Saturday, September 22, 2018

Datuk Bandar Wajibkan Pekerja Pejabat Solat Subuh Berjemaah


Pelbagai maklum balas diterima para pekerja kerajaan sejurus seorang walikota (datuk bandar) baharu di Indonesia yang baharu memulakan tugasnya untuk penggal 2018 hingga 2023 pada Selasa lalu (18/9/2018).

Wajib-solat-subuh

Media tempatan melaporkan, Datuk Bandar Palembang, Harnojoyo, menandatangani peraturan walikota (Perwali), atau surat pekeliling, yang menguatkuasakan amalan solat subuh berjemaah dalam kalangan pekerja khususnya ketua jabatan di semua pejabat kerajaan.

"Kali ini Perwali mewajibkan 160 jabatan di bawah pentadbiran Palembang untuk melaksanakan program subuh berjemaah.

"Saya akan melakukan subuh berjemaah di 107 daerah, termasuk di masjid dan surau, selain juga di pejabat daerah dan mukim. Setiap tempat yang saya kunjungi wajib ada (solat berjemaah)," katanya.

Melalui pekeliling itu juga, terdapat peringatan penting bagi pihak yang tidak mahu menjalankan arahan tersebut sepanjang tempoh lima tahun ke depan.

"Jika tidak mahu menjalankannya, silakan. Saya hanya mengingatkan, jika mereka masih mahu terus bekerja di kota Palembang," katanya.

Saranan itu telah mencetus respons yang pelbagai, termasuk pihak yang bimbang jika ia tidak diikuti, mereka akan dibuang kerja.

Namun, ramai juga yang menyokong usaha itu dan melihat Harnojoyo melakukan suatu tindakan yang betul.

Harnojoyo menjelaskan, solat subuh berjemaah dapat melatih aspek disiplin dalam menjalankan aktiviti seharian.

"Melalui solat subuh berjemaah, diharapkan masyarakat sekitar juga akan turut melaksanakannya.

"Kami mahu memakmurkan masjid. Dengan itu akan terbangun manusia-manusia Islam yang bertanggungjawab," katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon