Monday, September 24, 2018

10 Alasan Kenapa Perjuangan Hak LGBT Wajib Disokong

10 Alasan Kenapa Perjuangan Hak LGBT Wajib Disokong

Golongan LGBT merupakan sebahagian kecil kelompok masyarakat yang tinggal di negara kita, negara Malaysia yang tercinta

Sokong Hak LGBT

Meskipun agama, budaya dan moral menolak amalan mereka, namun terdapat hak-hak yang dimiliki oleh kelompok ini yang harus dihormati dan diperjuangkan oleh semua golongan.

Terdapat 10 hak golongan LGBT yang kita semua manusia berakal WAJIB sokong iaitu:

1. Hak sebagai individu

Sebagai seorang individu yang berjiwa bebas dan merdeka, seorang LGBT mempunyai kebebasan hak untuk memasang niat berhijrah kemudian berusaha sedikit demi sedikit memperbaiki diri seterusnya meninggalkan dunia LGBT.

2. Hak sosial

Golongan LGBT harus tahu bahawa mereka mempunyai hak untuk tidak sesekali disisihkan oleh masyarakat selagi mana mereka mempunyai iltizam yang kuat untuk berubah dan kembali kepada fitrah.

3. Hak terhadap agama

Mereka mempunyai hak untuk menikmati perasaan bertuhan dan merasai kasih sayang Tuhan, serta kembali dengan cara hidup yang dianjurkan oleh agama.

4. Hak terhadap undang-undang

Seorang LGBT yang merupakan sebahagian daripada rakyat Malaysia juga mempunyai hak untuk berpegang teguh pada prinsip-prinsip Rukun Negara.

Antara yang terkandung dalam Rukun Negara adalah Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang.

Memandangkan undang-undang di Malaysia tidak mengiktiraf perkahwinan sama jenis serta tidak mengiktiraf ‘third gender’, maka seorang LGBT yang mulia dan mencintai negara akan berusaha berubah ke arah gaya hidup sihat dan normal.

5. Hak mendapatkan rawatan dan bimbingan

Seorang LGBT juga berhak mendapatkan rawatan dan bimbingan daripada ahli psikologi, pakar psikiatri dan kaunselor untuk kembali kepada kehidupan yang lebih sejahtera. Hak ini sesekalipun tidak boleh dinafikan.

6. Hak asasi manusia

Mereka juga tidak boleh ditindas dan dizalimi hanya kerana mereka LGBT, contohnya diberhentikan kerja atau dicederakan disebabkan naluri songsang mereka.

Sebaliknya, tindakan tatatertib dan hukuman perlu dilakukan mengikut lunas undang-undang disebabkan perlakuan songsang mereka (berdasarkan bukti).

Hukuman tidak boleh dijatuhkan disebabkan naluri mereka atau apatah lagi sangkaan-sangkaan yang tidak dibuktikan menerusi undang-undang.

7. Hak mendapatkan pendidikan agama

Golongan LGBT juga berhak mendapat bimbingan, nasihat dan didikan (tarbiyyah) dari ahli dakwah serta para assatizah.

Kata-kata nista berbentuk celaan, cacian dan cercaan tanpa bimbingan dan didikan hanya akan menyebabkan golongan tersebut menjadi semakin jauh dgn fitrah.

Diri mereka harus dikasihi meskipun perlakuan mereka tidak dipersetujui maka, hak tarbiyyah, bimbingan dan nasihat tersebut amat penting bagi meyelesaikan kemelut mereka.

8. Hak terhadap media

Media harus mengangkat golongan atau tokoh-tokoh LGBT yang telah bertaubat atau berjaya berubah seperti salah seorang bekas mak nyah yang kini menjadi seorang guru dan pendakwah hebat dan berjaya membimbing dan menimbulkan keinginan terhadap insan-insan LGBT untuk kembali berubah.

9. Hak terhadap keluarga

Mereka berhak mendapat kasih sayang dari ibu bapa, adik beradik dan kaum keluarga tanpa disisihkan.

Kekurangan kasih sayang dari bapa menjadi antara faktor penyumbang kepada masalah LGBT, maka selepas benar-benar berhijrah, bekas LGBT mempunyai hak untuk membina kehidupan berkeluarga, dan hidup bahagia dengan menjalani gaya hidup yang sihat.

10. Hak dalam politik

Segala bentuk amalan songsang daripada gejala LGBT, tidak wajar dijadikan alat bagi menjatuhkan mana-mana pesaing politik.

Segala bentuk amalan politik kotor dan fitnah dituntut untuk diubah kepada politik matang dan politik nilai.

Sebagaimana masyarakat mendesak golongan LGBT untuk berubah, masyarakat sendiri perlu berubah ke arah memacu politik yang lebih sejahtera.

Artikel ini dipetik daripada tulisan Ahmad Mustaqim Zolkafali di laman web jalurgemilang.my yang diterbitkan pada 14 Mac 2016

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: says

Sunday, September 23, 2018

Perangkap Riba, Hutang Dan Wang Kertas Dalam Kejatuhan Kerajaan Mesir Dan Uthmaniyyah

Perangkap Riba, Hutang Dan Wang Kertas Dalam Kejatuhan Kerajaan Mesir Dan Uthmaniyyah

Rasanya agak mudah untuk memahamkan kita tentang konspirasi Dajjal melalui agennya Rothschild (Freemason) dalam usaha merosakkan sistem matawang dan jual beli Islam yang halal lagi adil. Perhatikan bagaimana sistem matawang kertas dan riba yang telah diwujudkan ini menjerat masyarakat dunia dalam usaha menawan negara-negara mereka.

Tumbangnya Kerajaan Uthmaniyyah

Kerajaan Islam Khilafah Uthmaniyyah selaku kuasa besar Islam terakhir adalah antara sasaran utama Dajjal. Begitu juga Mesir yang terkenal dengan Fatwa Al-Azharnya, yang dirujuk satu bilion umat Islam sedunia menjadi pegangan pemikir politik yang pro-Islam atau Islam Sekular.

Dajjal tahu akan hal ini dan agennya (Rothschild) sentiasa berusaha dengan konspirasinya bertujuan menjajah seluruh umat Islam.

Bank Rothschild

Ketika 99 peratus bank di seluruh Eropah dikuasai oleh ahli-ahli keluarga Rothschild, Khalifah Islam dari kerajaan Turki Uthmaniyyah membuat kesilapan besar dengan melakukan pinjaman wang dari bank-bank Eropah.

Pinjaman dibuat Turki atas alasan pembangunan negara dan menampung kos ketenteraan. Tidak kurang juga besarnya sumbangan pengaruh wanita yang telah turut menjerat pemimpin Turki sehingga terpaksa berhutang.

Kejatuhan Mesir pula berlaku pada era 1860-an, ketika ia di bawah pemerintahan Ismail Pasha yang sangat inginkan negaranya maju seperti negara-negara Eropah lain. Keinginan beliau yang berpendidikan Eropah ini diambil kesempatan oleh Rothschild melalui agen-agennya di Mesir.

Projek pembinaan Terusan Suez oleh Dinasti Ali Pasha yang dijalankan oleh jurutera Perancis, Ferdinand de Lesseps menjadi punca kesulitan. Kos projek ini telah meningkat berjuta-juga Pound setiap tahun akibat peperangan yang sengaja ditaja oleh Dajjal.

Akhirnya, kerajaan Mesir terpaksa berulang-ulang menambah hutangnya hampir setiap tahun bermula pada 1862, 1864, 1866, 1867, 1868, dan 1870.

Pada 11 Jun 1873, kerajaan Mesir telah membuat pinjaman paling besar sepanjang pemerintahannya iaitu 32 juta pound dengan kadar bunga tahunan yang paling tinggi, iaitu 20 peratus setahun.

“Orang-orang yang makan riba’ tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kerasukan syaitan lantaran penyakit gila..” (QS:2/275)

Agen Rothchild di Mesir, Herman Oppenheim adalah antara yang membantu mendapatkan pinjaman kewangan daripada Bank Eropah. Daripada sekadar untuk biaya pembinaan Terusan Suez sampailah kepada pinjaman peribadi. Semua pinjaman itu sengaja di LULUSKAN dengan mudah.

Jumlah tunai yang diserahkan pula tidak penuh kerana telah ditolak bunga awal-awal lagi. Awalnya hanya hasil mahsul negara dari tiga kawasan dagangan di Mesir dijadikan cagaran. Apabila pendapatan negara tidak mencukupi untuk membayar hutang, maka terpaksa dicagar juga tanah-tanah bernilai tinggi.

Atas perancangan Rothschild, Mesir bankrap hanya selepas 2 tahun dari pinjaman terakhir, iaitu setelah kerajaan British berjaya menguasai saham harta terbesar Mesir iaitu Terusan Suez.

Ismail sendiri telah ditemui mati lemas secara misteri di Sungai Nil dan dipercayai angkara orang-orang Rothschild.

Atas perancangan Rothschild juga, pada tahun yang sama iaitu pada Oktober 1875, kerajaan khalifah Uthmaniyyah di Turki telah diisytiharkan bankrap kerana gagal membayar hutang bank Rothschild.

Kedua-dua kisah ini telah menyebabkan rakyat melarat cukup lama kerana terpaksa dibebani cukai yang naik melambung-lambung untuk membayar hutang negara.

WANG KERTAS DAN PENUBUHAN “FEDERAL RESERVE DEPARTMENT” (FRD)

Apa Itu Federal Reserve? (Penipuan Terbesar Dalam Sejarah Manusia)

Selepas runtuhnya Kerajaan Khalifah Uthmaniyyah di Turki Pada tahun 1924, Yahudi telah menukar Sistem Kewangan Dunia menggunakan Wang Kertas.

Mulanya, wang kertas itu bersandarkan emas, akhirnya Yahudi MEMANSUHKAN sistem kewangan berasaskan emas dan perak itu dari muka bumi ini buat selama-lamanya.

Lantaran itu, sejarah wang kertas diwarnai pelbagai misteri, tipu muslihat dan pembelitan yang dahsyat.

Mesyuarat misteri di Pulau Jekyll membawa kepada penubuhan ‘The Federal Reserve Department (FRD)’ pada tahun 1913. Keahliannya adalah milik syarikat persendirian. Kongres Amerika terpaksa meluluskannya secara paksa dan curi-curi.

Jabatan ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika Syarikat, termasuklah mencetak wang kertas Dolar Amerika. Mereka menentukan dasar perjalanan sesebuah bank. Kini FRD digunakan oleh industri perbankan di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Berikutan penubuhan FRD, banyak peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan British menguasai Bandar Jerusalem pada tahun 1919.

Dunia telah berubah dengan mendadak. Kemuncaknya ialah kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniyyah di Turki.

Peristiwa demi peristiwa terus mengejutkan dunia. Antaranya Perang Dunia Pertama dan krisis ekonomi dunia besar-besaran pada tahun 1929.

Pada 1944, muncul pula perjanjian ‘Bretton Woods’ yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan US35 = 1 auns EMAS.

Negara-Negara dunia tidak lagi menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas masing-masing seperti sebelum ini. Setahun selepas itu, Dolar Amerika mendapat ‘daulat’nya, dan ‘International Monetory Fund’ (IMF) pun ditubuhkan.

Pada tahun 1948, Negara haram Israel mendapat pengiktirafan sebagai sebuah negara berdaulat di tengah-tengah benua Arab dan di dalam negara Palestin yang sah.

Pada tahun 1971, Amerika Syarikat pimpinan Richard Nixon yang hampir bankrap oleh perang Vietnam bertindak memutuskan ikatan antara dolar Amerika dan emas. Sejak itu dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Nilai dolar hanya ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing.

Kesannya, semua matawang dunia telah berubah menjadi matawang FIAT, iaitu matawang yang bernilai SIFAR. Bayangkan betapa liciknya percaturan ini.

Jadi, apa yang boleh anda lakukan mengenainya?

Mereka yang memahami sistem penipuan ini boleh membuat persiapan terhadap KERUNTUHAN yang tidak dapat dielakkan lagi dan melindungi diri masing-masing.

Mulakan simpanan emas anda. Ikut kemampuan dalam masa sama cuba wajibkan. Minima 1 gram 1 bulan. 12 bulan sudah ada 12gram. 10 tahun sudah ada 120g. Jadikan habit dan hobi.

KESIMPULAN

Dunia mulai sedar mengenai rahsia wang kertas yang tiada nilai itu. Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini hanya ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya. Ini bermakna nilainya tergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya.

Wang kertas hanyalah ‘janji untuk membayar’. Sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “Wang Kertas Ini Sah Diperlakukan Dengan Nilai” Dalam erti kata lain, wang kertas hanya ‘sekeping kertas’ yang tidak bernilai apa-apa.

Masih ingat lagi bilamana ‘duit jepun’ menjadi tidak laku walau pun jumlahnya berguni di dalam simpanan kita dahulu? Apakah tidak mustahil keadaan semacam itu akan berlaku lagi?

Apakah kita masih mahu menafikan bahawa nilai wang kertas semakin susut saban tahun? Sedarlah bahawa nilai RM 1 pada hari ini tentu tidak akan sama nilainya pada 5 tahun akan datang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: harimaumintgold

Petronas FP-1, Superbike Pertama Malaysia Enjin 899cc

Petronas FP-1, Superbike Pertama Malaysia Enjin 899cc

Ini cerita pasal superbike pertama Malaysia yang dinamakan Petronas FP-1. Kalau anda mengikuti perkembangan dunia motosikal tempatan, pasti ingat akan kemunculan superbike ini dalam arena global.

Petronas FP-1, Superbike Pertama Malaysia Enjin 899cc

Kisahnya bermula pada sekitar tahun 2003 di mana Petronas melibatkan diri dengan satu projek khas bersama dengan Sauber Petronas Engineering untuk menyertai MotoGP.

Namun akhirnya mereka membuat keputusan untuk menyertai WSBK ataupun Kejuaraan Superbike Dunia. Era ini adalah zaman emas di mana Proton juga bekerjasama dengan Kenny Roberts dalam pasukan Proton Team KR.

Antara syarat-syarat yang ditetapkan oleh penganjur WSBK ialah, Petronas mesti menghasilkan sekurang-kurangnya 150 unit FP-1 untuk pasaran sebagai homolagasi. Atas hasrat itu, maka lahirlah sebuah superbike pertama di Malaysia.

Pasukan Petronas untuk WSBK ini dikenali dengan nama Foggy Petronas Racing mengambil sempena nama juara WSBK dari Britain sebanyak 4 kali, Carl Fogarty. Kerjasama ini penting untuk mengkomersilkan teknologi F1 yang ada pada motosikal ini.

Antara pelumba yang pernah menunggang motosikal ini ialah Troy Corser, Chris Walker, James Haydon, Garry McCoy, Craig Jones dan Steve Martin. Bagaimanapun pasukan ini hanya berjaya menaiki podium sebanyak 3 kali sahaja.

Apabila Petronas membuat keputusan untuk menyertai WSBK, Sauber tak bersetuju dan telah menarik diri kerana kurang berminat dengan WSBK.

Petronas kemudian mengadakan kerjasama dengan Suter Racing Technology yang mempunyai sejarah yang panjang dalam kejuaraan Grand Prix untuk membangunkan enjin FP-1.

Firma kejuruteraan dari UK, MSX International pula telah dipilih menghasilkan model versi jalanan.

Kenapa motosikal ini kurang menyerlah dalam WSBK?

Antara sebabnya ialah sewaktu motosikal ini dibangunkan, kapasiti maksima enjin yang ditetapkan untuk motosikal 3 selinder ialah 900cc. FP-1 dihasilkan dengan enjin 899cc.

Bagaimanapun, bila ia membuat kemunculan pertama pada tahun 2003, undang-undang baru FIA membenarkan kapasiti sehingga 1000cc.

Jadi, FP-1 sudah ada kekurangan berbanding jentera lain. Ini macam tak adil! Kita dah kurang 100 cc berbanding jentera lain.

Pengeluarannya juga banyak tertunda akibat pelbagai masalah. Tapi akhirnya pengumuman dibuat pada tahun 2005 tentang kemasukan motosikal ini di pasaran.

75 unit dihasilkan di UK untuk pasaran di sana dan 75 lagi dipasang di kilang Modenas di Gurun, Kedah untuk pasaran tempatan. Kemudian, masalah timbul lagi bila FP-1 tidak mempunyai rangkaian pengedar untuk jualan.

Di Malaysia pula cuma ada satu pengedar tunggal, NAZA Bikers Dream. Sejak dari saat ini, berita FP-1 seolah-olah tenggelam dalam media massa.

Persoalannya di mana motor-motor ini sekarang?

Pada tahun 2010, pihak MCN (Motorcyclenews UK) telah menemui 60 unit FP-1 di dalam sebuah gudang di Essex.

Dikatakan pada tahun 2012, motor-motor UK ini dimiliki oleh Ark R&D tapi kemudiannya sebanyak 129 unit telah dijual kepada syarikat Malaysia yang dinamakan Momoto. Ia kemudian diberi penjenamaan semula dan dikenali dengan nama MM1.

Motosikal ini dilancarkan dengan bergaya, tak lama dahulu dan ia antara berita yang cukup membanggakan kita.

Namun yang demikian, projek ini tergendala lagi bila didapati cukai dan duti kastam semua motosikal belum dijelaskan.

Semua unit telah dirampas oleh pihak berkuasa dan Momoto telah memfailkan saman sebanyak RM83 juta terhadap Petronas yang sehingga hari ini belum ada penyelesaiannya.

Sementara itu pakar-pakar berpendapat semakin lama motosikal itu disimpan, semakin tinggi nilainya.

Dianggarkan harganya sekarang jika berjaya dipasarkan ialah sekitar 20,000 hingga 25,000 pound sterling.

Dalam RM tak mahal pun (sambil goncang tabung ayam), sekitar RM150,000 untuk sebuah motosikal keluaran tahun 2005.

Itulah harga yang perlu dibayar untuk nilai eksklusif sesuatu benda. Adakah anda rasa mahal? Sebenarnya tidak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mekanika

Peniaga Burger Kongsi 12 Tips Masak Burger Luarbiasa Sedap!

Peniaga Burger Kongsi 12 Tips Masak Burger Luarbiasa Sedap!

Perasan tak, biasanya kalau beli burger di gerai tepi jalan, luar biasa sedapnya, berbanding yang kita buat sendiri di rumah. Rasanya berbeza daripada segi rasa sosnya, keenakan dagingnya mahupun rotinya yang garing. Dan sebenarnya nak buat burger sendiri yang luar biasa sedapnya ada tipsnya tersendiri.

Tips Masak Burger Sedap

Berikut 12 Tip masak burger yang dikongsikan oleh peniaga burger Adie Redzuan namun asasnya, menurut penjual burger ini adalah, jika hendak buat berniaga, jual burger sebagaimana kita suka makan, baru orang lain pun suka dan jangan kedekut bahan, buat bagi sedap baru boleh kekal lama dalam berniaga.

1. Berat Daging

Wajib guna daging 70g. Tak payah la nak save sangat.Tak untung mana pun. Meniaga kena jujur, harga nak letak mahal, daging pula nipis.

2. Jangan Tekan

Masak daging, jangan tekan, bila tekan jus daging akan keluar, pasal tu daging jadi kering. Alih-alihkan saja, letak planta sikit-sikit ja.

Jangan sampai banjir sebab dalam daging tu sendiri dah ada minyak.

3. Letak Perasa

Daging tu lubang-lubangkan saja. Tak belah tengah pun tak apa. Pastu letak la seasoning. Aku suka Lea and peirin, betul ka eja ni? Maggi pun ok. Letak la lada sikit, terangkat la.

4. Letak Air Bawang Putih

Air bawang putih ni untuk menggantikan jus daging yang hilang. So, daging akan jadi juicy. Curah sikit masa daging dah masak.

Nak buat dia, potong bawang putih, letak dalam air kosong ja. Simpan dalam botol dan buat lubang-lubang sikit.

5. Api Sederhana

Guna api sederhana. Api yang kuat akan keringkan daging.

6. Roti Sapu Planta

Roti tu letak la planta bagi penuh. Tak payah nak save budget sangat. Roti letak ja atas kuali. Jangan tekan, geng lama-lama pakai kayu untuk pressure roti saja. Bukan meleperkan roti, lagi cantik gitu.

7. Lettuce Iceburg Ganti Kobis

Sayur tu ikut suka korang la, selalu orang pakai kobis la kan. Tapi masa aku niaga, aku pakai lettuce iceburg, lebih sedap tapi kot payah nak dapat hari-hari la. Mahal sikit.

8. Jenis Sos

Sos jangan pakai yang murah. Kebanyakan peniaga burger di KL yang top-top tu pakai longson. Payah nak jumpa kot.

Kalau kat Perlis ni, peniaga kebab yang banyak pakai longson. Pasal tu kebab diorang sedap.

9. Jenis Mayonis

Mayonis pula paling best pakai Nelly. Mahal, tapi sapu sikit ja, jangan creettt macam ladys choice tu. Sikit pun dah ok.

10. Jenis Keju

Untuk cheese, aku pakai smoke BBQ. Apa-apa brand pun takpa. Rona dia oren. Mahal sikit, tapi memang terasa cheese dia.

Pernah beli cheese burger, tapi tak rasa pun cheese dia, pasal guna cheese murah.

11. Sos Lada Hitam

Blackpaper sos kalau boleh masak la sendiri. Jangan harap yang dah siap ja. Tak berapa syahdu.

Mudah ja, masak butter dengan tepung gandum, sampai naik bau sedap, bubuh la oyster, lada hitam kasar, kicap cair, chicken stock, garam dan gaul la sampai sedap di mulut. Celup daging dalam kuah blackpepper.

12. Susunan Lapisan Burger

Last sekali aturan bubuh sayur, sos, mayonis. Yang ni kajian sendiri la. Sos dengan mayonis kalau boleh asingkan. Mayonis bawah, sos atas, bila makan, baru terasa dua-dua rasa yang berbeza.

Kalau cheese tu, letak atas daging yang panas. Bagi dia cair melekat kat daging.

Senang cerita, kalau buat burger, cubalah try makan sendiri. Kita jual macam mana kita suka makan, baru orang lain pun suka.

Jangan kedekut bahan, buat bagi sedap. Untung by volume, baru boleh kekal lama meniaga.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mingguanwanita

5 Petua Hilangkan Batuk Dari Orang Tua-tua

5 Petua Hilangkan Batuk Dari Orang Tua-tua

Cuaca yang kering dan panas adakalanya membuatkan kita dihinggapi pening kepala, sakit tekak dan terutamanya batuk, yang bukan sahaja menyakitkan dada, tapi juga akan menyebabkan rasa tak selesa dan perit di tekak.

Petua Hilangkan Batuk
Gambar hiasan.

Yang paling stres, apabila nak tidur di malam hari, sepatutnya masa untuk kita berehat, tapi bila batuk, terus tak dapat tidur! Alahai..

Dah bermacam ubat kita guna, tapi batuk masih berpanjangan. Seksanya rasa!

Apa kata anda cuba petua orang-orang ini! Manalah tahu mujarab dan berkesan untuk kurangkan batuk anda tu. Jom baca!

1. BERENDAM DALAM AIR HANGAT

Mandi dengan air panas memang mendamaikan, terutamanya bagi anda yang seharian di tempat kerja dan setiap hari stres dengan kerja yang banyak, apa kata cuba berendam dalam air hangat.

Memang boleh rasa relaks dan tenang. Rasa nak tertidur pun ada.

Sama jugalah macam batuk. Mandi dengan air hangat juga digalakkan bagi mereka yang batuk berpanjangan, kerana wap panas membantu melonggarkan sinus dan melancarkan sistem pernafasan serta tekak. Cubalah!

2. TIDUR PAKAI BANTAL TINGGI

Ada orang bila nak tidur, kena pakai bantal lembut dan rendah, ada orang kena pakai bantal keras dan tinggi baru boleh lena.

Tapi, jangan tak tahu, tidur menggunakan bantal yang tinggi juga boleh membantu mengurangkan batuk!

Bila kahak di tekak berkumpul, ia akan membuatkan kita rasa tak selesa dan kerap batuk.

Jadi, dengan posisi kepala yang lagi tinggi dari bantal, akan membuat lendir di tekak dan hidung berpindah dari saluran pernafasan tersebut.

Siapa yang batuk tu, bolehlah cuba dengan menambah bilangan bantal ketika tidur ya!

3. BUAH BADAM DAN MENTEGA

Kalau anda nak tahu, buah badam juga terkenal sebagai penawar batuk kerana khasiat dan kelembapannya yang membantu meredakan rasa sakit tekak.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah, ambil 5-8 biji buah badam, rendamkannya di dalam air dan campurkan dengan sedikit mentega sehingga menjadi paste.

Kemudian, makan dan amalkan sehari tiga kali.

4. LIMAU NIPIS DAN KICAP

Petua ni agak popular dalam meredakan batuk. Dengar macam pelikkan kombinasi limau nipis dan kicap. Tapi sedap!

Caranya, perah sebiji limau nipis ke atas sesudu kicap, campurkan dan minum. Anda juga boleh ulangi cara ini dengan kerap. Sedap, murah dan selalunya berkesan!

5. MAKAN MADU

Batuk yang paling perit adalah batuk kering atau dry cough yang boleh menjadi sangat teruk pada malam hari dan waktu pagi.

Bukan saja tekak tak selesa, dada dan perut pun turut sama sakit. Confirm tak boleh tidur malam!

Cuba amalkan makan madu, yang dikatakan efektif dalam melegakan batuk dan sakit tekak kerana ia dapat melembapkan tekak yang kering dan gatal dengan fungsi hidrasinya.

Caranya, ambil segelas air suam dan campurkan sesudu madu, lalu minum. Anda boleh ulangi cara ini sebanyak 2 atau 3 kali sehari untuk mengekalkan kelembapan tekak.

Nak lagi sedap, anda juga boleh campurkan madu dengan segelas teh lemon. Yums!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: siraplimau

Saturday, September 22, 2018

Maksud Mimpi Wang (Duit) Kertas

Maksud Mimpi Wang (Duit) Kertas

Setiap mimpi yang dialami seseorang sangatlah berbeza-beza, demikian pula dengan ertinya yang ada di dalam mimpi tersebut. Dalam sebuah mimpi yang terjadi pada manusia membawa suatu erti yang sangat menarik, contohnya mimpi wang.

Mimpi duit

Adakah anda sudah tahu tentang makna tafsir mimpi tersebut? Bagi yang belum mengetahuinya, kami akan berkongsi info mengenai erti mimpi wang menurut ajaran Islam dan bagaimana menyikapinya menurut doa di dalam Al-Qur’an.

5 Tafsir Mimpi Wang Menurut Islam.

1. Erti Mimpi Diberi Wang

Dalam sebuah mimpi diberi wang ini mengandungi suatu makna akan adanya suatu petanda buruk.

Hal yang buruk akan terjadi kepada anda iaitu suatu balasan dari semua perbuatan yang pernah anda lakukan di masa lalu. Saatnya telah tiba, maka anda akan menuai apa yang telah anda lakukan di masa lampau.

Jika suatu saat anda mengalami mimpi ini, maka tandanya Allah sedang menguji dan menyuruh anda untuk bertaubat.

Di dalam ajaran Islam kita telah diajarkan bahawa yang baik akan mendapat yang baik, sedangkan yang buruk akan mendapat yang buruk pula. Hal ini sesuai dengan firman Allah pada surah Al-Baqarah ayat 222.

2. Erti Mimpi Memberi Wang

Mimpi memberi Wang ialah sebuah mimpi yang ditafsirkan mengandungI unsur petunjuk yang baik.

Petunjuk ini merupakan sebuah peringatan dari Allah bahawa anda harus memberikan atau menyedekahkan sebahagian rezeki yang anda terima untuk orang-orang yang memerlukan.

Memang sudah sepatutnya umat Islam harus saling memberikan terutama kepada orang yang memerlukannya.

Seperti halnya yang telah dijelaskan Allah SWT dalam Al-Qur’an surah At-Taubah ayat 60.

3. Erti Mimpi Menemui Wang

Mimpi menemui wang dapat ditafsirkan sebagai suatu mimpi yang mendatangkan pertanda baik.

Mimpi ini mengandungi erti yang baik bahawa anda akan mendapat suatu rezeki yang lebih dari Allah SWT.

Jika anda mengalami mimpi ini maka apa yang perlu anda lakukan ialah bersyukur kepada Allah.

Memohonlah kepada-Nya agar diberikan rezeki yang melimpah, seperti yang tertulis dalam Al-Qur’an surat As-Syura ayat 27.

4. Erti Mimpi Kehilangan Wang

Mimpi kehilangan wang memiliki dua makna yang berbeza yang ditafsirkan sebagai suatu petanda baik mahupun buruk.

Erti yang terkandung dalam mimpi ini diisyaratkan sebagai suatu rezeki yang akan anda perolehi, namun di sisi lain anda akan mendapat suatu masalah dalam kehidupan anda.

Menanggapi dua makna yang berbeza tersebut, sebagai orang yang beriman, maka mohonlah pada Allah SWT atas segala kebaikan dalam kemudahan atas segala urusan.

Berdoalah seperti dalam Al-Qur’an pada surah Al-Qashash ayat 22.

5. Erti Mimpi Mencuri Wang

Erti mimpi mencuri wang boleh ditafsirkan bahawa anda akan mengalami penurunan pada kesihatan anda. Sebagai seorang Islam yang beriman, maka anda harus berfikiran dengan positif.

Cara positif tersebut ialah dengan cara selalu menjaga kesihatan setiap hari, menjaga makan dan jangan lupa untuk memohon agar diberi kesihatan dan panjang umur oleh Allah SWT.

Doa ini sesuai dengan ajaran Islam yang terdapat dalam Al-Qur’an surat Hud ayat 47.

APA MAKSUD MIMPI DUIT KERTAS KOYAK?

Berikut ini adalah erti mimpi tentang duit kertas koyak yang kami tafsirkan untuk Lelaki dan Wanita, penafsirannya ialah seperti berikut:

Lelaki

1. Jika lelaki yang sudah berkahwin bermimpi tentang duit kertas koyak, maka erti mimpinya adalah: anda atau anda beserta orang-orang yang anda sayangi akan mendapat kesempatan atau peluang yang boleh digunakan sebaik baiknya, berkaitan dengan kehormatan namun, sebuah peluang atau kesempatan tidak selalu mendatangkan perkara-perkara yang membawa kebaikan.

2. Dan jika mimpi tentang duit kertas koyak ini dimimpikan oleh lelaki yang masih bujang, maka erti mimpinya adalah: Tak ada perubahan bererti dalam kehidupan anda, semuanya kekal sama. Namun kerana itu pula anda akan terhindar dari pelbagai masalah atau segala hal yang berpotensi mendatangkan kerugian.

3. Kemudian jika seorang remaja lelaki yang memimpikannya, maka erti mimpinya adalah: Jangan beranggapan bahawa kamu memiliki kemampuan lebih daripada orang lain, mungkin mimpi itu menyeramkan atau menakutkan atau kamu mungkin terbiasa dengan perkara itu kerana kamu adalah seorang remaja yang menyukai cabaran.

Wanita

Seterusnya erti mimpi tentang duit kertas koyak di mimpikan oleh Wanita, penafsirannya seperti berikut:

1. Jika wanita yang sudah berkahwin bermimpi tentang duit kertas koyak, maka erti mimpinya adalah: Akan ada satu situasi dan keadaan yang tidak pernah terfikirkan sebelumnya, mungkin saja berupa sebuah bantuan, pertolongan atau bahkan kerumitan yang diakibatkan oleh orang lain.

2. Seterusnya jika mimpi tentang duit kertas koyak dimimpikan oleh wanita yang masih bujang, maka erti mimpinya adalah: Saat ini anda sedang dalam situasi sukar, walaupun bukan berkaitan dengan masalah kewangan, namun situasi seperti ini sangat mempengaruhi anda. Beberapa tekanan telah menyebabkan anda tidak dapat berfikir dengan normal. Berhiburlah agar fikiran kembali tenang.

3. Dan jika seorang remaja perempuan yang memimpikannya, maka erti mimpinya adalah: Memiliki seribu rakan dirasakan kurang, satu musuh terasa begitu banyak. Jagalah sikap dan persahabatan agar tidak memiliki musuh.

Kesimpulan

Apapun mimpi yang anda alami dan bagaimana ertinya, apa yang anda perlu lakukan setiap kali setelah bermimpi ialah berdoa kepada Allah atas berkah dan lindungan-Nya.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: firasatmimpi | iniprimbon

Datuk Bandar Wajibkan Pekerja Pejabat Solat Subuh Berjemaah

Datuk Bandar Wajibkan Pekerja Pejabat Solat Subuh Berjemaah

Pelbagai maklum balas diterima para pekerja kerajaan sejurus seorang walikota (datuk bandar) baharu di Indonesia yang baharu memulakan tugasnya untuk penggal 2018 hingga 2023 pada Selasa lalu (18/9/2018).

Wajib-solat-subuh

Media tempatan melaporkan, Datuk Bandar Palembang, Harnojoyo, menandatangani peraturan walikota (Perwali), atau surat pekeliling, yang menguatkuasakan amalan solat subuh berjemaah dalam kalangan pekerja khususnya ketua jabatan di semua pejabat kerajaan.

"Kali ini Perwali mewajibkan 160 jabatan di bawah pentadbiran Palembang untuk melaksanakan program subuh berjemaah.

"Saya akan melakukan subuh berjemaah di 107 daerah, termasuk di masjid dan surau, selain juga di pejabat daerah dan mukim. Setiap tempat yang saya kunjungi wajib ada (solat berjemaah)," katanya.

Melalui pekeliling itu juga, terdapat peringatan penting bagi pihak yang tidak mahu menjalankan arahan tersebut sepanjang tempoh lima tahun ke depan.

"Jika tidak mahu menjalankannya, silakan. Saya hanya mengingatkan, jika mereka masih mahu terus bekerja di kota Palembang," katanya.

Saranan itu telah mencetus respons yang pelbagai, termasuk pihak yang bimbang jika ia tidak diikuti, mereka akan dibuang kerja.

Namun, ramai juga yang menyokong usaha itu dan melihat Harnojoyo melakukan suatu tindakan yang betul.

Harnojoyo menjelaskan, solat subuh berjemaah dapat melatih aspek disiplin dalam menjalankan aktiviti seharian.

"Melalui solat subuh berjemaah, diharapkan masyarakat sekitar juga akan turut melaksanakannya.

"Kami mahu memakmurkan masjid. Dengan itu akan terbangun manusia-manusia Islam yang bertanggungjawab," katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Scam Dana Datuk Lukman

Scam Dana Datuk Lukman

Hari ini saya nak siarkan semula tulisan dari blog yang dipetik dari tahun 2016 lagi pasal penipuan manusia melalui pelaburan membawa wang bertrilion ringgit kononnya dari luar negara dan nampaknya terus segar menipu pada saat ini.

SKIM CEPAT KAYA

Saya disiarkan semula sebab hati ini rasa terpanggil dan kesian dengan nasib orang Islam yang tertipu oleh manusia yang tak berhati perut.

Paling mengejutkan jika korang sendiri terlibat, mangsa-mangsa scam ini adalah dari golongan bijak pandai, hakim, guru, ustaz malah anggota polis sendiri.

Nak dijadikan cerita, adalah pelaburan entah apa, macam-macam nama yang di dengar dan ditukar-tukar tapi corak permainan sama saja.

Lukman lah, Jasman lah, tapi 'man' tu tetap sama. Nanti letak lah Seman, Jeman yer.

TAK KISAHLAH MANA-MANA PELABURAN yang kita nak highlightkan disini, jangan guna ISLAM untuk keuntungan haram!

Kononnya, corak pelaburan ni, orang muslim je yang boleh join. Kalau kau bukan Islam tak boleh join (selamat laaa orang yang bukan islam).

So, kau bagi dulu sejumlah duit, tak kisah lah, RM1000, RM2000 atau lebih, yang penting labur lepas tu dapat pulangan berjuta.

RM100 pun ada dan ko boleh dapat 3 juta. Mak ai, kayo mok bapok aku.

Sedihnya. Betapa senangnya kita tertipu dengan duit juta-juta tu. Terus kabur. Logik tak?

Sebab apa mangsa percaya? Mulut longkang dorang la. SANGAT LEMBUT DAN MEMANIPULASIKAN AGAMA UNTUK PUJUK KITA.

DIORANG AKAN CAKAP;

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua AJK dan SH yang saya hormati dan kagumi.

Alhamdullilah, dengan berakhirnya 13hb petang kelmarin, dengan izin Allah program BPIP, perkembangan adalah sangat positive dan hanya menunggu masa untuk proses seterusnya yang mana duit dikeluarkan pada bila-bila masa.

Apa pun kita jangan berhenti untuk berdoa agar smuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Walau bagaimanapun, pada yang ingin mengambil peluang di ambang kejayaan ini, untuk menyumbang masih di terima sehingga jam 12 tengahari ini, bersamaan 14hb September 2018.

*Sekian harap maklum*

NI CONTOH LAGI:

Asslamulaikum AJK n Share Holder semua.

Mohon dari anda agar bersabar serta teruskan berdoa agar segalanya berjalan dengan lancar tanpa ada apa-apa lagi yang sangkut di saat saat penghujung kejayaan program kita ini.

Menurut pengamatan saya sendiri, perjalanan projek kita ini, memperlihatkan bahawa sudah pun game.

Cuma kena ikuti prosedur pengeluaran yang selamat sahaja melalui KDN dan pengeluaran lori disusun atur oleh “XXXXX SECURITY”.

Surat setiap PO2 juga telah ditandatangani semalam termasuk Sabah dan salinan ada saya hantar sama Tn xxxxx dan Ustaz xxxxxx (SULIT!!!3x).

Kini kita hanya menunggu surat daripada KDN untuk proses pengeluaran lori yang dilaksanakan oleh “XXXXX SECURITY” mungkin hari ini atau mungkin minggu depan.

Setakat ini, belum ada cerita daripada atasan yang perlu di top up ($$$$). Pun demikian untuk yang SH ingin memanfaatkan ini sebgai peluang, saya masih menerima sebrang penambahan atau sumbangan sama ada ACC atau HARD CASH dengan nilai seperti nilaian yang terkini.

Pada AJK2 semua, jangan risau ya. Insyallah akan saya panggil juga mengikut giliran ya. Sabar... Sabar... Sabar ya...

*****

NAMPAK TAK? Lembutkan cara diorang ni. Lepas tu masalah timbul di mana;

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua AJK dan Share Holder yang dihormati.

Berikut dimaklumkan;

Alhamdullilah penghujung urusan BPIP akan tiba. Kita hanya perlu menunggu dalam beberapa hari saja lagi.

Sementara menunggu hari pengeluaran tersebut, kita terpaksa berhadapan dengan bayaran warehouse selama 4 hari (14hb-17hb) sebanyak 96K.

Oleh itu mohon pada Tn XXX buka scoreboard di group AJK dan wajib kepada setiap AJK dengan kerjasama Share Holder untuk buat kutipan RM4K yang akan kita lengkapkan jam 5.00 pm esok (17.09.2018).

Arahan menyeluruh daripada Dato Owner, mana-mana Share Holder yang tidak mengendahkan kewajipan ini, Dato Owner tidak akan mengeluarkan Hard Cash (HC) kepada kumpulan berkenaan.

Pembayaran terakhir ini adalah wajib untuk pengeluaran Hard Cash pada minggu depan.

Kerja sama serta tindakan segera daripada semua AJK serta share holder amat-amatlah diperlukan sesegera yang boleh.

Sekian harap maklum.

KEMUDIAN, AYAT PAHIT MANIS;

MOHON KERJASAMA AJK DAN SH SEMUA UNTUK BUAT COLLECTION SECEPAT YANG BOLEH SEBAB KITA CUMA ADA MASA HARI INI SAJA.

NILAIAN UNTUK SETIAP SUMBANGAN MASIH SAMA IAITU;
  • HARD CASH LUMP SUM 2.6K = 150J 200K
  • RM100 = 300K
  • ACC/HIBAH 1K = 4T
  • RM100 = 3BILION

TAWARAN ISTIMEWA.

MANA-MANA AJK ATAU SHARE HOLDER YANG DAPAT BUAT COLLECTION SEBANYAK RM4K SEBLUM JAM 5 PTG INI, HADIAH TAMBAHAN MENANTI ANDA;
  • HC= 50JUTA
  • ACC=1TRILION

Wassalam.

TIBA-TIBA;

Assalamualaikum dan selamt malam AJK dan SH yang saya hormati.

Memandangkn jumlah collection masih belum mencapai sasaran, maka tempoh dilanjutkn sehingga jam 11.30 malam ini. Mohon kerjasama untuk terus buat sumbangan.

Jika malam ini tidak selesai juga maka, collection terpaksa dianjakkan ke hari esok 18.09.2018 yang kini berbaki 45K lagi setakat ini.

Kerjasama daripada anda semua amat saya harapkan dan hargai demi kejayaan kita bersama.

Wassalam.

AYAT-AYAT MENIPU DITERUSKAN LAGI;

Assalamulaikum dan selamat pagi semua.

Terima kasih yang tidak terhingga atas commitment semua AJK serta Share Holder yang telah berkerja keras untuk membuat collection meskipun tidak mencapai sasaran, namun itu telah membuktikan kesungguhan anda, demi melihat kejayaan semua pihak.

Hari ini adalah jadual untuk pengeluaran HARD CASH untuk 6 PO sahaja yang di susuli oleh po po lain dihari-hari berikutnya dalam jangkaan jam 2.30pm.

INGAT. KENYATAAN SaYA INI AMAT-AMAT SULIT!!!3x.

Namun itu, ada sedikit lagi tugasan yang perlu kita semua selesaikan iaitu bayaran yang tidak cukup semalam berjumlah hanya 15K lagi.

Oleh itu, collection diteruskan untuk menjayakan pelepasan Hard Cash seperti yang di rancang.

Sekian dan harap maklum.

Wassalam.

BAYARAN PARKING LORI;

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua AJK serta Share Holder yang di hormati.

Syukur Alhamdulillah, bayaran ware house telah selasai bayar petang tadi, kelewatan bayaran menyebabkan hari ini hard cash tidak sempat dikeluarkan.

Dato owner menyatakan, esok adalah mula pengeluaran 60 buah lori untuk diagihkan kepada semua PO2.

Masing2 PO kena bayar parking lori.

Lumpsum perlu dibayar RM10K sebelum jam 9.00 malam ini dan di maklumkan bahawa yang sebenarnya kutipan ini tidak ada nilainya.

Walau bagaimanapun, akan diberi nilai daripada Hard Cash sahaja dari pada saya sendiri seperti nilai sebelumnya iaitu rm100=300k.

Mohon kerjasama AJK serta Share Holder untuk percepatkan kutipan ini seawal yang boleh sebelum jam 9 malam ini.

Nota penting:- Semua share holder dilibatkan.

Sekian dan terima kasih.

KEMUDIAN MASALAH KESELAMATAN;

Terkini;

Dari maklumat diterima petang tadi pihak KDN Putrajaya membuat keputusan belum membenarkan lori-lori dilepaskan bergerak diatas jalanraya atas sebab faktor keselamatan masih belum memenuhi SOP dikehendaki.

Salah satu faktor ialah isu info yang viral di media sosial dan blog-blog menyebut hari bakal dilepas, masa lori akan bergerak keluar dari Ware house dan satu lagi ialah ada pihak dikalangan para SHARE HOLDER dan kumpulan masing-masing yang membuat tinjauan hendap di sekitar kawasan berdekatan Ware house dan terus menyebarkan mesej dan info tentang kedudukan Ware house kepada rakan-rakan lain atau grup masing-masing di media sosial.

Keadaan sebegini sangat merbahaya dari sudut atau aspek keselamatan pemilik dan petugas-petugas berkaitan urusan pelepasan lori-lori berkaitan maka pihak Securiti/Keselamatan KDN tidak mahu mengambil risiko sekiranya berlaku sesuatu perkara tidak diingini dan luar jangka sewaktu pelepasan terjadi.

Pihak Pengurusan BPIP disarankan tidak menyebarkan kaitan bila masa tempoh pelepasan bakal berlaku dan mengawal SHARE HOLDER masing-masing dari menyebarkan perihal urusan pelepasan sewenangnya bagi memastikan keselamatan pengendalian proses pelepasan tidak diganggu anasir-anasir tidak diingini.

Semua pihak terlibat diminta kunci mulut, diam dan tunggu dengan sabar sahaja sehingga berlaku pelepasan tanpa ada sebarang gangguan lagi.

PENGELUARAN TERTANGGUH

Assalam semua. Info confidential. Sedikit saja yang dapat disampaikan. Harap makluman ini tidak diviralkan sekalipun pada SH.

Cukup menghubungi diorang sahaja secara private demi keselamatan supaya pengeluaran tidak diketahui ramai terutama mereka yang nak menggagalkan urusan ini.

Pengeluaran hari ini tertangguh. Setiap PO/Leaders kena isi borang Pengesahan Ketidak Terlibatan Kegiatan Dibawah Akta 613 dan Akta A1467 yang saya hantar secara private. Semua PO n leaders dikenakan membayar 6.5K.

Perlu diingatkan semua ahli tidak dibenarkan menunggu atau berkumpul dimana-mana terutama di kawasan ke****. Tunggu saja ditempat masing-masing sehingga ada arahan.

Sekian terima kasih.

***

Tarikh dikemaskini pada 26.9.2018.

***

MANGSA SCAM TERUS MENGHARAP

Mangsa pula asyik top up dan menghabiskan duit belanja demi bayar bermacam masalah tu.

Yang ni belum sampai ke kemuncak lagi. Part paling best, mangsa kena buka akaun bank international untuk urusan agihan duit tu.

Bank tu pula ada satu je kat Malaysia ni, kat Kuala Lumpur!!!!

Difahamkan dana ini sudah wujud dari tahun 2009 lagi. Ada yang sudah meninggal dunia tunggu benda mengarut ni.

Kalau pelaburan ni betul dan sahih, takkan la dalam beribu-ribu seorang pun tak dapat sampai dah tahun 2018.

Kalau benda ni betul, mana hitam putih perjanjian/surat untuk segala urusan?

MANA LESEN KAU? Pelaburan kena ada lesen! Kenapa tak tampil dan tunjukkan muka DATUK OWNER tu? Sebab alasan rahsia kerajaan? Takut kena culik? Takut dirompak? Piirahh!!!

Sekarang makin ramai yang tertipu di seluruh Malaysia dengan aplikasi Whatsapp, Telegram dan melupakan urusan hitam putih.

Inilah punca mangsa lebih senang tertipu dan bergantung dengan ayat-ayat manis jilake ni.

Diorang cakap duit ni untuk orang muslim, hak orang muslim. Kalau tau diri tu muslim, ko tak buat la benda mengarut ni. Kalau ko pegang agama kau, ko tak tipu duit seagama dengan ko.

Dalam pelaburan ko guna nama Islam, tapi ko tak guna nama Islam untuk urusan harian.

Di dunia ko kenyanglah makan duit dorang ni, tapi duit haram yang ko makan tu la yang akan membinasakan kau kat akhirat nanti.

Mangsa dah join dari tahun 2014 sehingga sekarang dan ada sedikit maklumat tentang dana lain.

Tolong baca dan sebarkan ye demi adik-adik, kakak-kakak, abang-abang pak cik mak cik kat luar tu.

Aku pohon la buat mereka yang merancang nak join, tolong la, aku merayu sangat ni, fikir 200 kali, 300 kali atau fikir sampai mampos sebelum join.

Sebab benda ni berkaitan dengan duit. DUIT BRO.

Benda ni merenggangkan keluarga dan menjarakkan manusia serta membangkrapkan!! Demi nak kaya, semua pun sanggup buat apa saja!

INGATLAH bahawa duit tak datang bergolek ngadap muka. Duit datang dengan usaha (BUKAN USAHA TOP UP YER) dan doa selepas kita rajin berusaha dengan tangan yang Allah bagi kat kita.

Duit tak datang dengan doa je. Itu kita kena faham.

Kepada yang dah tertipu tu, dah terlambat nak tuntut balik duit sebab diorang takkan bagi balik punya. Gerenti siot.

Dan kepada yang masih percaya dana-dana jasman ni, lukman ke atau pelaburan lain tu, korang tunggu je sampai akhir dan aku nasihatkan supaya tak top up dah.

Nak melabur juga, laburlah duit korang tu untuk ASB atau pelaburan yang berlesen.

Kalau dah teringin sangat nak jadi jutawan, laburlah ke syarikat-syarikat besar. Kaya teruss..

Alangkah indahnya kita titipkan rasa bersyukur dengan kehidupan yang sudah sedia ada untuk kita.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: najwadivian

5 Negara Baharu Yang Bakal Wujud Dalam Tempoh Beberapa Tahun Akan Datang

5 Negara Baharu Yang Bakal Wujud Dalam Tempoh Beberapa Tahun Akan Datang

Sejak beratus-ratus tahun dahulu, peta dunia telah berubah dengan drastiknya dengan penggabungan dan pemecahan negara-negara, antaranya adalah penggabungan Jerman Barat dan Jerman Timur, dan perpecahan Yugoslavia kepada Croatia, Slovenia, Republik Macedonia, Bosnia dan Herzegovina, Serbia, Montenegro dan Kosovo.

Malaysia juga tidak terkecuali apabila terdapat desas-desus mengatakan Johor ingin keluar dari Malaysia dan menubuhkan negara sendiri. Harap-harap perkara ini tidak berlaku.

Kali ini kami ingin berkongsi 5 negara yang bakal wujud dalam masa beberapa tahun akan datang.

1. Independent Scotland

5 Negara Baharu Yang Bakal Wujud Dalam Tempoh Beberapa Tahun Akan Datang

Scotland hampir-hampir berpisah dengan United Kingdom apabila satu undian dibuat pada tahun 2014. Dalam undian itu 55% daripada rakyat Scotland mengundi untuk Scotland masih berada dalam UK.

Walau bagaimanapun, undian tersebut juga menunjukkan bahawa kuasa nasionalisma sudah bangkit dan amat kuat.

Dan dalam pilihanraya umum UK pada tahun 2015, Scottish National Party (SNP) menjadi parti ke-3 terbesar di UK apabila memenangi hampir kesemua kerusi di Scotland dan semenjak itu, ancaman referendum kedua semakin menjadi-jadi.

Pencetus terbesar Scotland akan keluar dari UK adalah keputusan UK untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU).

Disebabkan keinginan Scotland yang ingin kekal dalam EU, parti SNP telah berjanji akan melakukan referendum kedua dalam masa 2 tahun dan ini membuatkan Scotland mungkin akan menjadi negara baru dalam abad yang akan datang.

Jika benar-benar berlaku, Independent Scotland akan bergantung kepada harga minyak kerana sumber utama mereka adalah minyak laut utara. Negara ini akan menjadi sangat kaya jika harganya stabil dan jika tidak, ia akan musnah menjadi seperti Greece.

2. Independent London

5 Negara Baharu Yang Bakal Wujud Dalam Tempoh Beberapa Tahun Akan Datang

Ya, jangan terkejut. Scotland bukanlah satu-satunya bahagian di UK yang mana penganalisa meramalkan akan terpisah daripada kesatuan itu, malah juga London, ibu negara UK dan antara salah satu bandar yang paling dinamik di atas muka bumi.

Populasinya melebihi 8 juta dan tanahnya juga sangat besar melebihi negara seperti Singapura, London kini sudah menjadi lain daripada yang lain berbanding kawasan-kawasan di sekelilingnya.

Hampir 40% daripada penduduk di London adalah imigran, dan sekurang-kurangnya 1 per 4 daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK disumbangkan oleh bandar ini.

Kini, terdapat sekelompok ahli politik dalam parti-parti utama UK sudah mula bersuara untuk membebaskan London dari UK, dan hujah-hujah mereka sangat kuat.

Antaranya adalah London akan mendapat manfaat dengan tidak lagi perlu menghantar wang kepada bahagian lain di UK. Bukan itu sahaja, bahagian lain di UK juga akan mendapat manfaat dengan tamatnya dominasi politik oleh London.

Kelihatan seperti "negara" London akan menjadi seperti Singapura yang mempunyai rasa tanggungjawab social, dan pusat kewangan yang kuat dikuasai oleh politik haluan kiri.

3. Catalonia

5 Negara Baharu Yang Bakal Wujud Dalam Tempoh Beberapa Tahun Akan Datang

Catalonia merupakan wilayah di Sepanyol, di mana terletaknya Barcelona. Seperti UK, Catalonia merupakan jawapan kepada Scotland dan London. Catalonia mempunyai kepelbagaian, kaya-raya dan menggunakan bahasa sendiri iaitu Catalan. Bukan itu sahaja, wilayah ini juga sangat berdikari.

Pada tahun 2014, satu referendum menunjukkan lebih daripada 80% mengundi untuk keluar dari Sepanyol. Wilayah ini ditadbir oleh kerajaan nasionalis sejak awal tahun 2016, namun jatuh ketika bertanding bajet.

Idea Catalonia untuk keluar dari Sepanyol masih kuat sehingga kini dan kemungkinan dikatakan akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat.

Walaupun ramai yang tidak tahu bila akan berlaku, namun peluang untuk berlaku sangat tinggi dan disebabkan Catalan adalah wilayah yang kaya dan mempunyai pangkalan industri yang baik, persoalannya bukanlah jadi atau tidak untuk keluar Sepanyol, tetapi bila akan keluar Sepanyol.

4. United States of Europe

5 Negara Baharu Yang Bakal Wujud Dalam Tempoh Beberapa Tahun Akan Datang

Bagi kebanyakan benua, perjanjian yang mewujudkan Kesatuan Eropah moden ditafsirkan sebagai membina "United States of Europe". Ia bermaksud mencipta sebuah negara dengan kerajaaan, ketenteraan dan mata wang yang sama, di Eropah.

Walaupun projek ini tidak popular disebabkan krisis kewangan, kemelesetan ekonomi Greece dan masalah pelarian, namun ia masih berjalan dengan baik.

Namun ramai juga yang ragu-ragu jika ia mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Kesatuan Eropah ketika ini.

"United States of Europe" pertama kali diusulkan oleh Winston Churchill pada tahun 1946. Beliau melihatkan tiada lagi penyelesaian lain untuk menghindarkan Eropah daripada hancur disebabkan oleh perang yang besar.

Selepas itu, ramai yang menggunakan prinsip ini, dan yang terbaru oleh naib presiden Suruhanjaya Eropah yang menyeru "18 nation superstate" yang terdiri daripada negara-negara yang menggunakan matawang Euro, dan 10 lagi negara EU (termasuk UK) namun, disebabkan oleh kebangkitan nasionalisma di Eropah, ia ditunda buat seketika.

2 negara besar yang menyokong penubuhan United States of Europe adalah Jerman dan Perancis.

Dan melihatkan situasi ekonomi Eropah yang sangat rapat diantara satu sama lain, negara yang disebut ini dijangkakan mungkin akan wujud sebelum tahun 2030.

5. Korea Bersatu

5 Negara Baharu Yang Bakal Wujud Dalam Tempoh Beberapa Tahun Akan Datang

Korea Selatan adalah sebuah negara kapitalis yang kuat dengan teknologi yang sangat hebat dan antara negara asia yang mempunyai standard kehidupan yang paling tinggi.

Manakala Korea Utara pula adalah sebuah tanah yang miskin dipimpin oleh diktator yang gemar meletupkan bom nuklear secara haram.

Jadi, idea untuk Korea Selatan untuk bergabung dengan Korea Utara seolah-seolah seperti satu fantasi namun, ia tidaklah mustahil yang seperti anda fikir. Penyatuan semula merupakan polisi rasmi kerajaan bagi kedua-dua negara ini.

Secara kasar, kos untuk menyatukan semula adalah sangat besar. Jika dilihatkan kembali kepada penyatuan Jerman.

Jerman Barat menerima tamparan hebat selepas menyerap Jerman Timur dan sehingga kini mereka masih membayar kos tersebut.

Hampir 9.73 trillion dibelanjakan Jerman dalam masa 25 tahun dan dijangkakan Korea Selatan terpaksa membelanjakan 3.89 trilion hanya untuk mengelakkan Korea Bersatu daripada musnah serta-merta.

Namun kita juga harus lihat dari sudut positif kerana kedua-dua negara ini dilihat mendapat faedah daripada penyatuan semula ini. Korea Selatan bakal mendapat akses kepada sumber mineral Korea Utara yang bernilai lebih 46.7 trilion.

Rakyat Korea Utara pula tidak lagi harus berhadapan dengan masalah kelaparan yang dahsyat.

Dan jika Korea Utara tiba-tiba jatuh, tak kiralah sama ada disebabkan revolusi atau rampasan kuasa, polisi rasmi adalah kedua-dua Korea ini disatukan semula.

Dilihatkan kepada situasi di Korea Utara yang sangat tidak stabil ketika ini, ia mungkin bakal berlaku menjelang tahun 2050, ataupun pagi esok.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi