Friday, November 10, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (10 November)


Tarikh 10 November merupakan hari ke 314 (hari ke 315 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 51 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (10 November)

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Pahlawan di Indonesia (1945).

Peristiwa

1444 - Empayar Uthmaniyyah pimpinan Sultan Murad II menewaskan tentera Poland dan Hungary di bawah Władysław III dan John Hunyadi dalam Pertempuran Varna.

1520 - Selepas berjaya menakluk Sweden, tentera Denmark di bawah Raja Christian II membunuh ramai pemimpin Sweden dalam Mandian Darah Stockholm.

1775 – Kor Marin Amerika Syarikat diasaskan sebagai "Marin Kontinental" oleh Kongres Benua Kedua semasa Perang Revolusi Amerika.

1865 - Pengawas Penjara Andersonville Henry Wirz digantung, menjadikan satu-satunya askar Perang Saudara Amerika dibunuh kerana jenayah perang.

1871 - "Dr. Livingstone, rasanya, kan?" – Henry Morton Stanley mengesan mubaligh dan pengembara yang hilang, David Livingstone di Ujiji berhampiran Tasik Tanganyika, kini di Tanzania.

1928 - Hirohito ditabalkan menjadi Maharaja Jepun yang ke-124.

1958 - Saudagar Harry Winston mendermakan Berlian Hope, "berlian paling terkenal di dunia", kepada Institusi Smithsonian.

1969 - Episod pertama siri televisyen kanak-kanak Sesame Street disiarkan di stesen penyiaran awam, di rangkaian National Educational Television di Amerika Syarikat.

1975 - Perhimpunan Agung PBB menerima Resolusi 3379, yang menyamakan Zionisme dengan rasisme.

1975 - SS Edmund Fitzgerald karam di Tasik Superior dan mengorbankan 29 nyawa.

1995 - Penulis drama dan penindak alam sekitar Ken Saro-Wiwa dan lapan yang lain dari Pergerakan Kemandirian Orang Ogoni dibunuh oleh kerajaan tentera Nigeria.

2007 - Lebih 10 ribu orang menyertai perhimpunan aman haram menuntut pilihan raya bersih di Kuala Lumpur.

2010 - Siklon Jal‎‎ dan banjir yang menyusul mengorbankan sekurang-kurangnya 150 orang di India, Thailand, Malaysia dan Sri Lanka.

Kelahiran

1845 - John Sparrow David Thompson, Perdana Menteri Kanada ke-4.

1944 - Askar Akayev, Presiden Kyrgyzstan yang pertama.

1951 - Danilo Medina, Presiden Republik Dominica ke-53.

1969 - Jens Lehmann, penjaga gol VfB Stuttgart.

Kematian

1938 - Mustafa Kemal Ataturk, seorang perdana menteri semasa kemerdekaan Turki.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (9 November)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon