Tuesday, March 20, 2018

Teori Stephen Hawking Tentang Kewujudan Alam Semesta Lain Sebelum Kematian


Stephen Hawking telah mengemukakan kertas kerja saintifik terakhirnya hanya 10 hari sebelum meninggal dunia yang dalam dokumen itu menggariskan teori berhubung langkah untuk mengesan alam semesta yang hampir serupa dengan apa yang ada ketika ini.

Stephen Hawking new theory

Stephen Hawking yang meninggal dunia pada usia 76 tahun adalah penulis bersama kertas kerja matematik untuk mendapatkan bukti teori kepelbagaian alam semesta yang mengetengahkan kemungkinan wujudnya alam semesta lain.

Kertas kerja bertajuk "Laluan Mudah Dari Pengembungan Luaran" telah diluluskan pada 4 Mac 2018 lalu dan akan diterbitkan sebuah jurnal terkemuka selepas penelitian semula selesai.

Laman web Universiti Cornell, ArXiv.org yang menjejak kertas kerja saintifik sebelum menerbitkannya telah menyenaraikan dokumen dihasilkan Stephen Hawking itu.

Menurut The Sunday Times, kandungan kertas kerja itu menggariskan keperluan matematik untuk meneroka lebih mendalam ruang angkasa lepas bagi mengumpul bukti mengenai kewujudan alam sejagat lain.

Menurut rakan pengkaji bersama Stephen Hawking iaitu, Thomas Hertog berkata, kertas kerja itu bertujuan untuk mengubah fikiran mengenai alam semesta yang pelbagai kepada rangka kerja saintifik yang boleh diuji.

Thomas Hertog yang juga profesor fizik di Universiti KU Leuven, Belgium memberitahu Sunday Times dia telah menemui Stephen Hawking untuk mendapatkan pengesahan berhubung dokumen akhir itu.

Akhbar itu menyebut, jika teori yang dinyatakan itu mampu menghasilkan bukti ia boleh membawa kepada pencalonan Hadiah Nobel.

Bagaimanapun, memandangkan Hadiah Nobel tidak boleh dianugerahkan kepada individu yang telah meninggal dunia, maka Stephen Hawking tidak layak menerimanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 OKU Yang Memberi Inspirasi Kepada Dunia

sumber: mstar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon