Wednesday, November 08, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (8 November)


Tarikh 8 November merupakan hari ke 312 (hari ke 313 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 53 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (8 November)
Joe Frazier.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari St. Demetrius (Gereja Qibti dan Gereja Ortodoks Serbia).

Peristiwa

1519 - Konkuistador Sepanyol Hernán Cortés memasuki Tenochtitlan di mana tlatoani Aztek Moctezuma II menyambutnya dengan meriah seolah-olah datangnya dewa.

1864 - Abraham Lincoln terpilih semula sebagai Presiden Amerika Syarikat.

1895 - Ahli fizik Jerman Wilhelm Conrad Röntgen menemui sinar-X.

1912 - Perang Balkan I: Tentera Darat Greece menerima penyerahan kalah garison Uthmaniyyah di Thessaloniki, sehari sebelum Tentera Darat Bulgaria tiba untuk berbuat perkara sama.

1923 - Adolf Hitler, Erich Ludendorff dan anggota Kampfbund lain memulakan Beer Hall Putsch, percubaan yang gagal untuk menguasai Jerman.

1939 - Adolf Hitler terlepas daripada usaha pembunuhan di Munich.

1942 - Operasi Obor Perang Dunia Kedua bermula apabila tentera Amerika Syarikat dan United Kingdom mendarat di Afrika Utara Perancis.

1945 - Masyumi mengisytiharkan dirinya sebagai parti politik.

1950 - Perang Korea: Tentera Udara Amerika Syarikat menembak jatuh 2 pesawat tempur Korea Utara.

1965 - Wartawan dan panel rancangan permainan Dorothy Kilgallen ditemui mati dan dikhabarkan ia adalah pembunuhan kerana maklumat yang beliau ada tentang pembunuhan John F. Kennedy.

1987 - Sebuah bom meletup di Ireland Utara semasa upacara memperingati perang British, mengorbankan 11 orang.

1999 - Famili Ceria mula disiarkan di TV3.

2002 - Majlis Keselamatan PBB sebulat suara meluluskan Resolusi 1441, memaksa Iraq untuk melucutkan senjata atau berhadapan dengan "akibat yang serius".

2011 - Rusia mula menghantar gas asli ke Eropah Barat melalui Nord Stream, talian paip tenggelam terpanjang di dunia.

Kelahiran

1830 - Mikhail Ivanovich Dragomirov, seorang jeneral Empayar Rusia.

1847 - Bram Stoker, Penulis Ireland, terkenal dengan novel seramnya Dracula.

1869 - Joseph Franklin Rutherford, Presiden Lembaga Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania.

1968 - Parker Posey, pelakon Ireland-Amerika Syarikat.

1972 - Gretchen Mol, pelakon Amerika Syarikat.

Kematian

2011 - Petinju A.S. Joe Frazier.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (7 November)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon