Friday, May 25, 2018

Herba Dari China Punca Barah Hati Di Asia!

Herba Dari China Punca Barah Hati Di Asia!

Penyelidik berjaya membongkar bukti mengaitkan penawar herba China dengan barah hati di seluruh Asia, yang disiarkan dalam jurnal Science Translation Medicine.

Herba Dari China Punca Barah Hati Di Asia!

Hasil kajian menyatakan langkah lebih tegas diperlukan untuk menghalang orang ramai memakan kimia aristolochic acids (AA), yang berasal daripada keluarga Aristolochia.

Asid itu boleh didapati dalam beberapa ubat tradisi China yang diberikan ketika proses kelahiran, untuk mengelakkan parasit dan menggalakkan proses penyembuhan.

Penyelidik menguji 98 tumor hati yang disimpan di hospital di Taiwan, dan mendapati 78 peratus mengandungi corak perubahan yang menunjukkan barah berkemungkinan disebabkan hasil sentuhan dengan kimia.

Disebabkan asid itu menyebabkan 'petanda perubahan jelas', penyelidik juga meneliti 89 contoh barah hati di China, dan mendapati 47 peratus menunjukkan kaitan dengan bahan perubatan tradisi itu.

Taiwan mengharamkan beberapa persediaan herba menggunakan tanaman pada 2003 selepas mendapati asid aristolochic boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan barah saluran kencing.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bhplus

Ujian Gigi Sahkan Adolf Hitler Meninggal Dunia Pada Tahun 1945

Ujian Gigi Sahkan Adolf Hitler Meninggal Dunia Pada Tahun 1945

Pemimpin Nazi, Adolf Hitler, disahkan meninggal dunia pada 1945 di Berlin kerana mengambil sianida dan ditembak, menurut penyelidik Perancis yang diberikan sebahagian gigi diktator itu yang disimpan di Moscow.

Hitler mati 1945

“Gigi itu asli, tiada keraguan lagi dan kajian kami menunjukkan Hitler meninggal dunia pada 1945.

“Kita boleh menghentikan semua teori konspirasi mengenai Hitler.

"Dia tidak melarikan diri ke Argentina dengan kapal selam, dia tidak berlindung dalam kubu di Antartika atau berada di bulan,” kata Profesor Philippe Charlier.

Kajian, yang dilakukan Charlier bersama-sama empat lagi penyelidik, disiarkan dalam majalah saintifik European Journal of Internal Medicine.

Analisis ke atas gigi Hitler yang buruk dan beberapa gigi palsu menunjukkan kandungan tartar putih dan tiada kesan serat daging kerana diktator itu cuma makan sayur-sayuran.

Pada Mac dan Julai 2017, perkhidmatan rahsia Russia, FSB dan arkib Russia membenarkan sepasukan penyelidik memeriksa tulang diktator itu, buat kali pertama sejak 1946.

Penyelidik Perancis memeriksa serpihan tengkorak yang menunjukkan lubang di sebelah kiri yang kemungkinan disebabkan peluru.

Saintis tidak dibenarkan mengambil contoh serpihan itu.

Jika kajian mengesahkan pandangan yang diterima secara umum bahawa Hitler meninggal dunia pada 30 April 1945, dalam kubunya di Berlin dengan kekasihnya, Eva Braun, ia juga menunjukkan punca sebenar kematian, kata Charlier.

“Kami tidak tahu sama ada dia menggunakan sianida untuk membunuh diri atau disebabkan peluru dalam kepala.

"Kemungkinan kedua-duanya,” kata Charlier lagi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian

Fakta Hutang RM1 Trilion Malaysia

Fakta Hutang RM1 Trilion Malaysia

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membidas bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang dituduh menyamun duit rakyat kerana cuba menyangkal pengumuman kerajaan bahawa hutang negara sekarang berjumlah RM1 trilion.

Fakta Hutang RM1 Trilion Malaysia

Najib dilaporkan berkata kenyataan itu "hanya akan menimbulkan keraguan terhadap pasaran kewangan, mengejutkan agensi penarafan kredit dan menjejaskan keyakinan pelabur dalam institusi negara seperti Bank Negara Malaysia."

Kenyataan Lim Guan Eng

“Izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan liabiliti bernilai RM1 trilion pada 31 Dis, 2017, seperti yang diumumkan sebelum ini.

"Pertamanya, hutang kerajaan persekutuan adalah RM686.8 bilion iaitu 50.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Selain itu, kerajaan juga perlu membayar jaminan kerajaan kepada pelbagai entiti yang gagal untuk membayar hutangnya.

"Jumlah ini adalah sebanyak RM199.1 bilion (14.6 peratus daripada KDNK).

"Antara jaminan itu melibatkan entiti seperti Danainfra Nasional Bhd. (RM42.2 bilion), Govco Holdings Bhd. (RM8.8 bilion), Prasarana Malaysia Bhd. (RM26.6 bilion), Malaysia Rail-link Sdn. Bhd. (RM14.5 bilion) serta dianggarkan RM38 bilion untuk 1MDB."

Menurut Lim, selain jumlah berkenaan, kerajaan juga dikehendaki untuk menjelaskan pelbagai pajakan untuk pelbagai projek awam swasta seperti pembinaan sekolah, balai polis, jalan raya serta lain-lain yang berjumlah RM201.4 bilion (14.9 peratus daripada KDNK).

Meskipun tampuk kepemimpinan kerajaan persekutuan sudah berubah, namun tanggungjawab dan komitmen terhadap kewangan negara adalah masih sama.

"Dalam tempoh jangka pendek, keputusan untuk memberi kebenaran mungkin menimbulkan ketidak selesaan kepada (bekas perdana menteri) Datuk Seri Najib Razak.

"Bagaimanapun, kita percaya bahawa dalam tempoh sederhana, dengan mengakui situasi hutang hari ini, kerajaan dapat mengambil langkah konkrit untuk mengawal selia dan mengukuhkan kedudukan kewangan," katanya.

Menurut Lim, kerajaan baru Pakatan Harapan akan melaksanakan pentadbiran berdasarkan prinsip-prinsip kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan (CAT).

“Kami mahu menubuhkan garis dasar sebenar mengenai keadaan kewangan, mendiagnosis masalah dan kemudian mencadangkan semua tindakan yang perlu diambil,” katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

13 Aurat Wanita Yang Wajib Dijaga

13 Aurat Wanita Yang Wajib Dijaga

Islam telah menggariskan beberapa panduan khususnya pada wanita supaya menjaga aurat daripada tercebur ke lembah perzinaan demi untuk keselamatan dan kebahagiaan hidup mereka di dunia dan akhirat.

13 Aurat Wanita Yang Wajib Dijaga

Wanita memang diberkati oleh Allah dengan segala keindahan, tapi terkadang itu salah digunakan untuk membuat para lelaki tergoda.

Apa 13 bahagian aurat wanita itu?

1. Bulu kening (Alis)

"Menurut Bukhari, Rasullulah SAW melaknat wanita yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)

2. Kaki (tumit kaki) dipasang loceng

"Dan janganlah mereka (wanita) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31)

Menampakkan kaki dan mengayun, melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng, sama juga seperti pelacur dizaman jahiliah.

3. Wangi-wangian

"Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berkumpul lelaki hidung belang." (Petikan dari Hadis Riwayat Nasa’i, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

4. Dada

"Hendaklah mereka (wanita) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian depan dada-dada mereka." (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31)

5. Gigi

"Rasullulah SAW melaknat wanita yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya."(Petikan dari Hadits Riwayat At-Thabrani.

"Dilaknat wanita yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah." (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

6. Leher

"Dan tinggallah kamu (wanita) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu."

Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Membayang Anggota Tubuh

Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah, "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah haid tidak boleh baginya menampakkan anggota badan kecuali telapak tangan dan wajah saja." (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari)

8. Berjabat Tangan

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." (Petikan dari Hadits Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

9. Memandang

"Dan katakanlah kepada wanita mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)

"Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandang yang pertama saja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan kerana hukumnya haram." (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)

10. Mulut (suara)

"Janganlah wanita-wanita itu terlalu mendayu-dayu dalam berbicara sehingga orang yang mendengarkan ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."
(Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32)

11. Kemaluan

"Dan katakanlah kepada wanita-wanita mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka." (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)

"Apabila seorang wanitaitu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga dari pintu-pintu yang ia kehendaki." (Petikan dari Hadits Riwayat Riwayat Al Bazzar)

"Tiada seorang wanita pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah)

12. Pakaian

"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Petikan dari Hadits Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasa’i dan Ibn Majah)

"Sesungguhnya sebahagian ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang yang cenderung pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya." (Petikan dari Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim)

Wanita yang berpakaian tipis, jarang, ketat, membentuk dan berbelah, membuka bahagian-bahagian tertentu).

13. Rambut

"Wahai anakku Fatimah! Adapun wanita-wanita yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya dari pandangan  lelaki yang bukan mahramnya." (Petikan dari Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim)

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, May 24, 2018

Resepi Ayam Masak Merah, Sedap Dan Enak Di Bulan Ramadhan

Resepi Ayam Masak Merah, Sedap Dan Enak Di Bulan Ramadhan

Setiap kali bulan puasa tiba, pastinya ramai yang mencari juadah ini kala berkunjung ke bazar ramadhan, walhal anda boleh lakukannya sendiri di rumah.

Resepi Ayam Masak Merah

Ini resipi Ayam Masak Merah. Jom cuba!

Bahan-bahan:
  • 1/2 ayam
  • Secubit serbuk kunyit

Bahan – bahan untuk dikisar:
  • 4-5 keping cili kering
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • Sebiji bawang merah
  • Sebiji tomato (dipotong ke bentuk kiub)
  • 1/2 cawan sos tomato

Bahan hiasan:
  • 1/2 bawang merah (dihiris)

Langkah-langkah:

1. Cuci ayam dan cincang ke bahagian-bahagian lebih kecil.

2. Perap ayam di dalam serbuk kunyit dan goreng sehingga ia 2/3 masak.

3. Tidak termasuk tomato yang dipotong dan sos tomato, tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga berbau wangi.

4. Masukkan tomato yang telah dipotong dan sos tomato, tumis sehingga lapisan minyak terbentuk.

5. Masukkan ayam dan biarkan sehingga sos berkurangan. Kacau campuran sekali-sekala.

6. Selepas sos telah berkurangan, masukkan bahan hiasan dan biarkan ia reneh selama 1-2 minit sebelum memadamkan api.

Siap untuk dihidang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: eh

Kerajaan Tidak Akan Beli Balik Proton Kerana Ia Milik Syed Mokhtar Al-Bukhary

Kerajaan Tidak Akan Beli Balik Proton Kerana Ia Milik Syed Mokhtar Al-Bukhary

Kerajaan baharu tidak akan membeli balik Proton Holdings Bhd. kerana ia kini menjadi milik hartawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, kata Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Kerajaan Tidak Akan Beli Balik Proton Kerana Ia Milik Syed Mokhtar Al-Bukhary

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

Syed Mokhtar memegang 55.92 pegangan tidak langsung dalam DRB-Hicom Bhd. menerusi syarikat persendiriannya, Etika Strategi Sdn. Bhd., yang mana beliau memiliki 90 peratus kepentingan ekuiti.

Proton yang ditubuhkan pada 1983, adalah kereta nasional pertama negara dan merupakan idea Dr. Mahathir semasa tempoh pentadbirannya selama 22 tahun.

Bagaimanapun, Proton mengalami kerugian sejak beberapa tahun ini dan membawa kepada penjualan 49.9 peratus pegangan dalam syarikat itu kepada Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd. dari China dengan harga RM460.3 juta pada Jun 2017 lepas.

Sebelum Pilihan Umum Ke-14 pada 9 Mei, dilaporkan bahawa Pakatan Harapan, yang dipimpin oleh Dr. Mahathir, mungkin mempunyai rancangan untuk menubuhkan satu lagi syarikat kereta nasional sekiranya gabungan parti itu memenangi pilihan raya.

Ini susulan peluang yang amat besar bagi pengeluar kereta, yang juga akan membawa kesan sampingan kepada syarikat alat-alat ganti kereta.

Jualan keseluruhan industri berjumlah 514,679 unit pada 2017, di mana daripada jumlah itu jualan Proton adalah sebanyak 70,991 unit.

Semasa era kegemilangannya, Proton menguasai jualan kereta tempatan dengan hampir 80 peratus kereta penumpang baharu terjual.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

Kelab Manchester United Bernilai RM14.9 Bilion

Kelab Manchester United Bernilai RM14.9 Bilion

MANCHESTER United mengakhiri kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga kedua musim ini tetapi kelab gergasi Inggeris itu mengisi carta teratas berdasarkan nilai keseluruhan, menurut laporan firma perakaunan, KPMG.

Kelab Manchester United Bernilai RM14.9 Bilion

Nilai keseluruhan kelab diberi julukan Red Devils itu meningkat lima peratus berbanding 2017 iaitu 3.2 bilion euro (RM14.9 bilion), peningkatan daripada 3.1 bilion euro (RM14.4 bilion) mengatasi dua gergasi Sepanyol, Real Madrid 2.9 bilion euro (RM13.5 bilion) dan Barcelona 2.8 bilion euro (RM13 bilion).

“Kami menghitung aset setiap kelab, jika mereka memiliki stadium misalnya, nilai pemain, tetapi juga nilai jenama atau imej dengan kontrak pengiklanan dan jangkauan mereka di rangkaian sosial,” kata Ketua Penasihat Sukan di KPMG, Jacques Boussuge.

Daripada 32 kelab Eropah yang dinilai, Bayern Munich menduduki tempat keempat dengan 2.55 bilion euro (RM11.9 bilion) manakala gergasi Itali, Juventus di tangga kesembilan dengan 1.3 bilion euro (RM6.07 bilion).

Kelab Perancis, Paris Saint-Germain di kedudukan ke-11 dengan anggaran nilai 1.14 bilion euro (RM5.32 bilion).

“PSG sedang berkembang … tetapi ia memerlukan masa dan ia dibataskan oleh peraturan permainan adil,” kata Boussuge.

Secara keseluruhan, nilai kewangan 32 kelab berkenaan dianggarkan mencapai 32.5 bilion euro RM151.9 bilion) yang juga peningkatan 9 peratus berbanding 2017.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian

1MDB Muflis, Pelaburan Dan Bayaran Hutang Selama Ini Satu Penipuan

1MDB Muflis, Pelaburan Dan Bayaran Hutang Selama Ini Satu Penipuan

Kementerian Kewangan dimaklumkan bahawa bahawa syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah muflis dan tidak mampu membayar hutang dan situasi 1MDB itu didedahkan sendiri oleh Ahli Lembaga Pengarah 1MDB, Datuk Norazman Ayon dan Datuk Kamal Mohd. Ali ketika memberi penjelasan kepada kementerian.

1MDB Muflis

Lim Guang Eng berkata, lebih mengejutkan Kamal juga turut memaklumkan pelaburan 1MDB sebanyak RM9.8 bilion sejak dua tahun lalu juga merupakan penipuan.

"Bekas Ketua Pegawai Kewangan 1MDB, Azmi Tahir melalui sepucuk surat pada Mac 2018 lalu juga memaklumkan syarikat itu tidak mampu untuk membayar kadar faedah yang matang pada April dan Mei 2018 ini.

“Lembaga pengarah, yang membekalkan minit mesyuarat lembaga pengarah 1MDB kepada kementerian, mendakwa mereka berulang kali mempertikaikan nilainya dan malah kewujudan pelaburan ini semasa mesyuarat bulanan lembaga pengarah.

“Ini kerana pengurusan 1MDB berulang kali gagal membekalkan lembaga pengarah dengan sebarang bukti kewujudan pelaburan ini lebih dua tahun.

“Kamal Mohd Ali menggelar pelaburan ini sebagai 'penipuan',” kata Lim dalam sidang media di Putrajaya.

1MDB sebelum ini mendakwa mempunyai AS$2.5 bilion “unit dana” yang disimpan oleh anak syarikatnya Brazen Sky Ltd dan AS$1.56 bilion lagi dalam sebuah lagi anak syarikatnya 1MDB Global Investment Ltd (1MDB GIL).

Bagaimanapun, Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mendakwa “unit dana” itu “tidak bernilai” dan hanya bertujuan mengaburi wang yang telah dicuri.

Dalam pembentangan sama, Arul Kanda, yang sebelum ini menegaskan wang itu ada dan untuk digunakan 1MDB bagi membayar hutang, kini berkata tidak pasti.

Beliau juga berkata “tidak tahu menahu” dengan kedudukan kewangan syarikat, menurut Lim.

"Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda pula memaklumkan dia ketika ini sedang bercuti sehingga tamat kontrak pada Jun 2018 dan mendakwa tidak mengetahui langsung mengenai situasi kewangan syarikat," katanya.

“Justeru, beliau mendakwa tidak tahu menahu berkaitan situasi keadaan syarikat,” kata Lim.

Kerajaan baru Pakatan Harapan mendakwa pentadbiran BN sebelum ini cuba menutup skandal berbilion ringgit 1MDB.

Terdahulu, Guang Eng dalam sidang akhbar pertamanya selaku Menteri Kewangan mengarahkan Arul memberi penjelasan mengenai kemampuan 1MDB dalam membayar hutangnya.

Lim Guan Eng turut mendedahkan, 1MDB tidak pernah membayar langsung hutang pinjamannya, sebaliknya dibayar oleh Kementerian Kewangan sejak April 2017 yang sudah berjumlah RM6.98 bilion setakat ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

Israel Negara Pertama Serang Menggunakan Jet Pejuang F-35

Israel Negara Pertama Serang Menggunakan Jet Pejuang F-35

BAITULMAQDIS – Israel menjadi negara pertama menggunakan jet pejuang kalis radar F-35 buatan Amerika Syarikat (AS) dalam peperangan, kata ketua tentera udara negara itu, Amikam Norkin.

Israel Negara Pertama Serang Menggunakan Jet Pejuang F-35

“Kami menerbangkan F-35 di seluruh rantau Asia Barat dan melancarkan serangan di dua lokasi berbeza,” katanya dipetik media ketika berucap di hadapan ketua tentera udara dari 20 negara yang mengadakan persidangan di Israel.

Norkin juga menayangkan gambar sebuah F-35 milik rejim Israel yang berjaya terbang melintasi Beirut, Lubnan secara haram.

Dibina syarikat Lockheed Martin Corp., pesawat F-35 juga dikenali sebagai Pejuang Serangan Bersama dan di Israel ia dikenali dengan nama dalam bahasa Hebrew ‘Adir’ bermaksud berkuasa.

Israel adalah negara pertama di luar AS yang memiliki F-35.

Pada Disember 2016, Israel menerima dua pesawat pertamanya daripada 50 yang ditempah. Menurut media Israel, sembilan pesawat sudah diterima setakat ini.

Israel sebelum ini memberitahu ia melancarkan beberapa serangan udara di Syria terhadap kemudahan atau penghantaran senjata dari Iran kepada kumpulan Hezbollah di Lubnan.

Tentera udara Israel juga dipercayai melancarkan serangan terhadap kumpulan militan di wilayah Sinai di Mesir dan penyeludup senjata Hamas di Sudan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro

Wednesday, May 23, 2018

Harga Semua Model Kereta Proton Turun Mulai 1 Jun 2018

Harga Semua Model Kereta Proton Turun Mulai 1 Jun 2018

Proton menawarkan harga rendah bagi semua model keluarannya susulan langkah pihak kerajaan memansuhkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) berkuat kuasa 1 Jun depan.

Harga Proton Turun

Pembeli kereta Proton malah akan menikmati pengecualian cukai berserta penjimatan hebat pada harga baharu kerana syarikat automotif itu kini sedang berusaha untuk meningkatkan nilai tambah kepada pe­langgan.

Namun buat masa ini, walaupun harga kekal sehingga tarikh GST berkadar sifar dilaksanakan, pelanggan diberi pilihan rebat tunai segera atau baucar servis yang ada nilai bersamaan perbezaan harga semasa dengan baharu.

Harga semua model turun ketara;
  • Saga bagi varian 1.3 CVT Premium adalah RM39,480.43 berban­ding harga GST iaitu RM44,072.25.
  • Persona 1.6 CVT Premium dengan kit badan metalik berharga RM51,531.91.
  • Iriz 1.6 Premium CVT (RM53,114.51).
  • Exora 1.6 Executive CVT Plus (RM67,302.13).
  • Preve MC 1.6 CVT Premium (RM65,888.11).
  • Suprima S model 2017 (RM70,944).
  • Ertiga 1.4 Executive CVT Plus (RM57,336.42).

Tambah kenyataan Proton itu lagi, selain penurunan harga, terdapat juga inisia­tif jualan menarik sepanjang bulan Mei yang akan memudahkan orang ramai untuk memiliki kereta Proton melalui promosi Kosong-Kosong.

Ia menawarkan pembeli Iriz (varian Eksekutif dan Premium), Ertiga (semua varian) dan Exora (semua varian) yang mendaftar dengan pihak Hong Leong Bank akan menikmati pembiayaan tanpa faedah untuk tahun pertama.

Bahkan kenyataan itu menjelaskan bahawa pelanggan yang memilih untuk membeli model Saga atau Persona pula akan menerima ansuran tiga bulan percuma jika mereka memilih untuk dibiayai melalui Proton Commerce.

Bagi yang membeli model Proton Suprima S, mereka akan me­nik­mati diskaun tunai sehingga RM15,172 sebagai tambahan nilai kepada penurunan harga daripada GST.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

Perdana Menteri Bubarkan SPAD, Jasa, MaGIC, MPN Dan JKKKP

Perdana Menteri Bubarkan SPAD, Jasa, MaGIC, MPN Dan JKKKP

Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad mengumumkan beberapa agensi dan institusi berkaitan kerajaan dibubarkan bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan antara yang akan dibubarkan ialah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), Majlis Profesor Negara (MPN), serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).

Kabinet Tun Mahathir.jpg

“Kebanyakan institusi ini sebenarnya bukan sebahagian daripada kerajaan, yang sepatutnya memberi nasihat kepada kerajaan. Semua perkara ini akan dibubarkan.

“Kita tidak memerlukan kepintaran mereka, saya fikir kita pun ada kepintaran,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet yang pertama di Perdana Putra.

Tun Mahathir berkata, keputusan memansuhkan agensi dan insitusi terbabit dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet tersebut yang memberi tumpuan kepada hutang negara yang mencecah RM1 trilion, dengan mengurangkan perbelanjaan dalam bajet kerajaan terdahulu.

Mengulas pembubaran SPAD, Mahathir berkata tugas suruhanjaya itu akan dikembalikan semula kepada Kementerian Pengangkutan.

Mengenai rasional pemansuhan MPN dan JKKKP pula, beliau berkata kedua-dua institusi itu dipengaruhi unsur-unsur politik ketika pentadbiran kerajaan terdahulu.

“Pada mulanya, MPN satu badan yang kita guna untuk dapat maklumat daripada orang yang ada pengetahuan tinggi tetapi akhir-akhir ini banyak unsur politik sehingga mereka dipergunakan untuk mendokong kerajaan.

"Sebab itu kita tidak mahu ulang amalan-amalan tidak baik yang dibuat kerajaan terdahulu,” katanya.

“Kita dapati gaji dibayar kepada JKKKP yang seolah-olah telah menjadi kerajaan tambahan di negeri-negeri, ia banyak berunsur politik dan bukan pentadbiran.

"Sebaliknya kita ada pegawai kerajaan untuk menjalankan tugas itu dan kita tidak akan ganti bayaran kepada JKKP kerana kita tidak ingin amalkan politik seperti kerajaan terdahulu,” katanya.

Ditanya mengenai projek seperti Bandar Malaysia, Tun Razak Exchange (TRX) dan Lebuhraya Pan Borneo, Perdana Menteri berkata, “Kita sedang mengkaji mana satu kita batalkan, mana satu diteruskan, mana satu saya akan tangguhkan sehingga satu tarikh yang akan datang.”

Mahathir berkata langkah memansuhkan institusi dan mengkaji semula projek-projek terbabit dibuat sebagai sebahagian daripada langkah mengurangkan perbelanjaan kerajaan melibatkan nilai berbilion ringgit.

“Kita sudah kenal pasti banyak perbelanjaan dalam bajet yang lama, projek yang lama yang boleh kita kurangkan, jumlahnya berbilion juga tetapi tidak dapat beri secara terperinci.

“Sebanyak mana yang kita dapat kurangkan perbelanjaan kerajaan, sudah tentu ada projek yang mungkin gugur ada yang mungkin kita hentikan ada juga mungkin kita adakan rundingan semula untuk kurangkan kos setakat kita mampu bayar sahaja,” katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bernama