Sunday, November 05, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (5 November)


Tanggal 5 November merupakan hari ke 309 (hari ke 310 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 56 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (5 November)
Letusan Gunung Merapi.

Hari ini juga merupakan sambutan Malam Guy Fawkes di United Kingdom (1605) dan beberapa negara Komanwel.

Peristiwa

1688 - Revolusi 1688: Putera William dari Orange yang bermazhab Protestan mendarat di Brixham, Devon, dalam perjalanan menggulingkan bapa mertuanya Raja James II yang Katolik.

1838 - Kejatuhan Republik Persekutuan Amerika Tengah bermula apabila Nicaragua keluar daripada kesatuan tersebut.

1872 - Pejuang hak mengundi wanita Susan B. Anthony menjadi wanita pertama mengundi dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat. Dia kemudian didenda $100.

1911 - Selepas mengisytiharkan perang terhadap Empayar Uthmaniyyah pada 29 September, Itali mengilhak Tripoli dan Cyrenaica.

1917 - St. Tikhon dari Moscow dilantik sebagai Bapa Moscow dan Gereja Ortodoks Rusia.

1935 - Permainan papan Monopoly versi Parker Brothers dikeluarkan.

2006 - Saddam Hussein disabitkan hukuman gantung sampai mati bagi kesalahan jenayah terhadap kemanusiaan.

2007 - Kapal angkasa lepas tanpa manusia Program Penjelajahan Qamari China, Chang'e 1, memasuki orbit qamari.

2008 - Barack Obama daripada Parti Demokrat menjadi warga Afrika-Amerika pertama dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat.

2009 - Kemboja dan Thailand saling memanggil pulang duta mereka selepas kerajaan Kemboja melantik bekas Perdana Menteri Thai Thaksin Shinawatra sebagai penasihat ekonomi.

2009 - Mejar Nidal Malik Hasan mengamuk di pangkalan Tentera Darat A.S. Fort Hood, penembakan paling dahsyat di pangkalan tentera A.S.

2010 - Letusan berterusan Gunung Merapi di Jawa Tengah, Indonesia, mengorbankan lebih 150 orang dan memaksa ratusan ribuan lagi berpindah.

2016 - Al Quwa Al Jawiya kelab dari Iraq meraih kejuaraan pertama Piala AFC 2016 selepas menewaskan kelab dari India, JSW Bengaluru FC.

Kelahiran

1900 - Natalie Schafer, pelakon AS.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (4 November)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon