Tuesday, November 29, 2016

10 Kelebihan Proton Ertiga Dan Kenapa Anda Patut Memilih MPV Ini!


Kenapa rakyat Malaysia perlu pilih Proton Ertiga? Jawapannya cukup mudah, rekabentuk menarik, jimat minyak, ruang kabin lebih luas, jaminan lima tahun dan ada penyaman udara di bahagian belakang.

Proton Ertiga

Daripada kelima-lima itu, lebih menarik perhatian adalah ruang belakang Proton Ertiga dengan kerusi baris kedua dan ketiga disediakan ventilator penyaman udara yang boleh dilaraskan. Semestinya berita gembira buat penumpang belakang.

Bukan itu saja, model MPV 6-tempat duduk Proton Ertiga cukup luas dan langsung tiada masalah apabila anda duduk di kerusi baris ketiga.

Cuba bayangkan dengan ketinggian sekitar 170cm dan berat badan 102kg, anda boleh duduk di kerusi baris ketiga tanpa perlu tunduk kepala, apatah lagi masih memiliki ruang kaki. Mesti tak percayakan? Ya, itulah realitinya.

Proton Ertiga [2]

Sepanjang 33 tahun penubuhan Proton, 2016 ialah tahun paling agresif buat Proton apabila melancarkan empat model dalam tempoh setahun. Selepas Proton Perdana, Persona dan Saga, kini giliran Proton Ertiga pula membuat kemunculan.

Proton dan Suzuki Corp Japan tahun lalu sudah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dan Perjanjian Perlesenan (LA) bagi membentuk kerjasama dan perkongsian strategik dalam tempoh jangka panjang.

Menerusi perjanjian itu, Suzuki akan berkongsi produk, teknologi dan kepakaran untuk bersama Proton menghasilkan kenderaan, terutama segmen kompak.

Ini bermakna, Proton bakal diberi akses untuk berkongsi model, platform, trenkuasa dan teknologi automotif dengan Suzuki. Kini, apa yang anda sedang saksikan ialah debut Ertiga, iaitu calon pertama kenderaan pelbagai guna (MPV) kerjasama Proton-Suzuki.

Memandangkan Suzuki Ertiga tidak pernah menjengah pasaran Malaysia, kami berpendapat pengenalan MPV itu sebagai strategi pemasaran terbaik. Apatah lagi jika mengambil kira reputasi Ertiga sebagai antara model MPV terlaris di pasaran Indonesia.

Apa pula keistimewaan Proton Ertiga? Apa kelainan antara Suzuki Ertiga dan Proton Ertiga? Bagaimana pula harganya? Mampukah menandingi pesaing utamanya, Perodua Alza?

Kami sajikan 10 perkara menarik tentang Proton Ertiga

1. MPV KOMPAK EEV PERTAMA

Tahukah anda, Proton Ertiga ialah model MPV kompak pertama yang mendapat status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

2. TIGA VARIAN

Proton Ertiga ditawarkan dalam tiga varian:
  • Proton Ertiga Executive MT
  • Proton Ertiga Executive AT
  • Proton Ertiga Executive PLUS

Difahamkan, Proton bakal memperkenalkan versi premium pada tahun hadapan jika jualan memberangsangkan. Versi premium dimaksudkan bakal tampil dengan kit badan sporty dan kemasan kulit.

3. DESAIN MENARIK & BERKUALITI

Jika pertama kali melihat Proton Ertiga, kami yakin MPV ini bakal memukau pandangan anda, jika dibandingkan dengan Suzuki Ertiga di pasaran Indonesia, penampilan Proton Ertiga boleh dikatakan hampir 95 peratus sama.

Kelainan paling ketara ialah pada bahagian belakang. Selain itu, tidak banyak perubahan dilakukan oleh Proton. Cuma logo Suzuki sahaja ditukarkan kepada Proton.

Kami sempat bertanya Proton, kenapa tidak banyak perubahan? Jawapan mereka ringkas, kereta sudah cantik dan menarik, buat apa mahu tukar lagi?

Mungkin betul juga jawapan Proton. Kereta sudah sempurna, buat apa mahu menggedik lagi?

4. RUANG DALAMAN LUAS

Proton Ertiga MPV

Memiliki dimensi jarak roda 2,740mm, model MPV 6-tempat duduk (4+2) itu cukup luas.

Tiada langsung masalah apabila duduk di barisan ketiga jika anda berketinggian normal, kecuali anda pemain bola keranjang NBA. Mesti tak percayakan? Ya, itulah realitinya.

5. JIMAT MINYAK

Selari dengan status EEV, fakta di bawah ialah kadar penggunaan bahan api yang dicatatkan Proton Ertiga;
  • Proton Ertiga Manual – 5.7L per 100km
  • Proton Ertiga Auto – 6L per 100km

6. PENYAMAN UDARA BELAKANG

Ini yang paling menarik, ruang belakang Proton Ertiga, iaitu di kerusi baris kedua dan ketiga disediakan ventilator penyaman udara yang boleh dilaraskan. Semestinya berita gembira buat penumpang belakang.

7. ENJIN & PENGENDALIAN KEKAL

Bagi pasaran Malaysia, Proton Ertiga menggunakan enjin sedia ada, K14B bersesaran 1.4L yang mampu menghasilkan kuasa 90hp dan tork 130Nm.

Tiada sebarang perubahan mekanikal dan pengendalian. Masih asli dengan cita rasa Jepun.

8. JAMINAN 5 TAHUN

Sama seperti model Proton lain, Ertiga didatangkan dengan jaminan lima tahun atau 150,000km had perbatuan. Kalau ada masalah, terus datang claim ok?

9. EMPAT PILIHAN WARNA
  • Putih – Cotton White
  • Kelabu – Metal Grey
  • Coklat – Carnelian Brown
  • Merah – Ruby Red

10. HARGA PROTON ERTIGA

MPV Proton Ertiga ditawarkan dengan tiga varian iaitu;
  • Executive MT dijual pada harga RM58,800
  • Executive AT berharga RM61,800
  • Executive Plus AT pula berharga RM64,800
Semua harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan dengan insuran.

Spesifikasi Proton Ertiga

Proton-Ertiga-dimensions
Proton-Ertiga-engine

Sebagai ringkasan, berikut merupakan senarai perincian bahagian luaran dan dalaman Proton Ertiga:

Luaran
  • Lampu utama reflektor halogen
  • Lampu kabus depan dan belakang
  • Lampu belakang jenis mentol
  • Gril depan krom
  • Kemasan krom di bahagian belakang, lanjutan daripada lampu belakang
  • Penunjuk lampu isyarat di bahagian fender depan
  • Cermin sisi kawalan elektrik
  • Kunci kawalan jauh
  • Rim aloi 15 inci dengan tayar GT Radial Champiro Eco (185/65/R15)
  • Tayar ganti saiz penuh
  • Dua sensor parkir di belakang
  • Pengilap cermin belakang
  • Empat warna: Merah Ruby, Perang Carnelian, Kelabu Metal dan Putih Cotton

Dalaman
  • Kemasan dalaman dwi-tona (kelabu dan beige)
  • Roda stereng Polyurethane (boleh laras ketinggian)
  • Unit radio dengan sambungan USB/CD
  • Empat pembesar suara
  • Kluster meter nyalaan belakang dengan fungsi Trip Meter
  • Pendingin hawa manual
  • Pendingin hawa belakang pada bumbung (dengan kawalan kelajuan motor penghembus)
  • Soket kuasa 12V (1 di depan, 1 di barisan tengah)
  • Enam tali keledar 3-poin
  • Fabrik dalam warna beige
  • Ruang storan bawah lantai

Sebagai tambahan dan untuk membezakannya dengan varian-varian lebih rendah, varian tertinggi Ertiga 1.4L Executive Plus AT pula dilengkapi dengan beberapa ciri ekstra seperti berikut:
  • Kemasan krom pada bahagian lampu kabus
  • Cermin sisi kuasa (power-foldable)
  • Lampu isyarat LED pada cermin sisi
  • Penebat bahagian bawah bonet
  • Kawalan audio pada stereng
  • Sepasang tweeter pada papan pemuka (enam pembesar suara semuanya)
  • Larasan ketinggian tempat duduk pemandu
  • Kemasan krom pada pemegang pintu di sebelah dalam
  • Poket di belakang kedua-dua tempat duduk hadapan
  • Filem penapis haba
  • Tingkap anti-pinch pada bahagian pintu pemandu

Untuk keselamatan pula, kesemua varian Ertiga dilengkapkan dengan dua beg udara, ciri ABS dengan EBD, cagak tempat duduk kanak-kanak Isofix serta penghadang hentaman sisi untuk mengurangkan risiko kecederaan kepada pemandu dan penumpang.

Untuk ini, Ertiga menerima penarafan empat-bintang dari ASEAN NCAP.

KESIMPULAN

Persoalannya, mampukah Ertiga jadi pilihan terbaik dan bersaing dengan pesaing lain? Jika berkenan, pandu uji dahulu sebelum buat keputusan pecah tabung!

BACA INI JUGA: 10 Kereta Yang Menjadi Kegemaran Pencuri Kereta di Malaysia

Sumber: Pandulaju

4 comments

  1. turunkan harga ertiga, saya diantara individu yg tak dapat nak tukar kereta baru.. harga agak tinggi..

    ReplyDelete
  2. bagi saya best lagi exora kerana dari segi acessori dalaman seperti aircond blower. keluasan kapasiti dan terdapat dua jenis exora yg di upgrade . prime dan bold turbo.selain itu juga hanya exora je ada sistem dalaman sama seperti toyota innova. ertiga ni design ngn kluasan bgi saya kurang tpi ikut individu masing2 yg mana selesa

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon