Wednesday, December 13, 2017

'Masyaa-Allah Awak Sangat Beriman Kerana Menaikkan Harga Barang'

'Masyaa-Allah Awak Sangat Beriman Kerana Menaikkan Harga Barang'

Jika anda masuk ke kedai dan mendapati pekedai menaikkan harga barang dan bila anda tanya kenapa, lalu dia menjawab, “Allah menaikkan harga barang”. Apakah anda akan berkata, “Masya-Allah, akidah awak terlalu teguh, awak sangat beriman”. Ataupun anda akan marah dan berkata, "Awak menggunakan nama Tuhan untuk ketamakan awak!”

'Masyaa-Allah Awak Sangat Beriman Kerana Menaikkan Harga Barang'

Apa yang jelasnya, negara sedang berhadapan dengan skandal berbilion ringgit, rasuah dan penyelewengan. Pengawalan harga barang dan kos sara hidup ialah amanah yang diberi rakyat kepada pemimpin.

Memang benar semua perkara berlaku dengan izin Allah namun apa yang Dia izinkan, bukan semestinya Dia reda.

Demikian juga apa yang Dia reda bukan semestinya Dia izinkan. Dia tidak reda kezaliman Firaun, tetapi Dia mengizinkan kewujudan Firaun atas sistem alam yang dicipta-Nya.

Angkara politik tersepit

Kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin semasa penggulungan Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru-baru ini mendapat reaksi ramai apabila berkata, isu harga barang naik bukan masalah baru malah telah berlaku sejak zaman Rasulullah SAW lagi.

Membaca terjemahan hadis diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas bin Malik, Hamzah menjelaskan ada sahabat meminta Rasulullah menetapkan harga barangan untuk mereka.

Isu kos sara hidup yang tinggi juga menjadi perhatian ramai apabila Datuk Sheila Majid menyentuhnya menerusi Twitter pada 5 Disember lalu.

Kata penyanyi itu rakyat mengeluh tentang keadaan semasa ekonomi dan bosan kerana 'diperah' akibat hutang yang bukan berpunca daripada mereka.

Ekoran itu, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Tun Faisal Ismail Aziz menyifatkan Sheila sebagai meroyan sambil menegaskan bahawa kadar pengangguran di Eropah lebih teruk berbanding Malaysia.

Mufti

Dalam konteks ini, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, telah mengulas balas dengan panjang lebar.

Menurut Mohd Asri, jika kenaikan harga barang bukan disebabkan perancangan buruk manusia - sebaliknya secara semula jadi dan penetapan harga barang akan menzalimi para peniaga - maka hadis itu dipakai dalam suasana yang seperti itu. Ertinya haram menetapkan harga barang.

Namun, jika naik turun harga tidak semula jadi, ada unsur permainan harga maka seperti mana peniaga tidak boleh dizalimi, pembeli juga tidak boleh dizalimi. Kerajaan mesti menjaga keadilan kedua-dua pihak.

Justeru Islam melarang monopoli yang zalim seperti ihtikar (hoarding, sorok barang). Jika kezaliman berlaku, pemerintah boleh masuk campur menetapkan harga barang.

Hadis tutup aib

Inilah yang disebutkan sarjana seperti Ibn al-‘Arabi, “Sebenarnya, harus menetapkan harga dan mengawal urusan dengan suatu undang-undang yang tidak menzalimi kedua belah pihak (peniaga dan pembeli)”.

“Apa yang disebut oleh al-Mustafa (Nabi SAW) adalah benar, apa yang dilakukannya adalah tepat, namun itu untuk yang betul niat dan agama mereka. Adapun kaum yang berhasrat memakan harta dan menyusahkan orang ramai, maka pintu (peraturan) Allah adalah luas dan hukum dilaksanakan,” tegas Mohd Asri.

Menurut beliau lagi, hadis itu sahih cuma konteks ia dikemukakan di waktu ini mungkin tidak tepat.

Apakah yang boleh kita pelajari daripada kenyataan oleh menteri terbabit?

Pertama, memetik hadis untuk mengukuhkan hujah dan tindakan perlu berlandaskan ilmu pengetahuan dan huraian yang menyeluruh, bukan semata-mata berasaskan kefahaman literal atau bahasa.

Kedua, menggunakan hadis untuk menutup keaiban atau kelemahan apatah lagi kezaliman dalam pengurusan ekonomi negara dan rakyat merupakan satu tindakan yang mencemar kesucian hadis dan Islam.

Ketiga, menteri dan parti pemerintah wajib mendengar rintihan hati rakyat dan memberi penyelesaian tanpa perlu mengugut atau mengancam.

Dalam konteks ini, bahawa hadis tersebut sebenarnya menjelaskan prinsip besar Islam ialah keadilan.

Rasulullah menyebut tentang membersihkan diri daripada kezaliman

Pengurusan ekonomi negara, termasuk kenaikan harga barang, harga runcit minyak dan hutang negara ialah tanggungjawab parti pemerintah.

Tadbir urus kerajaan yang salah dan korup serta penuh pembaziran dan ketirisan menyebabkan kantung negara menjadi kering dan akhirnya kerajaan terpaksa mengenakan cukai regresif seperti GST yang telah menyebabkan kenaikan melambung harga barang.

Skandal korupsi institusi menyebabkan kehilangan kepercayaan pelabur asing, mendorong kejatuhan nilai ringgit yang mengakibatkan harga barang import menjadi mahal.

Bukankah ini kezaliman kepada rakyat akibat kepincangan tadbir urus pihak yang sedang berkuasa?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Fakta Ekonomi Meningkat Tapi Bukan Untuk Rakyat Miskin

sumber: mk

Norman Finkelstein Tokoh Yahudi Yang Dibenci Zionis

Norman Finkelstein Tokoh Yahudi Yang Dibenci Zionis

Lahir pada Disember 1953, Norman Finkelstein adalah anak kepada pasangan Yahudi yang terselamat dalam peristiwa Holocaust. Bapanya, Zacharias Finkelstein pernah berada di kem tahanan Auschwitz manakala ibunya, Maryla Husyt di kem Majdanek.

Norman Finkelstein Tokoh Yahudi Yang Dibenci Zionis

Beliau menamatkan pengajian di Universiti Binghamton di New York dan memperoleh ijazah doktor falsafah dalam bidang sains politik di Princeton.

Norman Finkelstein berpengalaman menjadi ahli fakulti di Kolej Brooklyn, Universiti Rutgers, Kolej Hunter, Universiti New York dan yang terakhir, Universiti DePaul, dimana beliau telah dipecat dari beberapa jawatan atas pelbagai sebab terutamanya kecaman terhadap Israel.

Industri Holocaust

Norman Finkelstein menegaskan bahawa sebenarnya Israel adalah pihak yang memulakan Perang Enam hari 1967 dan Perang Yom Kippur enam tahun kemudian.

Melalui bukunya ‘The Holocaust Industry: Reflections on the Exploitation of Jewish Suffering’, beliau menyatakan bahawa orang Yahudi berminat mengenai Holocaust hanya selepas tahun 1967.

Peristiwa tersebut digunakan sebagai propaganda untuk meraih wang pampasan dan tambahnya, Holocaust telah dieksploitasi untuk membenarkan pencabulan hak asasi manusia dan menghalalkan jenayah kemanusiaan oleh Israel.

Akibat ‘keceluparan’nya, Finkelstein akhirnya dihalang masuk ke Israel pada 2008, namun beliau tidak mempersoalkan halangan tersebut kerana tidak pernah menganggap Israel sebagai negara yang sah dan tidak wujud rasa nasionalisme di dalam dirinya.

Organisasi Yahudi yang mendapatkan pampasan bagi mangsa Holocaust didakwa sebagai pencuri. 95 peratus daripada wang tersebut digunakan untuk kepentingan mereka dan bukan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

Ianya jelas merupakan penghinaan terhadap penderitaan orang Yahudi yang menjadi mangsa dalam peristiwa tersebut dan berpunca dari perkara tersebutlah, Norman Finkelstein berkata, semua yang dilakukan dalam hidupnya adalah merupakan satu usaha untuk mempertahankan nama baik ibu bapanya.

Apa yang mereka alami menjadi sumber kemarahan moral beliau untuk menentang peperangan, perkauman dan ketidakadilan.

Norman Finkelstein turut melancarkan peluru lisan dengan mendedahkan bahawa konflik semasa sebenarnya dicipta dengan rapi oleh kerajaan Israel, Amerika dan golongan Yahudi yang kaya.

Baginya, Zionis adalah Nazi dan mereka mengambil pelajaran baik daripada Nazi, iaitu percubaan untuk menghapuskan masyarakat Palestin di Israel dan wilayah yang diduduki.

Yahudi Zionis diibaratkan secara dasarnya sebagai Nazi yang berjanggut dan bertopi hitam.

Sokongan Terhadap Hizbullah

Pada Mei 2007, Persatuan Pelajar-Pelajar Muslim, UC Irvine (MSU) telah menaja ucapan Norman Finkelstein, di mana dalam ucapan tersebut beliau mendedahkan bahawa usaha keamanan banyak datang dari dunia Arab.

Orang Arab menunjukkan kecenderungan yang luar biasa dalam mematuhi rundingan, namun pihak Israel yang banyak melanggar perjanjian rasmi mahupun tidak rasmi.

Profesor ini yang mempunyai rancangan untuk mengajar di Turki, dengan yakin mengeluarkan kenyataan menyokong kumpulan Hizbullah, walaupun beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan mereka sebagai sebuah organisasi. Baginya setiap kejayaan Hizbullah adalah patut diraikan.

Pujian turut diberikan kepada kumpulan-kumpulan pro-Palestin dan penghormatan tertinggi kepada Perpaduan Pergerakan Antarabangsa (ISM).

Sambil menceritakan kegembiraannya untuk bertemu dengan Hizbullah dan mengekalkan solidariti dengan mereka, tegasnya, rakyat mempunyai hak untuk mempertahankan negara dari penceroboh.

Amerika Syarikat dan Israel tidak akan bertolak ansur dengan sebarang kebangkitan di dunia Arab dan mereka sudah bertekad, untuk meletakkan orang-orang Arab di dalam keadaan seolah ‘hamba’ dan akan memastikan mereka terus begitu.

Israel-Palestine: Harapan Masa Depan

Norman Finkelstein berkata beliau percaya konflik Israel-Palestin hanya boleh diselesaikan jika ada kerjasama dari kedua-dua pihak terutamanya Israel.

Beliau telah menerbitkan sebuah artikel mengenai bagaimana cara menyelesaikan konflik ini melalui Doktrin Anti-Keganasan oleh Mahatma Gandhi.

Norman Finkelstein mencadangkan bahawa peluang permulaan terbaik Palestin untuk melawan kembali ialah tidak berjuang dengan cara sekarang kerana rakyat Palestin tidak mempunyai pilihan melakukan tentangan secara bersenjata.

Satu-satunya taktik mereka untuk digunakan terhadap Israel yang dibelakangnya Amerika Syarikat, adalah dengan ‘pemberontakan sivil’ dan bukan melalui keganasan.

Walaupun ia kedengaran begitu mudah dan mereka telah berada dalam konflik selama beberapa dekad, tetapi hanya itu sahaja cara yang boleh dilakukan untuk mencapat keamanan.

Bagaimanapun, ramai berpendapat adalah mustahil untuk melihat isu ini selesai dengan beberapa anggota Pasukan Pertahanan Israel berkata, mereka tidak mahu memberi rakyat Palestin tanah kerana mereka mahukan lebih dan tidak ingin melihat konflik tersebut diselesaikan.

Bercerita tentang harapan Yahudi, kata Norman Finkelstein, negara Israel hari ini adalah tempat yang paling tidak selamat untuk Yahudi dalam dunia.

Pembentukan negara tersebut bukanlah jawapan kepada semua permasalahan dan persoalan mereka, tetapi lebih kepada memburukkan keadaan apabila Yahudi yang tidak terlibat juga menerima tempias akibat kezaliman Israel.

Sama seperti generasi muda Jerman yang perlu menanggung beban Nazisme, generasi Yahudi akan datang juga terpaksa menanggung kecaman dan kebencian dunia sebagai akibat kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin.

Beliau mengingatkan Zionis, “jika tidak mahu dituduh menjadi Nazi, mereka perlu berhenti bertindak seperti Nazi.”

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

'Donald Trumph Tidak Takut Balasan Tuhan'

'Donald Trumph Tidak Takut Balasan Tuhan'

Gabenor California, Jerry Brown menyalahkan Presiden Donald Trump ekoran kebakaran hutan paling buruk di negeri itu dengan berkata, langkah Trump menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris 'menyumbang' kepada bencana di Selatan California yang kini telah memasuki minggu kedua.

'Donald Trumph Tidak Takut Balasan Tuhan'

Perjanjian Iklim Paris dianggap pelbagai pihak sebagai satu usaha yang mampu memperlahankan pemanasan global.

Sehingga kini, ratusan ribu penduduk di Ventura, Los Angelas dan San Diego serta beberapa bandar berdekatan dipindahkan ke kawasan selamat.

Media tempatan melaporkan, pasukan bomba berdepan kesukaran untuk membendung kebakaran hutan yang diburukkan lagi dengan cuaca panas dan tiupan angin kencang.

Difahamkan, api merebak pantas selepas angin kering dan panas mirip angin Santa Ana di selatan California bertiup ke kawasan utara California ke arah Pasifik.

"Donald Trump sebelum ini menganggap Perjanjian Iklim Paris tidak membawa sebarang manfaat kepada AS.

"Tengok sekarang, apa sudah jadi? Saya fikir Donald Trump tidak takut pada Tuhan, tak takut balasan Tuhan," ujar Brown.

Pada Jun 2017 lalu, Donald Trump membuat kejutan apabila membuat keputusan meninggalkan perjanjian iklim Paris, yang turut disertai 195 negara lain di dunia.

Untuk rekod, AS tidak pernah menerima pakai perjanjian iklim sebelum ini, termasuk Protokol Kyoto 1997, yang dilihat menjejaskan kredibiliti dan kuasanya mengawal pelepasan karbon. [sh]

Kebakaran California bagaikan neraka dunia

Kebakaran besar yang berlaku di California, Amerika Syarikat disifatkan seolah-olah neraka dunia oleh netizen.

Tinjauan reaksi netizen terhadap kebakaran tersebut mendapati kebanyakannya berpendapat musibah yang menimpa rakyat California kini adalah natijah daripada keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Pengguna Facebook, Natasha Nabila Husein yang menyifatkan api yang menjilat tanah California bagai neraka dunia, selain turut mengecam tindakan Donald Trump.

“Heretlah api kebakaran yang umpama neraka dunia ke rumah Trump serta tujuh keturunannya dan konco-konco Yahudi yang anti Islam,” katanya seperti yang dipetik menerusi Facebook.

Setakat ini, kebakaran yang telah memusnahkan lebih 57,870 hektar kawasan dan 476 struktur di negara tersebut.

Selain menyebabkan perpindahan skala besar melibatkan lebih 200,000 penduduk, kebakaran tersebut juga turut mengorbankan nyawa puluhan mangsa.

Manakala Muhd Abdul Halim berpendapat, semua yang berlaku adalah akibat daripada perbuatan Donald Trump yang mengambil hak rakyat Palestin.

“Telah ALLAH tunjukkan kekuasaanNya kepada Donald Trump, beliau ambil hak rakyat Palestin, ALLAH mengambil hak beliau sebagai balasan setimpal.

“Alhamdulillah,semoga api terus marak membakar seluruh AS, biar mereka merasa takut dan sedih seperti mana kesedihan orang Islam Palestin rasai. Allahuakhbar,” katanya dipetik menerusi ruang media sama.

Sementara itu, seorang lagi netizen Azizi Ismail melahirkan simpati atas nasib penduduk yang terlibat dengan bencana tersebut.

“Kasihan warga Amerika, kerana sikap dan sifat anti Islam Donald Trump, mereka yang menanggung azab dan derita,” ujarnya.

Dalam pada itu, anggota bomba di California Selatan berhadapan tekanan mengawal enam kebakaran hutan, yang sudah memusnahkan ratusan bangunan dan memaksa puluhan ribu penduduk berpindah. [sinarharian]

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (13 Disember)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (13 Disember)

Tanggal 13 Disember merupakan hari ke 347 (hari ke 348 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 18 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (13 Disember)

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Republik di Malta (1974) dan Hari St. Lucia di Sweden.

Peristiwa

1545 - Reformasi Balas: Persidangan Kristian yang diasaskan Paus Paul III sebagai tindak balas kepada perkembangan Protestantisme, Majlis Trent bermula di Trento, Itali kini.

1577 - Sir Francis Drake meninggalkan Plymouth, England, dengan lima kapal dan 164 orang dalam pelayarannya mengelilingi dunia.

1769 - Kolej Dartmouth di Hanover, New Hampshire, A.S. kini ditubuhkan dengan Piagam Diraja dari Raja British George III dan menjadi universiti terakhir diasaskan di Tiga Belas Koloni sebelum Revolusi Amerika.

1862 - Perang Saudara Amerika: Angkatan tentera Kesatuan di bawah Mejar Jeneral Ambrose Burnside ditewaskan dengan teruk oleh pertahanan Gabungan dalam Pertempuran Fredericksburg.

1937 - Perang China-Jepun Kedua: Tentera Jepun di bawah Jeneral Iwane Matsui menawan Nanjing, China dan mula menjarah, membakar, merogol dan membunuh selama berminggu-minggu.

1981 - Perdana Menteri Poland Wojciech Jaruzelski mengisytiharkan pemerintahan tentera, menggantung kesatuan sekerja Solidarność dan memenjarakan ramai pemimpin kesatuan.

2003 - Bekas Presiden Iraq Saddam Hussein dijumpai bersembunyi di dalam sebuah lubang oleh tentera A.S. semasa Operasi Subuh Merah dan ditangkap.

2007 - Negara-negara anggota Kesatuan Eropah memeterai Perjanjian Lisbon.

2008 - Switzerland menjadi negara Eropah ke-25 menyertai Perjanjian Schengen.

2011 - Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan lebih seratus lagi cedera dalam serangan bunuh diri di Liège, Belgium.

2011 - Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia buat kali kedua, menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin.

Kelahiran

1989 - Taylor Swift, penyanyi, penulis lagu dan pelakon Amerika Syarikat.

Kematian

1972 - Abu Bakar Baginda, seorang Menteri Besar Selangor ke-7.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (12 Disember)

sumber: wikipedia

Tuesday, December 12, 2017

‘Hantu’ Tutup Pintu Platform MRT Takutkan Rakyat Singapura!

‘Hantu’ Tutup Pintu Platform MRT Takutkan Rakyat Singapura!

Ini bukan drama ngeri atau filem tahyul, namun kisah pintu platform sebuah stesen Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura tutup secara tiba-tiba memang ‘menghantui’ republik itu!

‘Hantu’ Tutup Pintu Platform MRT Takutkan Rakyat Singapura!

Insiden misteri yang jelas menakutkan ramai penguna tren berkenaan bagaimanapun tidak dilaporkan secara luas oleh media tempatan kerana mungkin bimbang imej MRT Singapura menjadi bahan jenaka masyarakat antarabangsa.

Bayangkan, selain aib dengan kes dua tren berlanggar sesama sendiri di stesen Joo Koon pada bulan November lalu, puluhan insiden kelewatan perjalanan akibat siri gangguan bekalan elektrik dan banjir kilat di landasan MRT pula berlaku.

Ramai penumpang dilaporkan meluahkan kekecewaan menerusi laman media sosial tempatan ekoran pelbagai masalah operasi kereta api itu sehingga menjejaskan ketibaan mereka di destinasi mengikut jadual ditetapkan.

Terbaharu di tengah-tengah kesibukan pada sebelah petang, stesen MRT Jurong East dilaporkan sesak dengan penumpang akibat pintu platform stesen tersebut dikatakan ditutup mendadak secara misteri.

Beberapa penumpang memberitahu agensi berita Mediacorp Singapura bahawa platform D dan E ditutup sekaligus memaksa mereka perlu bergegas ke platform lain yang dikatakan perkhidmatan kereta api masih beroperasi.

Salah seorang penumpang, Zarina Zainol, yang ingin ke Choa Chu Kang di Laluan Utara-Selatan (NSL) berkata platform tersebut seperti dikepung dan ratusan penumpang kemudian diarahkan untuk pergi ke platform A dan B.

Zarina, 28, menambah bahawa semua tangga bergerak malahan hanya beroperasi bagi satu arah.

Satu rakaman video yang tular menerusi laman Twitter menunjukkan penumpang menggunakan tangga untuk ke platform lain.

“Semua tangga bergerak menghala ke bawah,” kata Zarina yang turut mengatakan bahawa kini beliau sedang hamil dan terpaksa menaiki tangga ketika para penumpang lain biadab menolaknya sehingga dia gagal memasuki lif.

Lebih parah, Zarina memberitahu Mediacorp bahawa tiada sebarang pengumuman yang dibuat pihak MRT, tetapi beberapa kakitangan kelihatan mengarahkan penumpang untuk segera ke dua platform yang masih beroperasi.

Namun, keadaan sesak di stesen itu membuatkan para penumpang agak susah untuk melihat arahan ditunjukkan oleh kakitangan terbabit sehingga ramai pengguna tren salah faham dan mencetuskan suasana kelam-kabut.

Menurut stesen penyiaran Channel NewsAsia, penumpang turut mengadu tidak mendapat sebarang pengumuman dan menggesa pengendali kereta api SMRT untuk menjelaskan situasi pada masa itu.

Menakutkan!
BACA INI JUGA: Misteri 'Kereta Hantu' Di Singapura

sumber: mynewshub

Ryan ToysReview, Kanak-kanak 6 Tahun Yang Menjana Jutaan Dollar Di YouTube!

Ryan ToysReview, Kanak-kanak 6 Tahun Yang Menjana Jutaan Dollar Di YouTube!

Hobi seorang kanak-kanak ini bukan sahaja menarik perhatian ramai rakan seusianya, malah membuatkan kedua ibu bapanya tersenyum lebar kerana aktivitinya itu mampu menjana pendapatan jutaan dolar setahun.

Ryan ToysReview, Kanak-kanak 6 Tahun Yang Menjana Jutaan Dollar Di YouTube!

Menurut laporan The Forbes, Ryan, 6, sudah mampu menjadi jutawan internet melalui video rakaman yang dimuat naik di YouTube menggunakan nama Ryan ToysReview, sekaligus membolehkan dia menjana pendapatan melebihi US$11 juta (RM44,918,126) setahun.

Laman Youtube Ryan dikendalikan oleh keluarganya, dengan memuat naik sekurang-kurangnya tiga rakaman video seminggu memaparkan ulasan permainana baharunya kepada lebih 10 juta pengikutnya.

Difahamkan, kedua ibu bapanya mengatakan hampir setiap hari mereka memuat naik video-video ulasan baharu semenjak channel itu diwujudkan pada Mac 2015.

Difahamkan, channel Ryan ToysReview bermula dengan perlahan sehinggalah pada Julai 2015, video-video Ryan mula mendapat perhatian dan tular di media sosial.

Video yang memaparkan Ryan membuka dan membuat review ‘Giant Egg Surprise’ yang mengandungi lebih 100 mainan dari siri kereta Pixar itu kini telah ditonton lebih 800 juta kali di YouTube.

Channel Ryan kini dilihat lebih cenderung membuat ulasan mainan baru dan produk-produk makanan kanak-kanak yang menampilkan komentar bersemangat dari Ryan.

Channel Ryan ToysReview itu kini mempunyai lebih 10 juta subscribers yang dianggarkan memberi pulangan pendapatan sebanyak US$1 juta setiap bulan, hasil pengiklanan di YouTube.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Adakah Anda Memiliki 6 Ciri-ciri Seorang Jutawan?



sumber: mynewshub

Kampung Alwine Di Jerman Dilelong 140,000 Euro

Kampung Alwine Di Jerman Dilelong 140,000 Euro

Satu-satunya pembida pada majlis lelongan luar biasa membelanjakan 140,000 euro (RM672,226) untuk menjadi pemilik baru kampung Alwine di Jerman yang mempunyai 20 penduduk.

Kampung Alwine Di Jerman Dilelong 140,000 Euro

Rumah kosong dan penduduk tua mencerminkan nasib kawasan itu di bekas wilayah komunis di timur Jerman sejak penyatuan semula negara itu 27 tahun lalu.

Pembeli itu yang tidak mahu dikenali dan membida menerusi telefon, mengejutkan komuniti di kampung yang diletakkan pada harga permulaan 125,000 euro (RM600,202) oleh agensi lelongan, Karhausen.

Pada tahun 2000, Kampung Alwine dijual kepada pelabur persendirian pada pertimbangan simbolik, ‘satu Deutschmark’ iaitu mata wang Jerman sebelum euro diperkenalkan.

Dua beradik pembeli asal 12 bangunan di kampung itu, termasuk garaj, tidak lagi mampu menguruskannya.

Cuma kira-kira 20 pesara masih tinggal di rangkaian rumah di pedalaman negeri Brandenburg itu, iaitu 120 kilometer ke selatan Berlin, Jerman.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 13 Nama Tempat Pelik Yang Benar-Benar Wujud Di Malaysia

sumber: bharian

Penyanyi Tak Tun Tuang Sedia Terima Jejaka Malaysia

Penyanyi Tak Tun Tuang Sedia Terima Jejaka Malaysia

“Aku belum mandi, tak tun tuang tak tun tuang, tapi masih cantik juga..” bait-bait senikata lagu Tak Tun Tuang ini seperti ‘berhantu’ kerana terus menjadi siulan netizen di Malaysia.

Penyanyi Tak Tun Tuang Sedia Terima Jejaka Malaysia

Nama Upiak Isil yang berasal dari Padang, Indonesia itu tidak perlu diperkenalkan lagi selepas lagu Tak Tun Tuang yang diciptanya tiga tahun lalu mencetuskan fenomena sejak kebelakangan ini.

Namun, dalam sifat cerianya, pemilik nama sebenar Silvia Nanda ini mempunyai sejarah hidup yang agak pahit.

Suatu ketika dahulu, dia pernah bernikah dengan jejaka pilihannya namun terpaksa berpisah dengan bekas suaminya oleh kerana tidak bersefahaman.

“Saya dan bekas suami berkahwin pada 2013. Pada penghujung 2015, kami bercerai.

“Apa yang boleh saya katakan, sudah tiada lagi persefahaman antara kami. Disebabkan itu, saya dan bekas suami memutuskan untuk berpisah.

“Tiga hari saya menangis disebabkan perpisahan itu. Bekas suami saya pun sudah berkahwin lain,” katanya dipetik BH Online.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 32 tahun ini tidak menolak kemungkinan jika bertemu jodoh dengan orang Malaysia.

Namun, menurutnya, keluarganya di kampung masih menjadi keutamaan ketika ini.

“Saya mahu membahagiakan keluarga, terutama ibu. Tidak dinafikan, ramai yang mahu melamar saya. Malah, mereka yang pernah menolak cinta saya dulu juga datang mencari saya semula.

“Ada yang menghantar mesej di laman sosial, tetapi saya abaikan saja. Kalau ada jodoh, saya teringin juga untuk ditemukan dengan lelaki dari Malaysia,” ujarnya.

Dalam pada itu, Upiak mengakui kehidupannya berubah selepas dikenali. Malah, dia mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan ketika mempromosikan lagu tersebut.

“Apabila saya keluar, ramai yang mahu mengambil gambar dengan saya. Saya juga banyak memenuhi undangan nyanyian.

“Selain Malaysia, saya turut menjelajah ke Thailand untuk tujuan promosi. Sambutannya memang menggalakkan.

“Paling ketara, dapat tidur di hotel mewah. Sebelum ini, saya pernah menginap di tempat sedemikian, tetapi tidaklah sekerap sekarang,” jelasnya.

Lagu Tak Tun Tuang telah yang mula mendapat perhatian netizan itu kini berada di bawah naungan MVM Production Sdn. Bhd.

Muzik video rasmi Tak Tun Tuang telah mendapat lebih empat juta tontotan dan menjadi video ke-10 yang trending di laman YouTube sejak dimuat naik 29 November 2017 lalu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Video Bripda Nindya Polis Mirip Nike Ardilla Viral Di Indonesia



sumber: mynewshub

Penjual Air Zam Zam Di Malaysia Boleh Dihukum Penjara

Penjual Air Zam Zam Di Malaysia Boleh Dihukum Penjara

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap penjualan air zam zam berikutan larangan yang dikeluarkan Kedutaan Arab Saudi menjual air tersebut di mana-mana kedai di seluruh Malaysia.

Penjual Air Zam Zam Di Malaysia Boleh Dihukum Penjara
Gambar hiasan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata mereka yang disabitkan kesalahan menjual air zam zam boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“Sejak 2012 sehingga Oktober ini, sejumlah air zam zam bernilai RM58,191.80 telah dirampas melalui hasil penguatkuasaan yang telah dijalankan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, perkara ini telah dipersetujui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memandangkan penguatkuasaan adalah di bawah bidang kuasa KKM.

Katanya pihaknya melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sedang mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap penjualan air zam zam berdasarkan Seksyen 4 (1) (f) Akta Makanan 1983.

Dr Noor Hisham berkata air zam zam diperoleh dari bawah tanah dan dikategorikan sebagai air mineral semula jadi seperti termaktub di bawah Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“Pengimportannya memerlukan lesen punca air serta kelulusan dan pengesahan daripada pihak berkuasa geologi dan hidrologi dari negara pengeksport,” jelas beliau.

Katanya, kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan pengedaran air zam zam secara percuma kepada jemaah haji dan umrah serta pelawat untuk kegunaan persendirian dalam kuantiti yang terhad selepas berlepas dari Arab Saudi.

“Kementerian sedang meningkatkan tindakan penguatkuasaan ke atas penjualan air zam zam memandangkan ia tidak dibenarkan di Malaysia,” katanya.

Kepada pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai isu keselamatan, Dr Noor Hisham berkata mereka boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Khurafat Di Musim Haji!

sumber: bernama

'The Seven Summits' Tujuh Puncak Gunung Tertinggi Di 7 Benua

'The Seven Summits' Tujuh Puncak Gunung Tertinggi Di 7 Benua

Anda pernah mendengar The Seven Summits? Bagi para pendaki, nama itu sudah tidak asing lagi bagi mereka dan menjadi satu impian besar untuk dicapai sebagai seorang pendaki gunung.

'The Seven Summits' Tujuh Puncak Gunung Tertinggi Di 7 Benua

The Seven Summits adalah istilah yang merujuk kepada tujuh puncak gunung tertinggi dari tujuh benua di dunia.

Ia merupakan titik tertinggi yang mewakili setiap benua, tetapi bagaimana kisah The Seven Summits bermula?

Pencetus The Seven Summits ialah Richard Daniel Bass, seorang pendaki Amerika yang memulakan idea untuk mendaki gunung paling tinggi disetiap benua.

Beliau memulakan ekspedisi tersebut dengan mendaki gunung Aconcagua di Argentina pada tahun 1983 dan mengakhirinya dengan gunung Everest pada tahun 1985.

Selepas kejayaannya itu, Richard telah mengeluarkan senarai tujuh puncak gunung tersebut sebagai The Seven Summits pada tahun 1985.

Senarai The Seven Summits meliputi;

1. Gunung Everest (Tibet, Nepal) (8,848 meter, 29,029 kaki)

'The Seven Summits' Tujuh Puncak Gunung Tertinggi Di 7 Benua

2. Gunung Aconcagua (Argentina) (6,961 meter, 22,838 kaki)

'The Seven Summits' Tujuh Puncak Gunung Tertinggi Di 7 Benua

3. Gunung Denali (Alaska) (6,194 meter, 20,322 kaki)

'The Seven Summits' Tujuh Puncak Gunung Tertinggi Di 7 Benua

4. Gunung Kilimanjaro (Tanzania) (5,895 meter, 19,341 kaki)

'The Seven Summits' Tujuh Puncak Gunung Tertinggi Di 7 Benua

5. Gunung Elbrus (Rusia) (5,642 meter, 18,510 kaki)

'The Seven Summits' Tujuh Puncak Gunung Tertinggi Di 7 Benua

6. Gunung Vinson (Antartika) (4,892 meter, 16,050 kaki)

'The Seven Summits' Tujuh Puncak Gunung Tertinggi Di 7 Benua

7. Gunung Puncak Jaya (Australia) (4,884 meter, 16,024 kaki)

'The Seven Summits' Tujuh Puncak Gunung Tertinggi Di 7 Benua

8. Gunung Mauna Kea (Hawaii, Amerika Syarikat) (4,205 meter, 13,802 kaki)

'The Seven Summits' Tujuh Puncak Gunung Tertinggi Di 7 Benua

9. Gunung Kosciuszko (Australia) (2,228 meter, 7,310 kaki)

'The Seven Summits' Tujuh Puncak Gunung Tertinggi Di 7 Benua

Ekspedisi The Seven Summits mula menjadi ikutan pendaki lain, namun tidak lama kemudian, Reinhold Messner, seorang pendaki Itali yang telah menguasai semua 14 puncak tertinggi di dunia, menolak Gunung Kosciuszko daripada senarai dan menggantikannya dengan Puncak Jaya di Indonesia sebagai gunung tertinggi bagi benua Australia.

Kebanyakan pendaki kemudiannya mengikut senarai The Seven Summits versi Richard dan Reinhold.

Ketinggian gunung-gunung ini bermula dari gunung Kosciuszko setinggi 2,238 kaki sehingga gunung Everest dengan ketinggian 8,848 kaki.

Kebanyakan pendaki mendapati, senarai Reinhold yang meletakkan Puncak Jaya adalah lebih mencabar.

Apa yang menarik, setakat yang direkodkan sehingga tahun 2016, seorang remaja berusia 15 tahun dari Amerika Syarikat telah berjaya menyempurnakan pendakian The Seven Summits pada tahun 2011.

Rekod pendaki tertua The Seven Summits pula ialah seorang lelaki berusia 74 tahun, Ramon Blanco dari Sepanyol yang melaksanakannya pada tahun 2003.

Dan satu lagi tambahan oleh para pendaki dalam senarai The Seven Summits ialah Gunung Mauna Kea di Hawaii, Amerika Syarikat.

Bagi pendaki Malaysia pula, Ahmad Fakhri Abu Samah merupakan rakyat Malaysia pertama yang berjaya menawan The Seven Summits pada tahun 2011.

Sehingga tahun 2016, sekurang-kurangnya sudah lebih 400 pendaki berjaya menawan senarai The Seven Summits ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM