Thursday, November 16, 2017

DPRK Sebutan Yang Betul Negara Korea Utara!

DPRK Sebutan Yang Betul Negara Korea Utara!

MEDIA Malaysia yang membuat liputan perlawanan kelayakan Piala Asia antara Malaysia dan Korea Utara diberi ‘pengajaran’ bagaimana untuk memanggil nama negara komunis itu dengan betul.

DPRK Sebutan Yang Betul Negara Korea Utara!

Semasa sidang media sebelum perlawanan diadakan, seorang penterjemah dari Korea Utara meminta media Malaysia berhenti memanggil nama negara itu sebagai Korea Utara, sebaliknya menggunakan nama rasminya, Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK).

“Jangan panggil kami Korea Utara, tidak ada Korea Utara,” kata pegawai negara itu yang kelihatan marah apabila media Malaysia berulang kali merujuk negaranya sebagai Korea Utara ketika sidang media.

Pegawai itu mencelah soalan yang dikemukakan oleh media Malaysia untuk membuat penjelasan mengenai nama rasmi negaranya itu.

Pegawai itu bertindak sebagai penterjemah untuk kapten Korea Utara, Kim Yu Song pada sidang media itu, yang turut dihadiri ketua jurulatih pasukan itu, Jorn Andersen yang dilahirkan di Norway tetapi memegang kerakyatan Jerman.

Malaysia yang tunduk kepada Korea Utara 4-1 pada perlawanan pertama, sekali lagi dibelasah dengan jumlah jaringan yang sama, 4-1.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Misteri Negara Korea Utara

sumber: sinarharian

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton November 2017

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton November 2017

Bagi peminat filem-filem terbaru, kami senaraikan buat anda senarai filem wajib tonton movie terbaharu dipawagam bagi bulan November 2017 untuk ditonton bersama rakan-rakan, pasangan dan juga keluarga.

Berikut adalah 19 senarai filem Inggeris, Melayu dan filem berbasa lain yang sangat berbaloi untuk ditonton.

1. The Promise

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton November 2017

Tarikh Tayangan: 2 November 2017
Bahasa: Thailand
Genre: Drama, Seram

Perkara aneh mula berlaku selepas Boum kembali ke kompleks kondominium di mana dia pernah berjanji untuk membunuh diri dengan rakan baiknya.

2. Only The Brave

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton November 2017

Tarikh Tayangan: 2 November 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Drama

Berdasarkan kejadian sebenar tentang pasukan elit berdepan Yarnell Hill Fire, kebakaran di Prescott, Arizona yang telah membunuh 19 bomba.

3. Killing Gunther

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton November 2017

Tarikh Tayangan: 2 November 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Aksi, Komedi

Berkisarkan tentang sekumpulan pembunuh upahan cuba membunuh Gunther tetapi gagal.

4. 24 Hours To Live

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton November 2017

Tarikh Tayangan: 9 November 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Ngeri

Apabila seorang pembunuh upahan dihidupkan semula oleh majikannya, dia menggunakan peluang itu untuk menebus kesilapan.

5. The Midnight Man

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton November 2017

Tarikh Tayangan: 9 November 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Komedi, Seram, Ngeri

Kerana ingin tahu, dua remaja telah bermain permainan misteri dan secara tidak sengaja menyeru makhluk berbahaya, The Midnight Man.

6. Justice League

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton November 2017

Tarikh Tayangan: 16 November 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Aksi, Pengembaraan, Superhero

Adiwira-adiwira terhebat Bumi membentuk Justice League untuk menentang ancaman bahaya.

7. Suburbicon

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton November 2017

Tarikh Tayangan: 23 November 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Komedi, Jenayah, Misteri

Apabila keluarga Lodge berpindah ke Suburbicon, mereka berkongsi pendapat orang pekan yang mengatakan ia adalah tempat yang sesuai untuk menyara keluarga berikutan rumah murah dan sebagainya.

Tetapi kini, beberapa siri kejadian telah berlaku dan ia telah membongkar kebenaran mengenai pekan itu dan Gardner Lodge perlu mencari jalan untuk memperbaikinya.

8. Manhunt

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton November 2017

Tarikh Tayangan: 23 November 2017
Bahasa: Inggeris, Mandarin, Jepun
Genre: Aksi, Ngeri

Filem arahan John Woo ini berkisarkan tentang seorang lelaki yang dituduh melakukan jenayah kejam yang tidak dilakukan olehnya.

Berikutan itu, dia kini dalam misi untuk membersihkan namanya dan bekerjasama dengan seorang detektif yang percaya dia tidak bersalah.

9. Rempit Sampai Langit

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton November 2017

Tarikh Tayangan: 23 November 2017
Bahasa: Melayu
Genre: Aksi, Komedi

Ia berkisarkan tentang remaja bernama Kudin yang nekad untuk menyertai kumpulan mat rempit demi memikat semula hati kekasihnya, tetapi dia kecewa apabila tidak seorang pun kumpulan itu mahu dia menyertai mereka.

Hidupnya berubah apabila seorang saintis Arab memberinya minyak magik yang membuatkan motornya terbang. Insiden itu telah menjadi tular di internet.

Rakan baiknya Comel, yang menaruh minat terhadap Kudin, menyedari perubahan perangai Kudin dan dia cuba untuk mengembalikan Kudin yang dahulu. Kudin kini menjadi seorang yang terkenal dalam dunia rempit.

10. Pengabdi Setan

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton November 2017

Tarikh Tayangan: 23 November 2017
Bahasa: Indonesia
Genre: Seram

Ia berkisarkan tentang sebuah keluarga di mana si ibu telah mengalami sakit yang aneh selama tiga tahun sebelum meninggal dunia.

Si bapa kemudian telah mendapat kerja di luar kota dan terpaksa meninggalkan anak-anaknya di rumah. Namun kejadian aneh mula berlaku apabila roh si ibu muncul di rumah.

Pada mulanya anak-anak itu merasakan si ibu mahu datang melawat mereka tetapi akhirnya mengetahui bahawa roh ibu mereka mahu membawa mereka pergi ke dunianya.

11. 6 Below: Miracle On The Mountain

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton November 2017

Tarikh Tayangan: 23 November 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Pengembaraan, Drama

Berdasarkan kisah sebenar bekas pemain hoki Olimpik, Eric LeMarque, ia berkisarkan tentang LeMarque yang bergelut selepas terperangkap di High Sierras selepas ribut salji berlaku.

Terperangkap dengan tidak ada jalan keluar selama lapan hari, LeMarque perlu menguatkan mental dan fizikal untuk meneruskan hidup.

12. Coco

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton November 2017

Tarikh Tayangan: 23 November 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Animasi

Seorang budak lelaki berusia 12 tahun bernama Miguel datang dari sebuah keluarga besar di pendalaman Mexico. Dia telah menemui misteri berkurun lamanya pada malam Dia de los Muertos atau Hari Kematian. Penemuan itu akan mengubah hidupnya buat selama-lamanya.

13. Murder On The Orient Express

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton November 2017

Tarikh Tayangan: 30 November 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Drama, Misteri

`Remake` filem klasik pada tahun 1974 dengan menggunakan judul sama ini diangkat dari novel nukilan Agatha Christie.

Ia mengisahkan tentang seorang detektif, Hercule Poirot, yang menyiasat pembunuhan taikun Amerika dalam kereta api Orient Express.

14. Daddy's Home 2

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton November 2017

Tarikh Tayangan: 30 November 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Komedi

Filem arahan Sean Anders ini adalah kesinambungan dari filem "Daddy`s Home" pada tahun 2015.

Will Ferrell dan Mark Wahlberg kembali dengan watak asal mereka sebagai Brad dan Dusty, manakala Linda Cardellini, John Cena, John Lithgow dan Mel Gibson tampil sebagai pelakon pembantu.

15. Paddington 2

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton November 2017

Tarikh Tayangan: 30 November 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Animasi, Komedi, Kekeluargaan

Paddington yang kini tinggal bersama keluarga Brown di Windsor Gardens menjadi popular di komuniti mereka.

Dia kemudian tertarik dengan sebuah buku di kedai antik Mr. Gruber dan mahu membelinya sebagai hadiah bersempena dengan hari jadi ke-100 makcik Lucy. Dia melakukan beberapa pekerjaan untuk membeli buku itu.

Apabila buku itu dicuri, dia dan keluarga Brown mula menjejaki pencuri tersebut.

16. Ghost Net

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton November 2017

Tarikh Tayangan: 30 November 2017
Bahasa: Kantonis
Genre: Seram

Filem ini menampilkan tiga cerita hantu yang berlatarkan di Hong Kong, bermula dengan Vivian, yang baru berpindah ke tempat baru dan terlibat dalam insiden menyeramkan dengan jirannya.

Cerita kedua mengenai Scarlet, yang tidak tahu terdapat rahsia jahat di sebalik tatu barunya.

Cerita terakhir mengenai sekumpulan pelajar universiti yang tidak sengaja membangkitkan roh pendendam sepasang kekasih ketika melakukan siaran langsung ekpedisi memburu hantu.

17. Beyond Skyline

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton November 2017

Tarikh Tayangan: 30 November 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Aksi, Fiksyen Sains

Ia adalah kesinambungan dari filem terdahulu, "Skyline" (2010). Kejadian di dalam filem ini berlaku pada waktu sama tetapi di lokasi tidak diketahui ketika penaklukan dunia oleh makluk asing.

Mark yang merupakan seorang detektif terpaksa berusaha keras untuk membebaskan anak lelakinya Trent yang berada dalam kapal angkasa makhluk asing.

18. Earth: One Amazing Day

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton November 2017

Tarikh Tayangan: 30 November 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Dokumentari

Ia adalah kesinambungan dari "Earth" yang mengisahkan tentang cerita yang berlaku di planet kita setiap hari.

Penonton dibawa dalam pengembaraan merentasi benua dan lautan sebagaimana dokumentari menjejak laluan matahari setiap hari.

Sesetengah babak menampilkan anak Zebra yang terdesak untuk menyeberangi sungai, seekor penguin yang sanggup ambil risiko untuk memberi makan keluarga dan banyak lagi.

19. Pinjamkan Hatiku

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton November 2017

Tarikh Tayangan: 30 November 2017
Bahasa: Melayu
Genre: Drama, Romantik

Mengisahkan cinta tiga segi antara Laila, Naufal dan Hasnan. Laila berada dalam dilema kerana dia tidak tahu sama ada mahu memilih kawan lamanya, Naufal, atau Hasnan, doktor yang merawatnya ketika sakit.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Apa Perbezaan Cacar Air Dan Demam Campak?

Apa Perbezaan Cacar Air Dan Demam Campak?

Penyakit demam campak (rubeola) dan cacar air (chicken pox) adalah penyakit yang berbeza.Namun, apa perbezaan penyakit demam campak (rubeola) dan cacar air (chicken pox)?

Apa Perbezaan Cacar Air Dan Demam Campak?
Cacar air.

Demam campak (Rubeola) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit.

Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.

Virus cacar air (chicken pox) pula dikenali sebagai virus varicella, virus sama yang menyebabkan kayap.

Cacar air adalah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak yang disebabkan oleh virus.

Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters).

Apa Perbezaan Cacar Air Dan Demam Campak?
Demam Campak.

Cacar air (chicken pox) kebiasaannya hanya akan dialami sekali sahaja seumur hidup bagi setiap orang.

Tapi boleh berkemungkinan juga terkena lebih dari sekali, bergantung pada sistem imun setiap orang.

Demam Campak (Rubeola) pula boleh dicegah dengan pengambilan vaksin MMR (Measles, Mumps and Rubella).

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Punca Penyakit Cacar Air Dan Bahaya Kepada Bayi

sumber: ciktom

17 Pintu Syaitan Untuk Memasuki Tubuh Manusia

17 Pintu Syaitan Untuk Memasuki Tubuh Manusia

Jin selalu mengintai-ngintai kita untuk mencari jalan dan peluang agar mereka dapat masuk ke dalam tubuh badan kita. Jangan salah faham. Tidak semestinya apabila jin masuk ke dalam tubuh badan, seseorang itu akan menjadi kerasukan (histeria).

17 Pintu Syaitan Untuk Memasuki Tubuh Manusia
Gambar hiasan.

Apa yang lebih bahaya ialah, apabila jin-jin ini masuk ke dalam badan kita, ia akan mempengaruhi kita dan menjauhkan kita dari jalan kebenaran yang diredhai Allah.

Mungkin ramai yang tak perasan, sebenarnya ada 17 pintu di mana jika tanpa sedar kita membukanya, maka akan masuklah jin ke dalam tubuh badan kita.

Apakah matlamatnya?

Hanya satu. Iaitu untuk menjauhkan kita dari jalan yang diredhai oleh Allah SWT. Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan dengan anda apakah 17 pintu tersebut.

17 pintu yang akan dikongsikan dalam artikel ini dipetik dari buku bertajuk Wiqoyatul insan minal jinni wasy-syaithoni, Ash-sharimul batari fit tashaddi lis saharati al-asyrar, karya Syeikh Wahid Abdussalam Bali.

17 pintu tersebut adalah:

  1. Kebodohan
  2. Marah
  3. Cinta Dunia
  4. Panjang angan-angan
  5. Rakus
  6. Kikir
  7. Sombong
  8. Suka dipuji
  9. Riya’
  10. Bangga diri
  11. Keluh kesah dan gundah gulana
  12. Mengikut hawa nafsu
  13. Buruk sangka
  14. Menghina seorang Muslim
  15. Meremehkan dosa
  16. Merasa aman dari azab Allah
  17. Putus asa dari rahmat Allah


Daripada semua pintu yang saya tuliskan di atas, ada tiga pintu yang paling penting untuk anda perhatikan agar jangan sampai anda lakukannya.

Mengapa?

Kerana ketiga-tiga pintu inilah yang boleh dikatakan sebagai pintu utama, yang akan menyebabkan terbukanya pintu-pintu kecil.

Ketiga-tiga pintu utama ini ialah:

  • Sombong
  • Tamak/cinta dunia
  • Dengki


4 Perkara Penting

Pertama

Semua amal yang anda lakukan, yang mana tidak berasal dari nabi, selain akan tertolak, juga sangat berpotensi mendatangkan jin kafir dalam tubuh manusia, bahkan sangat dicintai jin kafir.

Ini berpunca dari kebodohon kita terhadap agama Islam itu sendiri. Menurut Syeikh Abdul Wahid Salam Bali, ketika beliau meruqyah seseorang, jin mengaku masuk melalui lubang dubur, disaat orang itu masuk ke bilik mandi tanpa membaca doa terlebih dahulu.

Ada seorang yang hafal Al Quran telah dirasuk oleh jin (jin masuk ke dalam badannya), adalah disebabkan orang itu makan dengan tangan kirinya.

Ada juga keadaan di mana seorang yang diruqyah, jin masuk ke dalam badannya kerana zikir dengan menyebut-nyebut kata Al Jabbar, tetapi dengan niat untuk minta kekuatan, bukannya kerana Allah.

Akhirnya jin masuk ke dalam tubuh badannya, dan masih banyak lagi contoh-contoh lain.

Apa yang dapat difahami dengan kebodohan itu, ialah kita tidak mendalami tentang ilmu agama itu sendiri menyebabkan kita melakukan perkara yang akhirnya memberikan ruang untuk jin masuk ke dalam badan.

Kedua

Perbuatan yang sangat dimurkai Allah ialah sifat sombong. Sifat ini sangat disukai jin dan sangat berpotensi untuk jin masuk ke dalam badan.

Ini kerana sombong adalah sifat utama Iblis yang merupakan ketua kepada semua jenis jin kafir. Dengan sebab sombonglah yang menghalang Iblis untuk tunduk kepada Nabi Adam walaupun diperintahkan oleh Allah.

Allah berfirman di dalam Surah Sad ayat 74 yang bermaksud:

“Melainkan Iblis, dia berlaku sombong takbur (mengingkarinya), serta menjadilah dia dari golongan yang kafir”

Ingatlah, musuh kita (jin dan syaitan) selalu mengintai kita dan melihat kita dari tempat yang kita tidak dapat melihat mereka. Sebagaimana firman Allah di dalam Surah Al-Araf ayat 27:

“Wahai anak-anak Adam, Janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibubapa kamu dari syurga, sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesunggunya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang yang tidak beriman”.

Ketiga

Sifat mudah marah adalah salah satu pintu masuk yang paling mudah untuk jin masuk ke tubuh manusia. Seorang yang sedang marah maka ketika itu tekanan darahnya tidak teratur, jantung berdegup kencang, dan disitulah syaitan mudah sekali untuk masuk.

Rasulullah SAW telah bersabda:

“Sesungguhnya syaitan menyusup dalam diri manusia melalui aliran darah”. (Muttafaqun ‘alaih. HR. Bukhari no. 3281 dan Muslim no. 2175

Keempat

Sifat yang sangat perlu untuk kita berhati-hati dan berbahaya adalah cinta dunia. Jika sifat ini telah tertanam sedalam-dalamnya di hati kita, akhirnya akan melahirkan pula pelbagai penyakit hati yang lain iaitu:

  • ujub
  • bangga diri
  • iri dengki


Penyakit-penyakit hati ini akhirnya akan menghalalkan segala cara dalam meraih dunia. Sebab itulah kita sering terdengar individu-individu yang walaupun sudah kaya tetapi ditangkap akibat terlibat dengan jenayah rasuah. Inilah bahayanya penyakit cintakan dunia.

Semoga dengan perkongsian ini dapat mengingatkan kita agar selalu menjaga diri supaya kita tidak membuka pintu-pintu yang akhirnya menyebabkan jin dan syaitan dapat masuk ke dalam tubuh badan kita.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Asal-usul Kejadian Jin, Iblis Dan Syaitan

sumber: perawatislam

Dalam Bisnes Jual Beli Hargai Orang Asing, Itu Pesanan Jack Ma

Dalam Bisnes Jual Beli Hargai Orang Asing, Itu Pesanan Jack Ma

Jack Ma datang melawat Malaysia buat kali kedua tahun ini. Dia datang kali pertama pada Mac 2017 yang kali ini untuk pembentukan Zon Bebas Perdagangan Digital (DFTZ) selaras dengan matlamat Malaysia untuk menjadi 20 negara teratas di dunia menjelang 2050.

Dalam Bisnes Jual Beli Hargai Orang Asing, Itu Pesanan Jack Ma

Inisiatif DFTZ akan membawa kepada pertumbuhan global serta bakal definisikan semula perdagangan global dan serantau.

DFTZ adalah usaha Malaysia untuk bergerak sepantas syarikat e-Dagang terbesar China, Alibaba Group Holding Limited (Alibaba).

DFTZ akan mewujudkan lebih 60,000 peluang pekerjaan dan akan meningkatkan nilai eksport produk PKS kepada RM160.95 bilion menjelang 2025.

DFTZ akan memudahkan dari segi fizikal dan virtual. Ia adalah penyedia perkhidmatan pemenuhan utama dalam aspek warehouses, logistik dan kastam, juga sebagai ibu pejabat serantau, khidmat FSI dan pelatihan. Manakala dari segi virtual untuk e-services dan khidmat interfaces dengan agensi dan sektor swasta.

NASIHAT JACK MA

Kata Jack Ma, untuk sukses dalam bisnes perlukan tiga perkara teras.

Pertama, misi yang jelas.
Kedua, nilai baik yang ditawarkan dengan ikhlas.
Ketiga, sasaran mahu capai yang kemas.

Tanpa ada ketiga perkara ini dalam usaha bisnes, sukar untuk kita sukses. Bakat ada di mana-mana. Pandai cari kita bakal jumpai. Apa yang utama adalah budaya pada perusahaan. Tanpa budaya, bawa sejuta strategi sekalipun ia akan lumpuh sebelum langkah mula.

Mulai hari pertama masuk kerja, seorang pegawai harus faham akan nilai perusahaan dan semangat (spirit) bekerja dalam pasukan. Sesuatu syarikat yang ingin tumbuh berkembang akan buang perkataan gagal dari kamus syarikat.

Kalah dalam pertempuran bukan bermakna kalah dalam peperangan. Tidak upaya berjaya dalam satu projek atau percubaan - bukan bermakna gagal dalam usaha berikutnya. Apa yang utama fahami konsep bisnes yang dibawa. Ia bakal jadi aset dalam percubaan projek berikutnya.

Sesuatu syarikat perusahaan yang baik bermula dengan berfikir tentang permasalahan apa yang dapat dibantu. Bermula dari situ, Pada setiap solusi kita utarakan, ia akan bawa kita ke gerbang sukses berikutnya.

Pada 1999, Jack Ma, mengumpulkan 18 orang di apartmen beliau dan bercakap dua jam tentang visi masa depan. Setiap orang meletakkan wang di meja dan mereka memperoleh AS$60,000. Jack Ma ingin memulakan perusahaan global.

Dia namakannya sebagai Alibaba. Satu nama global yang mudah disebut orang. Sentiasa berfikir 10 hingga 15 tahun ke depan. Alibaba sukses hari ini kerana mereka ada impian 18 tahun dahulu. Waktu itu mereka percaya, “Internet akan dapat bantu para pembisnes skala kecil”.

2 Ciri Utama Bisnes Yang Berjaya

Bisnes harus ada dua ciri utama apabila ada hasrat mahu mengubah “pemegang tombak menjadi hulubalang”.

Pertama, ada hasrat dan niat mahu mengubah sejarah. Melakukan sesuatu yang penting dalam hidup. Melakukan sesuatu yang dapat mempengaruhi dan mengubah hidup jutaan manusia lain lagi.

Kedua, ada ambisi besar mahu capai. Pendirinya harus ambisius. Mahu berkembang besar dan mengetuk setiap pintu rumah dalam kehidupan warga dunia ataupun sekurang kurangnya Nusantara tempat kita berada. Ataupun kawasan negeri dan negara kita bermula.

Pantang Larang Berjaya Dalam Bisnes

Apabila kita memulakan bisnes, usah berjual pada teman akrab dan orang dekat. Apabila terjebak dalam jualan pada mereka yang dekat, kita bakal berdepan rasa kecewa. Mereka yang kita namakan keluarga akan sentiasa berfikir, kita sedang mencari untung wang daripada mereka.

Semurah mana sekalipun kita jual pada mereka, tetap mereka tidak menghargainya. Manusia selamanya rata-rata begitu.

Mereka lebih rela ditipu orang asing dari membiarkan kita dapat untung daripada mereka. Mereka lebih tega mendukung orang yang tidak dikenali daripada membantu kita.

Dalam persaudaraan, tenaga, biaya dan masa tiada nilai.

Fakta nyata dalam bisnes, “tenaga, biaya dan masa” itu sebenarnya kos yang mahal. Lebih mahal daripada produk dan khidmat.

Dalam bisnes untuk urusan jual beli, hargai orang asing. Ketika melakukan penjualan orang pertama yang akan mempercayai kita adalah orang asing.

Ingat pesan pedoman Jack Ma ini.

Sewaktu bermula, teman akrab akan menampak ragu buat seketika. Teman biasa akan menjauhkan diri mereka. Keluarga akan pandang rendah tentang kita. Hargai orang asing. Mereka akan jadi pelanggan pertama kita dan bakal jadi pelanggan yang selanjutnya.

Pada kunci kejayaan ada dua pembuka

Pertama, performa dan kedua, keboleh upayaan untuk duduk bersama dalam pasukan.

Jack Ma menjelaskan apabila performanya tinggi, namun tiada semangat berpasukan maka ia umpama anjing liar.

Apabila hanya ada team spirit semata-mata tanpa prestasi kerja (performa) maka ia umpama sekumpulan arnab putih. Cantik dipandang, nyaman dilihat, namun ia tidak banyak penghasilan harian.

Justeru dalam syarikat yang hebat bakal cipta kesuksesan besar, tiada anjing liar dan tiada kawanan arnab putih.

Yang perlu ada adalah performa luar biasa bagaikan champion dan team spirit yang teradun kuat tidak koyak rabak walaupun disepuh sumpah-serapah yang datang menggoda mahu menarik kita keluar daripada kelompok kawanan kumpulan.

Hanya dengan perkara kecil sebegini, kita boleh melangkah jauh bersama DFTZ.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Hidup Sebagai Jutawan Penuh Dengan Masalah, Berapa Banyak Wang Yang Diperlukan Untuk Hidup Bahagia?

sumber: mstar

7 Makanan Popular Tetapi Tiruan Anda Wajib Tahu!

7 Makanan Popular Tetapi Tiruan Anda Wajib Tahu!

Penipuan makanan atau scam makanan adalah amat ketara kebelakangan ini. Trend ini adalah rahsia umum di negara besar seperti China di mana hampir semua bahan asas makan boleh dicetak dan ditiru sewenang-wenangnya.

7 Makanan Popular Tetapi Tiruan Anda Wajib Tahu!

Namakan apa sahaja bahan masakan, telur, daging lembu, sayuran semuanya boleh diciplak dengan sangat mudah.

Ini menimbulkan kebimbangan tentang tahap keselamatan makanan yang dibeli di Malaysia.

Telur tiruan sudah dijumpai di negara kita. Bagaimana dengan bahan makanan yang lain?

Jadi kami kongsikan 7 jenis makanan popular yang sering dikenalpasti berlakunya penipuan kepada pengguna.
.
Scam makanan ini boleh membawa mudarat besar kepada tahap kesihatan seseorang.

1. Hotdog

Di bahagian teratas skandal scam daging, Malaysia baru sahaja disenaraikan sebagai negara yang berpotensi mempunyai penipuan hotdog.

Para penyelidik dari Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia menggunakan teknik ‘restriction fragment length polymorphism’ untuk menilai ketulenan 30 hotdogs versi frankfurters komersil yang terdapat di pasaran Malaysia.

Alhamdulillah, daging Babi tidak dijumpai di dalam ujian yang dilakukan. Dalam hal ini, pengeluar amat berhati-hati tentang sensitiviti umat Islam.

Namun mereka mendapati kebanyakan sosej daging lembu sebenarnya diganti dengan kuantiti daging kerbau yang amat tinggi.

Menurut Dr. Eaqub Ali, salah seorang pengkaji berkata ia mungkin disebabkan oleh harga daging kerbau beku import yang lebih murah berbanding daging lembu untuk membuat sosej.

2. Ikan Tuna

Pada setiap hari sekitar jam 05:00 di pasar Ikan Tsukiji di Tokyo, penjual ikan akan melelong tuna secara langsung kepada restoran dan orang ramai.

Ia adalah salah satu destinasi yang paling popular di Tokyo dan telah berjaya mendapat liputan media beberapa kali.

Dokumentari tersebut telah membawa kita untuk mempercayai bahawa ikan tidak akan berdepan dengan masalah kepupusan.

Lagipun, 71% daripada dunia adalah diliputi oleh air. Jadi pasti akan ada banyak tuna di sekitar kita.

Walau bagaimanapun, sangat mengejutkan apabila di Amerika Syarikat, 59% daripada ikan yang dilabelkan sebagai “tuna”, yang dijual di restoran-restoran dan kedai-kedai runcit sebenarnya bukan tuna, tetapi daripada pelbagai jenis ikan seperti escolar.

Ini didapati melalui ujian genetik. Walaupun statistik ini tidak boleh dikatakan sama untuk mana-mana bahagian-bahagian lain di dunia, industri import dan eksport produk-produk tuna dari kedai runcit masih berterusan.

Oleh itu, ada kemungkinan, ikan tuna yang anda beli di pasaraya atau hidangan tuna yang ditempah bukanlah daripada ikan tuna yang asli.

3. Daging Lembu

Walaupun kita mempunyai banyak lembu yang diternak untuk disembelih menjadi hidangan lazat, satu pembekal makanan terkenal daripada Perancis, Comigel telah memilih untuk menggantikan daging lembu dengan daging kuda untuk produk berasaskan daging seperti lasagne.

Pada tahun 2013, Agensi Piawaian Makanan telah menguji 18 produk daging lembu lasagne dan mendapati 11 daripada makanan tersebut mengandungi antara 60 hingga 100% daging kuda. Ini menimbulkan skandal keselamatan makanan di seluruh UK.

Walaupun daging kuda tidak mempunyai risiko bahaya kepada keselamatan, namun kehadiran dadah veterinar dikenali sebagai Phenylbutazone atau ‘bute’ boleh menimbulkan risiko kepada kesihatan manusia.

Pengiklanan palsu mengenai jenis daging dan dari mana ia datang adalah amat tidak beretika kerana memberi persepsi yang salah kepada pengguna.

Satu kajian oleh Northeasteran University mengenai satu kesan yang dikenali sebagai “affective realism” iaitu kecenderungan perasaan anda dalam mempengaruhi persepi ke atas kandungan atau pengalaman sebenar juga terpakai kepada produk daging ini.

Sebagai contoh, sampel daging yang sama tetapi diletakkan berbeza-beza penerangan pada bungkusannya boleh memberikan persepsi dan rasa yang berbeza kepada manusia.

Tidak percaya?

Boleh cuba kepada pasangan anda dengan meletakkan daging yang mereka tidak gemar tetapi anda katakan kepada mereka ini adalah daging yang mereka suka atau biasa makan. Selepas habis licin, anda beritahu rahsia sebenar daging tersebut dan lihat reaksinya.

Inilah dimaksudkan minda boleh membutakan deria rasa kita lalu mempercayai apa yang tidak kita percayai atau gemari sebelum ini.

4. Daging Kambing

Di China, 63 orang telah ditangkap kerana menjual daging seperti cerpelai, tikus, musang dan lain-lain lalu daging tersebut diperap dalam pelbagai bahan kimia dan dilabel sebagai daging kambing di wilayah Jiangsu dan Shanghai.

Produk-produk daging ini tidak melalui pemeriksaan. Sesetengah daripada produk tipu ini berjaya ke restoran yang popular, yang menyebabkan kemarahan orang ramai.

Kombinasi popular adalah daging tikus + gelatin + pewarna merah + nitrates = daging kambing.

Skandal daging kambing ini menimbulkan ancaman keselamatan makanan kerana ia boleh merebak penyakit merbahaya seperti selesema burung dan kencing tikus.

5. Keju

Kita menumpukan sepenuh perhatian ke arah produk keju bernama Parmesan.

Selama lebih 30 tahun, pengguna mungkin membeli keju yang mungkin sebenarnya adalah pulpa kayu sebaliknya.

Di dalam parutan keju parmesan, 2% daripadanya adalah pulpa kayu yang ditambah di dalamnya untuk mengelakkan parutan keju dari melekat lalu menjadi ketulan atau gumpalan.

Walau bagaimanapun, pihak (FDA) Amerika Syarikat baru-baru ini telah bertindak keras ke atas syarikat keju seperti Castle Cheese, Kraft Cheeses dan banyak lagi kerana didapati bersalah mempunyai peratusan sekurang-kurangnya hampir dua kali melebihi daripada yang dibenarkan.

Sesetengah keju seperti Colona Brothers, mempunyai sehingga 22% pulpa kayu. 69% daripada keju yang dijumpai di dalam pasaran telah melebihi peratusan yang dibenarkan oleh pihak FDA.

Menggantikan keju dengan pulpa kayu amat menjimatkan kos dan meningkatkan margin keuntungan.

Itulah sebabnya banyak syarikat keju berbuat demikian.

6. Minyak Zaitun Extra-virgin Oil

Ini adalah fakta sebenar. Kebanyakan minyak zaitun extra-virgin di pasaraya dipenuhi dengan kandunagn lemak yang tidak sihat.

Ini kerana ianya dicampur dengan minyak yang lebih murah seperti minyak kacang dan kacang soya sehingga menimbulkan risiko kesihatan yang serius kepada mereka yang mempunyai alahan terhadapanya.

Nutrien-nutrien minyak zaitun ini juga digantikan dengan bahan ganti yang lebih merbahaya.

Memandangkan minyak zaitun extra virgin mempunyai nilai yang amat tinggi, pengeluar dan peniaga sentiasa terdorong untuk mencampuri isi kandungannya dengan minyak yang kurang berkualiti untuk mengaut lebih banyak keuntungan.

Dalam kaedah lain, minyak zaitun yang berkualiti tinggi akan dicampur dengan minyak zaitun yang berkualiti rendah. Atau mencampurinya dengan minyak yang telah tamat tempoh.

7. Madu


Majalah 3 pernah membuat liputan tentang madu di Malaysia dan agak memeranjatkan apabila 80-90% madu di dalam pasaran tempatan adalah madu tiruan atau sintetik.

Madu tiruan atau sintetik amat memudaratkan kepada kesihatan manusia.

Teknik atau kaedah umum yang diamalkan masyarakat dalam mengenalpasti keaslian sesuatu madu sebenarnya tidak terbukti dan bergantung kepada jenis-jenis lebah yang menghasilkan madu tersebut.

Menurut kajian USM, hanya ujian makmal yang benar-benar dapat membezakan madu asli atau tiruan.

Oleh berhati-hati dalam memilih madu. Setakat ini hanya ada satu cara yang boleh mengesahkan keaslian madu tanpa ujian makmal.

Bawa balik madu ke rumah, jika isteri mengamuk –> sah madu asli. Hehe..

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Rahsia 10 Jenis Makanan Anti-Kolesterol

sumber: drafiqrahim

Sambutan Hari Falsafah Sedunia, World Philosophy Day

Sambutan Hari Falsafah Sedunia, World Philosophy Day

Sambutan Hari Falsafah Sedunia, World Philosophy Day disambut dan telah diisytiharkan oleh UNESCO untuk dirayakan pada Khamis ketiga setiap bulan November dan mula dirayakan pada 21 November 2002.

Hari Falsafah

Dengan merayakan Hari Falsafah Sedunia setiap tahun pada hari Khamis ketiga November, UNESCO menggariskan nilai falsafah yang berterusan untuk pemikiran pemikiran manusia, untuk setiap kebudayaan dan bagi setiap individu.

UNESCO sentiasa berkait rapat dengan falsafah, bukan falsafah spekulatif atau normatif, tetapi mempertanyakan kritikan yang membolehkannya memberi makna kepada kehidupan dan tindakan dalam konteks antarabangsa.

Dalam menubuhkan Hari Falsafah Sedunia pada tahun 2005, persidangan UNESCO menekankan pentingnya disiplin ini, terutamanya untuk golongan muda, yang menggariskan bahawa "falsafah adalah satu disiplin yang menggalakkan pemikiran kritikal dan bebas serta mampu bekerja ke arah pemahaman yang lebih baik tentang dunia dan mempromosikan toleransi dan keamanan.

Persidangan UNESCO yakin bahawa, "penginstitusian Hari Falsafah di UNESCO sebagai 'Hari Falsafah Sedunia' akan mendapat pengiktirafan dan memberikan dorongan kuat kepada falsafah khususnya penyebaran falsafah di seluruh dunia".

Selamat menyambut Hari Falsafah Sedunia.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (16 November)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (16 November)

Tarikh 16 November merupakan hari ke 320 (hari ke 321 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 45 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS)
Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Toleransi Antarabangsa dan Loy Krathong di Thailand.

Peristiwa

1272 - Dalam perjalanan ke Sicily, Edward I menjadi Raja England apabila ayahandanya Henry III mangkat, namun tidak kembali ke England hingga hampir dua tahun.

1384 - Jadwiga dimahkotakan sebagai "Raja Poland", walaupun beliau merupakan seorang kanak-kanak perempuan.

1532 - Penaklukan Empayar Inca oleh Sepanyol: Inka Qhapaq Atahualpa ditangkap oleh konkuistador Francisco Pizarro dalam serangan mengejut di Cajamarca, Peru.

1885 - Pemimpin pemberontak Métis Kanada dan "Bapa Manitoba" Louis Riel menjalani hukuman mati kerana derhaka besar.

1938 - Drug psikedelik LSD disintesis buat pertama kali oleh Albert Hofmann di Makmal Sandoz di Basel, Switzerland.

1979 - Laluan pertama Metro Bucharest, Laluan M1 dibuka di Bucharest, Romania.

2002 - Kes pertama penyakit Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) direkodkan di Guangdong, China.

2011 - Selepas perletakan jawatan Silvio Berlusconi, Mario Monti dilantik menjadi Perdana Menteri Itali.

Kelahiran

1890 - Elpidio Quirino, Presiden Filipina ke-6

1974 - Paul Scholes, pemain bola sepak Manchester United F.C.

Kematian

1885 - Louis Riel, seorang pemberontak di Kanada.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (15 November)

sumber: wikipedia

Sambutan Hari Toleransi Antarabangsa, International Day for Tolerance

Sambutan Hari Toleransi Antarabangsa, International Day for Tolerance

Sambutan Hari Toleransi Antarabangsa, International Day for Tolerance disambut pada 16 November setiap tahun, ialah perayaan tahunan yang diisytiharkan oleh UNESCO pada tahun 1995 bagi membangkitkan kesedaran terhadap bahayanya sikap tidak bertoleransi kepada awam.

Sambutan Hari Toleransi Antarabangsa, International Day for Tolerance

Setiap tahun pelbagai persidangan dan perayaan dianjurkan sempena Hari Antarabangsa untuk Toleransi.

Antaranya, "Festival Kartun Toleransi Universal" di Drammen, Norway yang menganjurkan Festival Kartun Antarabangsa pada tahun 2013.

Selamat menyambut Hari Toleransi Antarabangsa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, November 15, 2017

Jururawat Dipaksa Buat Tarian Seksi Kejutkan Korea Selatan

Jururawat Dipaksa Buat Tarian Seksi Kejutkan Korea Selatan

Sekumpulan jururawat di sebuah hospital di Korea Selatan terpaksa menahan malu selepas dipaksa membuat tarian seksi di hadapan pegawai tinggi hospital berkenaan.

Jururawat menari seksi

Ia mencetuskan kemarahan ramai selepas video jururawat terbabit membuat persembahan di atas pentas itu tersebar di media sosial.

Jururawat terbabit memakai seluar pendek dan mereka yang dipaksa membuat persembahan ini adalah jururawat baharu, justeru mereka tidak boleh menolak arahan yang diberikan.

Insiden itu berlaku di Sacred Heart Hospital di Chuncheon, Korea Selatan pada bulan Oktober 2017 lepas.

Keadaan ini menyebabkan Persatuan Jururawat Korea mendesak siasatan dijalankan.

“Terdapat jururawat yang bekerja lebih masa, bayaran rendah dan selalu kerja lebih masa.

"Melihat kepada keadaan ini, skandal tersebut merupakan penghinaan kepada jururawat ini,’’ kata persatuan terbabit.

Dan selepas video itu menjadi tular, ramai jururawat yang tampil ke depan dan memaklumkan mereka pernah disuruh melakukan tarian yang sama.

“Kami disuruh berbaring di atas lantai dan mengangkang kaki di depan pesakit serta keluarga mereka,” kata seorang jururawat.

Dalam pada itu, Kementerian Buruh memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan dan jika melanggar undang-undang, pegawai hospital itu akan dipertanggungjawabkan.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub