepada Timbalan Peguam Negara William Ruckleshaus untuk melakukan perkara sama tetapi Ruckleshaus turut memilih meletak jawatan.

Selepas mencari siapa yang boleh melakukan tugas itu, Nixon memilih Robert Bork.

Robert Bork yang dilantik sebagai pemangku Peguam Negara juga merasakan, walaupun arahan yang dikeluarkan presiden itu sah tetapi pada masa sama, beliau juga turut mempertimbang untuk meletak jawatan kerana tidak mahu dianggap sebagai pak turut demi menyelamatkan jawatannya.

Tetapi, pemecatan Cox tetap dilakukan pada akhirnya dan itu sebenarnya menyediakan batu asas kepada kejatuhan Nixon sendiri.

Apabila Ruckleshaus meletak jawatan, Rumah Putih mengeluarkan berita bahawa beliau sudah dipecat.

Tetapi, harapan untuk melihat berita tersebut bertahan, hancur berkecai apabila Washington Post mendedahkan satu surat dari Rumah Putih kepada Bork yang menyatakan Ruckleshaus sudah meletak jawatan.

Pada November tahun sama, seorang hakim persekutuan bernama Gerhard Gesell mengeluarkan penghakiman pemecatan Cox sebagai tidak sah kerana ketiadaan bukti konkrit yang membenarkan pentadbiran untuk memecatnya.

Berita ini mencetuskan kemarahan Kongres dan orang ramai serta dianggap satu bentuk salah guna kuasa oleh presiden.

Richard Nixon yang masih menganggap dirinya kebal, mengarahkan Bork memilih penyiasat baru untuk meneruskan siasatan Watergate dan pengganti Cox ialah seorang peguam bernama Leon Jaworski.

Pada tahun 1974, sidang juri mendakwa beberapa pembantu Nixon kerana disyaki cuba menghalang siasatan Watergate dan antara individu yang terpalit dengan dakwaan ini ialah Haldeman dan Ehrlichman.

Sidang juri turut secara rahsia menyatakan pembabitan Richard Nixon tetapi dipujuk pendakwa khas untuk tidak diteruskan atas alasan presiden hanya boleh didakwa selepas meninggalkan Oval Office.

Pada Julai tahun sama, Mahkamah Agung Amerika Syarikat membuat penghakiman semua rakaman yang didakwa merupakan hak eksekutif, dianggap batal dan Richard Nixon harus menyerahkan semua rakaman kepada pendakwaraya khas.

Smoking Gun

Satu rakaman yang dianggap pemusnah tempoh penggal kedua Richard Nixon digelar rakaman Smoking Gun.

Dalam rakaman tersebut, Nixon dan Haldeman berbincang bagaimana hendak menghentikan siasatan Watergate termasuk menggunakan Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) Vernon Walters untuk memaksa FBI menghentikan siasatan.

Walaupun beliau bertegas itu bukan satu bentuk halangan kepada siasatan yang dijalankan biro dan CIA mengesahkan ia tiada kaitan dengan isu keselamatan negara, itu sudah cukup untuk menjahanamkan reputasi Nixon.

Perletakan jawatan dan legasi

Pada malam 7 Ogos 1974, Nixon bertemu dengan tiga wakil Republikan iaitu dua wakil Senat Barry Goldwater dan Hugh Scott dengan John Jacob Rhodes dari pihak Kongres.

Mereka memberitahu sokongannya di Kongres sudah musnah dan mereka juga sudah bersedia mengundi berkenaan usul memecatnya.

Goldwater dan Scott turut mendedahkan sudah cukup undi bagi pihak Senat untuk mendakwanya dengan 15 anggota Senat saja yang memilih untuk tidak mendakwa.

Atas sebab itulah pada petang 8 Ogos, Richard Nixon memilih untuk meletak jawatan berkuatkuasa tengah hari 9 Ogos dalam satu ucapan yang disiarkan di seluruh negara.

Dengan Richard Nixon bersedia untuk meletak jawatan, Kongres memilih untuk menggugurkan prosiding pemecatan tetapi beliau masih boleh didakwa atas tuduhan jenayah.

Atas sebab itulah, penggantinya Gerald Ford memberi pengampunan penuh tanpa syarat kepada Nixon pada 8 September tahun sama.

Ramai berspekulasi tindakan Ford memakan diri apabila tewas kepada Jimmy Carter semasa pilihan raya presiden tahun 1976.

Ia turut memberi kesan besar kepada profesion guaman di US kerana kebanyakan yang terbabit dalam skandal berkenaan merupakan peguam.

Ini memaksa Persatuan Peguam Amerika (APA) melancarkan reformasi dengan membuat model peraturan baru dan pengenalan pelajaran etika dalam fakulti undang-undang untuk memastikan peguam-peguam sedar tanggungjawab etika mereka.

Richard Nixon cuba menggunakan platform temubualnya dengan wartawan British bernama David Frost untuk membersihkan legasinya itu pada tahun 1977.

Tetapi temubual itu hanya menambah lebih banyak kerosakan lebih-lebih lagi membabitkan Watergate dan beliau secara formal memohon maaf atas apa yang berlaku.

Dua wartawan Washington Post iaitu Woodward dan Bernstein kemudiannya menerbitkan buku All the President’s Men pada tahun 1974 sebelum diadaptasi dalam bentuk filem pada tahun 1976 yang menampilkan Robert Redford (Woodward) dan Dustin Hoffman (Bernstein).

Peranan Felt sebagai pemberi maklumat atau nama gelaran Deep Throat kepada dua wartawan ini hanya didedahkan kepada umum pada tahun 2005.

Kisah Felt ini dibukukan dalam buku biografi bertajuk Mark Felt: The Man Who Brought Down the White House, pada tahun 2006 hasil tulisan beliau dan penulis John O’Connor.

Buku itu juga diadaptasi dalam bentuk filem dengan tajuk sama pada tahun 2017 yang menampilkan Liam Neeson sebagai Felt.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Apa Itu Kecurian Identiti?

Apa Itu Kecurian Identiti?

Kecurian identiti (Identity Theft) yang semakin meningkat pada kadar membimbangkan di Malaysia dan di seluruh dunia, telah menyebabkan kerugian dan kerosakan bernilai berjuta-juta ringgit, terutama sekali terhadap reputasi dan kesihatan kredit pengguna yang tidak bersalah.

Maksud Kecurian Identiti

Tetapi, adakah anda tahu apakah itu kecurian identiti? Mungkinkah anda menjadi mangsa seterusnya, dan jika ya, bagaimanakah situasi tersebut boleh menyusahkan anda?

Apakah sebenarnya kecurian identiti?

Kecurian identiti dan penipuan identiti adalah dua istilah yang digunakan untuk merujuk kepada semua jenis jenayah di mana seseorang memperolehi maklumat orang lain dan menyalahgunakannya.

Data peribadi yang kerap dicuri termasuk nombor kad kredit dan debit serta maklumat mengenai akaun bank, polisi insurans dan rekod perubatan.

Bahaya jika maklumat dicuri

Pencuri sering menggunakan maklumat kad kredit atau debit yang dicuri untuk membuat pembelian, terutamanya secara online. Mereka boleh menghubungi pihak bank dan berpura-pura menjadi pemilik kad kredit – kemudian membatalkan kad kredit mangsa dengan menggunakan pelbagai alasan, serta meminta kad baru dihantar ke alamat baru yang boleh diakses oleh pencuri.

Seterusnya, pencuri membeli-belah dengan menggunakan kad yang baru. Dalam kes yang lebih serius, kecurian identiti boleh memudahkan atau membiayai jenayah lain termasuk keganasan, imigrasi haram dan emel maklumat palsu (‘phishing’).

Dengan mencuri maklumat yang mencukupi, pencuri boleh mendapatkan pulangan cukai, berpura-pura menjadi orang lain jika ditangkap, atau menggunakan habis perlindungan insurans perubatan mangsa (kecurian identiti perubatan).

Tanda-tanda amaran anda mungkin menjadi mangsa kecurian identiti:

Anda menjangkakan kad kredit atau debit baru tiba di dalam mel tetapi ia lambat.
  • Anda melihat urusniaga yang tidak dilakukan oleh anda apabila menyemak penyata kad kredit.
  • Surat, bungkusan atau surat penting yang anda harapkan hilang secara konsisten.
  • Anda telah menerima notis litigasi atau dokumen pengadilan untuk sesuatu yang anda tidak lakukan.

Beberapa jenis pencurian identiti biasa:

1. Kecurian identiti kewangan

Ini adalah jenis kecurian identiti yang paling kerap berlaku. Pencuri identiti mencuri data kewangan seperti nombor kad kredit dan debit untuk mendapatkan manfaat ekonomi menggunakan nama mangsa.

Ini termasuk mendapatkan kredit, pinjaman, barangan dan perkhidmatan sementara berpura-pura menjadi orang lain.

Mangsa akhirnya akan dapat melihat perkara-perkara seperti bil untuk pembelian yang tidak pernah dibuat, pembukaan akaun baru, notis peringatan dari bank yang kad kredit mereka telah digunakan sehingga had maksima dan sebagainya.

2. Kecurian identiti berjenayah

Ini adalah jenis kecurian identiti yang sangat memudaratkan. Kecurian identiti jenayah berlaku apabila seseorang menggunakan identiti dengan maklumat anda untuk melepaskan diri dari tuduhan jenayah.

Apabila penjenayah dituduh atau ditangkap, mereka memberikan pengenalan palsu. Anda kemudian akan terlepas tarikh pendengaran mahkamah kerana tidak menyedari perkara ini, dan ini boleh menyebabkan sabitan jenayah yang teruk terhadap rekod anda.

Bukan sahaja ini akan merosakkan nama anda, ia boleh menjejaskan peluang anda untuk mendapatkan pekerjaan atau menyebabkan anda dihalang daripada meninggalkan negara ini oleh jabatan imigresen.

3. Kecurian identiti secara sintetik

Satu jenis kecurian identiti yang agak baru, pencuri mungkin menggabungkan maklumat yang mereka telah curi dari pelbagai mangsa untuk mencipta identiti ‘sintetik’ yang baru.

Pencurian identiti jenis ini memberi kesan negatif kepada semua mangsa yang maklumatnya digunakan dalam penciptaan identiti palsu.

Pencuri mungkin tidak menggunakan nama anda, tetapi alamat atau nombor telefon anda mungkin digunakan untuk aktiviti penipuan dan jenayah mereka.

4. Kecurian identiti perubatan

Ini berlaku apabila seseorang ingin mendapatkan rawatan perubatan di bawah identiti yang dicuri. Pencuri identiti mungkin menggunakan maklumat anda apabila menerima rawatan perubatan untuk mengelakkan pembayaran bil.

Penipuan kewangan boleh merosakkan kredit anda dan mengakibatkan bil perubatan yang besar.

Terdapat juga bahaya rekod perubatan pencuri yang digabungkan dengan rekod peribadi anda. Doktor menggunakan sejarah perubatan anda untuk membuat keputusan mengenai rawatan dan membuat diagnosis penyakit berdasarkan sejarah perubatan semasa dan masa lalu anda.

Maklumat yang tidak tepat boleh menyebabkan diagnosis salah atau prosedur rawatan yang merbahaya.

5. Pemalsuan alamat

Pencuri identiti boleh mengubah alamat surat-menyurat anda tanpa pengetahuan anda, kemudian mengalihkan semua surat anda ke alamat yang lain. Dengan memeriksa surat anda. pencuri boleh mendapat maklumat tambahan yang berguna mengenai anda.

Ia juga merupakan pencerobohan privasi anda kerana ia membolehkan mereka melihat surat-menyurat peribadi anda.

Bagaimana anda boleh mencegah kecurian identiti?

Walaupun anda mungkin tidak dapat menghalang pencuri daripada mencuri maklumat anda sepenuhnya, terdapat langkah-langkah yang anda boleh ambil untuk membantu melindungi maklumat peribadi anda yang sensitif.

Berikut adalah 8 cara untuk mencegah kecurian identiti:
  1. Dapatkan laporan kredit anda secara berkala dan semaknya untuk memastikan ia tidak mengandungi maklumat yang mencurigakan seperti akaun yang tidak anda buka, atau sebarang maklumat seperti prosedur litigasi.
  2. Semak penyata bank dan kad kredit anda dengan teliti untuk pembelian yang anda tidak lakukan.
  3. Awas terhadap ‘pelayar bahu’. Pastikan papan kekunci tidak kelihatan semasa menaip kata laluan anda di komputer dan di mesin ATM.
  4. Berhati-hati apabila menyimpan kata laluan tertulis, terutama sekali dalam dompet, dalam kereta atau di pejabat anda. Cuba hafal kata laluan anda. Sekiranya anda perlu menuliskannya, gunakan kod khas yang hanya anda seorang boleh fahami.
  5. Jangan membalas permintaan mencurigakan untuk maklumat peribadi (nama anda, tarikh lahir, maklumat keluarga atau nombor akaun bank) melalui telefon, mel, atau atas talian.
  6. Musnahkan atau lupuskan resit-resit anda, tawaran kredit, penyata akaun dan kad yang telah luput.
  7. Jangan meninggalkan dokumen peribadi dan data peribadi penting di tempat terbuka; ini memberi kesempatan kepada orang lain untuk mencuri maklumat anda dengan mudah.
  8. Jangan sekali-kali mengabaikan surat misteri atau tanda-tanda yang mencurigakan, terutamanya jika anda menyedari pola yang berulang. Ini boleh menjadi tanda bahawa orang lain telah menggunakan maklumat anda, atau jenayah telah dilakukan menggunakan nama anda. Teliti semua dokumen undang-undang dan mahkamah, dan ambil langkah segera untuk membetulkan keadaan.

MAKSUD DATA PERIBADI

Data peribadi bermaksud apa-apa maklumat yang digunakan di dalam transaksi komersial yang berhubungan secara langsung atau tidak langsung dengan seseorang subjek data yang dikenalpasti daripada maklumat tersebut.

Data tersebut boleh direkodkan sama ada secara manual atau elektronik meliputi perkara-perkara objektif dan juga subjektif tanpa mengira sumber maklumat itu diperolehi meliputi maklumat asas (contohnya nama, alamat dan nombor kad pengenalan) sehinggalah ke maklumat sensitif (contohnya rekod perubatan dan tahap kesihatan) atau apa-apa informasi lain yang ditetapkan Menteri di bawah APDP dari semasa ke semasa.

Antara contoh "data peribadi" adalah seperti:-
  • Nama dan alamat.
  • Nombor kad pengenalan.
  • Nombor pasport.
  • Maklumat kesihatan.
  • E-mel.
  • Gambar.
  • Imej dalam rakaman litar tertutup (CCTV).
  • Maklumat dalam fail peribadi.
  • Butiran akaun bank.
  • Butiran kad kredit.
  • Maklumat kesihatan (sensitif) contohnya, penjenisan darah, rekod atau huraian kesihatan sehinggalah ke maklumat-maklumat sensitif seperti kepercayaan politik, kepercayaan agama, keadaaan fizikal atau mental atau apa-apa informasi lain yang ditetapkan oleh Menteri di bawah APDP dari semasa ke semasa.

Data Peribadi Sensitif

Data peribadi sensitif bermaksud apa-apa data peribadi yang mengandungi maklumat mengenai kesihatan atau keadaan fizikal atau mental seorang subjek data, pendapat politiknya, kepercayaan agamanya atau kepercayaan lain yang bersifat seumpamanya perlakuan apa-apa kesalahan olehnya atau apa-apa data peribadi lain yang ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam warta.

AKTA 709

Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia (JPDP) merupakan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) berperanan memastikan pematuhan Akta melalui peningkatan kesedaran/promosi, amalan-nasihat yang baik dan memberikan nasihat umum dan bimbingan serta menjalankan penguatkuasaan tanggungjawab utama mengawal selia pemprosesan data peribadi individu yang terlibat dalam urus niaga komersial oleh pengguna datamenguatkuasakan Akta untuk membanteras penyalahgunaan data peribadi.

Fokus utama JPDP adalah mengawal selia pemprosesan data peribadi seseorang individu oleh pengguna data agar ia digunakan dengan cara yang penuh berintegriti, selamat dan tidak disalahgunakan.

Apakah tujuan Akta Perlindungan Data peribadi?

Untuk memberi perlindungan kepada maklumat peribadi seseorang individu yang diproses untuk tujuan transaksi komersial.

Siapa yang perlu mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi?

Semua individu dan organisasi yang memproses data peribadi dalam urusan mereka mesti mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dikecualikan.

Apakah Peraturan- peraturan tersebut?

Akta Perlindungan Data Peribadi mengandungi tujuh prinsip amalan pengendalian maklumat yang mesti dipatuhi.
  1. Prinsip Am.
  2. Prinsip Notis dan Pilihan.
  3. Prinsip Penzahiran.
  4. Prinsip Keselamatan.
  5. Prinsip Penyimpanan.
  6. Prinsip lntegriti Data.
  7. Prinsip Akses.

Data apakah yang dilindungi Akta?

Sebarang data yang membolehkan seseorang individu yang masih hidup dikenalpasti adalah dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi.

Beberapa contoh data boleh dianggap sebagai data peribadi selagi seseorang individu yang masih hidup boleh dikenalpasti daripada maklumat atau data tersebut:
  • Nama dan alamat.
  • Nombor kad pengenalan.
  • Nombor pasport.
  • Maklumat kesihatan.
  • Alamat e-mel.
  • Gambar.
  • Imej dalam rakaman litar tertutup (CCTV).
  • Maklumat dalam fail peribadi.

Bilakah sesebuah organisasi "memproses" data peribadi?

Sesebuah organisasi mesti mematuhi Akta hanya jika organisasi itu "memproses" data peribadi. Akta Perlindungan Data Peribadi memberi definasi kepada maksud perkataan "pemprosesan".

Definasinya sangat luas. "Pemprosesan" data peribadi bermaksud melakukan sesuatu terhadap data termasuklah mengumpul, merekod, memegang, menyimpan, menyusun, mengubah, menzahirkan dan memusnahkan. Hanya dengan membaca atau mengakses maklumat sudah dianggap "pemprosesan".

Contoh-contoh aktiviti yang boleh dianggap sebagai "pemprosesan"termasuklah:
  • Mengumpul data menggunakan borang, melalui telefon atau melalui laman sesawang.
  • Menerbitkan data.
  • Menjual data.
  • Menggunakan data dalam pentadbiran.
  • Menggunakan data untuk tujuan pemasaran.
  • Merekodkan data.
  • Mendedahkan atau memberikan data kepada organisasi lain.
  • Memusnahkan data.

    Siapa pengguna data?

    Akta Perlindungan Data Peribadi terpakai kepada seseorang individu dan organisasi sekiranya mereka adalah "Pengguna data".

    "Pengguna data"adalah individu atau organisasi yang:
    • Memproses data peribadi, atau
    • Mempunyai kawalan terhadap pemprosesan data peribadi, atau
    • Membenarkan pemprosesan data peribadi.

    Siapakah Pemproses Data

    Akta Perlindungan Data Peribadi tidak terpakai kepada seseorang individu atau organisasi yang memproses data peribadi bagi pihak pengguna data.

    Adakah pengguna data bertanggungjawab terhadap aktiviti pemproses data?

    Jika organisasi A mendapatkan khidmat organisasi B bagi memproses data bagi pihaknya, maka dalam hubungan ini, organisasi A adalah pengguna data manakala organisasi B adalah pemproses data.

    Akta Perlindungan Data Peribadi menghendaki organisasi A memastikan bahawa organisasi B memberi jaminan untuk mengambil langkah-langkah keselamatan bagi melindungi data yang diproses.

    Organisasi A juga dikehendaki oleh Akta supaya memastikan bahawa organisasi B mematuhi langkah-langkah tersebut.

    Siapakah subjek data?

    Akta Perlindungan Data Peribadi memberikan peraturan mengenai amalan yang baik dalam memproses data peribadi individu yang masih hidup. Akta mendefinasikan individu-individu yang mana data mereka diproses oleh pengguna data sebagai subjek data.

    Apakah hak-hak yang diberikan oleh Akta Perlindungan Data Peribadi kepada subjek data (individu)?

    Subjek data diberikan hak-hak berikut:
    • Hak untuk diberitahu samada data mereka diproses oleh sesebuah organisasi.
    • Hak untuk mengakses data peribadi.
    • Hak untuk membetulkan data peribadi.
    • Hak untuk menarik balik kebenaran memproses data peribadi.
    • Hak untuk menghalang pemprosesan yang mungkin menyebabkan kerosakan atau tekanan (distress).
    • Hak untuk menghalang pemprosesan bagi maksud pemasaran langsung.

    Apakah data peribadi sensitif?

    Akta Perlindungan Data Peribadi mendefinasikan data peribadi sensitif sebagai maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental seseorang individu, pendapat politiknya, kepercayaan agamanya dan kepercayaan lain yang bersifat seumpamanya.

    Selain itu, perlakuan atau penyataan perlakuan apa-apa kesalahan seseorang individu juga adalah data peribadi sensitif.

    Apakah syarat-syarat bagi memproses data peribadi sensitif?

    Akta tidak membenarkan pemprosesan data peribadi sensitif kecuali untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Akta dan pemprosesan tersebut mestilah dengan persetujuan secara nyata dari subjek data.

    Apakah yang boleh dilakukan jika seseorang mendapati bahawa data peribadi telah diproses tidak mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi?

    Individu yang merasakan bahawa data peribadi mereka telah diproses melanggar peruntukan mana-mana peruntukan Akta boleh membuat aduan kepada Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi.

    Apakah remedi yang ada kepada subjek data?

    Remedi dibawah Akta Perlindungan Data Peribadi adalah dalam bentuk kesalahan jenayah. Akta telah mewujudkan beberapa kesalahan jenayah baru, ini termasuklah kesalahan-kesalahan berikut:
    • Memproses data peribadi tanpa perakuan pendaftaran.
    • Memproses data peribadi selepas pendaftaran dibatalkan.
    • Melakukan perlanggaran terhadap mana-mana prinsip data.
    • Memproses data peribadi selepas persetujuan di tarik balik.
    • Memproses data peribadi sensitif tidak mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
    • Menjual atau membuat tawaran untuk menjual data peribadi.
    • Kegagalan mematuhi kehendak Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi bagi mematuhi notis mengenai pemasaran langsung.

    Bolehkah seseorang individu menuntut gantirugi/pampasan dibawah Akta Perlindungan Data Peribadi sekiranya data peribadi mereka telah diproses menyalahi Akta?

    Akta tidak memperuntukkan secara spesifik hak untuk menuntut ganti rugi.

    Organisasi atau orang yang memegang butir-butir peribadi anda mempunyai kewajipan di sisi undang-undang untuk mengendalikan data ini dengan berhati-hati.

    Jika anda mengalami kesusahan akibat butir-butir peribadi andatidak diuruskan dengan baik, anda mungkin boleh menuntut pampasan melalui mahkamah. Anda sepatutnya membincangkan perkara ini dengan peguam cara.

    Jabatan tidak mempunyai fungsi dalam tindakan ini dan tidak boleh memberi nasihat undang-undang.

    Untuk mendapatkan maklumat atau sebarang aduan, anda bolehlah melayari laman web JPDP di www.pdp.gov.my

    Semoga memberi manfaat.

    BACA INI JUGA:

    sumber: ctoscredit | pdp

    Cara Membuat EM (Effective Microorganism), Paling Mudah Dan Murah

    Cara Membuat EM (Effective Microorganism), Paling Mudah Dan Murah

    EM atau Effective microorganisms adalah campuran bakteria yang dihasilkan daripada proses penapaian secara semulajadi yang terkawal, tanpa sebarang pengubahsuaian dari segi genetik ataupun kimia.

    Cara Buat Effective Microorganism

    EM selamat digunakan, 100% organik dan terdiri daripada bakteria fotorop, bakteria laktik asid (boleh ditemui dalam bahan tenusu), yis (yang terdapat dalam roti), aktinomiset dan kulat penapaian.

    Mikroorganisma ini secara fisiologi sesuai antara satu sama lain dan hidup bersama dalam kultur cecair.

    Apa Manfaat EM?

    Effective microorganisms atau EM ialah campuran mikroorganisma anaerobik yang mempunyai kesan baik terhadap proses pembentukan produk pertanian.

    Contohnya, bakteria asid laktik yang menggalakkan proses penapaian bahan tanaman seperti rumput untuk dijadikan silaj.

    Terdapat tiga kumpulan mikroorganisma dalam cecair EM iaitu bakteria fotosintetik (Rhodopseudomonas spp.) bakteria asid laktik (Lactobacillus spp.) dan yis (Saccharomyces spp.).

    Selain itu, mikroorganisma Bokashi yang terhasil daripada peraman sisa buah-buahan dan sayur-sayuran pula boleh dijadikan baja cecair, kerana ia terdapat secara semula jadi dalam persekitaran.

    Apa yang menariknya, bahan makanan boleh digunakan untuk membiakkan mikroorganisma tersebut untuk dijadikan campuran mikroorganisma bermanfaat.

    Bakteria baik hasil kultur campuran dari mikroorganisma hidup inilah yang sangat bermanfaat dalam membantu merencatkan pertumbuhan bakteria patogen (bakteria jahat) yang ada dalam ekosistem tanah.

    Sifat EM

    Sifat EM secara amnya ialah cecair berwarna kuning coklat, berbau enak dan berasa masam.

    EM sangat sesuai digunakan dalam bidang pertanian dan penternakan untuk mengawal bakteria jahat, meningkatkan mutu dan hasil pengeluaran.

    BOLEHKAH BUAT SENDIRI EM?

    EM boleh di beli tetapi agak mahal dan ia sebenarnya boleh dibuat (kultur) sendiri dengan perbelanjaan yang murah.

    Di Asia, EM telah diproses sehingga menjadi 4 jenis EM (EM1, EM2, EM3 & EM4) dan sangat berkesan bergantung kepada cara penggunaannya.

    Kali ini saya akan menunjukkan cara-cara membuat sendiri EM, tapi sebelum itu, mari kita ketahui bagaimana sebenarnya EM terbentuk.

    Jenis-jenis EM

    EM1 mengandungi Primary lactic acid bacteria (lactic acid produced in metabolism), Yeast (Yis) dan Photosynthetic bacteria.

    Semua bakteria ini berada dalam nisbah yang ideal.

    EM2 pula mengandungi lebih micro-organisms daripada EM1 dan terdapat lebih daripada 10 jenis yang terdiri daripada 80 spesies.

    Mikro organisma ini wujud sebagai satu konsortium. Microbes yang wujud dalam EM2 adalah photosynthetic bacteria, fungi, yeasts (yis) atau molds dan sebagainya.

    EM2 dikultur dalam cecair dengan ph7 dan disampan pada ph 8.5 dan populasi micro-organisms dalam cecair dianggarkan 1 bilion cells/gram cecair.

    EM2 mengandungi 90% bakteria photosynthesis dan bakinya adalah micro-organisms.

    EM3 dikultur dalam medium cecair dan disimpan pada ph 8.5. Populasi micro-organisms dalam cecair adalah 1 bilion cells/gram cecair.

    EM4 mengandungi 90% lactobacisslus spp. dan micro-organisms yang mengasilkan lebih lactic acid.

    EM4 dikultur dalam medium cecair dengan kandungan ph 4.5. Populasi micro-organisms adalah sama seperti diatas, iaitu 1 bilion cells/gram cecair.

    Perbezaan diantara EM1, EM2, EM3 dan EM4 adalah kandungan micro-organisms di dalamnya.

    Jenis yang terbanyak digunakan di Asia bagi memajukan pertanian dan perikanan adalah EM4.

    BAHAN-BAHAN

    Bahan-bahan yang digunakan untuk mengkulturkan EM adalah:-
    • Sayuran yang dibuang, kekacang.
    • Kulit buah-buahan seperti papaya, pisang, rambutan dsbnya.
    • Dedak padi.
    • Molasses (Gula merah).
    • Air basuhan beras.

    Cara-caranya:

    Masukkan sayur-sayuran dan kulit buah-buahan ke dalam satu bekas (tong). Gaul supaya bercampur dan tutup rapat.

    TUTUP RAPAT dan biar ia mereput selama seminggu. Bila ditutup, pada awalnya bakteria jenis aerobic akan hidup dan memakan sisa-sisa tadi dan mengeluarkan bau yang agak busuk.

    Akibat ditutup rapat, bakteria aerobic akan kehabisan bekalan oksigen dan akan mati. Peranan seterusnya akan dimainkan oleh bakteria anerobic yang mampu hidup tanpa oksigen.

    EM1

    Lepas 1 minggu, tapis bahan pepejal yang tinggal dan cecair kekuningan yang di dapati itu adalah EM1.

    EM2

    Cecair EM1 dicampur semula dengan sayuran dan kulit buah-buahan yang lain dan DITUTUP RAPAT sekali lagi. Selepas 1 minggu tapis untuk dapatkan cecairnya. Itu adalah EM2.

    EM3

    Cecair EM2 dicampur pula dengan dedak, air basuhan beras dan Molasses (Gula merah).

    Nisbah campuran adalah seperti berikut:
    • Contoh: 1 liter EM2: 1 kilo gula merah : 10 liter air.
    • Tutup rapat dan biarkan selama 1 minggu. Hasilnya adalah EM3.

    EM4

    EM3 dibiarkan selama 1 minggu lagi tanpa membuat apa-apa dan hasilnya adalah EM4.

    EM4 yang sudah berjaya dihasilkan mampu bertahan selama 6 bulan dalam penyimpanan yang baik.

    Simpan ditempat yang dingin dan tidak terkena sinaran matahari.

    Apa itu MOLASSES?

    Molasses adalah produk sampingan daripada proses penghasilan gula dan banyak digunakan dalam industri pertanian dan penternakan.

    Terdapat beberapa jenis molasses yang berbeza berdasarkan warna, bentuk, kepekatan dan rasa.

    Terdapat banyak kegunaan molasses ini, diantaranya adalah:
    • Digunakan sebagai silaj makanan ternakan.
    • Digunakan bersama EM (microbs baik) dalam mempertingkatkan kesuburan tanah.
    • Digunakan bersama baja foliar seperti rumpai dan kompos teh untuk mempertingkatkan kesuburan tanaman.
    • Molasses juga boleh dicampurkan bersama dengan baja foliar (semburan) yang dapat membantu untuk meningkat kesuburan tanaman.

    Walau bagaimanapun, tidak semua penternak dengan mudah mendapatkan Molasses, namun anda boleh membuatnya sendiri dengan mudah.

    Caranya:
    • Sediakan Gula merah sebanyak 500 gram dan Air bersih 500 ml.
    • Panaskan 500 ml air sehingga mendidih dan masukan 500 gram gula merah.
    • Aduk sehingga terlarut rata dalam air, kemudian sejukkan.

    Kapasiti penggunaan Molasses bergantung kepada keperluan ketika anda membuat sendiri EM seperti diatas.

    CARA GUNA EM

    EM yang telah dihasilkan sendiri ini adalah EM pekat dan perlu dicairkan bersama dengan Molasses apabila hendak digunakan.

    Ambil 2 sudu makan EM dan 2 sudu Molasses, campurkan dengan 1 liter air dan boleh digunakan dengan cara menyiram terus ke tanaman, semburan di kandang ayam atau dimasukkan ke dalam minuman ayam setiap hari.

    Kaedah:
    • Sembur pada tanah, pokok dan kawasa persekitaran.
    • Tambah EM dalam makanan dan minuman ternakan.
    • Sembur pada najis, lantai dan bangunan ternakan.
    • Masukkan EM dalam kolam ternakan.

    Kadar kekerapan semburan boleh dibuat seminggu sekali. Seeloknya disembur di awal pagi atau lewat petang.

    Elakkan menyembur di waktu tengah hari atau ketika pancaran matahari terik. Ini agar mikrob EM tidak mati.

    Semoga memberi manfaat.

    BACA INI JUGA:

    sumber: PMO

    Sunday, November 03, 2019

    Adakah Anda Tetap Salah Jika Terlanggar Belakang Kereta Depan Yang Cuai?

    Adakah Anda Tetap Salah Jika Terlanggar Belakang Kereta Depan Yang Cuai?

    Pasti ramai pernah berada dalam situasi ketika mana anda sedang memandu kereta, tiba-tiba kereta depan berhenti secara mengejut dan anda terdengar bunyi dentuman yang kuat datang dari luar kereta anda.

    Langgar belakang kereta

    Setelah keluar dan berjumpa pemandu kereta depan, belum sempat tegur anda dah dengar, "Bukan salah saya! Awak yang langgar dari belakang, jadi awak la yang salah ni."

    Bagi anda yang terkena situasi ini, mohon bertenang dan jangan mengamuk. Fahami perkongsian ini.

    Betul ke kereta belakang automatik akan bersalah?

    Menurut Seksyen 22 Kanun Lebuhraya Malaysia (diterjemah daripada Bahasa Inggeris):

    "Penunggang atau pemandu kenderaan yang berhemah hendaklah membenarkan sekurang-kurangnya jarak sebuah kenderaan antara kenderaannya dan kenderaan di hadapan bagi setiap 10km/j kelajuan. Contohnya, pada kelajuan 30km/j sepatutnya jarak ialah 3 kenderaan antara kenderaannya dan kenderaan di hadapan.

    "Sekiranya penunggang atau pemandu kenderaan melanggar bahagian belakang atau tepi kenderaan di hadapannya, itu merupakan kesalahannya sendiri dan ini bermakna penunggang atau pemandu kenderaan tersebut mengikut terlalu dekat."

    Kanun Lebuhraya kini digunakan dalam ujian memandu telah dikutakuasa melalui seksyen 68 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Jadi, pemandu di belakang perlu lebih berhati-hati menjaga jarak dengan kenderaan di hadapan. Jika tidak, anda mungkin menjadi mangsa.

    Namun, ia tidak semestinya menjadi kesalahan pemandu di belakang secara menyeluruh jika pemandu kereta di hadapan cuai atau leka.

    Menurut ASKLEGAL, laporan dari pihak polis mengatakan bahawa sebahagian besar kes kemalangan bukan dari kesalahan pemandu di belakang, ia terjadi akibat dari pemandu di hadapan yang menukar lorong dengan cuai.

    Dalam situasi begini anda berkemungkinan tidak bersalah jika perkara begini berlaku.

    Dari segi undang-undang jalan raya, secara teknikalnya anda tidak bersalah, asalkan anda berada dalam laluan memandu yang betul dan bukannya menukar lorong secara tiba-tiba.

    Jadi, jangan takut dan cuba berkonfrontasi. Keluar kereta dengan tenang, beri salam dan cakap; "Boleh kita settle kat balai?"

    Jangan sesekali minta maaf kerana itu hanya menunjukkan anda bersalah, sekali gus membuatkan pelanggar cuba menguasai anda.

    Tips ringkas menghadapi kemalangan

    Sekiranya anda terlibat dalam apa-apa kemalangan jalan raya, kenalpasti semua faktor yang boleh mengakibatkan kemalangan tersebut.

    Merakam insiden kejadian menggunakan dashboard camera sangat membantu kerana kemungkinan kemalangan yang berlaku bukan salah anda sepenuhnya, ataupun anda memang tidak bersalah.

    Semoga memberi manfaat.

    BACA INI JUGA:

    sumber: zine

    Kenali Budaya Kerja 996 Masyarakat China

    Kenali Budaya Kerja 996 Masyarakat China

    Kemunculan negara China sebagai kuasa besar dunia banyak didorong oleh perkembangan teknologi negara mereka dalam bidang ICT dan elektronik yang banyak didokong oleh kenaikan syarikat gergasi yang menjadi pengasas kepada kekuatan ekonomi China sekarang iaitu Alibaba, Baidu dan Tencent.

    Budaya Kerja 996

    Disebalik kejayaan tiga nama terbesar yang menguasai pasaran di serata dunia tanpa kita sedar ini, sesuatu yang jarang diperkatakan adalah budaya yang diamalkan sehingga membawa mereka ke tahap tersebut.

    Budaya yang dikenali sebagai 'budaya kerja 996' walaupun bukan eksklusif kepada tradisi kerja China; sangat kuat diamalkan mereka.

    Walau bagaimanapun, permintaan daripada golongan pekerja yang rata-ratanya mahu budaya kerja itu diubah menimbulkan kontroversi terhadap amalan kerja masyarakat negara tersebut.

    Apa itu budaya kerja 996?

    Dua angka yang digunakan itu mewakili waktu mula dan tamat kerja di negara China, iaitu 9 pagi hingga 9 malam.

    Angka terakhir '6' pula merujuk kepada jumlah hari bekerja dalam seminggu jadi budaya kerja 996 memerlukan seorang pekerja bekerja selama 12 jam sehari, 6 hari seminggu.

    Selain daripada 996, majoriti negara mengamalkan budaya kerja 955 iaitu mula kerja pada 9 pagi hingga 5 petang, dengan hari kerja 5 hari seminggu.

    Generasi pertama usahawan internet China seperti Robin Li daripada Baidu, Pony Ma daripada Tencent dan Jack Ma daripada Alibaba merupakan penyokong kuat kepada budaya kerja 996.

    Jack Ma khasnya secara terbuka menyatakan dalam mesyuarat syarikatnya bahawa mana-mana pekerja yang mahu waktu kerja lebih rendah, menyerupai waktu kerja harian negara lain tidak sepatutnya bekerja di situ.

    Ini kerana bagi beliau, kemampuan untuk bekerja mengikut formula 996 merupakan satu peluang yang perlu diambil setiap individu.

    Mana-mana pekerja syarikat Alibaba perlu mempersiapkan diri mereka untuk bekerja selama 12 jam sehari tatkala mereka menyertai syarikat tersebut dan 72 jam seminggu, merupakan tempoh minima yang diwajibkan ke atas semua pekerja.

    Kes-kes kematian pekerja yang semakin kerap berlaku

    Apa yang membimbangkan, budaya ini telah membawa keburukan yang nyata pada golongan pekerja di China.

    Dengan jangkaan bahawa semua pekerja perlu mampu bertahan dengan jadual kerja 996 sebagai keperluan minima, kebanyakan pekerja terpaksa mengorbankan kehidupan mereka dalam mematuhi arahan syarikat.

    Kes-kes kematian semakin kerap dilaporkan melibatkan golongan pekerja sama ada disebabkan tekanan mental atau fizikal.

    Sejak tahun 2016, dianggarkan lebih 600,000 orang pekerja di China meninggal dunia setiap tahun.

    Amalan budaya ini tidak dibantu oleh undang-undang kerajaan China yang kelihatan lebih menyebelahi majikan, walaupun tertulis syarat bahawa semua pekerja hanya boleh diminta bekerja 8 jam sehari dan 44 jam seminggu maksima.

    Undang-undang China tidak membenarkan berlakunya diskriminasi dalam pemilihan kerja melibatkan faktor agama, kaum dan adat.

    Bagaimanapun, ekoran budaya kerja yang tidak sihat serta memerlukan pekerja sentiasa bekerja lebih masa khasnya melibatkan pekerjaan dalam bidang teknologi; menyebabkan wujud syarat tidak rasmi yang diperkenalkan majoriti syarikat di sana.

    Kebanyakan syarikat hanya akan menggajikan pekerja di bawah umur 35 tahun, enggan mengambil pekerja lebih tua bagi memastikan arahan waktu kerja lebih masa dapat dipatuhi kesemua dalam syarikat.

    Protes pekerja yang semakin rancak

    Berikutan tekanan yang dihadapi semakin mendesak melibatkan pekerja dalam bidang teknologi, gerakan protes semakin kuat kedengaran.

    Satu gerakan yang dinamakan sebagai '996.ICU' mengambil istilah tempoh kerja mereka dan 'instensive care unit', mula dijalankan oleh golongan pekerja teknologi melalui media sosial dan internet.

    Bagaimanapun, usaha mereka ketika ini mendapat tentangan daripada kerajaan China sendiri, yang mempunyai kuasa menapis kandungan dan saluran internet negara tersebut.

    Laman web Github yang menjadi lokasi berkumpulnya pengaturcara serta pekerja ICT China yang menjalankan kempen 996.ICU mula ditapis.

    Selain itu syarikat-syarikat internet China seperti Tencent dan Alibaba mengehadkan akses kepada mana-mana laman internet yang didapati mengandungi mesej melibatkan gerakan tersebut, menerusi tapisan pada aplikasi WeChat dan juga pelayar internet UC Browser dan 360 Browser.

    Usaha itu walaupun dilihat baik bagi golongan pekerja, turut sama mendapat tentangan daripada sesetengah golongan pekerja sendiri.

    Wujud kelompok pekerja yang merasakan budaya kerja 996 merupakan satu platform yang baik untuk mereka mencapai kejayaan setinggi Alibaba dan Tencent.

    Bekerja di dalam sebuah firma yang besar serta bertaraf gergasi antarabangsa serta mengamalkan tempoh kerja 996, dilihat sebagai satu keistimewaan dan pengorbanan yang perlu dihadapi untuk mereka berjaya.

    Semoga memberi manfaat.

    BACA INI JUGA:

    sumber: iluminasi

    Friday, November 01, 2019

    Rahsia Geliga Landak

    Rahsia Geliga Landak

    Batu landak (Geliga), juga disebut dengan sebutan geliga landak berasal dari endapan yang mengeras daripada landak, terbentuk dalam lambung haiwan ini dalam waktu yang cukup lama dan biasanya ditemui dalam ukuran yang kecil.

    Rahsia Geliga Landak

    Warna batu hempedu landak atau geliga landak ini ada yang berwarna hitam, cream dan coklat. Geliga landak ada yang berbentuk seperti batu sungai dan batu apung. Batu geliga landak ini berpori.

    Batu geliga landak sering digunakan sebagai azimat dan juga dipercayai berkhasiat membantu penyembuhan beragam penyakit dalaman yang berbahaya seperti kanser.

    Untuk perawatan kanser, batu geliga landak ditumbuk halus kemudian diracik sebelum diminum.

    Di China, tabib menggunakan Geliga landak sebagai antiradang, antioksidan, antibodi dan detoksifikasi tubuh.

    Dalam masyarakat Cina Malaysia, ia banyak digunakan sebagai rawatan alternatif kanser, demam berdarah, meningitis, herpes, jangkitan, pneumonia dan lain-lain.

    Dipercayai Geliga Landak juga berkhasiat untuk menyembuhkan:
    • Leukemia atau kanser darah.
    • Kanser payudara.
    • Sakit hempedu.
    • Sakit ginjal.
    • Tumor otak.
    • Ganguan sistem saraf dan metabolisme.
    • Sakit Lever.
    • Flu tulang.
    • Diabetes.

    Ia juga efektif untuk penyakit kulit, pengerasan pembuluh koroner dan untuk menghilangkan angin, pedih ulu hati, lambung, epilepsi, hepatitis dan pelbagai penyakit lain.

    Saiz geliga yang sekecil ibu jari atau yang bersaiz besar sedikit, dapat dijual sehingga mencecah puluhan ribu ringgit kerana ia didakwa mempunyai khasiat perubatan yang tinggi.

    Bagaimana Geliga Landak Terhasil?

    Batu landak ialah sejenis herba cina tradisional yang sangat bernilai, sejenis bahan yang menyerupai batu dalam badan landak.

    Sudah sekian lama batu landak ini digunakan dalam masyarakat memandangkan batu landak mampu menyembuhkan pesakit yang menghidapi penyakit yang tidak dapat diubati.

    Batu landak ini merupakan bahan yang jarang ditemui dan memiliki nilai perubatan yang amat tinggi.

    Selain geliga, bahagian isi, perut, hati, hempedu, duri dan lemak landak juga dipercayai boleh digunakan dalam penghasilan ubat-ubatan.

    Boleh dikatakan seluruh badan landak bernilai tinggi. Kesemua bahagian landak mengandungi protein yang tinggi, kurang lemak, tiada pencemaran dan mengandungi banyak kalsium, iodin dan bahan mineral lain yang berkhasiat.

    Landak ialah sejenis binatang menyusu atau mamalia yang berduri diseluruh badan dan tinggal di hutan.

    Landak mempunyai kekuatan yang sangat tinggi dan selalunya cepat sembuh dari penyakit disebabkan tabiat pemakanannya.

    Landak ialah herbivor yang sangat suka memakan bahagian batang dan akar tumbuh-tumbuhan yang pahit. Umum diketahui kebanyakan herba juga membawa rasa pahit.

    Oleh itu, landak memiliki fungsi sistem imuniti yang mampu menyingkirkan kuman dan bakteria penyakit.

    Landak akan mencari dan memakan sejenis herba apabila ia sakit atau terluka. Herba yang dimakan oleh landak akan dihadam dan bercampur dengan bahan anti kuman untuk menghasilkan sejenis bahan pelerai bagi meleraikan kuman yang terdapat dalam badan landak.

    Oleh itu, landak dikatakan cepat sembuh dari penyakit yang dihidapi.

    Geliga

    Rahsia Geliga Landak
    Jenis-jenis geliga landak.

    Namun, terdapat juga sesetengah bahan pelerai singgah di dalam badan landak, lama-kelamaam bahan pelerai tersebut menghasilkan batu iaitu batu landak.

    Kesihatan, kekuatan, organisasi gen dan habitat untuk memperolehi herba sebagai makanan akan mempengaruhi struktur batu landak.

    Hal ini memberi sebab bagi menjelaskan perbezaan permukaan, kelicinan, saiz, kualiti dan warna setiap batu landak.

    Semakin lama batu landak itu di dalam badan landak, saiznya semakin besar. Begitu juga dengan nilai perubatan dan kuailiti yang jauh lebih tinggi berbanding dengan batu landak yang kecil.

    Namun, bukan setiap landak mempunyai batu di dalam badannya. Kalau ada pun hanya sebiji.

    Oleh itu, nilai dan harga batu landak adalah sangat tinggi berbanding dengan ubat biasa. Setiap batu landak adalah berbeza dari segi visual.

    Oleh itu, pengetahuan untuk menilai ketulenan batu landak amat diperlukan dan sangat mencabar.

    Herba

    Berdasarkan rekod dalam sejarah herba cina tradisional dan sesetengah orang asli, mereka telah lama menggunakan batu landak untuk tujuan perubatan.

    Sejajar dengan perkembangan bidang perubatan, kajian penyelidikan juga telah membuktikan keberkesanan dan nilai batu landak dalam dunia perubatan.

    Spesies Landak

    Landak bukannya landak mini. Sesetengah masyarakat yang keliru terhadap kedua-dua haiwan ini mungkin akan beranggapan bahawa landak ialah landak mini.

    Bahagian belakang dan sisi badan landak mini penuh dengan duri; manakala bahagian kepala, ekor dan perut pula penuh dengan bulu keras.

    Mulutnya tajam dan panjang, ekor pula pendek. Kesemua kakinya mempunyai lima jari, bergerak menggunakan kaki depan.

    Terdapat juga sesetengah landak mini yang mana kaki depannya hanya mempunyai empat jari.

    Gigi landak mini biasanya merangkumi 36-44 batang gigi. Kesemua giginya tajam untuk melicinkan proses pemakanan serangga.

    Kesemua duri di seluruh badan landak mini akan berdiri umpama bola berduri apabila terkejut.

    Kepala dan keempat-empat kakinya juga tidak dapat dilihat apabila landak mini terkejut.

    Landak mini merupakan Erinaceidae dalam mamalia. Landak mini biasa yang dijumpa ialah Landak mini Eropah.

    Landak mini Eropah ini bertaburan luas di bahagian Eropah, bahagian Utara Asia, di bahagian Utara China dan Sungai Yangtze.

    Landak mini Eropah mengalami hibernasi semasa musim sejuk dan digelar juga sebagai " badger pencuri tembikai" di kalangan masyarakat Sunan.

    Landak ialah sejenis tikus yang mempunyai duri. Duri berperanan untuk melindungi dirinya daripada serangan musuh.

    Landak terdapat dalam warna coklat, kelabu, dan putih. Landak yang berlainan jenis mempunyai duri yang berlainan bentuk.

    Kesemua landak mempunyai bulu keras di mana permukaanya mempunyai selapis keratin dan memasuki bahagian otot.

    Landak di China mempunyai duri dalam sekelompok manakala landak di Amerika pula mempunyai luaran yang terhasil daripada campuran bulu keras dan duri.

    Duri landak sangat tajam dan senang gugur. Duri ini akan menyerang mush landak.

    Duri landak boleh tergantung pada kulit dan susah diasingkan. Nama bahasa Inggeris Landak ialah Porcupine.

    Semoga memberi manfaat.

    BACA INI JUGA:

    sumber: 1 | 2

    Apa Itu Wawasan Kemakmuran Bersama 2030?

    Apa Itu Wawasan Kemakmuran Bersama 2030?

    Kerajaan persekutuan telah melancarkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) yang menurut Tun Mahathir, tumpuan paling besar dan utama adalah kepada Bumiputera kerana mereka paling ramai miskin.

    Wawasan Kemakmuran Bersama 2030

    Ia adalah untuk semua rakyat, keutamaan diberikan kepada orang miskin yang tidak dapat bahagian mereka dalam kekayaan negara.

    Tumpuan perlu diberi kepada golongan ini supaya dapat mengejar mereka yang sudah menjadi kaya.

    Dan berikut ialah panduan ringkas berkenaan dokumen WKB2030 188 halaman itu.

    Apakah dokumen Wawasan Kemakmuran Bersama 2030?

    WKB2030 ialah dokumen yang menggariskan matlamat sepuluh tahun untuk penstrukturan semula ekonomi ekonomi kemahiran rendah Malaysia kepada ekonomi berasaskan pengetahuan, dengan rakyat menikmati standard kehidupan yang baik.

    Berikut takrifan rasmi WKB2030:

    "Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 adalah iltizam untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif pada semua peringkat kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan.

    "Iltizam ini akan diteruskan ke arah mengukuhkan kestabilan politik dan meningkatkan kemakmuran negara serta memastikan rakyat bersatu padu tanpa prasangka dengan meraikan kepelbagaian bangsa dan budaya sebagai asas penyatuan negara bangsa."

    Adakah ia satu rancangan yang spesifik?

    Seperi dasar ekonomi sebelum ini seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), WKB2030 ialah dokumen dasar kerajaan, bukan panduan kaedahnya.

    Ia akan menjadi panduan untuk kerajaan merangka dasar ekonomi untuk sepuluh tahun akan datang.

    Kementerian dan jabatan kerajaan perlu merangka dan melaksana perancangan untuk mencapai sasaran itu.

    Strategi pelaksanaan mungkin akan digariskan dalam Rancangan Malaysia akan datang.

    Apa justifikasi WKB2030?

    Pertumbuhan ekonomi Malaysia ketinggalan berbanding Asia Timur kerana kebergantungan terhadap komoditi eksport yang harganya tidak stabil.

    Tidak seperti ekonomi Asia Timur, penggunaan teknologi tinggi di Malaysia masih rendah.

    Kerajaan juga berdepan jurang pendapatan yang semakin melebar antara majikan dengan pekerja, kelas, wilayah dan kaum.

    Penyertaan bumiputera masih tidak memadai dalam sektor profesional, perusahaan kecil dan sederhana dan sumbangan pendapatan langsung dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

    Sumbangan bumiputera kepada KDNK, jika tidak mengambil kira syarikat berkaitan kerajaan (GLC), dilaporkan pada kadar 28 peratus pada 2014.

    Apakah prinsip di sebalik WKB2030?

    Sementara DEB menumpukan untuk merapatkan jurang kekayaan dan peluang sama rata, prinsip di belakang WKB2030 ialah pertumbuhan ekonomi melalui "kesaksamaan keberhasilan".

    Menurut dokumen itu, DEB ialah dasar afirmatif yang menambahkan kekayaan sejumlah bumiputera tetapi tidak mencapai matlamat asalnya.

    "Ketirisan dalam pelaksanaan dasar (DEB), penyalahgunaan kuasa dan rasuah merupakan cabaran utama dalam mencapai kesaksamaan keberhasilan dalam agenda bumiptera.

    "Sehubungan itu, pendekatan dasar, intervensi dan program yang lebih komprehensif dalam mencapai kesaksamaan keberhasilan adalah penting bagi mencapai matlamat WKB kepada semua kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan."

    Bagaimanapun, kesaksamaan keberhasilan hanyalah satu daripada 15 prinsip panduan WKB2030.

    Sebesar mana jurang pendapatan antara kaum?

    Dari segi pendapatan penengah isi rumah, nisbah antara bumiputera dengan kaum Cina ialaih 0.74:1. Nisbah antara India dengan Cina pula ialah 0.81:1.

    WKB2030 ingin mengurangkan jurang tersebut kepada hampir setara (0.9:1:1).

    Apakah pelan strategi WKB2030?

    Ada tujuh teras strategik dan sejumlah cadangan bagaimana ia dapat dilaksana. Dokumen itu juga menggariskan lapan "pemboleh daya" berkenaan cara kerajaan boleh berperanan untuk mencapai strategi itu.

    Adakah dokumen itu khusus untuk bumiputera?

    Bab sembilan khusus untuk "keberhasilan bumiputera".

    "Keberhasilan bumiputera perlu diberi keutamaan serta diterapkan secara sistematik dalam setiap teras strategik dan pemboleh ubah untuk mencapai matlamat WKB.

    "Golongan bumiputera perlu mengambil inisiatif untuk melakukan perubahan minda dan sikap yang drastik dengan menunjukkan iltizam yang kuat bagi meningkatkan produktiviti bumiputera."

    Dalam aspek hala tuju, matlamat WKB2030 adalah untuk kerajaan merangka dasar bagi menangani amalan diskriminasi terhadap pekerja bumiputera dalam sektor swasta dan perniagaan bumiputera.

    Matlamat lain termasuk memecahkam monopoli, menggalakkan pemilikan hartanah di kawasan bandar dan pembangunan ekonomi di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

    Adakah ia menetapkan lebih banyak tindakan afirmatif?

    Tidak. Istilah "tindakan afirmatif" hanya disebut dua kali dalam dokumen itu, dan dengan nada negatif.

    Bagaimanapun, salah satu prinsip panduan WKB2030 ialah "pendekatan ekonomi keperluan", yang mengutamakan perangkaan dasar berasaskan target demografik yang khusus.

    Secara spesifik, pendekatan ini memerlukan penakrifan semula "kemiskinan".

    Siapa yang merangka dokumen WKB2030?

    Ia dirangkan Kementerian Hal Ehwal ekonomi dan Institut Masa Depan Negara, dan dibentang di kabinet pada 15 September 2019.

    Bumiputera Penerima Manfaat Terbesar WBK2030

    Bumiputera bakal menjadi penerima manfaat terbesar dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030), kerana golongan itulah yang paling ramai dalam kumpulan berpendapatan rendah (B40), iaitu merangkumi 70 peratus.

    Maka, Bumiputera sebagai kelompok teramai dalam kumpulan B40 adalah antara golongan yang bakal menerima manfaat paling utama.

    Malah, keberhasilan Bumiputera secara keseluruhannya merupakan antara intipati penting wawasan ini.

    Pada masa sama, golongan bukan bumiputera juga akan menerima manfaat, yang merangkumi 30 peratus lagi dalam kumpulan B40.

    Berbeza dengan dasar ekonomi sebelum ini yang melihat jurang ekonomi dari sudut kaum, WBK2030 melihat masalah itu dari sudut yang lebih meluas, merangkumi kelas pendapatan, wilayah dan rantaian bekalan.

    Majlis pelancaran disempurnakan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.

    Berdasarkan dokumennya, WKB2030 antara lain menumpukan pengagihan ekonomi yang "adil, saksama dan inklusif".

    Semoga memberi manfaat.

    BACA INI JUGA:

    sumber: 1 | 2

    Cara Mengenali Duit Palsu

    Cara Mengenali Duit Palsu

    Mengenalpasti sama ada wang kertas yang anda terima itu benar-benar tulen atau palsu tidaklah sesukar mana, kerana wang kertas Malaysia menggabungkan ciri-ciri keselamatan terkini yang sukar dipalsukan. Ia boleh dikenal pasti melalui 4 aspek iaitu 'Rasa, Lihat, Padan dan Periksa'.

    Duit Palsu

    Mari kita sama-sama tengok dan semak ciri-ciri penting berikut.

    1. Rasa dan bezakan kualiti serta ciri cetakan yang timbul

    Wang kertas tulen dicipta menggunakan substrat atau bahan yang bermutu tinggi. Ini menjadikannya unik dan berbeza dengan kertas biasa yang mempunyai cetakan kurang bermutu serta ciri-ciri keselamatan tiruan.

    Periksa ciri cetakan timbul yang terdapat pada potret di wang kertas, angka denominasi dan teks.

    Ciri-ciri "peak"

    Ciri-ciri "peak" ini dapat dikesan di bahagian tengah wang kertas. Jika dilihat dari sudut yang berbeza, anda akan nampak angka denominasi di pertengahan kotak.

    Contohnya, angka 50 dicetak untuk wang kertas denominasi RM50.

    Tandang palang telus

    Bunga raya di bahagian atas dan bawah wang kertas adalah sama pada kedua- dua belah permukaan depan dan belakang wang kertas.

    Cetakan Intaglio

    Potret Yang di-Pertuan Agong Pertama, nombor denominasi corak dan perkataan 'Bank Negara Malaysia' adalah dicetak dengan beberapa lapisan dakwat halus untuk menghasilkan kesan timbul.

    Harus diingat, wang kertas palsu berkualiti rendah. Ia kebiasaannya dicetak pada kertas biasa menggunakan pencetak dan mesin salinan warna yang lazim.

    Justeru, laporan media yang mengatakan terdapatnya wang kertas palsu berkualiti tinggi, serta dicetak menggunakan teknik canggih sehingga kertasnya mempunyai ciri dan kualiti yang sama dengan kertas wang sebenar boleh dipersoalkan.

    2. Pegang dan halakan ke arah cahaya lampu putih

    Sekiranya dihalakan ke arah cahaya, imej samar-samar Potret Yang di-Pertuan Agong Pertama dapat diperhatikan pada petak kosong di sebelah kiri wang kertas.

    Potret 3 dimensi DYMM Yang di-Pertuan Agong pertama kelihatan lebih terang dan nyata jika dibandingkan dengan warna kertas di sekitarnya. Potret ini akan kelihatan tanpa garis-garis yang jelas.

    Imej daripada cahaya ini bercorak 3 dimensi dengan alunan warna gelap dan terang yang berlainan dalam keadaan lembut dan berbayang, tanpa garisan luar yang nyata.

    Terdapat angka berkaitan di bahagian bawah potret tanda bayang ini. Sebagai contoh, angka 50 dipaparkan untuk denominasi RM50.

    Tanda pandang telus reka bentuk grafik pada bahagian depan dan belakang wang kertas akan kelihatan selari dan membentuk imej corak dan numeral yang lengkap.

    Benang keselamatan dengan ciri teks mikro yang dijalin secara bersulam pada wang kertas.

    Kertas yang digunakan untuk menghasilkan wang kertas adalah bertekstur. Sementara itu, wang kertas polimer diperbuat daripada plastik khas.

    Kedua-dua wang kertas dan polimer mempunyai kesan cetakan timbul pada potret Yang di-Pertuan Agong pertama dan teks.

    3. Sengetkan wang kertas untuk melihat perubahan pada jalur holografik dan benang keselamatan

    Kalau anda ingin melihat benang keselamatan kanta mikro bagi wang kertas RM100, wang kertas tersebut perlulah disengetkan di bawah cahaya terang. Benang keselamatan ini ditenun di permukaan sebelah belakang wang kertas.

    Semasa dilihat pada cahaya, benang ini nampak seperti satu garisan lurus yang kehitaman dengan huruf dan nombor yang berkaitan dicetak berulang kali.

    Contohnya, "BNM RM50" dicetak berulang kali pada wang kertas denominasi RM50.

    Ciri-ciri Lead

    Di sebelah kanan wang kertas denominasi RM50 dan RM100, terdapat jalur hologram yang berkilau serta mengandungi 3 perkara, iaitu:
    • Imej yang serupa dengan yang terdapat di sebelah kanan potret Yang di-Pertuan Agong Pertama.
    • Imej yang menunjukkan angka denominasi, contohnya RM50.
    • Imej huruf-huruf 'BNM".

    Semak menggunakan kanta pembesar atau lampu sinaran UV. Wang kertas negara kita cuma mengandungi 2 elemen warna fluorescent.

    Sementara itu, teks, logo dan jalur fiber akan berwarna kemerahan, kekuningan dan kebiruan dibawah pencahayaan UV.

    Untuk maklumat lanjut tentang ciri-ciri wang kertas, anda bolehlah memuat turut aplikasi "My Ringgit" di Apple Store dan Google Play.

    Aplikasi ini memberikan panduan interaktif dan ciri-ciri keselamatan mata wang Malaysia, termasuk piawaian kualiti bagi mata wang tempatan, nasihat umum dan maklumat tambahan.

    Denda RM50 Juta Cetak Wang Tanpa Kebenaran

    Bank Negara Malaysia (BNM), memberi amaran, mana-mana pihak yang didapati bersalah mengeluar, mencetak atau menempa mata wang Malaysia tanpa kebenaran, boleh didenda tidak melebihi RM50 juta atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

    Itu merupakan antara peruntukan dalam Rang Undang-Undang (RUU) Mata Wang 2019 yang dibentangkan kali pertama di Parlimen.

    Perbuatan penyalinan atau pengeluaran semula mata wang kertas dan duit syiling Malaysia sebelum RUU ini tanpa kebenaran BNM boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000.

    Antara peruntukan lain dalam RUU Mata Wang 2019 adalah tiada sesiapa pun boleh menggunakan sebarang gambar, lukisan atau reka bentuk yang menyerupai suatu mata wang kertas atau syiling dalam apa juga penerbitan dan dalam apa-apa saiz, skala atau warna tanpa diluluskan oleh BNM.

    Jika disabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM50,000.

    Semoga memberi manfaat.

    BACA INI JUGA:

    sumber: 1 | 2