Monday, March 19, 2018

Siti Nurhaliza Selamat Lahirkan Anak Perempuan, Fatimah Az Zahra Nama Timangan!


Penantian sekian lama Siti Nurhaliza untuk bergelar seorang ibu akhirnya makbul selepas beliau melahirkan seprang bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota pada Isnin (19/3/2018), sempena hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW selain bersamaan 1 Rejab dalam kalender Islam.

Siti Nurhaliza Selamat Lahirkan Anak Perempuan, Fatimah Az Zahra Nama Timangan!

Pengurus Siti iaitu Rozi Razak dalam satu kenyataan media berkata, Siti melahirkan bayinya itu dengan berat 3.55 kilogram kira-kira pukul 8.17 pagi secara pembedahan dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat sahaja melawat.

“Suami beliau, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana segalanya telah selamat,” kata Rozi.

Dalam kesempatan itu Siti dan suaminya juga ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan daripada keluarga, rakan, peminat serta pihak media.

Siti Nurhaliza juga meminta untuk diberikan ruang dan masa untuk berkongsi wajah dan nama anak kerana buat masa ini beliau ingin menumpukan perhatian kepada hari-hari awal bergelar ibu.

Siti dan Datuk K berkahwin pada 21 Ogos 2006 dan pada 13 Oktober tahun lalu, penyanyi lagu Percayalah ini mengumumkan sedang hamil anak pertamanya.

Pada 1 Disember 2015, Siti Nurhaliza pernah berkongsi rasa sedihnya dengan peminat selepas dia mengalami keguguran yang ketika itu baru berusia dua bulan.

Kehadiran anak perempuan pasangan itu menjadi penyeri dalam keluarga Siti dan Datuk K kerana menerusi perkahwinan terdahulu, Datuk K mempunyai empat orang anak, kesemuanya lelaki.

Nama Penuh Dalam Masa Seminggu

Menurut pengurus Siti iaitu Rozi Abdul Razak, Siti dan suami akan mengumumkan nama penuh anak mereka dalam tujuh hari selepas kelahiran.

Buat masa kini, nama yang diketahui bermula dengan Siti A dan nama panggilan sementara pula Fatimah Az Zahra sempena nama anak Rasulullah s.a.w.

"Insya-Allah Siti dan suami akan umumkan nama penuh anak mereka dalam masa tujuh hari selepas kelahiran.

"Buat masa ini hanya boleh diberitahu nama bermula dengan Siti A sahaja," kata Rozi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Selebriti Wanita Malaysia Berhijab Fashionista!

sumber: mstar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon