Tuesday, December 12, 2017

Penyanyi Tak Tun Tuang Sedia Terima Jejaka Malaysia


“Aku belum mandi, tak tun tuang tak tun tuang, tapi masih cantik juga..” bait-bait senikata lagu Tak Tun Tuang ini seperti ‘berhantu’ kerana terus menjadi siulan netizen di Malaysia.

Penyanyi Tak Tun Tuang Sedia Terima Jejaka Malaysia

Nama Upiak Isil yang berasal dari Padang, Indonesia itu tidak perlu diperkenalkan lagi selepas lagu Tak Tun Tuang yang diciptanya tiga tahun lalu mencetuskan fenomena sejak kebelakangan ini.

Namun, dalam sifat cerianya, pemilik nama sebenar Silvia Nanda ini mempunyai sejarah hidup yang agak pahit.

Suatu ketika dahulu, dia pernah bernikah dengan jejaka pilihannya namun terpaksa berpisah dengan bekas suaminya oleh kerana tidak bersefahaman.

“Saya dan bekas suami berkahwin pada 2013. Pada penghujung 2015, kami bercerai.

“Apa yang boleh saya katakan, sudah tiada lagi persefahaman antara kami. Disebabkan itu, saya dan bekas suami memutuskan untuk berpisah.

“Tiga hari saya menangis disebabkan perpisahan itu. Bekas suami saya pun sudah berkahwin lain,” katanya dipetik BH Online.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 32 tahun ini tidak menolak kemungkinan jika bertemu jodoh dengan orang Malaysia.

Namun, menurutnya, keluarganya di kampung masih menjadi keutamaan ketika ini.

“Saya mahu membahagiakan keluarga, terutama ibu. Tidak dinafikan, ramai yang mahu melamar saya. Malah, mereka yang pernah menolak cinta saya dulu juga datang mencari saya semula.

“Ada yang menghantar mesej di laman sosial, tetapi saya abaikan saja. Kalau ada jodoh, saya teringin juga untuk ditemukan dengan lelaki dari Malaysia,” ujarnya.

Dalam pada itu, Upiak mengakui kehidupannya berubah selepas dikenali. Malah, dia mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan ketika mempromosikan lagu tersebut.

“Apabila saya keluar, ramai yang mahu mengambil gambar dengan saya. Saya juga banyak memenuhi undangan nyanyian.

“Selain Malaysia, saya turut menjelajah ke Thailand untuk tujuan promosi. Sambutannya memang menggalakkan.

“Paling ketara, dapat tidur di hotel mewah. Sebelum ini, saya pernah menginap di tempat sedemikian, tetapi tidaklah sekerap sekarang,” jelasnya.

Lagu Tak Tun Tuang telah yang mula mendapat perhatian netizan itu kini berada di bawah naungan MVM Production Sdn. Bhd.

Muzik video rasmi Tak Tun Tuang telah mendapat lebih empat juta tontotan dan menjadi video ke-10 yang trending di laman YouTube sejak dimuat naik 29 November 2017 lalu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Video Bripda Nindya Polis Mirip Nike Ardilla Viral Di Indonesia



sumber: mynewshub

1 comment

  1. Lagu ni memang terngiang2 di telinga saya.. kalau jodohnya orang malaysia, apa salahnya kan :)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon