Sunday, November 12, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (12 November)


Tarikh 12 November merupakan hari ke 316 (hari ke 317 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 49 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Kapal angkasa lepas LCROSS
Kapal angkasa lepas LCROSS.
Hari ini juga merupakan sambutan Kelahiran Bahá'u'lláh, hari suci bagi Bahai.

Peristiwa

1893 - Persetujuan Garisan Durand ditandatangani, mewujudkan sempadan antarabangsa antara Afghanistan dan Pakistan kini.

1927 - Leon Trotsky dipecat daripada Parti Komunis, meninggalkan Joseph Stalin seorang menguasai Kesatuan Soviet.

1936 - Di California, Jambatan Teluk San Francisco–Oakland dibuka untuk lalu lintas.

1970 - Bahagian Lebuhraya Oregon cuba untuk memusnahkan bangkai paus sperma yang terdampar dengan letupan, namun tidak berjaya.

1991 - Tentera Nasional Indonesia menembak pelajar yang menunjuk perasaan dalam pembunuhan beramai-ramai Díli.

2001 - Perang Afghanistan: Tentera Taliban meninggalkan Kabul, ibu negara Afghanistan, sebelum askar Perikatan Utara sampai.

2009 - NASA mengumumkan yang projek LCROSS menemui bukti wujudnya air di kawah Cabeus di Bulan.

2010 - Sukan Asia ke-16 dirasmikan di Guangzhou, Republik Rakyat China.

2011 - Liga Arab menggantung keanggotaan Syria kerana tindakan keras terhadap kebangkitan dalaman.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (11 November)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon