Saturday, November 11, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (11 November)


Tanggal 11 November merupakan hari ke 315 (hari ke 316 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 50 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (11 November)
Piramid Sesheshet.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Poland (1918) dan Angola (1975), Hari St. Martin dan Hari Perjanjian Gencatan Senjata di Eropah, Hari Peringatan dalam Negara-Negara Komanwel dan Hari Veteran di Amerika Syarikat.

Peristiwa

1675 - Gottfried Leibniz mendemonstrasikan kamiran kalkulus buat pertama kalinya untuk mencari luas di bawah graf bagi fungsi y = f(x).

1880 - Perompak bank dan penyamun Australia Ned Kelly digantung di Melbourne.

1918 - Perang Dunia Pertama berakhir.

1930 - Albert Einstein dan Leó Szilárd mendapat paten bagi ciptaan mereka, peti sejuk Einstein.

1965 - Perdana Menteri Tanggungan Mahkota British Rhodesia Selatan Ian Smith mengeluarkan Perisytiharan Kemerdekaan Satu Pihak Rhodesia.

1975 - Krisis Perlembagaan Australia 1975 berlaku apabila Gabenor Jeneral Australia, Sir John Kerr menyingkirkan Perdana Menteri Gough Whitlam.

1978 - Maumoon Abdul Gayoom memulakan penggal pertamanya sebagai Presiden Maldives.

1999 - Parlimen Malaysia ke-9 dibubarkan oleh Perdana Menteri Mahathir bin Mohamad bagi membolehkan pilihan raya umum ke-10 diadakan.

2004 - Pengerusi pertama Pertubuhan Pembebasan Palestin Yasser Arafat meninggal dunia di Paris, dan digantikan oleh Mahmoud Abbas.

2008 - Ketua kepurbaan Mesir Zahi Hawass mengumumkan penemuan sebuah piramid berumur 4,300 tahun milik Ratu Sesheshet, bonda Raja Teti.

2011 - Bermula tahun 2011, tarikh sambutan hari keputeraan Sultan Kelantan yang sebelum ini adalah pada 30 dan 31 Mac diubah menjadi 11 dan 12 November.

2011 - Sukan Asia Tenggara ke-26 dibuka secara rasmi di Palembang, Sumatera Selatan, Indonesia.

2011 - Selepas perletakan jawatan George Papandreou, Loukas Papadimos dilantik sebagai Perdana Menteri Greece.

Kelahiran

1869 - Victor Emmanuel III dari Itali, Raja Itali.

Kematian

2004 - Yasser Arafat, pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin.

2016 - Penyanyi, penyair dan penulis lirik terkenal Leonard Cohen meninggal dunia pada usia 82 tahun di Amerika Syarikat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (10 November)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon