Thursday, November 09, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (9 November)


Tanggal 9 November merupakan hari ke 313 (hari ke 314 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 52 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (9 November)

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Muhammad Iqbal di Pakistan, Hari Pencipta di Austria, Jerman, dan Switzerland, Schicksalstag di Jerman dan Hari Kemerdekaan di Kemboja (1953).

Peristiwa

1799 - Rampasan kuasa 18 Brumaire yang diketuai Emmanuel-Joseph Sieyès dan Napoléon Bonaparte menggulingkan kerajaan Perancis lalu digantikan dengan Dewan Revolusi Perancis bersama Konsulat.

1872 - Kebakaran Besar Boston bermula, memusnahkan lebih 750 buah bangunan di Boston, Massachusetts, A.S.

1918 - Kaisar Wilhelm II turun takhta, Canselor Maximilian meletakkan jawatan, dan Philipp Scheidemann mengisytiharkan Republik Weimar.

1938 - Kristallnacht, tindakan keganasan besar-besaran terhadap orang Yahudi bermula di Jerman Nazi.

1953 - Kemboja memperoleh kemerdekaan daripada Perancis dan menjadi sebuah negara raja berperlembagaan di bawah Raja Norodom Sihanouk.

1965 - Beberapa negeri Amerika Syarikat dan Kanada keputusan bekalan elektrik sehingga 13½ jam.

1989 - Tembok Berlin "dibuka", menandakan secara simbolik tamatnya Perang Dingin, runtuhnya Pakatan Warsaw, dan permulaan pengakhiran komunisme Soviet.

1998 - Dengan lulusnya Akta Hak Asasi Manusia, United Kingdom memansuhkan hukuman mati bagi semua kesalahan jenayah.

2008 - Satu kemalangan di atas kapal selam nuklear Rusia K-152 Nerpa mengorbankan 20 orang, yang terburuk sejak tahun 2000.

2009 - Di Forum Kerjasama China–Afrika ke-4 di Mesir, Republik Rakyat China berjanji memberikan pinjaman mudah AS$10 juta untuk hubungan China-Afrika.

2010 - Dalam pilihan raya Myanmar pertama sejak 20 tahun, parti pembangkang mengaku kalah kepada Parti Perpaduan dan Pembangunan Kesatuan, selepas Liga Demokrasi Kebangsaan memboikot pilihan raya tersebut.

2016 - Donald Trump dari Parti Republikan memenangi jawatan Presiden Amerika Syarikat ke 45 selepas menewaskan pesaing dari Parti Demokrat, Hillary Clinton dengan majoriti mudah.

Kematian

1940 - Neville Chamberlain, Perdana Menteri United Kingdom.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (8 November)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon