Tuesday, December 12, 2017

Kampung Alwine Di Jerman Dilelong 140,000 Euro


Satu-satunya pembida pada majlis lelongan luar biasa membelanjakan 140,000 euro (RM672,226) untuk menjadi pemilik baru kampung Alwine di Jerman yang mempunyai 20 penduduk.

Kampung Alwine Di Jerman Dilelong 140,000 Euro

Rumah kosong dan penduduk tua mencerminkan nasib kawasan itu di bekas wilayah komunis di timur Jerman sejak penyatuan semula negara itu 27 tahun lalu.

Pembeli itu yang tidak mahu dikenali dan membida menerusi telefon, mengejutkan komuniti di kampung yang diletakkan pada harga permulaan 125,000 euro (RM600,202) oleh agensi lelongan, Karhausen.

Pada tahun 2000, Kampung Alwine dijual kepada pelabur persendirian pada pertimbangan simbolik, ‘satu Deutschmark’ iaitu mata wang Jerman sebelum euro diperkenalkan.

Dua beradik pembeli asal 12 bangunan di kampung itu, termasuk garaj, tidak lagi mampu menguruskannya.

Cuma kira-kira 20 pesara masih tinggal di rangkaian rumah di pedalaman negeri Brandenburg itu, iaitu 120 kilometer ke selatan Berlin, Jerman.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 13 Nama Tempat Pelik Yang Benar-Benar Wujud Di Malaysia

sumber: bharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon