Tuesday, November 07, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (7 November)


Tanggal 7 November merupakan hari ke 311 (hari ke 312 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 54 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (7 November)
David de Gea.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Revolusi Oktober di Belarus.

Peristiwa

1665 - Akhbar bahasa Inggeris tertua yang masih wujud, London Gazette mula diterbitkan sebagai Oxford Gazette.

1885 - Pembinaan landasan kereta api rentas benua melalui Kanada yang pertama, Kereta Api Pasifik Kanada disiapkan dengan Sir Donald Smith memaku pancang terakhir (gambar) di Craigellachie, British Columbia.

1917 - Vladimir Lenin mengetuai pemberontakan Bolshevik terhadap Kerajaan Sementara Alexander Kerensky, mencetuskan Revolusi Bolshevik, fasa kedua Revolusi Rusia.

1987 - Zainal Abidin bin Ali menggulingkan Habib Bourguiba untuk menjadi Presiden Tunisia.

1996 - NASA melancarkan Mars Global Surveyor dari Cape Canaveral, Florida.

2000 - Hillary Clinton terpilih sebagai Senator, menjadi Wanita Pertama A.S. pertama memenangi jawatan awam di Amerika Syarikat.

2006 - Pilihan raya Senat Amerika Syarikat: Parti Demokrat menguasai majoriti di Dewan Perwakilan dan Senat.

2012 - Barack Obama telah dipilih semula sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Kelahiran

1978 - Rio Ferdinand, pemain bola sepak Manchester United F.C.

1990 - David de Gea, penjaga gol Manchester United F.C.

Kematian

1992 - Alexander Dubcek, Presiden Czechoslovakia ke-3.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (6 November)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon