Wednesday, November 15, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (15 November)


Tanggal 15 November merupakan hari ke 319 (hari ke 320 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 46 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (15 November)

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Republik di Brazil (1889) dan Shichigosan di Jepun.

Peristiwa

655 - Penda dari Mercia ditewaskan oleh Oswiu dari Northumbria dalam Pertempuran Winwaed, di Yorkshire kini.

1688 - Putera William dari Orange yang bermazhab Protestan mendarat di Brixham, Devon, dalam perjalanan menggulingkan bapa mertuanya Raja James II yang Katolik.

1864 - Perang Saudara Amerika: William Tecumseh Sherman memulakan "Perarakan ke Laut" selepas membakar Atlanta, Georgia.

1920 - Perhimpunan agung pertama Liga Bangsa diadakan di Geneva, Switzerland.

1971 - Intel Corporation mengeluarkan CPU 4-bit 4004, mikropemproses komersil pertama di dunia, berupaya melakukan kira-kira 60,000 arahan per saat.

1983 - Cypriot Turki di bahagian timur laut Cyprus mengisytiharkan pembentukan negara baharu Republik Turki Cyprus Utara, sehingga kini cuma diiktiraf oleh Turki.

1988 - Kapal angkasa lepas guna semula Soviet Buran dilancarkan untuk penerbangan sulung dan tunggalnya.

2001 - Microsoft melancarkan Xbox, konsol permainan video pertamanya.

2007 - Taufan Sidr melanda Bangladesh, mengorbankan lebih kurang 5,000 orang dan memusnahkan hutan bakau terbesar di dunia, Sundarban.

2008 - Pemimpin G-20 negara industri bertemu di satu sidang kemuncak di Washington, D.C. untuk membincangkan krisis ekonomi kini.

2010 - Alpha Condé memenangi pusingan kedua pilihan raya presiden Guinea.

2011 - Ellen Johnson Sirleaf terpilih semula sebagai Presiden Liberia.

2012 - Naib Presiden China Xi Jinping menjadi Setiausaha Agung Parti Komunis China, menggantikan Presiden Hu Jintao.

Kelahiran

1738 - William Herschel, seorang ahli astronomi.

Kematian

1905 - Mikhail Ivanovich Dragomirov, seorang jeneral Empayar Rusia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (14 November)

sumber: wikipedia

2 comments

  1. http://madey09.blogspot.my/2017/11/blogger-malaysia-terkenal.html
    klik singgah sebelum mesyuarat ni SP

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon