Tuesday, November 14, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (14 November)


Tarikh 14 November merupakan hari ke 318 (hari ke 319 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 47 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (14 November)
Mariner 9 NASA.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kanak-Kanak di India, Hari Wanita Colombia di Colombia dan Hari Diabetes Sedunia.

Peristiwa

1889 - Pemberita New York World Nellie Bly bertolak untuk percubaannya mengembara Mengelilingi Dunia dalam Lapan Puluh Hari, akhirnya melakukannya dalam hanya 72 hari.

1940 - Perang Dunia Kedua: Katedral Coventry dan sebahagian besar pusat bandar Coventry, England musnah dalam pengeboman Luftwaffe.

1971 - Mariner 9 NASA sampai ke Marikh, dalam perjalanan menjadi kapal angkasa lepas pertama mengorbit planet lain.

1990 - Jerman dan Poland menandatangani satu perjanjian yang mengesahkan sempadan mereka di Garisan Oder-Neisse.

1991 - Putera Norodom Sihanouk dari Kemboja kembali ke Phnom Penh selepas tiga belas tahun dalam buangan.

2003 - Ahli astronomi Michael E. Brown, Chad Trujillo dan David L. Rabinowitz menemui objek trans-Neptun 90377 Sedna.

2009 - Mesyuarat APEC ke-21 diadakan di Singapura.

2010 - Sebastian Vettel menjadi juara termuda Formula Satu, memenangi Formula Satu musim 2010‎‎, manakala Red Bull Racing memenangi kejuaraan pengeluar.

2012 - Ketua tentera Hamas Ahmad al-Ja'bari dibunuh dalam satu serangan udara Israel.

Kelahiran

1878 - Ngah Muhamad bin Yusof, Menteri Besar Terengganu pertama.

1889 - Jawaharlal Nehru, Perdana Menteri India pertama.

1946 - Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor ke-14.

1948 - Charles, Putera Wales, anak sulung Ratu Elizabeth II dari United Kingdom.

1949 - Mohd Isa bin Hj. Abdul Samad, Menteri Besar Negeri Sembilan ke-9.

1985 - Thomas Vermaelen, pemain bola sepak Arsenal F.C.

1986 - Yuna, penyanyi A.S. dan Malaysia.

Kematian

2012 - Ketua tentera Hamas Ahmad al-Ja'bari.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (13 November)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon