Tuesday, March 20, 2018

Teori Stephen Hawking Tentang Kewujudan Alam Semesta Lain Sebelum Kematian

Teori Stephen Hawking Tentang Kewujudan Alam Semesta Lain Sebelum Kematian

Stephen Hawking telah mengemukakan kertas kerja saintifik terakhirnya hanya 10 hari sebelum meninggal dunia yang dalam dokumen itu menggariskan teori berhubung langkah untuk mengesan alam semesta yang hampir serupa dengan apa yang ada ketika ini.

Stephen Hawking new theory

Stephen Hawking yang meninggal dunia pada usia 76 tahun adalah penulis bersama kertas kerja matematik untuk mendapatkan bukti teori kepelbagaian alam semesta yang mengetengahkan kemungkinan wujudnya alam semesta lain.

Kertas kerja bertajuk "Laluan Mudah Dari Pengembungan Luaran" telah diluluskan pada 4 Mac 2018 lalu dan akan diterbitkan sebuah jurnal terkemuka selepas penelitian semula selesai.

Laman web Universiti Cornell, ArXiv.org yang menjejak kertas kerja saintifik sebelum menerbitkannya telah menyenaraikan dokumen dihasilkan Stephen Hawking itu.

Menurut The Sunday Times, kandungan kertas kerja itu menggariskan keperluan matematik untuk meneroka lebih mendalam ruang angkasa lepas bagi mengumpul bukti mengenai kewujudan alam sejagat lain.

Menurut rakan pengkaji bersama Stephen Hawking iaitu, Thomas Hertog berkata, kertas kerja itu bertujuan untuk mengubah fikiran mengenai alam semesta yang pelbagai kepada rangka kerja saintifik yang boleh diuji.

Thomas Hertog yang juga profesor fizik di Universiti KU Leuven, Belgium memberitahu Sunday Times dia telah menemui Stephen Hawking untuk mendapatkan pengesahan berhubung dokumen akhir itu.

Akhbar itu menyebut, jika teori yang dinyatakan itu mampu menghasilkan bukti ia boleh membawa kepada pencalonan Hadiah Nobel.

Bagaimanapun, memandangkan Hadiah Nobel tidak boleh dianugerahkan kepada individu yang telah meninggal dunia, maka Stephen Hawking tidak layak menerimanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 OKU Yang Memberi Inspirasi Kepada Dunia

sumber: mstar

33 Nama Negara Yang Tidak Lagi Wujud Di Dunia

33 Nama Negara Yang Tidak Lagi Wujud Di Dunia

Banyak nama negara yang sudah tidak wujud disebabkan sesetengah yang digabung, dipisah atau ditukar nama malah, senarai negara yang 'hilang' semakin meningkat.

32 Nama Negara Yang Tidak Lagi Wujud Di Dunia

Berikut adalah 32 negara dan nama negara di dunia yang kini tidak lagi wujud.

1. Zaire

Zaire menukar namanya menjadi Republik Demokrasi Congo pada tahun 1997. Asalnya negara ini ditadbir oleh satu-parti secara total yang dipimpin oleh diktator ala-ala-ala tentera bernama Mobutu Sese Seko.

2. Vermont

Pada 1777, Vermont mengisytiharkan kemerdekaannya dan menjadi negara bebas sehingga 1791. Setelah itu, ia menjadi negeri pertama menyertai Amerika Syarikat selepas tiga belas koloni.

3. Abyssinia

Antara empire berkuasa paling lama bertapak di muka bumi ini. Dahulunya juga digelar "Empire of Ethiopia" dimana kuasa takluknya juga merangkumi Egypt, Sudan, Yaman dan Saudi Arabia.

Merupakan nama asal Ethiopia sehingga awal kurun ke-20.

4. Austria-Hungary

Empayar pemerintahan monarki yang juga dikenali sebagai Empayar Austro-Hungarian yang bermula seawal 1867.

Negara ini bukan hanya mempunyai Austria dan Hungary, malah sebahagian Republik Czech, Poland, Itali, Romania dan Balkan.

Empayar ini runtuh pada penghujung Perang Dunia Kedua.

5. Afrika Barat Daya

Antara negara yang memiliki paling banyak harimau bintang. Negara ini menemui kebebasan pada tahun 1990 dan menukar namanya menjadi Namibia.

Nama Namibia diperolehi daripada padang pasir "Namib" antara padang pasir tertua di muka bumi.

Kebanyakan puak yang ada di Namibia masih lagi tidak mengamalkan pakaian sehingga kini.

6. Basutoland

Basuto-Land berasal dari bahasa "Bantu" yang digunakan oleh masyarakat Shoto. Sebab itulah negara ini digelar "Basuto" oleh penjajah British
pada waktu itu.

Apa-apa pun, Basuto-land merupakan nama lama bagi Lesotho sebelum tahun 1966.

7. Burma

Burma telah menukar nama secara rasmi kepada Myanmar pada tahun 1989 namun masih banyak negara yang tidak mengiktiraf perubahan nama itu,
termasuklah Amerika Syarikat.

8. Bengal

Bengal adalah sebuah kerajaan berautonomi dari tahun 1338 hingga 1539. Dahulunya dikenali sebagai "Gangaridai" oleh masyarakat Greece dan Rom.

Kini ia bertukar menjadi sebahagian dari Bangladesh dan India.

9. Ceylon

Ceylon asalnya adalah nama kepada sejenis rempah resepi kari yang menggunakan kelapa, limau dan tepung dalam menghasilkannya.

Rempah ini dikatakan amat "pedas" dan "panas". Sebab itulah negara ini diberi nama Ceylon sebelum ini.

Nama Ceylon kini ditukar menjadi Sri Lanka sejak tahun 1972.

10. Catalonia

Wilayah berautonomi di Sepanyol ini merdeka dari 1932 hingga 1934 dan 1936 hingga 1939. Peminat bola pasti tahu tentang negara ini.

11. Champa

Kerajaan ini terletak di kawasan tengah dan selatan Vietnam dari kurun ke 7 hingga 1832. Jangan terkejut kerana negara ini asalnya juga digelar sebagai "Nagara Champa".

Masyarakat di sana juga ada dikalangan Melayu-Polinesia.

12. Empayar Uthmaniyyah

Juga dikenali sebagai Empayar Turki, ia bermula sekitar tahun 1300 dan berkembang hingga merangkumi wilayah kontemporari Rusia, Hungary, Balkan, Afrika Utara dan Timur Tengah.

Kerajaan ini dibubarkan pada 1923 apabila Turki mengisytiharkan kemerdekaannya.

13. Corsica

Menurut sejarah, Kepulauan Mediterranean ini pernah dikuasai oleh pelbagai negara namun pernah beberapa kali merdeka untuk seketika.

Kini, ia berada di bawah pentadbiran Perancis.

14. Czechoslovakia

Negara ini telah mengalami banyak peristiwa hitam seperti peristiwa peperangan, melalui zaman komunisme, dan zaman revolusi velvet.

Pada tahun 1993, negara ini berpecah secara aman menjadi Republik Czech dan Slovakia.

15. Gran Colombia

Sebuah negara Amerika Selatan yang merangkumi Colombia, Panama, Venezuela dan Ecuador antara tahun 1819-1830.

Negara ini dibubarkan setelah Venezuela dan Ecuador memilih untuk berpisah.

16. New Granada

Negara Amerika Selatan ini merupakan sebahagian daripada Gran Colombia dari 1819-1830 dan dimerdekakan dari 1830-1858.

Pada tahun 1858, ia dikenali sebagai Grenadine Confederation sebelum ditukar menjadi the United States of New Granada pada tahun 1861 dan United States of
Colombia pada 1863.

Akhirnya, ia menjadi Republik Colombia pada 1886.

17. Hawaii

Walaupun mempunyai kerajaan sendiri selama beberapa ratus tahun lamanya, Hawaii tidak diiktiraf sebagai sebuah negara bebas sehinggalah tahun 1840-an.

Namun, pada tahun 1898, negara ini telah diilhakkan kepada Amerika Syarikat.

18. Jerman Timur & Jerman Barat

Kedua-dua negara ini bergabung dan membentuk Jerman yang bersatu pada tahun 1989.

19. Kesatuan Republik Sosialis Soviet (USSR)

Pada tahun 1991, negara ini berpecah dan membentuk 15 buah negara baru iaitu Armenia, Azerbaijan, Belarus, Estonia, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Latvia, Lithuania, Moldovia, Rusia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine dan Uzbekistan.

20. Newfoundland

Antara tahun 1907 hingga 1949, Newfoundland hanya wujud sebagai sebuah wilayah berautonomi. Sesudah itu, Newfoundland bergabung menjadi satu wilayah di bawah pentadbiran Kanada.

21. Pakistan Timur

Sebelum ini Pakistan Timur adalah pembahagi antara India dan Bengal. Ianya Digelar sebagai Pakistan Timur antara 1947 hingga 1971.

Wilayah yang berasal dari Pakistan ini akhirnya ditukar nama menjadi Bangladesh.

22. Parsi

Empayar Kerajaan Parsi berkembang dari Laut Mediterranean sehinggalah ke India. Parsi Moden mula diasaskan pada abad ke-16 yang anda kenali kini sebagai Iran.

23. Rhodesia

Sebelum tahun 1980, Zimbabwe dikenali sebagai "Rhodesia Selatan" yang dinamakan bersempena seorang diplomat British iaitu Cecil Rhodes.

Apabila Rhodesia Utara menukar nama kepada Zambia, Rhodesia Selatan turut mengikut jejak langkah menukar nama kepada Zimbabwe.

24. Prussia

Pada tahun 1660, Prussia merupakan sebuah duchy dan menjadi sebuah kerajaan pada abad berikutnya. Jajahannya yang paling luas meliputi dua pertiga bahagian Utara Jerman dan Barat Poland.

Prussia yang menjadi sebuah unit persekutuan Jerman menjelang Perang Dunia Kedua dibubarkan sepenuhnya apabila perang tamat.

25. Republik Arab Bersatu

Antara 1958 hingga 1961, negara bukan jiran iaitu Syria dan Mesir bergabung untuk membentuk sebuah negara bersatu.

Pada tahun 1961, Syria mengambil keputusan meninggalkan pakatan itu namun Mesir masih menggunakan nama Republik Arab Bersatu tersebut sehinggalah 10 tahun
berikutnya.

26. Siam

Asalnya negara ini memang menggunakan nama "Siam" oleh Raja Mongkut Siam sebelum tahun 1939. Ianya bertukar nama kepada "Thailand" pada tahun 1939.

Dan kemudiannya ditukarkan kembali kepada "Siam" selama dua tahun sekitar tahun 1946 sehinga 1948. Pada tahun 1949, "Siam" ditukar buat kali terakhirnya kepada "thai-land" atau "Thailand" sehingga kini.

27. Sikkim

Kini merupakan bahagian paling utara di India, Sikkim merupakan sebuah monarki bebas dari awal kurun ke-17 hingga tahun 1975.

Walaupun Sikkim kini sebahagian dari India, namun rakyatnya tidak berkulit gelap.

Sikkim sangat hampir dengan sempadan Bhutal, China, Bangladesh dan Nepal.

28. Tanganyika dan Zanzibar

Kedua-dua negara Afrika ini bergabung pada tahun 1964 untuk menjadi Tanzania. Perkataan Tanganyika dan Zanzibar tidak lagi digunakan sebagai nama kawasan, daerah atau negeri tapi digunakan sebagai simbolik darah asal masyarakat Tanzania.

Lebih kurang seperti suku-suku di negeri sembilan.

29. Transjordan

Negara ini menjadi kerajaan bebas Jordan pada tahun 1946. Sebelum ini dikenali sebagai Transjordan semasa perang dunia pertama.

"Trans" pada nama Transjordan tidak bermakna rakyat mereka adalah dikalangan gay.

30. Vietnam Selatan

Negara ini wujud dari tahun 1954 hingga 1976 sebagai sebuah wilayah anti komunis di Vietnam. Dulu, Vietnam utara pernah membantu dengan Vietnam Selatan untuk melawan puak haluan kiri di Vietnam Selatan yang menjadi persengketaan di antara dua negara ini.

Akhirnya Vietnam Selatan menyerah kalah kepada Vietnam Utara, perang yang menyebabkan Vietnam kerugian hampir $200 bilion.

31. Texas

Republik Texas memperoleh kemerdekaan daripada Mexico pada tahun 1836 dan menjadi sebuah negara bebas sehinggalah diilhakkan kepada Amerika Syarikat bermula 1845.

32. Tibet

Kerajaan ini mula diasaskan sekitar abad ke-7 sebelum dijajah China pada tahun 1950. Sejak itu, ia dikenali sebagai Wilayah Autonomi Xizang China.

Mungkin China menjajah tibet kerana sukakan Gunung Everest atau mungkin juga Tibet mudah dijajah China kerana rakyatnya amat sukakan menari dan minum arak di mana Tibet amat terkenal dengan minumal nasional berakohol mereka iaitu "Chang".

33. Yugoslavia

Yugoslavia telah berpisah menjadi Bosnia, Croatia, Macedonia, Serbia and Montenegro dan Slovenia pada awal tahun 90-an. Pada tahun 1946, Yugoslavia ada nama lainnya iaitu "Federal People's Republic of Yugoslavia".

Kawasan jajahan Yugoslavia merangkumi Zadar, Rijeka dan Istria.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 7 Negara Paling Mudah Menerima Pendatang Asing

sumber: iluminasi

Siapa Yang Tikam?

Siapa Yang Tikam?

Di salam sebuah mahkamah yang sedang membicarakan satu kes pembunuhan, seorang peguam menyoal seorang saksi penting.

Siapa Yang Tikam?

Peguam: Awak kenal ini? (Sambil menunjukkan gambar mangsa pembunuhan).

Saksi: Kenal tuan.

Peguam: Boleh awak beritahu kepada kami?

Saksi: Itu gambar, tuan.

Peguam: Bukan, maksud saya orang dalam gambar ini.

Saksi: Oh, itu gambar seorang perempuan, tuan.

Peguam: (Mula tension) Yang aku nak tahu nama dia, bukannya lelaki ke perempuan!

Saksi: Nama dia Solomah Bt Seman, tuan.

Peguam: Bila kali terakhir awak melihatnya? (Sambil meletakkan gambar diatas meja).

Saksi: Baru kejap tadi tuan.

Peguam: Haah! Bagaimana awak boleh melihatnya sekejap tadi?!

Saksi: Sebab tadi tuan tunjukkan gambar tu pada saya.

Peguam: Bukanlah, maksud saya sebelum saya tunjukkan gambar tu (nada tinggi menahan marah).

Saksi: Tak pernah tuan. Saya tak pernah lihat gambar tu sebelum ini.

Peguam: Aku bukan cakap pasal gambar ni! (Sambil menikam pennya pada gambar tersebut).

Saksi: Oh! Kali terakhir saya nampak ketika mangsa ditikam, tuan.

Peguam: Boleh kamu tunjukkan siapa yang menikamnya yang berada dalam mahkamah ini. Adakah lelaki yang berada dikandang tertuduh? (Sambil mengusap dadanya kerana bengang).

Saksi: Bukan (Tangannya kemudian ditunjukkan pada peguam tersebut).

Peguam: Haah!! Kenapa awak tunjuk pada saya?

Saksi: Baru kejap tadi saya nampak tuan tikam gambar itu dengan pen tuan.

Peguam: Arghhhh! Apa yang kau merepek ni syaitann! Aku bukan cakap pasal gambar tu! Aku cakap pasal mangsa yang kena bunuh tu laaa!!!

Kah kah..

BACA INI JUGA: Kisah Jam Antik Dari Malaysia

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, March 19, 2018

Lelaki Mengaku Mengembara Ke Tahun 2200

Lelaki Mengaku Mengembara Ke Tahun 2200

Sejak kebelakangan ini, ramai rakyat Amerika Syarikat (AS) mengaku berasal dari masa depan dan yang terbaharu, seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai WD Davis mendakwa dia mengembara ke masa silam dari tahun 2200.

Lelaki Mengaku Mengembara Ke Tahun 2200

Davis turut membuat pendedahan tidak masuk akal apabila mendakwa usia sebenarnya adalah 103 tahun.

Bagi mengukuhkan dakwaannya, Davis turut membawa beberapa pil yang didakwanya sebagai makanan yang dibekalkan kerajaan.

Katanya, pil tersebut membantu manusia di masa depan hidup sehingga melebihi 200 tahun.

"Anda hanya perlu menelan sebiji pil untuk kenyang selama seminggu. Ia dibekalkan setiap bulan oleh kerajaan," katanya.

Tambah Davis lagi, semua makanan di masa depan boleh didapati secara percuma sekali gus menamatkan krisis kebuluran dunia.

"Di masa depan bandar dibina di dalam laut. Namun pemanasan global dan lebihan populasi penduduk bumi, memaksa manusia berpindah ke planet Marikh," katanya.

Sebelum ini, seorang pemuda mendakwa mengembara ke masa silam dari tahun 2030.

Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Noah itu turut mendedahkan Presiden Donald Trump berjaya mempertahankan jawatannya dalam Pilihan Raya Presiden AS pada tahun 2020.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

Sejarah Ritual 'Seppuku' Samurai Jepun

Sejarah Ritual 'Seppuku' Samurai Jepun

Ritual bunuh diri secara bermaruah atau disebut 'Seppuku' adalah budaya yang diamalkan oleh pahlawan samurai di Jepun, turut dikenali dengan nama 'hara-kiri' yang bermaksud mengelar perut yang telah diamalkan sejak tahun 1400an lagi.

Sejarah Ritual 'Seppuku' Samurai Jepun

Amalan Seppuku dilakukan oleh golongan samurai atas dasar menaikkan maruah seorang pahlawan.

Suatu ketika dahulu, harga diri seorang perwira sangat dipandang tinggi oleh masyarakat dan sebab itulah kematian mereka perlu dilakukan secara bermaruah.

Atas kepercayaan bahawa semua yang berkaitan samurai dianggap mempunyai nilai kehormatan tersendiri, pahlawan samurai sanggup membunuh diri melalui ritual Seppuku yang melambangkan keberanian namun amat menyeksakan.

Seppuku dilakukan dalam dua cara iaitu secara sukarela atau wajib, namun lebih ramai samurai memilih untuk membunuh diri secara sukarela.

Contohnya, apabila mengalami kekalahan dalam peperangan sehingga menimbulkan rasa kecewa yang teramat sangat, pada mereka kematian dengan cara Seppuku adalah lebih baik berbanding hilang nyawa ditangan musuh.

Seppuku juga dilakukan sebagai cara membantah polisi yang ditetapkan oleh pemerintah, dalam masa yang sama untuk membuktikan kesetiaan terhadap ketua.

Sifat taat melampau menyebabkan sesetengah pengikut mengikut perbuatan pemimpinnya, termasuklah dengan mengorbankan diri sendiri kerana mahu menyertai ketuanya yang telah mati.

Seppuku Wajib

Manakala Seppuku wajib pula adalah hukuman yang dikenakan kepada samurai yang terlibat dengan jenayah, sebagai cara untuk menebus diri daripada kesalahan yang telah dilakukan.

Apa saja perbuatan yang disabitkan sebagai jahat atau berdosa akan dijalankan Hara-kiri wajib.

Kedua-dua ritual Seppuku wajib ini dijalankan dengan cara yang sama.

Bagaimana Hara-kiri dilakukan?

Sejarah Ritual 'Seppuku' Samurai Jepun

Sebilah pedang pendek dikenali sebagai 'Tanto' akan digunakan sebagai objek utama Hara-kiri.

Samurai yang bakal mati akan duduk bersila sambil memegang senjata pada tangan kanan, kemudian samurai akan menghunus Tanto ke bahagian kiri perut.

Selepas itu, Tanto akan ditarik ke arah kanan kemudian dipusing ke atas tubuh, mengelar perut sehingga ke leher sehingga menyebabkan perut terburai keluar.

Samurai dikatakan berada dalam keadaan separuh nyawa dan sesetengahnya akan dibiarkan mati secara perlahan-lahan dalam keadaan sengsara.

Ritual Seppuku belum lagi berakhir. Sebahagian ritual Hara-kiri memerlukan khidmat 'Kaishakunin' iaitu petugas yang dikhaskan untuk mempercepatkan kematian seorang samurai.

Kaishakunin adalah ahli keluarga ataupun rakan, yang akan berdiri dibelakang sambil memegang sebilah pedang samurai yang tajam.

Kaishakunin akan menikam batang leher samurai dari atas sehingga menembusi kerongkong.

Ritual bunuh diri 'Jigai' samurai wanita

Sejarah Ritual 'Seppuku' Samurai Jepun

Ritual Seppuku biasanya hanya dijalankan ke atas golongan samurai lelaki sahaja.

Bagi samurai wanita, mereka tidak mengelar perut seperti samurai lelaki, sebaliknya mengerat kerongkong sendiri menggunakan Tanto atau pisau belati yang tajam.

Bagaimanapun, sesetengah pendapat mendakwa bahawa Jigai merupakan ritual yang perlu dilakukan oleh isteri samurai yang mati melalui Seppuku.

Berdasarkan kepada sejarah, wanita Jepun pada masa dahulu mengamalkan Jigai bagi mengelak daripada menjadi mangsa rogol.

Ini kerana wanita Jepun pada masa itu sering menjadi mangsa seksual terutamanya sewaktu peperangan apabila rumah-rumah dicerobohi dan wanitanya dianiaya dengan zalim.

Sebab itulah ramai wanita Jepun lebih rela melakukan ritual Jigai demi mempertahankan maruah.

Walau bagaimanapun, Jigai juga mempunyai syarat tertentu. Antara peraturan wanita yang mahu membunuh diri perlu mengikat tubuh sendiri menggunakan tali.

Kedua-dua kaki juga perlu dirapatkan sebelum diikat untuk mengekalkan posisi yang sempurna selepas mati.

Masyarakat Jepun dahulu memegang prinsip bahawa wanita perlu berada dalam keadaan cantik setiap masa.

Siapa yang dibenarkan melakukan Seppuku?

Pada awal kemunculan amalan Hara-kiri, Seppuku bebas untuk dilakukan tanpa sebarang sekatan oleh mana-mana individu.

Namun, situasi mula berubah sejak tahun 1500an dimana upacara ini menjadi semakin ekslusif apabila hanya dua kelompok sahaja yang dibenarkan untuk melakukan Seppuku.

Kumpulan individu itu terdiri daripada Samurai dan Daimyo.

Pada masa itu, individu yang terlibat akan diberi pisau khas untuk mengelar perut sendiri yang akan diserahkan kepada maharaja sebagai bukti Hara-kiri.

Puisi Kematian Seppuku

Suatu ketika dahulu, samurai dikehendaki untuk menulis puisi atau syair sebelum menjalani upacara Seppuku.

Dikatakan bahawa kebanyakan samurai terdiri daripada golongan penyair yang hebat, bagaimanapun ia tidak menjadi kemestian.

Ia dilaporkan hanya sebagai salah satu tradisi lama yang pernah diadakan pada waktu dahulu.

Hara-kiri Lambang Keberanian

Sejarah Ritual 'Seppuku' Samurai Jepun

Budaya Seppuku juga diamalkan dikalangan tentera dan pegawai kerajaan Jepun.

Sewaktu Perang Dunia Kedua pada tahun 1945, ramai pegawai tentera dan anggota membunuh diri dengan cara Seppuku kerana kecewa diatas kekalahan tentera Jepun.

Zalim, ngeri dan menyeksakan. Biarpun pelbagai tanggapan negatif diberikan ke atas Seppuku, ia tidak sedikit pun mengubah pandangan masyarakat Jepun terhadap amalan ini.

Bagi mereka, budaya Hara-kiri adalah sesuatu yang amat dibanggakan kerana membuktikan sifat berani dan kekuatan tinggi dalam kalangan samurai.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Jenis-jenis Pedang Samurai Jepun?

-SENTIASAPANAS.COM

Siti Nurhaliza Selamat Lahirkan Anak Perempuan, Fatimah Az Zahra Nama Timangan!

Siti Nurhaliza Selamat Lahirkan Anak Perempuan, Fatimah Az Zahra Nama Timangan!

Penantian sekian lama Siti Nurhaliza untuk bergelar seorang ibu akhirnya makbul selepas beliau melahirkan seprang bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota pada Isnin (19/3/2018), sempena hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW selain bersamaan 1 Rejab dalam kalender Islam.

Siti Nurhaliza Selamat Lahirkan Anak Perempuan, Fatimah Az Zahra Nama Timangan!

Pengurus Siti iaitu Rozi Razak dalam satu kenyataan media berkata, Siti melahirkan bayinya itu dengan berat 3.55 kilogram kira-kira pukul 8.17 pagi secara pembedahan dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat sahaja melawat.

“Suami beliau, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana segalanya telah selamat,” kata Rozi.

Dalam kesempatan itu Siti dan suaminya juga ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan daripada keluarga, rakan, peminat serta pihak media.

Siti Nurhaliza juga meminta untuk diberikan ruang dan masa untuk berkongsi wajah dan nama anak kerana buat masa ini beliau ingin menumpukan perhatian kepada hari-hari awal bergelar ibu.

Siti dan Datuk K berkahwin pada 21 Ogos 2006 dan pada 13 Oktober tahun lalu, penyanyi lagu Percayalah ini mengumumkan sedang hamil anak pertamanya.

Pada 1 Disember 2015, Siti Nurhaliza pernah berkongsi rasa sedihnya dengan peminat selepas dia mengalami keguguran yang ketika itu baru berusia dua bulan.

Kehadiran anak perempuan pasangan itu menjadi penyeri dalam keluarga Siti dan Datuk K kerana menerusi perkahwinan terdahulu, Datuk K mempunyai empat orang anak, kesemuanya lelaki.

Nama Penuh Dalam Masa Seminggu

Menurut pengurus Siti iaitu Rozi Abdul Razak, Siti dan suami akan mengumumkan nama penuh anak mereka dalam tujuh hari selepas kelahiran.

Buat masa kini, nama yang diketahui bermula dengan Siti A dan nama panggilan sementara pula Fatimah Az Zahra sempena nama anak Rasulullah s.a.w.

"Insya-Allah Siti dan suami akan umumkan nama penuh anak mereka dalam masa tujuh hari selepas kelahiran.

"Buat masa ini hanya boleh diberitahu nama bermula dengan Siti A sahaja," kata Rozi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Selebriti Wanita Malaysia Berhijab Fashionista!

sumber: mstar

Akaun Rasmi Instagram Tun Mahathir @Chedetofficial

Akaun Rasmi Instagram Tun Mahathir @Chedetofficial

Tun Mahathir akhirnya membuka akaun rasmi di Instagram @chedetofficial yang baru dibuka pada 15 Mac 2018 kini sudah mencapai hampir 68 ribu pengikut dan sudah mempunyai bluetick sebagai tanda akaun sah untuk seseorang yang bergelar tokoh masyarakat, selebriti atau jenama.

Akaun Rasmi Instagram Tun Mahathir @Chedetofficial

Gambar pertama yang dimuat naik merupakan foto beliau bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah yang sedang tertawa.

Gambar tersebut dimuat naik dengan caption “Hari ini saya mulakan akaun Instagram saya bersama Hasmah. Isteri saya selama 62 tahun, yang sentiasa setia bersama saya sejak dulu lagi”.

Tambah beliau lagi, “Sebagai doktor, ketawa adalah penawar terbaik.”

Foto tersebut menerima 48 ribu like dan 4 ribu lebih komen.

Tun Mahathir turut memuat naik gambar pemandangan matahari terbenam di Langkawi yang dirakam pada 25 Disember 2017 lepas,  telah menerima 19 ribu like dan lebih 300 komen.

Nampaknya rakyat Malaysia amat gembira dan mengalu-alukan penyertaan Tun Mahathir  di laman sosial Instagram.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 5 Rahsia Kejayaan Laman Sosial Instagram

sumber: thevocket

Misteri Ikan Duyung Bering Sea Mermaids

Misteri Ikan Duyung Bering Sea Mermaids

Pada 15 Jun 1608, Henry Hudson, seorang pengembara dan penulis terkenal mencatatkan penemuan ikan duyung dijurnalnya ketika mengembara ke uatara Norway.

Misteri Ikan Duyung Bering Sea Mermaids
Gambar hiasan.

Henry menggambarkan ikan duyung itu bersaiz hampir sama besar dengan krewnya, kulit yang sangat putih dan rambut panjang berwarna gelap, manakala ekornya seperti ikan lumba-lumba.

Philip Henry Gosse, seorang pakar semulajadi beranggapan mustahil untuk Henry Hudson tersilap dalam membayangkan seekor mamalia laut sebagai ikan duyung.

Cuma yang menjadi persoalannya, bolehkah ikan duyung hidup di lautan Artik yang sangat sejuk?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Misteri Ikan Duyung Active Pass Mermaid

-SENTIASAPANAS.COM