Sunday, September 23, 2018

5 Petua Hilangkan Batuk Dari Orang Tua-tua


Cuaca yang kering dan panas adakalanya membuatkan kita dihinggapi pening kepala, sakit tekak dan terutamanya batuk, yang bukan sahaja menyakitkan dada, tapi juga akan menyebabkan rasa tak selesa dan perit di tekak.

Petua Hilangkan Batuk
Gambar hiasan.

Yang paling stres, apabila nak tidur di malam hari, sepatutnya masa untuk kita berehat, tapi bila batuk, terus tak dapat tidur! Alahai..

Dah bermacam ubat kita guna, tapi batuk masih berpanjangan. Seksanya rasa!

Apa kata anda cuba petua orang-orang ini! Manalah tahu mujarab dan berkesan untuk kurangkan batuk anda tu. Jom baca!

1. BERENDAM DALAM AIR HANGAT

Mandi dengan air panas memang mendamaikan, terutamanya bagi anda yang seharian di tempat kerja dan setiap hari stres dengan kerja yang banyak, apa kata cuba berendam dalam air hangat.

Memang boleh rasa relaks dan tenang. Rasa nak tertidur pun ada.

Sama jugalah macam batuk. Mandi dengan air hangat juga digalakkan bagi mereka yang batuk berpanjangan, kerana wap panas membantu melonggarkan sinus dan melancarkan sistem pernafasan serta tekak. Cubalah!

2. TIDUR PAKAI BANTAL TINGGI

Ada orang bila nak tidur, kena pakai bantal lembut dan rendah, ada orang kena pakai bantal keras dan tinggi baru boleh lena.

Tapi, jangan tak tahu, tidur menggunakan bantal yang tinggi juga boleh membantu mengurangkan batuk!

Bila kahak di tekak berkumpul, ia akan membuatkan kita rasa tak selesa dan kerap batuk.

Jadi, dengan posisi kepala yang lagi tinggi dari bantal, akan membuat lendir di tekak dan hidung berpindah dari saluran pernafasan tersebut.

Siapa yang batuk tu, bolehlah cuba dengan menambah bilangan bantal ketika tidur ya!

3. BUAH BADAM DAN MENTEGA

Kalau anda nak tahu, buah badam juga terkenal sebagai penawar batuk kerana khasiat dan kelembapannya yang membantu meredakan rasa sakit tekak.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah, ambil 5-8 biji buah badam, rendamkannya di dalam air dan campurkan dengan sedikit mentega sehingga menjadi paste.

Kemudian, makan dan amalkan sehari tiga kali.

4. LIMAU NIPIS DAN KICAP

Petua ni agak popular dalam meredakan batuk. Dengar macam pelikkan kombinasi limau nipis dan kicap. Tapi sedap!

Caranya, perah sebiji limau nipis ke atas sesudu kicap, campurkan dan minum. Anda juga boleh ulangi cara ini dengan kerap. Sedap, murah dan selalunya berkesan!

5. MAKAN MADU

Batuk yang paling perit adalah batuk kering atau dry cough yang boleh menjadi sangat teruk pada malam hari dan waktu pagi.

Bukan saja tekak tak selesa, dada dan perut pun turut sama sakit. Confirm tak boleh tidur malam!

Cuba amalkan makan madu, yang dikatakan efektif dalam melegakan batuk dan sakit tekak kerana ia dapat melembapkan tekak yang kering dan gatal dengan fungsi hidrasinya.

Caranya, ambil segelas air suam dan campurkan sesudu madu, lalu minum. Anda boleh ulangi cara ini sebanyak 2 atau 3 kali sehari untuk mengekalkan kelembapan tekak.

Nak lagi sedap, anda juga boleh campurkan madu dengan segelas teh lemon. Yums!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: siraplimau

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon