Monday, November 06, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (6 November)


Tarikh 6 November merupakan hari ke 310 (hari ke 311 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 55 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (6 November)
Hawker Hurricane.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Perlembagaan di Republik Dominika (1844) dan Tajikistan (1994), Hari Gustav II Adolf di Sweden dan Hari Bendera di Finland.

Peristiwa

1860 - Abraham Lincoln menjadi calon Republikan pertama memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat.

1917 - Perang Dunia Pertama: Angkatan Kanada menawan Passendale, Belgium, selepas tiga bulan bertempur dengan Jerman dalam Pertempuran Ketiga Ypres.

1935 - Hawker Hurricane, pesawat yang bertanggungjawab terhadap 60% kemenangan udara Tentera Udara Diraja British dalam Pertempuran Britain, menjalani penerbangan sulungnya.

1962 - Perhimpunan Agung PBB menerima Resolusi 1761, yang mengecam polisi aparteid Afrika Selatan.

1963 - Duong Van Minh secara rasmi mengambil alih kerajaan Vietnam Selatan beberapa hari selepas pembunuhan Presiden Ngo Dinh Diem.

1975 - Penunjuk perasaan di Maghribi memulakan Perarakan Hijau ke Sahara Sepanyol, menyeru "pengembalian Sahara Maghribi."

1999 - Rakyat Australia mengundi untuk mengekalkan raja sebagai ketua negara dalam pungutan suara republik Australia.

2005 - Penubuhan band terkenal SUPER JUNIOR dari Korea Selatan.

2008 - Raja termuda di dunia ketika ini, Jigme Khesar Namgyel Wangchuck ditabalkan sebagai Raja Naga Bhutan kelima.

Kelahiran

1944 - Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali, seorang Menteri Besar Perak ke-9.

Kematian

1959 - Jose P. Laurel, Presiden Filipina ke-3.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (5 November)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon