Monday, November 13, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (13 November)


Tanggal 13 November merupakan hari ke 317 (hari ke 318 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 48 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (13 November)
Laman web pertama di dunia.

Hari ini juga merupakan hari perayaan sambutan Santo John Chrysostom (Gereja Ortodoks Timur).

Peristiwa

1887 - Tunjuk perasaan Ahad Berdarah terjadi di Dataran Trafalgar, London.

1970 - Siklon Bhola melanda kawasan Delta Ganges di Pakistan Timur (kini Bangladesh), meragut kira-kira 500,000 nyawa (ini dianggap sebagai bencana taufan terburuk abad ke-20).

1982 - Tugu Peringatan Bekas Perajurit Vietnam didedikasikan di Washington, D.C., selepas perarakan ribuan bekas perajurit Perang Vietnam.

1985 - Gunung berapi Nevado del Ruiz meletus, menyebabkan limpahan lahar yang menenggelamkan Armero, Colombia, mengorbankan kira-kira 23,000 orang.

1990 - Laman web pertama yang dikenali ditulis.

2000 - Joseph Estrada menjadi Presiden Filipina yang pertama didakwa selepas dituduh menerima rasuah sebanyak 400 juta peso.

2010 - Ahli politik pembangkang Myanmar Aung San Suu Kyi dibebaskan daripada tahanan rumah.

2014 - Android Lollipop dilancarkan.

Kelahiran

1953 - Mokhtar Dahari, pemain bola sepak Malaysia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (12 November)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon